Anda di halaman 1dari 12

Unit 4 Bimbingan Kelompok Ideal -

UPM

Unit 4
Bimbingan Kelompok

Objektif

Selepas mempelajari unit ini anda akan dapat:

1. Memahami konsep bimbingan kelompok


2. Memahami konsep pemimpin dan kepemimpinan dalam
kelompok
3. Mengetahui perbezaan antara kelompok dengan kaunseling
individu
4. Mengetahui jenis-jenis kelompok
5. Mengetahui ciri-ciri dan kemahiran yang sesuai untuk
memimpin kelompok

4.1 Pengenalan

Kehidupan manusia tidak boleh dipisahkan dengan masyarakat. Sejak dilahirkan


manusia telah hidup berkelompok. Kita hidup dalam kontek keluarga, masyarakat,
bangsa, agama dan negara. Manusia tidak mampu hidup bersendirian tanpa
berinteraksi dengan individu lain. Secara ringkasnya, manusia hidup memerlukan
orang lain dan dia bergantung kepada orang lain untuk mencapai segala keperluan
fizikal, psikologikal, mental dan spiritualnya.

Kelompok sering didefinsikan sebagai satu unit manusia yang lebih daripada satu
orang di mana mereka saling berinteraksi atau bergantungan antara satu sama lain.
Kelompok memberi ruang kepada individu untuk mempamerkan atau menguji segala
kebolehan, bakat, dan berkongsi nilai, pengalaman dan pengetahuan dengan ahlinya.

Kelompok sebagai social microcosm dilihat sebagai mewakili unit masyarakat


sebenar yang mempunyai peraturan, ekspektasi, adat dan budaya. Berbeza dengan
masyarakat luar, kelompok menyediakan suasana yang selamat untuk individu
mencuba tingkah laku baharu sebelum dan menerima sokongan dan maklumbalas di
atas percubaan mereka sebelum ia dipraktikkan di dalam masyarakat yang sebenar.
Pengalaman berkelompok boleh menjadi satu sistem sokongan dan sumber kekuatan
yang utama kepada sesetengah ahli.

4.2 Matlamat Kelompok

Kelompok menjadi ruang di mana individu yang berlainan latar belakang dan
pengalaman berkumpul dan berinteraksi. Mereka berkumpul untuk pelbagai tujuan

38
Unit 4 Bimbingan Kelompok Ideal -
UPM

bergantung kepada matlamatnya masing-masing. Kelompok latihan asertif mungkin


sesuai untuk A yang malu bercakap di hadapan orang ramai tetapi mungkin kurang
sesuai untuk B yang menghadapi masalah teknik belajar. George dan Dustin (1985)
menyatakan bahawa matlamat asas kelompok ialah untuk to facilitate self
understanding as well as individual behavioral change. Berikut adalah antara
matlamat yang cuba dicapai oleh individu yang memilih kelompok untuk
meningkatkan perkembangan diri mereka.

1. Mengubah pemikiran, tingkah laku atau emosi

2. Berkongsi pengetahuan

3. Berkongsi pengalaman

4. Mencungkil potensi diri

5. Meningkatkan kesedaran diri

6. Memperbaiki hubungan dengan orang lain

7. Menyelesaikan masalah

8. Belajar mempercayai diri dan orang lain

4.3 Kenapa Kelompok Menjadi Pilihan

Dibandingkan dengan perkhidmatan kaunseling individu, kelompok didapati


mempunyai beberapa kelebihan.

1. Menjimatkan masa kerana lebih ramai individu yang dapat dibantu pada satu
masa.

2. Maklumat yang sama boleh dikongsi dengan lebih ramai individu

3. Berkongsi pengetahuan dan pengalaman

4. Sumber bantuan dan sokongan

5. Perbincangan berkelompok boleh mempengaruhi individu

6. Individu dapat menjadi lebih bersimpati

7. Individu dapat melahirkan perasaannya melalui pelbagai saluran

8. Terdedah kepada kemahiran interpersonal yang digunakan oleh pemimpin dan


juga ahli

39
Unit 4 Bimbingan Kelompok Ideal -
UPM

4.4 Konsep Pemimpin Dan Kepemimpinan

Di dalam kelompok terdapat dua konsep tentang pemimpin yang perlu dijelaskan.
Konsep pertama ialah tentang pemimpin dan yang kedua ialah kepemimpinan.
Pemimpin merujuk kepada kedudukan di dalam struktur kelompok atau pun seseorang
yang mempunyai kedudukan sedemikian seperti ketua atau fasilitator. Kepemimpinan
merujuk kepada proses membimbing ke arah pencapaian matlamat kelompok.

Menurut Carter (1950) terdapat lima konsep tentang pemimpin yang sering menjadi
fokus kelompok. Pertama, pemimpin dilihat sebagai model untuk ahli mempelajari
tentang tingkah laku berkelompok. Kedua, dia seorang yang berupaya memastikan
matlamat kelompok tercapai. Ketiga, seorang yang dipilih berdasarkan pemilihan
ramai. Keempat, seorang yang berpengaruhi. Dan, kelima, seorang yang melakukan
tingkah laku kepemimpinan. Kelima-lima pengertian pemimpin tadi menunjukkan
bahawa seorang itu dianggap mempunyai kemahiran memimpin, mendapat sokongan
dan boleh mempengaruhi proses kelompok untuk mencapai matlamatnya.

Kepemimpinan melibatkan hubungan berkomunikasi, mempengaruhi dan


pergantungan yang wujud antara ahli di dalam mengerakkan kelompok mencapai
matlamatnya (Klopf, 1981; Hollander & Julian, 1969). Tingkahlaku kepemimpinan
bermaksud tindakan yang boleh dilakukan oleh pemimpin untuk mengarah dan
menyelaraskan tanggungjawab ahli kelompok. Sebagai kesimpulannya, Shaw (1981)
melihat kepemimpinan sebagai satu proses mempengaruhi yang bertujuan untuk
mencapai matlamat.

Terdapat tiga bentuk kepemimpinan kyang sering digunakan. Pertama, kelompok


autoritarian di mana pemimpin mengarah dan menggunakan kuasanya untuk membuat
semua keputusan dalam kelompok. Kedua, kelompok demokratik di mana
kepemimpinan terbuka kepada ahli untuk membuat sebarang keputusan dan
melaksanakan tugas dalam kelompok. Penglibatan ahli dan pemimpin dilihat sama
penting di dalam mempengaruhi pergerakan kelompok. Dan ketiga, kelompok laissez
faire. Kepemimpinannya yang amat terbuka dan bersifat bebas. Kelompok ini sangat
tidak berstruktur dan bergerak tanpa arah yang spesifik dari pada pemimpin. Ahli
bebas melaksanakan kuasa dan peraturan dalam kelompok dan pemimpin hanya
memberi pendapat apabila diminta.

4.5 Jenis-Jenis Kelompok

4.5.1 Kelompok bimbingan

Kelompok perbincangan yang menekankan aspek afektif atau psikologi. Ia juga


dikenali sebagai kelompok pembelajaran di mana tujuan pembentukan kelompok
adalah untuk menyebarkan maklumat. Kelompok bimbingan kerap kali ditemui
dalam setting sekolah. Ia digunakan untuk membimbing pelajar dalam hal akademik,

40
Unit 4 Bimbingan Kelompok Ideal -
UPM

memilih kerjaya, mengenal pasti minat dan kebolehan diri, dan hal-hal personal
seperti perhubungan sosial.

Kelompok ini dikendalikan dalam bentuk kumpulan atau kelas dengan saiz ahli
antara 12 hingga 40 peserta. Individu yang mempunyai kepakaran atau pengetahuan
tentang topik-topik tertentu dipilih menjadi pemimpin kelompok.

Kelompok bimbingan selalunya berstruktur dan topik perbincangan kerap kali


ditentukan oleh ketua. Topik yang dipilih lebih kepada mencegah sesuatu masalah
daripada berlaku. Ia memberi fokus kepada topik dan tidak kepada individu. Contoh
kelompok bimbingan termasuklah Seminar motivasi untuk pelajar PMR dan SPM;
Seminar menjawab soalan peperiksaan; Ceramah AIDS/ HIV; Teknik belajar.

4.5.2 Kelompok Kaunseling

Kelompok kaunseling perlu dikendalikan oleh seorang kaunselor terlatih yang telah
mendapat pendidikan secara formal dalam bidang kaunseling dan tahu menggunakan
pendekatan atau model tertentu yang merangkumi aspek kognitif, afektif dan
perlakuan. Tanggungjawab pemimpin adalah menyediakan suasana yang selamat
untuk ahli merasa selesa untuk berkongsi perkara yang berkaitan dengan keluarga,
perhubungan interpersonal, konsep kendiri atau hal-hal lain berkaitan isu
perkembangan diri. Matlamat adalah untuk mengubah tingkah laku, emosi atau
pemikiran.

Bilangan ahli adalah lebih kecil dan terhad kepada 5 hingga 10 orang. Kadang-kadang
proses pemilihan ahli yang sesuai dilakukan. Setiap ahli diberi kesempatan berkongsi
isu-isu yang berkaitan dengan perkembangan dan interpersonal.. Perbincangan adalah
kurang berstruktur dan lebih mengarah kepada afektif dan personal. Ia memfokus
kepada individu dan tidak kepada isu. Ahli bertanggungjawab kepada keberkesanan
sesi dengan cara berkongsi pengalaman dan melakukan pendedahan kendiri. Antara
contoh kelompok kaunseling ialah kelompok mengawal perasaan marah dan
mengurus tekanan.

4.5.3Kelompok Psikoterapi

Ia dikendalikan oleh ahli psikiatris atau ahli psikologi klinikal. Kelompok psikoterapi
dibentuk sebagai respon kepada peningkatan masalah berkaitan psikotik dan neurotik
yang melampau, dan juga masalah kekurangan personal untuk memberi kaunseling
individu. Pemimpin adalah terlatih dan mahir dengan bidangnya. Kelompok memberi
fokus kepada proses pemulihan (remedial) kerana masalah yang dibawa ahli selalunya
deep seated dan melibatkan pembentukkan semula personaliti.

Sesi psikoterapi adalah intensif dan mungkin mengambil masa yang panjang – 6 bulan
sehingga beberapa tahun. Ia selalunya dikendalikan di institusi seperti di pusat
pemulihan dadah, hospital dan penjara. Di tempat-tempat tersebut pengawalan dan
perkembangan setiap ahli dapat diselia dengan sistematik.

41
Unit 4 Bimbingan Kelompok Ideal -
UPM

4.5.4Kelompok Sensitiviti

Dikenali juga sebagai encounter group atau personal growth group. Ia memfokus
kepada meningkatkan kesedaran diri dan untuk mengembangkan potensi individu. Ia
memberi peluang kepada individu yang sihat dan normal untuk meneroka perasaan,
perkembangan personal dan memperbaiki perhubungan interpersonal.

Ia dikendalikan secara intensif, personal dan berstruktur tinggi. Ia melibatkan


pergerakan non verbal seperti sentuhan dan penggunaan alat deria yang lain untuk
meningkatkan perasaan intimasi antara ahli. Kelompok ini kerap kali dikendalikan
pada hujung minggu atau secara maraton; konsepnya bertemu untuk satu jangka masa
yang panjang dan melalui latihan yang intensif dan meletihkan ahli akan menjadi diri
mereka yang sebenar tanpa perlu berpura-pura disebalik topeng, pangkat atau jawatan
mereka. Apabila ahli telah membuang sikap defensif, mereka akan bersikap lebih
ikhlas dan jujur apabila berkomunikasi.

4.5.5 Kelompok T (T-group)

Diterima di dalam sektor industri sebagai suatu metod untuk mengkaji proses
kelompok di dalam membantu meningkatkan produktiviti dan mutu kerja sesuatu
organisasi. Ia merupakan kelompok perkembangan individu yang tidak berstruktur
dan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan perkembangan ahlinya dan untuk
membimbing ahli menjadi ahli kumpulan yang lebih baik.

4.5.6 Kelompok Kaunseling Kerjaya

Kelompok untuk individu yang berminat memperolehi maklumat-maklumat kerjaya


dan membuat keputusan mengenai kerjaya. Kelompok ini boleh membantu
mewujudkan sikap dan tingkah laku yang sihat terhadap dunia pekerjaan. Ia sering
dikendalikan di sekolah untuk menolong pelajar menjelajahi dunia pekerjaan dan cuba
menyelesaikan masalah-masalah yang berkaitan dengan pekerjaan.

4.6 Konsep Kelompok

Kelompok boleh dikendalikan secara kelompok terbuka iaitu ahli baru boleh
memasuki kelompok pada bila-bila waktu. Sekiranya pemimpin memilih untuk
mengendalikan secara kelompok tertutup maka peraturan keluar masuk ahli adalah
ketat. Setelah kelompok bermula, ahli baru tidak akan diterima.

4.7 Fungsi Pemimpin

Seorang ketua kelompok perlu menjalankan beberapa peranan untuk memastikan


kelompoknya boleh bergerak dan berkembang dengan baik. Secara ringkas antara

42
Unit 4 Bimbingan Kelompok Ideal -
UPM

tugas atau peranan ketua kelompok yang telah digariskan oleh Liberman, Yalom dan
Miles (1973) dan Bates, Johnson dan Blaker (1980) adalah seperti berikut:

1. Merangsang emosi

Pemimpin boleh merangsang emosi ahli dengan menyatakan atau berkongsi


tentang emosinya

2. Mengambil berat

Sikap ini ditunjukkan dengan cara bertanya tentang perkembangan ahli, mesra
dan menjadi sumber sokongan kepada ahli

3. Melaksanakan tugas

Pemimpin menentukan tempat pertemuan yang sesuai, peraturan atau norma


yang harus dipatuhi oleh ahli, matlamat, masa dan etika kelompok

4. Mengembangkan interaksi

Memberi dorongan kepada ahli untuk berinteraksi dengan baik; memberi


perhatian kepada maklumbalas antara ahli

5. Pemangkin atau katalis

Menggalakkan ahli bertindak atau mengarahkan perhatian kelompok kepada


isu tertentu

6. Menyelesaikan perselisihan faham

Mempastikan konflik atau sengketa yang berlaku diselesaikan dalam suasana


yang tenang

7. Sebagai model

Pemimpin menjadi contoh dalam interaksi dan kemahiran interpersonal


dengan ahli kelompok; dia menjadi contoh di dalam membina dan
mengekalkan perhubungan dalam kelompok

4.8 Kemahiran Pemimpin

Menurut Aminah dan Asmah (2000) dan Corey & Corey (2000), kemahiran yang
diperlukan oleh seorang pemimpin kelompok ialah seperti berikut:

43
Unit 4 Bimbingan Kelompok Ideal -
UPM

1. Mendengar secara aktif

Pemimpin perlu mendengar dengan teliti isu dan perasaan yang cuba dikongsi
oleh ahli melalui pemerhatian lisan dan bukan lisan. Untuk menunjukkan yang
dia telah memberi tumpuan, pemimpin akan mengambarkan kembali
penyataan ahli, menyoal dan membuat kesimpulan

2. Refleksi

Pemimpin mencerminkan semula perasaan, pengalaman dan pendapat ahli

3. Memberi penjelasan

Pemimpin akan menjelaskan makna tentang proses kelompok dan untuk


menunjukkan implikasi sesuatu cadangan atau idea

4. Merumus

Pemimpin membuat rumusan perbincangan atau perkongsian kelompok atau


untuk merumus kemajuan ahli

5. Menyoal

Pemimpin menggunakan soalan tertutup dan soalan terbuka untuk mendalami


perasaan serta meminta respon yang lebih mendalam

6. Konfrantasi

Pemimpin menggunakan kemahiran ini untuk menyemak kebenaran atau


keselarasan maklumat dengan tingkah laku atau perasaan yang telah dikongsi
bersama oleh ahli kelompok

7. Memberi maklumat

Pemimpin menjadi sumber rujukan dan kadang-kadang perlu menyampaikan


maklumat atau mengajar sesuatu kemahiran

8. Kemahiran berkomunikasi

Pemimpin menggunakan bahasa yang jelas dan mudah difahami

9. Menghalang

Pemimpin campur tangan dalam keadaan di mana ahli memberi sumbangan


tidak berfaedah seperti menyoal bertalu-talu, bertanya perkara terlalu peribadi
atau menggunakan masa kelompok untuk bercerita tentang orang lain atau
bergosip

44
Unit 4 Bimbingan Kelompok Ideal -
UPM

10. Menamat

Pemimpin perlu merancang perbincangan sesi sesuai dengan jangkamasa


kelompok. Memberi sokongan, cadangan dan menunjukkan sikap menghargai
ahli

4.9 Ciri-Ciri Pemimpin

Personaliti pemimpin memainkan peranan penting di dalam memastikan


perkembangan kelompoknya. Dia memberi kesan signifikan kepada pencapaian
matlamat kelompok. Oleh itu seorang pemimpin perlu melengkapkan dirinya dengan
beberapa ciri yang sesuai untuk memudahkan tanggungjawabnya dan supaya ahli
merasakan pengalaman berkelompok membawa kesan positif dalam hidupnya. Antara
ciri personaliti yang sesuai untuk seorang pemimpin adalah seperti yang disarankan
oleh Aminah dan Asmah (2000) dan Corey dan Corey (2000).

1. Berani

Yakin bahawa dia boleh mengendalikan kelompok dengan berkesan dan


berjaya; sanggup menghadapi apa sahaja dugaan dan kerenah ahli kelompok

2. Menjadi model

Harus bersedia dijadikan contoh; sikap, tingkah laku dan tutur katanya
pemimpin akan menjadi perhatian dan ikutan ahli

3. Hadir

Hadir secara fizikal, emosi dan kognitif

4. Mengambil berat

Menunjukkan sikap muhibah dan mesra terhadap ahli

5. Percaya kepada proses kelompok

Mempercayai bahawa kelompok boleh membawa perubahan dan kebaikan


kepada ahlinya

6. Terbuka

Mengamalkan sikap terbuka kepada perbezaan yang wujud antara ahli samada
keunikan personaliti, perbezaan pengalaman atau nilai; dia juga menunjukkan
sikap suka mencari pengalaman baru

45
Unit 4 Bimbingan Kelompok Ideal -
UPM

7. Tahan dikritik

Sanggup menerima cabaran dan teguran daripada ahli; mengakui bahawa dia
bukan pakar di dalam semua bidang

8. Kuasa peribadi

Sebagai ketua kelompok, dia mempunyai kuasa menentukan atau mengubah


sesuatu keputusan yang telah dibuat oleh kelompok

9. Stamina/ tenaga

Kelompok suka kepada pemimpin yang bertenaga dan enegetik. Tenaga yang
ditunjukkan oleh pemimpin boleh mempengaruhi tahap stamina ahli. Dia
boleh menyebabkan ahli letih bersemangat semula.

10. Lucu (Sense of humour)

Boleh berjenaka dan boleh ketawa apabila ahli menceritakan sesuatu yang
lucu sesuai dengan keadaannya; pemimpin yang terlalu serius boleh
membuatkan sesi kelompok menjadi boring dan hambar

11. Kreatif

Sentiasa mencari dan mencuba idea baru di dalam kelompok

12. Kesedaran diri

Sentiasa menjadikan pengalaman berkelompok untuk melakukan refleksi diri


dan meningkatkan proses mengenali diri

4.10Hak-Hak Ahli
Apabila seseorang bersetuju menjadi ahli kelompok, dia diberi beberapa hak.

Berikut adalah hak sebagai ahli kelompok.

1. Hak untuk menyatakan perasaan dan idea dengan bebas

2. Hak untuk mempamerkan tingkah laku yang sesuai dengan kelompok dan
masyarakat

3. Hak untuk berinteraksi secara bebas dengan ahli kelompok yang lain selagi ia
berada dalam batasan peraturan kelompok.

4. Hak untuk meneroka dan diteroka mengenai sebarang isu, pemasalahan dan
perkara

46
Unit 4 Bimbingan Kelompok Ideal -
UPM

5. Hak untuk berkongsi pendapat, pandangan dan nilai tanpa menolak pandangan
dan fahaman orang lain

6. Hak untuk berbincang secara terbuka dan menghormati pendapat orang lain

4.11 Peranan Ahli Kelompok


Kelompok adalah milik ahli yang bersetuju menjadi anggotanya. Setiap ahli perlu
menjaga fungsi kelompok sebagai tempat perbincangan dan menyelesaikan masalah.
Untuk memastikan kelompok berjaya dan masa ahli digunakan dengan berfaedah,
setiap ahli perlu peka dengan tanggungjawab mereka sebagai ahli kelompok, Berikut
adalah senarai peranan yang harus dimainkan oleh ahli kelompok.

1. Terlibat secara aktif di dalam aktiviti dan perbincangan kelompok

2. Mendengar dengan baik; memberi sepenuh tumpuan apabila ahli lain bercakap

3. Mempunyai rasa hormat dan menghormati antara satu dengan yang lain

4. Belajar berkongsi pengetahuan, kemahiran dan pengalaman

5. Bersikap terbuka dan menerima konsep perbezaan individu

6. Membentuk norma atau peraturan kelompok

7. Mempunyai rasa bertanggungjawab penuh terhadap segala maklumat yang


akan dikongsi bersama di dalam kelompok (menjaga kerahsiaan kelompok)

4.12 Proses Pembentukkan Kelompok


Terdapat enam langkah yang boleh dilaksanakan untuk membentuk sebuah kelompok
(Aminah &. Asmah, 2000)

1. Memilih ahli kelompok

Perkara seperti umur, jantina, ras dan kepercayaan ahli perlu diambil kira
apabila memilih ahli,. Terpulang kepada ketua kelompok samada hendak
menghadkan ahli kelompoknya kepada satu ras sahaja atau satu peringkat
umur sahaja atau berbagai peringkat, satu kepercayaan saja atau berbagai
pegangan kepercayaan. Sekiranya pemimpin hendak mengadakan pre-
screening, dia boleh memilih untuk bertemu individu yang berminat secara
perseorangan, berkumpulan atau dengan meminta mereka mengisi borang
biodata.

2. Menentukan saiz kelompok

47
Unit 4 Bimbingan Kelompok Ideal -
UPM

Saiz kelompok bergantung kepada matlamat penubuhan kelompok.


Kelompok bimbingan mempunyai ahli yang lebih ramai berbanding
kelompok kaunseling atau kelompok psikoterapi.

3. Kekerapan pertemuan kelompok

Sekali pertemuan (sesi) dalam seminggu adalah mencukupi. Pertemuan


yang terlalu kerap – 2 atau 3 kali seminggu boleh menyebabkan ahli letih
dan tiada masa memproses maklumat yang diperolehi. Pertemuan yang
terlalu jarang – sebulan sekali boleh menyebabkan ahli lupa apa yang telah
dibincangkan dalam kelompok.

4. Jangkamasa berkelompok

Biasanya tiap-tiap sesi kelompok mengambil masa antara satu hingga dua
jam.

5. Tempat pertemuan kelompok

Keadaan, tempat dan suasana di mana sesi kelompok diadakan adalah


penting. Sama ada tempat itu sebuah bilik tertutup atau ruang terbuka tidak
harus dipertikaikan. Apa yang penting ialah tempat itu mesti mempunyai
unsur-unsur kerahsiaan, penglihatan, pendengaran, keselamatan dan
tarikan kepada ahli.

6. Memulakan pertemuan kelompok

Apabila pemimpin telah memilih bilangan ahli yang sesuai dengan


matlamat kelompok, telah menentukan kerapan, jangkamasa dan tempat
pertemuan, maka kelompok telah bersedia untuk mengadakan sesi
pertama.

4.13 Kedudukan Ahli Dalam Kelompok:


Sesi kelompok boleh dijalankan di tempat bertutup (bilik) atau di satu ruang terbuka
(dewan, padang). Ahli boleh berada di mana-mana dalam bilik/ ruang tersebut samada
mereka duduk di atas kerusi atau duduk bersila di atas lantai. Yang penting ialah ahli
duduk berdekatan antara satu sama lain dan saling nampak supaya segala
perbincangan yang berjalan dapat didengar dengan jelas, dan supaya semua ahli dapat
melihat pergerakan dan air muka ahli dan ketua. Ini bermakna kedudukan antara ahli
dengan ahli dan antara ahli dengan ketua tiada penghalang.

48
Unit 4 Bimbingan Kelompok Ideal -
UPM

4.14 Aktiviti

1. Sekiranya anda diberi pilihan menjadi ahli kelompok, apakah matlamat yang
ingin anda capai.

2. Apakan yang anda faham tentang konsep pemimpin dan kepemimpinan dalam
kontek kelompok?

3. Senaraikan tiga contoh kepemimpinan kelompok.

4. Senaraikan beberapa jenis kelompok yang boleh membantu perkembangan


manusia.

5. Senaraikan fungsi seorang pemimpin kelompok.

6. Bincangkan kelebihan menjadi ahli kelompok

7. Bincangkan lima kemhiran yang boleh membantu pemimpin mengendalikan


kelompoknya dengan baik.

8. Senarai dan bincangkan ciri personaliti yang sesuai dimiliki oleh seorang
pemimpin kelompok.

9. Senaraikan hak seorang ahli kelompok.

10. Senaraikan peranan yang perlu dimainkan oleh ahli untuk menjadikan
kelompoknya dinamik dan berkesan.

11. Bincangkan langkah-langkah yang harus diambil oleh pemimpin sebelum


menubuhkan kelompok.

49

Anda mungkin juga menyukai