Anda di halaman 1dari 7

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN KSSR TAHUN 3 SK TAMU DARAT 2015

Mata Pelajaran : Bahasa Melayu

Tarikh : 1 APRIL 2015

Tahun :3

Bil.Murid : 34 orang

Masa : 8.45 pagi – 9.45 pagi

Tema : Perpaduan

Tajuk : Suasana Perayaan

Standard Kandungan : 1.5 Bercerita dan menceritakan sesuatu perkara

semula dengan tepat dengan menggunakan sebutan

yang jelas dan intonasi yang betul

Standard Pembelajaran : 1.5.1 Bercerita tentang sesuatu perkara dengan tepat,

sebutan yang jelas dan intonasi yang betul

menggunakan ayat tunggal dan ayat majmuk dengan

betul

Objektif Pembelajaran : Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran ini,

murid berupaya:.

i) Bercerita mengenai situasi dengan betul.

ii) Menyampaikanperkara yang didengardenganbetul.

Kemahiran Bahasa : Kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran

membaca, kemahiran menulis

Sistem Bahasa : Kosa KPengisian Kurikulum :

i) Ilmu : Pendidikan Moral, Muzik

ii) Nilai murni : Hormat - menghormati, prihatin, disiplin.

iii) Patriotisme dan Kewarganegaraan: Cinta dan taat akan negara


Kepelbagaian Kaedah dan Teknik:

i) Kemahiran Berfikir : Menyelesaikan masalah, menaakul, mengecam

ii) Kecerdasan Pelbagai :Verbal-linguistik, interpersonal,


intrapersonal kinestatik, visual, muzik

iii) Belajar Cara Belajar : Memproses maklumat mengenai sambutan

perayaan kaum majoriti di Malaysia.

iv) Pembelajaran kontekstual : Menghubung kait dengan sambutan

perayaan masing-masing.

Media : Komputer riba, pembesar suara, LCD, lembaran

petikan “Sambutan Perayaan Upin dan Ipin”,

soalan bergambar

Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran Catatan

Dan Pembelajaran

Lagu: Set Induksi (+/- 5 minit) BBB:

- Hari Raya Aidilfitri -komputer riba

- Tahun Baru Cina 1. Murid diperdengarkan dengan 3 buah lagu -pembesar suara
perayaan.
- Hari Deepavali - lagu
2. Murid menyanyi bersama iringan lagu dan
diminta untuk meneka jenis lagu yang
Teknik:
3. Murid diminta untuk meneka jenis lagu yang
diperdengarkan mengikut perayaan kaum maisng – -soaljawab
masing.
-perbincangan
4. Murid bersoal jawab dengan guru mengenai
lagu yang telah diperdengarkan.

5. Guru menyatakan tajuk pengajaran dengan TKP:


ringkas -visual

-verbal

-muzik

-interpersonal
BCB:

-kemahiran mendengar

-kemahiran bertutur

Petikan dialog: Langkah 1 (+/- 15 minit) BBB:

“Suasana Perayaan Upin dan -petikan


Ipin”
1. Murid – murid mendapat edaran
petikan “Suasana Perayaan Upin dan Ipin”
Teknik:
daripada guru.
(Rujuk Lampiran 1)
-perbincangan
2. Murid-murid diminta membaca petikan secara
mentalis. -sumbang saran
3. Guru memlilih beberapa orang murid untuk
membaca petikan secara mekanis.
TKP:
4. Murid-murid membacakan petikan mengikut -verbal
kumpulan.
-intrapersonal
5. Murid – murid berbincang dengan guru
tentang isi petikan tersebut. -interpersonal

Kosa kata cadangan: 6. Murid bertanya kepada guru tentang kosa kata -kinestetik

-menghulurkan yang tidak difahami.

-dodol 7. Murid bersoal jawab secara lisan dengan guru BCB:


berdasarkan petikan.
-mengunjungi -k.mendengar
8. Murid dipilih oleh guru berdasarkan cabutan
-menghidangkan beracun dan murid yang dapat menjawab soalan -k.bertutur
mendapat ganjaran. -k.membaca
9. Murid mendengar rumusan nilai murni yang
terdapat dalam aktiviti ini.
Nilai:

-Keberanian

-Hormat-menghormati

-Prihatin
Aktiviti: Langkah 2 ( +/- 20 minit) BBB:

“JomReka” - Lembaran bergambar

1. Murid menerima lembaran bergambar


daripada guru.
(Rujuk LAMPIRAN 2) KB:
2. Murid dikehendaki membaca soalan secara
-menaakul
senyap.

3. Murid mendengar penerangan daripada guru,


Teknik:
4. Murid diminta membina sebuah cerita yang
sesuai berdasarkan gambar. -penerangan
5. Murid diminta menggunakan ayat tunggal atau -perbincangan
ayat majmuk yang sesuai.

6. Muri diminta berbincang dalam kumpulan.


TKP:
7. Murid dibimbing menggunakan kata hubung.
-visual
8. Beberapa murid dipilih untuk membacakan
cerita yang direka di hadapan kelas. -interpersonal

9. Murid mendengar rumusan yang dibuat oleh -intrapersonal


guru tentang ayat – ayat yang telah dibuat. -verbal

BCB:

-kemahiran bertutur

-kemahiran mendengar

-kemahiran menulis

Nilai:

-Prihatin

-Kerjasama

Aktiviti: Langkah 3 (+/- 15 minit) BBB:


“Siapa Peka”
-kad tugasan

1. Murid diminta untuk menghantar wakil dari


(Rujuk Lampiran 3) setiap kumpulan untuk mencabut kad tugasan.
TKP:
2. Wakil murid membaca dengan teliti kad
-interpersonal
tugasan tersebut dan membisikkan ayat yang
dipilih kepada ahli kumpulan mengikut urutan. -intrapersonal
3. Ahli kumpulan yang terakhir diminta ke -verbal
hadapan kelas untuk menuturkan semula apa yang
-kinestatik
didengarnya.

4. Kumpulan yang berjaya menuturkan semula


ayat yang dipilih dengan tepat atau hampi tepat KB:
akan dikira sebagai pemenang.
-mengecam
5. Aktiviti diulangi untuk ayat yang kedua.

6. Murid mendengar rumusan daripada guru.


BCB:

-k.mendengar

-k.bertutur

Rumusan isi pelajaran. Penutup (+/ - 5 minit) BBB:

-komputerriba

Kognitif: 1. Murid bersoal jawab dengan guru tentang -pembesarsuara


sambutan perayaan pelbagai kaum.
-Aktiviti memupuk keharmonian -LCD
2. Murid dikehendaki memberikan
-Cara menghormati perayaan
contoh aktiviti yang mengeratkan hubungan
kaum lain
antara kaum, TKP:
3. Murid diminta untuk menyatakan nilai – nilai -muzik
Sosial: murni yang diperoleh dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran
-Menyebut “Selamat hari raya”
4. Murid bersama guru sama – sama KB:
beramai-ramai.”
menyanyikan lagu Hari Raya. -merumus

Nilaimurni:

-perihatin

-bekerjasama

-tanggungjawab

-hormat-menghormati
REFLEKSI

Segala pujian dan syukur saya ke hadirat Yang Maha Esa, kerana dengan limpah kurniaNya saya
dapatlah menyiapkan tugasan Seni dalam Pendidikan (WAJ3073) ini walaupun dibatasi masa yang
terhad lantaran kesibukan tugas seharian dan tugasan disekolah.Pada mulanya, apabila menerima
tugasan bagi subjek WAJ3073 Seni dalam Pendidikan,saya berasakan tugasan ini amat payah dan
sukar untuk dilaksanakan memandangkan ini adalah subjek baru bagi kami semua pada semester 7
ini.Saya berasa begitu bimbang dan tercabar untuk menyiapkan tugasan ini kerana pengetahuan
sedia ada saya tentang seni dalam pendidikan amat sedikit dan terhad.Namun dengan bantuan dan
perbincangan pensyarah, rakan - rakan sepengajian dan rakan-rakan guru disekolah,maka sedikit
ilmu pengetahuan mengenai seni dalam pendidikan dapat saya fahami dan saya meneruskan
tugasan ini walaupun terdapat masalah kekangan waktu.

Cabaran dan halangan ini tidak mematahkan semangat saya untuk cuba menghasilkan tugasan yang
terbaik untuk saya, bermula dengan membuat nota-nota yang berkaitan dan seterusnya membuat
RPH untuk seni dalam pendidikan,berbincang dengan kumpulan untuk perlaksanaan persembahan
kumpulan dan seterusnya menyiapkan bahan bantu mengajar untuk RPH(rancangan pengajaran
Harian) untuk kumpulan.Di sini saya dapat merasakan betapa pentingnya kerja sama dalam
kumpulan untuk menyiapkan sesuatu dalam kumpulan.

Bagi menyiapkan sesuatu kerja dalam kumpulan dan menyiapkan kerja untuk individu bukanlah
sesuatu yang mudah,kerana jarak yang jauh antara satu sama lain dalam kumpulan dan susah untuk
berhubungan melalui internet,namun berkat kerjasama yang kuat dapat juga kami menyiapkan kerja
untuk individu dan kumpulan.Segala Ilmu yang saya perolehi ini terutamanya membuat alat bantu
mengajar dapat membantu saya dalam pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti di peringkat
sekolah atau peringkat yang lebih tinggi pada masa akan datang.Komunikasi antara rakan kumpulan
amat lah penting untuk menyiapkan satu kerja berkumpulan.Dapatan saya daripada tugasan ini
adalah,seni dalam pendidikan merupakan salah satu cabang ilmu yang dipelajari dalam penyelidikan
dan amat menyoronokkan untuk diajar dalam kelas.Oleh itu,ilmu baharu ini sangat membantu saya
untuk memantapkan lagi ilmu dalam bidang bahasa Melayu yang sepatutnya ada dalam diri saya
sebagai seorang guru yang mengajar dalam bahasa Melayu.

Secara amnya, tugasan ini bukan sekadar memenuhi peruntukan yang disenaraikan untuk
pemarkahan sahaja,namun ia memberi kekuatan dan pengetahuan yang lebih meluas mengenai
ilmu seni dalam pendidikan bahasa Melayu.Sebagaimana yang kita ketahui seni merupakan bidang
kajian yang luas maknanya.Bidang kajian tentang seni dalam pendidikan bahasa Melayu merupakan
sesuatu yang menarik untuk dikaji. Berbagai maklumat dan input yang berguna dapat saya perolehi
melalui tugasan yang diberikan ini.Sebagai seorang pendidik,ianya amat penting dan berguna sekali
dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.Sebagai guru,tugasan ini akan saya
jadikan sebagai panduan untuk meningkatkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Melayu dibilik darjah semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

Di kesempatan ini juga saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan
kepada Encik Ahmad Shobry Mohd.Noor, yang telah banyak membantu kami (pelatih ipg ppg bmm3)
dalam memberi tunjuk ajar dalam menyiapkan tugasan ini.Begitu juga dengan rakan seperjuangan
yang tidak lokek berkongsi ilmu sehinggalah tugasan ini dapat disiapkan.Kepada suami saya dan
keluarga juga,terima kasih kerana sentiasa bersabar dengan saya sehingga tugasan ini saya siapkan
Akhir kata ,dalam menyiapkan tugasan ini,saya berharap agar hasil kajian tugasan ini dapat menepati
kehendak dan piawaian yang ditetapkan oleh pihak tuan.

Sekian,terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai