Anda di halaman 1dari 13

PENGENALAN

Tugasan ini membincangkan topik berkenaan analisis terhadap fahaman hedonism


yang merangkumi sejarah kemunculan fahaman ini dan prinsipnya. Pelbagai dalil daripada al-
Quran,Hadith dan pandangan ulama mengenai hedonisme besereta contoh dibentangkan
dalam perbincangan ini. Seterusnya, didatangkan pula analisis implikasi fahaman ini terhadap
pemikiran masyarakat muslim di Malaysia. Di akhir tugasan ini pula, terdapat analisis artikel
dari akhbar yang dipilih berkaitan fahaman hedonisme ini. Justifikasi perbincangan topik ini
kerana mutakhir ini budaya hedonisme merupakan salah satu daripada elemen yang menjadi
pegangan masyarakat terutama golongan muda.Fahaman ini memberi kesan negatifterhadap
sahsiah manusia bahkan yang lebih membimbangkan lagi ia dapat memesongkan akidah
seorang muslim. Diharapkan tugasan ini dapat memaparkan input tambahan mengenai
fahaman hedonism mutakhir ini.

LATAR BELAKANG KEMUNCULAN FAHAMAN HEDONISME DAN


PRINSIPNYA.

Hedonisme merupakan suatu pola pemikiran yang menyatakan bahawa memaksimumkan


keseronokan adalah perkara terbaik dan amat disukai dalam kehidupan manusia di alam ini.
Istilah hedonisme ialah cantuman daripada dua perkataan iaitu ’hedone’ dan ’isme’.
Perkataan pertama iaitu hedone merupakan istilah Greek (Yunani) yang bererti kesenangan
atau keseronokan (Jonathan, Urmson, 2005). Maksud perkataan kedua iaitu isme dijelaskan
dalam Kamus Dewan sebagai akhiran asing kepercayaan, gerakan politik atau keagamaan,
sikap, serta perlakuan. Perkataan hedonisme diertikan sebagai suatu pegangan atau
pandangan hidup yang mementingkan keseronokan atau kesenangan hidup. Oxford English
Dictionary mendefinisikan hedonisme sebagai satu doktrin atau teori etika yang menyatakan
bahawa keseronokan merupakan tahap kebaikan tertinggi atau matlamat akhir sesuatu
tindakan (Simpson, Weiner, 1989). Hedonisme juga diertikan sebagai kepuasan rasa dan
kenikmatan yang menjadi ukuran tingkah laku sesuatu perbuatan yang baik (Harun et al, ,
1990). Hedonisme menilai kebaikan hanya berdasarkan kepada keseronokan semata-mata.
Nilai moral dianggap mempunyai persamaan dengan nilai kebaikan yang diperoleh dalam
budaya hedonisme ini (Mustaffa, 1994). Penganut fahaman ini dikenali sebagai hedonis dan
sifat golongan ini yang mementingkan keseronokan disebut sebagai hedonistik(Kamus
Dewan).

1
Para hedonis Yunani telah mengklasifikasikan definisi hedonisme kepada dua pengertian.
Pertama, hedonisme merupakan suatu tindakan bagi memperoleh keseronokan dan
kebahagiaan. Kedua, hedonisme adalah suatu falsafah keseronokan iaitu suatu doktrin
falsafah yang menjelaskan bahawa sumber nilai moral adalah keseronokan dan ia berada pada
tahap kebaikan yang teratas (Mardzelah, 2007).

Latar Belakang Hedonisme

Hedonisme sering dikaitkan dengan pemikiran Yunani purba. Ahli-ahli falsafah Yunani
mempelopori percubaan membuat penyelidikan mengenai konsep keseronokan dan
kesengsaraan. Majoriti ahli falsafah purba mempunyai teori tersendiri mengenai konsep ini.
Antara mereka yang menghasilkan penulisan mengenai konsep ini termasuklah Democritus,
Plato, Aristotle, Socrates, dan ramai lagi.

Beberapa orang tokoh hedonis Yunani telah membahaskan mengenai keseronokan


dan kesengsaraan atau kesakitan. Antaranya ialah Democritus, Aristippus, Epicurus, Jeremy
Bentham, James Mill, dan lain-lain. Aristippus dan Epicurus merupakan pengetua sekolah
pemikiran falsafah iaitu Cyrenaics dan Epicureans. Mereka telah menggariskan keseronokan
dan kesengsaraan sebagai konsep penting dalam sistem pengajian mereka (Mardzelah, 2006).
Kedua-dua orang tokoh ini merupakan perintis kepada fahaman hedonisme.

Aristippus of Cyrene (435-356 S.M.) mendakwa bahawa keseronokan merupakan


satu-satunya perkara yang dicari dalam hidup manusia. Berdasarkan kepada konsep
keseronokan, pergerakan licin digambarkan sebagai suatu unsur yang menghasilkan kepuasan
jasad iaitu kesenangan dan pergerakan kasar mengakibatkan kesakitan badan iaitu
ketidaksenangan. Walaupun kesakitan merupakan suatu pengalaman yang kurang
menyenangkan, beliau tidak menafikan keberadaan sakit dalam mencapai keseronokan.
Walau bagaimanapun, pendapat beliau ini berbeza dengan pandangan Epicurus yang
menafikan kewujudan kesakitan bagi mencapai keseronokan (A. Long, 1974).

Menurut Epicurus (341-270 S.M.), keseronokan merupakan peringkat mula dan akhir
sesebuah kehidupan yang diredai. Ketiadaan kesakitan dalam badan dan kesulitan kejiwaan
merupakan satu keseronokan. Puncak kesenangan baginya ialah ketenangan jiwa. Beliau juga
bercanggah pendapat dengan sebahagian ahli falsafah hedonis sebelumnya mengenai
perbezaan antara keseronokan aktif dengan keseronokan pasif atau keseronokan dinamik
dengan keseronokan statik.

2
Keseronokan aktif atau dinamik melibatkan pencapaian sesuatu tujuan yang diingini
dan keinginan sebelumnya yang disertai dengan kesakitan. Keseronokan pasif atau statik
tertakluk kepada suatu keadaan keseimbangan yang berlaku disebabkan oleh kehadiran
sesuatu keadaaan yang akan menjadi keinginan sekiranya ia tiada. Beliau berpandangan
bahawa pilihan terbaik adalah mengikuti jenis kedua kerana ia tidak terikat dengan rasa sakit
sebagai dorongan kepada keinginan. Apabila sesuatu jasad berada dalam keadaan seimbang,
kesakitan tiada. Matlamat manusia sepatutnya adalah keseimbangan dan keseronokan
berbanding kegembiraan(Bertrand,1995).

Epicurus juga menyatakan bahawa keadaan jiwa keseluruhannya berubah secara


automatik. Sekiranya ia pernah melakukan kebaikan maka ia akan memperoleh kegembiraan.
Begitulah sebaliknya, jika ia pernah membuat kejahatan maka ia akan memperoleh kesedihan
dan kesengsaraan. Kesenangan dan kegembiraan sesuatu jiwa disebabkan oleh jiwa-jiwa
yang lain. Demikian juga kesedihan dan kesengsaraannya disebabkan oleh jiwa-jiwa yang
lain bersesuaian dengan kadar perbuatan yang zahir daripada individu tersebut (al-
Syahrastani, 1968).

Budaya hedonisme berakar umbikan daripada sekularisme iaitu keduniawian. Sekularisasi


bertujuan untuk menjadi lebih terbuka kepada semua bentuk perubahan yang wujud di dalam
persekitaran masa kini. Fenomena budaya hedonisme seperti pergaulan bebas, seks bebas,
minum minuman keras, dan seumpamanya adalah sejajar dengan matlamat sekularisme untuk
menghapuskan peranan agama dan Tuhan daripada segala urusan kehidupan manusia (Azhar,
2002).

Prinsip Hedonisme

Para hedonis sentiasa berusaha memperbaiki cara hidup mereka masing-masing untuk
memaksimumkan prinsip kegembiraan dan keseronokan dalam kehidupan. Prinsip ini
berdasarkan kepada doktrin falsafah dan psikologi yang menjelaskan bahawa segala tingkah
laku atau kelakuan manusia adalah berasaskan kepada usaha untuk mencari kegembiraan.
Hedonisme merupakan sebahagian daripada sekularisme. Kata dasar sekularisme ialah
sekular yang bermaksud dunia. Ia merupakan suatu fahaman yang memisahkan hubungan di
antara agama dan dunia (Haron,1990), suatu fahaman berbentuk doktrin, pendirian, dan
sebagainya yang menolak nilai-nilai keagamaan dalam kehidupan sosial manusia (Kamus
Dewan).

3
Menurut Seyyed Hossein Nasr, sekularisme bersifat manusiawi iaitu sesuatu yang
berpunca daripada manusia. Persaingan di antara Tuhan dan manusia menjadi dasar dan
matlamat utamanya(Hossein, 1967). Definisi sekularisme ini diperkukuhkan oleh Syed
Muhammad Naquib al-Attas iaitu pembebasan manusia daripada unsur keagamaan dan
metafizik(Naquib, 1993). Sekularisme bertujuan untuk memisahkan agama secara total
daripada masyarakat dan membuka peluang untuk membangunkan pendidikan tanpa ciri-ciri
keagamaan, sistem politik yang bercanggah dengan syariat, dan sistem ekonomi berasaskan
riba. Di samping itu, ia juga bermatlamat untuk menjauhkan unsur-unsur kerohanian, wahyu,
perkara-perkara ghaib, serta perkara-perkara yang mempunyai hubungan dengan agama
seperti akhlak, akidah, dan keimanan daripada pemikiran manusia (Said,1997).
Justeru, masyarakat sekular ialah masyarakat yang memiliki aspek kehidupan sosial
yang bebas daripada penguasaan simbol dan institusi agama. Ini bermakna kuasa dan
pengaruh agama semakin berkurangan dalam kehidupan masyarakat tersebut. Sekularisasi
melibatkan beberapa perkara, antaranya kecenderungan mengejar keseronokan dan
kebahagiaan; pertambahan kebebasan daripada segi sains, ilmu pengetahuan dan nilai;
penekanan terhadap ukuran empirik dan ukuran yang berhubungkait dengan kecekapan
duniawi; kesedaran mengenai kebolehan dan kuasa manusia terhadap alam dan masyarakat;
berkurangan kuasa dan pengaruh institusi agama terhadap kehidupan manusia serta
pemisahan agama daripada sistem politik dan kerajaan. Hedonisme mengutamakan
keseronokan yang berasaskan kepada penentuan akal fikiran. Fenomena ini menepati
kehendak serta matlamat sekularisme yang ingin membebaskan manusia daripada unsur-
unsur ketuhanan dan keagamaan. Menerusi budaya ini, matlamat sekularisme pihak tertentu
dapat dijayakan.

DALIL AL-QUR’AN, HADITH DAN ULAMA MENGENAI FAHAMAN


HEDONISME, CONTOH DAN RUJUKAN.

1. Menurut Al-Quran Terdapat beberapa kategori nafsu syahwat:


1.1 Nafsu Yang Menyimpang Dari Kebenaran Menuruti hawa nafsu dalam bentuk negatif
ialah mengikuti segala keinginan yang tidak dibenarkan oleh Allah s.w.t dan Rasul-Nya dan
merupakan sifat yang tidak boleh kita miliki. Bila hal itu kita miliki, maka ianya sangat
berbahaya, tidak hanya bagi kita secara peribadi tapi juga bagi keluarga dan masyarakat.
Allah s.w.t. berfirman : (135 : ‫ )النساء‬Maksudnya: “Oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa
nafsu, supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan. Dan jika kamu memutarbalikkan

4
keterangan ataupun enggan daripada menjadi saksi, maka sesungguhnya Allah sentiasa
mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan”. Al-Qurtuby (1996)
menjelaskan hawa nafsu itu sebagai perosak dan apabila dituruti kehendak nafsu tersebut ia
akan membawa kepada kebatilan dan akan sentiasa melanggar hukum Allah s.w.t. Jiwa yang
telah penuh dengan kemaksiatan tidak akan merasakan satu kesalahan apabila ia melanggar
hukum Allah s.w.t dan jiwa ini yang biasa dimiliki oleh remaja. Ia akan mudah tergoda
dengan hawa nafsu yang datang dari orang lain untuk kesukaan dirinya.

1.2 Nafsu Itu Sesat Dan Menyesatkan Manusia. Allah s.w.t. berfirman : (26: ‫)ص‬
Maksudnya: “Janganlah engkau menurut hawa nafsu, kerana yang demikian itu akan
menyesatkanmu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah,
akan beroleh azab yang berat pada hari hitungan amal, disebabkan mereka lupakan jalan
Allah itu” (Pimpinan Ar Rahman, 2000). Menurut Imam Fakhrurazy (1995), nafsu yang sesat
di jalan Allah s.w.t ialah apabila seseorang yang terikut kehendak hawa nafsu ia
menunjukkan bahawa dirinya tenggelam hanya untuk keseronokan jasmani sahaja. Apabila ia
telah hanyut dengan keperluan jasmani maka ruang untuk keperluan rohani seperti ibadah dan
berzikir kepada Allah s.w.t akan tertutup. Sedangkan keseronokan pada jasmani hanya
sekadar kenikmatan di dunia sahaja dan mustahil baginya untuk mendapat keseronokan di
akhirat nanti. Maka jelaslah di sini bahawa mengikut kehendak hawa nafsu di dunia akan
menyesatkan dirinya dari jalan Allah s.w.t dan akan mendapat azab yang berat di akhirat.

Perlakuan hedonisme yang diminati dengan hiburan yang melampau, membuang masa
dengan melepak dan berlumba haram semata-mata untuk mencari kepuasan. Perkara ini
berlaku apabila mereka yang terjebak dalam hal ini mempunyai bilangan komuniti yang
ramai. Ini adalah hasil dari pengaruh kawan yang cuba menyesatkan untuk melakukan
perbuatan yang sia-sia.

2. Menurut Al-Hadith Beberapa penyakit hedonisme yang digambarkan di dalam hadith.


Penyakit Manusia Yang Menyukai Keseronokan Rasulullah saw menjelaskan salah satu
daripada penyakit umat Islam di akhir zaman ini ialah terlalu suka kepada perkara-perkara

5
yang berunsur keseronokan. Ini digambarkan dalam hadithnya yang diriwayatkan oleh al-
Hakim dalam hadith soheh yang ke 680 baginda bersabda :

‫ فقالوا یا رسول هللا وما‬،‫ سیصیب أمتى داء األمم‬: ‫عن أبى ھریرة رضى هللا عنه قال سمعت رسول هللا صلى هللا وسلم قال‬
‫(رواه الحاكم) صححه‬.‫داء َ األمم ؟ قال األشر والبطر والتكاثر والتناجش فِي الدنیا والتباغض والتحاسد حتى یكون البغى‬
‫ألبانى‬
Maksudnya : Dari Abu Hurairah r.a. katanya: Aku mendengar RasuIullah saw. bersabda,
"Umat ku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu". Sahabat
bertanya, "Apakah penyakitpenyakit umat-umat terdahulu itu?" Nabi saw. menjawab,
"Penyakitpenyakit itu ialah (1) terlalu banyak seronok, (2) terlalu hidup bermewah, (3)
menghimpun harta sebanyak mungkin, (4) tipu menipu dalam merebut harta benda dunia, (5)
saling memarahi, (6) dengki mendengki sehingga jadi zalim menzalimi". Hadis riwayat Al
Hakim, disahihkan oleh Al-Bany (Al-Bany,1995).

Penyakit berseronok yang digambarkan itu merupakan penyakit yang paling utama
terjadi apabila umat Islam lebih mementingkan urusan dunia. Budaya melepak di kalangan
remaja, pergi ke tempat disko, merokok dan menagih dadah adalah berpunca dari inginkan
keseronokan dalam hidup. Sikap ingin mencuba tanpa dilandasi pegangan agama yang benar
akan menghanyutkan kehidupan seseorang itu hingga ke lembah yang dimurkai. Ini
menggambarkan masyarakat Islam sekarang sedang dilanda krisis rohani yang sangat tajam
dan meruncing. Dengan kekosongan rohani itu mereka terpaksa mencari dan melakukan apa
sahaja untuk memuaskan hawa nafsu. Apabila hawa nafsu menjadi hamba tentunya mereka
akan menggunakan segala macam cara dan tipu helah untuk mendapatkan keuntungan diri
sendiri. Dari situ hilanglah nilai-nilai akhlak yang wujud dan yang ada hanyalah kecurangan,
khianat, dengki mendengki dan sebagainya.

3. Menurut Ibnu Qayyim al-Jawzy (1999), penyakit hedonisme yang berlaku dalam
masyarakat adalah berpunca dari nafsu iaitu jiwa. Nafsu Lawwamah dalam diri manusia
adalah suatu sifat pada jiwa yang sentiasa bertukar-tukar, terkadang ia lembut atau sebaliknya
marah, terkadang ia gembira atau sebaliknya sedih dan sebagainya lagi. Menurutnya lagi,
jiwa ini terbahagi dua kategori:
Pertama : Jiwa yang kesal lagi dikesali iaitu jiwa yang jahil lagi zalim. Sifat ini amat dikeji
oleh Allah s.w.t dan para malaikatNya kerana orang ini ia ingkar dengan perintah Allah s.w.t
dan syirik kepada Tuhannya.

6
Kedua : Jiwa yang kesal yang tidak dikesali iaitu apabila seseorang menyesali kesalahan yang
dibuat ia terus berusaha memohon keampunan dari Tuhannya.Ini adalah sebaik-baik amalan
yang perlu dilakukan oleh setiap manusia. Manakala nafsu amarah ialah nafsu yang tercela
kerana ia mengajak diri untuk melakukan kejahatan. Bagi mereka yang terpedaya dengan
cara hidup hedonisme, di dalam dirinya telah terdapat nafsu amarah. Segala derianya itu telah
ditutupi cahaya keimanan hingga nafsu syahwatnya meningkat dan dirinya menjadi rosak dan
patuh dengan suruhan syaitan.

IMPLIKASI BUDAYA HEDONISME

Budaya hedonisme yang menjadi pegangan masyarakat kini mengundang pelbagai


implikasi. Antaranya implikasi terhadap ilmu. Ilmu pengetahuan merupakan aset diri yang
tidak ternilai. Ia adalah elemen kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Orang yang berilmu
merupakan orang yang berfikiran untuk mengubah situasi hidupnya kepada kehidupan yang
lebih baik. Adunan di antara akal dan fikiran memimpin manusia ke arah kecemerlangan dan
kegemilangan hidup. Ini kerana, hasil daripada olahan fikiran akan menemui pelbagai ilmu
pengetahuan yang menjadi pembaharuan dalam menangani kehidupan. Fikiran yang kukuh
untuk menuntut ilmu semasa usia muda menghasilkan masyarakat yang berwawasan dan
berketerampilan. Namun, masyarakat remaja telah menyalahgunakan kecanggihan sains dan
teknologi masa kini. Mereka tidak terfikir untuk mengilmukan diri supaya ia dapat
memantapkan kebahagiaan hidup (Farid, 2007).

Berbekalkan ilmu, manusia akan terselamat daripada pengaruh budaya dan ideologi yang
merosak dan menyesatkan pemikiran. Namun, pada masa kini kebanyakan umat manusia
lebih mengutamakan ilmu moden ciptaan manusia. Justeru, mudahlah ideologi dan budaya
Barat menyerang dan mempengaruhi pemikiran mereka. Akibat mengejar keseronokan hidup,
mereka alpa mengenai kewajipan memelihara akal.

Seterusnya, budaya hedonisme melahirkan manusia yang keras hati, menolak kebenaran
dan sentiasa berada dalam kesesatan. Kemewahan menjadikan hati manusia menjadi kasar,
hilang kepekaan dan merosakkan fitrah manusia. Malah ia turut menyebabkan manusia
bersikap sombong terhadap hidayah dan berdegil di atas kepalsuan. Golongan yang hidup
mewah itu tertipu dengan nilai-nilai yang palsu dan nikmat-nikmat yang fana. Mereka
terperdaya dengan kekayaan dan kekuatan yang ada pada diri mereka. Budaya hedonisme
menetapkan keseronokan, kegembiraan, dan kelazatan sebagai matlamat utama kehidupan.

7
Konsep budaya hedonisme ini menekankan kepada pegangan falsafah hidup yang
mementingkan kebebasan manusia yang bertuhankan hiburan. Budaya ini juga berasaskan
kepada kemewahan dan keduniaan. Para hedonis bersikap mementingkan diri sendiri serta
bersifat individualistik dan materialistik (Abdul Ghafar, 2008).

Budaya hedonisme juga menjadikan manusia bersifat sombong. Kemewahan yang


mereka miliki telah merosakkan fitrah manusia dan menjadikan mereka berperasaan kasar
dan sombong. Ia menutup pintu-pintu hati manusia dan menyebabkan hati mereka hilang
daya kepekaannya. Sikap tamak dalam mengumpul harta, keinginan untuk hidup mewah, dan
bermegah-megah adalah antara faktor yang mempengaruhi seseorang individu terbabit
dengan jenayah rasuah. Manusia sering tertarik dengan harta kekayaan dan kemewahan
terutama golongan eksekutif muda. Mereka sangat berminat serta dahagakan kekayaan dan
kesenangan, ingin segera menjadi hebat dan terkenal tanpa perlu mengikut prosedur biasa,
tidak perlu bersusah payah, berpenat lelah, dan mengeluarkan keringat. Hasrat ini hanya
dapat dicapai melalui cara yang salah termasuk rasuah. Rasuah mendatangkan implikasi
negatif yang sangat merbahaya kepada individu, masyarakat, dan negara (Ali et al,2010).

Implikasi seterusnya, budaya hedonisme menggalakkan manusia melakukan kejahatan.


Golongan yang terpengaruh dan berpegang teguh dengan materialisme mengajak manusia
supaya memberi keutamaan kepada dunia dan menjadikan dunia ini sebagai matlamat dalam
kehidupan (Rosdi, Kamaliah,2002). Pendewaan kepada kebendaan dan kekayaan
menyebabkan manusia sentiasa menjadikannya sebagai kayu ukur kepada sesuatu tindakan
yang diambil. Hubungan sesama manusia tidak berasaskan kepada sifat mulia tetapi
berdasarkan kepada nilai kebendaan yang akan diperoleh. Justeru, pada masa kini masyarakat
tidak merasa pelik apabila anak-anak menghantar ibu bapa mereka ke rumah kebajikan
disebabkan oleh faktor kebendaan (Azhar, 2001).

Budaya hedonisme yang asalnya merupakan satu aliran telah bertukar menjadi sebahagian
daripada cara hidup masyarakat moden. Ia menjadi pegangan hidup golongan individu yang
mementingkan keseronokan semata-mata tanpa mempedulikan aspek-aspek lain yang lebih
penting dalam kehidupan mereka. Mereka turut didorong untuk melakukan sesuatu tindakan
yang menyenangkan dan mengelakkan daripada perkara-perkara yang merugikan. Manusia
yang terjerumus dalam dunia hedonisme ini hanya bertuhankan kepada nafsu semata-mata.
Hari-hari yang mereka jalani hanya bertujuan untuk mengejar dan menambah kekayaan
dunia, bermegah dengan pangkat dan kuasa, memuaskan nafsu, berhibur dan berpoya-poya

8
sehingga lupa kepada hakikat sebenar tujuan mereka diciptakan di muka bumi ini. Di
samping itu, mereka juga lalai melaksanakan tanggungjawab sebagai anggota keluarga atau
anggota masyarakat.

ANALISIS TERHADAP ARTIKEL BERKAITAN HEDONISME.

Tabiat hedonisme menurut al-Quran.

Menurut Abdul Muizz (2018), Hedonisme merupakan cara hidup yang mengagendakan
keseronokan sebagai tujuan utama hidup. Dari akar pemikiran tersebut menyebabkan
penganut hedonisme akan menilai hakikat kebenaran berdasarkan keseronokan. Apa-apa
ajaran dan nasihat yang tidak mendatangkan keseronokan, maka ia dianggap salah.

Ingatan surah Luqman

Al-Quran melalui surah Luqman telah menjelaskan tabiat budaya hidup hedonisme.
Sesuai dengan mesej surah tersebut yang mengemukakan topik pendidikan, surah Luqman
sekali gus mendedahkan bahawa hedonisme merupakan ancaman yang sentiasa mengganggu
proses pendidikan generasi pelapis yang diidamkan. Allah berfirman:

‫ین • َوإِذَا تُتْلَى َعلَ ْی ِه‬ ٌ ‫سبِی ِل َّللاِ بِ َغی ِْر ِع ْل ٍم َویَت ِخذَھَا ھ ُُز ًوا ۚ أُولَئِكَ لَ ُه ْم َعذَابٌ ُّم ِه‬
َ ‫ُضل َعن‬ ِ ‫اس َمن یَ ْشت َِري لَ ْه َو ْال َحدِی‬
ِ ‫ث ِلی‬ ِ ‫َو ِمنَ الن‬
‫ب أَ ِل ٍیم‬ ِّ ِ َ‫آیَاتُنَا َولى ُم ْست َ ْكبِ ًرا َكأَن ل ْم یَ ْس َم ْع َها َكأَن فِي أُذُنَ ْی ِه َو ْق ًرا ۖ فَب‬
ٍ ‫ش ْرهُ بِعَذَا‬

“Dan di antara manusia ada yang membeli perkataan yang melalaikan guna untuk
menyesatkan manusia dari jalan Allah tanpa ilmu dan menjadikan jalan Allah itu sebagai
ejekan. Mereka itulah yang memperolehi azab yang menghinakan • Dan apabila
dibacakan kepadanya ayat-ayat peringatan Kami dia berpaling dan menyombong diri.
Seolah-olah dia belum mendengarnya, seperti di telinganya ada penyumbat. Maka berikan
khabar gembira kepadanya azab yang pedih”

(Luqman: 6-7)

Membeli keseronokan

ِ ‫اس َمن َی ْشت َِري لَ ْه َو ْال َحدِی‬


‫ث‬ ِ ‫َو ِمنَ الن‬

“Dan di antara manusia ada yang membeli perkataan yang melalaikan”

9
Hedonisme merupakan budaya hidup palsu. Hingga terpaksa mengeluarkan kos
tinggi, kononnya untuk mencapai keseronokan yang diinginkan meskipun gagal mencapai
ketenangan. Bandingkan sahaja kos bagi menjayakan program kesedaran Islam berbanding
kos bagi program hiburan. Bandingkan kos memanggil pendakwah dengan kos memanggil
artis. Dapatkan segala contoh perbandingan, kita akan dapati agenda hedonisme pasti berkos
tinggi sementara program dan aktiviti iman pasti berkos rendah. Dakwah yang diagendakan
oleh Islam tabiatnya ringkas, terus terang dan murah. Jika tidak, mana mungkin pengikut
awal para Nabi di kalangan orang-orang miskin.

Anti ilmu

‫سبِی ِل َّللاِ بِغَی ِْر ِع ْلم‬


َ ‫ُضل َعن‬
ِ ‫ِلی‬

“Untuk menyesatkan manusia dari jalan Allah tanpa ilmu”

Kesan dari hidup penuh kelalaian, minda penganut hedonisme selalunya akan menguncup
dan sukar berfikir dengan waras. Mereka suka berfikiran singkat. Tidak mahu pening-pening
katanya. Golongan seperti ini apabila membuka surat khabar, mereka akan menyelak
bahagian belakang terlebih dahulu. Jika diajak berfikir dan membudayakan ilmu, mereka
akan menolak dan menganggapnya sebagai komitmen yang berada di luar kemampuan minda
mereka. Mereka selesa diperbodohkan lantas hidup dalam ilusi, ditipu.

Suka mengejek

‫َو َیت ِخذَھَا ھ ُُز ًوا‬

“Dan menjadikannya sebagai ejekan”

Apabila diberikan peringatan yang serius, penganut hedonisme akan membalas dengan ejek-
ejekan. Mereka mengalami ketagihan suka mengejek nasihat iman kerana terbawa-bawa
dengan gaya hidup yang sentiasa mencari keseronokan. Hinggakan pada perkara yang serius
membabitkan nasib mereka di akhirat pun boleh dibuat gurauan. Klimaksnya hingga mereka
berani mengejek kalam Allah dan Rasul. Inilah yang diceritakan oleh al-Quran berkenaan
perihal munafiqin:

ُ ‫وض َون َْل َعبُ ۚ قُ ْل أ َ ِباَّللِ َوآ َیاتِ ِه َو َر‬


َ‫سو ِل ِه ُكنت ُ ْم تَ ْستَ ْه ِزئُون‬ ُ ‫سأ َ ْلتَ ُه ْم لَ َیقُولُن ِإن َما ُكنا نَ ُخ‬
َ ‫َولَئِن‬

10
“Dan jika kamu tanyakan kepada mereka (mengapa suka mengejek) tentu mereka menjawab
“Sesungguhnya kami hanya bersenda gurau dan bermain-main”. Katakanlah apakah dengan
Allah, ayat-ayatNya dan Rasulnya tergamak kamu ejek?” (al-Taubah: 65)

‘Spin’ dan angkuh

‫َوإِذَا تُتْلَى َعلَ ْی ِه آیَاتُنَا َولى ُم ْستَ ْكبِ ًرا‬

“Dan apabila dibacakan kepadanya peringatan-peringatan kami, dia berpaling dan


menyombong diri”

Kerap kali kita mendengar ucapan defensif mereka yang degil dari menerima nasihat.
Contohnya:“Kamu jangan anggap kamu baik dan sempurna sangat”.Ayat ini merupakan
antara contoh popular bagaimana seseorang yang telah ketagihan hidup secara hedonisme,
membela diri agar tidak lut dek nasihat. Menggambarkan dirinya tidak mahu keluar dari zon
lalai. Secara langsung mengulangi keangkuhan Iblis yang mempertikaikan kedudukan Adam.
Sedangkan perlakuan itu hanyalah mahu menyombong diri. Ingin mendabik dada kononnya
dia lebih mulia berbanding orang yang menasihatinya. Kononnya orang yang menasihatinya
tidak layak memberi nasihat.

Tidak faham bahasa

‫َكأَن ل ْم یَ ْس َم ْع َها َكأَن فِي أُذُنَ ْی ِه َو ْق ًرا‬

“Seolah-olah dia belum mendengarnya, seperti di telinganya ada penyumbat”

Akibat fanatik dengan budaya hidup ‘enjoy’, maka sebarang dorongan dan nasihat yang
dianggap mengganggu keseronokan hidupnya akan diabaikan.

Kadang-kadang mesej yang mudah, nasihat yang ringkas dan jelas gagal difahami dengan
baik. Mereka memerlukan nasihat yang berulang kali oleh pendakwah-pendakwah yang cekal
tidak mengerti makna serik.

Fatamorgana

Penganut hedonisme mencari kesenangan palsu dalam kehidupannya. Mereka lupa hakikat
hidup adalah mencarum saham yang baik untuk akhirat. Slogan ‘hidup hanya sekali’

11
menyebabkan mereka terlupa bahawa kematian pun hanya sekali. Hidup bukan urusan main-
main.

Kita perlu faham bahawa hedonisme boleh meracuni sesiapa sahaja. Jika kita ada
simptom-simptom yang telah dijelaskan di atas, besar kemungkinan kita telah disampuk oleh
ajaran hedonisme. Yang pasti ia bukan sekadar menyerang anak muda yang sedang
membesar, bahkan orang tua lanjut usia pun tidak terlepas dari fitnah hedonisme.

Menerusi surah Al-Luqman ayat 6-7, artikel ini menjelaskan antara ciri-ciri yang ada
pada fahaman hedonisme ialah kesanggupan hedonis mengorbankan harta yang banyak untuk
mendapatkan sebuah keseronokan di dunia.

Selain itu ,kehidupan hedonis yang tenggelam dalam keseronokan menjauhkan


mereka dari mencari ilmu dan kebenaran. Mereka rasa selesa kerana tertipu dengan dunia
yang penuh keseronokan bahkan mereka takut kepada ilmu-ilmu yang akan merubah hidup
berfoya-foya mereka dan kebebasan tanpa ada halangan akan tersekat.

KESIMPULAN

Secara ringkasnya, fahaman Hedonisme menggariskan keseronokan sebagai asas


utama kehidupan. Konsep kebaikan dan kebahagiaan yang dibawa oleh hedonisme hanya
berasaskan kepada keseronokan duniawi serta penumpuannya kepada kebendaan semata-
mata. Fahaman yang mula-mula diperkenalkan di Yunani ini seterusnya telah berkembang
ke Eropah dan akhirnya tersebar ke seluruh dunia mengikut falsafah sekular Barat. Fahaman
ini telah berubah menjadi satu budaya dan cara hidup masyarakat di era ini. Konsep
keseronokan, kenikmatan, dan kelazatan berjaya mempengaruhi masyarakat dalam pelbagai
adegan perbuatan yang merosakkan masyarakat. Hasil daripada buah fikiran para hedonis
telah diimplementasi sepenuhnya oleh golongan masyarakat pada hari ini terutama golongan
remaja. Kehidupan mereka yang bersifat individualistik dan materialistik ini dipenuhi dengan
berpoya-poya, menghabiskan masa di tempat-tempat hiburan, minum arak, berzina, dan
sebagainya dengan hasrat untuk mencapai satu matlamat iaitu mengecap keseronokan,
kebahagiaan, dan kenikmatan duniawi.

(3473 PATAH PERKATAAN)

12
Rujukan:
1. Jonathan Ree & J.O. Urmson, The Concise Encyclopedia of Western Philosophy, Routledge, London dan New
York, 2005, hlm. 152.
2. Kamus Dewan, hlm. 590, 523, 1417
3. J.A. Simpson and E.S.C. Weiner, The Oxford English Dictionary, Clarendon Press, Oxford, 1989, hlm. 98
4. Haron Din et al., Manusia dan Islam, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1990, jil. 3, hlm. 288. Selepas
ini disebut Haron Din et al
5. Mustaffa Kamil Ayub, Menangani Cabaran Membina Kecemerlangan Tamadun Ummah, Budaya Ilmu Sdn. Bhd.,
Selangor, 1994, hlm. 76.
6. Azhar Hj. Mad Aros et al., TITAS Kertas 1, Fajar bakti, Shah Alam, Selangor, 2002 hlm. 216.
7. Mardzelah Makhsin, Sains Pemikiran dan Etika, Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd., 2007,
hlm. 97
8. A. A. Long, Hellenistic Philosophy, Gerald Duckworth and Company Limited, London, 1974, hlm. 8.
9. Bertrand Russell, terj. Mohd. Safar Hasim dan Fatimah Yusoff, Sejarah Falsafah Barat, Dewan Bahasa dan
Pustaka, Kuala Lumpur, 1995, hlm. 296-297.
10. Abd al-Fath Muhammad Abd al-Karim, al-Syahrastani, al-Milal wa an-Nihal, diedit oleh Abd al-Aziz Muhammad
alWakil, Dar al-Fikr, Beirut, 1968, hlm. 358.
11. Syyed Hossein Nasr, Islamic Studies, Librairie Du Liban, Beirut, 1967, hlm. 15-16.
12. Syed Muhammad Naquib al-Attas, Islam and Secularism, International Institute of Islamic Thought and
Civilization (ISTAC), Selangor, 1993, hlm. 17. 24
13. Said Abd al-Hakim Zaid, Waqi al-Alam al-Islami Bayna Taghrib al-Tanim wa Kasyf Takhrib al-Mutanamirin,
Maktabat Wahbah, Kaherah, 1997, hlm. 202.
14. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (2000),Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada Pengertian AlQuran, Kuala
Lumpur : Darul Fikir, h. 226
15. Tafsir Qurtuby (1996) Al-Jami’ li Ahkam al-Quran, c 5, jld 3, Beirut : Dar al-Kitab al-‘Alamiyyah, h. 265
16. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (2000), op.cit., h. 1206
17. Fakhrurazy (1995), Tafsir Kabir, jld 9, Beirut : Dar al-Ihya’ al-Turas al-‛Araby, h. 387 48
18. Muhammad Nasiruddin al-Bany (1995), Silsilah al-Ahadith al-Sahehah, Jld 2, Riyad : al-Ma‛arif li Nasr wa at-
Tauzi‛, h., 290 54
19. Ibnu Qayyim al-Jawzy (1999), Kitab al-Ruh, Kaherah : Dar al-Fajr li at-Turas, h., 272 60
20. Mohamad Farid Linggi, Warna Warni Kehidupan, Kuala Lumpur: al-Hidayah Publications, 2007, hlm. 12-14.
21. Abdul Ghafar Don & Zaleha Mohd Ali, Dakwah dan Cabaran De-Islamisasi di Malaysia, Selangor: Karisma
Publications Sdn. Bhd., 2008, hlm. 65-67. Selepas ini disebut Abdul Ghafar Don & Zaleha Mohd Ali.
22. Ali Mohammad, "Rasuah Menurut Islam: Analisis Implikasinya Terhadap Pembangunan Negara” dalam Mohd
Roslan Mohd Nor & Ahmad Zaki Berahim @ Ibrahim (Eds.), Pembangunan Modal Insan & Tamadun Dari
Perspektif Islam, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2010, hlm. 237-238.
23. Abdul Mu'izz Muhammad, Februari 2018, http://www.harakahdaily.net/index.php/rss-hd/73-
pimpinan/fikrah/5271-tabiat-hedonisme-menurut-al-quran

13

Anda mungkin juga menyukai