Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI

Pertama sekali, saya ingin memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah
kurniaannya dapat saya menyiapkan tugasan kerja kursus projek ini dengan jayanya. Di
kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah
pembimbing bagi subjek ini, Encik Ismail b Mamat kerana menyediakan tajuk kerja kursus
yang sangat memberikan ilmu pengetahuan yang luas tentang masalah kesihatan kanak-
kanak dan cara untuk menjaga pemakanan dengan betul.

Sebelum memulakan kerja kursus projek ini, terlebih dahulu saya mencari maklumat
tentang tajuk tugasan yang diberikan. Sehinggalah proses saya merangka isi yang akan
saya persembahkan dalam bentuk kerja kursus untuk dinilai oleh pensyarah. Sebagai
seorang bakal pendidik pada masa akan datang, saya perlu mempersiapkan diri dengan
ilmu pengetahuan yang tinggi. Jadi, semasa proses saya membuat rujukan untuk kerja
kursus ini, saya telah membaca pelbagai jenis penulisan akademik dan artikel tentang
masalah kesihatan akibat tabiat pemakanan kanak-kanak. Selain itu, saya juga telah
mencari maklumat tentang menu yang sesuai dihidangkan untuk kanak-kanak prasekolah.

Namun terdapat juga beberapa masalah yang saya hadapi semasa melakukan
tugasan ini. Antara masalahnya ialah untuk mencari bahan rujukan mengenai cara
pemakanan yang boleh mengelakkan seseorang individu daripada mendapat masalah
kesihatan. Selain itu, saya juga mempunyai masalah untuk mengetahui beberapa khasiat
dan vitamin yang sememangnya diperlukan oleh tubuh badan. Lantaran itu, terdapat juga
masalah semasa saya ingin merancang menu yang sesuai bagi kanak-kanak untuk sarapan
pagi dan kudapan pagi. Tetapi dengan adanya bantuan kawan-kawan, pensyarah dan ibu
bapa saya dapat menyelesaikan masalah tersebut.

Selain itu, perpustakaan merupakan tempat untuk saya memperoleh bahan untuk
dimasukkan di dalam tugasan yang diberikan. Di samping itu, saya juga melayari internet
untuk memperoleh maklumat, saya menggunakan internet kerana tidak mahu ketinggalan
untuk menggunakan teknologi masa kini yang telah maju dan canggih.

En Ismail juga telah memberikan bimbingan semasa di dalam kelas Murid dan
Pembelajaran agar kami tidak berlengah dan menangguhkan kerja kursus ini. Jika beliau
tidak melakukan perkara ini, nescaya saya tidak dapat menyiapkan tugasan ini dan akan
melakukannya pada masa-masa akhir. Hal ini akan menyebabkan tugasan yang dihantar
kurang berkualiti dan markah yang akan saya peroleh tidak memuaskan. Oleh itu, saya telah
menggunakan segala peluang untuk menyiapkan tugasan ini secepat mungkin.
Secara keseluruhannya, tugasan kerja kursus perkembangan fizikal ini telah
memberikan banyak faedah kepada saya dan membuatkan saya lebih mencintai profesyen
yang mulia ini serta menambahkan lagi semangat saya untuk menjadi seorang guru yang
berkualiti bagi melahirkan modal insan yang seimbang dan sanggup berkorban demi agama
bangsa dan Negara. Segala cabaran dan dugaan yang dilalui semasa menjalani latihan
perguruan ini akan menjadikan saya seorang bakal guru yang hebat dan berintegriti. Saya
berharap agar hasrat saya ini tercapai dan dapat membantu negara Malaysia mencapai
status negara maju pada suatu hari nanti melalui sumbangan saya dalam sektor pendidikan.
Saya akan pastikan generasi akan datang tidak ada lagi yang bersikap biadap dan saya
akan pastikan amalan kesantunan sentiasa wujud dalam diri generasi muda terutama dalam
kalangan kanak-kanak prasekolah.

Segala kelemahan dan kekurangan dalam menyiapkan tugasan ini harap dapat
diperbetulkan serta dimaafkan. Saya amat berharap agar apa yang saya persembahkan
dalam tugasan ini telah menjawab dan menepati kehendak soalan. Malahan, sebagai
seorang bakal guru, diharapkan tugasan ini akan memberi impak yang baik kepada saya
untuk menjadi seorang guru di hari esok. Saya berharap agar dapat mengaplikasikan sedikit
sebanyak ilmu yang diperoleh daripada tugasan ini untuk membangunkan pembangunan
modal insan yang cemerlang dalam diri generasi akan datang. Hal ini demikian kerana
sebagai seorang pendidik, saya turut sama-sama menyumbangkan kejayaan dalam
melahirkan masyarakat yang cemerlang dari segi semua aspek tidak hanya dalam
pelajaran, malah dari segi sahsiah dan rohani juga. Bak kata pepatah, “Gagal seorang
doktor, mati seorang pesakit tetapi gagalnya seorang guru, rosak satu generasi”. Maka,
saya harus mempersiapkan diri saya dahulu sebelum membimbing generasi akan datang.

Anda mungkin juga menyukai