Teori Dan Prinsip Perkamusan
Teori Dan Prinsip Perkamusan
Menurut Arbak Othman (2000), tidak ada teori tertentu yang dikhususkan bagi maksud penyusunan
kamus. Apa yang berlaku dalam perkamusan ialah pandangan tertentu yang digunakan oleh seorang
penyusun kamus sebagai panduan supaya kamus yang disusunnya mencapai mutu yang baik dan
termuat di dalamnya nilai-nilai kebahasaan, semantik dan semiotik, lengkap dan dapat
dipertanggungjawabkan. Maksud teori untuk perkamusan ialah kecenderungan aplikasi ilmu linguistik,
semantik, dan pragmatik selengkap mungkin dalam sesebuah kamus. Tugas kamus adalah untuk
memberi makna atau takrif kepada kata dan pemberian ini juga menggunakan kata-kata. Dengan kata
lain, dalam perkamusan kita terpaksa memberi makna kepada sesuatu lambang dengan menggunakan
lambang itu sendiri. Lambang ini ialah lambang linguistik. Oleh itu, setiap kamus yang disusun mestilah
mengutamakan prinsip kesarjanaan sebagai asas penyusunan kamus. Pandangan ahli linguistik perlu
dipertimbangkan selain daripada keperluan pengguna kamus. Menurut Khairuddin Mohamad et al.
(2014), penyusun kamus hendaklah memastikan bahawa makna yang dibuat dalam pemerian sebaik-
baiknya berdasarkan sumber rujukan yang berbentuk teks supaya makna perkataan yang digunakan
daripada teks tersebut dapat diasingkan menurut jenisnya sama ada kerana gayanya yang berbeza,
situasi penggunaannnya atau sifat-sifat pragmatiknya yang berbeza. Prinsip-prinsip penyusunan
kamus perlulah memerhatikan perkara-perkara yang berikut:
Menurut Noresah Baharom (2009), beberapa prinsip perlu dijadikan pegangan dalam
penyusunan kamus agar kamus memenuhi piawaian yang telah ditetapkan, iaitu seperti yang
ditunjukkan oleh jadual di bawah:
Kamus tidak sekadar mencatat makna tetapi kamus mempunyai perkaitan yang rapat dengan
ilmu makna atau semantik. Semantik mengkaji makna kata dan amat penting bagi seorang penyusun
kamus. Apa yang menjadi kandungan kamus bukan sekadar kata tetapi makna kata-kata tersebut.
Lambang mempunyai makna yakni bukan sahaja bahasa tetapi lambang memberikan makna tertentu.
Contohnya apabila mata melihat sesuatu objek seperti baju pastinya mempunyai ciri-ciri warna, bentuk
atau jenis kain. Lyons dalam Semantics(1977) membezakan tiga makna berasaskan bahasa, iaitu:
1. Makna deskriptif yakni makna biasa berkenaan sifat dan sebagainya,
misalnya makna dalam kamus.
2. Makna sosial yakni makna dalam konteks kegunaan sosial misalnya
naga mempunyai nilai tambah bergantung kepada budaya (masyarakat
Cina memberikan nilai baik manakala masyarakat Barat memberikan nilai
negatif)
3. Makna ekspresif yakni makna berkaitan dengan perasaan
misalnya kagum atau marah berbeza berdasarkan persepsi individu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Catatan TerbaruCatatan LamaLaman utama
Langgan: Catat Ulasan (Atom)
Pengaruh Islam Terhadap Sistem Politik Masyarakat Melayu
Penulis: Muhammad Al Afzan bin Ali Hussin Kedatangan agama Islam ke Tanah Melayu
telah memperkenalkan beberapa unsur baharu kepada a...
Catatan Popular
Follow by Email
Laman utama
Oktober 2016 (4)
Mei 2017 (1)
Januari 2018 (4)
Februari 2018 (4)
Mac 2018 (36)
April 2018 (50)
Ogos 2018 (2)
Januari 2019 (2)
Mengenai Saya
Cikgu Afzan
Followers