Anda di halaman 1dari 16

BBPW 3103

OUM BUSINESS SCHOOL

BBPW3103

FINANCIAL MANAGEMENT 1

1
BBPW 3103

ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

1.0 Pendahuluan 2

2.0 Pengenalan Bank 4-6

3.0 Pengiraan Nilai Masa Depan Anuiti 7- 11

4.0 Perbandingan Jumlah Simpanan bagi kedua-dua Bank 12

5.0 Kepentingan Nilai Masa Wang bagi Individu 13-14

6.0 Kesimpulan 15

Rujukan 16

2
BBPW 3103

1.0 PENDAHULUAN

Masa adalah wang. Pasti ramai di antara kita yang pernah mendengar pepatah ini
bukan? Namun , tahukah kita , melalui pepatah ini , satu konsep berkaitan kewangan
telah dicipta , yang mana telah memanfaatkan kita daripada pelbagai sudut ,
terutamanya membuka pandangan kita mengenai nilai wang yang sentiasa berubah
dari masa ke masa , dan bagaimana kita boleh menggunakan konsep ini dalam
konteks simpanan dan pelaburan masa depan khususnya.

Beralih kepada analogi kedua pula , kita imbas kembali sekitar sepuluh tahun yang
lepas. Apa yang kita boleh beli dengan RM 10 di kedai runcit ? Dan , bandingkan pula
dengan hari ni , apakah yang mampu kita beli dengan jumlah duit yang sama? Pasti
terdapat banyak perbezaannya. Mungkin jumlah barangan yang mampu dibeli
sekarang berkurangan berbanding pada masa lalu. Terfikirkah kita , bahawa nilai
wang sentiasa berubah mengikut peredaran masa? Apakah yang menyebabkan
peningkatan atau penurunan nilai wang? Bagaimana peredaran masa boleh mengubah
nilai wang ? Persoalan ini mampu kita rungkaikan dengan mengupas lebih lanjut
mengenai konsep nilai masa wang.

Ridzwan Ahmad dan Azizi Che Seman (2009) menerangkan konsep nilai masa wang
adalah mengenai nilai wang kini yang mungkin berubah nilainya pada masa akan
datang. Nilai wang tersebut mungkin sahaja boleh meningkat dan menurun.
Peningkatan nilai wang mungkin sahaja disebabkan oleh pelaburan dan hasil
keuntungan yang diperolehi daripada pelaburan tersebut. Manakala penurunan nilai
wang pula mungkin didorong oleh faktor tekanan inflasi dan risiko kerugian dalam
pelaburan.

Konsep nilai masa wang digunakan secara meluas dalam pelbagai bentuk keputusan
berkaitan kewangan seperti analisis pelaburan , penjadualan bayaran balik pinjaman
dan sebagainya.

Dua aspek terpenting dalam konsep nilai masa wang adalah kesan faedah kompaun
terhadap nilai masa depan dan konsep pendiskaunan nilai kini wang. Tidak
ketinggalan , siri aliran tunai seperti anuiti , terbitan aliran tunai dan perpuiti juga
merupakan elemen penting dalam konsep nilai masa wang.

3
BBPW 3103

2.0 PENGENALAN MENGENAI BANK

Bank 1 : Ambank Group

Ambank Group merupakan salah sebuah syarikat perbankan dan kewangan yang terkenal di
Malaysia. Ianya mula ditubuhkan pada Ogos 1975 dan diasaskan oleh Tan Sri Azman
Hashim. Setelah disenaraikan di pasaran utama Bursa Malaysia pada tahun 1988 , kedudukan
Ambank Group kini semakin kukuh apabila ia muncul sebagai kumpulan perbankan keenam
terbesar di Malaysia (mengikut aset).

Saiz

Berbekalkan pengalaman hampir 42 tahun dalam industri perbankan dan kewangan , Ambank
Group kini semakin maju dan berkembang dengan pesat. Mereka mempunyai lebih daripada
3 juta orang pelanggan dan menggajikan hampir 11,000 orang pekerja. Sekitar 13 Mac
2017 , aset yang dimiliki Ambank Group adalah sebanyak RM 134.8 billion dan mempunyai
pasaran modal sebanyak RM 14 billion.

Visi dan Misi

Visi dan misi Ambank adalah seperti berikut :

Ambank Group memberi tumpuan kepada perhubungan yang rapat dengan pelanggan ,
dengan menjadi penasihat dan rakan kongsi jangka panjang yang baik untuk mereka.

Untuk meraih keyakinan dan kepercayaan pelanggan , kami sentiasa berusaha untuk menjadi
profesional , boleh dipercayai , cekap dan pantas dalam memberikan perkhidmatan yang
terbaik.

Secara luaran , kami fokus dalam membantu pelanggan untuk berjaya. Secara dalaman pula
, kami fokus kepada pencapaian dan kerja berpasukan untuk memenangi pasaran.

Tumpuan utama perniagaan kami ialah dengan memanfaatkan peluang pertumbuhan


domestik. Kami akan memajukan Malaysia dengan perniagaan rakyat Malaysia.

Kami yakin dengan pertumbuhan , untuk pelanggan , kakitangan dan perniagaan kami.

Kami menyokong dan memperkasakan pelanggan dan kakitangan kami untuk memcapai
aspirasi mereka.

4
BBPW 3103

Aktiviti-aktiviti Perniagaan

Secara amnya , Ambank Group menawarkan pelbagai penyelesaian dan perkhidmatan


kewangan konvensional dan Islam , termasuk perbankan borong dan runcit , perbankan
pelaburan , menyediakan insurans hayat dan takaful , pengurusan / broker stok dan saham ,
penasihat pelaburan serta menguruskan amanah pelaburan hartanah dan unit amanah.

Bank 2 : Malayan Banking Berhad (Maybank)

Maybank atau nama rasminya Malayan Banking Berhad


merupakan kumpulan perbankan dan perkhidmatan
kewangan terbesar di Malaysia. Maybank telah ditubuhkan pada 31 Mei 1960 oleh Khoo
Teck Puat. Ia telah disenaraikan sebagai 500 syarikat terkemuka di dunia oleh Forbes Global
2000. Merupakan antara 5 bank teratas di Asia Tenggara , Maybank muncul sebagai syarikat
terbesar di Bursa Malaysia dengan modal pasaran lebih RM30 bilion pada pertengahan April
2009 dan memduduki tempat pertama di kalangan syarikat-syarikat yang tersenarai di
Malaysia.

Saiz

Menurut laman rasmi Maybank , jumlah keseluruhan aset yang dimiliki Maybank
dianggarkan sebanyak USD 150 bilion. Maybank telah melebarkan sayap perniagaannya ke
peringkat antarabangsa , meliputi 20 negara dan mempunyai 2,200 cawangan. Kekuatan
pekerja Maybank adalah seramai 46,000 orang dan mempunyai pelanggan melebihi 22 juta
orang.

5
BBPW 3103

Visi

“ Menjayakan Cita-cita Asia Bersama Anda”

Misi

Misi Maybank adalah untuk menyediakan perkhidmatan kewangan di seluruh Asia , dengan
memberikan akses perkhidmatan kewangan kepada rakyat dengan syarat dan harga yang adil,
dan sentiasa bersama-sama dengan masyarakat.

Memberikan manfaat perkhidmatan kewangan dengan :-

- Menyediakan akses mudah terhadap pembiayaan kepada orang ramai


- Meletakkan harga dan syarat yang adil
- Memberikan khidmat nasihat kepada pelanggan berdasarkan keperluan mereka
- Sentiasa bersama-sama komuniti

Aktiviti-aktiviti Perniagaan

Operasi utama Kumpulan Maybank berteraskan pelbagai bentuk perkhidmatan perbankan


seperti perbankan komersial , perbankan Islam , perbankan pelaburan , perbankan luar pesisir,
dan perbankan internet (Maybank2U). Selain itu , antara perkhidmatan kewangan lain yang
ditawarkan oleh Maybank ialah insurans , pajakan dan sewa beli , perkhidmatan pemegang
amanah , pemfaktoran , pembrokeran saham , pengurusan aset dan sebagainya.

6
BBPW 3103

3.0 Pengiraan bagi Nilai Masa Depan Anuiti


Untuk mengira nilai masa depan bagi anuiti , terdapat dua kaedah yang boleh
digunakan iaitu :-
i. Persamaan manual

Dimana :
FVAn merujuk kepada nilai masa depan anuiti
A merujuk kepada jumlah anuiti
i merujuk kepada kadar faedah
n merujuk kepada tempoh

ii. Persamaan menggunakan jadual

Nilai (FVIFA i,n) boleh dirujuk dalam Jadual Kewangan bagi Faktor
Faedah Masa Depan {FVAn = A (FVIFAn) }

7
BBPW 3103

3.1 Pengiraan nilai masa depan anuiti untuk bank 1 : AmBank

Untuk mengira nilai masa depan anuiti yang disimpan di AmBank , kadar
faedah yang telah digunapakai ialah sebanyak 2.00% setahun , iaitu
berdasarkan kadar faedah untuk simpanan “TRUE Savers Account” yang
berkuatkuasa mulai 8 Jun 2018. (Maklumat diperolehi melalui laman rasmi
Ambank ).

Oleh kerana simpanan dibuat pada setiap awal tahun , maka anuiti tersebut
dikelaskan sebagai anuiti matang. Berikut merupakan formula yang
digunapakai untuk membuat pengiraan nilai masa depan anuiti.

Menggunakan kaedah 1 : persamaan manual

FVAn - Future Value for Anuity (Nilai Masa Depan Anuiti)


A - Jumlah Anuiti (RM 100 , 000)
i - (Interest Rate) Kadar Faedah (2.00% p.a)
n - Tempoh (20 tahun)

8
BBPW 3103

FVAn = RM 100,000 (1 + 0.02)20 - 1 (1+0.02)

0.02

= RM 2, 478 , 331 . 72

Menggunakan kaedah 2 : Persamaan menggunakan jadual

= RM 100,000 (FVIFA 2% , 20) (1 + 0.02)

= RM 100,000 (24.297) (1.02)

= RM 2 , 478 , 294.00

*Nota : Merujuk nilai Jadual Kewangan bagi Faktor Faedah Nilai Masa Depan ,
(FVIFA 2% , 20) = 24.297

Justifikasi :

Secara kasarnya , jika seseorang individu menyimpan wang sebanyak RM 100,000


setiap tahun selama 20 tahun , simpanannya mungkin mencecah RM 2,000,000 (Dua
Juta Ringgit). Namun , jika individu tersebut memilih untuk mendepositkan wang
tersebut dalam Akaun Simpanan TRUE Savers Account di AmBank yang
menawarkan kadar faedah sebanyak 2.00 % setahun , jumlah simpanannya selepas
20 tahun adalah sebanyak RM 2 , 478 , 331.72. Ini bermakna , dia akan menerima
pulangan sebanyak RM 478,331.72 hasil daripada simpanannya itu.

9
BBPW 3103

3.2 Pengiraan Anuiti untuk Bank 2 : Maybank

Untuk mengira nilai masa depan anuiti yang disimpan di Maybank , kadar
faedah yang telah digunapakai ialah sebanyak 2.20% setahun , iaitu
berdasarkan kadar faedah untuk simpanan “Maybank 2U Savers” yang
berkuatkuasa mulai 29 Januari 2018. (Maklumat diperolehi melalui laman
rasmi Maybank)

Menggunakan kaedah persamaan manual

FVAn - Future Value for Anuity (Nilai Masa Depan Anuiti)


A - Jumlah Anuiti ( RM 100 , 000)
i - (Interest Rate) Kadar Faedah ( 2.20% p.a)
n - Tempoh (20 tahun)

= RM 100,000 (1 + 0.022)20 - 1 ( 1 + 0.022)


0.022

= RM 2,533,250.85

10
BBPW 3103

Oleh kerana kadar faedah yang ditawarkan bukan dalam bentuk nombor genap, maka kaedah
persamaan menggunakan jadual tidak boleh digunakan.

Justifikasi :

Secara kasarnya , jika seseorang individu menyimpan wang sebanyak RM 100,000 setiap
tahun selama 20 tahun , simpanannya mungkin mencecah RM 2,000,000 (Dua Juta Ringgit).
Namun , jika individu tersebut memilih untuk mendepositkan wang tersebut dalam Akaun
Simpanan Maybank2U Savers di Maybank yang menawarkan kadar faedah sebanyak 2.20 %
setahun , jumlah simpanannya selepas 20 tahun adalah sebanyak RM 2 , 533 , 250.85. Ini
bermakna , dia akan menerima pulangan sebanyak RM 533,250.85 hasil daripada
simpanannya itu.

11
BBPW 3103

4.0 Perbandingan Jumlah Simpanan antara kedua-dua Bank

Jika dibandingkan antara kedua-dua buah bank , Maybank menawarkan kadar


faedah yang lebih tinggi untuk Akaun Simpanannya , iaitu sebanyak 2.20% setahun ,
berbanding Ambank , sebanyak 2.00% setahun.

Jumlah simpanan dan pulangan yang diterima oleh individu yang mendepositkan
anuitinya di Maybank adalah jauh lebih tinggi , iaitu simpanan sebanyak RM
2,533,250.85 ,dengan pulangannya sebanyak RM 533,250.85 , berbanding dengan
AmBank , iaitu simpanan sebanyak RM 2,478,331.72 , dengan pulangannya sebanyak
RM 478,331.72

Maybank AmBank
Kadar Faedah / setahun 2.20 % 2.00%
Jumlah simpanan RM 2,478,331.72 RM 2,533,250.85
Jumlah pulangan RM 478,331.72 RM 533,250.85
Jadual 1.1 : Ringkasan mengenai Kadar Faedah , Jumlah Simpanan dan Jumlah
Pulangan

Ini menunjukkan perkaitan yang amat jelas mengenai kadar faedah yang ditawarkan
oleh pihak bank dengan jumlah simpanan yang bakal diterima oleh individu yang
mendepositkan wang mereka ke dalam akaun simpanan tertentu. Satu kesimpulan
padat yang dapat diberikan ialah , semakin tinggi kadar faedah , semakin tinggi
jumlah simpanan yang bakal diterima.

12
BBPW 3103

5.0 Kepentingan Nilai Masa Wang kepada Individu

Seperti mana yang telah dikupas sebelum ini , kita semua sedar betapa masa
merupakan satu elemen pembolehubah yang sangat penting dalam mempengaruhi
nilai wang. Satu ringgit sekarang tidak sama nilainya dengan satu ringgit pada
sepuluh tahun lalu dan mungkin berbeza nilainya pada sepuluh tahun akan datang.
Persoalannya , apakah kepentingan konsep nilai masa wang kepada individu ,
terutamanya dalam aspek pembuatan keputusan berkaitan kewangan?

Antara keputusan berkaitan kewangan yang sering dipertimbangkan oleh individu


ialah seperti :

- Mengurus dan merancang aliran tunai dan tabungan untuk masa depan
- Mendapatkan pinjaman dan pembiayaan untuk pendidikan , perumahan dan
kenderaan
- Membuat pelaburan dan tabungan bagi menjalani kehidupan selepas persaraan
- Mencapai keadaan ekonomi yang stabil dan kukuh serta bebas hutang untuk diri
dan keluarga
- Mengumpul aset dalam bentuk hartanah , dana unit amanah , saham dan
sebagainya.

Bagaimanakah konsep nilai masa wang boleh membantu individu dalam membuat
keputusan untuk perkara-perkara seperti di atas ?

Contoh pertama ialah dari sudut pelaburan yang dilakukan dalam bentuk simpanan
tunai. Apabila seseorang individu itu sedar akan kepentingan nilai masa wang , dia
akan cuba menetapkan matlamat simpanannya , berapa banyak yang dimahukan ,
dalam tempoh berapa tahun , institusi kewangan manakah yang mampu memberikan
kadar faedah yang kompetitif pada setiap tahun , berapakah nilai kini atau jumlah
yang perlu disimpan bagi mencapai matlamat simpanan dan berapakah kadar
pulangan yang bakal diperolehi. Kesemua persoalan ini mampu dirungkai oleh
individu itu sendiri dengan memantapkan diri dengan konsep nilai masa wang. Oleh
yang demikian , wajarlah jika kita simpulkan bahawa konsep nilai masa wang mampu
menjadikan individu itu lebih celik wang dan mampu membantu dirinya dalam
merangka strategi pelaburan untuk masa hadapan.

13
BBPW 3103

Contoh kedua pula lebih terarah kepada aspek pinjaman dan pembiayaan. Andaikan
seseorang individu itu memerlukan sejumlah wang yang banyak dan ingin membuat
pinjaman dengan mana-mana institusi kewangan. Dengan konsep nilai masa wang ,
dia boleh menganggarkan berapakah yang perlu dibayar pada setiap bulan
berdasarkan kadar faedah yang dikenakan oleh institusi pinjaman terbabit. Seterusnya
, individu tersebut akan menilai kemampuan diri sendiri dalam membuat bayaran
balik dan memilih tempoh pembiayaan yang lebih sesuai dengan dirinya. Secara tidak
langsung , konsep nilai masa wang boleh menyediakan maklumat awal kepada
individu dalam membuat keputusan mengenai sesuatu pinjaman atau pembiayaan.

Contoh ketiga pula ialah daripada aspek simpanan persaraan. Kebanyakkan mereka
yang bekerja sendiri mungkin tidak mempunyai struktur caruman atau simpanan yang
konsisten dan sistematik seperti mana yang bekerja dengan majikan. Dengan konsep
nilai masa wang , individu akan mulai sedar betapa pentingnya untuk mula
menyimpan sekarang , demi untuk kebaikan di masa akan datang.

14
BBPW 3103

6.0 Kesimpulan
Tuntasnya , konsep nilai masa wang sememangnya sangat penting kepada semua
pihak dalam meningkat pemahaman bagaimana nilai wang boleh berubah dengan
peredaran masa dan apakah faktor yang menyumbang kepada berlakunya keadaan
sedemikian. Salah satu kepentingan konsep nilai masa wang ialah kita mampu untuk
menganalisis kekuatan dan kelemahan sesuatu pelaburan yang bakal disertai. Kita
akan mampu menjangkakan pulangan yang bakal diterima dan risiko yang dihadapi
kelak.

Selain itu , dengan mempelajari konsep nilai masa wang , individu akan mulai sedar
bagaimana untuk merangka simpanan pada masa hadapan , memilih bank yang
menawarkan kadar faedah yang paling tinggi bagi memastikan pulangan yang
lumayan yang bakal diterima , hasil daripada simpanan tersebut.

Seterusnya , melalui pengiraan nilai masa depan anuiti yang telah disimpan di bank ,
kita dapat menyimpulkan bahawa semakin tinggi kadar faedah yang ditawarkan oleh
pihak bank , semakin tinggi jumlah simpanan kita.

15
BBPW 3103

RUJUKAN

Ahmad, R., & Che Seman, A. (2009). Pemakaian Maslahah Terhadap Konsep Nilai Masa
Wang dalam Sistem Perbankan Islam di Malaysia.Jurnal Fiqh, 6 , 87-106. Retrieved
from http://ajba.um.edu.my/index.php/fiqh/article/view/4190

AmBank Group (n.d.). About Us. Google [web log]. Retrieved from
https://www.ambankgroup.com/eng/AboutUs/Pages/Introduction.aspx

AmBank Group (n.d.). Our Vision. Google [web log]. Retrieved from
https://www.ambankgroup.com/eng/AboutUs/Pages/OurVision.aspx

Malayan Banking Berhad ( n.d. ). Gambaran Keseluruhan. Google [web log]. Retrieved from
https://www.maybank.com/en/about-us/who-we-are/overview.page?

Malayan Banking Berhad ( n.d. ). Strategic Business Unit. Google [web log]. Retrieved from
https://www.maybank.com/en/about-us/who-we-are/strategic-business-units.page?

SlideShare , Gia Eman (2011 , Ogos 4). Bab 4 : Nilai Masa Wang. Google [web log].
Retrieved from https://www.slideshare.net/gia_eman/bab-4-an025-nilai-masa-wang

Wikipedia (n.d.). AmBank. Google [web log]. Retrieved from


https://en.wikipedia.org/wiki/AmBank

Wikipedia (n.d.). Maybank. Google [web log]. Retrieved from


https://ms.wikipedia.org/wiki/Maybank

16

Anda mungkin juga menyukai