Anda di halaman 1dari 9

EFIKASI KENDIRI GURU PRASEKOLAH

PENGENALAN

Efikasi kendiri boleh ditakrifkan sebagai penilaian individu terhadap kebolehan dirinya

sendiri untuk menyusun dan melaksanakan tugasan bagi mendapatkan hasil yang diingini

atau diharapkan. Secara generalisasi, definisi ini ada persamaan dengan konsep kendiri dan

persepsi kendiri. Efikasi kendiri dapat menilai seseorang individu dalam menyelesaikan

masalahnya serta sejauh mana keyakinan dirinya untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Selain itu, efikasi kendiri juga dikaitkan dengan penetapan matlamat untuk mencapai sesuatu

yang diimpikan. Penetapan matlamat ditentukan oleh individu itu sendiri berdasarkan kepada

tugasan yang dilaksanakan, persekitarannya ataupun interaksi sosialnya.

DEFINISI DAN KONSEP EFIKASI KENDIRI

Kesungguhan guru dalam mempengaruhi pencapaian murid adalah merujuk kepada konstruk

efikasi guru (Bandura, 1997). Guru melakukan pertimbangan terhadap keupayaan diri dalam

mempengaruhi hasil pembelajaran murid. Efikasi guru dikenal pasti mempunyai hubungan

yang signifikan dengan pencapaian murid (Anderson at al. 1991; Ashton & Webb, 1986;

Bandura, 1993;1997; Gibson & Dembo, 1984; Ross, 1992; Tschannen-Moran & Hoy, 2001).

Kajian berkaitan efikasi guru dipopularkan oleh Bandura (1997) yang berasaskan kepada

teori kognitif sosial. Menurut Bandura (1994), efikasi kendiri merupakan kepercayaan

individu terhadap kemampuan mempengaruhi orang lain bagi meningkatkan tahap

pencapaian yang disasarkan. Individu yang mempunyai efikasi kendiri yang tinggi mampu

untuk mempengaruhi cara berfikir, bertingkahlaku dan bermotivasi. Individu yang

mempunyai kekuatan efikasi kendiri sentiasa berusaha mencapai objektif yang lebih
mencabar dan lebih komited jika dibandingkan dengan individu yang rendah efikasi

kendirinya (Bandura, 1994, 1995).

Sejak beberapa dekad yang lalu, penyelidik-penyelidik telah mengenalpasti bahawa efikasi

kendiri guru, iaitu sejauh mana seseorang guru yakin bahawa beliau mempunyai pengaruh ke

atas prestasi pencapaian murid (Ashton, 1984), atau kepercayaan dan keyakinan terhadap

kekuatan, kebolehan, dan keupayaan diri untuk mengajar, merupakan faktor yang

membezakan seseorang guru (Gibson & Dembo, 1984; dan Evertson, 1986).

Menurut Powell & Anderson (1995), efikasi guru sebagai satu perasaan yang membuatkan

seseorang itu merasakan betapa bagusnya beliau dapat belajar dan mempraktikkannya

dengan baik. Dalam hal ini, Allinder (1995) mendapati bahawa guru-guru yang mempunyai

efikasi pengajaran yang tinggi mempunyai sasaran yang lebih tinggi terhadap pelajarnya,

mudah menerima idea-idea baru, mencuba teknik dan kaedah pengajaran baru (Guskey,

1988), serta punyai daya ketahanan yang tinggi untuk melakukan sesuatu tugasan mengajar

yang baru ataupun sukar (Coladarci, 1992).

KEPENTINGAN EFIKASI KENDIRI GURU

Guru yang mempunyai tahap efikasi kendiri yang tinggi berkenaan dengan pengajarannya,

dapat memotivasikan dan meningkatkan perkembangan kognitif pelajar (Bandura, 1994).

Gibson & Dembo (1984) menyatakan, efikasi kendiri guru terdiri daripada dua konstruk iaitu

keupayaan kendiri dan keupayaan mengajar. Keupayaan kendiri dimaksudkan sebagai

keyakinan bahawa seseorang itu mempunyai keterampilan dan kebolehan untuk mengubah

murid-muridnya. Konsep ini sama dengan konsep efikasi kendiri yang dikemukakan oleh
Bandura (1977). Walaubagaimanapun, keupayaan mengajar yang bermaksudkan kepada

kepercayaan adalah terhad kerana pengaruh faktor-faktor luaran seperti persekitaran, latar

belakang, dan pengaruh ibu bapa.

Gordon dan Melby (2001) telah menjalankan kajian bagi membuktikan bahawa guru yang

mempunyai efikasi kendiri yang tinggi ialah guru yang efektif di dalam kelas. Dalam kajian

ini, seramai 96 orang guru telah dikenalpasti mempunyai efikasi kendiri yang rendah. Hasil

analisis beliau menunjukkan bahawa guru yang mempunyai efikasi kendiri yang tinggi,

kurang menggangap pelajar yang bermasalah mempunyai masalah tingkahlaku yang teruk,

sebaliknya menjangkakan tingkahlaku pelajar tersebut akan bertambah baik. Mereka akan

berasa malu atau bersalah apabila pelajar bertingkahlaku dengan tingkahlaku yang tidak

sepatutnya. Para guru ini juga suka kepada pelajar yang bermasalah kerana mereka yakin

dapat mengawal tingkahlaku pelajar tersebut.

Kajian Gibson & Dembo (1984) menunjukkan bahawa guru yang berefikasi rendah kurang

kesungguhan dalam memperbaiki kelemahan murid, selain cenderung menilai murid

berdasarkan kepada kecerdasan tanpa mengambil kira persediaan pembelajaran murid serta

memberi layanan yang baik kepada murid yang cerdas (Ashton et al. 1983).

Selain itu, guru yang berefikasi rendah juga cenderung menerapkan kawalan disiplin dalam

bilik darjah serta amalan ganjaran hukuman untuk memastikan pelajar-pelajarnya mengikuti

pengajaran (Woolfolk et al. 1990). Hasil kajian Gordon dan Melby (2001) juga mendapati

bahawa guru yang berefikasi rendah sering meluahkan rasa marah dan tertekan mereka
dengan memberi hukuman yang lebih teruk. Kajian ini menunjukkan bahawa galakan

terhadap peningkatan efikasi kendiri guru merupakan petunjuk penting kepada keberkesanan

para guru secara umumnya dalam pengurusan kelas.

Menurut Tschannen-Moran (1998), efikasi guru mempunyai hubungan yang signifikan

dengan peningkatan pengajaran dan pembelajaran serta pencapaian pelajar. Peningkatan dan

pencapaian ini merangkumi tingkahlaku guru di dalam bilik darjah, daya usaha dan

penetapan matlamat, lebih terbuka kepada idea-idea terkini dan lebih cenderung untuk

mencuba kaedah yang baru, mempunyai kompetensi dalam perancangan, mempunyai

semangat yang tinggi, reseliansi, komitmen, dan minat yang mendalam dalam pengajaran dan

pembelajaran. Guru yang mempunyai tahap efikasi kendiri yang tinggi juga berjaya

mempengaruhi peningkatan pencapaian pelajar, pembangunan emosi dan sikap yang

berkaitan dengan organisasi yang harmoni, iklim sekolah yang positif, dan dapat membantu

meningkatkan efikasi kendiri pelajar.

Seterusnya Ashton (1984) turut menyatakan bahawa guru-guru yang tinggi efikasi kendirinya

sentiasa merancang supaya murid-muridnya sentiasa belajar, menetapkan matlamat, dan

mengenalpasti strategi-strategi bagi mencapai matlamat tersebut, manakala guru-guru yang

rendah efikasi kendirinya pula tidak berusaha untuk menetapkan matlamat yang harus

dicapai oleh murid-muridnya dan tidak pasti apakah yang patut dicapai oleh murid-muridnya.

Guru-guru yang rendah efikasi kendirinya juga tidak merancang strategi-strategi bagi

memudahkan pencapaian matlamat. Selain itu, guru-guru yang berefikasi tinggi berasa

seronok terhadap tugasnya sebagai seorang guru dan juga ketika bersama dengan murid-

muridnya. Sebaliknya, guru-guru yang berefikasi kendiri rendah sering kecewa dengan
tugasnya sebagai guru, dan mempunyai perasaan negatif terhadap kerja dan juga terhadap

murid-muridnya (Ashton, 1984).

Gibson dan Dembo (1984) mendapati guru yang mempunyai tahap efikasi yang tinggi, lebih

berkemampuan dalam mempengaruhi pelajar supaya melibatkan diri dalam sebarang aktiviti

pembelajaran serta sanggup mengorbankan masa mereka untuk memantau perkembangan

pelajar dan menyemak hasil kerja pelajar. Namun begitu, ia berbeza dangan guru yang

mempunyai tahap efikasi yang rendah di mana mereka kurang memberi kerjasama kepada

pelajar dan sentiasa memberi maklum balas yang negatif kepada pelajar.

Banyak kajian telah menunjukkan efikasi kendiri guru merupakan pembolehubah yang

signifikan dan positif dengan pengajaran dan pencapaian pelajar (Gibson & Dembo, 1984;

Henson, Kogan, & Vacha-Haase, 2001).

Sebagai usaha untuk memahami faktor yang mempengaruhi efikasi kendiri seorang guru

dengan lebih mendalam, Dembo dan Gibson (1985) telah mengkaji beberapa faktor dan

menyatakan di antaranya ialah pendidikan dan sosialisasi guru serta organisasi sekolah

hendaklah dikaji. Ashton (1984) pula berpendapat bahawa efikasi guru boleh dan perlu

dibina kerana guru-guru sangat memerlukan keterampilan untuk digunakan di dalam

pengajaran supaya pengajarannya lebih berkesan. Oleh sebab itu, Gideonse (1982)

berpendapat, jika efikasi guru diperlukan, latihan guru perlulah diadakan dalam jangka masa

yang panjang dan dilaksanakan di banyak tempat. Ini kerana keadaan sekolah tidak sama

antara satu sama lain.


Berdasarkan kepada huraian-huraian di atas, ia menunjukkan bahawa efikasi kendiri

seseorang guru jelas mempengaruhi kualiti pengajaran dan pembelajaran. Justeru, usaha ke

arah meningkatkan efikasi kendiri guru-guru prasekolah hendaklah dititikberatkan sekaligus

mampu menambahbaikan sistem pendidikan prasekolah di Malaysia.

TAHAP EFIKASI KENDIRI GURU PRASEKOLAH

Kompetensi emosi mempunyai hubungan dengan efikasi kendiri dalam menjamin kualiti

pengajaran guru-guru terutamanya dalam pendidikan prasekolah. Kedua-duanya mempunyai

kepentingan yang tinggi bagi seseorang guru prasekolah dalam usaha membentuk

pembelajaran emosi dan tingkahlaku pelajar-pelajar. Albert Bandura (1963) telah

menggabungkan teori psikologi tingkah laku dan psikologi kemanusiaan ke dalam kerangka

Model Efikasi Kendiri dan seterusnya model ini dapat menerangkan dengan jelas tentang

proses perubahan tingkah laku. Kebolehan guru prasekolah dalam mengubah tingkahlaku

mereka bergantung kepada tiga aspek kendiri yang utama. Aspek yang pertama ialah

keputusan guru tersebut sama ada ingin mencuba sesuatu tindakan atau tidak melakukannya,

aspek kedua pula ialah ketabahan guru tersebut untuk melaksanakan sesuatu tindakan dan

aspek yang ketiga ialah kejayaan guru tersebut dalam menjalankan tugasnya atau kelakuan

baru dengan kemahiran yang mencukupi dan insentif yang bersesuaian.

Dalam menghuraikan maksud efikasi kendiri, ia merangkumi empat aspek amalan yang

dilaksanakan iaitu harga diri, bermotivasi, timbangrasa, dan kesejawatan. Berikut adalah satu
analisis kajian berkenaan penilaian tahap efikasi kendiri guru-guru prasekolah kebangsaan

dan guru-guru prasekolah swasta.

Jadual 4: Statistik Deskriptif Efikasi Kendiri

Dimensi Efikasi Kendiri Guru Guru


Prasekolah Prasekolah
Keseluruhan
Kebangsaan Swasta

Min S.P Min S.P Min S.P

Harga Diri 3.72 0.58 3.80 0.55 3.64 0.60


Bermotivasi 3.92 0.54 3.99 0.50 3.87 0.59
Timbangrasa 4.08 0.58 4.14 0.51 4.02 0.63
Kesejawatan 3.88 0.57 3.98 0.51 3.78 0.06

Berdasarkan kepada analisis statistik di atas, aspek timbangrasa didapati paling tinggi

(min=4.08) diamalkan berbanding aspek-aspek yang lain. Walaubagaimanapun, kadar

perbezaan amalan di antara aspek-aspek tersebut bagi setiap prasekolah tidak terlalu jauh di

mana ia diikuti dengan amalan bermotivasi (min=3.92), kesejawatan (min=3.88), dan

seterusnya aspek harga diri (min=3.72). Jadual tersebut digambarkan dalam histogram di

bawah.

Jadual 5: Tahap Efikasi Kendiri Guru Prasekolah


4.2

4.1

3.9

3.8
Prasekolah Kebangsaan
3.7 Prasekolah Swasta

3.6

3.5

3.4

3.3
Harga Diri Bermotivasi Bertimbangrasa Kesejawatan

Berdasarkan kepada histogram di atas, semua aspek efikasi kendiri guru prasekolah kerajaan

dan prasekolah swasta mencapai skor min tahap tinggi di mana aspek bertimbangrasa adalah

skor min tertinggi, disusuli dengan aspek bermotivasi, aspek kesejawatan, dan yang terendah

adalah aspek harga diri. Walaubagaimanapun, guru prasekolah kerajaan mempunyai tahap

efikasi kendiri yang lebih tinggi berbanding guru prasekolah swasta.

Berikut adalah antara faktor penyumbang yang mempengaruhi efikasi kendiri seseorang.

Aspek Efikasi Kendiri Faktor Pengaruh


a) Harga diri a) Demografi
b) Bermotivasi b) Ciri-ciri organisasi sekolah
c) Bertimbangrasa e) Latar belakang sekolah
d) Kesejawatan f) Penglibatan guru dalam membuat keputusan
g) Iklim sekolah
h) Program pembangunan staf
i) Kepimpinan

Maka dengan itu, pihak pengurusan sekolah perlu mengambil inisiatif yang terbaik untuk

meningkatkan tahap efikasi kendiri guru prasekolah swasta. Ini kerana ciri-ciri sekolah

merupakan faktor penting dalam pembentukan efikasi kendiri guru terutamanya faktor
pembangunan staf. Kesemua aspek dalam efikasi kendiri boleh dibentuk dan dibangunkan

dengan pelaksanaan kaedah penyelesaian yang berkesan.

Efikasi kendiri guru prasekolah amat penting dalam mempengaruhi pilihan tingkahlaku yang

hendak dibuat, usaha, dan ketabahan seandainya berlaku rintangan dan halangan dalam

pengajaran kanak-kanak prasekolah. Ini kerana kanak-kanak sedang melalui proses

pembelajaran dan perkembangan dari sudut emosi, mental dan sebagainya. Sikap, tingkahlaku

dan tutur kata guru akan menjadi contoh utama dalam pembelajaran kanak-kanak prasekolah

yang akan mempengaruhi sahsiah mereka akan datang.

Anda mungkin juga menyukai