Ringkasan Kitab
Ringkasan :
Hamdan bin Hamid As-Salmi
Datuk Bandar , kawasan Mekah
Moga Allah mengampunkannya
- Al-Harith bin Asad Al-Muhasabi ( wafat : 243 H ) merupakan orang terawal mengarang
beberapa ilmu Al-Quran di dalam kitabnya ( Fahmu Al-Quran ) .
-Penulis cenderung terhadap perkembangan Mustalah Ulum Al-Quran dari sudut makna
istilahi yang muncul pada seratus lima hijrah . Sebelum itu , penulis rancak mengarang Tafsir
yang mana Tafsir merupakan salah satu dari cabang Ilmu Al-Quran . Ia dinisbahkan sebagai
ilmu yang mengupas berkaitan Al-Quran .
-Kitab pertama yang dirajihkan penulis ada menyentuh beberapa perkara berkaitan Ulum
Al-Quran : ( At-Tanbil a’la Fadhli Ulum Al-Quran ) , oleh Abi Al-Qasim Al-Hasan An-Nisaburi .
---------
● Bab Satu : Pembahagian Ulum Al-Quran di dalam Al-Burhan dan Al-Itqan
-Pembahagian bab Ulum Al-Quran oleh Az-Zarkasyi di dalam Al-Burhan : Empat puluh tujuh
bahagian .
-Pembahagian bab Ulum Al-Quran oleh As-Suyuti di dalam Al-Itqan : Lapan puluh bahagian .
-Pada Az-Zarkasyi : Tiga puluh sembilan bahagian , sebaliknya pula pada As-Suyuti : Lima
puluh empat bahagian .
-Terdapat tiga puluh bahagian yang mana tajuknya hampir sama di antara Al-Burhan dan
Al-Itqan .
- Jumlah keseluruhannya ada sepuluh bahagian , dan dibahagikan kepada tiga pecahan :
a- As-Suyuti meletakkan pembahagian Kajian dan Permasalahan dalam satu bahagian khas
di dalam Al-Itqan . Manakala di dalam Al-Burhan ada enam bahagian :
b) Bahagian yang lebih banyak dikarang oleh As-Suyuti di dalam Al-Itqan dan kedua-dua
bahagian terdapat di dalam Al-Burhan :
7-Pengetahuan Tasrif .
c) Beberapa bentuk yang dihubungkan oleh As-Suyuti di dalam Al-Itqan – dan ianya ada
dua bentuk di dalam Al-Burhan :
9- Balaghah Al-Quran .
10- Menyebut apa yang memudahkan uslub Al-Quran dan seninya yang ungg ul.
- As-Suyuti memuatkan empat puluh dua bahagian Ulum Al-Quran di dalam Al-Itqan .
Tajuknya itu tidak terdapat dalam kitab Az-Zarkasyi . bahkan kesemua isi kandungannya
dipecahkan kepada dua pecahan :
3- Apa yang diturunkan kepada sebahagian para Nabi di dalam Al-Quran dan apa yang tidak
diturunkan kepada seorang Nabi pun sebelum Nabi Muhammad s.a.w. .
c) Penambahan baru daripada As-Suyuti di dalam Al-Burhan tetapi topiknya telah ditulis
orang lain sebelum ini , iaitu :
7-Apa yang terdapat di dalam Al-Quran dari sudut nama , kuniyah ( gelaran) dan laqab ( nama
jolokan) .
--------------
Kedua : Pecahan di mana Az-Zarkasyi tidak menulis pengkelasan tetapi isi kandungannya
membentangkan beberapa kitab Tafsir dan Ulum Al-Quran juga Kitab Sunnah , Usul dan
Qiraat . Pecahan ini dibahagi kepada enam bahagian . Az-Zarkasyi merupakan penulis bagi
bahagian ini , iaitu :
1-Penutup surah .
5- Pengetahuan Tasrif .
-------------
1) As-Suyuti mencipta beberapa bahagian di dalam Ulum Al-Quran yang tidak pernah
dibuat langsung sebelum ini , ia ada tiga :
2) As-Suyuti menambah bahagian baru yang tidak terdapat di dalam Al-Burhan tetapi
mufradat asalnya diceritakan ketika menulis mengenai Ulum Al-Quran , jumlahnya :
sepuluh bahagian .
3) Penambahan bahagian baru di dalam Ulum Al-Quran yang asalnya di dalam Al-Burhan ,
jumlahnya : ( 29 ) bahagian .
----------------
● Bab Empat : Penulisan As-Suyuti
- Jumlahnya : ( 17 ) penulisan .
Penulisan yang biasa digunakan oleh As-Suyuti berbeza dengan Az-Zarkasyi , kecuali pada
dua bentuk penulisan , yang mana pandangan asal kedua-dua mereka wujud di dalam
Al-Burhan . ( mungkin Al-Itla’ ‘alaiha lil Faedah , muka surat 535 ) .
--------------
1) Uslub :
Az-Zarkasyi memiliki uslub ilmiah disulami dengan adab , dan kebiasaannya dia menaqalkan
(mengambil dan memindahkan ) daripada orang lain .
-Kadangkala sebahagian perbincangan terbentuk apabila tidak bertemu nas dari mereka
terdahulu , seperti permasalahan nama-nama surah adakah ia Tauqifi atau diletakkan
mengikut kemunasabahan ?
-Antara uslubnya : Ditulis sebahagian masalah kemudian dijawab dengan menaqalkannya
daripada ahli ilmu , dan menggunakan “ Al-Fanqalah “ iaitu : Fain Qalat … Qultu ( jika dia
berkata.. aku berkata.)
2)Takrif :
3)Tafsir :
-Mentafsir beberapa lafaz quran yang asing , seperti : ( dhori’ , mughramun , tafakkahun ).
- Az-Zarkasyi dari kalangan para ulama’ yang mempunyai kepakaran ilmu hadith , dan sebab
itu dalam beliau menisbahkan sejumlah hadith dengan bahan sumbernya , beliau ada
mengeluarkan hukum bagi sebahagian hadith .
-Az-Zarkasyi ada menyebut berkaitan mazhab bahasa seperti mazhab Basrah dan Kufah .
-Membawa sebahagian kaedah nahu dan sorof , serta dijelaskan juga pandangan dari sudut
bahasa .
-Mengeluarkan isytihad melalui syair lama dan terkini . Az-Zarkasyi juga mempunyai ilmu
perumpamaan bahasa Arab .
1) Uslub As-Suyuti disifatkan dengan gambaran pendek dan ringkas bagi sebahagian kajian .
2) Memberikan alasan dalam menghuraikan dalil nama-nama surah yang terkandung dalam
hadith dan athar .
8) Mengeluarkan dalil dari beberapa baris syair lama menjadi hujah pendapatnya , dan
kadangkala dari sudut gubahannya .
10 ) As-Suyuti berani menisbahkannya kepada Athar dan Hadith yang dinaqalkan dari
buku-buku himpunan sunnah , tetapi kadangkala dia tidak menisbahkannya .
11) Mempamerkan kritikan : ( 179 ) Hadith dan Athar dalam kitab Az-Zarkasyi , dan
menghukum susur galur sanadnya samada Sahih , Hasan atau pun Dhaif .
---------------------
1) Pengenalan sebahagian kitab Tafsir dan Ulum Al-Quran yang ditulis mahupun yang
hilang :
-Az-Zarkasyi menaqalk an daripada : ( 53 ) tafsir , dan ( 75 ) daripada kitab Ulum Al-Quran .
- As-Suyuti menaqalk an daripada ( 47 ) Tafsir , dan ( 101 ) daripada kitab Ulum Al-Quran .
-Melalui kitab : Al-Ifrad wal jama’ oleh Al-Akhfash dan kitab Al-Kasyaf Al-Qadim oleh
Az-Zamakhsyari .
3)Kemampuan membuat gambaran isi kandungan dan susunan dari kitab yang hilang.
Melalui : Kitab Al-Masahif oleh Al-Asbahani , dan kitab : Al-Burhan fi musykilat Al-Quran oleh
Abi Al-Ma’ali .
6) Penambahan kitab untuk kata nama yang sumber terjemahannya tidak disebut.
1) Pembahagiannya .
Melalui sumber kata-kata manusia , seperti syeikh Az-Zarkasiyi dan As-Suyuti , juga sumber
yang dinaqalk an merangkumi sebelas ilmu .
2) Meluas bilangannya .
-Sumber Az-Zarkasyi mencapai ( 332 ) sumber .
-Sumber Az-Suyuti mencapai ( 550 ) sumber
- Az-Zarkasyi terpegun dengan kitab : Rihlah Ibnu As-Solah melalui tulisan tangannya .
-As-Suyuti terpegun dengan kitab Jamal Al-Qurra’ oleh As-Sakhawi melalui tulisan tangannya
.
4) Kedua-dua mereka ada menyifatkan sebahagian sumber rujukan terdapat keindahan yang
menonjol dan merungkai yang tersirat .
- As-Suyuti menyifatkan Kitab Al-A’jab oleh Ibnu Hajar yang mana Al-Hafiz mati ketika
melakar draf, maka beliau tidak dapat menyempurnakannya .
-Az-Zarkasyi sangat hebat beramanah dalam menaqal k itabnya Al-Burhan , selain menyebut
dengan jelas senarai nama penulis dan kitab tulisan mereka .
-Manakala As-Suyuti tidak seperti Az-Zarkasyi bersikap amanah menaqal dan menelitinya .
As-Suyuti menaqalkan sebahagian nas dengan makna tanpa konsisten dengan pendapat
penulis .
-As-Suyuti menaqal nas dari Az-Zarkasyi dan tidak menisbahkkan kepada sumber yang
dinasabkan oleh Az-Zarkasyi .
1) Az-Zarkasyi teliti dalam menaqalk an dari orang lain dan beramanah dengannya .
9) Memandang kritikan .
---------------------
1)As-Suyuti mencipta tiga bahagian ilmu Al-Quran yang tiada beza dengan sebelum ini .
3) Al- Itqan terbaik dalam menghimpunkan sejumlah besar riwayat tafsir bagi beberapa
tafsir yang hilang , seperti Tafsir Al-Faryabi dan Ibnu Mardawiyah .
a- Memilih lafaz Al-Quran yang tiba-tiba tidak diletakkan hamzah , menurut As-Syafi’e.
b- Berpendapat susunan surah dalam Al-Quran adalah Tauqifi , kecuali Surah Bara’ah (
At-Taubah ) dan Al-Anfal , menurut Al-Baihaqi .
c- Percaya bahawa Al-Iqtibas terbahagi kepada tiga pecahan : ( Diterima , Harus dan Ditolak )
.
d- Memilih lafaz bukan bahasa arab di dalam Al-Quran , kerana ia mengandungi ilmu orang
terawal dan terdahulu .
e- Melihat pembukaan surah mengandungi rahsia yang tidak diketahui sesiapa melainkan
Allah .
7) Mengeluarkan lebih banyak kajian berdasarkan kitab karangan utama yang berkaitan
dibawahnya .
------
-Kajian Keempat : Kedudukan antara Al-Burhan dan Al-Itqan dengan Kitab Ulum Al-Quran
.
- Tiada keraguan bahawa Kitab Al-Burhan oleh Az-Zarkasyi tidak dapat ditandingi
mana-mana kitab Ulum Al-Quran yang merangkumi pelbagai maklumat yang mendalam isi
kandungannya. As-Suyuti berpegang dengan Al-Burhan lalu membangkitkan dirinya menulis
kitab Al-Itqan .
- As-Suyuti mula menulis kitab Al-Tahbir , kemudian menghasilkan Kitab Al-Itqan selepas
beliau meneliti Kitab Al-Burhan oleh Az-Zarkasyi
- Al-Itqan menggambarkan ringkasan jelas bagi Kitab Al-Burhan bersama susunan dan
penambahan .
--------
-Az-Zarkasyi menyebut bahawa kisah Ibrahim tidak diturunkan dalam surah As-Syuara’ , dan
ianya diragui .
-Menyebut bahawa lafaz : ( ) ﻇﻠﻤﻨﺎﻫﻢada di empat tempat dalam Al-Quran . Dan yang
betulnya , ia datang dalam tiga tempat sahaja .
5) Meninggalkan Tarjih .
6)Bercanggah : Seperti menghalang dipisahkan penambahan beberapa huruf dalam
Al-Quran , tetapi ianya disambung dan disebut penambahan pada sebahagian huruf
Al-Quran .
1) As-Suyuti merupakan seorang hafiz , dan mengetahui Ilmu Hadith , tetapi di dalam
Kitab Al-Itqan beliau menyebut pelbagai riwayat lemah yang membolehkan dia berhukum
dengannya , juga menaqalk an kata-kata cendakiawan Nuqqad ( pengkritik ) di dalam
kitabya .
- Selain itu : Kadangkala , As-Suyuti berpegang pada riwayat lemah di dalam tafsirnya .
- Sebahagian kisah Israiliyat dimasukkan secara meluas , terutama sekali dalam kajian
Al-Mubhamat .
Sepertimana As-Suyuti merasakan bahawa di dalam Al-Quran ada kisah kaum yang berjalan
bebas di atas muka bumi ke Negara China .
- Contohnya , As-Suyuti memasukkan hadith Imam Ahmad dalam sejarah , bahawa malaikat
Israfil menemani kenabian Nabi s.a.w. selama tiga tahun , mengajar baginda perkataan dan
benda , dan ini bertentangan dengan hadith permulaan wahyu yang terkandung di dalam
Al-Bukhari .
- As-Suyuti menyebut beberapa pandangan yang disebut oleh Ibnu Hibban di dalam Tafsir
Al-Ahraf As-Sab’ah .
- Menaqalk an daripada Al-Karmani bahawa Al-Quran turun sekali dengan makna , dan sekali
dengan lafaz dan makna .
4) Bercanggah :
5) Meninggalkan susunan :
Seperti mendahulukan takrif bahagian . Kemudian faedahnya diikuti sejarahnya . Selepas itu
, mengistinbat dan mempecahkannya dan diakhiri dengan kajian .
---------------
● Bahagian Enam : Sejauh mana Al-Burhan dan Al-Itqan memberi kesan dalam
karangannya .
- Kitab Al-Burhan dan Al-Itqan merupakan dua permata yang sangat besar dalam Ulum
Al-Quran semenjak bermula penulisan mengenai kajian ilmu ini .
- Al-Burhan tidak dipelihara sebagaimana yang diperoleh Al-Itqan , kerana beberapa sebab
:
1)Kajian Al-Itqan yang meluas , dan mengandungi banyak bahagian Ilmu Al-Quran di
dalamnya .
Penulisan berkaitan ilmu ini semakin kurang jelas selepas penulisan Al-Itqan . Umumnya apa
yang ditulis berdasarkan sesuatu yang diperoleh dari pemilik Al-Burhan dan Al-Itqan dalam
bentuk yang jelas dan meluas . Antara kitab yang masyhur pada zaman itu :
1-( Az-Ziyadah wa Al-Ihsan fi Ulum Al-Quran ) oleh Ibn Aqliah Al-Hanafi ( Wafat : 1150 H ) ,
merupakan kitab karangannya yang mengandungi seratus lima puluh empat bahagian Ulum
Al-Quran . Ia bersandar kuat dengan Al-Itqan . Kitab ini tidak tersusun dalam menceritakan
bahagiannya seperti yang disusun oleh As-Suyuti , bahkan dikedepankan dan diakhirkan ,
dan berpegang dengan manhaj As-Suyuti – walaupun pada awalnya mengikut Az-Zarkasyi –
dalam beberapa permasalahan . Beliau memetik dari Az-Zarkasyi juga , dan turut
bergantung pada sumber rujukan lain selain dua kitab ini .
2- ( At-Tibyan li Ba’dul Mabahith Al-Muta’alliqah bil Quran ‘Ala Toriq Al-Itqan ) oleh Tohir
Al-Jaza’iri ( Wafat : 1338 H ) . Kitab ini dikira ringkasan daripada Al-Itqan . Penulisannya
banyak dipengaruhi kitab Al-Itqan , dan amat jelas dengan apa yang dipetiknya itu .
3- ( Manahil Al-Urfan fi Ulum Al-Quran ) oleh Az-Zarqani ( Wafat : 1367 H ) . Kitab ini lebih
terkini dan menarik dalam kalangan Kitab Ulum Al-Quran pada kurun lalu , penulisannya
mengandungi tujuh belas kajian Ulum Al-Quran , isi kandungannya tidak terkeluar dari apa
yang ditulis oleh Az-Zarkasyi dan As-Suyuti dalam kedua-dua kitab mereka . Uslubnya yang
mempunyai inovasi menarik dalam memperkenalkan kitab , menjadikannya indah dan
bernilai .
4- ( Mabahis fi Ulum Al-Quran ) oleh Doktor : Subhi As-Soleh ( Wafat : 1407 H ) , meletakkan
di dalam penulisannya empat belas jenis Ulum Al-Quran yang diperkenalkan oleh
Az-Zarkasyi dan As-Suyuti dalam kedua-dua kitab mereka .
Allah berselawat ke atas baginda s.a.w. dan memberkati nabi kita Muhammad , serta
seluruh ahli keluarga dan para sahabat .