Anda di halaman 1dari 13

PERBANDINGAN PENGGUNAAN TELEFON PINTAR DALAM KALANGAN GURU

PELATIH PENDIDIKAN KHAS

BAB 1

PENDAHULUAN

Bab ini akan membincangkan secara menyeluruh tentang kajian yang akan dilaksanakan.
Beberapa subtopik telah dihuraikan dalam bab ini iaitu latar belakang kajian, penyataan
masalah kajian, objektif kajian, persoalan kajian, hipotesis kajian, skop dan batasan kajian,
kepentingan kajian serta definisi operasional.

1.1 Pengenalan

Mutakhir ini, teknologi maklumat berkembang dengan semakin pesat dan pantas menjadikan
dunia berhubung tanpa sempadan dan batasan. Ledakan informasi teknologi maklumat atau
secara ringkasnya ICT (Information Communication Technology), membawa perubahan yang
besar dalam hidup kita yang sedang membangun. Kemajuan teknologi menjadikan telefon
pintar semakin canggih serta bijak, malahan kini ianya tidak terbatas untuk bercakap malah
lebih dari itu. Menurut Hamdan, Din & Abdul Manaf (2012), telefon pintar memainkan peranan
yang penting dalam kehidupan seharian sebagai alat untuk berkomunikasi dan telah berjaya
menarik minat terutamanya kepada golongan muda. Jaringan internet menjadi pemangkin
kepada perubahan drastik ini. Dulu penggunaan Internet hanya tertakluk pada sebuah
komputer, kini Internet juga mampu diakses menggunakan telefon pintar yang mempunyai
perkhidmatan Internet tanpa wayar (Wireless). Lebih-lebih lagi, kepelbagaian jenis telefon
pintar dipasaran juga menjadikannya bukan sekadar keperluan, malah sesuatu yang wajib
dimiliki. Teknologi telefon pintar yang berkembang pesat masa kini mempunyai keberkesanan,
mudah dicapai, dilayari serta ruang yang lebih kecil berbanding komputer riba.

Menurut laporan terbaru firma kajian pengguna Nielsen dalam Sinar Online tahun
2013, Malaysia tidak mahu ketinggalan apabila menjadi pengguna telefon bimbit yang ketiga
tertinggi di Asia Pasifik serta melebihi negara maju lain seperti Amerika Syarikat dan Eropah.
Dalam hasrat menjadi negara maju menjelang 2020, Malaysia juga tidak mampu menolak
tamparan hebat medium yang membolehkan hampir semua tugas manusia menjadi lebih
mudah, cepat dan teratur. Kajian itu juga mendapati bahawa, hampir separuh atau 47 peratus
daripada rakyat Malaysia memiliki lebih daripada satu telefon mudah alih.
1.2 Penyataan masalah

Suatu masa dahulu, telefon pintar hanya mampu dimiliki oleh golongan tertentu sahaja tetapi
kini ia telah mampu dimiliki oleh kebanyakan rakyat Malaysia tanpa mengira peringkat usia.
Malah, penggunaannya juga meluas dan tidak terbatas kepada jarak, masa dan golongan
tertentu sahaja (Salmah Omar & Malisah Latip, 2016). Dengan terdapatnya aplikasi yang
tersedia di dalamnya, ia memudahkan para pelajar untuk berkomunikasi atau
membincangkan perihal akademik secara menyeluruh tanpa sempadan dengan rakan
mereka yang lain.

Telefon pintar bukan sahaja digunakan untuk berhubung malah ia turut dilengkapi
dengan keperluan komunikasi, kerja serta hiburan. Ia juga membolehkan sesiapa sahaja
membina jaringan sosial tanpa sempadan dengan menggunakan pelbagai aplikasi yang
tersedia di dalam Apps Store bagi peranti iOS serta Google Play Store bagi peanri Android.
Telefon pintar kini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan, bukan sahaja untuk hiburan malah
untuk kemudahan bekerja serta semuanya dihujung jari.

Penggunaan dengan cara yang betul, mendatangkan banyak manfaat kepada individu
terutama dalam memudahkan urusan harian (Mohammad Iqbal Mohammad Sarwar, 2014).
Telefon pintar merupakan sebuah medium komunikasi yang telah melalui fasa pembangunan
teknologi dan bukan terhad untuk komunikasi sahaja, malah ia telah menjadi semakin popular
dan penggunaannya semakin tular dikalangan guru pelatih Institut Pendidikan Guru.
Sehubungan dengan itu, kajian ini dilaksanakan bertujuan utnutk mengenalpasti pola
penggunaan telefon pintar dalam kalangan guru pelatih Pendidikan Khas yang boleh dilihat
dari dua perspektif yang berbeza; penggunaan biasa dan penggunaan untuk pembelajaran.

Terangkan penggunaan biasa dan penggunaan untuk pembelajaran

1.3 Tujuan kajian

Kajian ini dilaksanakan untuk mengenalpasti dan membandingkan tujuan penggunaan telefon
pintar dalam kalangan guru pelatih Pendidikan Khas dari segi penggunaan biasa dan
penggunaan untuk pembelajaran.
1.3.1 Objektif kajian

Objektif kajian ini adalah untuk:-

i) Mengenalpasti tujuan penggunaan telefon pintar dalam kalangan guru pelatih


Pendidikan Khas.
ii) Membandingkan tujuan penggunaan telefon pintar dalam kalangan guru pelatih
Pendidikan Khas.

1.3.2 Soalan kajian


i) Apakah tujuan penggunaan telefon pintar dalam kalangan guru pelatih Pendidikan
Khas?
ii) Adakah terdapat perbezaan tujuan penggunaan telefon pintar dalam kalangan
guru pelatih Pendidikan Khas?

1.3.3 Hipotesis kajian

Kajian ini bertujuan menguji hipotesis seperti berikut:

HO 1: Penggunaan telefon pintar dalam kalangan guru pelatih Pendidikan Khas tidak menjurus
kepada penggunaan biasa

HO 2: Penggunaan telefon pintar dalam kalangan guru pelatih Pendidikan Khas tidak menjurus
kepada untuk pembelajaran

1.4 Skop dan batasan kajian

Kajian ini dibataskan hanya kepada IPG di zon selatan yang menawarkan opsyen Pendidikan
Khas. Sampel kajian ini hanya melibatkan 60 orang guru pelatih dalam opsyen Pendidikan
Khas. Kajian ini tidak melibatkan guru pelatih dari opsyen lain. Selain itu, kajian ini juga hanya
bersandarkan pada alat komunikasi baharu iaitu telefon pintar yang dikenali juga sebagai
peranti elektronik mudah alih. Walaupun terdapat pelbagai peranti dan alatan canggih yang
menjadi kesan pendorong baik dan buruk ke atas pembelajaran guru pelatih Pendidikan Khas,
namun kajian ini hanya mengambil kira alat komunikasi telefon pintar.
1.5 Kepentingan kajian

Menurut Amir Hassan Dawi (2006), kepentingan kajian bermaksud kegunaan kajian
berkenaan kepada mana-mana pihak. Setiap kajian yang dijalankan selalunya mempunyai
motif-motif tertentu atau untuk kepentingan pihak tertentu. Hasil dapatan kajian ini diharapkan
dapat memberikan banyak manfaat kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau
tidak langsung. Dapatan kajian ini membantu para pensyarah untuk mempelbagaikan
penggunaan telefon pintar dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) supaya dapat
memanfaatkan para guru pelatih. Mereka boleh menggunakan telefon pintar untuk
menjalankan kuiz, memuat naik nota kuliah dalam aplikasi atas talian dan sebagainya.
Seterusnya, melalui kajian ini para guru pelatih Pendidikan Khas pula dapat mengetahui jenis-
jenis aplikasi atau perisian yang sering digunakan dan untuk tujuan apakah mereka sering
menggunakan telefon pintar supaya dapat memanfaatkan penggunaan telefon pintar untuk
tujuan yang baik. Akhir sekali, melalui kajian yang telah dijalankan ini diharap dapat
membantu penyelidik untuk memperkembangkan hasil kajian ini kepada beberapa kajian
yang lebih terperinci di masa akan datang serta menjadi rujukan bagi kajian-kajian akan
datang berkaitan tajuk kajian ini.

1.6 Definisi operasional


Penyelidik telah menggunakan beberapa istilah semasa kajian ini dijalankan. Istilah-istilah
yang digunakan ini diharap dapat menjelaskan makna-makna perkataan yang digunakan bagi
memudahkan pemahaman terhadap kajian ini. Di antara istilah-istilah yang digunakan ialah:

i) Perbandingan
ii) Penggunaan
iii) Telefon pintar
iv) Guru pelatih
v) Pendidikan Khas
1.6.1 Perbandingan (rujukan)

Menurut Sjachran Basah (1994) perbandingan merupakan suatu kaedah pengkajian atau
penyelidikan dengan mengadakan perbandingan di antara dua objek kajian atau lebih untuk
menambah dan memperdalam pengetahuan tentang objek yang dikaji. Dalam konteks kajian
ini perbandingan dibuat di antara tujuan penggunaan telefon pintar sama ada untuk tujuan
penggunaan biasa seperti membuat panggilan, menggunakan media sosial dan bermain
game atau untuk tujuan pembelajaran seperti melayari portal akademik, memuat turun bahan
pembelajaran, mencatat nota dan sebagainy

1.6.2 Penggunaan

1.6.3 Telefon pintar (rujukan)

Telefon pintar adalah peranti mudah alih yang menawarkan keupayaan pengkomputeran
yang lebih maju (Harian, W. S., 2013). Telefon pintar menggabungkan fungsi PDA dan telefon
disamping dilengkapi fungsi-fungsi dan ciri-ciri tambahan seperti GPS, WiFi, Skrin sentuh
beresolusi tinggi, kamera dan lain-lain (Smaldino, S. E., Lowther, D. L., & Russel, J. D., 2012).
Perkara ini sejajar dengan pendapat Ishii (2006) yang menyatakan bahawa telefon bimbit
pada zaman kini bukan sahaja untuk komunikasi. Kita boleh mengakses Internet, menghantar
atau menerima teks mesej, memeriksa e-mel, dan juga bersembang melalui video dengan
orang lain. Bukan itu sahaja, kita juga boleh mengakses pelbagai laman rangkaian sosial.
Dalam konteks kajian ini, telefon pintar merujuk kepada peranti mudah alih yang digunakan
oleh responden kajian sama ada untuk tujuan penggunaan biasa seperti membuat panggilan,
menggunakan media sosial dan bermain game atau untuk tujuan pembelajaran seperti
melayari portal akademik, memuat turun bahan pembelajaran, mencatat nota dan sebagainya.
1.6.4 Guru pelatih (rujukan)

Merupakan bakal-bakal guru daripada yang sedang menjalani latihan asas perguruan di
sebuah universiti mahupun Institut Pendidikan Guru (IPG) untuk membolehkan mereka
menjadi guru sebenar di sekolah-sekolah nanti. Dalam konteks ini, guru pelatih adalah
responden kajian yang terdiri daripada guru pelatih opsyen Pendidikan Khas di IPG zon
selatan.

1.6.5 Pendidikan khas

Pendidikan khas juga satu program yang dirancang khusus untuk memenuhi pelbagai
keperluan muri-murid khas. Perkara ini termasuk penggunaan bahan-bahan khas, peralatan
khas, teknik pengajaran dan pembelajaran mengikut tahap kebolehan dan keupayaan murid.
“Pendidikan Khas merujuk pada pendidikan bagi kanak – kanak luar biasa iaitu kanak – kanak
yang dari segi intelek, fizikal, sosial dan emosi yang tidak mencapai pertumbuhan dan
penyuburan biasa hinggakan mereka tidak faedah sepenuhnya daripada rancangan sekolah
biasa (Chua Tee dan Koh Boh Boon, 1992). Dalam konteks kajian ini, Pendidikan Khas
merujuk kepada bidang pengkhusus responden kajian
BAB 2

TINJAUNAN LITERATUR

2.1 PENGENALAN

Bab ini akan membincangkan dengan lebih mendalam tentang kajian yang akan dijalankan.
Huraian bab ini dimulakan dengan menjelaskan teori yang berkait dengan tajuk kajian.
Seterusnya, penyelidik juga turut membincangkan dapatan kajian lepas yang berkait dengan
tajuk kajian yang telah dilaksanakan di dalam atau diluar negara. Akhirnya, kerangka konsep
kajian yang akan dilaksanakan juga turut dipersembahkan.

2.2 TEORI/MODEL KAJIAN

Penggunaan teori adalah penting dalam sesuatu penyelidikan berbentuk kuantitatif kerana
teori menurut Babbie (2001) mampu memberikan arah kepada sesuatu penyelidikan. Pengkaji
juga menjadikan teori sebagai satu panduan dalam perlaksanaan penyelidikan dan dalam
kajian ini yang mana pengkaji menggunakan teori Kegunaan dan Kepuasan (Uses and
Gratification) yang diperkenalkan oleh Jay Blumler dan Elihu Katz pada tahun 1974. Selain
itu, pengkaji turut menggunakan teori kekayaan media (Media Richness Theory) yang
diutarakan oleh Daft dan Lengel pada 1984).

2.2.1 Teori Kegunaan dan Kepusan


Kajian ini mengaplikasikan teori Kegunaan dan Kepuasan (Uses and Gratification) sebagai
panduan penyelidikan. Teori ini pertama kali dinyatakan oleh Elihu Katz. Teori ini bertujuan
untuk memahami tentang motif individu menggunakan suatu media massa dan bagaimana
keperluan dan kepuasannya dapat dipenuhi melalui penggunaan tersebut. Teori ini
menerangkan bahawa manusia mencapai tahap kepuasan tertentu dalam menggunakan
media seperti kepuasan hiburan individu, melepaskan tekanan emosi dan sebagainya
bergantung kepada tujuan seseorang itu. Media yang dimaksudkan dalam konteks kajian ini
ialah media elektronik iaitu telefon pintar. Terdapat tiga dimensi yang boleh dijelaskan dalam
teori ini iaitu keperluan untuk hiburan dan penyimpangan (diversion), keperluan untuk
hubungan dan keperluan untuk pembinaan identiti (Blumler & Katz, 1974; LaRose, Mastro &
Eastin, 2001; rosengren, Palmgree & Wenner, 1985 dalam Faradillah Iqmar Omar & Iza
Sharina Sallehuddin, 2012). Teori ini mengandaikan bahawa audien bukanlah pengguna
media yang pasif. Sebaliknya, mereka mempunyai kuasa untuk mentafsir dan
mengintegrasikan media ke dalam kehidupan. Antara andaian lain dalam teori ini ialah audien
diandaikan sebagai pengguna media yang aktif dan berorientasi dalam menggunakan media,
dan media bersaing dengan media lain dalam memberi kepuasan kepada audien. Oleh yang
demikian, dalam kajian ini pengkaji dapat melihat motif individu menggunakan telefon pintar
sama ada untuk kegunaan harian atau tujuan pembelajaran.

2.2.2. Teori kekayaan media

Teori kekayaan media (Media Richness Theory) diutarakan oleh Daft & Lengel (1984). Teori
ini mengandaikan bahawa setiap media mempunyai ciri-ciri kekayaan yang tersendiri dalam
menyampaikan maklumat. Berdasarkan itu, setiap media berkebarangkalian untuk
menyampaikan maklumat yang berunsurkan kekaburan dan tidak pasti. Justeru, pengguna
media perlu mengenal pasti ciri-ciri media yang hendak digunakan supaya ia sesuai dengan
jenis mesej yang hendak disampaikan. Ketidaksepadanan antara media dan mesej akan
menyebabkan komunikasi tidak berkesan. Kekayaan memperlihatkan keupayaan media
membawa kadar maklumat dalam aspek berikut:

 Keupayaan untuk memeberi maklum balas yang cepat.


 Adanya banyak isyarat dan saluran yang dapat digunakan melalaui gabungan
pelbagai deria untuk pemahaman.
 Maklumat yang dikongsi lebih mirip kepada maklumat peribadi yang harus
darahsiakan.
 Pelbagai bahasa, verbal dan bukan verbal, dapat digunakan bersama demi mencapai
persefahaman bersama.
Teori ini mengemukakan empat kriteria kekayaan media iaitu maklum balas segera, bahasa
natural, isyarat pelbagai dan fokus personal. Media yang menyampaikan mesej dengan
memenuhi kesemua kriteria ini adalah media yang mempunyai ciri-ciri kekayaan yang tinggi
berbanding media yang tidak mampu memenuhi kesemua kriteria tersebut. Dalam kajian ini
pengkaji dapat melihat kesesuaian telefon pintar untuk menyampaikan maklumat dalam
kegunaan harian dan tujuan pembelajaran.

2.3 DAPATAN KAJIAN LALU

Telefon pintar merupakan alat yang sofistikated, dinamik serta bersifat mudahalih yang
memberi ruang kepada pengguna untuk mendapat akses maklumat tidak kira bila dan di mana
(Alfawareh dan Jusoh, 2014). Kapasiti telefon pintar yang mampu beroperasi seperti komputer
memberi banyak kemudahan kepada pengguna dan sekaligus meningkatkan tahap pemilikan
telefon pintar serta cara dan tujuan penggunaannya. Penggunaan telefon pintar juga pernah
dilaporkan sebagai mempunyai hubungannya dengan faktor jantina seseorang. Misalnya,
Jenaro et al. (2007) menyifatkan penggunaan telefon pintar yang tinggi lebih banyak dikaitkan
dengan pengguna wanita berbanding lelaki. Hal yang sama turut dilaporkan oleh Howell, M.,
Love, S. dan Turner, M. (2008) dengan menegaskan bahawa selain tinggi tahap penggunaan
telefon pintarnya, pengguna wanita turut menunjukkan sikap yang lebih positif terhadap
khidmat aplikasi mudahalih dalam telefon mereka.

Kajian-kajian yang telah dijalankan di beberapa negara menunjukkan perkembangan


dan penerimaan yang positif dalam kalangan pengguna khususnya para pelajar universiti. Di
United Kingdom misalnya Dayne, Wharrad & Watts (2012) dalam Fariza Khalid, Md Yusoff
Daud dan Mohd Khalid Mohamad Nasir (2016) melaporkan bahawa para pelajar menyokong
penuh usaha penggunaan telefon pintar serta aplikasi mudah alih digunakan dalam
pembelajaran. Hal ini banyak disokong oleh kebolehan telefon pintar untuk mengakses
capaian Internet secara efektif menyebabkan ramai pengguna lebih gemar mencari dan
mendapatkan maklumat menggunakan telefon pintar. Uys et al. (2012) melaporkan para
pelajar dalam kajian mereka menghabiskan masa sebanyak 16 jam sehari secara purata
untuk penggunaan telefon pintar. Walau bagaimanapun, kebanyakan masa ini digunakan
untuk tujuan berinteraksi secara sosial bersama para rakan serta tiada data tentang
penggunaan untuk pembelajaran dilaporkan.

Kajian terhadap pelajar-pelajar universiti di Korea memberi satu tanda aras yang
positif tentang bagaimana telefon pintar boleh digunakan secara berkesan dalam membantu
meningkatkan pembelajaran pelajar (Park & Lee, 2012 dalam Will W. K., Allam H.K., Yuen J.
P, Willfred W. F, Liping Deng, 2015). Kajian tersebut melaporkan bahawa secara purata,
responden kajian mereka mempunyai sekitar 80 aplikasi mudahalih dalam telefon bimbit,
manakala 16% daripada aplikasi tersebut digunakan secara langsung untuk tujuan
pembelajaran. Seterusnya, Mohtar et al. (2013) membuktikan bahawa majoriti pelajar
universiti dalam kajian mereka menunjukkan minat yang tinggi dalam penggunaan telefon
pintar untuk tujuan pembelajaran dan menganggap ia sebagai satu kemestian seiring dengan
era perkembangan teknologi telefon masa kini. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk
mengenalpasti secara lebih mendalam ciri-ciri pengguna telefon pintar dalam kalangan pelajar
universiti, serta pola penggunaan aplikasi mudah alih sama ada untuk tujuan umum atau
pembelajaran. Kajian ini turut meninjau sikap pelajar terhadap penggunaan aplikasi
mudahalih untuk pembelajaran.

Kajian Norarziana Sasudian (2018) menunjukkan bahawa pelajar kolej komuniti dalam
kajiannnya jarang menggunakan telefon pintar untuk mencatat nota dan merekod kuliah
pembelajaran. Kebanyakan pelajar kebanyakannya berjauhan dari keluarga dan masa
mereka banyak dihabiskan bersama rakan sekelas dan telefon pintar mereja sahaja. Ini
menjadikan penggunaannya lebih ketara menjurus kepada laman sosial, permainan atas
talian, serta menonton filem atua drama di laman sesawang yang telah tersedia uituk mengisi
masa lapang. Kebergantungan mereka dengan telefon pintar bagi kegunaan pembelajaran
dilihat hanya untuk memuat turun nota atan bahan pembelajaran yang berkaitan. Mereka juga
dilihat kurang menggunakan telefon pintar untuk mencatat nota dengan menggunakan
aplikasi yang bersesuaian. Tambahan pula, kajian Fariza Khalid, Md Yusoff Daud dan Mohd
Khalid Mohamad Nasir (2016) terhadap para pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia
menunjukkan pola penggunaan telefon pintar untuk tujuan pembelajaran lebih cenderung
kepada proses komunikasi dan interaksi antara pelajar. Seiring dengan perkembangan dalam
Abad ke-21, pembelajaran banyak dibangunkan menerusi perbincangan serta perkongsian
idea dan dapat ini memberi isyarat kepada tahap kesediaan para pelajar terhadap
penggunaan bahan mudah alih untuk perkongsian ilmu dan tidak lagi bergantung sepenuhnya
kepada kuliah dan syarahan daripada pensyarah.

Kajian Aliff Nawi (2013) tentang tahap penerimaan penggunaan telefon bimbit sebagai
M-Pelajaran dalam Pendidikan Islam menunjukkan bahawa guru Pendidikan Islam bersifat
positif terhadap penggunaan telefon bimbit sebagai alat pembelajaran. Dapatan kajian
keperluan terhadapan peggunaan aplikasi pembelajaran dalam kalangan responden juga
menunjukkan bahawa wujudnya potensi untuk membangunkan aplikasi berbentuk mobile. Di
samping itu, Saedah Siraj (2004) dalam kajiannya menyatakan bahawa Projek M-Learning
oleh Learning and Skills Development Agency (LSDA), yang disokong oleh European Union
Information Society Technologies Programme membabitkan konsortiurn Cambridge Training
and Development (UK), Ultralab at Anglia Polytechnic University (UK), Center for Research in
Pure and Applied Mathematics di University of Salerno, Itali dan syarikat eLearning Lecando
AB, Sweden, telah menjalankan kajian pada Disember 2001 sehingga Januari 2002 di tujuh
tempat termasuk pusat membeli belah, pusat rekreasi dan tempat kerja. Kajian tersebut
melaporkan 57% yang menggunakan telefon bimbit berpendapat kehidupan mereka telah
berubah; 50% menggunakan telefon untuk bermain games dan berjaya mempertingkatkan
tahap membaca atau ejaan; suka menggunakan telefon bimbit untuk mempelajari matematik;
89% mengatakan dengan menggunakan telefon bimbit mereka tidak bimbang tentang
kesihatan dan keselamatan mereka.
2.4 KERANGKA KONSEPTUAL

2.5 RUMUSAN
BAB 3

METOLOGI KAJIAN

3.1 PENGENALAN
3.2 REKA BENTUK KAJIAN
3.3 PERSAMPELAN
3.4 INSTRUMEN KAJIAN
3.4.1 Kesahan
3.4.2 Kebolehpercayaan
3.5 KAJIAN RINTIS
3.6 PROSEDUR PENGUMPULAN DATA
3.7 PROSEDUR PENGANALISISAN DATA
3.8 RUMUSAN

Anda mungkin juga menyukai