Anda di halaman 1dari 19

1.

1 Pengenalan Kepada Pengurusan

1. Pengurusan [42 WAKTU]

1.1 Pengenalan kepada pengurusan [MINGGU 1-4 WAKTU]

1.1.1 Fungsi pengurusan

(a) Mentakrifkan maksud pengurusan dan menjelaskan kepentingannya;

ORGANISASI :

DEFINISI 1:

 Organisasi didefinasikan sebagai gabungan dua atau lebih individu


yang bergabung tenaga secara sistematik untuk mencapai matlamat
atau objektif khusus yang telah ditetapkan
 Organisasi terdiri daripada sumber manusia dan bukan manusia seperti
kewangan,bahan mentah, mesin dan peralatan pejabat
 Semua organisasi perlu diurus dan orang yang mengurus organisasi
dikenali sebagai pengurus
 Aktiviti pengurus organisasi pula dikenali sebagai pengurusan
 Oleh itu,pengurus adalah seseorang yang melakukan aktiviti
pengurusan

DEFINISI 2:

 Organisasi dapat didefinisikan sebagai satu unit sosial yang terdiri


daripada manusia yang bekerjasama dan saling bergantung antara satu
dengan lain bagi mencapai matlamat individu, kumpulan, dan
organisasi.
 Definisi di atas menjelaskan unsur-unsur yang perlu ada di dalam
sesebuah organisasi: organisasi sebagai satu unit sosial, penyatuan
usaha, dan hubungan antara seorang individu dengan individu yang
lain.

PENGURUSAN:

DEFINISI 1: C.Certo
Sebagai proses mencapai matlamat organisasi melalui penggunaan tenaga
kerja dan sumber-sumber organisasi ( C.Certo)

Sebagai usa merancang, mengorganisasi, memimpin dan mengawal segala


sumber serta aktiviti bagi memastikan matlamat-matlamat yang telah
ditetapkan dapat dicapai

DEFINISI 2:
Satu proses merancang,mengorganisasi,memimpin dan mengawal semua
ahli organisasi dan menggunakan sumber organisasi utk mencapai
objektif yg telah ditetapkan dgn cekap dan berkesan.

DEFINISI 3:
Melaksanakan sesuatu kerja melalui sumber-sumber organisasi, iaitu
manusia, kewangan, bahan mentah dan juga modal ke arah mencapai
matlamat dan objektif yang telah ditetapkan secara cekap dan berkesan.

Kunci PP Penggal 2 Cg aZLy |


1.1 Pengenalan Kepada Pengurusan

DEFINISI 4: Mary Parker Follet


Pengurusan ialah “ Seni untuk mendapatkan sesuatu perkara yang
dilakukan melalui orang lain”

DEFINISI 5: Plunkett dan Attner


“Proses menetapkan dan mencapai matlamat melalui pelaksanaan lima
fungsi asa pengurusan yang menggunakan sumber manusia, kewangan
dan bahan..”

DEFINISI 6: Mescon, et al.


Pengurusan merujuk kepada “ proses merancang, mengatur, memimpin
dan mengawal usaha anggota organisasi dan menggunakan segala sumber
organisasi untuk mencapai matlamat organisasi yang dinyatakan”..

DEFINISI 7 : James A.F Stoner & Charles Wienkel


James A.F Stoner & Charles Wienkel menyatakan bahawa ‘pengurusan
adalah proses merancang, mengorganisasi , memimpin dan mengawal
daya usaha anggota organisasi dan menggunakan sumber-sumber lain
dalam organisasi bagi mencapai matlamat organisasi yang ditetapkan’.

DEFINISI 8 : Wikipedia
Merujuk kepada Ensiklopedia Bebas Wikipedia, ‘pengurusan terdiri
daripada pengarahan dan pengawalan sebuah kumpulan yang terdiri
daripada satu atau lebih orang atau entiti untuk tujuan menyelaraskan
dan mengharmonikan kumpulan tersebut untuk mencapai sesuatu
matlamat. Ia seringya merangkumi sumber – sumber manusia, kewangan,
teknologi serta juga sumber semula jadi. Pengurusan juga boleh merujuk
kepada seorang atau sekumpulan orang yang menjalankan fungsi
pengurusan’.

KESIMPULAN: DEFINISI ‘PENGURUSAN’

1. Pengurusan sebagai proses perancangan, penyusunan, pengarahan, dan


pengawalan usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan semua
sumber organisasi untuk mencapai matlamat organisasi.
2. Pengurusan sebagai proses pengarahan, penyelarasan, dan pengaruh ke
atas operasi organisasi untuk mencapai matlamat yang dikehendaki
dan prestasi sepenuhnya.
3. Definisi di atas, walaupun mempunyai sedikit perbezaan dari segi
bilangan dan jenis fungsi pengurusan, tetapi kedua-dua definisi itu
mengandungi perkataan "proses" dan "matlamat". Ini bermakna, dua
aspek penting di dalam pengurusan ialah:
a. Pengurusan sebagai proses: Menjalankan kerja secara
sistematik serta memerlukan hubungan tertentu antara satu
aktiviti dengan satu aktiviti yang lain.
b. Mencapai matlamat organisasi: Apabila aktiviti organisasi itu
berjalan dengan teratur dan berhubung atau membantu antara
satu dengan lain, maka matlamat organisasi itu dapat dicapai.
Matlamat organisasi dapat berbentuk kualitatif (subjektif) atau
kuantitatif (objektif).

Kunci PP Penggal 2 Cg aZLy |


1.1 Pengenalan Kepada Pengurusan

KEPENTINGAN PENGURUSAN:

1. Memastikan matlamat organisasi tercapai


2. Memastikan kelancaran perjalanan keseluruhan sesebuah organisasi
3. Memastikan segala sumber iaitu semua faktor pengeluaran di dalam
organisasi digunakan secara berkesan
4. Memastikan semua sumber [faktor pengeluaran] di dalam organisasi
dapat diselaras dan diagihkan dengan baik dan teratur.
5. Memastikan tiada pembaziran sumber [faktor pengeluaran] dalam
organisasi.

Kunci PP Penggal 2 Cg aZLy |


1.1 Pengenalan Kepada Pengurusan

(b) menjelaskan fungsi pengurusan merangkumi perancangan,


pengorganisasian, kepimpinan, dan pengawalan;

FUNGSI PENGURUSAN

TERDIRI DARI 4 FUNGSI UTAMA:

1. Perancangan- Satu proses untuk menentukan organisasi mencapai objektifnya.


 Satu proses di mana pengurus menentukan matlamat yang hendak dicapai dan
menentukan tindakan yang paling sesuai untuk diambil disemua peringkat
organisasi.
 Sebelum pihak pengurusan memulakan aktiviti organisasi, perancangan
hendaklah dibuat terlebih dahulu. Pada peringkat perancangan, perkara yang
perlu dipersoalkan adalah seperti berikut:

1. Tujuan dan objektif: Ini termasuk mengenal pasti perkara yang ingin
dicapai oleh sesebuah organisasi berdasarkan matlamat penubuhan
organisasi tersebut dan prestasi yang diinginkan seperti kadar pertumbuhan
organisasi atau peratusan keuntungan dan lain-lain.
2. Strategi organisasi: Apabila matlamat dan tujuan telah ditakrifkan dengan
jelas, organisasi perlu mencari jalan (strategi) untuk mencapai matlamat
dan tujuan seperti yang diharapkan itu. Di dalam strategi, pihak pengurusan
akan membincangkan perkara seperti strategi pemasaran yang meliputi
perletakan harga, perluasan pasaran atau perbezaan barangan agar
organisasi itu dapat bersaing dengan pihak luar.
3. Langkah seterusnya, pihak pengurusan harus mengatur program atau projek
mengikut strategi yang berasaskan matlamat organisasi.
4. Perlindungan
 Supaya dapat meminimumkan risiko dengan mengurangkan
ketidakpastian persekitaran urusan
 Membantu organisasi mengurangkan pembaziran sumber dan masa
5. Pencapaian matlamat
 Untuk meningkatkan kejayaan organisasi
 Mempastikan semua aktiviti dapat diselaraskan dengan baik
 Supaya organisasi sentiasa cekap dan mencapai objektifnya

2. Pengorganisasian
 Proses dimana pengurus menyusun dan mengagihkan sumber-sumber
organisasi untuk melaksanakan tugas yang telah ditetapkan.
 Menyusun serta mengaitkan tugas, tanggungjawab, kuasa serta sumber-
sumber sesuai dalam organisasi ke arah pencapaian objektif.
 Pengorganisasian melibatkan kerja menstruktur organisasi dan penstafan
(proses pengambilan kakitangan).
 Struktur organisasi menunjukkan pembahagian kerja mengikut aktiviti
(pemasaran, kewangan, pemprosesan dan lain-lain), tingkat (hierarki) autoriti,
penyelarasan melalui peraturan dan dasar serta prosedur yang dibuat.
 Penstafan meliputi perancangan sumber manusia, pengambilan dan pemilihan
kakitangan, orientasi dan latihan, penilaian prestasi, sistem pampasan (gaji,

Kunci PP Penggal 2 Cg aZLy |


1.1 Pengenalan Kepada Pengurusan

upah, dan faedah), program peningkatan produktiviti dan kualiti, program


keselamatan dan kesihatan kakitangan, dan program kebajikan dan
perkhidmatan kakitangan.

3. Kepimpinan
 Proses dimana pengurus cuba mempengaruhi gelagat pekerja agar mereka
dapat melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan cekap dan berkesan.
 Merupakan fungsi penting untuk menjamin aktiviti organisasi berjalan dengan
teratur dan sempurna dalam suasana yang harmoni. Untuk mencapai matlamat
ini faktor-faktor motivasi, kepimpinan, dan sistem komunikasi perlu diberi
perhatian oleh pihak pengurusan.

4. Pengawalan
 Proses di mana pengurus memantau prestasi semasa dan mengambil tindakan
untuk memastikan hasil akhir tercapai seperti yang dijangkakan.
 Merupakan fungsi terakhir untuk menentukan bahawa prestasi organisasi
telah dicapai mengikut perancangan; masalah dalam penyusunan dikenal pasti
dan langkah tertentu diambil; faktor-faktor di dalam organisasi, keinginan dan
sifat kakitangan yang ada hubungan dengan prestasi dan tingkah laku perlu
diberi perhatian dan diawasi.
 Memastikan semua aktiviti dijalankan seperti yang dirancang
 Memastikan aspek kualiti dipelihara
 Memastikan tiada penyelewengan
 Proses kawalan melibatkan:
1. Menentukan piawaian yang sesuai
2. Mewujudkan sistem laporan berkesan
3. Menyediakan sistem ganjaran menarik
4. Mengadakan pemantauan
5. Mengambil tindakan pembetulan/penambahbaikan

Kunci PP Penggal 2 Cg aZLy |


1.1 Pengenalan Kepada Pengurusan

1.1.2 Konsep keberkesanan dan kecekapan

(c) membincangkan konsep keberkesanan dan kecekapan pengurusan;

Keberkesanan
-melakukan sesuatu yang betul

-pastikan apa matlamat yang ingin dicapai dulu

-kemudian putuskan bagaimana mencapainya

Kecekapan
-melakukan sesuatu dengan betul
-gunakan semua sumber yang ada dengan bijak tanpa membazir
-laksanakan dengan kos yang minima

Kecekapan organisasi boleh diukur dari aspek kuantiti input yang digunakan
oleh organisasi untuk menghasilkan satu unit pengeluaran atau perkhidmatan.
Contohnya, apabila organisasi berupaya menambahkan bilangan produk atau
perkhidmatan dengan menggunakan kuantiti input yang sama atau kurang,
organisasi tersebut dianggap telah meningkatkan kecekapannya. Kecekapan
juga bermaksud apabila pengurus membuat tugasnya dengan betul.

Keberkesanan boleh diukur dari segi sama ada pengurus membuat kerja yang
betul dan matlamat organisasi berjaya dicapai. Contohnya, organisasi disifatkan
tidak berkesan apabila ia gagal mencapai matlamatnya disebabkan oleh
pelaksanaan rancangan yang lemah atau kerana kegagalan pihak pengurusan
meramal perubahan persekitaran organisasi dengan lebih tepat.

Nota lain:

Kecekapan (Efficiency)
Melaksanakan kerja dgn betul yakni menggunakan sedikit input
bagi menghasilkan banyak output – cuba meminimakan kos.
Cekap :
Bermaksud mengunakan sumber-sumber – manusia, wang, bahan
mentah dan lain-lain dgn bijaksana dan kos-efektif

Keberkesanan (Effectiveness)
Bermaksud melaksanakan kerja yg betul yakni mencapai
matlamat yg ditetapkan
Berkesan: bermaksud utk mencapai matlamat, membuat
keputusan yg betul dan dapat melaksanakan keputusan tersebut
dgn jayanya yg mana dapat membantu mencapai matlamat
organisasi.

Kunci PP Penggal 2 Cg aZLy |


1.1 Pengenalan Kepada Pengurusan

1.1.3 Peranan pengurus

(d) menerangkan peranan pengurus dalam sesebuah organisasi


mengikut Teori Mintzberg, iaitu antara-perorangan (interpersonal),
peranan bermaklumat (informational), dan pembuatan keputusan
(decision making);

Peranan Pengurus di Dalam Organisasi

Pencapaian matlamat dalam sesebuah organisasi akan menjadi lebih berkesan


jika ia dilakukan secara berkumpulan berbanding secara individu. Untuk
memastikan setiap individu memberikan kerjasama ke arah tersebut bukanlah
satu perkara yang mudah. Pihak pengurusan ataupun pengurus-pengurus perlu
memainkan peranan yang penting supaya aktiviti yang dilakukan di dalam
organisasi tidak menyimpang daripada matlamat yang telah ditetapkan.

Peranan seorang pengurus itu bergantung kepada fungsi atau jabatan yang telah
dipertanggungjawabkan ke atasnya. Pengurus kewangan misalnya mempunyai
peranan untuk memastikan bahawa sumber-sumber diperolehi dan dibahagikan
keseluruh bahagian organisasi. Begitu juga pengurus pemasaran
bertanggungjawab menilai kehendak pelanggan, mempromosikan produk baru
dan meningkatkan jualan supaya dapat bersaing dengan pengeluar lain di
pasaran. Pengurus operasi pula menentukan bahawa produk yang dikeluarkan
adalah bermutu; pada kadar, kos dan masa yang telah ditetapkan.

Terdapat juga fungsi-fungsi lain di dalam organisasi seperti akaun, sumber


manusia, perhubungan awam, penyenggaraan dan pembaikpulihan, pengedaran
dan sebagainya. Kesemua fungsi ini mempunyai seorang pengurus yang
bertanggungjawab memastikan kesemua aktiviti di dalam bidang kuasanya
berjalan dengan lancar. Walaupun pengurus-pengurus berada di dalam fungsi
atau jabatan yang berbeza namun pada dasarnya mereka mempunyai
tanggungjawab yang serupa seperti yang telah disenaraikan oleh Mintzberg
dalam Jadual di bawah:

Kunci PP Penggal 2 Cg aZLy |


1.1 Pengenalan Kepada Pengurusan

Peranan Pengurus (Mintzberg)

Hubungan Sesama Manusia (Interpersonal)

Ketua (Figurehead) Melakukan tugas-tugas sosial dan yang berkaitan


undang-undang

Pemimpin (Leader) Membina hubungan yang baik dengan orang


bawahan, berkomunikasi dan memberi mereka
tunjukajar

Pengantara (Liaison) Mengekalkan hubungan luar

Berkaitan Maklumat (Informational)

Pemantau (Monitor) Mencari maklumat dalaman dan luaran yang


mempengaruhi organisasi

Penyampai Menyampaikan maklumat di dalam organisasi


(Disseminator)

Jurucakap Menyampaikan maklumat organisasi kepada


(Spokesperson) pihak luar

Berkaitan Keputusan (Decisional)

Usahawan Merupakan nadi penggerak kepada perubahan dan


(Entrepreneur) inovasi terbaru

Pelerai Masalah Melakukan tindakan pembetulan bila organisasi


(Disturbance Handler) menghadapi masalah

Pengagih Sumber Mengagih semua sumber-sumber yang diperolehi


(Resource Allocator) termasuk masa, kewangan, peralatan dan tenaga
manusia)

Perunding (Negotiator) Mewakili organisasi dalam perbincangan


mengenai perniagaan

Kunci PP Penggal 2 Cg aZLy |


1.1 Pengenalan Kepada Pengurusan

RINGKASAN Peranan Pengurus

Mengikut Mintzberg:-

1. Pengurus sebagai komunikator:


 Pemantau : memantau , memerhati maklumat berkaitan organisasi dan persekitaran
luar organisasi. Dapatkan maklumbalas berkaitan keputusan organisasi.
 Penyampai : Menyebarkan maklumat dari dalam dan luar organisasi kepada pihak
dalaman dan pihak berkepentingan tentang rancangan organisasi, sasaran pekerja
dan arahan yang tepat dan jelas melalui memo, ucapan, bulletin dll.
 Jurucakap : Menyampaiakan maklumat kepada pihak diluar organisasi atau pihak
berkepentingan. Maklumat berkaitan rancangan organisasi, polsi, tindakan dan
keputusan yang diambil melalui rundingan, mesyuarat, laporan tahunan dll.

2. Pengurus sebagai Pendorong:


 Memberikan galakan kepada pekerja supaya meningkatkan motivasi.
 Memberikan motivasi kepada pekerja dalam melaksanakan tugas.
 Fasilitator untuk memimpin pekerja untuk menyelesaikan sebarang masalah
dalam organisasi.
 Kaedah : mendengar masalah pekerja, memberikan perangsang dll.

Peranan penyelesai masalah:


 Menangani gangguan: menyelesai masalah yang timbul dalam organisasi atau
luar organisasi.
 Bekerjasama dan membantu pekerja dalam menyelesaikan masalah yang
dihadapi oleh pekerja.
 Perunding konflik: Menyelesaikan masalah dengan pihak berkepentingan
seperti pembekal, pekerja, pelanggan dsb.
 Pengagihan sumber : membuat pengagihan sumber yang ada dalam organisasi.

Peranan sebagai usahawan:


 Sentiasa berusaha untuk meningkatkan perniagaan melalui idea-idea baru secara
kreatif dan inovatif.
 Sentiasa peka terhadap persekitaran dalaman dan luaran yang memberikan
peluang dan ancaman dan bagaimana mengatasinya.
 Sentiasa memperbaiki prestasi unit/organisasi dalam semua aspekk terutama
dalam mengembeleng factor pengeluaran dalam organisasi untuk melaksanakan
aktiviti dengan cekap dan berkesan.

Kunci PP Penggal 2 Cg aZLy |


1.1 Pengenalan Kepada Pengurusan

1.1.4 Pendekatan pemikiran pengurusan

(e) menjelaskan pendekatan-pendekatan pemikiran pengurusan, ciri-ciri


dan pelopornya termasuklah Pendekatan klasikal, Pendekatan
kemanusiaan/gelagat, Pendekatan sains pengurusan/kuantitatif, dan
Pendekatan moden/kontemporari.

1. PENDEKATAN KLASIKAL

Pendekatan Klasik

Andaian:
Manusia adalah
rational

Pengurusan Prinsip-Prinsip Organisasi Birokratik


Saintifik Pentadbiran

Frederick Taylor Henry Fayol Max Weber


Frank and Lillian Mary Parker Follett
Gilbreth

Konsep Pendekatan Klasikal

– Berikutan perkembangan revolusi industri pd p’tghan k-19


– Masalah utama pengurus – usaha utk meningkatkan kecekapan dan
produktiviti
– Pendekatan yg memberi perhatian kepada:
KECEKAPAN ORGANISASI DGN TUJUAN MENINGKATKAN
PENGELUARAN DAN KEJAYAAN ORGANISASI
– Mencari cara + kaedah sesuai utk mengurus kerja & organisasi

1.Pendekatan Pengurusan Saintifik :

• Pemikiran pengurusan saintifik ini memberi perhatian terhadap ‘satu cara


terbaik’ bagi melaksanakan tanggungjawab pengurusan.
• Pengurusan saintifik merupakan pendekatan yang menekankan kajian saintifik
atau penggunaan sains bagi menentukan perubahan dalam amalan pengurusan
atau kaedah kerja
• Sebagai usaha memperbaiki kecekapan dan produktiviti pekerja

Kunci PP Penggal 2 Cg aZLy |


1.1 Pengenalan Kepada Pengurusan

1. FEDERICK W.TAYLOR (1856-1915) :


 Dikenali sebagai “Bapa Pengurusan Saintifik”. Kaji pergerakan
pekerja lebur besi .
 Menilai tugas dengan mengkajinya secara saintifik setiap bahagian
tugas tersebut;
 Memilih pekerja yang mempunyai keupayaan sebenar;
 Berikan pekerja latihan dan insentif untuk melaksanakan kerja dengan
kaedah kerja yang tepat;
 Prinsip saintifik untuk merancang kaedah kerja dan keselesaan
melakukan kerja.
 Memperkenalkan empat prinsip untuk meningkatkan kecekapan
pekerja seterusnya meningkatkan produktiviti:
i) Kaedah terbaik dikenalpasti untuk setiap tugas
ii) Memilih dan melatih pekerja yang sesuai
iii) Kerjasama pekerja dan pengurus
iv) Pembahagian tugas yang adil antara pekerja dan pengurus
 Memberi skim insentif upah kepada pekerja berasaskan kepada output
yang dihasilkan.
 Taylor menyarankan perkara berikut yang perlu dilaksanakan oleh
pengurusan organisasi:
1. Pemilihan personel secara saintifik.
Pemilihan dan latihan pekerja perlu dilakukan dengan saintifik
dan jelas. Pihak pengurusan perlu mengenalpasti kekuatan,
kemahiran dan kelemahan setiap pekerja yang diberi tugas
supaya penyesuaian dapat dilaksanakan secara teratur dan
memberi faedah maksimum kepada organisasi.
2. Insentif.
Motivasi pekerja amat dipengaruhi oleh faktor ekonomi seperti
gaji dan ganjaran, oleh itu Taylor mencadangkan gaji pekerja
perlu berdasarkan kepada hasil yang dikeluarkan bukanya
kepada masa bekerja.
3. Pembahagian fungsi pengurusan.
Taylor menyarankan pengurusan organisasi perlu dibahagikan
kepada 2 bahagian iaitu bahagian pengurusan dan bahagian
bukan pengurusan.
Menurut konsep Taylor organisasi dapat bertindak dengan lebih
berkesan dan dicapai melalui perencanaan jadual tugas dengan
kepakaran pekerja secara saintifik dan terperinci.

Kunci PP Penggal 2 Cg aZLy |


1.1 Pengenalan Kepada Pengurusan

2. FRANK & LILIAN GILBERT (1868-1924) :


 Kaji bagaimana pekerja susun bata menggunakan alat rekod pergerakan
“therbligs”. Hasilnya daripada 8 dapat jadi 5 pergerakan.
 Penggunaan kaedah saintifik untuk menghapuskan pergerakan yang
tidak perlu untuk meningkatkan kecekapan pekerja
 Menyarankan pengurus harus memberi perhatian kepada pekerja dan
memahami keperibadian dan keperluan mereka

3. HENRY L.GANTT (1861-1919)


 Menyarankan Carta Gantt, iaitu alat grafik yang boleh diguna oleh
pengurus untuk merancang , menjadual dan mengawal perjalanan tugas
dan kos
 Memperkenalkan skim insentif kewangan bagi pekerja dan penyelia
yang telah mencapai standard output yang ditetapkan
 Meningkatkan kecekapan pekerja. Lihat kaedah tugas dijadualkan dan
upah diberikan.
1. Tugas perlu dijadualkan
2. Ganjaran terhadap inovasi

2.Teori organisasi klasikal

• Fokus pengurusan organisasi

1. Henry Fayol (1841-1925):


Pelopor & penyumbang pendekatan teori organisasi klasikal paling
terkemuka.
 Orang pertama mensistemetikkan pengurusan. Beliau telah mengenal
pasti fungsian utama pengurusan.
 Fungsi utama pengurusan iaitu perancangan, pengorganisasian,
pengarahan, penyelarasan dan pengawalan

 14 Prinsip pengurusan Fayol :

1. Pembahagian tugas ─ Pekerja menjalankan tugas yang khusus


untuk meningkatkan produktiviti bagi mengurangkan beban dan
tanggungjawab pekerja.
2. Autoriti ─ hak untuk memberi arahan kerana kedudukan
seseorang dalam struktur hierarki organisasi.
3. Disiplin ─ menurut arahan dan prosedur serta menghormati
persetujuan yang dibuat antara organisasi dan kakitangan.
4. Paduan perintah (Unity of command) ─ seseorang pekerja mesti
menerima arahan-arahan dari seorang ketua sahaja. Ini untuk

Kunci PP Penggal 2 Cg aZLy |


1.1 Pengenalan Kepada Pengurusan

mengelakkan berlakunya kekeliruan dan konflik dalam


penerimaan dan pemberian arahan.
5. Paduan arahan ─ Aktiviti yang mempunyai objektif yang sama
hendaklah distukan di dalam satu rancangan dan diumumkan
oleh seorang ketua sahaja.
6. Mengutamakan kepentingan organisasi ─ Kepentingan
peribadi/individu perlu diketepikan. Objektif organisasi paling
penting daripada objektif individu.
7. Pembayaran upah/Ganjaran ─ Pekerja mesti dibayar bayaran
yang adil dan sewajarnya.
8. Pemusatan/Centralization ─ Walaupun pengurusan
bertanggungjawab sepenuhnya ke atas organisasi, kakitangan
bawahan hendaklah diberi kuasa yang cukup untuk menjalankan
tugas dengan berkesan.
9. Rantaian perintah @ arahan/Scalar chain ─ Menunjukkan
autoriti bermula dari peringkat atasan hingga peringkat
bawahan. Rantaian skala ini juga menunjukkan arah aliran
komunikasi formal dalam organisasi.
10. Susunan/Tertib ─ Menggunakan prinsip susunan bahan dan
sumber manusia di mana bahan dan manusia hendaklah
ditempatkan di tempat yang betul mengikut masa yang tepat.
11. Ekuiti/Kesaksamaan ─ Pekerja hendaklah diberi layanan dan
keadilan yang seimbang untuk melahirkan ketaatan mereka
terhadap organisasi.
12. Kestabilan personel ─ Firma yang berjaya mempunyai
kumpulan staf yang stabil/kadar lantik henti yang rendah.
13. Inisiatif ─ Kakitangan hendaklah diberikan kebebasan untuk
memajukan dan mengimplimentasikan rancangan.
14. Rasa kekitaan/Esprit de corps ─ Keharmonian di kalangan
kakitangan mewujudkan perpaduan dan keteguhan organisasi.

2. Chester I.Bernard (1886-1961):


 Kepimpinan merupakan tugas paling utama dan penting bagi semua
pengurus. Setelah penetapan matlamat dan pengumpulan sumber,
pengurus perlu menjalankan tugas memimpin sebagai menandakan
penerimaan terhadap autoriti mereka.

3. Max Weber (1864-1920):


 Bagi Weber, birokrasi adalah rasional. Organisasi secara idealnya
cekap iaitu yang berasaskan prinsip-prinsip logik.
 Organisasi yang mempunyai prinsip birokratik :

Kunci PP Penggal 2 Cg aZLy |


1.1 Pengenalan Kepada Pengurusan

I. Pembahagian buruh
 Mengukut kemahiran dan minat

Ii. Hierarki dan autoriti


 Mengikut carta organisasi

Iii. Pemilihan pekerja secara formal


 Sistematik berdasarkan kelulusan

Iv. Peraturan dan prosedur kerja secara formal


 Peraturan dibuat secara formal dan bertulis

V. Tidak bersifat peribadi


 Tidak pilih kasih

Vi. Kemajuan kerjaya berasaskan kepada merit


 Berdasarkan penilaian prestasi.

 Menurut Weber, teori pengurusan organisasi ialah membezakan konsep


kuasa dan autoriti serta perhubungannya dalam pengurusan.
 Perbezaan menjelaskan mengapa individu mematuhi sesuatu arahan
dan mengapa melakukan sesuatu mengikut arahan.
 Kuasa adalah kebolehan seseorang pemimpin menguasai orang lain
patuh padanya manakala autoriti bermakna kebolehan seseorang itu
mempengaruhi orang lain mengikut arahannya secara sukarela.
 Dalam autoriti, subordinat mengangap pihak atasan mempunyai kuasa
sah untuk memberi arahan kepada subordinat.
 Berdasarkan sistem autoriti, Weber mengkelaskan organisasi kepada 3
jenis iaitu, berkarisma, tradisional dan sah rasional.
 Organisasi berbentuk birokrasi karisma ditentukan oleh kualiti
personaliti pemimpin yang menjadi sanjungan ahli- ahlinya.
 Wujud beberapa kumpulan yang mencurah taat dan setia mereka
kepada pemimpin.
 Kebiasaannya organisasi ini bergerak dalam keadaan tidak stabil dan
keadaan menjadi lebih buruk bila pemimpin disanjung meninggal
dunia, organisasi akan berpecah dan berpuak-puak.
 Menurut Weber lagi, kalau warisan kepimpinan adalah berdasarkan
keturunan, organisasi itu akan lahir sebagai organisasi tradisional
manakala jika warisan ditentukan oleh peraturan dan undang – undang
maka organisasi tersebut berkembang menjadi organisasi sah rasional
atau birokratik.

Kunci PP Penggal 2 Cg aZLy |


1.1 Pengenalan Kepada Pengurusan

SUMBANGAN PENDEKATAN KLASIKAL

1. Teori klasikal telah mengenalpasti pengurusan sebagai elemen penting dalam


masyarakat terancang dan menjadi begitu penting dalam dunia yang global.
2. Pendekatan klasikal telah mengenal pasti fungsi utama pengurusan iaitu
perancangan, pengorganisasian, pengarahan, penyelarasan dan pengawalan.
3. Bagaimanapun fungsi pengurusan bergantung kepada keupayaan dan
kemahiran seseorang pengurus. Pendekatan klasikal juga telah memberi
sumbangan kepada teknik-teknik pengurusan seperti analisis pergerakan dan
masa, kemudahan kerja, sistem upah, jadual pengeluaran, pengujian personel
dan belanjawan.
4. Kritikan terhadap pendekatan klasik : pendekatannya terlalu ringkas yang agak
tidak sesuai untuk organisasi yang sentiasa berubah dan belum stabil.
5. Pandangan klasik cenderung untuk lebih bersikap mekanistik. Beranggapan
manusia ibarat gerigi dalam mesin, menyebabkan ia mengabaikan kepentingan
kehendak manusia.

2. PENDEKATAN KEMANUSIAAN/GELAGAT

• Pengurus perlu faham tentang manusia, iaitu pekerja & berusaha menyesuaikan
organisasi dengan manusia – kejayaan akan diperolehi
• Dibahagi 2:
– Perdekatan pergerakan hubungan manusia
– Pendekatan sains tingkah laku/gelagar

A. Perdekatan Pergerakan Hubungan Manusia

1. Hawthorne (Elton Mayo)


 Kecekapan pekerja adalah disebabkan oleh faktor sosial dan bukannya faktor
fizikal seperti cahaya penyinaran, suhu dan lain-lain
 Aspek sosial seperti cara pengurus berinteraksi, memberi perhatia peribadi kepada
pekerja dan pengikhtirafan kumpulan kerja di tempat kerja akan meningkatkan
prestasi pekerja
 Elton Mayo dan kesan Hawthorne Kajian dilakukan di Hawthorne Works of The
Western Electric Company oleh Elton Mayo dan rakannya dari Harvard
University.
 Kajian bermula dengan penyiasatan untuk melihat kesan cahaya dalam
mempengaruhi produktiviti pekerja.
 Kajian ini membuktikan pentingnya sentuhan kemanusiaan ke atas pekerja.
 Berdasarkan kajian yang dijalankan Mayo, terbukti sentuhan kemanusiaan
/interaksi itu penting dalam mewujudkan produktiviti yang tinggi.
 Di samping bijak menguruskan mesin, pengurus perlu bijak menguruskan manusia
bagi memperkukuhkan kejayaan organisasi.

Kunci PP Penggal 2 Cg aZLy |


1.1 Pengenalan Kepada Pengurusan

 Kajian Mayo ini telah membuktikan kepentingan pergerakan hubungan manusia


dan sosiologi industri

2. Mary Parker Follet


 Kecekapan pekerja dapat dipertingkatkan melalui dorongan kepada pekerja,
kepimpinan kuasa dan aktiviti
 Mengenalpasti bahawa organisasi patut dilihat dari perspektif gelagat manusia
secara individu dan berkumpulan.

3. Hugo Munsterberg
 Mencipta lapangan psycologi industri – iaitu kajian saintifik individu ditempat
kerja dlm usaha utk memaksimakan produktiviti dan utk sebarang perubahan.
 Munsterberg merasakan sains dapat menyumbang kepada industri dalam 3 cara :

1. Kaji tugas dan tentukan pekerja yang mana paling sesuai dengan
tugas berkenaan
2. Kenalpasti suasana pysiologi bagaimana pekerja dapat melakukan
kerja dengan baik
3. Bangunkan strategi yang dapat mempengaruhi pekerja

B. Pendekatan Sains Tingkah Laku

1. Abraham Maslow – Hierarki Keperluan Maslow


 Menyarankan bhawa pekerja sebenarnya mempunyai keperluan lain selain
kewangan
 Hierarki Keperluan Maslow
1. Keperluan fisiologi
 Keperluan paling asas untuk membiayai kehidupan manusia seperti
makanan, udara, pakaian dan lain-lain
2. Keperluan Keselamatan
 Bebas daripada ancaman bahaya kepada tubuh badan, nyawa dan
kehilangan kerja, makanan dan tempat perlindungan
3. Keperluan sosial
 Keinginan individu untuk mendapatkan persahabatan dan penghargaan,
pemberian dan penerimaan kasih sayang sesama manusia
4. Keperluan penghargaan
 Keinginan untuk dihormati, dihargai dan disanjungi oleh orang lain
untuk mendapatkan kepuasan seperti kuasa, status dan keyakinan diri
5. Keperluan pencapaian hasrat diri
 Keinginan seseorang untuk menjadi apa yang mampu bagi
memaksimumkan potensinya dan mencapai sesuatu

Kunci PP Penggal 2 Cg aZLy |


1.1 Pengenalan Kepada Pengurusan

2. Douglas McGregor
 Menyarankan bahawa pengurus akan melayan pekerja berdasarkan sifat seseorang
pekerja tersebut

Teori X Teori Y
Sifat pekerja Sifat pekerja
• Tidak suka bekerja • Mempunyai minat terhadap
• Tiada motivasi dan kurang kerjanya dan kerjaya
bercita-cita • Berinisiatif
• Mengamalkan sikap tidak • Berusaha untuk mencapai
mengambil tahu perihal matlamat syarikat
organisasi dan mementingkan • Menganggap tanggungjawab
diri sendiri sebagai cabaran
• Sentiasa mengelka daripada • Diberi peluang membuat
memikul tanggungjawab keputusan
• Perlu dikawal, diancam dan
disuruh kerja

3. PENDEKATAN SAINS PENGURUSAN/KUANTITATIF

A. Pendekatan Sains Pengurusan

 Pendekatan ini memberi penekanan terhadap penggunaan teknik kuantitatif


(matematik/pengiraan) dalam pengurusan seperti statistik, simulasi Komputer.
 Penyelesaian masalah secara teknikal dan bukan kepada tingkah laku manusia.
 Pendekatan kuantitatif (matematik / pengiraan) ini bermula dalam perang dunia
kedua apabila British kekurangan pesawat perang dalam melawan Jerman yang
lebih banyak pesawat ditempat yang berasingan dalam waktu yang sama.
 British guna kaedah pengiraan untuk agih-agih pesawat perang
 Amerika turut guna kaedah yang sama apabila sertai perang dalam tahun 1941.
 Bila tamat perang, pegawai tentera Amerika (WHIZ KIDS) gunakan teknik ini
dalam menyelesaikan masalah Ford Motor.
 Robert McNamara jadi presiden Ford, kemudiannya S.U kementerian
pertahanan USA sebelum dilantik sebagai Pengerusi World Bank
 Charles Thornton : bangunkan syarikat Litton

Kunci PP Penggal 2 Cg aZLy |


1.1 Pengenalan Kepada Pengurusan

B. Pendekatan Kuantitatif

a) Teori sains Tumpuan kepada peningkatan keberkesanan


pengurusan pembuatan keputusan melalui penggunaan model
matematik dan kaedah sains

b) Teori Membantu pengurus menguruskan pengeluaran


pengurusan dan penghantaran barangan dan perkhidmatan
operasi yang ditawarkan oleh organisasi melalui kaedah
pengunjuran dan analisis inventori

c) Teori sistem Tumpuan kepada mereka bentuk dan mengurs


pengurusan maklumat melalui komputer untuk tujuan
maklumat pembuatan keputusan

4. PENDEKATAN MODEN/KONTEMPORARI

A. Teori Sistem

 Melihat sesebuah organisasi sebagai satu sistem penuh yang saling bekerjasama
untuk mencapai objektif
 Terbahagi kepada sistem fizikal (input, proses transformasi dan output) dan sistem
abstrak (pendapat yang berkaitan)
 Menekankan keperluan organisasi untuk berinterasi dengan elemen dalaman dan
luaran organisasi untuk memastikan kejayaa organisasi

B. Teori Kontingensi
 Mulai berkembang tahun 1962, teori ini menyatakan bahwa tidak ada satu sistem
pengurusan yang optimum, sistem tergantung pada tingkat perubahan
lingkungannya. Sistem ini disebut sistem organik (sebagai lawan sistem
mekanistik), pada sistem ini mempunyai beberapa ciri:
1. Substansinya adalah manusia bukan tugas.
2. Kurang menekankan hirarki
3. Struktur saling berhubungan, fleksibel, dalam bentuk kelompok
4. Kebersamaan dalam nilai, kepercayaan dan norma
5. Pengendalian diri sendiri, penyesuaian bersama
 Keberkesanan pengurus, gaya, teknik dan fungsi bergantung kepada situasi yang
tertentu kerana persekitaran yang dinamik
 Cara penyelesaian masalah berbeza mengikut situasi tertentu
 Mencadangkan supaya pendekatan yang dibuat oleh pengurus disesuaikan dengan
individu dalam situasi persekitaran

Kunci PP Penggal 2 Cg aZLy |


1.1 Pengenalan Kepada Pengurusan

PENGARUH KONTEMPORARI DALAM PERKEMBANGAN PENGURUSAN

1. Urus kekaburan dan paradoks : Menguruskan organisasi yang sentiasa


berhadapan dengan ketidaktentuan pasaran
2. Kecondongan tindakan : Berani mencuba tanpa khuatir pada gagal
3. Hampir kepada pelanggan
4. Autonomi : pemilikan atas jabatan
5. Produktiviti Melalui Manusia : Kepercayaan kepada pekerja
6. Berpegang kepada penggerak nilai : amalan pengurusan yang meliputi
keseluruhan aspek dan bahagian dalam organisasi
7. Kekal kepada industri asal
8. Bentuk ringkas pergantungan terhadap kakitangan : tidak terlalu bergantung
kepada ibu pejabat
9. Pemilikan ketat-kendur

Kunci PP Penggal 2 Cg aZLy |

Anda mungkin juga menyukai