Anda di halaman 1dari 18

Sistem Pendidikan Sebelum Kedatangan British

IZANORIZA ♦ MAY 10, 2012 ♦ LEAVE A COMMENT

Pendidikan sebelum kedatangan British banyak dipengaruhi oleh adat resam dan budaya masyarakat
setempat. Pendidikan tradisional ini lazimnya diajar oleh ahli agama atau ibu bapa kanak-kanak dalam
membentuk perkembangan mereka. Pendidikan pada zaman ini terbahagi kepada lima iaitu:

pendidikan agama

madrasah

pendidikan tidak formal

pendidikan istana

penglipur lara.

Pendidikan agama

Mulai kurun ke-15 hingga kurun ke-17, orang Melayu telah mula mendapat pendidikan agama.
Pendidikan agama disampaikan oleh guru-guru al-Quran di kampong-kampung. Selain itu, pendidikan
agama juga disampaikan oleh mereka yang berketurunan Sayyid. Sebahagian besar daripada guru
agama ini mengajar menyampaikan pengajarannya di surau atau masjid. Pada masa yang sama, guru
agama itu menjadi imam kampong di mana dia menyampaikan pendidikan agama. Mereka mengajar
perkara-perkara seperti kira-mengira, menulis Jawi, tajwid, fardu ain, rukun Islam dan rukun Iman.
Dalam sehari muris-mrid belajar tiga pelajaran yang mengambil masa sejam bagi setiap pelajaran.
Pelajaran pertama disampaikan di sebelah pagi iaitu selepas sembahyang subuh, satu lagi selepas
sembahyang zohor dan satu lagi pelajaran pada sebelah petang. Seseorang murid akan memulakan
pelajaran dengan mengulangi perkataan-perkataan Arab yang didengar pada awal pagi dan akhir bacaan
al-Quran. Apabils telah mahir dengan hafazan itu, dia akan dapat membaca al-Quran dan doa-doa yang
membolehkannya bersembahyang. Pelajar tidak dikenakan apa-apa bayaran, Sebaliknya, pelajar
membantu guru membersihkan tempat mereka belajar, mengambil air, kayu api dan membantu
mengerjakan sawah. Segala urusan ini dijalankan di antara waktu pelajaran. Urusan-urusan seperti ini
dapat membina kemahiran hidup bagi pelajar-pelajar berkenaan.

Pada kurun ke-18, pendidikan agama telah meningkat maju kerana penghijrahan beberapa orang alim
ulama dari Timur Tengah. Contohnya, Syarif Muhammad yang berasal dari Baghdad telah mengasaskan
sekolah agama di Kuala Terengganu. Ketika berlaku kekacauan di Patani, lebih ramai lagi alim ulama
berpindah ke Terengganu dan Kelantan.
Menjelang kurun ke-19, sekolah-sekolah pondok atau sekolah Arab telah di bina di merata temoat di
Tanah Melayu. Kedah, Perak, Kelanatan dan Pulau Pinang merupakan tempat-tempat di mana terdapat
banyak sekolah pondok muncul.

Madrasah

Madrasah merupakan sekolah agama yang moden. Institusi ini lebih kemas dan teratur. Madrasah
menyampaikan pelajaran yang menekankan ajaran-ajaran reformis dari Asia Barat.

Menurut Khoo Kay Kim, mata pelajaran latihan vokasional juga dikendalikan. Mata pelajaran seperti
perdagangan, kira-kira dan cara tanaman padi serta membuat sabun juga diajar di madrasah. Walau
bagaimanapun, tumpuan pelajaran di kebanyakan madrasah ialah pada pengajaran agama Islam.

Taraf pendidikan di sesetengah madrasah adalah tinggi seperti di Madrasah al-Masyhur,Pulau Pinang
dan Madrasah di Kota Bharu. Para lulusan dari madrasah-madrasah tersebut boleh melanjutkan
pelajaran ke peringkat universiti seperti Universiti al-Azhar, Mesir atau Masjidil-Haram, Makkah.
MAY

SISTEM DAN STRUKTUR PENDIDIKAN SEMASA PENJAJAHAN BRITISH (1786-1956)TEMPOH PERTAMA


(1784-1941)

Perkembangan Sekolah Vernakular Melayu (1786-1941)Pada zaman ini, kerajaan British telah mula
mengambil perhatian terhadap pendidikan dinegeri-negeri Selat. Blundell (Gabenor negeri Selat) telah
mencadangkan supaya ditubuhkansekolah-sekolah Vernakular Melayu di negeri-negeri Selat dengan
bantuan kerajaan British.Pada tahun 1856, Blundell dengan bantuan kewangan daripada DYMM
Temenggung Johortelah menubuhkan dua buah sekolah Vernakular Melayu di Singapura. Selepas itu,
pada tahun1858 hingga 1863, kerajaan British telah menubuhkan beberapa buah sekolah Melayu di
PulauPinang dan Melaka. Mata pelajaran-mata pelajaran yang biasa diaplikasikan di sekolah-sekolah
Vernakularialah Bacaan, Mengarang, Ejaan, Menulis, Ilmu Hisab, Latihan Jasmani dan Ilmu Alam.Gerakan
bimbingan juga mula dikembangkan di Tanah Melayu ketika ini. Pejabat PelajaranNegeri-negeri Selat
dan Negeri-negeri Tanah Melayu Bersekutu mengeluarkan “A Guide ToCareers In Malaya For Parents,
Teachers and Pupils”. Buku tersebut mengandungi analisissenarai kerja yang terdapat di dalam
perkhidmatan kerajaan. Pada awal kurun ke-20, mata pelajaran Perkebunan dan Anyaman telah
ditambah kedalam kurikulum sekolah. Murid-murid akan memasuki Darjah I hingga Darjah IV. Selepas
itu,hanya sebilangan kecil pelajar sahaja yang berpeluang melanjutkan pelajaran ke Special Malay

2. Class, di mana mereka dapat meneruskan persekolahan di sekolah Inggeris kelak. Perkembangan
Sekolah Vernakular CinaSekolah Vernakular Cina yang pertama telah didirikan oleh Persatuan Mubaligh
London dinegeri Melaka pada tahun 1815, dan kemudiannya di Singapura pada tahun 1819. Pada
tahun1900, dua orang menteri dan pendidik dari negeri China, Kang You Wei dan Liang Qi Chautelah
mendirikan sekolah Vernakular Cina dan menggabungkan pengajaran Confucious denganpengajaran
sains Barat. Kurikulum yang diperkenalkan adalah berorientasikan kepada negaraChina. Sesetengah
sekolah dijadikan pusat untuk menyebarkan sentimen anti British.Pentadbiran Inggeris kemudiannya
telah mengawal segala aktiviti sekolah dan kurikulumnyamenjadi bertambah baik.Perkembangan
Sekolah Vernakular TamilPerkembangan sekolah Vernakular Tamil bermula semasa perkembangan
ladang getah, kelapasawit, kopi dan gula di Tanah Melayu. Terdapat ramai buruh dari negara India telah
diambiluntuk bekerja di estet-estet. Pendidikan dalam bahasa Tamil diberi di salah sebuah
sekolahcawangan Singapore Free School mulai tahun 1834. Kumpulan-kumpulan mubaligh
Kristianbanyak memberi sumbangan kepada perkembangan pendidikan formal dalam bahasa Tamilpada
peringkat awalnya. Sehingga tahun 1938, terdapat 13 buah sekolah Tamil kerajaan, 511buah sekolah
estet, 23 buah sekolah mubaligh dan 60 buah sekolah Tamil swasta di seluruhSemenanjung Tanah
Melayu. Sepertimana sekolah Vernakular Melayu, sekolah-sekolahVernakular Tamil terhad pada
peringkat rendah sahaja dan seperti sekolah-sekolah Cina,kurikulum sekolah-sekolah Tamil
berorientasikan negara asal mereka, India. Buku-buku dantenaga pengajar dibawa dari Sri Lanka dan
India.Perkembangan Sekolah InggerisPada peringkat awal, kebanyakan sekolah Inggeris didirikan
daripada hasil usaha kaummubaligh Kristian. Pada tahun 1816, Penang Free School telah ditubuhkan
dan mempunyaibeberapa matlamat seperti berikut:1. untuk semua bangsa;2. mendidik supaya
berdisiplin, berkelakuan baik dan rajin;3. ibu bapa yang berkemampuan dikehendaki membayar yuran
sekolah dengan kadar berpatutan;4. murid akan belajar membaca dan menulis Bahasa Inggeris dan
mempelajari Ilmu Kira-kira;

3. 5. murid Melayu akan diajar Bahasa Melayu;6. rancangan yang sama diadakan juga untuk bangsa
lain;7. murid akan diajar tentang pekerjaan seperti pertukangan menjahit dan lain-lain;8. diajar supaya
menghormati ibu bapa dan agama Kristian. Pada tahun 1826, Melaka Free Schol ditubuhkan serta
disusuli dengan penubuhanVictoria Insitute pada tahun 1893, Sekolah King Edward VII di Taiping pada
tahun 1906. Padaawal kurun ke-20, semua Free School telah diambil alih oleh kerajaan. Pada tahun
1905 pula,sebuah sekolah Melayu iaitu Malay College Kuala Kangsar ditubuhkan khas untuk anak-
anakMelayu peringkat atasan.TEMPOH KEDUA (1946-1957)Sistem dan Struktur Pendidikan Sebelum
Merdeka Pihak Jepun telah menakluki Tanah Melayu pada tahun 1941 sehingga tahun 1945.Pada zaman
ini, kebanyakan sekolah diajar dalam bahasa Jepun.Selepas kekalahan pihak Jepun ke atas pihak
Inggeris, kurikulum asal telah diaplikasikansemula. Walau bagaimanapun, beberapa laporan cadangan
terhadap kurikulum baru telahdigubal. Laporan-laporan yang dimaksudkan ialah Laporan Barnes 1951,
Laporan Fenn-Wu1951, Ordinan Pelajaran, Dasar Pelajaran Kebangsaan dan Laporan Razak 1956. Di
antara cadangan yang telah dikemukakan ialah menuntut kerajaan supayamenyediakan kemudahan-
kemudahan pelajaran dan pembelajaran serta menyediakan guru-guru terlatih di sekolah-sekolah. Guru-
guru ini merangkumi mereka yang mempunyai rekodpenilaian yang baik serta mempunyai etika
pengajaran yang boleh dicontohi oleh para pelajar.Sistem Pendidikan Awal Kemerdekaan (1957-1969)
Sistem pendidikan pada zaman ini masih berorientasikan sistem yang telah tercatat didalam Laporan
Razak. Pada tahun 1959, cawangan Universiti Malaya telah ditubuhkan di KualaLumpur. Kursus-kursus
yang ditawarkan ialah Kejuruteraan, Sastera dan Sains. Pada tahun inijuga Laporan Rahman Talib
diwujudkan iaitu pada tahun 1960.Sistem Pendidikan Kebangsaan selepas 1969 Dalam jangka waktu ini,
ideologi negara bagi sistem pendidikan adalah Rukun Negaradan tumpuannya adalah sejajar dengan
pembangunan negara. Aspek yang sangat penting

4. dalam pendidikan iaitu berkaitan dengan etika turut ditekankan dalam Rukun Negara,
iaitu„Kesopanan dan Kesusilaan‟. Aspek ini sering diaplikasikan dalam banyak mata pelajaran yangdiajar
di sekolah-sekolah bagi mewujudkan para pelajar yang tinggi moral dan etika mereka.Perkembangan
Sistem Pendidikan Kebangsaan Selepas 1979 Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar
Pelajaran ditubuhkan pada bulanSeptember 1974 untuk mengkaji pelaksanaan sistem pelajaran
kebangsaan bagi: “Mengkaji semula matlamat dan berkesannya sistem pelajaran sekarang, termasuk
kurikulumnya, dalam rangka dasar palajaran yang wujud, dengan tujuan untuk memastikan bahawa
keperluan tenaga rakyat negara dapat dipenuhi sama ada dari segi jangka pendek mahupun
jangkapanjang, dan lebih- lebih lagi untuk memastikan bahawa sistem pelajaran itu dapat memenuhi
matlamat negara ke arah melahirkan masyarakat yang bersatupadu, berdisiplin dan terlatih.”(Sumber:
Education In Malaysia, 1980) Mengikut Laporan Kabinet pada tahun 1979 bagi peringkat sekolah rendah
iaitukurikulum, kemahiran adalah tertumpu kepada bidang komunikasi, alam sekitar, perkembangandiri
yang menekankan aspek 3M dan perkembangan bakat, membantu murid yang lemah sertamengadakan
program pengayaan, pengajaran pemulihan diperbaiki lagi dan Kurikulum BaruSekolah Rendah
dicadangkan. Bagi peringkat sekolah menengah pula, sistem baru bagi pelajaran vokasional,
jurusanperdagangan dipertingkatkan, penekanan terhadap mata pelajaran Matematik, Sains danBahasa,
penekanan kepada aktiviti ko-kurikulum, bimbingan dan kaunseling diwujudkan disekolah serta
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah dicadangkan.Perkembangan terhadap pendidikan berterusan
sehingga ke hari ini dan akan berlanjutan untukmasa-masa yang akan datang. Pelajar-pelajar yang
dahagakan ilmu pengetahuan terusmeningkat dari setahun ke setahun dalam mendaftarkan diri mereka
ke sekolah-sekolah rendahdan menengah di seluruh Malaysia.Perbezaan Tahap Pendidikan Dahulu,
Sekarang dan Akan Datang Sejak pendidikan dijadikan satu institusi formal, harapan semua lapisan
masyarakatialah untuk melihat setiap pelajar yang terlibat mencapai tahap kecemerlangan bukan
sahajadalam satu bidang malah dalam semua bidang yang terdapat dalam sistem tersebut. Tumpuan

5. pada mulanya diberikan kepada aspek kognitif tetapi kini lebih tertumpu kepada semua aspek,sama
ada kognitif ataupun afektif, konvensional ataupun inovatif serta normal ataupun kreatif.Pendidikan
Zaman Dahulu Berdasarkan kenyataan yang telah diterangkan berkaitan sejarah pendidikan di
TanahMelayu, dapat dibuat kesimpulan bahawa pendidikan pada zaman dahulu amat mengambilberat
aspek mengagungkan tanah air sendiri. Contohnya pendidikan Cina yang berorientasikannegara asal
mereka iaitu China, manakala pendidikan India pula berasaskan negara India.Selain itu, pendidikan
zaman dahulu juga menitikberatkan aspek kecenderungan terhadapagama, seperti kewujudan sekolah-
sekolah pondok untuk mengajar Al-Quran dan hal-halberkaitan dunia akhirat. Selepas kemasukan
kurikulum berasaskan British, maka berlakulahrombakan terhadap sistem pendidikan asal yang
diamalkan sebelum ini. Walau bagaimanapun,masih lagi terdapat beberapa kelemahan dalam sistem
pendidikan yang dianjurkan oleh British.Maka, wujudlah beberapa laporan yang bertujuan untuk
memperbaiki sistem pendidikan Britishini seperti Laporan Fenn-Wu 1951, Ordinan Pelajaran, Dasar
Pelajaran Kebangsaan danLaporan Razak 1956.Pendidikan Zaman Sekarang Bermula selepas Malaysia
memperolehi kemerdekaan daripada pihak British, sistempendidikan negara mula mencapai tahap
reformasi secara beransur-ansur. Dalam RancanganMalaysia Pertama (RM1) hingga Rancangan Malaysia
Ketujuh (RM7), aspek pendidikansentiasa menjadi agenda utama bagi setiap intipati dalam resolusi yang
telah dibuat. Kerajaansentiasa mencari formula baru bagi memastikan para pelajar yang keluar dari
institusipendidikan akan menjadi seorang individu yang mampu memberikan sumbangan
maksimumterhadap kemajuan negara. Pendidikan prasekolah, Kurikulum Baru Sekolah Rendah
(KBSR),Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM), pendidikan peringkat tinggi, pendidikanguru,
pendidikan vokasional dan teknik serta pendidikan swasta sentiasa dikaji bagi mengesansebarang
kelemahan yang boleh menyebabkan kegagalan mencapai objektif yang telahditetapkan.Pendidikan
Zaman Akan Datang Kerajaan telahpun membuat beberapa cadangan untuk melakukan transformasi
dalamaspek pendidikan di sekolah-sekolah. Dengan pesatnya kemajuan teknologi maklumat padadekad
kebelakangan ini, pendidikan negara juga tidak mahu ketinggalan dalam menyerapkan

6. teknologi ini dalam menyediakan para pelajar yang bukan sahaja mempunyai ilmupengetahuan,
malah juga mampu mengaplikasikan teknologi maklumat bagi kemudahan umatsejagat. Kerajaan
dengan bantuan daripada organisasi-organisasi gergasi dalam bidangteknologi maklumat telah berjaya
menyenaraikan beberapa resolusi dalam memastikanpendidikan alaf akan datang mampu diaplikasikan
sepenuhnya tanpa mengenepikan aspektatasusila dan etika pelajar. Salah satu daripada resolusi yang
telah dibuat ialah mewujudkan mata pelajaranberkonsepkan teknologi maklumat, seperti pengenalan
kepada komputer dan jugapengaplikasian teknologi maklumat terhadap kehidupan. Kerajaan turut
bercadang untukmendedahkan para pelajar dengan aplikasi internet serta mel elektronik bagi
membiasakanmereka menggunakannya untuk tujuan menghantar kerja sekolah atau membuat
rujukan.Walaupun banyak resolusi yang telah dibentuk, kerajaan tetap meletakkan aspek etika pelajardi
tempat yang paling atas sekali. Ini bagi memastikan setiap pelajar bukan sahaja menjadipakar dalam
bidang teknologi maklumat, malah mempunyai etika dan disiplin yang amatdiperlukan untuk menerajui
negara pada masa akan datang.PEMBANGUNAN INSAN DAN NEGARA SEBELUM DAN SELEPAS
KEMERDEKAAN Pendidikan di negara kita telah mengalami perubahan dalam
sistempendidikan.Perubahan ini memperlihatkan perbandingan antara sebelum dan
selepaskemerdekaan dari aspek pembangunan insan dan negara . Oleh itu, terdapat perbandinganyang
jelas hasil dari perkembangan sistem pendidikan di negara ini.1 Kesan dari aspek falsafah pendidikan
Falsafah berasal daripada perkataan Yunani Tua iaitu Philosophia yang bermaksud“cinta kepada ilmu
pengetahuan atau hikmah”. Falsafah pendidikan negara mempunyaiperbezaan yang jelas sebelum dan
selepas kemerdekaan. Sebelum kemerdekaan falsafahpendidikan kita lebih bercorak tradisional. Hal ini
disebabkan masyarakat lebih mementingkankecerdasan dan kemahiran untuk meneruskan hidup
dengan bekerja yang bersesuaian dengankemahiran yang dimiliki. Falsafah pendidikan masyarakat
tradisional lebih cenderung kepadaaspek-aspek kerohanian, akhlak dan moral. Hal dibuktikan
berdasarkan penubuhan sekolah-sekolah pondok dan madrasah yang memberi pengajaran dan
pembelajaran seperti membacaal-Quran dan tajwid, Tafsir al-Quran, Hadis, Fiqah dan Tauhid (Awang
Had Salleh, 1980). Pada zaman penjajahan falsafah pendidikan lebih tertumpu kepada
menjagakepentingan British di Tanah Melayu. Era ini telah memaparkan pendidikan yang diperkenalkan

7. oleh penjajah telah melebarkan jurang pendidikan, perpaduan dan integrasi antara kaum.Sistem ini
mengakibatkan masyarakat Melayu terus berada di Kampung, Cina menguasaibandar dan India akan
bermastautin di ladang-ladang. Pendidikan yang diperkenalkan adalahbertujuan untuk mengelakkan
peningkatan taraf hidup masyarakat pribumi. Pihak penjajahmemperkenalkan pendidikan bebas untuk
mengelakkan berlakunya penentangan dalammasyarakat pribumi. Pada era selepas kemerdekaan,
Falsafah Pendidikan Negara (FPN) diperkenalkan yangmenekankan bahawa pendidikan di Malaysia
adalah suatu usaha berterusan ke arahmemperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh
dan bersepadu untukmewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi,
dan jasmaniberdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi
melahirkanrakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak
mulia,bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbanganterhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Di samping itu, FPN
merupakan roh, nadi dan penjana kepada keutuhan sistem dandasar pendidikan negara. FPN
merupakan perkara penting untuk dijana demi memastikangenerasi pelapis yang merupakan aset
terpenting negara di masa hadapan mampu untukberperanan di tengah-tengah gelombang kemodenan
dan arus globalisasi yang kian mencabar.Pembentukan masyarakat madani yang diimpikan memerlukan
percambahan dan pemupukannilai-nilai agama, moral dan etika. Kesemua elemen-elemen tersebut
penting agar segala cita-cita murni yang sering dicanangkan benar-benar dapat direalisasikan ke arah
mencapaiwawasan negara untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020. Jelaslah
disinimenunjukkan bahawa terdapat perbandingan yang nyata antara falsafah pendidikan
negarasebelum dan selepas kemerdekaan.2 Kesan dari aspek dasar pendidikan Dasar membawa maksud
bahagian yang terpenting, asas atau pokok sesuatu perkara(Kamus Dewan Edisi Ketiga, 2002). Dasar
pendidikan di negara kita mempunyai perbandinganyang ketara antara sebelum dan selepas merdeka.
Pada era penjajahan, pihak kolonial Inggeristelah memperkenalkan dasar pendidikannya tersendiri.
Antaranya ialah dasar penyekatan yangbersifat menghalang kemajuan orang Melayu. Pihak Inggeris
lebih cenderung untukmemastikan masyarakat Melayu kekal sebagai petani, nelayan dan memuliakan
kerja buruh(Awang Had Salleh, 1974). Menurut Sufean Hussin (1996) dasar sekatan ini bertujuan
untukmengongkong dan membendung pemikiran tradisional serta primitif atau kekampungan orang-
8. orang Melayu. Hal ini menyebabkan pembelajaran di sekolah vernakular Melayu adalahsekadar
membasmi buta huruf pada tahap minimum. Kesan langsung dari dasar inimewujudkan satu fenomena
status dalam pendidikan yang menyebabkan golongan yangmampu akan mendapatkan pendidikan dan
masyarakat bawahan terus disisihkan kerana dasaryang diperkenalkan tidak menyedarkan masyarakat
tentang kepentingan pendidikan. Kesedaran yang tinggi terhadap sistem pendidikan kolonial yang
ditinggalkan penjajahmendorong kerajaan merangka dasar pendidikan yang lebih baik untuk
menyelesaikanketidakseimbangan dalam pendidikan antara kaum di Malaysia. Langkah utama yang
dilakukanoleh kerajaan Perikatan selepas merdeka ialah membetulkan dan menyusun semula
sistempendidikan yang diwarisi dari penjajah. Dasar yang dirangka diperkukuhkan oleh
perlembagaandan undang-undang untuk memastikan setiap dasar yang dilaksanakan berkesan dan
berjaya. Antara dasar yang dirangka ialah Dasar Pendidikan Kebangsaan yang berfokuskankepada satu
sistem pelajaran yang dapat memenuhi keperluan negara dan menggalakkanperkembangan
kebudayaan, sosial, ekonomi dan politik. Selain itu, dasar kesejagatan danpenyeragaman yang berfungsi
untuk menggunakan satu sukatan pelajaran dan peperiksaanyang sama untuk kepelbagaian etnik,
bahasa, budaya, agama dan latar belakang geografi.Salah satu tindakan yang diambil untuk
memperkasakan dasar ini adalah melalui pelaksanaanBahasa Melayu sebagai bahasa pengantar agar
memudahkan perhubungan antaramasyarakat. Justeru, bagi memantapkan lagi sistem pendidikan yang
sedia ada dasar demokrasidiperkenalkan. Dasar ini bertujuan untuk mengembangkan potensi individu
itu sendiri denganmemberi keutamaan kepada pelajar yang mempunyai kemajuan tanpa mengira latar
belakang,agama, bangsa dan bahasa. Jelaslah bahawa terdapat perbezaan dalam usaha
pembangunaninsan dan negara dari aspek dasar pendidikan di Malaysia sebelum dan selepas
kemerdekaan.3 Kesan dari aspek pembentukan perpaduan Perpaduan merupakan elemen penting
dalam pembentukan sebuah masyarakat yangpelbagai kaum di Malaysia. Jika diperhatikan
perbandingan yang jelas wujud dalam sistempendidikan sebelum dan selepas kemerdekaan dalam
pembentukan perpaduan etnik yangpelbagai iaitu Melayu, Cina dan India. Masyarakat majmuk di negara
ini mampu merencatkanperpaduan jika tidak ditangani dengan betul dan berhemah. Menurut Sanusi
Osman (1985)masalah sebenar yang kita hadapi bukan berpunca daripada berbagai kumpulan etnik
yang ada

9. di negara ini, tetapi yang lebih penting ialah perasaan perkauman dalam kalangan rakyat dinegara ini
terlalu dibesar-besarkan. Sejarah telah membuktikan sebelum mencapai kemerdekaan perpaduan sukar
dicapaikerana dasar pendidikan penjajah yang berbeza untuk setiap kaum di Malaysia pada ketika
itu.Setiap bangsa dibahagikan kepada kurikulum pendidikan yang berbeza. Melayu diajarkanteknik
penternakan dan pertanian di samping membaca, mengira dan menulis. Kaum Cinamengambil sistem
kurikulum dan guru dari negara China manakala kaum India, kurikulummereka berdasarkan Kod Buruh.
Pendidikan bersifat bebas yang diperkenalkan oleh Britishmenyebabkan perpaduan sukar dicapai. Dasar
pecah dan perintah yang diperkenalkan olehBritish juga melebarkan lagi jurang perpaduan antara
masyarakat dan akhirnya membawakepada tradegi hitam dalam sejarah negara iaitu rusuhan kaum 13
Mei 1969. Apabila Malaysia mencapai kemerdekaan kerajaan telah merangka beberapa pelandasar
pendidikan untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan rakyat yang berbilang kaum diMalaysia.
Kesedaran terhadap tragedi rusuhan kaum yang mampu membantutkan perpaduan,maka DEB telah
diperkenalkan untuk merapatkan jurang sosio-ekonomi masyarakat. Selain itu,kerajaan telah menggubal
Akta Pelajaran 1961 yang menggariskan Bahasa Melayu sebagaipengantar utama pada semua peringkat
pendidikan serta penggunaan kurikulum danpeperiksaan yang sama untuk semua pelajar. Di samping
itu, dasar pendemokrasianpendidikan dilaksanakan pada tahun 1962 dengan memberi pendidikan
percuma untuk semuapelajar. Dasar ini diperluas dengan perubahan dasar untuk melanjutkan
pendidikan universaldari 9 tahun kepada 11 tahun pada tahun1992. Kesamarataan dan peluang
pendidikan kepadasemua masyarakat yang diperkenalkan oleh kerajaan mampu membentuk perpaduan
yangutuh. Hal ini berdasarkan pendapat Azyumardi Azra (2006) yang menyatakan bahawapendidikan
yang tidak seimbang dan tidak memberi peluang kepada semua masyarakat untukmenonjolkan
kebolehan harus dilenyapkan kerana pendidikan seperti ini gagal dalammenjalankan fungsinya untuk
menyatupadukan rakyat. Jelaslah bahawa usaha dan tujuanpendidikan kita dalam membentuk
perpaduan kaum mempunyai perbezaan mengikut zamandari dahulu hingga kini.4 Kesan dari aspek
pembangunan modal insan Pembangunaan modal insan merupakan salah satu matlamat utama dalam
pendidikan.Menurut Becker (1987), modal insan ialah yang berkaitan dengan pengetahuan,
maklumat,idea-idea, kemahiran dan tahap kesihatan yang dimiliki oleh individu dalam menjalankan
tugas

10. dan tanggungjawab. Persoalannya, sejauh manakah pendidikan sebelum dan selepaskemerdekaan
memberi implikasi terhadap pembangunan modal insan? Pada peringkat awal,sistem pendidikan di
negara kita hanya berteraskan pendidikan oleh ibu bapa dan ahli keluarga.Sistem ini berdasarkan
konsep warisan. Ibu bapa akan mengajar segala kemahiran yangdimiliki kepada anak-anak. Oleh itu,
modal insan yang dilahirkan hanya mempunyai kemahiranyang diberikan oleh ibu bapa mereka.
Masyarakat tradisional ini juga menerapkan pendidikanagama dan menghantar anak-anak mereka ke
sekolah pondok dan madrasah. Kesedaran iniselaras dengan firman Allah yang bermaksud:“Sebenarnya
mereka yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah darikalangan hamba-hambaNya
hanyalah orang-orang yang berilmu”. (Surah Fatir, 28) Pendidikan semasa era penjajahan dilihat kurang
signifikan dalam membangunkanmodal insan. Hal ini disebabkan hala tuju dan falsafah pendidikan
Inggeris tidak memberipeluang kepada masyarakat Melayu khususnya untuk mengembangkan bakat
dan kebolehan.Selain itu, jenis pendidikan yang bersifat bebas menyebabkan terdapat perbezaan jurang
dalampendidikan yang akhirnya membantutkan pembangunan modal insan. Perbandingan yang jelas
dapat dilihat pada zaman pascamerdeka. Usaha dalammembangunkan insan dan negara pada ketika ini
lebih bercorak untuk membangunkan modalinsan. Hal ini selaras dengan ucapan YAB Dato‟ Seri
Abdullah Ahmad Badawi sempena HariPekerja (2000) menyeru rakyat berganding bahu agar pendidikan
negara mampu melahirkanmodal insan yang kekal relevan dengan kehendak industri dan pasaran
semasa serta mampubersaing di peringkat antarabangsa. Antara usaha-usaha yang berjaya melahirkan
modal insanadalah penubuhan universiti.Tujuan penubuhan universiti ini adalah untuk memberi
sumbangankepada negara mengeluarkan tenaga terlatih dalam beberapa bidang yang relevan,
khususnyabagi pembangunan modal insan yang mampu memberi sumbangan kepada masyarakat. Di
samping itu, kerajaan juga memperkenalkan j-QAF untuk memastikan pelajarmempunyai kemahiran
dalam tulisan jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardhu Ain untukmelahirkan insan yang cemelang
akademik dan sahsiah. Komitmen kerajaan untuk melahirkanmodal insan terserlah melalui pelancaran
PIPP yang mengariskan pembangunan modal insansebagai teras kedua untuk memperkukuhkan hala
tuju dan falsafah pendidikan negara.

11. 5 Kesan dari aspek membasmi kemiskinan Pendidikan merupakan langkah yang proaktif bagi
meningkatkan taraf hidup danmembolehkan individu keluar dari kepompong kemiskinan. Hal ini
dibuktikan melalui Duke(1985), Coombs dan Manzoor (1974) yang mengatakan bahawa cara yang
terbaik bagimenyerang dan membasmi kemiskinan ialah melalui pendidikan dan latihan.
Walaubagaimanapun, pembangunan insan di negara kita memperlihatkan perbandingan yang jelasdari
aspek membasmi kemiskinan antara sebelum dan selepas kemerdekaan. Pada era masyarakat
tradisional falsafah pendidikan yang diterapkan tidak mampuuntuk membasmi kemiskinan kerana
sistem pendidikan pada masa itu yang bersifat warisaniaitu anak-anak akan mewarisi pekerjaan ibu
bapa. Walau bagaimanapun, kehadiran pengajianagama Islam telah membuka minda masyarakat Tanah
Melayu pada masa itu tentang peripentingnya pendidikan seterusnya melonjakkan pembangunan insan
maju selangkah kehadapan. Namun kekangan yang dihadapi ialah sebelum abad ke-20 masih tiada
sistem danorganisasi pendidikan berbentuk formal dan sistematik di negeri-negeri Tanah Melayu.
Perubahan sistem pendidikan yang diperkenalkan oleh penjajah semakin memburukkankeadaan kerana
falsafah pendidikannya lebih bersifat bebas. Masyarakat Melayu khususnyamasih dihimpit kemiskinan
kerana sistem pendidikan penjajah yang tidak memberi peluangkepada masyarakat Melayu untuk
menonjolkan bakat. Menurut Sufean Hussin (1996) kegagalan pendidikan untuk berfungsi bagi
membasmikemiskinan pada era penjajahan disebabkan kurang kesedaran masyarakat Melayu ketika
ituperihal kepentingan celik huruf dan pendidikan disebabkan oleh dasar pendidikan penjajah.Selain itu,
tiada sistem pengangkutan yang baik dan kesempitan pemikiran orang Melayu ketikaitu menyatakan
bahawa hala tuju sekolah-sekolah kerajaan adalah untuk menyebarkan ideologisekular yang
bertentangan dengan ajaran Islam telah menghambat perkembangan pendidikan. Setelah mencapai
kemerdekaan, ketidakseimbangan dalam sosio-ekonomi masyarakattelah memaksa kerajaan
memperkenalkan DEB sekaligus untuk meningkatkan pendapatanBumiputera dan membasmi
kemiskinan tegar. Kebanyakan dasar kerajaan yang diperkenalkanadalah bertujuan untuk membantu
golongan miskin. Antaranya ialah memberi pinjaman bukuteks kepada pelajar berpendapatan rendah,
RMT, Akta PTPTN, pemberian one-off RM 120kepada murid sekolah rendah daripada keluarga miskin,
pengagihan KWAPM dan Skim BaucerTuisyen. Langkah ini membuktikan bahawa hala tuju pendidikan
pada era selepas merdekamenitikberatkan pembasmiaan kemiskinan bagi merealisasikan matlamat
kerajaan untukmencapai kemiskinan sifar menjelang tahun 2020.

12. 6 Kesan dari aspek pembangunan negara Dunia telah menyaksikan dan sejarah telah membuktikan
bahawa sejak zaman awalgenerasi manusia, ilmu memainkan peranan penting di dalam menentukan
jatuh bangunnyasesuatu tamadun. Justeru, pendidikan mempunyai peranan penting dalam
menentukanpembangunan sesebuah negara. Hal ini bertepatan dengan firman Allah SWT bahawa
manusiadan jin tidak akan dapat menguasai dunia dan seisinya melainkan dengan kekuasaan ilmu(Surah
Ar-Rahman, 33). Persoalannya sejauh manakah dasar dan corak pendidikan yang diamalkan di
Malaysiasama ada sebelum dan selepas kemerdekaan mampu memainkan peranannya
dalammembangunkan negara? Sorotan sejarah telah memaparkan bahawa dasar dan corak pendidikan
pada peringkatawalnya hanya bersifat tidak formal dan tidak mampu menjadi penggerak ke
arahpembangunan negara. Namun, setelah sistem pendidikan kolonial diperkenalkan tidak
dinafikanbahawa sistem ini telah mempengaruhi pembangunan negara yang masih dikuasai
olehpenjajah pada masa itu. Hal ini berdasarkan kepada sistem pendidikan kolonial telahmengurangkan
kadar buta huruf di tahap minimum. Pengurangan ini telah membantumembangunkan negara kerana
petani yang menerima pendidikan 4 tahun persekolahanrendah, lebih proaktif sebanyak 20.4% daripada
petani buta huruf. (Jamison dan Lan, 1982). Dasar dan corak pendidikan pascamerdeka mempunyai ciri-
ciri unggul yang mampuuntuk memartabatkan pembangunan negara. Pendidikan pada era ini
mempunyai kapasitiuntuk membasmi kemiskinan melalui hala tuju dan falsafah yang diperkenalkan oleh
kerajaaniaitu menyediakan pendidikan kepada semua anggota masyarakat tanpa mengira bangsa,agama
dan latar belakang. Selain itu, hasil pembelajaran akan membentuk pengetahuan,kemahiran, inovasi dan
nilai yang menjadi anjakan kepada pembangunan sumber tenaga yangmelonjakkan pembangunan
negara. Peningkatan pengetahuan ilmu seperti menguasaimaklumat, fakta, prinsip, konsep,
kepercayaan, kebiasaan, sikap dan kemahiran mampudijadikan asas kukuh dalam pembangunan negara
(Abdul Rahman Md. Aroff dan Zakaria Kasa,1994). Apabila dasar pembangunan insan dan negara telah
diterapkan dalam sistempendidikan, maka mampu meningkatkan kemahiran dan mengubah nasib
seseorang individu.Perubahan ini akan menjana peningkatan taraf hidup dan sosial masyarakat.
Peningkatan iniakan memberi impak positif terhadap ekonomi negara khususnya dalam peningkatan
gunatenaga yang akhirnya meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Lantaran itu,

13. sememangnya tidak dapat disangkal bahawa falsafah dan hala tuju pendidikan yang
terancangmemainkan peranan penting dalam membangunkan insan dan negara dari segi ekonomi,
politikdan sosial.Penutup Kesimpulannya, proses pembangunan insan dan negara telah mengalami
perubahandemi perubahan mengikut zaman dalam usaha untuk memartabatkan sistem
pendidikansebagai agen ke arah pembangunan masyarakat. Oleh itu, pendidikan yang
berorientasikanfalasafah untuk melahirkan insan yang berjiwa besar dan seimbang dari segi jasmani,
emosi,rohani dan intelek akan menentukan hala tuju pembangunan negara di masa hadapan. Justeru,di
dalam menguruskan pembangunan insan untuk membentuk masyarakat madani bagikelangsungan
sebuah negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang, kita seharusnya bangkitdari mimpi indah dan
sedar bahawa sudah tiada masa untuk kita terus beretorika, bertegangleher dan berkering tekak
memperdebatkan sesuatu isu tanpa pengaplikasian resolusi untukmenjadi realiti. Ingatlah, jatuh
bangunnya generasi akan datang adalah impak terbesar darigenerasi yang beraksi di masa ini. Akhirnya,
marilah kita bersama-sama merenung firman Allah yang bermaksud; “Tidaksepatutnya bagi orang-orang
yang berilmu itu pergi semuanya (ke medan perang).Mengapatidak pergi bagi tiap-tiap golongan di
antara mereka beberapa orang untuk mendalamipengetahuan mereka tentang agama dan untuk
memberi peringatan kepada kaumnya apabilamereka telah kembali kepada mereka, supaya mereka itu
mendapat memelihara diri mereka.”( Surah at-Tawbah, 122 ). Sesungguhnya pendidikan berkesan
tunjang ke arah pembentukannegara maju.
PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA SELEPAS KEMERDEKAAN HINGGA KINI.

Sebelum berlakunya kemerdekaan di Tanah Melayu sistem pendidikan di negara ini masih lagi berpecah
dan berlaku perbezaan kaum dalam kalangan masyarakat Malaysia. Pada masa tersebut wujud lima
jenis sistem persekolahan iaitu sekolah agama, sekolah melayu, sekolah cina, sekolah tamil dan sekolah
Inggeris. Manakala lokasi setiap sekolah tersebut terpisah antara satu sama lain, sekolah-sekolah
melayu di pertempatkan di desa, sekolah india di ladang, dan sekolah cina di kawasan perlombongan.
Seterusnya bahasa pengantar setiap sekolah juga berbeza. Jelas hal ini menunjukkan sistem-sistem
persekolahan seperti ini menjejaskan perpaduan rakyat di Tanah melayu. Keadaan ini menunjukkan
tidak akan belaku interaksi antara pelajar-pelajar melayu, cina dan india . Lantaran itu perpaduan tidak
dapat dipupuk dalam kalangan pelbagai kaum. Selain itu,kaum cina dan india hanya dapat berinteraksi
apabila masuk ke sekolah Inggeris manakala kaum melayu tidak terlibat kerana sekolah Inggeris
majority dalam kalangan cina dan india.

Dengan itu, dapatlah disimpulkan bahawa semasa sebelum berlakunya merdeka pihak British tidak
berminat untuk membangunkan rakyat di Tanah Melayu pada ketika itu, mereka hanya berminat untuk
memilik hasil bumi di Tanah melayu. Selain itu, pihak British juga membiarkan sahaja sekolah-sekolah
ini ditubuhkan berdasarkan kurikulum yang pelbagai jenis dan membiarkan wujudkan perbezaan
perkauman. Pihak British juga tidak pernah berusaha untuk mewujudkan satu sistem pendidikan tuggal
yang boleh memupuk perpaduan kaum dalam kalangan rakyat Tanah Melayu.

Tetapi, selepas berlakunya kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 Tanah Melayu dikenali sebagai Malaysia
dan turut berlaku perubahan yang besar dalam sistem pendidikan. Matlamat utama perubahan sistem
pendidikan di Malaysia ialah mewujudkan pendemokrasian pendidikan.

2.0 Hala tuju Pendidikan selepas merdeka.

Selepas berlakunya kemerdekaan kerajaan Malaysia menyedari bahawa pendidikan Negara perlu
dipertingkatkan agar dapat menaikan nama negara ke mata dunia. Selain itu bagi menghadapi cabaran
globalisasi kerajaan mengorak langkah dengan membentuk kurikulum yang sesuai untuk sistem
pendidikan negara. Perubahan dalam sistem pendidikan negara mengikut peringkat-peringkat
perubahan pascamerdeka iaitu era 1957-1970, era 1971-1990, era 1991-2000 dan era 2001-2010.

a) Era 1957-1970

Semasa era 1957 Ordinan 1957 telah dibentuk bagi memantapkan halatuju pendidikan. Ordinan ini
mencakupi peraturan-peraturan pelajaran (disiplin sekolah) 1959. Perancangan pendidikan dirangka
untuk semua kaum dalam masyarakat dan juga meliputi semua aspek perkembangan pendidikan
Malaysia.

Seterusnnya atas kesedaran ingin mengembangkan pendidikan negara kerajaan telah merangka Laporan
Rahman Talib,1960 iaitu mencadangkan Bahasa Melayu dijadikan mata pelajaran wajib selain Bahasa
Inggeris. Kesan dari Laporan Rahman Talib, 1960 telah menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi
dan sebagai bahasa pengantar utama pada semua peringkat pendidikan serta menjadikan kurikulum dan
peperiksaan yang sama kepada semua pelajar. Melalui laporan Rahman Talib 1960 Bahasa melayu di
ajar mulai darjah satu di semua jenis sekolah rendah dan meletakan syarat lulus dalam mata pelajaran
bahasa melayu bagi calon-calon ke sekolah menengah dan pusat latihan guru. Selain itu, kesan dari
kesedaran itu kerjaan telah mengambil keputusan dengan memberikan insentif kepada guru-guru
supaya mendapat kelulusan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Dari hal itu, Akta Pelajaran 1961
telah dibentuk agar mampu melonjakan bidang pendidikan di negara ini.

Rentetan dari Akta Pelajaran 1961 pada tahun 1962 semua pelajar mendapat pendidikan
percuma ia bertujuan untuk membantu semua rakyat yang miskin dan juga rakyat yang kaya kerana
semua orang mendapat hak pendidikan. Seterusnya pada tahun 1964 dasar pendidikan telah memberi
peluang kepada pelajar untuk mendapatkan hak pendidikan selama 9 tahun dari darjah 1 hingga
tingkatan 3. Lebih-lebih lagi pada masa yang sama Rancangan Malaysia Pertama telah diperkenalkan
iaitu pada 1966 hingga 1970 yang mengutamakan kebajikan rakyat dan meningkatkan taraf pendidikan
penduduk di kawasan luar bandar terutamanya dalam kalangan mereka yang berpendapatan rendah.

Kesimpulanya, dapat dilihat disini era 1957-1970 lebih kepada penyatuan semua kaum dengan
menggunakan Bahasa Melayu sebagai mata pelajaran yang wajib diambil oleh pelajar untuk
memudahan interaksi antara kaum. Selain itu, dengan adanya Falsafah Pendidikan yang
bermatlamatkan sama rata dengan tidak menyisihkan kaum, darjat dan agama dapat membantu dalam
meningkatkan lagi perkembangan pendidikan di Malaysia pada masa ini, kesan yang dapat dilihat pada
era ini menunjukkan bahawa pendidikan pada masa ini membawa kepada anjakan paradigma yang
proaktif dalam sistem pendidikan.

b) Era 1971-1990

Pada masa ini dikenali sebagai zaman ekonomi baru iaitu kerajaan telah memperkenalkan Dasar
Ekonomi Baru (DEB) selepas berlaku rusuhan kaum pada 13 Mei 1969. Rentetan dari peristiwa ini telah
memberikan impak yang besar pada sistem pendidikan. Oleh itu, kerajaan telah meningkatkan usaha
untuk mengurangkan jurang sosio-ekonomi antara kaum. Disamping itu, bagi mengelakkan kecelaruan
antara kaum Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar dan kerajaan membuat semakan
terhadap Dasar Pelajaran Kebangsaan 1979 dan membuat pembaharuan bagi meningkatkan kualiti
pendidikan negara.

Seterusnya usaha kerajaan bagi meningkatkan pendidikan negara telah banyak memberi kesan kepada
rakyat yang tidak berkemampuan. Hal ini kerana kebajikan golongan miskin dalam pendidikan
ditingkatkan lagi dengan melaksanakan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT). Selain itu, kerajaan juga
melaksanakan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) bertujuan untuk membantu golongan pelajar yang
kurang berkemampuan mendapat makanan seimbang. Usaha ini menunjukkan bahawa kerajaan tidak
meninggalkan golongan miskin.

Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) telah diperkenalkan pada tahun 1982 sebagai peringkat
percubaan. Kemudian diteruskan dengan melaksanakan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
(KBSM) pada tahun 1988 apabila murid yang berada dalam KBSR masuk ke sekolah menengah. Melalui
KBSR sistem pendidikan Negara dibaik pulih dengan adanya komponen-kompenen yang terdapat dalam
KBSR seperti kemahiran 3M, kemahiran berfikir, nilai merentas kurikulum, patriotisme, Bahasa Melayu
merentas Kurikulum. KBSR lebih kepada perkembangan individu murid-murid digalakan untuk
mengambil muzik, lukisan dan aktiviti-aktiviti penulisan. Oleh itu, satu kajian tentang penilaian
pencapaian KBSR ini telah dijalankan oleh Kementerian Pendidikan dengan Universiti Sains Malaysia
pada tahun 1982. Laporan Fasa I (1988) kajian tersebut menunjukkan bahawa taraf penguasaan murid-
murid dalam 3M ini adalah lebih tinggi apabila dibandingkan dengan murid-murid yang mengikuti
kurikulum lama. Murid-murid KBSR berjaya menguasai kemahiran belajar seperti menyoal, berbincang
dan mengeluarkan pendapat . Sebilangan besar murid juga telah menguasai kemahiran belajar yang
lebih kompleks lagi seperti memberikan idea.

Walau bagaimanapun kesan KBSR ini kepada guru ialah ketidaksediaan guru untuk menghadapinya.
Kebanyakan guru dibawah KBSR dibebani dengan tugasan yang berat kerana terpaksa mengendalikan
bilik darjah yang besar dan mempunyai 40 orang murid. Selain itu, guru-guru juga telibat dalam
penyimpanan rekod dan akhirnya guru-guru hanya mementingkan fail-fail sebelum murid-murid.
Keadaan ini telah membawa impak sampai ke hari ini dimana guru-guru dibebani dengan sistem fail
yang berbagai-bagai.

Kemudian dalam era ini juga Falsafah Pendidikan Negara (FPN) telah diperkenalkan lebih kearah
membentuk modal insan dan menjadikan rakyat Malaysia warganegara baik dengan menjadikan insan
yang percaya dan patuh kepada tuhan, berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, serta
memiliki sahsiah seimbang dan sepadu sepertimana apa yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan
Negara pada tahun 1987. Kesan dari FPN yang telah diperkenalkan sistem pendidikan negara lebih
nampak jelas sehingga sekarang kerana hala tuju pendidikan kebanyakannya merujuk kepada FPN iaitu
lebih ke arah untuk melahirkan insan yang cemerlang dari segi Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial
(JERIS). Melalui penambahbaikan yang dijalankan mengakibatkan sistem pendidikan di negara kita
semakin hari semakin bersistematik. Dengan adanya FPN matlamat untuk menjadikan negara di
Malaysia makmur dan masyarakat majmuk yang sejagat dapat direalisasikan.

c) Era 1991-2000

Pada era 90an ini memperlihatkan Negara telah melangkah ke era pembangunan yang pesat bagi
memastikan Negara mencapai kemajuan Negara dengan terancang iaitu melalui RMK6 dari tahun 1991-
1995 dan RMK7 1996-2000. Oleh itu kerajaan juga telah memperkenalkan Dasar Pembangunan Negara
yang mempunyai pengetahuan tentang tujuan, rasional, konsep, perlaksanaan dan kesan-kesan
pembangunanan melalui Dasar Pembangunan Nasional, Dasar bersih,cekap dan amanah dan pelan
integrati Nasional.

Dasar Pembangunan Nasional DPN menetapkan satu langkah ke arah membolehkan Malaysia mencapai
taraf sebuah negara yang maju dalam semua segi iaitu dari segi keadilan sosial, nilai, etika dan moral,
kestabilan politik, kualiti hidup, kecekapan pentadbiran kerajaan, dan kecemerlangan ekonomi.
Manakala Dasar bersih cekap dan amanah pula adalah bertujuan untuk Bagi mewujudkan satu etika
kerja dan sikap berkhidmat yang baru bagi rakyat Malaysia dengan memberi keutamaan kepada
peningkat hasil (productivity) dan mutu kerja. Seterusnya Pelan Integrasi Nasional (PIN) bertujuan untuk
menanam dan memupuk budaya etika dan integriti di kalangan semua lapisan masyarakat Malaysia

Seterusnya pada tahun 1992 kerajaan telah memperkenalkan pendidikan umum selama 11 tahun iaitu
setiap daripada rakyat Malaysia diwajibkan untuk mengikuti sesi persekolahan bermula dari tahun 1
sehinggalah ke tingkatan 5. Kemudia kerajaan telah memurnikan Kurikulum Baru Sekolah Rendah
kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Ia mampu untuk meningkatkan hala tuju pendidikan di
masa akan datang.

Selain itu, pada era ini dapat diperlihatkan perubahan yang pesat dalam pembangunan dunia pendidikan
melalui falsafah dan hala tuju pendidikan Negara. Kerajaan juga telah meningkatkan perundangan bagi
melancarkan pembangunan pendidikan melalui penggubalan undang-undang dan Pindaan Akta
contohnya seperti Akta Pelajaran 1961 dengan mengantikan kepada Akta Pendidikan Tinggi Negara
1996 iaitu membolehkan penubuhan sebuah majlis yang bertujuan untuk menentukan dasar dan
menyelaraskan pebangunan Pendidikan Tinggi. Mewujudkan Akta Lembaga Akredasi Negara (LAN) 1996
bagi memastikan tahap pendidikan dengan jaminan kualiti tinggi dan kawalan mutu pendidikan
terpelihara dalam pendidikan swasta. Seterusnya Akta PTPTN (Pindaan 2000) iaitu membenarkan
pinjaman kepada pelajar di Institut Pengajian Tinggi dan swasta.

Kesimpulanya, pada era ini dapat dilihat disini pembangunan negara banyak mengalami perubahan bagi
mencapai hala tuju pendidikan agar lebih cemerlang dan tebilang di masa hadapan.

d) Era 2001-2012

Pada abad ini pembangunan pendidikan negara mengalami trasformasi yang banyak untuk menghadapi
cabaran globalisasi iaitu menghadapi dunia tanpa sempadan telah menyebabkan Malaysia mesti
mewujudkan strategi untuk pembangunan pendidikan dalam aspek politik, ekonomi dan sosial.
Kerajaan telah membuat penambahbaikan bagi meneliti semula projek dan program yang telah
dirancang bagi mencapai apa yang terkandung dalam Falsafah Negara iaitu untuk melahirkan
warganegara yang berilmu pengetahuan dalam bidang teknologi dan berkemahiran serta berakhlak
mulia. Banyak perubahan yang dilakukan oleh kerajaan bagi meningkatkan pembangunan dalam
pendidikan pada abad ke-21 ini dan juga memperhebatkan perundangan, dasar dan program utama ia
memberikan impak yang besar kepada Negara antaranya seperti berikut:-

i. Pada tahun 2003, Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris
(PPSMI) diperkenalkan (Keputusan Jemaah Menteri, 2002) dan Bayaran Insentif Subjek Pendidikan (BISP)
turut diperkenalkan. Walau bagaimanapun perlaksanaannya tidak dapat menunjukkan hasil yang
memberangsangkan apabila Laporan Trends in Mathematics Science Study (TIMSS) tahun 2007
menunjukkan bahawa pencapaian murid Malaysia merosot dari tempat ke10 pada tahun 2003 ke 20
manakala bagi Matematik dan mata pelajaran Sains dari tempat ke 20 pada tahun 2003 ke 21 pada
tahun 2007. Kemudian berlaku jurang pencapaian antara sekolah bandar dan luar bandar dalam mata
pelajaran Sains dan Matematik semasa perlaksanaan PPSMI. Rentetan dari itu kerajaan telah
memansuhkan PPSMI dan digantikan dengan Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan
Bahasa Inggeris (MBMMBI). Dengan perlaksanaan MBMMBI ini dapat dilihat akan usaha kerajaan untuk
memartabatkan semula bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan yang menjadi alat perpaduan dan
bahasa hubungan utama selaras dengan perkara yang termaktub dalam perkara 152, Perlembagaan
Malaysia dan juga Akta Pendidikan 1996 yang menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

ii. Program j-QAF diperkenalkan pada tahun 2005 dan diperluaskan pada tahun 2006 bagi
memastikan murid Islam menguasai Jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardhu Ain apabila tamat sekolah
rendah (Keputusan Jemaah Menteri, 2003). Melalui j-Qaf ini dapat dilihat ia adalah salah satu usaha
kerajaan bagi meningkatkan kembali huruf jawi yang telah hilang lapuk dek zaman.

iii. Pada tahun 2006 aktiviti kokurikulum diperbaiki dengan penambahan peruntukan per kapita
pelajar daripada RM2.50 kepada RM10 untuk sekolah rendah dan RM12 untuk sekolah menengah
(Keputusan Jemaah Menteri, 2005). Di samping itu, aktiviti kokurikulum dijadikan syarat kelayakan ke
IPTA mulai 2006 (Keputusan Jemaah Menteri, 2005)

Pada era ini juga, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 (PIPP) diperkenalkan untuk
memartabatkan hala tuju dan falsafah pendidikan di negara Malaysia. Antara yang termaktub dalam
PIPP ialah berdasarkan kepada enam teras iaitu membina negara bangsa, membangunkan modal insan,
memperkasakan sekolah kebangsaan, merapatkan jurang pendidikan, memartabatkan profesion
keguruan dan melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan. Pada peringkat ini hala tuju pendidikan
negara lebih bersifat untuk melahirkan masyarakat yang mampu bersaing di peringkat global
berdasarkan kepada falsafah pendidikan yang dicanangkan dalam sistem pendidikan di Malaysia.

Keberkensanan PIPP telah diakui oleh Delegasi Mesyuarat Lembaga Eksekutif Pertubuhan
Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) ke-179 terutama bagi
mengurangkan jurang pendidikan bandar dan luar bandar. Bersesuaianlah dengan matlamat Negara
iaitu meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar.
Demi menghadapi cabaran wawasan 2020 iaitu untuk mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak
ansur. Oleh itu, rakyat Malaysia pelbagai kaum bebas mengamalkan adat, kebudayaan dan kepercayaan
agama mereka dan pada masa yang sama meletakkan kesetiaan mereka kepada satu negara dan demi
mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif. Kerajaan telah mewujudkan sekolah wawasan untuk
meningkatkan perpaduan. Kemudian kerajaan menubuhkan Sekolah Bestari dan Kluster pada tahun
2010 bertujuan untuk melatih pelajar-pelajar pandai dalam teknologi terkini untuk melahirkan generasi
yang mampu menghadapi wawasan 2020. Walau bagaimanapun kejayaan dalam penubuhan Sekolah
Bestari ini masih tidak kesampaian di seluruh negara kerana hanya berjaya dilaksanakan di beberapa
kawasan sahaja.

Kemudian, kerajaan menukar KBSR kepada Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).
Penubuhan KSSR adalah berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang, berfikiran kreatif, kritis dan
inovatif melalui tunjang-tunjang komunikasi, sains dan teknologi, perkembangan fizikal dan estetika,
keterampilan diri, kemanusiaan dan kerohanian, sikap dan nilai.

Kurikulum Standard Sekolah Rendah berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Dasar
Pendidikan Kebangsaan. KSSR mengambil kira cabaran abad ke-21, Model Baru Ekonomi (MBE) dan
teori pembelajaran terkini. KSSR juga mengguna pakai empat tonggak pendidikan UNESCO, iaitu belajar
untuk mengetahui (learning to know), belajar untuk bertindak (learning to do), belajar untuk hidup
bersama (learning to live together) dan belajar untuk membentuk peribadi (learning to be). Impak
kepada perubahan ini hanya akan dilihat di masa hadapan. Apa yang perlu dilakukan sekarang guru-
guru mestilah lebih bersedia untuk menghadapi perubahan ini. Selain itu, guru-guru perlu
meningkatkan daya kreativiti dan inovasi masing-masing demi menghadapi perubahan kurikulum dan
menghadapi dunia globalisasi untuk cabaran wawasan 2020.

3.0 KESIMPULAN

Kesimpulanya, sistem pendidikan di Malaysia banyak berlaku perubahan dari semasa ke semasa.
Pelbagai usaha kerajaan demi menghadapi 9 cabaran wawasan 2020 dan demi menghadapi dunia
globalisasi. Selain itu, biarpun kerajaan menjalankan pelbagai usaha peranan Falsafah Negara sebagai
tunggak dasar pendidikan dan tidak pernah lupakan. Oleh itu, banyak impak yang diperolehi kesandari
pembangunan dan peningkatan mutu pendidikan sama ada ia bersifat positif atau sebalik. Walau
bagaimanapun ia adalah satu usaha kerajaan demi memantapkan sistempendidikan agar negara
Malaysia mampu bersaing dengan negara-negara maju dan juga negara yang membangun. Oleh itu,
pelbagai pihak perlu mengambil peranan dan saling bekerjasama dalam memantapkan lagi sistem
pendidikan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah pendidikan Guru khususnya
bagi para guru kerana guru-guru merupakan tonggak utama sebuah sistem pendidikan itu berjalan
dengan lancar.
SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA DAN PERPADUAN KAUM 1.0 KONSEP MASYARAKAT DI MALAYSIA

Menurut Kamus Dewan, masyarakat merupakan kumpulan manusia yang hidup bersama di sesuatu
tempat dengan aturan dan cara tertentu. Kebudayaan tidak wujud tanpa adanya masyarakat.Manusia
merupakan anggota masyarakat yang bertanggungjawab mencipta, mengubah, menokok dan
melestarikan budaya, menurunkannya dari generasi ke generasi untuk jutaan tahun dalam peradaban
manusia sedunia. Proses mewariskan budaya generasi yang menurunkan budaya dan generasi yang
menerima budaya. Kita perlu memahami konsep masyarakat kerana untuk kelangsungan hidup, tiada
pilihan lain melainkan hidup secara bermasyarakat. Memahami cara hidup bermasyarakat dengan
memahami budaya masyarakat sendiri dan kaum lain dan memupuk kerjasama dalam masyarakat
sendiri dan lain. Sebab perlu memahami konsep masyarakat dengan lebih jelas dan faham bahawa
manusia demi kelangsungan hidup tiada pilihan lain selain hidup bermasyarakat. Manusia mesti faham
sebaik mungkin cara hidup bermasyarakat. Memahami budaya masyarakat sendiri dan masyarakat lain
terus memupuk kerjasama dalam masyarakat sendiri dan dengan masyarakat lain. Mengetahui ciri dan
sifat masyarakat kerana masyarakat adalah sesuatu yang dinamik. Bangsa idaman berteraskan
hubungan etnik yang harmonis dapat diukur berpandukan 3 perspektif utama iaitu kenegaraan,
kewarganegaraan dan kebangsaan. Semangat ini perlu ditanam dan dipupuk dalam diri rakyat demi
memastikan keutuhan negara sebagai sebuah kumpulan social dapat ditanam melalui simbol-simbol
keutuhan negara seperti bendera Malaysia, lagu kebangsaan dan Rukun Negara Malaysia.
Kewarganegaraan bangsa Melayu, Cina, India dan lain-lain dapat disatukan melalui kewarganegaraan
yang sama iaitu warganegara Malaysia. Kebangsaan dapat ditonjolkan melalui kebudayaan kebangsaan
yang merupakan penggerak dalam menyemarak dan menguatkan semangat kebangsaan. Ini merupakan
batu asas dalam pembentukan sebuah bangsa Malaysia.

Hubungan antara ketiga-tiga aspek ini adalah bertimbal balik kerana masing-masing saling menyokong
dan menguatkan antara satu sama lain. Kebudayaan merupakan keseluruhan cara hidup manusia.
Penting dalam proses pembangunan negara di Malaysia di mana keperibadian Malaysia harus dipupuk
dalam usaha-usaha yang dijalankan ke arah meningkatkan pembangunan sosioekonomi dan politik.
Memerlukan penggemblengan dan penglibatan semua lapisan masyarakat dalam satu proses yang
berterusan. Kebudayaan Kebangsaan adalah penting bagi sesebuah negara membangun dan yang
mempunyai penduduk berbilang kaum seperti Malaysia. Dasar ini nanti akan dapat menjadi garis
panduan dalam membentuk, mewujud dan mengekalkan identiti negara di kalangan dunia
antarabangsa. Peranannya melahirkan proses interaksi, pengenalan, penyerapan dan penerimaan
pelbagai unsur-unsur yang sesuai kepada kebudayaan asas rantau ini dari pelbagai unsur-unsur
kebudayaan dunia. Sistem Ekonomi Duaan /Dualisme ekonomi. Perkembangan sistem ekonomi moden
dan ekonomi tradisional tidak seimbang. Sistem pendidikan Sekolah Inggeris, sekolah Melayu, sekolah
Cina dan sekolah Tamil. Hubungan kaum baik dalam

konteks “bercampur tetapi tidak bersatu”.Sistem pendidikan kebangsaan dibentuk

berasaskan keseragaman kurikulum, sukatan mata pelajaran dan orientasi berteraskan kepada laporan
Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib. Matlamat utama untuk menyatukan kanak-kanak daripada
pelbagai etnik di bawah satu sistem pendidikan kebangsaan dengan menggunakan satu bahasa tunggal
(Wan Hashim,1983). Akta Pendidikan 1957 bersetuju di atas prinsip sekolah pelbagai aliran dan
pengajaran dalam bahasa ibunda masing-masing dibenarkan. Bahasa Melayu telah diiktiraf sebagai
bahasa kebangsaan, maka sekolah Cina dan Tamil wajib mengajar Bahasa Melayu sebagai satu daripada
matapelajaran pendekatan dalam matapelajaran sejarah, geografi dan buku teks lain mestilah berteras
Malaysia dan bukannya berteraskan negara China dan India (John Lowe,1960).

2.0 PENDIDIKAN ASAS PERPADUAN DI MALAYSIA

Malaysia sememangnya terkenal dengan keharmonian penduduk berbilang kaumnya yang hidup aman
dan damai. Kaum yang terdapat di Malaysia ialah Melayu, Cina, India dan 27 etnik lain Di kawasan Sabah
dan Sarawak. Kepelbagaian kaum di Malaysia ini amat unit di bawah satu kerajaan dan pentadbiran
serta dasar yang menyatupadukan semua rakyat di negara ini untuk kestabilan yang berterusan. Oleh
itu, pelbagai dasar kerajaan telah dan akan dijalankan dalam menjayakan misi negara ini. Perpaduan
merupakan satu proses yang menyatupadukan anggota masyarakat dan negara keseluruhannya melalui
ideologi negara di mana setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama
serta satu perasaan kebangsaan bersama dalam kalangan mereka. Perpaduan memainkan peranan
penting dalam memacu kestabilan dan kemajuan negara. Sejak, sebelum dan selepas merdeka lagi,
kerajaan telah memupuk semangat perpaduan dalam memakmurkan negara kita. Pelbagai dasar telah
dijalankan untuk mencapai proses perpaduan ini. Tanpa perpaduan, kemajuan negara yang ingin dicapai
untuk Wawasan 2020 tidak mungkin akan menjadi kenyataan kerana kerjasama diperlukan untuk
menjana kemajuan dan mengekalkan perpaduan sedia.

3.0 DASAR PERPADUAN DAN EVOLUSI PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Dalam membentuk perpaduan kaum, kerajaan telah menjalankan dasar perpaduan supaya rakyat
Malaysia menjadikan dasar ini sebagai pegangan mereka dalam mencapai perpaduan kaum yang
harmoni. Dasar perpaduan boleh dicapai melalui dua cara iaitu:

1. Dasar Pendidikan : Falsafah Pendidikan Kebangsaan 2. Akta Bahasa Kebangsaan: Perkara 152
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 3. Dasar Kebudayaan Kebangsaan 4. Sukan Sebagai
Alat Perpaduan

Anda mungkin juga menyukai