Ramly
Ramly
Diasaskan pada tahun 1984 dan dimiliki sehingga kini oleh Dato' Haji Ramly B. Mokni
dan Datin Hajjah Shala Siah Bt. Abdul Manap dari cetusan idea dan hasrat murni untuk
mengeluarkan produk yang halal, bersih dan bermutu. Kini syarikat ini telah mempunyai
kilang pemerosesan di Taman Perindustrian IKS, Mukim Batu, Kuala Lumpur dengan
menawarkan peluang pekerjaan daripada pengurusan, pengeluaran hinggalah ke
pemasaran produk. Produk berjenama RAMLY kini begitu unggul di pasaran Malaysia
dan di persada antarabangsa.
ALAMAT
Lot 35, Persiaran Mewah,
Kawasan Perindustrian Bandar Tun Razak,
Cheras, 56000 Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel: 603-9172 6617
Fax: 603-9172 1222
Objektif syarikat
menyediakan pilihan makanan segera halal kepada umat Islam
dan masyarakat secara umumnya
JENIS PRODUK
Burger Ayam dan Burger Lembu
Burger Ayam Ramly yang pertama dikeluarkan ialah dalam tahun 1979 dan ia adalah salah
satu produk pertama yang dikeluarkan oleh Ramly.
Ramuan Burger Ayam: Daging Ayam, Protein Kacang Soya, Rempah dan Garam.
Mengandungi Bahan Perisa dan Kondisioner Makanan yang dibenarkan.
Ramuan Burger Lembu: Daging Lembu, Protein Kacang Soya, Rempah dan Garam.
Mengandungi Bahan Perisa, Pewarna dan Kondisioner Makanan yang dibenarkan.
Cara Menyimpan: Simpan Sejukbeku Pada -18°C
Saiz Pek: 420g, 360g & 300g
Ramuan Koktel Ayam: Daging Ayam, Protein Kacang Soya, Kanji Jagung Terubahsuai dan
Rempah. Mengandungi Bahan Penambah Perisa (E450,E451,E452) dan Pengawet
Makanan (E250, E252) yang dibenarkan.
Ramuan Koktel Lembu: Daging Lembu, Protein Kacang Soya, Kanji Jagung Terubahsuai
dan Rempah. Mengandungi Bahan Penambah Perisa (E450,E451,E452), Pewarna dan
Pengawet Makanan (E250, E252) yang dibenarkan.
Cara Menyimpan: Simpan Sejukbeku Pada -18°C
Saiz Pek: 340g, 1kg
Nuget
"Nuget Ayam Salutan Tempura" telah mendapat Anugerah Khas - Anugerah Produk
Cemerlang anjuran Jabatan Perkhidmatan Veterinar di MAHA 2008.Nuget Daging Ramly
merupakan perintis kepada nuget daging di Malaysia dan hanya Ramly yang menjual nuget
lembu di Malaysia.
Ramuan Nuget Lembu: Daging Lembu, Protein Soya, Minyak Sayuran, Tepung Gandum,
Tepung Jagung, Rempah dan Garam. Mengandungi Kondisioner Makanan dan Bahan
Penambah Perisa yang dibenarkan.
Ayam Goreng
Ramuan Kepak Ayam: Bahagian Kepak Ayam, Minyak Sayuran, Tepung Gandum, Tepung
Jagung, Rempah dan Garam. Mengandungi Kondisioner Makanan dan Bahan Penambah
Perisa yang dibenarkan.
Ramuan Ayam Goreng: Bahagian Ayam, Minyak Sayuran, Tepung Gandum, Tepung
Jagung, Rempah dan Garam. Mengandungi Kondisioner Makanan dan Bahan Penambah
Perisa yang dibenarkan.
Cara Menyimpan: Simpan Sejukbeku Pada -18°C
Saiz Pek: 1kg
Alaskan Pollock
Daging Kisar
Daging Ayam Kisar dan Daging Lembu Kisar Ramly sangat sesuai digunakan untuk
membuat kuah Spegetti, Pai Ayam, Sheppeard Pie, Kuih Cara Berlauk, Murtabak, Roti John
dan Pizza.
Ramuan Daging Ayam Kisar: Daging Ayam
Ramuan Daging Lembu Kisar: Daging Lembu
Cara Menyimpan: Simpan Sejukbeku Pada -18°C
Saiz Pek: 400g, 800g
Ramuan Roti Burger: Tepung Gandum, Ragi Garam, Gula, Minyak Sayuran dan
Mengandungi Kondisioner Makanan yang dibenarkan.
Saiz Pek: 1 pek x 10 biji, 1 pek x 40 biji
Ramuan Roti Frankfurter: Tepung Gandum, Ragi Garam, Gula, Minyak Sayuran dan
Mengandungi Kondisioner Makanan yang dibenarkan.
Saiz Pek: 1 pek x 10 biji