Anda di halaman 1dari 22

Topik  Pengertian

2 Aqidah dan
Kepentingannya
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menjelaskan pengertian akidah dari segi etimologi dan
terminologi;
2. Menyatakan ciri-ciri akidah Islam;
3. Menerangkan sumber-sumber akidah Islam; dan
4. Menyatakan kepentingan akidah dalam kehidupan.

 PENGENALAN
Apabila disebut perkataan ÂaqidahÊ, lazimnya orang dapat memahami bahawa ia
berkait dengan pegangan kepercayaan seseorang terhadap sesuatu agama sama
ada ia agama yang benar ataupun palsu. Masih ramai orang yang belum betul-
betul memahami apakah maksud sebenar pengertian aqidah, ciri-ciri dan
sumbernya berdasarkan pandangan Islam.

Begitu juga dengan kepentingan aqidah dalam kehidupan manusia. Dalam topik
ini, kita akan membincangkan pengertian aqidah dari segi etimologi dan
terminologi, ciri-ciri aqidah Islam dan sumbernya serta kepentingan aqidah
dalam kehidupan manusia. Apabila kita memahami hal-hal seperti ini, kita akan
mendapat gambaran yang jelas tentang tasawur aqidah dan kepentingannya
dalam kehidupan manusia.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


16  TOPIK 2 PENGERTIAN AQIDAH DAN KEPENTINGANNYA

SEMAK KENDIRI 2.1

Apakah yang anda faham tentang maksud perkataan ÂaqidahÊ ?

2.1 PENGERTIAN AQIDAH DARI SEGI BAHASA


DAN ISTILAH
Berikut akan dijelaskan maksud perkataan ÂaqidahÊ dari segi bahasa dan istilah.
 
Dari segi bahasa, perkataan ÂaqidahÊ dalam penggunaan bahasa Melayu
bermaksud Âkepercayaan dan keyakinanÊ (Kamus Dewan, 1991) dan dari segi
etimologinya, perkataan aqidah merujuk kepada perkataan `aqada yang
bermaksud Âikatan kemasÊ atau Âsimpulan matiÊ. Makna literal ini melambangkan
adanya unsur-unsur makna semacam kekuatan dan keyakinan (Zakaria & Mat
Asin, 2001:102). Makna ini boleh diteliti dalam Firman Allah S.W.T berikut:

$yϑÎ/ Νà2ä‹Ï{#xσム⎯Å3≈s9uρ öΝä3ÏΖ≈yϑ÷ƒr& þ’Îû Èθøó¯=9$$Î/ ª!$# ãΝä.ä‹Ï{#xσムω

( z⎯≈yϑ÷ƒF{$# ãΝ›?‰¤)tã

 
Maksudnya:
 
„Allah tidak menghukum kamu disebabkan sumpah-sumpahmu yang tidak
dimaksud (untuk bersumpah), tetapi dia menghukum kamu disebabkan
sumpah-sumpah yang kamu sengaja‰
Al-MaÊidah (5): 89)
 
Dari segi istilah, Abu Bakr Jabir al-JazaÊiri (al-JazaÊiri, t.t., 23) menjelaskan
pengertian aqidah dengan makna istilah secara yang lebih terperinci seperti
berikut:

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 PENGERTIAN AQIDAH DAN KEPENTINGANNYA  17

‫ ﻳﻌﻘﺪ‬،‫ ﻭﺍﻟﻔﻄﺮﺓ‬،‫ ﻭﺍﻟﺴﻤﻊ‬،‫ﳎﻤﻮﻋﺔ ﻣﻦ ﻗﻀﺎﻳﺎ ﺍﳊﻖ ﺍﻟﺒﺪﻫﻴﺔ ﺍﳌﺴﻠﻤﺔ ﺑﺎﻟﻌﻘﻞ‬


‫ ﻗﺎﻃﻌﺎ ﺑﻮﺟﻮﺩﻫﺎ‬،‫ ﻭﻳﺜﲏ ﻋﻠﻴﻬﺎ ﺻﺪﺭﻩ ﺟﺎﺯﻣﺎ ﺑﺼﺤﺘﻬﺎ‬،‫ﻋﻠﻴﻬﺎ ﺍﻹﻧﺴﺎﻥ ﻗﻠﺒﻪ‬
‫ ﻻ ﻳﺮﻯ ﺧﻼﻓﻬﺎ ﺃﻧﻪ ﻳﺼﺢ ﺃﻭ ﻳﻜﻮﻥ ﺃﺑﺪﹰﺍ‬،‫ﻭﺛﺒﻮﻬﺗﺎ‬

Maksudnya:
 
„Himpunan pernyataan-pernyataan benar yang bersifat badihi (terbukti
kebenarannya tanpa perlu dibuktikan), diterima (kebenarannya) menerusi
(penggunaan) akal yang waras, sumber wahyu dan fitrah (manusia); manusia
kemudiannya menyimpulkan (secara kemas) dalam hatinya disemat secara
kemas dalam jiwa raganya dalam keadaan ia memutuskan secara jazam (pasti)
kesahihannya, menerima secara putus kewujudan dan penyabitannya; dia tidak
berpandangan bahawa yang sebaliknya adalah sahih ataupun wujud‰.
 
Aqidah juga apabila dirujuk kepada makna yang khusus iaitu dari segi terminologi,
ia bermaksud „kepercayaan atau keyakinan yang cukup pasti lagi putus terhadap
sesuatu, tanpa sebarang rasa syak dan keraguan (Zakaria, 2001, 103).

Jika diteliti gugusan definisi aqidah yang diketengahkan oleh para ulama,
khususnya jika diteliti terhadap keterangan ayat-ayat al-Quran yang
membicarakan tentang keimanan orang-orang mukmin dan orang-orang
munafik, ternyata aqidah bukan sekadar merujuk kepada „kepercayaan‰ semata-
mata. Malah, ia merujuk kepada beberapa ciri penting yang terkandung dalam
pengertian aqidah seperti penerimaan hati, pengikraran dengan lidah dan
adanya unsur ketundukan yang terserlah menerusi kesanggupan manusia
melaksanakan segala perintah Allah S.W.T yang menjadi tuntutan iman
seseorang manusia. Allah S.W.T berfirman:

(#ρ߉yγ≈y_uρ (#θç/$s?ötƒ öΝs9 §ΝèO ⎯Ï&Î!θß™u‘uρ «!$$Î/ (#θãΖtΒ#u™ t⎦⎪Ï%©!$# šχθãΨÏΒ÷σßϑø9$# $yϑ¯ΡÎ)

šχθè%ω≈¢Á9$# ãΝèδ y7Íׯ≈s9'ρé& 4 «!$# È≅‹Î6y™ ’Îû óΟÎγÅ¡àΡr&uρ öΝÎγÏ9≡uθøΒr'Î/

 
 
 
 
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
18  TOPIK 2 PENGERTIAN AQIDAH DAN KEPENTINGANNYA

Maksudnya:

„Sesungguhnya orang-orang yang beriman hanyalah orang-orang yang beriman


kepada Allah dan rasulNya kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka
berjihad dengan harta dan jiwa raga pada jalan Allah, mereka itulah orang-orang
yang benar‰.
Al-Hujurat (49): 15
 
Setelah diterangkan tentang maksud perkataan aqidah dan apa yang terkandung
dalam pengertian aqidah, dapat dirumuskan bahawa aqidah Islam adalah
berkait dengan himpunan doktrin kepercayaan yang disimpulkan secara kemas
dalam hati sanubari, tanpa diselaputi oleh keraguan dan ia bersumberkan wahyu
Allah S.W.T. Perkara yang disimpulkan itu adalah terkandung dalam rukun
iman, sebagaimana yang terdapat dalam hadis Jibril yang terkenal itu.

AKTIVITI 1.1
SEMAK KENDIRI 2.2
1. Jelaskan definisi aqidah dari segi bahasa dan juga dari segi
istilah.
2. Kemukakan ayat-ayat al-Quran yang menjelaskan tentang
pengertian aqidah.

2.2 CIRI-CIRI AQIDAH ISLAM


Aqidah Islamiah merupakan satu kepercayaan yang tetap dan tidak berubah
sampai bila-bila masa. Ia tidak berubah dengan berlakunya apa-apa perubahan
di alam ini dan bergantian para Rasul a.s. Aqidah ini mempunyai
keistimewaannya yang tersendiri berbanding dengan kepercayaan-kepercayaan
menyeleweng yang dianuti oleh penganut agama lain. Antara ciri utama aqidah
Islam ialah seperti berikut:

(a) Aqidah yang Jelas/Terang


Aqidah Islam yang dibawa oleh para Rasul a.s. adalah jelas, mudah difahami
dan tidak menimbulkan kesulitan kepada manusia untuk memahaminya.
Islam mengajar bahawa di sebalik alam yang dicipta dengan indah dan
cantik serta ditadbir berdasarkan aturan yang teratur dan penuh tertib ini,
ada tuhan yang berkuasa yang menciptanya daripada tiada.
 

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 PENGERTIAN AQIDAH DAN KEPENTINGANNYA  19

Tuhan ini tiada yang setara denganNya, tiada mempunyai anak dan isteri
serta tiada sekutu bagiNya, sebagaimana yang didakwa oleh orang-orang
kafir. Firman Allah S.W.T:
 

( ÇÚö‘F{$#uρ ÏN≡uθ≈yϑ¡¡9$# ’Îû $tΒ …ã&©! ≅t/ ( …çμoΨ≈ysö7ß™ 3 #V$s!uρ ª!$# x‹sƒªB$# (#θä9$s%uρ

. tβθçFÏ⊥≈s% …ã&©! @≅ä.

Maksudnya:

„Dan mereka (orang-orang musyrik) berkata: „Allah mempunyai anak‰.


Maha Suci Allah (dari apa yang mereka katakan itu), bahkan Dialah Yang
memiliki segala yang ada di langit dan di bumi, semuanya itu tunduk di
bawah kekuasaanNya‰.
Al-Baqarah (2) : 116

Dalam prinsip aqidah Islam, tiada suatu ajaran yang sukar difahami oleh
manusia, misalnya dengan menyebut „Demikian al-Quran dengan jelas
menggambarkan hakikat Tuhan yang patut disembah, Tuhan yang Esa dan
Maha Berkuasa, yang memiliki segala di langit dan di bumi, yang tidak
memerlukan pembantu, teman atau anak. Konsep ketuhanan sebegini
mampu difahami oleh setiap akal yang waras, tidak sebagaimana konsep-
konsep ketuhanan yang dikemukakan oleh agama-agama selain Islam yang
menggambarkan tuhan yang berjasad, beranak dan berbilang‰.
 
(b) Aqidah Fitrah
Ciri aqidah yang kedua ialah aqidah fitrah. Ciri ini bermaksud aqidah
Islam adalah aqidah yang dimiliki oleh manusia secara fitrah atau semula
jadi. Ini kerana Islam adalah agama yang terkandung di dalam prinsip-
prinsip aqidah yang datang daripada Allah S.W.T, Tuhan yang mencipta
manusia dan alam ini. Lantaran itu, ia mengajar manusia mengenali
penciptanya, mengenali pencipta alam dan pengatur sistemnya. Dapat
difahami di sini bahawa manusia yang dijadikan oleh Allah S.W.T diminta
mempercayai Tuhan yang telah menjadikannya daripada tiada dan juga
menjadikan alam maya ini. Dia juga diminta mengamalkan ajaran agama
yang juga datang daripada Tuhan yang sama. Ini bermakna seluruh prinsip
aqidah tersebut adalah bukan sesuatu yang asing daripada manusia kerana
ia datang daripada sumber yang sama; ia bersifat semulajadi, bersifat mesra

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


20  TOPIK 2 PENGERTIAN AQIDAH DAN KEPENTINGANNYA

manusia dan mesra alam. Hakikat ini ditegaskan oleh Allah S.W.T
menerusi firmanNya:
 
 
  Ÿω 4 $pκön=tæ }¨$¨Ζ9$# tsÜsù ©ÉL©9$# «!$# |NtôÜÏù 4 $Z‹ÏΖym È⎦⎪Ïe$#Ï9 y7yγô_uρ óΟÏ%r'sù
 
 
  Ÿω Ĩ$¨Ζ9$# usYò2r&  ∅Å3≈s9uρ ÞΟÍhŠs)ø9$# Ú⎥⎪Ïe$!$# šÏ9≡sŒ 4 «!$# È,ù=y⇐Ï9 Ÿ≅ƒÏ‰ö7s?
 
 
 
∩⊂⊃∪ tβθßϑn=ôètƒ
 
 
Maksudnya:
 
„(Setelah jelas kesesatan syirik itu), maka hadapkanlah dirimu (engkau dan
pengikut-pengikutmu, wahai Muhammad) ke arah ugama yang jauh dari
kesesatan; (turutlah terus) „ugama Allah‰ ă iaitu ugama yang Allah
menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari semulajadinya)
untuk menerimanya; tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan
Allah itu; itulah ugama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak
mengetahui‰.
Al-Rum (30):30

Rasulullah s.a.w. dalam suatu hadisnya pernah menggambarkan bahawa


Islam yang didatangkan dari Allah S.W.T adalah bersih dan sebati dengan
fitrah kejadian manusia, namun fitrah tersebut boleh menjadi kotor atau
terpesong dari kejadian asalnya hasil daripada bentuk pendidikan yang
diterima oleh seseorang dari orang tuanya yang beragama Yahudi, Kristian
atau Majusi. Sabda Rasulullah s.a.w.

‫ﻛﻞ ﻣﻮﻟﻮﺩ ﻳﻮﻟﺪ ﻋﻠﻰ ﺍﻟﻔﻄﺮﺓ ﻭﺇﳕﺎ ﺃﺑﻮﺍﻩ ﻳﻬﻮﺩﺍﻧﻪ ﺃﻭ ﻳﻨﺼﺮﺍﻧﻪ ﺃﻭ ﳝﺠﺴﺎﻧﻪ‬

Maksudnya:

„Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci ă beragama Islam),


sesungguhnya kedua ibu bapanyalah yang menjadikannya Yahudi, atau
Kristian atau Majusi‰.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 PENGERTIAN AQIDAH DAN KEPENTINGANNYA  21

(c) Aqidah Bersifat Tetap


Sesuai dengan ajaran yang datang daripada Allah S.W.T, Tuhan yang
bersifat Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana, aqidah Islam adalah
bersifat tetap dan tidak berubah di semua zaman. Tiada siapa boleh
menokok tambah atau mengurangkan apa yang terkandung di dalamnya.
Kalau ada sebarang tokok tambah, ia dianggap sebagai perkara bidaah
yang tertolak dengan sendirinya. Sabda Rasulullah s.a.w.:
 
 
  ‫ﺙ ﻓِﻰ ﹶﺃ ْﻣ ﹺﺮﻧَﺎ ﻣَﺎ‬
‫ َﻣ ْﻦ ﹶﺃ ْﺣ َﺪ ﹶ‬: -‫ﺻﻠﻰ ﺍﷲ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ‬- ‫ﻗﹶﺎ ﹶﻝ َﺭﺳُﻮ ﹸﻝ ﺍﻟﻠﱠ ِﻪ‬
 
    ‫ﺲ ِﻣ ْﻨﻪُ ﹶﻓﻬُ َﻮ َﺭﺩﱞ‬
َ ‫ﹶﻟ ْﻴ‬
 
 
Maksudnya:

„Sesiapa yang mengada-adakan dalam urusan kami (agama Islam) sesuatu


yang bukan daripadanya, maka ia tertolak‰.
Hadih Riwayat Bukhari dan Muslim

Al-Quran menolak sesiapa yang cuba mengada-adakan sesuatu dalam


agama ini atau mensyariatkan apa-apa syariat kerana hak untuk
menggubal syariat dalam agama ini hanya milik Allah S.W.T sahaja,
bukannya dikongsi dengan makhlukNya di bumi ini. Firman Allah S.W.T:
 

Ÿωöθs9uρ 4 ª!$# ÏμÎ/ .βsŒù'tƒ öΝs9 $tΒ É⎥⎪Ïe$!$# z⎯ÏiΒ Οßγs9 (#θããuŸ° (#àσ¯≈Ÿ2uà° óΟßγs9 Πr&

ÒΟŠÏ9r& ë>#x‹tã öΝßγs9 š⎥⎫ÏϑÎ=≈©à9$# ¨βÎ)uρ 3 öΝæηuΖ÷t/ z©ÅÓà)s9 È≅óÁxø9$# èπyϑÎ=Ÿ2

 
Maksudnya:

„Patutkah mereka mempunyai sekutu-sekutu yang menentukan ă mana-


mana bahagian dari ugama mereka ă sebarang undang-undang yang tidak
diizinkan oleh Allah? Dan kalaulah tidak kerana kalimah ketetapan yang
menjadi pemutus (dari Allah, untuk menangguhkan hukuman hingga ke
suatu masa yang tertentu), tentulah dijatuhkan azab dengan serta merta
kepada mereka (yang berbuat demikian). Dan sesungguhnya orang-orang
yang zalim itu akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya‰.
Al-Syura (42) 21

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


22  TOPIK 2 PENGERTIAN AQIDAH DAN KEPENTINGANNYA

(d) Aqidah Terbukti Kesahihannya


Satu lagi ciri penting aqidah Islam ialah segala prinsip ajarannya adalah
terbukti kebenaran dan kesahihannya. Islam amat menekankan umatnya
agar menuntut bukti dan kebenaran terhadap apa yang diimaninya
terutama yang melibatkan aqidah.

Al-Quran menekankan kepentingan memahami dalil-dalil kebenaran


prinsip aqidah, misalnya kewujudan Allah S.W.T menerusi firmannya:

7Λ⎧Î=tæ ©!$# ¨βÎ) 4 $º↔ø‹x© Èd,ptø:$# z⎯ÏΒ ©Í_øóムŸω £⎯©à9$# ¨βÎ) 4 $‡Ζsß ωÎ) óΟèδçsYø.r& ßìÎ7−Gtƒ $tΒuρ

∩⊂∉∪ tβθè=yèøtƒ $yϑÎ/

Maksudnya:

‰Dan kebanyakan mereka, tidak menurut melainkan sesuatu sangkaan


sahaja (padahal) sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi
kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran (iktikad). Sesungguhnya
Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka lakukan‰.
Yunus (10): 36

tβ%x. y#ø‹.x öÝàΡ$$sù 4 #vθè=ãæuρ $Vϑù=àß öΝåκߦàΡr& !$yγ÷FoΨs)ø‹oKó™$#uρ $pκÍ5 (#ρ߉ysy_uρ

  t⎦⎪ωšøßϑø9$# èπt7É)≈tã
 
 
Maksudnya:

„Dan mereka mengingkarinya secara zalim dan sombong angkuh, sedang


hati mereka meyakini kebenarannya. Oleh itu, lihatlah bagaimana
kesudahan orang-orang yang melakukan kerosakan‰.
Al-Naml (27)14

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 PENGERTIAN AQIDAH DAN KEPENTINGANNYA  23

(e) Aqidah Bersifat Pertengahan


Aqidah Islam adalah bersifat bertengahan, iaitu tidak ifrat ataupun tafrit.
Aspek pertengahan boleh difahami dari aspek pertengahan antara aqidah
yang cenderung menjisim atau menjasadkan tuhan (al-tajsim) atau
menyerupakan tuhan dengan makhluk (al-tashbih) dengan aqidah yang
menafikan Tuhan memiliki sifat-sifat kesempurnaan (al-ta`til).

Ia juga boleh difahami sebagai pegangan kepercayaan yang di tengah-


tengah antara golongan yang menafikan segala perkara yang tidak boleh
dicerap atau diketahui maklumatnya oleh pancaindera manusia sehingga
mereka menolak perkara-perkara ghaib dengan golongan yang
mengisbatkan adanya banyak tuhan di alam ini, hatta ada yang
mengatakan bahawa tuhan telah ÂmenempatiÊ dalam diri para raja dan
pembesar yang dipuja mereka.

Ciri ini juga boleh difahami sebagai aqidah yang bersifat pertengahan
antara golongan yang menganggap nabi itu seperti manusia biasa yang
tidak terlepas daripada kongkongan hawa nafsu dengan golongan yang
mengangkat status nabi ke tahap yang melampau sehingga mereka
sanggup mempertuhankan nabi.

Terdapat beberapa keterangan ayat al-Quran yang menjelaskan tentang ciri


pertengahan ini. Antaranya ialah aqidah Islam mengiktiraf kemahasucian
Allah S.W.T daripada menyerupai makhluk, sebagaimana firmanNya:

ÉΟ≈yè÷ΡF{$# z⎯ÏΒuρ $[_≡uρø—r& öΝä3Å¡àΡr& ô⎯ÏiΒ /ä3s9 Ÿ≅yèy_ 4 ÇÚö‘F{$#uρ ÏN≡uθ≈yϑ¡¡9$# ãÏÛ$sù

∩⊇⊇∪ çÅÁt7ø9$# ßìŠÏϑ¡¡9$# uθèδuρ ( Ö™ï†x« ⎯ÏμÎ=÷WÏϑx. }§øŠs9 4 ÏμŠÏù öΝä.äτu‘õ‹tƒ ( $[_≡uρø—r&

Maksudnya:

„Dialah yang mencipta langit dan bumi; Dia menjadikan bagi kamu
pasangan-pasangan dari jenis kamu sendiri, dan (menjadikan) dari jenis
binatang-binatang ternak pasangan-pasangan (bagi binatang-binatang itu);
dengan jalan yang demikian dikembangkan (zuriat keturunan) kamu
semua. Tiada sesuatupun yang serupa dengan-Nya; dan Dia-lah yang
Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.
Al-Syura (42): 11
 
 

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


24  TOPIK 2 PENGERTIAN AQIDAH DAN KEPENTINGANNYA

Perbezaan Allah S.W.T daripada makhluk dinyatakan secara jelas oleh


Allah S.W.T menerusi ayat berikut:
 

’Îû $tΒ …çμ©9 4 ×ΠöθtΡ Ÿωuρ ×πuΖÅ™ …çνä‹è{ù's? Ÿω 4 ãΠθ•‹s)ø9$# ©y∏ø9$# uθèδ ωÎ) tμ≈s9Î) Iω ª!$#

ãΝn=÷ètƒ 4 ⎯ÏμÏΡøŒÎ*Î/ ωÎ) ÿ…çνy‰ΨÏã ßìxô±o„ “Ï%©!$# #sŒ ⎯tΒ 3 ÇÚö‘F{$# ’Îû $tΒuρ ÏN≡uθ≈yϑ¡¡9$#

$yϑÎ/ ωÎ) ÿ⎯ÏμÏϑù=Ïã ô⎯ÏiΒ &™ó©y´Î/ tβθäÜŠÅsムŸωuρ ( öΝßγxù=yz $tΒuρ óΟÎγƒÏ‰÷ƒr& š⎥÷⎫t/ $tΒ

’Í?yèø9$# uθèδuρ 4 $uΚßγÝàøÏm …çνߊθä↔tƒ Ÿωuρ ( uÚö‘F{$#uρ ÏN≡uθ≈yϑ¡¡9$# çμ•‹Å™öä. yìÅ™uρ 4 u™!$x©

∩⊄∈∈∪ ÞΟŠÏàyèø9$#

 
Maksudnya:

„Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan dia, Yang
Hidup, Kekal terus menerus mengurus (makhlukNya); tidak mengantuk dan
tidak tidur. KepunyaanNya apa yang ada di langit dan di bumi. Tiada yang
dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izinNya? Allah mengetahui apa-
apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak
mengetahui apa-apapun dari ilmu Allah melainkan apa yang
dikehendakiNya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak
merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.
Al-Baqarah (2): 255

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 PENGERTIAN AQIDAH DAN KEPENTINGANNYA  25

FirmanNya lagi:
 

4 ¬! tβθä9θà)u‹y™ ∩∇⊆∪ šχθßϑn=÷ès? óΟçFΖà2 βÎ) !$yγŠÏù ⎯tΒuρ ÞÚö‘F{$# Ç⎯yϑÏj9 ≅è%

ĸöyèø9$# >u‘uρ Æìö7¡¡9$# ÏN≡uθ≈yϑ¡¡9$# >§‘ ⎯tΒ ö≅è% ∩∇∈∪ šχρã©.x‹s? Ÿξsùr& ö≅è%

⎯Íνωu‹Î/ .⎯tΒ ö≅è% ∩∇∠∪ šχθà)−Gs? Ÿξsùr& ö≅è% 4 ¬! šχθä9θà)u‹y™ ∩∇∉∪ ËΛ⎧Ïàyèø9$#

∩∇∇∪ tβθçΗs>÷ès? óΟçFΖä. χÎ) Ïμø‹n=tã â‘$pgä† Ÿωuρ çÅgä† uθèδuρ &™ó©x« Èe≅à2 ßNθä3w=tΒ

šχρãysó¡è@ 4’¯Τr'sù ö≅è% 4 ¬! šχθä9θà)u‹y™

 
Maksudnya:

„Katakanlah: „Kepunyaan siapakah bumi ini, dan semua yang ada


padanya, jika kamu mengetahui ?‰. Mereka akan menjawab: „Kepunyaan
Allah.‰ Katakanlah: „Maka apakah kamu tidak ingat?‰. Katakanlah:
„Siapakah yang memiliki langit yang tujuh dan yang memiliki `Arasy yang
agung?‰. Mereka akan menjawab: „Kepunyaan Allah.‰ Katakanlah: „Maka
apakah kamu tidak bertakwa? „Katakanlah: „Siapakah yang di tanganNya
berada kekuasaan atas segala sesuatu sedang Dia melindungi, tetapi tidak
ada yang dapat dilindungi dari (azabNya), jika kamu mengetahui?‰.
Mereka akan menjawab: „Kepunyaan Allah‰. Katakanlah: „(kalau
demikian), maka dari jalan manakah kamu ditipu ?‰.
Al-Mu`minun (23): 84-89.
 
Ciri ini juga bermaksud bahawa aqidah Islam berada di tengah-tengah, di
antara golongan yang menerima secara membabi buta segala kepercayaan
nenek moyang secara warisan tanpa meneliti elemen-elemen kebatilan
yang terkandung di dalamnya dan di antara golongan yang cuba mengkaji
atau memikirkan tentang hakikat ketuhanan itu sendiri. Allah S.W.T
menerusi firman-Nya menolak bentuk penerimaan aqidah berdasarkan
taklid buta:

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


26  TOPIK 2 PENGERTIAN AQIDAH DAN KEPENTINGANNYA

?⎯≈sÜù=ß™ ⎯ÏΒ $pκÍ5 ª!$# tΑt“Ρr& !$¨Β /ä.äτ!$t/#u™uρ öΝçFΡr& !$yδθßϑçGø‹®ÿxœ Ö™!$oÿôœr& HωÎ) }‘Ïδ ÷βÎ)

ãΝÍκÍh5§‘ ⎯ÏiΒ Νèδu™!%y` ô‰s)s9uρ ( ߧàΡF{$# “uθôγs? $tΒuρ £⎯©à9$# ωÎ) tβθãèÎ7−Ftƒ βÎ) 4

∩⊄⊂∪ #“y‰çλù;$#

Maksudnya:

„Benda-benda yang kamu sembah itu tidak lain hanyalah nama-nama yang
kamu dan datuk nenek moyang kamu menamakannya; Allah tidak sekali-
kali menurunkan sebarang bukti (atau keterangan) yang membenarkannya.
Mereka yang berbuat demikian tidak menurut melainkan sangkaan-
sangkaan dan apa yang diingini oleh hawa nafsu mereka. Pada hal demi
sesungguhnya telah datang kepada mereka petunjuk dari Tuhan mereka.
Al-Najm (53): 23
 
Golongan ini cuba memikirkan hakikat ketuhanan, walaupun mereka
sendiri sebenarnya gagal memahami beberapa hakikat perkara yang
berkaitan dengan diri mereka sendiri seperti hakikat kehidupan, hakikat
kematian dan hakikat-hakikat sesuatu perkara yang di luar capaian akal
manusia yang terbatas.

Ciri pertengahan yang ada dalam aqidah Islam juga bermaksud bahawa
iktikad yang dipegang oleh orang-orang beriman adalah di tengah-tengah
antara golongan yang bermudah-mudah dalam menerima sesuatu
pegangan aqidah, walaupun ia berasaskan „sangkaan‰ atau zann, syak dan
waham dan di antara golongan yang tidak menerima pegangan aqidah
berdasarkan apa yang terlintas di hati, kemudian ia terus hilang.

Islam menolak zann sebagai sumber pegangan aqidah, sebagaimana yang


diterima oleh penganut agama-agama lain selain daripada Islam. Firman
Allah S.W.T:

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 PENGERTIAN AQIDAH DAN KEPENTINGANNYA  27

©!$# ¨βÎ) 4 $º↔ø‹x© Èd,ptø:$# z⎯ÏΒ ©Í_øóムŸω £⎯©à9$# ¨βÎ) 4 $‡Ζsß ωÎ) óΟèδçsYø.r& ßìÎ7−Gtƒ $tΒuρ

∩⊂∉∪ tβθè=èy øtƒ $yϑÎ/ 7Λ⎧Î=tæ

Maksudnya:

„Dan kebanyakan mereka tidak mengikuti kecuali prasangka sahaja.


Sesungguhnya prasangka itu tidak sedikitpun berguna untuk mencapai
kebenaran. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka
kerjakan‰.
Yunus (10): 36
 
FirmanNya lagi:

∩⊄∠∪ 4©s\ΡW{$# sπu‹Ïϑó¡n@ sπs3Íׯ≈n=pRùQ$# tβθ‘ϑ|¡ãŠs9 ÍοtÅzFψ$$Î/ tβθãΖÏΒ÷σムŸω t⎦⎪Ï%©!$# ¨βÎ) ∩⊄∉∪

  z⎯ÏΒ ©Í_øóムŸω £⎯©à9$# ¨βÎ)uρ ( £⎯©à9$# ωÎ) tβθãèÎ7−Ftƒ βÎ) ( AΟù=Ïæ ô⎯ÏΒ ⎯ÏμÎ/ Μçλm; $tΒuρ
 
  ∩⊄∇∪ $\↔ø‹x© Èd,ptø:$#
 
 
Maksudnya:
„Sesungguhnya orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat
sahajalah yang tergamak menamakan malaikat itu dengan nama
perempuan, sedangkan mereka tidak mempunyai sebarang pengetahuan
mengenainya. Mereka tidak lain hanyalah mengikut sangkaan semata-
mata, pada hal sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi
kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran (iktikad)‰.
Al-Najm (53): 27.

 
 
 
 
 

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


28  TOPIK 2 PENGERTIAN AQIDAH DAN KEPENTINGANNYA

çνθè=Ft s% $tΒuρ «!$# tΑθß™u‘ zΝtƒóΒt t⎦ø⌠$# ©|¤ŠÏã yx‹Å¡pRùQ$# $uΖù=tGs% $¯ΡÎ) öΝÎγÏ9öθs%uρ ∩⊇∈∉∪

$tΒ 4 çμ÷ΖÏiΒ 7e7x© ’Å∀9s Ïμ‹Ïù (#θàn=tG÷z$# t⎦⎪Ï%©!$# ¨βÎ)uρ 4 öΝçλm; tμÎm7ä© ⎯Å3≈s9uρ çνθç7n=|¹ $tΒuρ

ª!$# çμyèsù§‘ ≅t/ ∩⊇∈∠∪ $KΖŠÉ)tƒ çνθè=tFs% $tΒuρ 4 Çd⎯©à9$# tí$t7Ïo?$# ωÎ) AΟù=Ïæ ô⎯ÏΒ ⎯ÏμÎ/ Μçλm;

$\ΚŠÅ3ym #¹“ƒÍ•tã ª!$# tβ%x.uρ 4 Ïμø‹s9Î)

Maksudnya:

„Dan kerana ucapan mereka: „Sesungguhnya kami telah membunuh al-


Masih, `Isa bin Maryam, Rasul Allah‰, padahal mereka tidak
membunuhnya dan (tidak) pula menyalibnya, tetapi (yang mereka bunuh
ialah) orang yang diserupakan dengan `Isa bagi mereka. Sesungguhnya
orang-orang yang berselisih faham tentang (pembunuhan) `Isa, benar-
benar dalam keraguan tentang yang dibunuh itu. Mereka tidak mempunyai
keyakinan (tentang siapa yang dibunuh itu), kecuali mengikuti prasangka
belaka, mereka tidak (pula) yakin bahawa yang mereka bunuh itu ialah
`Isa‰. Bahkan Allah telah mengangkat nabi `Isa kepadaNya; dan adalah
Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana‰.
Al-NisaÊ (4): 157

Itulah beberapa ciri penting aqidah Islam yang berbeza dengan pegangan
kepercayaan agama lain selain daripada Islam. Berdasarkan ciri-ciri inilah aqidah
Islam dengan mudah dapat diterima oleh manusia di seluruh dunia. Islam tidak
pernah memaksa manusia menerima aqidah Islam, tetapi membuka minda
manusia agar memerhati dan memikirkan kebenaran aqidah yang dibawa oleh
Islam. Jika manusia dapat menggunakan akalnya dengan waras, tanpa
dipengaruhi oleh hawa nafsu dan dikongkong oleh amalan bertaklid kepada
pegangan warisan nenek moyang, nescaya mereka akan dapat melihat ciri-ciri
kekuatan yang ada dalam aqidah Islam.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 PENGERTIAN AQIDAH DAN KEPENTINGANNYA  29

SEMAK KENDIRI 2.3


(a) Jelaskan ciri-ciri akidah Islam.
(b) Huraikan ciri-ciri akidah Islam yang membezakannya dengan
akidah palsu.
(c) Kemukakan beberapa ayat al-Quran yang menyatakan ciri
khusus akidah Islam.

2.3 SUMBER-SUMBER AQIDAH ISLAM

Aqidah Islam adalah bersumberkan kepada EMPAT sumber seperti


berikut:

(a) Al-Quran al-Karim


Al-Quran adalah kitab suci yang membekalkan kepada manusia seluruh
ajaran tentang prinsip aqidah. Tanpa al-Quran, manusia tidak akan dapat
memikirkan tentang hal-hal yang berkaitan dengan keimanan terhadap
Allah, malaikat, para Rasul a.s., kebangkitan semula manusia selepas mati,
neraka, syurga, dan sebagainya kerana akal manusia adalah terbatas. Al-
Quran adalah sumber tertinggi dalam Islam kerana ia adalah wahyu yang
datang daripada Allah S.W.T dan ketulenannya dijamin oleh Allah S.W.T.
Firman Allah S.W.T:

∩®∪ tβθÝàÏ≈ptm: …çμs9 $¯ΡÎ)uρ tø.Ïe%!$# $uΖø9¨“tΡ ß⎯øtwΥ $¯ΡÎ)

Maksudnya

„Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Quran, dan Sesungguhnya


Kami benar-benar memeliharanya‰
Al-Hijr (15): 9
(b) Al-Sunnah
Maksud al-Sunnah ialah segala apa yang dinukilkan daripada nabi s.a.w.
sama ada berbentuk perkataan, perbuatan dan pengakuannya terhadap
sesuatu.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


30  TOPIK 2 PENGERTIAN AQIDAH DAN KEPENTINGANNYA

Al-Sunnah merupakan sumber kedua aqidah Islam selepas al-Quran.


Hadis-hadis yang boleh dijadikan sumber aqidah secara ijmak ialah hadis
mutawatir yang diriwayatkan oleh perawi yang ramai pada setiap
peringkat sehingga dengan jumlah bilangan yang ramai itu, adalah
mustahil mereka bersepakat untuk mereka-reka hadis palsu.

Selain daripada hadis mutawatir, hadis ahad juga boleh dijadikan sumber
aqidah berdasarkan amalan Rasulullah s.a.w yang menghantar
pendakwahnya secara perseorangan dan bukannya secara berkumpulan
untuk mengajar perkara-perkara agama termasuk aqidah kepada umat
Islam di seluruh pelosok negeri yang dikuasai oleh umat Islam.

(c) Ijmak
Selain daripada al-Quran dan al-Sunnah, sumber ijmak juga diterima
sebagai sumber aqidah asalkan ijmak tersebut tidak bertentangan dengan
prinsip-prinsip al-Quran dan al-Sunnah. Ijmak bermaksud persetujuan
ahli-ahli ijtihad selepas kewafatan Rasulullah s.a.w pada mana-mana masa
di atas apa-apa perkara agama.

Mazhab Ahl al-Sunnah wa al-Jama`ah menerima pendapat ijmak sebagai


sumber ajaran agama sama ada syariah atau aqidah kerana para mujtahid
yang berijmak di atas sesuatu perkara tidak mungkin berijmak di atas
perkara kesesatan. Sabda Rasulullah s.a.w:

ُ‫ﺠ َﻤﻊ‬
ْ ‫ﺻﻠﱠﻰ ﺍﻟﻠﱠ ُﻪ َﻋ ﹶﻠ ْﻴ ِﻪ َﻭ َﺳﻠﱠ َﻢ ﻗﹶﺎ ﹶﻝ ﹺﺇﻥﱠ ﺍﻟﻠﱠ َﻪ ﻟﹶﺎ َﻳ‬
َ ‫َﻋ ْﻦ ﺍْﺑ ﹺﻦ ﻋُ َﻤ َﺮ ﹶﺃﻥﱠ َﺭﺳُﻮ ﹶﻝ ﺍﻟﻠﱠ ِﻪ‬
‫ﺿﻠﹶﺎﹶﻟ ٍﺔ َﻭَﻳﺪُ ﺍﻟﻠﱠ ِﻪ َﻣ َﻊ‬
َ ‫ﺻﻠﱠﻰ ﺍﻟﻠﱠ ُﻪ َﻋ ﹶﻠ ْﻴ ِﻪ َﻭ َﺳﻠﱠ َﻢ َﻋﻠﹶﻰ‬
َ ‫ﺤﻤﱠ ٍﺪ‬
َ ُ‫ﹸﺃﻣﱠﺘِﻲ ﹶﺃ ْﻭ ﻗﹶﺎ ﹶﻝ ﺃﹸﻣﱠ ﹶﺔ ﻣ‬
‫ﺠﻤَﺎ َﻋ ِﺔ َﻭ َﻣ ْﻦ َﺷﺬﱠ َﺷﺬﱠ ﺇﹺﻟﹶﻰ ﺍﻟﻨﱠﺎﺭﹺ‬
َ ‫ﺍﹾﻟ‬

Maksudnya:

Daripada Ibn `Umar r.a. (katanya): „Sesungguhnya Rasulullah s.a.w.


bersabda, katanya:

„Sesungguhnya Allah tidak akan menghimpunkan umatku ă atau katanya,


umat Muhammad ă di atas kesesatan, dan tangan Allah (pertolongan
Allah) adalah bersama jemaah [orang Islam], dan sesiapa yang
mengasingkan diri [dari jemaah di dunia ini], ia akan mengasingkan diri di
dalam neraka [kelak]‰.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 PENGERTIAN AQIDAH DAN KEPENTINGANNYA  31

Al-Tirmidhi, 1990: 322)


Selain daripada itu, Allah S.W.T memberi amaran keras kepada orang-
orang Islam yang menyalahi ijmak dan jalan orang-orang yang beriman.
Firman Allah S.W.T:

È≅‹Î6y™ uöxî ôìÎ6−Ftƒuρ 3“y‰ßγø9$# ã&s! t⎦¨⎫t6s? $tΒ Ï‰÷èt/ .⎯ÏΒ tΑθß™§9$# È,Ï%$t±ç„ ⎯tΒuρ

#·ÅÁtΒ ôNu™!$y™uρ ( zΝ¨Ψyγy_ ⎯Ï&Î#Á


ó çΡuρ 4’¯<uθs? $tΒ ⎯Ï&Îk!uθçΡ t⎦⎫ÏΖÏΒ÷σßϑø9$#

Maksudnya:

„Dan barang siapa yang menentang Rasul sesudah jelas kebenaran


baginya, dan mengikuti jalan yang bukan jalan orang-orang mukmin, Kami
biarkan ia berleluasa terhadap kesesatan yang telah dikuasainya itu dan
Kami masukkan ia ke dalam neraka Jahanam, dan neraka Jahanam itu
seburuk-buruk tempat kembali‰.
Al-NisaÊ (4): 115.

(d) Akal dan Fitrah


Selain daripada tiga sumber di atas, sumber akal dan fitrah yang suci tanpa
dipengaruhi oleh unsur-unsur hawa nafsu juga boleh dijadikan sumber
aqidah.

Sumber akal yang dimaksudkan di sini ialah sumber ilmu daruri yang
diketahui kebenarannya secara mudah oleh manusia tanpa berfikir
panjang. Sumber akal ini adalah tidak menjadi sumber yang terpisah
dengan sumber syarak. Ini kerana berpegang kepada akal semata-mata
tanpa bimbingan syarak tidak menjamin manusia mencapai kebenaran.

Sumber fitrah pula bermaksud fitrah manusia yang dapat mengenal Allah
S.W.T secara semula jadi tanpa bersandar kepada apa-apa bukti atau dalil.
Sebagai contoh, apabila manusia ditimpa kesusahan atau bencana, manusia
akan teringatkan Allah dan menyebut namanya. Begitu juga hati dan jiwa
manusia akan menyebut nama Allah ketika ia berada dalam kesusahan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


32  TOPIK 2 PENGERTIAN AQIDAH DAN KEPENTINGANNYA

2.3
2.4 KEPENTINGAN AQIDAH DALAM
KEHIDUPAN
Kepentingan aqidah dalam kehidupan manusia boleh dilihat dari aspek kesan-
kesan kebahagiaan dan keselesaan hidup yang dirasai oleh manusia apabila
mereka menerima aqidah Islam. Kepentingan ini boleh dilihat dalam beberapa
aspek seperti berikut:
 
(a) Manusia akan merasai tenang dan bahagia dalam menjalani kehidupan
Dengan menerima aqidah Islam, manusia akan dapat mencapai
kebahagiaan dalam menjalani kehidupan di dunia dan di akhirat. Hakikat
ini banyak disentuh oleh al-Quran al-Karim menerusi beberapa firman
Allah S.W.T. Antaranya ialah:

z⎯tΒ#u™ ô⎯tΒ š⎥⎫Ï↔Î7≈¢Á9$#uρ 3“t≈|Á¨Ζ9$#uρ (#ρߊ$yδ š⎥⎪Ï%©!$#uρ (#θãΨtΒ#u™ t⎦⎪Ï%©!$# ¨βÎ)

ì∃öθyz Ÿωuρ óΟÎγÎn/u‘ y‰ΨÏã öΝèδãô_r& öΝßγn=sù $[sÎ=≈|¹ Ÿ≅Ïϑtãuρ ÌÅzFψ$# ÏΘöθu‹ø9$#uρ «!$$Î/

∩∉⊄∪ šχθçΡt“øts† öΝèδ Ÿωuρ öΝÍκö n=tæ

Maksudnya:

„Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang Yahudi, dan


orang-orang Nasara dan, dan orang-orang Sabiin (orang-orang yang keluar
dari satu agama ke satu agama yang lain), siapa sahaja di antara mereka
yang benar-benar beriman kepada Allah (termasuk iman kepada
Muhammad s.a.w.), hari kemudian dan beramal soleh (perbuatan yang
baik yang diperintahkan oleh Islam), mereka akan menerima pahala dari
Tuhan mereka, tidak ada kekhuatiran kepada mereka, dan tidak (pula)
mereka bersedih hati‰.
Al-Baqarah (2): 62

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 PENGERTIAN AQIDAH DAN KEPENTINGANNYA  33

( Zπt6ÍhŠsÛ Zο4θu‹ym …çμ¨ΖtÍ‹ósãΖn=sù Ö⎯ÏΒ÷σãΒ uθèδuρ 4©s\Ρé& ÷ρr& @Ÿ2sŒ ⎯ÏiΒ $[sÎ=≈|¹ Ÿ≅Ïϑtã ô⎯tΒ

∩®∠∪ tβθè=yϑ÷ètƒ (#θçΡ$Ÿ2 $tΒ ⎯


Ç |¡ômr'Î/ Νèδtô_r& óΟßγ¨ΨtƒÌ“ôfuΖs9uρ

Maksudnya:

„Barang siapa yang mengerjakan amal soleh, baik lelaki mahupun


perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami
berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan Kami
beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang
telah mereka kerjakan‰.
Al-Nahl (16): 97

(b) Manusia akan meninggalkan amalan-amalan buruk dan beramal dengan


amalan-amalan yang mulia
Umat yang beriman dengan iman yang hakiki bukan sahaja akan dapat
menjalani kehidupan dengan baik dan aman, tetapi juga mereka akan
meninggalkan amalan buruk dan sentiasa melakukan amalan-amalan yang
mulia. Antara amalan soleh yang boleh memacu kejayaan orang-orang
mukmin di dunia ini ialah dengan menunaikan solat dalam keadaan
khusyuk, meninggalkan perkara-perkara yang melalaikan, menjaga
kehormatan diri dan sebagainya. Firman Allah S.W.T:

öΝèδ t⎦⎪Ï%©!$#uρ ∩⊄∪ tβθãèϱ≈yz öΝÍκÍEŸξ|¹ ’Îû öΝèδ t⎦⎪Ï%©!$# ∩⊇∪ tβθãΖÏΒ÷σßϑø9$# yxn=øùr& ô‰s%

öΝèδ t⎦⎪Ï%©!$#uρ ∩⊆∪ tβθè=Ïè≈sù Íο4θx.¨“=Ï9 öΝèδ t⎦⎪Ï%©!$#uρ ∩⊂∪ šχθàÊÌ÷èãΒ Èθøó¯=9$# Ç⎯tã

çöxî öΝåκ¨ΞÎ*sù öΝåκß]≈yϑ÷ƒr& ôMs3=n tΒ $tΒ ÷ρr& öΝÎγÅ_≡uρø—r& #’n?tã ωÎ) ∩∈∪ tβθÝàÏ≈ym öΝÎγÅ_ρãàÏ9

t⎦⎪Ï%©!$#uρ ∩∠∪ tβρߊ$yèø9$# ãΝèδ y7Íׯ≈s9'ρé'sù y7Ï9≡sŒ u™!#u‘uρ 4©xötGö/$# Ç⎯yϑsù ∩∉∪ š⎥⎫ÏΒθè=tΒ

tβθÝàÏù$ptä† öΝÍκÌE≡uθn=¹
| 4’n?tã ö/ãφ t⎦⎪Ï%©!$#uρ ∩∇∪ tβθãã≡u‘ öΝÏδωôγtãuρ öΝÎγÏF≈oΨ≈tΒL{ öΝèδ

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


34  TOPIK 2 PENGERTIAN AQIDAH DAN KEPENTINGANNYA

Maksudnya:

„Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman, (iaitu) orang-


orang yang khusyuk dalam solatnya. Dan orang-orang yang menjauhkan
diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna. Dan orang-orang
yang menunaikan zakat. Dan orang-orang yang menjaga kemaluannya,
kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau budak (hamba) yang mereka
miliki; Maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada terceIa. Barang
siapa mencari yang selain dari itu (misalnya zina, homoseksual dan
sebagainya), maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas. Dan
orang-orang yang memelihara amanat-amanat (yang dipikulnya) dan
janjinya. Dan orang-orang yang memelihara solatnya‰.

Al-MuÊminun (23) : 1-9

(c) Manusia akan berfikiran positif dalam menjalani kehidupan


Manusia yang beriman akan berfikiran positif dalam hidupnya. Dia akan
terhindar dari sifat gelisah dan keluh kesah sekiranya mereka beriman
dengan Allah dan percaya kepada semua rukun iman.

Hakikat ini dapat difahami dengan jelas kerana apabila manusia menerima
aqidah Islam, mereka akan diberi ketenangan oleh Allah S.W.T, dia akan
merasakan bahawa segala yang berlaku adalah dengan ketentuan Allah
S.W.T dan dengan itu, manusia tidak akan beputus asa di atas musibah yang
menimpanya dan tidak pula bersingkap angkuh, sombong dan tidak
sedarkan diri bila dikurniakan nikmat oleh Allah S.W.T. Firman Allah S.W.T:

⎯ÏiΒ 5=≈tGÅ2 ’Îû ωÎ) öΝä3Å¡àΡr& þ’Îû Ÿωuρ ÇÚö‘F{$# ’Îû 7πt6ŠÅÁ•Β ⎯ÏΒ z>$|¹r& $tΒ

∩⊄⊄∪ ×Å¡o„ «!$# ’n?tã šÏ9≡sŒ ¨βÎ) 4 !$yδr&uö9¯Ρ βr& È≅ö6s%

Maksudnya:

„Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada
dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Luh Mahfuz) sebelum
Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah
bagi Allah‰.
Al-Hadid (57): 22

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 PENGERTIAN AQIDAH DAN KEPENTINGANNYA  35

øŒÎ) È⎦÷⎫Ψo øO$# š†ÎΤ$rO (#ρãxŸ2 t⎦⎪Ï%©!$# çμy_t÷zr& øŒÎ) ª!$# çνt|ÁtΡ ô‰s)sù çνρãÝÁΖs? ωÎ)

tΑt“Ρr'sù ( $oΨyètΒ ©!$# χÎ) ÷βt“øtrB Ÿω ⎯ÏμÎ7Ås≈|ÁÏ9 ãΑθà)tƒ øŒÎ) Í‘$tóø9$# †Îû $yϑèδ

š⎥⎪Ï%©!$# sπyϑÎ=Ÿ2 Ÿ≅yèy_uρ $yδ÷ρts? öΝ©9 7ŠθãΨàfÎ/ …çνy‰−ƒr&uρ Ïμø‹n=tã …çμtGt⊥‹Å6y™ ª!$#

∩⊆⊃∪ íΟŠÅ3ym ͕tã ª!$#uρ 3 $u‹ù=ãèø9$# š†Ïφ «!$# èπyϑÎ=Ÿ2uρ 3 4’n?ø¡9$# (#ρãxŸ2

Maksudnya:

„Jikalau kamu tidak menolongnya (Muhammad), maka sesungguhnya


Allah telah menolongnya (iaitu) ketika orang-orang kafir (musyrikin
Makkah) mengeluarkannya (dari Makkah) sedang dia salah seorang dari
dua orang ketika keduanya berada dalam gua, di waktu dia berkata kepada
temannya: "Janganlah kamu berdukacita, sesungguhnya Allah beserta kita."
Maka Allah menurunkan ketenanganNya kepada (Muhammad) dan
membantunya dengan tentera yang kamu tidak melihatnya, dan Al-Quran
menjadikan orang-orang kafir itulah yang rendah dan kalimat Allah Itulah
yang tinggi. Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
Al-Taubah (9): 40

Selain daripada kepentingan aqidah dalam kehidupan manusia yang dinyatakan


di atas, banyak lagi kepentingan lain, misalnya manusia akan sentiasa
berwaspada dalam hidupnya kerana mereka mempercayai segala tingkah
lakunya akan diperhatikan oleh Allah S.W.T dan semuanya dicatat oleh para
malaikat yang akan ditimbang pada hari kiamat.

Manusia juga akan mempunyai panduan yang jelas dalam menjalani kehidupan
di dunia ini kerana adanya wahyu yang disampaikan oleh para Rasul a.s.,
adanya kitab suci yang membezakan antara yang benar dan palsu.

Selain daripada itu, manusia juga akan mempunyai wawasan hidup yang jauh
kerana mempercayai adanya hari pembalasan dan kebangkitan selepas kematian
mereka. Mereka juga akan sentiasa bersabar atas segala musibah yang
dihadapinya dan sentiasa berdoa, bertawakal dan berusaha bagi mendapat
keredaan Allah S.W.T semasa mereka hidup di dunia ini.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


36  TOPIK 2 PENGERTIAN AQIDAH DAN KEPENTINGANNYA

AKTIVITI 2.1

Huraikan kepentingan aqidah dalam kehidupan manusia.

 Aqidah dari segi etimologi merujuk kepada simpulan kepercayaan yang


disimpulkan secara mantap dalam hati sanubari manusia.

 Aqidah dari segi terminologi merujuk kepada keyakinan yang cukup pasti
lagi putus terhadap sesuatu, tanpa sebarang rasa syak dan ragu.

 Aqidah mempunyai ciri-cirinya yang khusus berbeza dengan kepercayaan


agama-agama lain.

 Kepentingan aqidah dalam kehidupan manusia yang utama ialah menjamin


kebahagiaan dan kesentosaan hidup manusia di dunia dan akhirat.

Aqidah menjamin kebahagiaan hidup manusia di dunia dan akhirat


Keyakinan tidak diselaputi oleh sebarang keraguan dan kesangsian
Simpulan kepercayaan yang tersimpul mantap dalam jiwa

Zakaria Stapa & Mohamed Asin Dollah (2001). Islam: Aqidah dan kerohanian.
Bangi: Penerbit UKM.
Nuh `Ali Salman, Dr. (2004). Al-Mukhtasar al-Mufid fi Jawharah al-Tawhid.
Kuala Lumpur: MuÊasasah al-Bayan.
Sayid Sabiq (2003). Aqidah Islam. Terj. H. Moh. Abdai Rathomy, Kuala Lumpur:
Pustaka Jiwa Sdn. Bhd.
Al-JazaÊiri, Abu Bakr Jabir (t.t.). `Aqidah al-MuÊmin. Kaherah: Dar al-Fikr al-`Arabi.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Anda mungkin juga menyukai