Anda di halaman 1dari 27

MENGKAJI KEKUATAN KONKRIT RINGAN DENGAN MENGGUNAKAN

“STYROFOAM” DAN FIBER KACA SEBAGAI BAHAN TAMBAH

Mohammed Azmi Bin Ladi,


mdazmi@poliku.edu.my
Jabatan Kejuruteraan Awam,
Politeknik Kuching Sarawak

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan adalah untuk menghasilkan produk daripada konkrit ringan yang boleh terapung
di atas permukaan air. Konkrit ringan yang dihasilkan adalah daripada campuran simen dan pasir manakala
Styrofoam dan fiber kaca pula adalah sebagai bahan tambah kedalam konkrit. Fiber kaca digunakan adalah bagi
menambahkan daya pengikat pada bancuhan agar bancuhan ini kukuh dan tidah rapuh. Manakala Styrofoam
digunakan sebagai bahan tambah didalam kajian ini pula adalah untuk menghasilkan konkrit ringan yang boleh
terapung di atas permukaan air selain daripada menyokong projek mesra alam iaitu dengan menggunakan bahan
buangan yang boleh dikitar semula. Styrofoam digunakan secara meluas dalam bidang pembungkusan makanan
dan dikeluarkan dalam bidang pembuatan sebagai satu alat yang melindungi dan menyerap getaran semasa
proses pengendalian dan pengangkutan. Oleh kerana Styrofoam mempunyai ciri-ciri yang ringan, ianya
berpotensi untuk dijadikan sebagai pengganti agregat kasar di dalam perindustrian konkrit ringan. Sifat fizikal
Styrofoam telah diteliti sebelum rekabentuk campuran dilakukan. Tujuan kajian ini adalah untuk menghasilkan
konkrit ringan yang tahan dari segi kekuatan mampatan dan menghasilkan konkrit ringan yang boleh terapung
dan stabil diatas permukaan air bagi penggunaan menghasilkan pontun. Campuran bancuhan yang akan dibuat
ialah 5 bancuhan dan setiap bancuhan akan menghasilkan 6 kiub. Setiap 6 kiub akan menjalani ujian mampatan;
setiap 2 kiub akan menjalankan ujian untuk 7 hari, dan 28 hari. Setiap konkrit yang dihasilkan adalah
mempunyai ketumpatan yang berbeza iaitu berketumpatan 900 kg/m3, 850 kg/m3, 800 kg/m3 dan 750 kg/m3.
Kekuatan mampatan bagi konkrit yang berketumpatan 900 kg/m3 adalah 1.98 N/mm2 dan 2.49 N/mm2 pada hari
ke 7 dan 28 proses penguringan. Manakala bagi konkrit yang berketumpatan 750 kg/m3, kekuatan mampatan
adalah 0.94 N/mm2 dan 1.09 N/mm2. Hasil daripada kajian yang dilakukan, semakin tinggi ketumpatan
bancuhan konkrit, semakin tinggi nilai kekuatan mampatan yang mampu diperolehi pada ujian mampatan
konkrit. Secara kesimpulannya, semua kiub konkrit yang dihasilkan untuk kajian kekuatan mampatan didapati
gagal dan tidak memenuhi piawaian konkrit ringan iaitu 15-17kN/mm2, tetapi ianya tidak pecah seperti mod
kegagalan konkrit normal disebabkan oleh Styrofoam yang bersifat elastik dan kenyal. Namun konkrit yang
dihasilkan mampu untuk terapung diatas permukaan air dimana semakin rendah ketumpatan konkrit yang
dihasilkan, semakin tinggi daya keapungan bagi konkrit tersebut.

Kata Kunci : konkrit ringan, bahan tambah, „Styrofoam‟, fiber kaca, pontun.

1
1.0 PENGENALAN

Konkrit merupakan bahan binaan yang telah digunakan secara meluas dalam industri pembinaan. Dimana
simen merupakan bahan utama yang bertindak sebagai bahan pengikat dalam penyediaan konkrit. Bahan
binaan yang berasaskan konkrit memenuhi ciri-ciri kekuatan dan ketahanan konkrit yang lebih baik berbanding
bahan binaan yang lain seperti kayu dan besi. Asas utama penyediaan konkrit ialah campuran simen, agregat
dan air. Simen merupakan bahan utama yang bertindak sebagai pengikat antara agregat, manakala agregat
merupakan bahan penguat dan keras yang paling banyak digunakan dalam campuran konkrit, sehingga 70%
agregat membentuk kekuatan konkrit.
Air pula merupakan bahan yang bertindak balas dengan serbuk simen bagi membentuk simen terhidrat yang
bersifat jelekit dan melekat. Simen akan mudah melekat pada butiran agregat dan membentuk ikatan yang padu.
Proses penghidratan ini akan terus berlaku dengan kehadiran air yang bertindakbalas dengan serbuk simen.
Campuran dan ikatan padu ini akan mengeras dan membentuk bahan komposit baru yang dikenali sebagai
„konkrit‟. Penggunaan bahan-bahan tambah dan pelbagai bahan-bahan lain juga biasa digunakan dalam
campuran konkrit bagi menghasilkan konkrit berkualiti tinggi atau menghasilkan konkrit berciri tertentu
mengikut keperluan pengguna.
Selain itu konkrit juga boleh dicampur dengan bahan tambah seperti habuk kayu, Fiber Kaca, “Styrofoam”
dan sebagainya. Kajian dan penghasilan produk untuk sekaligus telah menghasilkan konkrit ringan yang mampu
terapung pada permukaan air. Pengitaran semula bahan-bahan terbuang perlu bagi menyediakan konkrit yang
mesra alam dan pengitaran semula „Styrofoam‟ adalah salah satu alternetif bagi penghasilan konkrit ringan dan
menjimatkan kos. Selain itu, bahan tambah seperti Fiber Kaca juga membantu dalam mengikat konkrit agar
ianya lebih kukuh dan padu.
S.G (Specific Gravity) merupakan nisbah ketumpatan (jisim unit isipadu) bahan ketumpatan (jisim unit
isipadu yang sama) bahan sampel. Graviti tentu yang jelas ialah nisbah berat-isipadu bahan kepada berat jumlah
yang sama bahan sampel. Dalam kajian ini, kami telah menggunakan S.G (Specific Gravity) untuk
mengganggarkankan dan membuat pengiraan bagi menentukan nilai isipadu bancuhan konkrit dan ketumpatan
bancuhan konkrit.

Weight of the substance


Specific Gravity =

Weight of an equal volume of water

2
1.1 PENYATAAN MASALAH

Mengurangkan penggunaan bahan batu baur, pasir dan simen di dalam konkrit dengan mencampurkan bahan
terbuang seperti „Styrofoam‟ dan fiber kaca sebagai bahan tambah agar kos di dalam pembinaan dapat
dikurangkan.

1.2 OBJEKTIF KAJIAN

1. Mengkaji sifat kekuatan mampatan konkrit ringan dengan menggunakan “Styrofoam” dan Fiber Kaca
sebagai bahan tambah.

2. Menghasilkan konkrit ringan yang boleh terapung pada permukaan air dengan menggunakan
“Styrofoam” dan Fiber Kaca.

1.3 SKOP KAJIAN

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji perbandingan kekuatan mampatan konkrit ringan dengan menggunakan
dua bahan iaitu „Styrofoam‟ dan Fiber Kaca sebagai bahan tambah di dalam konkrit. Dalam kajian ini juga,
nisbah bancuhan yang digunakan adalah 1:2 yang mewakili simen:pasir bagi setiap nilai dan campuran di dalam
konkrit ringan. Ketumpatan konkrit yang dihasilkan dalam kajian ini ialah 750kg/m3, 800kg/m3, 850kg/m3 dan
900kg/m3.

1.4 METODOLOGI

3
Mula

Mengenalpasti Kajian

Mengumpulakan Maklumat
( Jurnal, Buku Teks, Internet)

Menganalisis Maklumat

Menganalisis Penyataan Masalah

Ujian di Bengkel / Makmal

Keputusan / Kumpul Data

Menganalisis Keputusan

Kesimpulan Dan Cadangan

Hantar Laporan

2.0 KAJIAN LITERATUR

2.1 PENGENALAN KEPADA KONKRIT

Menurut (Sidney dan Francis Young, 1981), konkrit adalah terdiri daripada campuran batu baur kasar,
batu baur halus dan simen. Bahan-bahan tersebut digaulkan dengan air dibiarkan mengeras mengikut nisbah
tertentu bagi membentuk konkrit. Teknik pembuatan konkrit, kualiti konkrit, nisbah bancuhan konkrit dan
hendaklah dititikberatkan bagi penghasilan konkrit yang baik dan berkualiti.
Kekuatan konkrit adalah salah satu sifat konkrit yang penting untuk memberi gambaran yang
menyeluruh berhubung dengan mutu konkrit kerana kekuatan adalah berkait terus dengan struktur adunan simen
terkeras. (Neville, 1981). Kekuatan konkrit juga bertambah mengikut umurnya dan pertambahan kekuatan ini
berterusan untuk beberapa ketika. Walaubagaimanapun, konkrit pada usia 28 hari dijadikan ukuran kepada
kekuatan. Pertambahan kekuatan mampatan konkrit amat bergantung pada suhu dan kelembapan semasa proses
mengeras. Nisbah air-simen adalah antara faktor utama yang mengawal kekuatan konkrit. Rajah 2.1
menunjukkan hubungan antara kekuatan konkrit dan nisbah air-simen (M.S Shetty, 1986)

4
Rajah 2.1 : Hubungan antara kekuatan konkrit dan nisbah air-simen

Selain mengambil faktor nisbah air-simen, kekuatan konkrit juga sangat bergantung kepada cara atau
proses penyediaannya. Sebagai contoh, dalam proses penyediaan konkrit, andai berlaku perubahan kualiti
bahan-bahan campuran atau perubahan kadar campuran semasa menyukat, maka ianya akan menngakibatkan
kekuatan konkrit yang dihasikan akan berubah sama seperti konkrit yang ditambhan dengan bahan-bahan
tambah.

2.2 SEJARAH KONKRIT RINGAN DALAM INDUSTRI PEMBINAAN

Sejarah awal penggunaan konkrit ringan dalam industri pembinaan telah bermula seawal tahun 1920an
lagi di Amerika Syarikat. Ianya telah digunakan dalam pembinaan perumahan secara menyeluruh termasuklah
dinding dan komponen struktur bangunan terutama tiang dan rasuk, blok-blok konkrit dan dinding penahan
haba. Sejarah penggunaan konkrit ringan berketumpatan rendah dalam pembinaan perumahan telah
menghasilkan banyak kebaikan. Antara kebaikannya adalah dapat mengurangkan beban mati rumah, rumah
dapat dibina lebih cepat dan kos pengangkutan bahan yang lebih rendah. Konkrit ringan ini juga merupakan
bahan penebat yang baik, iaitu penebat haba, bunyi dan kebakaran yang jauh lebih baik berbanding konkrit biasa
yang juga sudah baik sifatnya berbanding bahan binaan lain. Perkembangan semasa teknologi konkrit ringan
memperlihatkan penggunaan konkrit ringan boleh digunakan pada hampir keseluruhan binaan perumahan. Ini
termasuklah penggunaan dalam binaan struktur konkrit ringan bertetulang, bumbung dan lantai tanggung beban.
Sejarah penggunaan konkrit ringan dalam industri pembinaan telah lama bermula, walaubagaimanapun
penggunaannya kurang popular pada peringkat awal dan mula popular beberapa tahun kebelakangan ini.
Mengikut Short & Kinniburgh (1978), konkrit ringan bukan bahan binaan yang baru dalam industri pembinaan.
Sejarah mencatat permulaan konkrit ringan adalah penggunaan batu kelikir sebagai agregat ringan yang

5
digunakan pada lewat kurun ke sembilan belas di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, England dan
beberapa negara Eropah lainnya. Ini terbukti apabila kerja-kerja pembinaan bangunan tambahan Muzium British
pada tahun 1097 penggunaan konkrit ringan daripada agregat ringan kelikir.
Sejarah juga menunjukkan masyarakat Amerika Syarikat telah membina kapal pada perang dunia
pertama menggunakan konkrit ringan daripada agregat ringan tanah liat terkembang dalam penyediaan dan
pembinaan blok-blok konkrit untuk perumahan semenjak tahun 1920an lagi. Masyarakat England pula
menggunakan sangga berbusa sebagai konkrit ringan pada pertengahan tahun 1930an. Malah England
merupakan antara negara pengeluar agregat ringan ini dan menghasilkan blok-blok konkrit ringan berasaskan
sangga berbusa ringan (Short & Kinniburgh, 1978).
Pada masa perang dunia kedua, pengeluaran agregat biasa menjadi sukar dan ianya tidak dapat
diperdagangkan. England telah menghasilkan, mengeluarkan dan menggunakan konkrit agregat ringan sebagai
blok tidak tanggung beban. Hasil pengeluaran yang berterusan telah meningkatkan kualiti agregat ringan.
Konkrit ringan telah ditingkatkan penggunaannya sebagai binaan dinding tanggung beban dua lapis.

2.3 BAHAN TAMBAH

Menurut (Whitney dan Robert, 1981), bahan tambah adalah bahan yang dicampurkan ke dalam
campuran konkrit biasa bertujuan untuk mengawal dan mngubahsuai kepada campuran konkrit untuk kegunaan
pada struktur-struktur tertentu bergantung kepada keadaan dan keperluan yang dikehendaki. Sebagai contoh,
bahan tambah digunakan untuk melambatkan atau mempercepatkan pengerasan konkrit dan juga meningkatkan
kualiti yang dihasilkan tanpa mengurangkan kandungan air di dalam campuran konkrit. Bahan tambahan juga
boleh menghasilkan kebolehkerjaan yang lebih baik terutama untuk kerja-kerja konkrit yang menggunakan
mesin pengepam. Bahan tambahan sepatutnya boleh memberi kualiti konkrit yang lebih baik. Terdapat 2 jenis
bahan tambah yang digunakan didalam kajian ini iaitu fiber kaca dan polisterina.
2.3.1 FIBER

Terdapat berbagai-bagai jenis fiber telah digunakan dalam campuran bancuhan konkrit dengan
mempertimbangkan sifat mekanikal, fizikal dan kimianya. Secara amnya, bahan fiber adalah bahan
yang diperbuat daripada keluli, kaca, sintetik dan bahan-bahan semulajadi yang boleh didapati dalam
pelbagai saiz dan bentuk. Fiber yang digunakan di dalam kajian ini adalah fiber kaca.
Fiber Kaca (Fiber glass) merupakan satu bahanfiber yang diperbuat daripada kaca yang sangat
halus. Ia digunakan sebagai agen menguat di dalam banyak produk-produk polimer: yang mana
menghasilkan bahan komposit. Polimer-polimer seperti polimer diperkuat fiber (fiber-reinforced
polymeratau atau FRP) atau plastik diperkuat kaca (glass-reinforced plastic atau GRP), lebih dikenali
umum dengan nama fiber kaca. Sejak berzaman, para pembuat kaca melakukan ujian dengan fiber
kaca, tetapi pengeluaran besar-besaran fiber kaca hanya dapat dilakukan dengan penciptaan alatan
mesin yang lebih baik.
Penggunaan gentian kaca mempunyai beberapa kelebihan kerana harganya yang murah, kuat
dan boleh bercampur dengan baik bersama bahan rencam yang lain. Ianya bertindakbalas secara
biologi. Antara kebaikan penggunaan fiber kaca ialah kos yang digunakan adalah kurang, kekuatan

6
tegangan bertambah, kekuatan rintangan bahan kimia yang kuat dan sifat-sifat penebat yang cemerlang.
Fiber kaca akan menjadi lembut apabila mengalami suhu melebihi 400˚C. Fiber ini mempunyai
kekuatan yang tinggi, berketumpatan yang rendah, penebat elektrik yang baik dan pengalir bunyi yang
baik. Tetapi fiber ini mempunyai kekurangan iaitu ianya tidak sesuai bagi penggunaan untuk membina
jambatan dan sayap kapal terbang.
Hari ini, potensi penggunaan bahan komposit seperti fibre dimanfaatkan untuk banyak
kegunaan di seluruh dunia. Bahan-bahan komposit canggih digunakan disebabkan oleh ciri-ciri yang e
lok seperti prestasi tinggi, penyerapan tenaga tinggi dan hakisan yang baik, kekuatan yang tinggi dan
mampu melawan rintagan kerosakan telah banyak digunakan dengan banyak dalam insfrastruktur
kejuruteraan awam seperti banggunan-banggunan dan jambatan. Kekuatan konkrit juga biasanya
memberikan gambaran yang menyeluruh berhubung dengan mutu konkrit kerana kekuatan adalah
berkait terus dengan struktur adunan simen terkeras ( A.M Neville, 2004). Penggunaan bahan tambah
di dalam bancuhan konkrit dapat membantu dalam meningkatkan lagi keupayaan ciri-ciri konkrit
terutamanya terhadap kekuatan dan ketahanlasakan.
Walaubagaimanapun, terdapat sedikit kerja yang telah dijalankan mengenai kebolehkerjaan
konkrit yang diubahsuai dengan fiber dibandingkan dengan konkrit biasa. Adalah sangat penting
mendapatkan sifat kebolehkerjaan terhadap kekuatan mampatan. Terdapat pelbagai aspek yang boleh
dikaji dari segi penambahan kekaca fiber kepada bancuhan konkrit terutamanya yang melibatkan
peningkatan kekuatan. Permasalahannya ialah ketidakpastian secara tepat jumlah peratus fiber yang
diperlukan bagi mendapatkan sasaran seperti rekabentuk.

2.3.1.1 JENIS-JENIS FIBER KACA

Fiber kaca mempunyai pelbagai jenis berdasarkan kepada kegunaan serta fungsi fiber
tersebut. (P.V Vijay, 2007). Antara jenis-jenis fiber ialah :

BIL JENIS KEGUNAAN

i. E-glass Kurang kandungan alkali dan biasa digunakkan dalam


perdagangan dalam jumlah yang tinggi dan sifat-sifat mekanikal
yang tinggi. (terbanyak digunakan dan murah, maksud E ialah
gred elektrik)
ii. Z-glass Dipergunakan dalam simen mortar dan konkrit melalui rintangan
melawan serangan alkali yang tinggi.
iii. AR-glass Menggandungi kandungan zirconia yang berperanan menahan
pengaratan dari tindakan alkali. (AR membawa maksud tahan

7
alkali (alkali resistant)

iv. C-glass Dipergunakan utuk aplikasi yang memerlukan rintangan hakisan


terhadap asid yang tinggi seperti aplikasi kimia.
v. S-glass Menghasilkan kekuatan dan aplikasi modulus yang tinggi. (R
bermaksud kekuatan)
vi. Lov K-glass Ialah satu fiber percubaan yang dihasilkan bagi mengurangkan
sifat-sifat kandungan elektrik di dalam aplikasi elektrik dan sama
seperti D-glass (Dielectric Glass)

Jadual 2.2 : Jenis-jenis Fiber Kaca

2.3.2 POLISTERINA (STYROFOAM)

Istilah Styrofoam adalah tanda nama bagi penebat haba yang diperbuat daripada polisterina.
Tanda-nama ini dimiliki oleh Syarikat Dow Chemical. Satu kaedah membuat polisterina berbusa
ditemui untuk pertama kali pada tahun 1941 oleh Dow Chemical Phycics Lab. Kajian ini diselia oleh
Ray Mcintire dengan menggunakan kaedah yang sebelum ini ditemui oleh CG Munters dari Sweden
iaitu pencipta polisterina. Selepas memperolehi hak untuk menggunakan kaedah Munter, Dow mampu
untuk menghasilkan polisterina dalam kuantiti yang besar yang berbentuk buih yang kalis air.

Polisterina adalah polimer yang dipanggil aromatik kerana struktur kimia yang diperbuat
daripada beberapa unit monomer stirena. Stirena adalah hidrokarbon cecair dan boleh dibuat dengan
menggunakan petroleum sebagai asas. Polisterina bersifat termoplastik, yang bermakna ianya akan
cair, pada suhu yang tinggi dan akan menjadi pepejal pada suhu yang rendah (penyejukan).

2.3.2.1 EXPANDED POLYSTYRENE CONCRETE (EPScrete)

Konkrit ringan, yang dikenali sebagai atau Styrofoam, adalah bahan yang digunakan
secara meluas dalam pembinaan persekitaran rumah hijau. Bahan ini sering menggunakan
manik- manik polisterina (Styrofoam) yang bersaiz kecil dan ringan sebagai agregat ringan
dan bukannya menggunakan batu hancur yang sering digunakan dalam konkrit biasa. Ianya
tidak kuat seperti mana campuran konkrit berasaskan batu, tetapi mempunyai kelebihan lain
seperti tahan haba dan ciri-ciri penebat bunyi, mudah membentuk dan dibentuk oleh tangan
dengan ukiran dan alat pembinaan. EPScrete boleh meningkatkan sifat penebat dalam konkrit
dan kerana ianya adalah 88 peratus lebih ringan daripada konkrit berasakan batu, ianya
mempunyai sokonganlebih yang diperlukan bagi struktur bersaiz kecil seperti saiz asas dan
keperluan tetulang keluli. EPScrete juga adalah satu bentuk konkrit yang ringan dan ianya
adalah bahan yang popular untuk kegunaan di alam persekitaran bagi teknologi rumah hijau

8
(Green Technology Environment). Ia telah lama digunakan sebagai katil jalan road bedding,
di dalam tanah atau projek penstabilan tanah (in soil or geo-stabilization project) dan sebagai
sub-penggredan untuk railroad trackage.

2.4 KEKUATAN KONKRIT


Faktor utama yang mempengaruhi kekuatan konkrit adalah jumlah lompang yang tertinggal di dalam
konkrit, lebih mudah mampat dan fenomena ini akan mengurangkan kekuatan. Oleh itu, adalah mustahak bagi
konkrit dibuat sepadat yang mungkin. Kekuatan konkrit juga bertambah mengikut umur, tetapi kadar
pertambahannya dipengaruhi oleh kaedah pengawetan yang betul. Sebaik-baiknya konkrit disimpan dalam
keadaan yang lembab untuk membolehkan penghidratan simen berlaku dengan baik. BS1881 : Part 111 (1985)
telah menyatakan bancuhan konkrit yang berkualiti hendaklah mematuhi kekuatan minimum mengikut
kehendak rekabentuk dan gred konkrit yang dihasilkan pada umur 7 hari, 14 hari dan 28 hari. Salah satu sifat
kekuatan konkrit adalah kekuatan mampatan.

2.4.1 KEKUATAN MAMPATAN


Kekuatan mampatan adalah satu aspek yang terpenting di dalam menentukan mutu sesuatu
konkrit sama ada baik atau sebaliknya. Bagi mencapai matlamat dan objektif ini, konkrit hendaklah
disediakan dengan teliti bermula daripada bahan-bahan bagi campuran konkrit sehinggalah kepada
semasa dan selepas menyediakan konkrit yang bebas daripada sebarang kecacatan dari segi
kelompongan ataupun rongga yang halus. Namun begitu, sifat-sifat mekanikal seperti kekuatan konkrit
adalah sukar untuk dijelaskan dengan terperinci. (Neville A.M, 2004)
Konkrit mampu merintangi mampatan yang lebih baik daripada lain-lain bentuk tegasan dan
umumnya di dalam banyak kes, kekuatan mampatan konkrit boleh menjadi sifat konkrit yang paling
utama. Keputusan ujian mampatan boleh digunakan untuk tujuan kawalan dan perbandingan. Ujian
mampatan ke atas kiub ini tidak memberikan maklumat mengenai kekuatan konkrit secara lansung
tetapi sebaliknya menyatakan potensi kekuatan campuran konkrit apabila dihasilkan.
Walaubagaimanapun, ujian ini berguna dan jika dibuat dan ditafsirkan dengan betul ianya boleh
digunakan untuk menentukan kualiti konkrit.
3.0 METODOLOGI

3.1 PENGENALAN

Kajian ini dijalankan untuk mendapatkan sampel konkrit ringan yang telah direkabentuk. Bagi
mencapai objektif kajian yang telah digariskan sebelum ini, ujian kekuatan mampatan akan dilakukan pada
umur konkrit ke-7 dan ke-28.

9
MEMASUKKAN UJIAN
REKABANTUK MEMBUKA
PENYEDIAAN BANCUHAN KEKUATAN
KONKRIT MEMBANCUH ACUAN
PERALATAN KONKRIT KE MAMPATAN
KONKRIT KEESOKAN
DAN BAHAN DALAM UNTUK HARI
HARINYA
ACUAN KE-7 & KE-28

Carta 3.1: Ringkasan kerja

3.2 REKABENTUK KONKRIT

10
Di dalam kajian ini, rekabentuk konkrit ringan dilakukan berdasarkan kepada ketumpatan konkrit
ringan yang diperlukan. Rekabentuk konkrit ringan ini adalah berdasarkan kepada specific gravity bagi setiap
bahan - bahan yang digunakan dimana setiap bahan mempunyai specific gravity tersendiri. Rekabentuk konkrit
bagi setiap bancuhan adalah seperti yang dilampirkan pada bahagian lampiran.

Jadual 3.1: RekabentukKonkrit

Nisbah 1:2 BahanTambah


Umur Ketumpatan Air
Mix Sampel Simen Pasir Styrofoam Fiber
(Hari) Kg/m3 Liter
(Kg) (Kg) (Kg) (Kg)
S1 900 0.76 1.51 0.76 0.055 0.012
S2 7 900 0.76 1.51 0.76 0.055 0.012
S3 900 0.76 1.51 0.76 0.055 0.012
1
S4 900 0.76 1.51 0.76 0.055 0.012
S5 28 900 0.76 1.51 0.76 0.055 0.012
S6 900 0.76 1.51 0.76 0.055 0.012
S7 850 0.71 1.43 0.71 0.058 0.015
S8 7 850 0.71 1.43 0.71 0.058 0.015
S9 850 0.71 1.43 0.71 0.058 0.015
2
S10 850 0.71 1.43 0.71 0.058 0.015
S11 28 850 0.71 1.43 0.71 0.058 0.015
S12 850 0.71 1.43 0.71 0.058 0.015
S13 800 0.67 1.34 0.67 0.061 0.018
S14 7 800 0.67 1.34 0.67 0.061 0.018
S15 800 0.67 1.34 0.67 0.061 0.018
3
S16 800 0.67 1.34 0.67 0.061 0.018
S17 28 800 0.67 1.34 0.67 0.061 0.018
S18 800 0.67 1.34 0.67 0.061 0.018
S19 750 0.63 1.26 0.63 0.063 0.020
S20 7 750 0.63 1.26 0.63 0.063 0.020
S21 750 0.63 1.26 0.63 0.063 0.020
4
S22 750 0.63 1.26 0.63 0.063 0.020
S23 28 750 0.63 1.26 0.63 0.063 0.020
S24 750 0.63 1.26 0.63 0.063 0.020

3.3 PENYEDIAAN BAHAN - BAHAN

11
Antara bahan – bahan yang digunakan di dalam kajian ini adalah simen portland biasa, pasir, air,
styrofoam dan fiber kaca. Manakala nisbah air-simen yang digunakan didalam bancuhan ini adalah 0.5.

Gambarajah 3.1 : Simen Portland Biasa

Gambarajah 3.2 : Pasir yang telah diayak berukuran 0.63 – 2.0 mm

Gambarajah 3.3 : Styrofoam

Gambarajah 3.4 : Fiber Kaca

3.4 PENYEDIAAN PERALATAN

12
Di dalam kajian ini, kiub berukuran 150 mm x 150 mm x 150 mm digunakan bagi menyediakan 24
sampel konkrit ringan. Peralatan yang digunakan di dalam kerja penyediaan sampel konkrit ringan bagi kajian
ini adalah seperti skop, sudip, dulang besi, penimbang dan kereta sorong.

Gambarajah 3.5 : Kiub berukuran 150 mm x 150 mm x 150 mm

Gambarajah 3.6: Sudip

Gambarajah 3.7: Dulang Besi

Gambarajah 3.8: Baldi

13
Gambarajah3.9 :Penimbang

Gambarajah3.10 :Skop

Gambarajah 3.11 : Mesin Mampatan (Motorised Concrete Compression Machine)

3.5 KAEDAH PENYEDIAAN KIUB


Kiub konkrit dihasilkan menggunakan kiub pasang siap. Kiub konkrit ini perlulah di sapu
minyak dibahagian dalam kiub sebelum ianya digunakan bagi memastikan konkrit yang diletakkan di
dalam acuan itu tadi mudah dikeluarkan apabila konkrit sudah kering.

Gambarajah 3.12 :Kiub yang disapu minyak

14
3.6 KAEDAH BAGI PENYEDIAAN KONKRIT

1. Ambil simen mengikut sukatan yang telah ditetapkan mengikut pengiraan bancuhan dan masukkan
simen ke dulang besi untuk dibancuh.
2. Pasir mestilah ditapis dahulu bagi mengasingkan benda asing sebelum dimasukkan kedalam bancuhan.
3. Air dimasukkan ke dalam bancuhan mengikut sukatan yang telah ditetapkan. Nilai air bergantung
kepada setiap bancuhan.
4. “Styrofoam” yang sudah dihancurkan menjadi kecil dan Fiber Kaca yang telah di dipotong disediakan
untuk dicampurkan dalam bancuhan.
5. Selepas itu, gaulkan simen, pasir, “Styrofoam”, Fiber Kaca, dan air sehingga menjadi bancuhan konkrit
yang sebati.
6. Selepas itu, masukkan bancuhan konkrit yang telah sebati itu ke dalam acuan yang berukuran 150mm x
150mm x 150mm.
7. Padatkan bancuhan konkrit di dalam acuan dengan menghentak dengan menggunakan alat pemadat.
Hentakan dilakukan sebanyak 35 kali. Ulangi kaedah tersebut sebanyak 3 kali.
8. Selepas selesai melalui proses pemadatan, bancuhan konkrit yang ada di dalam acuan tadi diratakan di
bahagian atasnya. Kemudian Bancuhan konkrit yang telah dimasukkan ke dalam acuan tadi disimpan
ke dalam bengkel.

Gambarajah 3.13: Proses membancuh konkrit

Gambarajah 3.14 : Proses hentakan 35 kali dijalankan dengan menggunakan rod hentakan

15
3.7 PROSEDUR UJIAN MAMPATAN

Ujian kekuatan mampatan dilakukan untuk mendapatkan kekuatan sampel konkrit tersebut. Sampel
yang digunakan ini adalah sampel konkrit yang telah mencapai usia 7 hari dan 28 hari. Prosedur untuk ujian
kekuatan mampatan pada kadar tekanan tertentu berdasarkan saiz konkrit adalah seperti berikut :

1. Konkrit yang sudah mencapai usia yang dikehendakiakan dikeluarkan dari air dan dibersihkan terlebih
dahulu.
2. Sebelum meletakkan konkrit diatas pelantar mesin, pelantarnya dipastikan terlebih dahulu bersih dan
tiada kotoran seperti kesan tinggalan konkrit yang pecah.
3. Ujian dimulakan dengan beban mampatan yang dikenakan secara automatik.
4. Nilai kekuatan mampatan konkrit akan dibaca pada mesin mampatan dan dicatatkan.
5. Bagi bancuhan konkrit yang lain, prosedur - prosedur diatas juga perlu dilakukan mengikut usia konkrit
yang dikehendaki.

Gambarajah 3.15 : Ujian kekuatan mampatan dilakukan ke atas konkrit.

Gambarajah 3.16 : Sampel konkrit yang telah menjalani ujian mampatan

16
4.0 KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN

4.1 PENGENALAN

Bab ini akan menerangkan tentang semua data yang diperolehi daripada hasil ujikaji makmal yang
telah dilakukan. Setelah selesai ujian makmal, data yang diperolehi dikumpulkan, direkodkan, dianalisa dan
dibincangkan dalam bab ini. Data yang diperolehi dipersembahkan dalam bentuk graf dan jadual agar mudah
difahami. Segala keputusan ujikaji dianalisi bagi melihat perbandingan keputusan diantara ujian terhadap
konkrit yang berbeza ketumpatan. Kesan perbezaan pengunaan gentian kaca dan polisterina pada setiap
bancuhan dikaji bagi melihat faktor kekuatan mampatan setiap bancuhan.
Oleh itu, didalam bab ini juga akan membincangkan mengenai kebolehkerjaan konkrit dan kekuatan
mampatan setiap bancuhan yang telah dijalankan sepanjang penyiapan projek akhir ini. Sebanyak 24 sampel
kiub konkrit bersaiz 150 mm × 150 mm × 150 mm telah disediakan. Bagi setiap ujikaji yang dijalankan, semua
kiub telah diawet menggunakan kaedah awetan kiub dengan merendam kiub selama 7 hari dan 28 hari didalam
air sebelum dikeringkan. Berdasarkan kepada ujian yang telah dijalankan, keputusan dan data telah diperolehi.
Data-data ini digunakan untuk menganalisis serta kesimpulan berkaitan kajian dijalankan untuk memastikan
objektif kajian dan matlamat kajian ini tercapai mengikut apa yang telah dirancangkan.

4.2 KEKUATAN MAMPATAN KONKRIT

Kekuatan mampatan konkrit menggunakan ketumpatan yang berbeza bagi 4 jenis bancuhan yang
berbeza telah dibuat pada umur 7 dan 28 hari. Keputusan kekuatan mampatan konkrit telah dijadualkan seperti
dalam jadual 4.1.
Berdasarkan jadual 4.1, setiap bancuhan mempunyai kekuatan mampatan yang berlainan setelah
dikenakan beban yang maksimum yang dapat ditanggung oleh setiap kiub. Didapati pada bancuhan yang
pertama yang berketumpatan 900 kg/m³, mempunyai kekuatan yang lebih tinggi berbanding kiub yang lain.
Mungkin ini disebabkan dengan keseimbangan bahan dan kesesuaian bahan tambah yang terdapat didalam
campuran konkrit yang menyebabkan ianya kukuh dan kuat berbanding dengan campuran yang lain.

17
Purata
Mix Sampel Umur Ketumpatan Berat Kekuatan Kekuatan Purata Kekuatan
(hari) (kg/m³) (kg) Mampatan Mampatan Beban Mampatan
(kN) (N/mm²) (kN) (N/mm2)
S1 900 3.10 50.2 2.23
S2 7 900 3.05 42.6 1.89 44.5 1.98
S3 900 3.02 40.7 1.81
1 S4 900 3.08 55.1 2.45
S5 28 900 3.02 53.2 2.36 56.0 2.49
S6 900 3.12 59.8 2.66
S7 850 2.94 35.0 1.55
S8 7 850 2.91 31.4 1.39 32.1 1.42
S9 850 2.90 30.0 1.33
2 S10 850 2.89 41.2 1.83
S11 28 850 2.93 42.5 1.89 41.5 1.84
S12 850 2.90 40.8 1.81
S13 800 2.70 27.0 1.20
S14 7 800 2.76 27.3 1.21 27.0 1.19
S15 800 2.77 26.7 1.18
3 S16 800 2.84 31.0 1.38
S17 28 800 2.68 28.1 1.25 29.4 1.31
S18 800 2.71 29.2 1.30
S19 750 2.60 22.5 1.0
S20 7 750 2.57 19.8 0.88 21.2 0.94
S21 750 2.59 21.2 0.94
4 S22 750 2.54 25.1 1.12
S23 28 750 2.57 24.5 1.09 24.5 1.09
S24 750 2.55 23.8 1.06
Jadual 4.1 : Ujian mampatan kiub ke atas konkrit bercampuran bahan tambah fiber kaca dan Styrofoam yang
berbeza ketumpatan.

18
2

Kekuatan Mampatan (N/mm²)


1.8
1.6
1.4 Mix 1
1.2
Mix 2
1
0.8 Mix 3
0.6
Mix 4
0.4
0.2
0
7
Umur (hari)

Gambarajah 4.1 : Graf Kekuatan Mampatan Konkrit Melawan Umur Pengawetan bagi 7 hari
Kekuatan Mampatan (N/mm²)

2.5

2
Mix 1
1.5
Mix 2
1 Mix 3
Mix 4
0.5

0
28
Umur (hari)

Gambarajah 4.2: Graf Kekuatan Mampatan Konkrit Melawan Umur Pengawetan bagi 28 hari.

Perbandingan Antara Kekuatan Mampatan Konkrit 7 hari dan 28 hari.


KEKUATAN MAMPATAN ( N/mm²)

2.5

1.5
7 HARI
1 28 HARI

0.5

0
Mix 1 Mix 2 Mix 3 Mix 4
Mix

Gambarajah 4.3 : Graf Kekuatan Mampatan Konkrit Melawan Umur Pengawetan

19
Berdasarkan carta dalam rajah 4.1, 4.2 dan 4.3 dapat diperhatikan bahawa kekuatan mampatan konkrit
meningkat mengikut umur. Carta ini dibuat supaya pemahaman tentang perbezaan kekuatan yang telah dibuat
adalah lebih jelas dan lebih mudah difahami. Keputusan ini telah dijangkakan kerana semakin lama pengawetan
konkrit berlaku, penghidratan simen yang berlaku akan semakin lengkap sekaligus menguatkan lagi konkrit
tersebut tetapi ianya perlulah mempunyai kesesuaian bahan tambah dan bancuhan yang seimbang bagi
menghasilkan konkrit yang lebih baik.

4.3 Mod Kegagalan Konkrit

Berdasarkan pemerhatian yang telah dijalankan, mod kegagalan yang berlaku ke atas ke empat-empat
jenis bancuhan adalah seperti gambarajah dibawah.

Gambarajah 4.4: Sampel bancuhan kiub Styrofoam dan Fiber Kaca

Berdasarkan pemerhatian, kegagalan pada setiap konkrit tidak banyak perbezaan. Ianya tidak mudah
pecah kerana adanya Styrofoam yang bersifat elastik dan kenyal. Kesemua kiub konkrit yang diletakkan beban
bagi mengkaji kekuatan konkrit didapati gagal kerana rekahan, tetapi ianya tidak pecah seperti mod kegagalan
konkrit normal.

20
5.0 KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 KESIMPULAN

Dari kajian yang dibuat, kekuatan mampatan bagi konkrit yang menggunakan bahan tambah iaitu
Styrofoam dan fiber kaca tidak dapat mengatasi kekuatan mampatan bancuhan konkrit biasa disebabkan oleh
bancuhan konkrit yang menggunakan Styrofoam dan fiber kaca tidak mempunyai agregat kasar. Ketumpatan
bancuhan yang optimum dalam kajian ini adalah bancuhan 1 yang mempunyai ketumpatan 900kg/m 3 kerana
kekuatan mampatan konkrit ini lebih tinggi dan lebih stabil serta daya apungan yang sama berbanding dengan
ketumpatan bancuhan 2, 3 dan 4. Konkrit ringan ini mempunyai kelasakan yang tinggi dan tidak mudah pecah
disebabkan oleh fiber kaca sebagai pengikat dan juga sifat Styrofoam yang ringan membuatkan ianya sesuai
digunakan untuk pembinaan seperti pontoon, struktur dinding, blok konkrit dan penebat haba pada bumbung.
Penyelidikan ini juga serba sedikit dapat meningkatkan kesedaran tentang kitar semula bahan dan
mengurangkan pembuangan Styrofoam.
Secara keseluruhannya, terdapat dua objektif di dalam kajian ini. Objektif yang pertama ialah
mengkaji sifat kekuatan mampatan konkrit ringan dengan menggunakan Styrofoam dan fiber kaca sebagai bahan
tambah. Objektif yang pertama tidak tercapai kerana kekuatan mampatan konkrit ringan yang dihasilkan tidak
memenuhi piawaian konkrit ringan iaitu 15-17kN/mm2. Perbandingan diantara semua konkit ringan yang telah
dihasilkan, kekuatan mampatan yang paling maksimum hanya mencapai 2.66N/mm 2 pada 28 hari pengawetan
bagi bancuhan yang pertama, sampel yang ketiga. Objektif yang kedua ialah menghasilkan konkrit ringan yang
boleh terapung pada permukaan air dengan menggunakan Styrofoam dan fiber kaca. Objektif yang kedua
mampu dicapai didalam kajian ini kerana daya apungan konkrit ringan adalah tinggi.
Kesimpulan keseluruhan kajian, semakin rendah ketumpatan pada setiap bancuhan konkrit, semakin
tinggilah daya apungan bagi kiub konkrit. Tetapi semakin tinggi ketumpatan bancuhan konkrit, semakin tinggi
nilai kekuatan mampatan yang mampu diperolehi pada ujian mampatan konkrit.

5.2 CADANGAN

Setelah selesai menjalankan kajian ini, penggunaan Styrofoam dan fiber kaca sebagai bahan tambah dalam
bancuhan konkrit dapat diperluaskan lagi penggunaanya dengan adanya kajian-kajian sampingan yang
lain.Disebabkan undang – undang alam sekitar diperketatkan, pengunaan Styrofoam sebagai bahan tambah
dalam campuran konkrit ringan dapat menyelesaikan pembuangan bahan tersebut kerana ia boleh menjejaskan
alam sekitar kita dan juga pengunaan Styrofoam dapat digunakan sebagai usaha untak perluaskan kriteria
kebersihan alam sekitar iaitu reuse, reduce, recycle. Styrofoam dan fiber kaca juga boleh dicampurkan sebagai
bahan tambah ke dalam konkrit biasa mengikut nisbah campuran tertentu untuk mengurangkan beban mati atau
meningkatkan keutuhan dan kelasakan pada konkrit tersebut. Pengunaan Styrofoam dapat mengurangkan kos
bahan digunakan dalam bancuhan dalam pembinaan seperti struktur dinding, pontoon dan sebagainya

21
RUJUKAN

1. British Standard Institution (1983 a), “Testing Concrete – Part 116: Method for Determination of
Compressive Strength of Concrete Cubes” (BS1881) Ltd: London

2. Buku Sifat Konkrit by A.M. Neville (Penterjemah oleh: Abd Ghafar Abd Rahman dan ZuberHj. Din).
A.M. Neville (1994) “SifatKonkrit” Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia,
Kuala Lumpur.

3. American Concrete Institute, Detroit (1992), “Specifications of Masonry Structures” ACI 530.1-
92/ASCE 6-92/TMS 602-92, Reference manual

4. C.H. Whitney, E.M. Robert (1981) “Building Construction; Materials and Types of Construction”
Fifth Edition

5. A. Short, W. Kinniburgh (1963) “Lightweight Concrete” C.R. Books

6. J. Aspdin(1918) “Cement from Rock Quarrying for Cement Manufacture”

7. D.J. Cook, Surrey University (1983) “Expanded Polystyrene Concrete”, Concrete Technology and
Design, New Concrete Materials, Vol. 1, pp. 41-69

8. Surrey University (1983) “FIP Manual of Lightweight of Lightweight Aggregate Concrete:


Second Edition”

9. BK. Marsh (1997) “Design of Normal Concrete Mixes” Second Edition, Construction Research
Communications Ltd: UK

10. Shan Somayaji (2000) “Civil Engineering Material”Second Edition, ISBN13: 9780130839060

11. M. Sidney, J.F Young, D. Darwid (1990) “Concrete” Second Edition

22
LAMPIRAN
(REKABENTUK KONKRIT)

23
24
25
26
27

Anda mungkin juga menyukai