Anda di halaman 1dari 1

BAGAIMANA PELBAGI BENTUK EKSPRESI DIKAITKAN DALAM PENGAJARAN

Terdapat pelbagai bentuk/cara ekspresi yang boleh dikaitkan dalam prose pengajaran dan
pembelajaran. Sebagai contohnya dari segi unsur lisan arahan yang dikemukakan secara
lisan perlulah difahami dengan sebaik mungkin agar dapat difahami dengan jelas dan tidak
disalah ertikan. Sebagai contohnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran komunikasi
secara lisan seperti memberi arahan, pengajaran secara lisan dapat mengelakkan pelajar
daripada keliru tentang pembelajaran tersebut. Selain itu arahan yang jelas juga dapat
membantu murid untuk memahami sesuatu perkara dengan lebih cepat.

Tambahan pula, unsur emosi juga memainkan peranan yang penting dalam meluahkan
ekspresi diri pelajar. Perasaan atau emosi yang ditonjolkan oleh pelajar kadangkala dapat
diterima dan kadangkala dicemuh oleh individu-individu lain. Dengan ini semasa pdp guru
boleh mencetuskan suasana keriangan , bebas daripada tekanan emosi melalui merancang
Teknik pembelajaran yang kreatif seperti simulasi, dan juga melalui pelbagai permainan
yang berkaitan dengan proses pdp.

Akhirnya dari segi bentuk ekspresi idea, Semua idea dan kebolehan menjana minda
perlulah digunakan dalam melaksanakan ekspresi pelajar. Antara kebolehan yang perlu
ditekankan ialah kemahiran berfikir. Untuk meluahkan idea-idea yang bernas, seseorang
pelajar itu perlulah mengetahui kemahiran berfikir.Dengan ini , semasa pdp guru boleh
memberi latih tubi, kuiz dan sebaginya bagi mengetahui tahap pemikiran murid-murid di
dalam kelas,

Anda mungkin juga menyukai