Anda di halaman 1dari 3

 

BERKABUNG

(Bilangan 105 Bahagian Pertama) 

Bismillah, Walhamdulillah Wassalatu Wassalamu


`Ala Rasulillah, Wa'ala Aalihie Wasahbihie Waman Walaah

Kematian seseorang yang dikasihi setentunya mengundang rasa sedih dan duka
apatah lagi orang yang meninggal itu adalah daripada kaum keluarga. Berbagai
cara dan keadaan yang dilakukan dalam menzahirkan rasa sedih atau dukacita
di atas kematian itu. Umpamanya, apa yang dapat kita saksikan di sesetengah
upacara pengkebumian bagi masyarakat tertentu, kita mendapati kebanyakkan
mereka yang ditimpa musibah sebegini akan memakai pakaian dengan warna
yang mereka anggap sebagai tanda melahirkan rasa sedih mereka. Sebahagian
besar masyarakat ini menganggap warna hitamlah yang sesuai dipakai dalam
situasi sedemikian. Inilah antaranya yang dikatakan berkabung menurut
mafhum adat dan budaya sebahagian tempat.

Menurut Kamus Dewan berkabung itu maksudnya memperlihatkan tanda-tanda


sedang berdukacita kerana kematian seseorang dan lain-lain.

Maka dalam keluaran Irsyad Hukum kali ini kita akan menyentuh beberapa
perkara mengenai pengertian berkabung dan cara melaksanakannya serta
hukum dan hikmatnya.

BERKABUNG MENURUT HUKUM SYARAK

Berkabung ataupun ihdad menurut Imam An-Nawawi Rahimahullah ialah:


Meninggalkan berhias-hias samada dengan pakaian, barang kemas dan bau-
bauan yang harum. (Raudhah Al-Thalibin, 8 / 405)

Ini bermaksud perempuan yang berihdad ialah perempuan yang meninggalkan


perkara yang berkaitan dangan berhias dan apa-apa yang boleh merangsang
umpamanya memakai minyak wangi serta bersolek.
Tuntutan berkabung ini pada lazimnya hanyalah ditujukan kepada perempuan
yang kematian suami selama iddahnya. Sementara lelaki tidak berkaitan
dengan tuntutan berkabung ini.

Tradisi berkabung sememangnya sudah wujud sejak dahulu lagi dengan cara
yang berbeza-beza mengikut adat dan kepercayaan. Ini jelas sebagaimana yang
berlaku pada zaman jahiliah, perempuan yang kematian suami ada yang
dikenakan berbagai pantang larang yang langsung tidak memberi keselesaan
hidup di sepanjang tempoh iddah mereka. Hal ini dijelaskan di dalam hadits
Baginda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang diceritakan oleh Zainab
Radhiallahu ‘anha:

Maksudnya: “Aku telah mendengar ibuku, Ummu Salamah berkata: “Telah


datang kepada Baginda Rasulullah Shallallahu ‘alahi wasallam seorang
perempuan lalu berkata kepada Baginda: “Wahai Rasulullah Shallallahu
‘alaihi wasallam, sesungguhnya anak perempuanku telah kematian suaminya,
matanya nampak membengkak (kerana banyak menangis) adakah boleh saya
mencelak matanya?” Maka Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam pun
menjawab: “Tidak (sebanyak dua atau tiga kali kesemuanya dikatakan
Baginda:”tidak”)” Kemudian Baginda bersabda: “(Dia sepatutnya
berkabung) selama empat bulan dan sepuluh hari, dan kalian tidak perlu
meniru kebiasaan wanita Jahiliah (yang suka memanjangkan masa iddah dan
tidak mahu celaka) dengan membuang kotoran haiwan pada awal tahun”.
Humaid bertanyakan kepada Zainab : “Apakah yang dimaksudkan dengan
membuang kotoran haiwan pada awal tahun itu?”. Zainab berkata: “(Pada
zaman jahiliah) apabila ada seorang wanita yang kematian suaminya, dia lalu
masuk ke sebuah rumah kecil dengan mengenakan seburuk-buruk pakaiannya
tanpa menyentuh wangian dan segala sesuatu yang lainnya. Ketika genap satu
tahun, maka didatangkan padanya seekor binatang berupa keldai atau
kambing ataupun burung, lalu dibunuhnya dengan cara memecah atau
membantingnya, dan biasanya binatang itu langsung mati . Setelah itu kotoran
binatang ternak tersebut diberikan padanya dan dia lalu membuangnya.
Setelah itu, kalau dia mahu barulah dia boleh kembali memakai wangi-
wangian dan sebagainya”.

(Hadis riwayat Muslim)

Di samping itu, ada juga perempuan yang kematian suami ini akan dipandang
hina oleh kaum kerabat dan juga masyarakat sekelilingnya. Mereka boleh
melakukan apa sahaja terhadapnya termasuklah memperisterikannya. Hal
sedemikian akan mengakibatkan kehidupan perempuan berkenaan teraniaya.
Hal ini terbukti sebagaimana yang telah diriwayatkan oleh Ibnu Abbas
Radiallahu ‘anhuma:

Maksudnya: “Mereka (masyarakat Jahiliah) apabila terjadinya kematian


suami bagi seseorang isteri maka wali-wali si suami itulah yang berhak ke atas
diri perempuan tersebut, jika mereka ingin mengahwininya maka mereka akan
memperisterikannya dan jika mereka mahu mengahwinkannya maka mereka
akan mengahwinkan perempuan itu dan jika mereka enggan untuk
menyuruhnya berkahwin maka mereka akan menghalangnya dari berkahwin,
jadi mereka lebih berhak dengannya berbanding keluarganya sendiri”.

(Diriwayatkan oleh Al-Bukhari, Abu Daud dan An-Nasai‘ie)

Sebahagian anggota masyarakat hari ini, khasnya para isteri, memandang


ringan akan tuntutan berkabung ini. Kurangnya perhatian berkenaan
kemungkinan kerana ketiadaan maklumat atau kurang pengetahuan tentang
adanya syariat ihdad atau berkabung ini. Apa yang kita selalu saksikan hari ini,
apabila kita menghadiri majlis penyempurnaan jenazah dan majlis bertahlil
(semasa masih dalam tempoh berkabung), isteri si mati tersebut tidak
menampakkan dirinya dalam berkabung atas kematian tersebut. Bahkan masih
juga memakai pakaian yang tidak melambangkan tanda berkabung, padahal
syara‘ menuntutnya untuk menjauhkan diri dari perkara yang menampakkan
diri sebagai berhias.

Sebahagian masyarakat pula menganggap bahawa berkabung itu hanya


dilakukan apabila pemimpin atau ketua pemerintah serta orang-orang ternama
di sesebuah negara itu meninggal dunia, pada ketika itulah penduduk di negara
tersebut akan berkabung bagi tempoh masa yang tertentu dengan keadaan-
keadaan tertentu. 

Antara cara berkabung itu pula ialah dengan memakai tanda-tanda khas pada
pakaian, menaikkan bendera setengah tiang sebag ai menzahirkan rasa dukacita
dan sedih terhadap kehilangan pemimpin atau orang besar berkenaan. Amalan
sedemikian adalah tidak menepati dengan pengertian berkabung menurut apa
yang dijelaskan oleh syara‘, berdasarkan hadits Baginda Rasulullah Shallallahu
‘alaihi wasallam yang menyentuh mengenainya.

Bersambung

                                                                                

Anda mungkin juga menyukai