Anda di halaman 1dari 4

Cincin suasa cincin pusaka,

Disimpan rapi dalam peti;


Cintai negara sayangi bangsa,
kekalkan perpaduan tanpa sangsi.
Pantun empat kerat ini membuka tirai syarahan saya pada pagi ini.
Salam bahagia dan sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, Yang
Berbahagia Tuan Pengetua, barisan hakim yang arif dan berdiri di atas paksi
keadilan, guru-guru dan tidak dilupakan hadirin sekalian yang saya
muliakan. “ SATU MALAYSIA PEMANGKIN PERPADUAN “, demikianlah bunyinya
tajuk syarahan yang akan saya sampaikan pada pagi yang mulia ini.

Hadirin sekalian,

“Kalau kita dapat menyatukan masyarakat menjadi satu rakyat dengan satu impian,
kita akan jadikan Malaysiasebuah negara lebih kuat, gagah perkasa dan Berjaya”.
Begitulah kata Dato seri najib tun razak selaku perdana menteri Malaysia keenam
negara kita yang faham akan secara realitinya masyarakat berbilang keturunan dan
agama di negara ini perlu bersatu bagi menjadikan Malaysia sebuah negara yang
kukuh.

Konsep 1Malaysia merupakan konsep yang berpaksikan bumi nyata dan realiti
sebenar rakyat pelbagai kaum di negara ini. 1Malaysia diwujudkan dengan tujuan
untuk menyediakan satu forum yang bebas dan terbuka bagi membincangkan
tentang perkara yang benar-benar dekat di hati kita sebagai satu bangsa. Matlamat
1Malaysia adalah untuk mengekalkan dan meningkatkan perpaduan di dalam
kepelbagaian yang selama ini menjadi kekuatan kita dan akan kekal sebagai
bekalan terbaik kita untuk masa hadapan.

Sebanyak lapan nilai yang tidak saling eksklusif telah diperkenalkan dalam konsep
satu Malaysia ini. Budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah hati, penerimaan,
kesetian, meritokrasi, pendidikan dan integriti, kelapan-lapan nilai ini telah menjadi
asas kepada satu Negara satu bangsa.
Para hadirin,

Kesetiaan adalah penting kerana ia adalah asas kepada kepercayaan. Contohnya


sebagai kawan, anda setia kepada kawan anda tak kisah dari segi keturunan dan
keagamaan, kerana kesetiaan tersebut akan membina kepercayaan. Satu ikatan
peribadi antara anda dengan seorang yang lain. Dengan adanya kepercayaan
antara kawan, maka wujudlah keharmonian di antara jiran memandangkan jiran kita
kawan kita. Semangat kejiranan yang kukuh penyumbang kepada keamanan
masyarakat. Tambahan pula, KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA begitulah
bunyinya prinsip kedua rukun Negara kita. Semua rakyat dituntut setia kepada raja
dan negara. Yang di Pertuan Agong merupakan ketua negara yang menyimbolkan
penyatuan rakyat.

Perbezaan yang agak ketara di antara toleransi dan penerimaan. Apabila kita
menyebut toleransi, mungkin kita tidak berapa suka akannnya, tetapi tetap
menerimanya kerana kita tiada pilihan. Tetapi jika kita bercakap dari segi
penerimaan, ia memperlihatkan keadaan pemikiran bahawa kita menerima
sepenuhnya sesuatu secara positif. Penerimaan dari segi kita bersedia untuk
menerima sebarang perkara. Jika kita sanggup menerima sebarang perkara, kita
mengambil perkara tersebut dengan kerelaan, maka dengan kepastian kita akan
dapat melihat kepada semua perkara secara lebih positif. Oleh hal yang
sedemikian, dengan nilai penerimaan ini, kita sebagai rakyat Malaysia patut
menerima konsep satu Malaysia secara positif.

Pendidikan dan pengetahuan adalah prasyarat penting untuk mana-mana negara


mencapai kejayaan dan disepanjang sejarah kita telah melihat hanya empayar yang
berteraskan akal yang terus wujud, khususnya dalam konteks semasa. Sebuah
empayar yang terbina daripada kekuatan tentera tidak bertahan dan tidak mampu
bertahan. Pendidikan yang disepadukan dengan nilai, kita akan memiliki sebuah
masyarakat yang bukan sahaja dapat menempatkan pendidikan dan pengetahuan di
mercu segala yang lain malah dapat menghayati erti perpaduan yang dikecapi
selama ini.
Saudara-saudari,

'Satu Malaysia' - bukanlah suatu 'nyanyian perang' (battle cry). Ia juga bukannya
suatu pernyataan slogan yang kosong. Kita mesti sama-sama menghayati
kepentingan 'Satu Malaysia' dalam keadaan dan perkaitannya dengan suasana
sedia ada. Tidak ada satu bangsa hebat di dunia ini yang mampu mencapai klimaks
kehebatan dengan bangsanya yang berpecah-belah dan tidak ampuh. Ini fakta
sejarah yang tidak mungkin mampu dinafikan. Susur sahaja kehebatan tamadun
dunia apa sekalipun, ia bermula dengan 'cita-cita kebernegaraan' yang dikongsi
bersama.

Justeru, generasi muda Malaysia khususnya perlu membina 'fikrah Satu Malaysia'
yang sejujur-jujurnya. Kita perlu banyak meninggalkan syak wasangka. Kita perlu
meruntuhkan kefahaman prejudis yang merosakkan. Kita perlu bersangka baik
antara satu sama lain. Kita perlu mempunyai yakin diri bahawa tempat dan langit
terbaik yang kita miliki ada di bumi bertuah Malaysia ini. Semua
rakyat Malaysia perlu menganggap diri mereka adalah bangsa Malaysia yang berfikir
dan bertindak dalam satu nada dan satu matlamat. Ciri-ciri demografi seperti negeri,
daerah, kaum, agama dan budaya wajar dihindari bagi menwujudkan satu
bangsaMalaysia yang berfikiran terbuka serta ingin memajukan negara secara
bersama.

Perpaduan yang sedia terjalin antara kaum di negara ini perlu diperkukuhkan lagi
dengan menganggap kita adalah rakyat Malaysia dan bangsa Malaysia. Keadaan ini
akan dapat mewujudkan suasana negara yang aman, harmoni, selesa, keselamatan
yang terjamin dan memberi kemakmuran kepada negara. Rakyat perlu memahami
bahawa negara yang mempunyai kestabilan dan keselamatan yang terjamin akan
memberi perkembangan ekonomi yang pesat. Oleh itu rakyat akan dapat menikmati
limpahan daripada kerancakan ekonomi negara.
Para hadirin yang saya hormati,

Sebagai rumusan, setelah 52 Merdeka, rakyat Malaysia yang terdiri daripada


pelbagai kaum, agama, budaya dan adat resam memerlukan satu misi bagi
memajukan negara secara bersama. Konsep Satu Malaysia yang diperkenalkan
oleh YAB Perdana Menteri adalah langkah yang amat bertepatan dengan suasana
untuk menyatakan impian satu bangsa satu Negara.

Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai