Anda di halaman 1dari 1

KEMAHIRAN BERTANYA DALAM PEMBELAJARAN

1. Bertanya atau diam ?

Rajin bertanya luas pengetahuan, malu bertanya sesat jalan.


Pertanyaan penting bagi mengatasi masalah kurang faham. Murid-murid selalu atau pernah
memerhatikan kanak-kanak kecil (adik-adik kita umpamanya) mempunyai tabiat yang baik
sekali terhadap proses pembelajaran, iaitu sering bertanya apabila mereka mempunyai
masalah.

2. MENGAPA bertanya ?

Kurang faham sesuatu konsep


Kurang pasti apa yang dibaca, didengar, dilihat.
Tidak faham tentang istilah yang guru gunakan
Untuk mendapatkan jawapan
Untuk mendapatkan penjelasan lanjut daripada guru

3. Mengapa MALU bertanya ?

Rasa rendah diri


Tidak yakin pada diri sendiri
Merasakan orang lain lebih padai
Bimbang ditertawakan oleh rakan
Bimbang orang lain akan mengatakan kita tidak tahu

4. Apakah yang hendak ditanya ?

Perkataan baru
Istilah baru
Gambarajah yang kabur
Formula yang rumit
Konsp yang tidak difahami
Penggunaan formula / rumus

5. BAGAIMANA mengemukakan soalan ?

Mulakan dengan : maafkan saya cikgu….


Cikgu, apa makna …………..
Cikgu, bagaimana ia berfungsi ?
Cikgu, bagaimanakah ………
Cikgu, boleh ulangkan cara penyelesaian tadi ?
Cikgu, mengapakah ia berubah ?
Cikgu, minta jelaskan sekali lagi tentang ………
Sudahkan pertanyaan dengan : terima kasih, cikgu……

Anda mungkin juga menyukai