Anda di halaman 1dari 1

SAINS TINGKATAN 2, 2020

LATIHAN FORMATIF (26 Jun 2020) – tidak perlu salin soalan, tulis no soalan dan jawapan.

1. Lengkapkan jadual di bawah mengenai sifat bahan berasid dan bahan beralkali.

BAHAN / SIFAT BAHAN ASID ALKALI


Rasa bahan Masam Pahit
Kertas litmus biru ke
Pertukaran warna kertas litmus Kertas litmus merah ke biru
merah
Nilai pH Kurang dari 7 Lebih dari 7
Tindak balas dengan logam (jika YA, Ya. Tindak balas Tidak mengalami tindak
apakah gas yang terhasil) menghasilkan gas hidrogen. balas dengan logam.

2. Apakah nama asid kuat dan alkali kuat yg dinyatakan dalam video 1?
Asid kuat : Asid hidroklorik
Alkali kuat : Natrium hidroksida

3. Bagaimanakah cara untuk menguji kehadiran gas hidrogen?


Meletakkan kayu uji menyala di mulut tabung uji. Bunyi ‘pop’ akan terhasil.

4. Apakah maksud pH?


‘Potential of Hydrogen’ iaitu ukuran bagi keasidan dan kealkalian sesuatu larutan.

5. Berdasarkan video 2, nyatakan bahan pepejal dan cecair yang digunakan untuk menguji
peranan air dalam menunjukkan sifat asid dan alkali.

Pepejal : Natrium Hidroksida

Cecair : Asid Etanoik Glasial

6. Apakah nama bahan yang terhasil selepas air di tambah ke dalam pepejal dan cecair
tersebut?

Pepejal : Natrium Hidroksida Akues

Cecair : Asid Etanoik Akues

CIKGU HAZWANI, SMKA SULTAN MUHAMMAD, MELAKA

Anda mungkin juga menyukai