Anda di halaman 1dari 12

ISI KANDUNGAN

BIL BUTIR MUKA SURAT

1. Isi kandungan....................................................................... 1

2. Pendahuluan......................................................................... 2
3. Eksperimen 1........................................................................ 3-5

4. Eksperimen 2......................................................................... 6-8

5. Eksperimen 3......................................................................... 9-11

6. Soalan..................................................................................... 11
7. Rujukan................................................................................... 12

1
KEPERLUAN ASAS BENDA HIDUP

Pengenalan :

Semua benda hidup mempunyai asas keperluan yang sendiri untuk meneruskan hidup.
Antaranya, tumbuhan mempunyai keperluan asas seperti cahaya matahari, air, udara dan
medium. Tanpa salah satu unsur ini, tumbuh-tumbuhan tidak akan dapat meneruskan hidup
dan akhirnya akan mati. Hal ini kerana tumbuhan memerlukan air sebagai medium
pengangkutan nutrien dan garam mineral ke bahagian tumbuhan yang lain seperti daun dan
batang tumbuhan itu. Air juga diperlukan untuk proses fotosintesis, mengekalkan
kesegahan, kesegaran dan juga sebagai mekanisme kawalan suhu. Seterusnya, tumbuhan
juga memerlukan cahaya matahari untuk bercambah dengan baik dan membesar. Ia
menggunakan tenaga daripada cahaya matahari untuk melakukan proses fotosintesis dan
membuat makanannya sendiri. Selain itu, udara berfungsi untuk mendapatkan oksigen bagi
proses pernafasan dan mendapatkan karbon dioksida bagi proses fotosintesis. Tanpa
udara, tumbuhan tidak dapat menghasilkan makanannya sendiri dan ia akan mati.

2
Eksperimen 1 : Matahari Ialah Keperluan Asas Tumbuhan

Tujuan : Untuk mengkaji bahawa cahaya matahari ialah keperluan asas


tumbuhan

Hipotesis : Jika tumbuhan tidak mendapat cahaya matahari maka ia tidak dapat
meneruskan hidup.

Pembolehubah

Yang dimanipulasi : Kehadiran cahaya matahari

Yang bergerak balas : Warna daun

Yang dimalarkan : Kehadiran udara dan air

Bahan dan radas : Tumbuhan sihat dengan daun yang besar, kertas hitam yang tebal,
gunting dan pita pelekat

Prosedur :

1. Tumbuhan yang berdaun lebar dan sentiasa menerima cahaya


matahari dipilih.
2. Kertas hitam yang tebal dipotong mengikut bentuk yang disukai
dan diletakkan pada kedua-dua permukaan daun kemudian kertas
tersebut dengan pita pelekat.
3. Setelah beberapa hari, kertas itu dialihkan kemudian hasilnya
diperhatikan.

Nota : Pita pelekat berfungsi membalut kertas hitam telah diklipkan agar
tidak dibasahi oleh air hujan supaya eksperimen ini dapat berjalan dengan
lancar.

Keputusan :

Hari Gambar Pemerhatian Inferens


Bahagian yang ditutup masih Daun tersebut masih
Pertama tiada perubahan warna. mendapat cahaya matahar
untuk menjalankan proses
fotosintesis

3
Bahagian yang ditutup masih
Kedua tiada perubahan warna.

Bahagian daun yang ditutup, Daun tersebut tidak dapat


Ketiga warna daun mula pudar menjadi menyerap cahaya matahar
kehijauan. yang mencukupi.

Bahagian daun yang ditutup,


Keempat warna daun mula pudar menjadi
kekuningngan.

Keadaan yang sama pada hari


Kelima ke-5

Keadaan yang sama pada hari ke-


Keenam 6

Bahagian daun yang ditutup Daun tersebut tidak dapat


Ketujuh dengan kertas hitam semakin menyerap cahaya matahar
hilang warna dan bertukar warna yang mencukupi untuk
kekuningan menjalankan proses
fotosintesis.

Perbincangan :

Berdasarkan pemerhatian daripada eksperimen yang telah dijalankan. Didapati selepas tiga
hari daun tersebut menjadi kekuningan. Hal ini kerana kertas hitam tebal tersebut telah
menghalang daun tersebut menyerap cahaya matahari untuk melakukan proses fotosintesis.
Oleh sebab itu, daun tersebut tidak dapat membuat makanan sendiri kerana ianya perlu
menggunakan cahaya untuk menukarkan air dan karbon dioksida kepada bahan makanan.
Justeru, dapatlah dikatakan bahawa kehadiran cahaya matahari adalah amat penting bagi

4
tumbuh-tumbuhan untuk proses fotosintesi. Seterusnya, eksperimen ini mengambil masa
seminggu untuk mendapatkan keputusan. Disebabkan keadaan cuaca yang tidak menentu
kami telah menggunakan barang tambahan seperti pita pelekat untuk membalut kertas
hitam telah diklipkan agar tidak dibasahi oleh air hujan dan secara tidak langsung
eksperimen ini dapat berjalan dengan lancar.

Kesimpulan : Tumbuhan memerlukan cahaya matahari untuk melakukan fotosintesis.

Eksperimen 2 : Air Ialah Keperluan Asas Tumbuhan

Tujuan : Untuk mengkaji keperluan asas bagi tumbuhan ialah air.

Hipotesis : Semakin bertambah kehadiran air terhadap biji benih kacang hijau
semakin cepat pertumbuhan kacang hijau.

Pembolehubah

Yang dimanipulasi : Kehadiran air

Yang bergerak balas : Pertumbuhan kacang hijau

Yang dimalarkan : Bilangan biji kacang hijau

Bahan dan radas : Kacang hijau, air, penyembur, tanah humus, cawan dan sudu

Prosedur :

5
1. Kacang hijau ditanam di dalam dua buah cawan kecil yang telah
dipenuhi dengan tanah humus.
2. Kedua-dua cawan diletakkan di bawah cahaya matahari.
3. Salah satu cawan disiramkan dengan air secukupnya, manakala
cawan satu lagi tidak disiramkan dengan air.
4. Perhatikan apa yang terjadi ke atas kacang hijau tersebut selepas
beberapa hari.

Keputusan :

Hari Gambar Pemerhatian A Pemerhatian B Inferens

Biji benih masih Tiada perubahan berlaku Tumbuhan A


Pertama seperti asal mendapat air yang
mencukupi untuk
proses
percambahan dan
pertumbuhan.

Kulit benih kacang Tiada perubahan berlaku


Kedua hijau mula merekah.

Biji benih mula Tiada perubahan berlaku


Ketiga bercambah dengan
akar awal mula keluar
dari biji benih kacang
hijau

6
Proses pertumbuhan Tiada perubahan yang Tumbuhan B tidak
Keempat akar dan pucuk berlaku memperoleh air bagi
berlaku. proses
percambahan dan
pertumbuhan.

Akar dan pucuk mula Tiada perubahan yang


Kelima memanjang. berlaki

Perbincangan :

Eksperimen ini adalah untuk mengkaji, sama ada air diperlukan untuk tumbesaran
tumbuhan. Cawan kertas A ialah biji benih yang menerima air, cahaya matahari dan udara.
Pada hari ke-3, biji benih dalam cawan kertas A ini mula bercambah dan membesar dengan
sihat. Air yang mencukupi memainkan peranan bagi peringkat biji benih. Manakala di dalam
cawan kertas B, bijih benih tidak disiram dengan air dan hanya menerima cahaya matahari
dan udara.  Hasilnya, benih kacang itu langsung tidak bercambah kerana ia tidak disiram air.
Ini membuktikan bahawa air adalah salah satu keperluan asas yang diperlukan oleh
tumbuhan untuk bercambah dan membesar. Tanpa kehadiran air, biji benih tidak boleh
membuat makanannya sendiri, lantas zat-zat yang diperlukan oleh tumbuhan untuk
membesar tidak dapat diperoleh secara tidak langsung menyebabkan bijih benih tidak
bercambah.

Kesimpulan : Air merupakan keperluan asas bagi tumbuhan

7
 

Eksperimen 3 : Udara ialah Keperluan Asas Tumbuhan

Tujuan : Untuk mengkajii udara ialah keperluan asas bagi tumbuhan.

Hipotesis : Jika tumbuhan tidak mendapat udara maka tumbuhan tidak dapat
meneruskan hidup dan akhirnya akan mati.

Pembolehubah

Yang dimanipulasi : Kehadiran udara

Yang bergerak balas : Pertumbuhan kacang hijau

Yang dimalarkan : Bilangan biji benih

Bahan dan radas : kacang hijau, air yang di didih, cawan polisterin, kapas, minyak dan
sudu.

Prosedur :

1. Beberapa biji kacang hijau diletakkan di dalam sebuah cawan


polisterin telah dimasukkan kapas basah.

8
2. Manakala sebuah cawan polisterin yang lain dipenuhkan dengan
separuh penuh air dan beberapa biji kacang hijau yang sama
banyak dengan cawan A.
3. Perhatikan apa yang terjadi ke atas kacang hijau tersebut selepas
beberapa hari.

Nota : Menggunakan air yang telah di didih dan lapisan minyak untuk
mengelakkan udara dapat masuk.

Keputusan :

Hari Gambar Pemerhatian A Pemerhatian B Inferens

Biji benih masih Tiada perubahan  Tumbuhan A


Pertama seperti asal berlaku. memperoleh udara
yang mencukupi untuk
proses percambahan
dan pertumbuhan.

Kulit benih kacang Kulit biji benih


Kedua hijau mula merekah. tertanggal

Biji benih mula Kulit kacang hijau


Ketiga bercambah dengan semakin banyak
akar awal mula keluar tertanggal.
dari biji benih kacang
hijau.

Akar mula Keadaan yang sama Tiada udara yang


Keempat memanjang dan pada hari ke-4 dibekalkan kepada biji
pucuk kelihatan. kacang hijau B maka
kacang hijau tidak
dapat menjalankan
proses respirasi dan
fotosintesis.

9
Biji kacang hijau Air menjadi keruh.
Kelima bercambah dan
tumbuh dengan sihat.

Perbincangan :

Bagi eksperimen ini, kumpulan kami telah menambah bahan lain seperti minyak dan air
yang telah di didih untuk mengelakkan udara masuk. Tujuan eksperimen ini adalah untuk
mengkaji kehadiran air terhadap tumbuhan. Oleh itu, cawan polisterin berlabel A
menunjukkan bahawa percambahan dan pertumbuhan yang positif memandangkan ia
mendapat udara yang secukupnya daripada sekeliling. Namun, cawan polisterin kedua yang
berlabel B pula menunjukkan percambahan dan pertumbuhan yang negatif, kerana ia
direndam di dalam air dan lapisan minyak dan air yang telah di didih yang menghalang biji
benih mendapat udara. Justeru, dapatlah dikatakan bahawa tanpa udara yang mencukupi,
tumbuh-tumbuhan tidak dapat bercambah dan bertumbuh dengan sempurna. Seterusnya,
udara berfungsi untuk mendapatkan oksigen bagi proses pernafasan dan mendapatkan
karbon dioksida bagi proses fotosintesis. Tanpa udara, tumbuhan tidak dapat menghasilkan
makanannya sendiri dan ia akan mati

Kesimpulan : Tumbuhan memerlukan udara untuk tumbesaran dan terus hidup


dengan subur.

SOALAN:

1) Apakah tujuan menutup daun dengan kertas hitam?


-Untuk mengelakkan daun tersebut mendapat cahaya matahari secara tidak
langsung mengelakkan fotosintesis berlaku.
2) Apakah peranan air dalam eksperimen 1b?
- Air berperanan dalam percambahan biji benih
3) Nyatakan sebab biji benih kacang hijau tidak tumbuh jika ditenggelamkan di dalam
air.

10
-Kerana kuantiti yang terlalu banyak.
4) Berikan huraian anda biji kacang hijau dalam eksperimen manakah yang akan
tumbuh subur.
-Biji kacang hijau dalam eksperimen 2. Hal ini kerana dalam eksperimen 2 biji benih
kacang hijau mendapat kesemua keperluan asas tumbuhan seperti medium, air,
cahaya matahari dan udara berbanding eksperimen 3 yang hanya mendapat cahaya
matahari, air dan udara sahaja.
5) Nyatakan teknik penanaman tumbuhan yang tidak memerluka air dalam tanah.
-Teknik penanaman aeroponik

RUJUKAN

C.C. Laporan Amali Bio 1 Pismp, Aug 20,2015


https://www.scribd.com/doc/275274131/Laporan-Amali-Bio-1-PISMP

Che Shuk Shuka. LAPORAN AMALI SCE3101, Mar 20, 2012 from
https://www.scribd.com/document/86024172/LAPORAN-AMALI-SCE3101

Khairul et. al (2013). Dunia sains dan teknologi tahun 2. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Wida Yanti Muhamad Zen Umar et. al. Pustaka

( ) Pengertian Hidroponik, Aeponik Dan Aquaponik. Feb 03, 2018


https://www.tanamania.com/pengetian-hidroponik/#z

Nik Mohd Faizal. Laporan Eksperimen Sains. Oct 08, 2011, from
https://www.scribd.com/doc/67978984/Laporan-Eksperimen-Sains

Wai. M.C (2003). Biologi SPM Tingkatan 4,5. Petaling Jaya. Sasbadi Sdn.Bhd.

( ) Eksperimen Keperluan Asas Tumbuhan. Okt 31, 2016


http://educareandshare.blogspot.my/2016/10/eksperimen-keperluan-asas-
tumbuhan.html?m=1

11
12

Anda mungkin juga menyukai