Anda di halaman 1dari 9

AKTIVITI 12 – APLIKASI PEMBELAJARAN MUDAH ALIH

PENGENALAN
Pada zaman kini, proses pengajaran dan pembelajaran semakin hari
semakin mencabar.Oleh itu, untuk menambahbaikan proses pengajaran dan
pembelajaran telah berlaku evolusi dalam sistem pendidikan dengan menggunakan
teknologi.Evolusi yang berlaku dalam sistem pendidikan ialah pembelajaran mudah
alih atau Mobile Learning ( M-Learning ).Ini akan membantu untuk meningkatkan
tahap pengajaran dan pembelajaran para pelajar. Manakala M – Learning ini di
Malaysia masih berkembang lagi.

Pembelajaran mudah alih ini boleh akses di telefon bimbit, tablet dan
komputer. Oleh itu, kami telah membuat kajian antara dua aplikasi pembelajaran
mudah alih iaitu Maths Pieces dan Math Games. Kami telah membincangkan
beberapa aspek iaitu kekuatan dan kelemahan kedua-dua aplikasi dan membuat
satu kesimpulan dengan aplikasi yang manakah lebih efektif.

CIRI – CIRI
Grafik aplikasi Math Pieces ialah menarik juga dengan warna hijau, merah,
putih, hitam dan coklat.Terdapat petak – petak yang kecil untuk menjawab operasi –
operasi yang diberi.Permainan ini juga agak mencabar pelajar yang bermain kerana
apabila menaiki tahap dalam permainan ini terdapat operasi – operasi yang agak
sukar.Aplikasi ini mencabar pelajar untuk berfikir.Pelajar dapat meningkatkan kiraan
minda (Mental Calculation) apabila bermain permainan ini.Kerana ia terlibat operasi
penambah, penolakan, pendaraban dan pembahagian.Pelajar dapat menyelesaikan
operasinya dalam masa yang singkat.Bagi meluangkan masa lapang pelajar dengan
lebih bermanfaat, pelajar boleh bermain permainan ini.Selain meningkatkan
kemahiran pengiraan, pelajar juga boleh meluangkan masa lapangnya dalam
perkara yang bermanfaat seperti ini.Selain itu, aplikasi permainan ini ialah
berdasarkan sukatan pelajaran yang diajar oleh guru di sekolah.Oleh itu, pelajar
dapat menjawab soalan peperiksaan dengan lebih cepat dan awal.
MATH PIECES
CIRI - CIRI KELEBIHAN KELEMAHAN
 SINTHESIS  Pelajar dapat  Pilihan jawapan
menyelesaikan diberikan.
pelbagai operasi
matematik.
 PEMBENTANGAN  Terdapat banyak jenis  Warna tidak
soalan menarik kerana
 Terdapat enam tahap terdapat dua jenis
dan 200 soalan dalam warna yang tidak
setiap tahap cerah dan menarik.
 KETEPATAN  Memberi peluang  Tidak mempunyai
untuk mencuba soalan peruntukkan masa.
beberapa kali  Ia menyebabkan
sehingga pelajar mengambil
mendapatkan jawapan masa yang lama
yang betul. untuk
menyelesaikan satu
operasi.
 PERKAITAN  Dapat meningkatkan  Hanya terdapat tiga
kemahiran pengiraan operasi sahaja .
dalam operasi  Tidak melibatkan
penambahan, operasi
penolakan, dan pembahagian.
pendaraban
 Dapat menyelesaikan
pelbagai masalah
dalam satu masa.
 Objektif  Objektif dicapai  Objektif
Pembelajaran separuh kerana pelajar pembelajaran tidak
hanya dapat dicapai dengan
mempelajari operasi sepenuhnya kerana
penambahkan, tidak ada operasi
penolakan dan pembahagian.
pendaraban sahaja.
 Dapat menyelesaikan
banyak operasi dalam
satu masa.
 Kecukupannya  pelajar dapat  Aplikasi Math
untuk golongan menyiapkan operasi Pieces ini hanya
sasaran yang pelbagai ini kepada pelajar
dengan pantas. tahun 1 dan 2
 Pelajar dapat sahaja.
menjawab soalan
dalam masa yang
singkat.

CONTOH GAMBAR MATH PIECES


Aplikasi Math Games
1.0 PENGENALAN
Math games merupakan satu aplikasi pembelajaran matematik yang
baik.Math games dibangunkan oleh choloepus.apps@gmail.com dan
dikeluarkan oleh Choloepus Apps pada 23 Julai 2014.Aplikasi ini
menggunakan versi 2.0 dan telah dimuat turun oleh lebih daripada
10,000,000 orang.Kita boleh memuat turun aplikasi ini daripada
https://play.google.com/store/apps/MathGames.

2.0 FUNGSI DAN MAKLUMAT TENTANG


APLIKASI ‘MATH GAMES’

Aplikasi Math Games ini merupakan permainan pembelajaran yang


sangat menarik.Aplikasi ini membantu kanak-kanak yang lemah dalam
matapelajaran Matematik.Dengan menggunakan aplikasi ini,kanak-kanak
boleh meningkatkan daya fikiran mereka.Para murid yang lemah dalam
matapelajaran Matematik boleh bertambah pandai.

Aplikasi ini mempunyai banyak kategori untuk bermain sambil


belajar.Sebagai contoh,tambahkan,tolakan,pembahagian,pendaraban,
punca kuasa dua,eksponensi.Kita boleh menggunakan bahasa seperti
English,Czech,French,German,Italian,Polish,Portuguese,Russian,Spanis
h dan Turkish.Kanak-kanak boleh bermain aplikasi ini menggunakan
telefon mudah alih mahupun tablets.

Para pelajar boleh memilih kategori yang mereka mahu membuat.Level


dan skor akan dikira mengikut jawapan betul yang diberi oleh
mereka.Masa juga dikira untuk memastikan murid menjawab dengan
pantas.Dengan ini,murid boleh mengetahui tahap mereka dalam sesuatu
topik.Minda murid juga akan berangsang dengan cepat sehingga
kepantasan mereka semasa menjawab bertambah.Dalam aplikasi
ini,mereka telah memberi pilihan jawapan iaitu empat pilihan supaya
murid mudah untuk menjawab.Soalan-soalan un tidak begitu
susah.Namun,semakin tinggi levelnya,semakin sukar soalan yang
diberi.Pelajar juga boleh ‘reset’ permainan jika tidak berpuas hati.Mereka
juga boleh mengetahui jawapan itu betul atau salah sebaik sahaja
menjawab soalan.Terdapat juga graf skor yang boleh mereflesikan tahap
dan pencapaian murid.Selepas tengok skor itu,murid boleh cuba
memperbaiki jadual skor mereka dengan membuat lebih baik sekali lagi.

CONTOH JADUAL SKOR YANG TERDAPAT


DALAM APLIKASI INI

Kelebihan

Kelebihan aplikasi Math Games ini adalah seseorang pelajar dapat lebih
efektif dan profenalisme dalam matematik asas iaitu tambahkan, tolakan, daraban
dan juga pembahagian. Perkara ini sangat penting dalam matematik kerana apabila
kita tidak tahu tentang perkara asas, kita memang tidak boleh meneruskan dalam
prinsip matematik ini. Selain itu, aplikasi ini juga dapat mempercepatkan seseorang
pelajar berfikir untuk mengira. Pelajar sangat mudah semasa menghadapi
peperiksaan untuk membuat pergiraan dan juga dapat menjimatkan masa untuk
semak semula ujian tersebut. Aplikasi Math Games mempunyai skor markah
diperolehi daripada hasil jawapan yang kita buat. Daripada ini, pelajar dapat lebih
berminat apabila membuat pergiraan dalam aplikasi tersebut. Aplikasi tersebut
menarik perhatian pelajar untuk menambahkan ilmu pengetahuan tentang
matematik lebih lanjut.
Kelemahan

Kelemahan aplikasi Math Games ini adalah grafik aplikasi tersebut tidak sebegitu
sesuai kepada kanak-kanak. Grafik aplikasi tersebut mestilah memenuhi standard
yang sesuai kepada kanak-kanak. Sebagai contohnya, mengunakkan warna-warni
yang sesuai dan lebih menarik supaya pelajar tidak mudah untuk bosan.
Seterusnya, matematik ini sangat mudah untuk dibuat. Sebenarnya, matematik ini
perlu mempertingkatkan tahap kesusahan tersebut supaya pelajar dapat lebih
meningkatkan kecerdikan. Seterusnya, aplikasi ini juga mempunyai kategori yang
kurang sahaja. Hanya mempunyai 7 kategori sahaja. Ini dapat mengurangkan
kemahiran tentang matematik. Tambahan pula, aplikasi ini boleh menyebabkan
kanak-kanak mudah untuk bosan kerana standard tahap aplikasi tersebut sama
untuk setiap tahap sahaja.

Kesimpulan

Akhir kata, kami membuat kesimpulan bahawa kami memilih Math Games sebagai
aplikasi yang baik untuk kanak-kanak. Hal ini demikian kerana, Math games lebih
menarik dan boleh mendapat banyak maklumat tentang matematik daripada Math
Pieces. Math Pieces hanya boleh menyusun nombor dan simbol
sahaja.Sebaliknya,Math Games boleh memberi peluang kepada kita untuk berfikir
dan memilih jawapan yang betul.Grafik Math Games juga lebih menraik berbanding
dengan Math Pieces.Math Games juga mempunyai banyak kategori soalan di aman
murid boleh memilih dan hanya mencuba kategori soalan tertentu sahaja.Kaedah
pembelajaran yang terdapat pada Math Games adalah sangat sesuai dengan tajuk
yang murid belajar di sekolah.Selain itu,soalan yang digunakan dalam Math Games
juga jels dan realistik sehingga boleh menarik minat pelajar.Nmaun,kami
berpendapat bahawa boleh membuat beberapa penambahbaikan dalam aplikasi
pembelajaran Math Games seperti menggunakan warna yang lebih menarik.Selain
itu,boleh juga membuka ruang kepada dua pemain supaya mereka lebih minat dan
boleh menganggap ini sebagai satu permainan yang boleh menunjukkan prestasi
mereka.

Anda mungkin juga menyukai