Anda di halaman 1dari 1

PERKEMBANGAN USAHAWAN DI MALAYSIA

Malaysia yang kini menuju ke arah negara perindustrian menjelang tahun 2020 di mana sektor perniagaan dijangka akan menjadi penting bagi Negara. Ia bukan

sahaja merupakan sektor sokongan tetapi lebih ke arah menyediakan asas dan teknologi bagi memastikan kejayaan pembangunan perusahaan yang lebih

besar. Kepesatan globalisasi dalam abad ke-21 adalah cabaran utama yang perlu dihadapi oleh semua negara pada masa kini. Malaysia tidak dapat mengelak

daripada menghadapi cabaran ekonomi dan budaya yang berpunca dari globalisasi. Pembukaan pasaran China dan India kepada ekonomi global telah

mengubah dengan nyatanya persekitaran ekonomi negara maju dan negara membangun. Secara tidak langsung, keadaan ini memberi peluang dan cabaran

yang perlu dihadapi oleh usahawan untuk memperkembangkan perniagaannya tanpa dibatasi dengan kekangan sempadan geografi. Menurut Ab Aziz (2010)

keusahawanan dalam era globalisasi ini sudah semestinya akan lebih mencabar di mana teknologi akan bertambah canggih, persaingan akan menjadi lebih

sengit dan masalah serta tuntutan pekerja juga akan bertambah kompleks.

Dunia korporat hari ini memerlukan usahawan-usahawan yang berpengetahuan dan mampu bertindak dengan baik dalam apa jua keadaan.

Keusahawanan dalam era globalisasi ini lebih menekankan kepada aspek teknologi maklumat dan komunikasi serta kemudahan-kemudahan yang ditawarkan

oleh teknologi masa kini dalam keusahawanan serta kepentingan-kepentingan teknologi maklumat dan komunikasi ini kepada usahawan untuk membentuk satu

pemasaran barangan yang dikeluarkan agar lebih berdaya maju dan menjadi produk antarabangsa yang berkualiti tinggi.

Perkataan usahawan yang mula diperkenalkan dalam tahun 1970 iaitu semasa pelancaran Dasar Ekonomi Baru. Bidang keusahawanan

merupakan suatu bidang yang dapat menjana pertumbuhan ekonomi negara. Sejak mula manusia mengetahui kepentingan hidup bermasyarakat, bidang

keusahawanan telah menjadi tonggak kepada pembangunan dan pertumbuhan ekonomi sesebuah negara. Dalam menuju ke arah era globalisasi, di Malaysia,

rakyatnya tidak lagi boleh hanya bergantung kepada kerajaan untuk menyediakan pekerjaan. Budaya pekerjaan di Malaysia sekarang lebih mengarah kepada

bekerja dengan pihak swasta atau bekerja sendiri. Oleh itu, setiap individu perlu bijak dalam merebut peluang terutamanya dalam bidang perniagaan dengan

menjadi usahawan yang berjaya dan dapat membangun dengan peredaran semasa.

Dalam usaha mencapai matlamat dan visi syarikat, para usahawan perlu bijak mengatur langkah dan perancangan-perancangan yang strategik

dalam memasar dan mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka. Para usahawan perlu mengikut arus semasa supaya tidak ketinggalan dalam arus

globalisasi sekarang. Jika para usahawan masih tidak mahu berganjak dari kedudukan sedia ada maka susah untuk para usahawan itu bersaing di peringkat

global. Para usahawan tidak boleh berasa selamat dengan kedudukan syarikatnya pada waktu sekarang dengan tidak melakukan pembaharuan terhadap cara

pemasaran dan penjualan produk atau perkhidmatannya. Para usahawan harus bersedia dengan pelbagai ilmu teknologi maklumat untuk bersaing di peringkat

global dan mendapatkan pulangan yang lebih besar.

Anda mungkin juga menyukai