Anda di halaman 1dari 1

MINGGU 4

ISU-ISU DAN CABARAN PERKAMUSAN


Pelbagai isu dan persoalan dalam dunia perkamusan timbul sama ada daripada golongan
pengguna kamus mahupun golongan pekamus itu sendiri. Isu dan cabaran yang timbul akan
memberi kesan kepada fungsi kamus sebagai wahana meningkatkan keefisienan bahasa dari
segi pengembangan bahasa dengan pembakuan ejaan, sebutan, tatabahasa dan sebagainya.

a) Pendidikan kaedah membaca kamus

Sehingga hari ini, ramai pengguna yang kurang bijak membaca kamus dengan betul. Ramai
yang jarang-jarang membaca pendahuluan kamus yang memberikan panduan cara
menggunakan kamus, dan menghuraikan pelbagai perkara yang terkandung dalam kamus
seperti tanda baca, label, singkatan, dan sebagainya yang digunakan dalam kamus.

b) Pertumbuhan perkataan baharu

Bahasa Melayu sekarang ini berada dalam zaman perkembangan yang amat pesat, terutama
sekali dalam pemasukan dan penciptaan kata-kata baharu. Dalam komunikasi sosial yang
berteraskan teknologi maklumat dan komunikasi pada hari

ini, banyak kata dan variasi kata Inggeris yang digunakan khususnya oleh golongan muda.

c) Keperluan kamus dwibahasa

.Dengan meluasnya penggunaan bahasa Inggeris dan juga bahasa-bahasa lain dalam pelbagai
urusan pada hari ini, keperluan aktiviti penterjemahan dan perkamusan turut meningkat. Hal ini
termasuklah penciptaan kata-kata baharu melalui penggunaan popular dalam media massa dan
media elektronik.

d)Pengkomputeran kamus

Perlu rangkaian sistem perkamusan yang membenarkan pengeditan kamus secara dalam talian
(on line) bagi membuka ruang penyusunan kamus kepada masyarakat pengguna bahasa.
Kamus yang disediakan secara dalam talian memerlukan capaian yang mudah dengan
kesediaan untuk dimuat turun oleh pengguna.

Anda mungkin juga menyukai