Anda di halaman 1dari 4

AKIDAH

Takrif akidah :-

Bahasa- Berasal daripada perkataan ‫ عقدا وعقيدة‬، ‫ يعقد‬، ‫ عقد‬yang bermaksud simpulan
ikatan tali.

Dan bagi tiap-tiap (lelaki dan perempuan yang telah mati), kami telah tetapkan
orang-orang yang berhak mewarisi peninggalannya iaitu ibu bapa dan kerabat yang
dekat. Dan mana-mana orang yang kamu telah membuat ikatan setia dengan
mereka
(untuk bantu-membantu dalam masa kecemasan dan kesusahan) maka berikanlah
kepada mereka bahagiannya. Sesungguhnya Allah sentiasa Menyaksikan tiap-tiap
sesuatu. (An-Nissa : 33)

Istilah - Menurut Imam al-Ghazzali (1058-1111M) dalam kitab Al-Iqtisadfi al-’I’tiqad


akidah ialah Berpegang dan membenarkan di dalam hati secara yakin dan
pasti tanpa sebarang keraguan dan syak.

- Menurut Ibn Taimiyah dalam kitab Al-Aqidatul wasithiyah akidah ialah perkara
yang dibenrkan oleh jiwa , hati menjadi tenang kepadaNya ,beroleh
keyakinan dikalangan ahliNya serta tidak bercampur dengan sebarang
keraguan .

- Para ulama memberikan maksud yang sama dengan Ibn Taimiyah di atas, iaitu
berkaitan dengan kepercayaan dan keyakinan atau pegangan yang diikat
erat dan disimpul kuat di dalam hati nurani seseorang yang beriman
kepada Allah dan seluruh rukun iman yang lain sehingga tidak mungkin
akan terputus.

Ciri - ciri akidah islam

 Percaya kepada rukun iman.

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Tetapkanlah iman kamu kepada


Allah dan RasulNya, dan kepada Kitab Al-Quran yang telah diturunkan kepada
RasulNya (Muhammad, s.a.w), dan juga kepada Kitab-kitab Suci yang telah
diturunkan dahulu daripada itu. Dan sesiapa yang kufur ingkar kepada Allah, dan
Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya dan juga Hari
AKIDAH
Akhirat, maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh.
(An-Nissa : 136 )
AKIDAH
 Berlandaskan Al-Quran dan hadis.

Maksudnya:Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya
dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang
yang (hendak) bertaqwa. (Al-Baqarah : 2 )

 Amal ibadat seseorang itu hanya sah dan diterima sekiranya berlandaskan
akidah yang sahih.

Maksudnya:Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah


Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan
supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. Dan yang demikian
itulah Agama yang benar. (Al-Bayyinah : 5)

 Mentauhidkan Allah iaitu beriktikad bahawa hanya Allah yang maha esa dan
berhak disembah.

Maksudnya:Dan Allah berfirman: "Janganlah kamu bertuhankan dua tuhan, kerana


sesungguhnya Tuhan itu hanyalah Tuhan yang satu; maka kepada Akulah sahaja
hendaknya kamu gerun gementar.
AKIDAH
Kedudukan akidah dalam islam

 Akidah ialah sebahagian daripada islam dan islam pula merangkumi akidah dan
syariah . jika salah satu aspek tiada , pincanglah seseorang muslim

 Akidah merangkumi segala amalan yang berbentuk kepercayaan seperti


meyakini Allah , Rasul , malaikat , kitab , hari kiamat dan Qada dan Qadar.

 Berkait rapat dengan keimanan seseorang muslim sama ada tinggi ataupun
rendah

 Akidah diibaratkan seperti pasak bangunan dan ajaran islam yang lain adalah
bahan yang lain . jika tiada pasaknya , tentunya bangunan itu rapuh

 Akidah merupakan landasan yang benar bagi agama dan diterimanya suatu
amal .

Maksudnya:Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah seorang


manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan
Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan
Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia
mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya".

Anda mungkin juga menyukai