Anda di halaman 1dari 4

United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO) adalah

merupakan sebuah organisasi yang dibentuk bertujuan membentuk sebuah keamanan dan
keselamatan dengan mempromosikan kerjasama antarabangsa melalui pendidikan, sains dan
budaya. 

Umumnya UNESCO ditubuhkan pada 16 November 1945 dan matlmat penubuhannya adalah
untuk membina keamanan, menangani kemiskinan, pembangunan yang mampan dan dialog
antara budaya melalui pendidikan, sains, budaya, komunikasi dan maklumat.  Sehubungan
itu, keutamaan yang diketengahkan oleh pihak UNESCO adalah pendidikan untuk semua dan
pembelajaran sepanjang hayat.  Antara projek yang ditaja oleh UNESCO adalah merangkumi
literasi, teknikal, program latihan perguruan, program sains antarabangsa, mempromosi
kebebasan media; projek budaya dan sejarah, kepelbagaian budaya, memelihara warisan
budaya dan alam semulajadi dunia serta melindungi hak kemanusiaan.
Menyentuh mengenai pendidikan, terdapat empat tonggak pendidikan yang telah digariskan
oleh UNESCO iaitu:

Unesco telah menggubal 4 tonggak pendidikan yang dilihat merangkumi pendidikan sepanjang hayat
kita. Tonggak ini merupakan pencorak kepada sistem pendidikan kita dan sekaligus telah
memberikan impak kepada sistem pendidikan kita dan juga penggerak tonggak ini. Definisi daripada
tonggak ini adalah :

i. Belajar untuk menguasai ilmu (Learn to know)

Ini adalah merupakan faktor pembelajaran utama di mana manusia perlu belajar untuk
memahami dunia sekeliling mereka supaya dapat memperkembangkan kemahiran kerjanya
serta berkomunikasi dengan orang lain. 

ii. Belajar untuk menguasai kemahiran (Learn to do)

Tonggak kedua ini pula adalah membawa maksud pendidikan dapat melengkapkan
seseorang dengan kemahiran untuk diaplikasikan dalam bidang pekerjaan.  Antara
kemahiran yang penting adalah termasuk kemahiran komunikasi, berpasukan dan
menyelesaikan masalah. 

iii. Belajar untuk menjadi insan berguna (Learn to be)

Manakala dalam tonggak ketiga ini pula adalah berfokus terhadap peranan pendidikan yang
harus menyumbang kepada pembentukan insan secara menyeluruh dari segi fizikal, intelek,
rohani, emosi, kepekaan dan penghargaan estetika.   
iv. Belajar untuk harmoni dan bekerjasama (Learn to live together)

Toggak keempat UNESCO adalah merupakan salah satu cabaran yang sukar dipupuk dalam
dunia yang dilanda konflik. Oleh itu, adalah penting pendidikan di semua negara memainkan
peranan dalam menjalinkan hubungan baik antara satu sama lain supaya rakyat dapat hidup
aman damai dan berharmoni dalam negara yang berbilang kaum dan silang budaya.
selari dengan perkara tersebut dan demi memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan di negara
kita, terdapat pelbagai perubahan dalam pendidikan semasa di negara kita sama ada dari
segi kurikulum mahupun kurikulumnya.  Antaranya adalah perubahan dari KBSR ke KSSR,
pengenalan terhadap PPSMI dan seterusnya kepada MBM dan MBI.  Kemudiannya pula
perubahan dari segi penekanan pendidikan awal (Pra Sekolah) untuk kanak - kanak,
perubahan keseluruhan tempoh persekolahan dan sebagainya.  Selain itu, penaiktarafan
institutsi pendidikan di negara kita dari semasa ke semasa juga telah menunjukkan
kepentingan pendidikan ini seperti yang telah digariskan oleh UNESCO.  Oleh itu, kita
seharusnya peka dan mampu untuk mengikut perubahan arus perdana pendidikan ini bagi
menjamin ke arah pembentukan positif dalam diri semua insan.   

ggang Pendidikan UNESCO


Pengenalan UNESCO :

  UNESCO merupakan sebuah Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan PBB.


  Ia juga dikenali sebagai UN Educational, Scientific and Cultural Organization dalam Bahasa Inggeris.
  Ia adalah sebuah agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, PBB.
  UNESCO telah ditubuhkan pada tahun 1945.
 Tujuan penubuhannya adalah untuk menyumbang ke arah kedamaian dan keselamatan dunia.

  Lima Program Utama UNESCO Adalah:


   
     ~  Pendidikan
     ~  Sains semula jadi
     ~  Sains manusia dan sosial
     ~  Kebudayaan
     ~  Komunikasi dan maklumat

  Projek Yang Menerima Penajaan UNESCO Termasuklah:

      ~ Kemahiran menulis dan membaca


      ~ Teknikal, dan program latihan kepada  guru-guru
      ~ Program Sains Antarabangsa
      ~ Promosi kebebasan bersuara
      ~ Media yang bebas
      ~ Projek sejarah kebudayaan setempat

Tonggak Pendidikan UNECSO :

  Sejak tahun 1996 UNESCO telah menetapkan 4 (empat) pilar pendidikan yang harus diperhatikan secara
sungguh-sungguh oleh pengelola dunia pendidikan.
  Keempat-empat pilar pendidikan tersebut adalah:-
     ~ Belajar untuk Menguasai Ilmu ( learning to know )
     ~ Belajar untuk Menguasai Kemahiran ( learning to do )
     ~ Belajar untuk Menjadi Insan Berguna ( learning to be )
     ~ Belajar untuk Harmoni dan Bekerjasama ( learning to live together )
 Ia dibentuk UNESCO pada tahun 1993, dengan beranggotakan 14 orang dari berbagai belahan
 Pendidikan formal kini seharusnya merancang  kurikulum yang memberi ruang dan masa untuk
  pelajar melibatkan diri dalam projek kolaboratif sama ada dalam aktiviti sukan atau budaya.
  Sekolah dan guru-guru boleh merancang program amal atau aktiviti dalam gerak kokurikulum
 Pelajar menjalankan kerja-kerja amal atau komuniti di luar bandar dan juga di kawasan orang asli untuk
memahami cara hidup mereka.    

Belajar Untuk Menguasai Ilmu :

Merupakan faktor pembelajaran utama.


Manusia perlu belajar untuk memahami dunia sekeliling mereka supaya dapat memperkembangkan
kemahiran kerjayanya serta berkomunikasi dengan orang lain.
Termasuk  Belajar Cara Belajar (Learning how to learn) dengan memperkembangkan tumpuan, kemahiran
ingatan dan kebolehan untuk kanak-kanak. 

Peranan Guru :

  Cara penyampaian yang berkesan.


     -  Penggunakan ICT dalam pengajaran.
     -  Gambar.
     -  Aktiviti pengajaran yang menarik. Contohnya, bercerita, permainan, perbincangan dan lakonan. 

 Mengikut trend perubahan dalam dunia ledakan maklumat dan mengemas kini pengetahuan. 
    -  Supaya murid menerima pengetahuan terkini untuk bersaing setanding dengan orang lain dalam    dunia
yang berteknologi tinggi. 

Belajar Untuk Menguasai Kemahiran :

Terbahagi kepada empat bahagian iaitu :

Kemahiran interpersonal.
Kemahiran berkomunikasi
Kemahiran berpasukan
Kemahiran menyelesaikan masalah.

Peranan Guru :

  Aktiviti “Hands-On” seperti membuat eksperimen, membuat model dan lain-lain. 


  Aktiviti Kokurikulum. (Kelab atau Persatuan)
                Contohnya, Kelab Memasak, Kelab Kemahiran Hidup dan Persatuan Sains.
          ( Peranan guru sebagai Pembimbing sahaja)

Belajar Untuk Menjadi Insan Berguna :

  Pendidikan harus menyumbang kepada pembentukan insan menyeluruh dari segi fizikal, intelek, rohani,
emosi, kepekaan & penghargaan estetika.
  Pembentukan modal insan berpandanan dengan saranan yang diusulkan di dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan mengenai gagasan JERISE dalam melahirkan individu seimbang.
  Kurikulum di Malaysia: membantu perkembangan potensi murid secara seimbang dari segi jasmani, emosi,
rohani, intelek dan sosial (JERIS).
  Setiap individu perlu menerima didikan awal sejak kanak-kanak sehinggalah dewasa dalam semua aspek
sehingga mereka boleh berfikir secara kritis, berdikari dan berupaya membuat keputusan.

Peranan Guru:
  Mempunyai kemahiran dan ketrampilan mengaitkan domain teori dengan praktis dan mesti bijak
membina pengetahuan dan kemahiran secara development mengikut kadar pembelajaran bagi
mencapai hasrat kritis, kreatif dan inovatif.

Belajar Untuk Harmoni Dan Bekerjasama:

  Pendidikan berperanan penting dalam menjalinkan hubungan baik antara satu sama lain supaya rakyat
dapat hidup aman damai di dalam negara berbilang kaum dan budaya.
  Tonggak pendidikan di mana pelajar belajar untuk bekerjasama dan hidup secara harmoni tanpa mengira
bangsa dan latar belakang.

 Apakah Implikasi Tonggak Pendidikan Ini Terhadap Sistem Pendidikan?

  Beri peluang kepada murid meneroka dan memahami orang lain diawal persekolahan.
• Didedahkan kepada kepelbagaian budaya rakyat negara & kesedaran tentang saling memahami serta
saling memerlukan antara sama lain. 

  Pendidikan menjadi wadah untuk belajar tentang budaya, agama dan tingkah laku setiap etnik.

Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan :

 Memberi kesedaran kepada murid tentang peranan, hak dan tanggungjawab mereka dalam masyarakat
dan negara.
  Melahirkan anggota masyarakat dan warganegara yang bersatu padu, patriotik & boleh menyumbang ke
arah kesejahteraan masyarakat, negara dan dunia.
  Menjadikan ikatan dan nilai yang sama menerusi projek seperti sukan.
  Merancang kurikulum yang melibatkan murid di dalam projek kolaboratif sama ada aktiviti sukan atau
budaya.
  Program Angkat Angkat
  Program Perkhemahan Kem 1 Malaysia

Anda mungkin juga menyukai