Anda di halaman 1dari 2

SULIT

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN


Semester 2 Tahun 1

PEPERIKSAAN BAWA-PULANG : JUN 2020

KAMPUS : BATU LINTANG

ANGKA GILIRAN : 2 0 1 9 0 4 2 3 4 0 0 0 5

KOD KURSUS : EDUP3033


KURSUS : MURID DAN PEMBELAJARAN
MASA : 10 JAM
JUMLAH MARKAH : 100

ARAHAN KEPADA CALON

1. Buku soalan ini mengandungi dua soalan. Jawab SEMUA soalan.


Soalan 1 : Bahagian A (30 markah)
Soalan 2 : Bahagian B (70 markah)
2. Semua jawapan mesti ditaip dalam perisian Microsoft Words menggunakan fon Arial
12, serta langkau 1.5 baris. Setiap helaian jawapan hendaklah dilabelkan dengan
angka giliran di sebelah kiri header dan kod kertas peperiksaan di sebekah kanan
header.
3. Calon dinasihatkan untuk tidak melakukan plagiarisme dan hendaklah mematuhi
peraturan penulisan akademik yang ditetapkan oleh IPG.

4. Calon mesti menjawab semua soalan secara individu dan diingatkan agar tidak
berbincang dan meniru jawapan calon-calon lain.

5. Calon yang GAGAL menghantar jawapan pada masa yang ditetapkan adalah dikira
telah gagal dalam peperiksaan berkenaan.

BUKU SOALAN INI MENGANDUNGI 2 HALAMAN BERCETAK

© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia


SULIT EDUP3033

Jawab semua soalan.

Bahagian A

Pembelajaran adalah proses yang kompleks yang melibatkan perhatian murid-murid,


penyimpanan maklumat baru dan pengeluaran maklumat semula pada masa depan.
Berdasarkan penyelidikan, jika murid-murid tidak melakukan apa-apa maklumat baru dalam
satu jam, 50% daripada apa yang mereka pelajari akan dilupakan. Selepas 24 jam, 70%
akan dilupakan dan jika seminggu berlalu tanpa menggunakan maklumat itu, 90% akan
hilang (Oppong, 2019).

Sebagai bakal guru, bincangkan pelbagai sebab lupa dan strategi yang dapat digunakan
oleh murid-murid untuk meningkatkan ingatan. Berikan contoh khusus yang berkaitan
dengan pengajaran dan pembelajaran dalam Bahasa Melayu.

[30 markah]

BAHAGIAN B

Motivasi dianggap sebagai salah satu elemen penting yang membolehkan murid-murid
terlibat secara aktif di samping menjadikan proses pembelajaran lebih bermakna,
bermanfaat dan menyeronokkan (Kamarudin Husin, 1993). Secara umum, terdapat dua
jenis motivasi iaitu intrinsik dan ekstrinsik.

Bincangkan bagaimanakah guru dapat merancang aktiviti-aktiviti pengajaran dan


pembelajaran yang sesuai untuk meningkatkan kedua-dua jenis motivasi ini semasa proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

[70 markah]

PANDUAN KHUSUS

1. Peperiksaan dijalankan sebagai peperiksaan dibawa pulang.


2. Anda akan diberi masa 10 jam untuk menjawab kedua-dua soalan.
3. Had perkataan untuk menjawab kedua-dua soalan (tidak termasuk rujukan).
a. Soalan 1: 600 patah perkataan
b. Soalan 2: 1400 patah perkataan
4. Hantar jawapan anda dalam satu fail
5. Emel fail ke thianvshau@gmail.com
6. Tarikh penghantaran: selewat-lewatnya pada 5 Jun 2020 (6 petang). Penyerahan lewat
tidak akan diterima.
7. Peperiksaan ini merangkumi 50% daripada jumlah markah kursus

KERTAS SOALAN TAMAT

2 SULIT
© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

Anda mungkin juga menyukai