Anda di halaman 1dari 7

Era perkembangan teknologi masa kini mempengaruhi setiap bidang

kehidupan. Aspek teknologi telah digabungkan dalam kurikulum sekolah


sebagai satu daya usaha ke arah menyemai dan memupuk minat serta
sikap yang positif terhadap perkembangan teknologi. Budaya persekolahan
seharusnya diubah daripada sesuatu yang berdasarkan memori kepada
yang berpengetahuan, berpemikiran, kreatif,dan penyayang dengan
menggunakan teknologi terkini ( KPM, 1997 ). Atas alasan inilah pihak
kerajaan melalui Kementerian Pendidikan berhasrat untuk mengujudkan
Sekolah Bestari yang sekali gus bertindak mengisi agenda perancangan ,
dan perlaksanaan Koridor Raya Multimedia ( Multimedia Super Corridor
atau MSC ). Perlaksanaan Sekolah Bestari akan membuka ruang seluas-
luasnya kepada teknologi komputer yang akan membolehkan fleksibiliti dan
kepelbagaian dibina dalam sistem pendidikan. Suasana ini akan
mengurangkan jurang peluang antara mereka yang berada dan berupaya
menggunakan teknologi terkini di rumah, dengan mereka yang kurang
berada ( KPM, 1997 ).

Pengajaran Berbantukan Komputer

Perubahan yang sedang melanda dalam dunia pendidikan kini tentunya


akan merubah kandungan dan reka bentuk kurikulum setiap mata
pelajaran ( Jamaludin, 1989; Nik Azis, 1989). Kurikulum matematik juga
tidak dapat lari daripada arus teknologi ini ( Fatimah & Munirah, 1995; PPK,
1993;Nik Azis, 1989). Pendidikan komputer dalam kurikulum melibatkan
tiga peranan penting (Nik Azis, 1989 );

1. Pembelajaran tentang komputer perisian, perkakasan dan


pengaturcaraan komputer

2. Penggunaan komputer untuk menyelenggara dan memproses data

 memproses data penyelidikan


 memproses perkataan

3.Penggunaan komputer untuk membantu proses pengajaran dan


pembelajaran

 pengaturan murid
 pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer ( PPBK ).

Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) ialah


aturcara komputer yang menggunakan teknik-teknik kepintaran buatan
untuk membantu seseorang belajar ( Jamaluddin, 1989 ). Mikrokomputer
digunakan untuk menyelenggara aktiviti pengajaran dengan berpandu
kepada program yang dibentuk oleh penulis perisian. Murid berinteraksi
dengan program komputer atau perisian melalui terminal (Nik Azis,1989).

Dalam pengajaran berbantukan komputer ( CAI ), komputer boleh


dianggap sebagai tutor atau guru. Dalam proses pengajaran sebenar
dalam bilik darjah, guru berperanan sebagai pengajar (instructor),
penerang (explaner) dan pemudahcara (facilitator). Semua peranan ini
boleh diambil alih oleh komputer dalam CAI ( Abd. Rahman, 1995 ).
Pengajaran berbantukan komputer melibatkan sistem tutorial, permainan
dan simulasi di samping aktiviti latih tubi ( PPK, 1993; Jamaludin, 1989 ).

  

Komputer Dalam Pendidikan Matematik

Penggunaan komputer dalam pengajaran matematik dapat


memperkembang dan memperkayakan lagi tajuk yang diajar. Lebih seabad
yang lalu, NCTM (National Council of Teachers' of Mathematics, 1980)
mencadangkan supaya pengajaran matematik mengambil peluang luas
yang ditawarkan oleh komputer. Cockcroft (1982) menyarankan bahawa
penggunaan komputer dalam pengajaran matematik bukan sahaja boleh
memperbaiki kualiti pengajaran matematik malah penggunaan komputer
juga boleh merubah kepentingan sesuatu tajuk dalam silibus matematik.
Keadaan yang sama juga mungkin wujud dalam pengajaran dan
pembelajaran matapelajaran lain di sekolah. Aktiviti penyelesaian masalah
adalah bahagian terpenting dalam pendidikan matematik. Pencapaian yang
tinggi dalam matematik tidak bermakna jika seseorang pelajar tidak mampu
melakukan proses penyelesaian masalah. Laporan Cockcroft (1982)
menegaskan bahawa masalah matematik harus diterjemahkan kepada
sebutan dan bahasa matematik sebelum ianya diselesaikan. Langkah
terjemahan seperti ini memerlukan fahaman yang lengkap terhadap
struktur konsep yang terkandung dalam masalah tersebut. Keadaan ini
telah menyebabkan kesukaran pembelajaran di kalangan setengah-
setengah pelajar. Masalah dan kesukaran ini boleh diatasi melalui
penggunaan komputer ( Al Ghamdi, 1987; Lim, 1989 ).

Dalam beberapa kajian yang telah dijalankan (Funkhouser, 1993;


Henderson and Landersman, 1992, Chazan, 1988; McCoy, 1991; Al
Ghamdi, 1987) didapati :

 pelajar yang menggunakan komputer dalam matematik mempunyai


sikap yang lebih positif terhadap dirinya sebagai ahli matematik dan
berkeupayaan menyelesaikan masalah yang lebih kompleks.
 Perisian komputer yang digunakan dalam proses pengajaran akan
dapat membantu pelajar memahami konsep dan prinsip matematik
dengan mudah dan berkesan
 Pencapaian pelajar dalam peperiksaan akhir menunjukkan
peningkatan yang ketara
 Kumpulan yang belajar berbantukan komputer mempunyai
kemampuan mengekalkan maklumat dalam jangka masa yang lebih
lama dan dapat menggunakannya dalam bidang-bidang lain.

Kelembapan dan kebantutan perkembangan CAI dalam pendidikan


matematik khususnya, pada pertengahan tahun 70 an hingga 80 an adalah
disebabkan oleh kos perkakasan komputer yang terlalu tinggi, bilangan
perisian yang sedikit, kemahiran dan pengetahuan tentang komputer yang
rendah dan tidak kurang juga kebimbangan dan kurang keyakinan di
kalangan pendidik ( PPK, 1993 ). Walau bagaimanapun keadaan tersebut
telah berubah, di mana harga komputer telah banyak menurun dan mampu
dibeli oleh ramai orang serta berbagai kursus telah dan sedang dianjurkan
oleh pihak kementerian untuk memberi kesedaran, keyakinan,
pengetahuan serta kemahiran dalam penggunaan komputer.

Dalam pendidikan matematik, komputer boleh berperanan untuk


melaksanakan aktiviti-aktiviti berikut

 Penghasilan Bahan Kurikulum


 Latih Tubi
 Tutorial
 Ulangkaji
 Pemulihan dan Pengayaan
 Simulasi
 Pengiraan
 Alat Bantu Mengajar
 Tutee

Penggunaan spreadsheet
Terdapat banyak kajian tentang penggunaan spreadsheet dalam
pengajaran matematik. Kajian-kajian yang telah dijalankan mencadangkan
berbagai cara penggunaan spreadsheet dalam pengajaran matematik
( Janet, 1988; Lim, 1995; Fatimah & Munirah, 1995). Ada juga kajian yang
mencadangkan penggunaan spreadsheet dapat mengurangkan kesilapan
konsep tentang sesetengah konsep matematik ( Catterall and Lewis, 1985
dalam Fatimah & Munirah, 1995 ). Mungkin guru-guru di Malaysia juga
boleh menggunakan speadsheet dalam pengajaran matematik sementara
menunggu pakej CAI yang sesuai.

Penggunaan multimedia

Multimedia adalah teknologi maklumat terkini yang membenarkan integrasi


dan manipulasi video, audio, teks, grafik dan animasi ( Baharuddin &
Mohd, 1995 ). Multimedia berasaskan komputer boleh menjadikan proses
pendidikan suatu pengalaman yang menyeronokkan dan menarik di
samping membantu pelajar memahami sesuatu konsep dengan cepat dan
mudah ( Brown & Bush, 1992; Toh & Ng, 1994; Rio & Kasiran, 1994;
Baharuddin & Mohd, 1995 ). Penggunaan multimedia mempunyai peranan
penting dalam pendidikan matematik. Antaranya ialah multimedia boleh;

1. memberi peluang kepada pelajar untuk belajar sendiri berdasarkan


kemampuan masing-masing.

2. memudah dan mempercepatkan kefahaman sesuatu konsep matematik.

3. menjadikan aktiviti pembelajaran menarik dan menyeronokkan

4. membekalkan lebih banyak maklumat dan pengetahuan kepada pelajar

5. membantu pelajar mengulangi sesuatu isi pelajaran berulang kali

Penggunaan Internet

Internet atau ' International Network of Networks ' ialah sebuah rangkaian
komputer diperingkat antarabangsa. Ia mengandungi lebih daripada 50 ribu
rangkaian komputer di seluruh dunia, lebih daripada 6.6 juta komputer hos
dan lebih daripada 50 juta pengguna dari lebih daripada 160 buah negara (
Zoraini, 1995 ). Dalam rangkaian Internet, terdapat berbagai jenis sumber
yang berjuta-juta bilangannya. Sumber ini termasuklah kertas persidangan,
artikel majalah, perisian komputer, gambar, video dan sebagainya.
Seseorang guru boleh mendapat rancangan pengajaran dari guru lain atau
pun dari komputer yang menyimpannya. Atau pun sumber pengajaran
seperti peta, gambar dari angkasa lepas dan sebagainya boleh didapati
dalam Internet.

Di dalam Internet terdapat lebih daripada 8 000 kumpulan diskusi eletronik.


Kumpulan ini mungkin terdiri dari beberapa orang sehinggalah ke beberapa
ribu orang yang berbincang tentang perkara yang sama, termasuklah
tentang matematik. Topik-topik perbincangan bermacam-macam dari
Antropologi sehinggalah ke Zoologi. Bagi guru matematik, terdapat
beberapa kumpulan diskusi eletronik yang dapat disertai secara percuma.
Antaranya; IMSE-L dan MATHEDCC. Selain daripada diskusi eletronik,
WWW (World Wide Web) juga menyediakan berbagai sumber pengajaran
dan pembelajaran , khususnya dalam bidang matematik ( Zoraini, 1995;
Lee, 1996 )

Beberapa tajuk yang boleh diperolehi dari WWW :

 Global Network Navigator - Mathematic


 Math Section
 Mathematics - Singapore Min of Education
 Math Launchpad
 Mathematics Archives - K12 Internet Sites
 K-8 dan K-12 Mathematics Education
 Math and Numbers
 The Math Forum
 Ask Dr Math
 Math Archives
 Internet Math Class
 Forum Guru dan Pelajar - TM School On Line
 Nota dan Soalan Latihan ( UPSR, PMR dan SPM ) - TM School On
Line

( Sila rujuk
dalam http://www.geocities.com/Athens/Acropolis/2766/tzz.html ) 

Menyedari potensi dan keupayaan Internet sebagai wadah komunikasi dan


interaksi eletronik yang berkesan maka Kementerian Pendidikan telah
mengambil langkah untuk memperkenalkan Internet kepada para pelajar
dan pendidik. Dengan kerjasama serta bantuan kepakaran daripada
MIMOS, Kementerian Pendidikan telah melancarkan projek Jaringan
Pendidikan ( Sulaiman, 1996 ). Dalam perlaksanaan projek ini,
Kementerian Pendidikan telah:

 menyediakan kemudahan dan perkhidmatan rangkaian kepada para


pelajar dan golongan pendidik di sekolah dan maktab-maktab
perguruan
 melatih dan membimbing guru-guru dengan kemahiran
menggunakan kemudahan yang disediakan
 merancang, melaksana dan menyelia pelbagai aktiviti pendidikan
berasaskan penggunaan rangkaian meluas ke arah
mengembangkan minda dan pengetahuan di samping menggalakkan
perlaksanaan pelbagai aktiviti kreatif dan inovatif berasaskan
teknologi maklumat

Segala kemudahan yang sedia ada perlu dimanfaatkan sepenuhnya.


Bidang teknologi maklumat yang menjadi sebahagian daripada kandungan
sukatan kursus akan memberi peluang kepada guru pelatih untuk
menambahkan pengetahuan dan meningkatkankemahiran dalam
penggunaan komputer, khususnya untuk aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Tambahan pula pada hari ini, terdapat berbagai program
pendidikan yang dicipta dan dipasarkan, yang meliputi hampir semua
peringkat.

Penutup

Penggunaan komputer dalam pendidikan adalah merupakan langkah awal


ke arah mewujudkan masyarakat berteknologi selaras dengan hasrat
Wawasan 2020. Institusi pendidikan sebagai wadah terpenting perlu
mengalami perubahan terlebih awal berbanding dengan institusi-institusi
lain ke arah mencapai matlamat tersebut. Potensi dan kecanggihan
teknologi perlu dimanfaatkan sepenuhnya.

Untuk mancapai matlamat pendidikan di Malaysia, satu anjakan paradigma


diperlukan dalam cara pemikiran dan penggunaan teknologi ( Wan Zahid,
1996 ). Usaha perlu dibuat dan penglibatan secara menyeluruh perlu
dilakukan sehingga kita mampu mereka dan menghasilkan sesuatu
mengikut acuan pemikiran kita sendiri, tanpa bersandar dan berharap
kepada orang lain. Selagi kita bertaraf ‘pengguna’, selagi itulah kita tidak
mampu merubah apa-apa.

BIBLIOGRAFI

Anda mungkin juga menyukai