Ulasan Buku
Ulasan Buku
Kajian tindakan memerlukan masa, sumber dan komitmen yang tinggi daripada seorang
penyelidik. Beberapa konsep yang cuba diterapkan adalah:
1. Kajian tindakan dan refleksi adalah komponen penting untuk menambah baik praktis
dalam pengajaran dan pembelajaran yang mana refleksi perlu wujud untuk melakukan
tindakan, dalam tindakan dan selepas tindakan (Postareff, 2007).
2. Kajian tindakan sebagai satu kaedah untuk pembelajaran sepanjang hayat dikalangan
guru (lifelong learning).
3. Kajian tindakan mengimplikasikan refleksi keatas diri untuk menambahbaik amalan
mereka, kefahaman terhadap amalan-amalan mereka dan juga persekitaran dimana
amalan mereka dipraktiskan (Carr & Kemmis, 1986).
Sebagai latihan untuk ahli akademik di university dalam menganalisis praktis, kaedah
penyelidikan dan kepakaran mereka (Ponte, 2002).
Sebagai alat untuk membuat refleksi tentang pemikiran mereka yang mana diakhiri
dengan tindakan bagi menyokong efikasi profesional.
Menyediakan cabaran kepada kepercayaan, konsep dan teori yang sedia ada dalam
pengajaran dan pembelajaran (Wahlstrom & Ponte, 2005).
Sebagai satu kaedah untuk memperbaiki mutu pembelajaran pelajar melalui pengalaman
dan pencapaian mereka.
Membolehkan ahli akademik di universiti menambah kefahaman mereka tentang
pengetahuan dalam pengajaran dan pembelajaran serta proses-proses yang terlibat.
Sebagai satu kaedah untuk menambahbaik kualiti pengajaran dan pembelajaran di
unversiti (Kember, 2000)
Pemilihan reka bentuk kajian adalah bergantung kepada konteks pembelajaran dan juga tahap
pengetahuan tentang sesuatu kaedah kajian. Didalam buku ini, penulis menggambarkan kitaran
spiral kajian tindakan berdasarkan kepada 4 langkah utama iaitu:
1. Memerhati/ mengenalpasti perkara-perkara yang tidak sepatutnya berlaku/ boleh
diperbaiki (Observe).
2. Merancang pelan tindakan yang mana melibatkan perubahan dalam amalan (Plan).
3. Melaksanakan perancangan (Act).
4. Melihat kesan pelaksanaan (Reflect).
Sampel/ Responden
Seting
Terdapat 5 proses yang ditekankan oleh penulis untuk menjalankan kajian tindakan iaitu:
Didalam buku ini penulis telah menggunakan proses yang sama tetapi pendekatan yang berbeza
bagi menyelesaikan satu isu/ masalah yang sama. Pendekatan tersebut ialah secara kualitatif
melalui model interpretivis dan secara eksperimen melalui model positivis.
a) Model interpretivis
1. Pengenalpastian masalah (I)
2. Pencarian jalan penyelesaian (T)
Penulis menggunakan borang maklum balas (questionnaire) yang diedarkan
kepada reponden.
Menjalankan temu bual
3. Pelaksanaan (D)
Menjalankan temu bual tidak berstruktur (unstructured interview) dengan
responden untuk mendapatkan gambaran perspektif responden yang lebih luas
tentang isu yang diutarakan berbanding temubual bersruktur dan semi-
struktur.
4. Penilaian (E)
Menggunakan kaedah ‘content analysis’ yang menggabungkan kedua-dua
analisis secara kualitatif dan kuantitatif.
Mengklasifikasikan hasil dapatan termubual mengikut tema tertentu
berdasarkan prinsip analisis bertema (principles of thematic analysis).
5. Pengubahsuaian amalan (M)
b) Model positivis
1. Pengenalpastian masalah (I)
2. Pencarian jalan penyelesaian (T)
Penulis menggunakan kajian intervensi untuk menguji hipotesis
Kajian intervensi melibatkan pembolehubah bersandar (intervensi) dan
pembolehubah tak bersandar.
Memerlukan penyelidik mengawal faktor-faktor luaran bagi memastikan
persekitaran kumpulan kawalan dan kajian adalah sama.
3. Pelaksanaan (D)
Memberi intervensi kepada kumpulan kajian
4. Penilaian (E)
Membandingkan hasil dapatan antara kumpulan kajian dan kumpulan kawalan
5. Pengubahsuaian amalan (M)
Pengumpulan dan Penganalisisan Data
Pengumpulan data
Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan unuk mengumpul data. Pemilihan kaedah ini
bergantung kepada objektif/ tujuan kajian dijalankan.
Teknik analisis
Pemilihan teknik analisis bergantung kepada jenis data yang dikumpul samada kualitatif atau
kuantitatif seperti mana yang digambarkan oleh penulis didalam buku ini.
1. Data kualitatif
Didalam buku ini, penulis menekankan dua jenis analisis kualitatif iaitu analisis
menggunakan tema (thematic analysis) dan analisis keatas kandungan teks/ visual
(content analysis).
Penulis telah menggariskan 3 prinsip asas etika kajian berdasarkan kepada British Educational
Research Association (2004) dan American Educational Research Association (2000) iaitu:
Dalam konteks buku ini, kebolehpercayaan dan kesahihan kajian tindakan boleh dipastikan
dengan melakukan pemerhatian samada secara terus, semulajadi dan/ atau menjadikan peserta
kajian sebagai pemerhati.
Secara keseluruhan, buku ini memberikan banyak maklumat yang perlu diketahui untuk
melakukan sesuatu kajian tindakan. Penyusunan maklumatnya teratur dari bab 1 hinggalah akhir
membolehkan pembaca membuat perkaitan antara komponen-komponen yang terdapat dalam
satu bab dengan bab yang lain sehinggalah kepada jenis-jenis kaedah kajian beserta kelebihan
dan kelemahan masing-masing. Etika untuk melakukan kajian tindakan juga disentuh oleh
penulis.