Anda di halaman 1dari 1

Tamadun Melayu merupakan sebuah tamadun yang dibentuk oleh sekelompok manusia yang

digolongkan secara luas sebagai kumpulan orang-orang Melayu dan bertempat di suatu wilayah di
Asia Tenggara. Wilayah ini dikenali dengan pelbagai nama seperti Gugusan Kepulauan Melayu,
gugusan Kepulauan Melayu-Indonesia, Nusantara, Alam Melayu dan Tanah Jawi. Sebelum Perang
Dunia II, kawasan ini dirujuk sebagai Asia of the Monsoons, East Indies dan juga Further India atau
Hindia Jauh. Istilah Melayu mempunyai maksud yang dalam dan luas. Sebahagian pengkaji
menegaskan, pada istilah Melayu terdapat dua pengertian, iaitu “Melayu” dan “kemelayuan”.
“Melayu” dimaksudkan sebagai satu rumpun bangsa Melayu yang menggunakan bahasa Melayu,
sementara “kemelayuan” mengandungi erti “nilai anutan” dan “jati diri Melayu”. Tamadun Melayu
adalah tamadun menyeluruh yang dibangunkan oleh bangsa Melayu berteraskan bahasa Melayu
setelah kedatangan dan penerimaan Islam di seluruh rantau Alam Melayu. Pemahaman terhadap
Tamadun Melayu sebagai satu tamadun bangsa di rantau Alam Melayu amat bersandar kepada
pemahaman terhadap Tamadun Islam. Ini kerana kemunculan Tamadun Melayu bertitik tolak dari
penerimaan Islam oleh masyarakat rantau Alam Melayu secara keseluruhannya.

Tamadun China merupakan salah sebuah tamadun tertua di dunia. Tamadun ini dibina dan
diperkembangkan selama 4000 tahun telah membawa kepada kegemilangan dalam beberapa bidang
seperti pentadbiran, falsafah, sastera, unsur moral, penciptaan dan sains. Kegemilangan ini telah
membawa kemajuan dan kemakmuran serta memberi sumbangan kepada kehidupan masyarakat di
dunia pada hari ini. Tamadun china juga menyamai tamadun-tamadun tertua yang lain seperti
tamadun Mesopotamia, Tamadun Mesir, Tamadun India dan Tamadun Greek. Walaupun
kemunculannya tidak sama namun pencapaianya adalah standing dengan tamadun-tamadun
tersebut. Sebagai contoh, pembinaan Tembok Besar China merupakan salah satu dari tujuh benda
ajaib di dunia. Ianya seiringan dengan Piramid di Mesir, Taman Bergantung Babylon di Iran dan Taj
Mahal di India. Tamadun China bermula di Tanah Besar China dan berkembang di wilayah-wilayah
lain seperti perkembangan budaya Cina di Asia Tenggara, benua Australia, Pulau Formosa, Amerika
Utara dan Eropah. Walaupun terdapat beberapa perbezaan yang nyata antara tamadun dan budaya
di Tanah Besar China dengan budaya masyarakat Cina di kawasan-kawasan lain, namun kepercayaan
dan sifat-sifat budaya Cina yang berasal dari tanah besar masih diamalkan di kebanyakan kawasan-
kawasan yang lain. Tamadun china boleh dibahagikan kepada beberapa tahap pembinaan,
perkembangan dan kejatuhan.

Tamadun India adalah sebuah tamadun unggul yang tertua di dunia dan mempunyai
keunikannya yang tersendiri. Keunikan tersebut antara lain dapat dilihat dalam kesinambungan
tradisi kebudayaan yang kekal dan berterusan tanpa banyak berlaku perubahan sejak ribuan tahun
yang lalu. Yang lebih penting lagi, tamadun India juga merupakan panduan pelbagai bentuk budaya
hingga melahirkan variasi dalam perkembangan tamadun ini. Tamadun India wujud antara tahun
2500-1800 S.M. Selepas tempoh ini tamadun Indus telah mengalami keruntuhan. Hal ini dikaitkan
dengan kedatangan orang Aryan yang telah membawa satu budaya dan tahap baru kepada
masyarakat Lembah Indus.Tahap ini dikenali sebagai Zaman Vedik. Zaman Vedik merupakan
permulaan kehidupan beragama bagi masyarakat tersebut kerana pada zaman itulah lahirnya agama
Hindu. Selain itu, pengaruh agama menjadi faktor penting dalam pembentukan tamadun ini
terutamanya agama Hindu, Buddha dan Islam. Ini menjadikan seluruh pengkajian tentang tamadun
India sangat berbeza dan menarik jika dibandingkan dengan tamadun-tamadun lain di dunia.

Anda mungkin juga menyukai