Anda di halaman 1dari 5

FAPA 1042 KEMAHIRAN KOMUNIKASI UNTUK PROFESIONAL MUSLIM

Tajuk Tugasan: Adab Mendengar Dan Kepentingan Terhadap Individu Dan Organisasi Dalam
Perspektif Islam

Nama Pensyarah: Puan Saidatul Khatijah Binti Ismail

Nama Ahli Kumpulan :

Muhammad Faris Haiqal Bin Zairul Azanar 20FA01051

Zulia Shahirah Binti Baharudin 20FA01042

Nur Kaisah Najla Binti Azizan 20FA01039

Nurul Jannah Aliah Binti Shamsuri 20FA01048

Nurul Farahdina Nisha Binti Osman 20FA01047

Hani Salsabila Ikbal 20FA01037

Muhammad Iqh'mal Bin Rostam 20FA01036


Allah SWT telah menciptakan kita dua pancaindera yang penting bagi manusia iaitu
pendengaran dan penglihatan.Fungsi pendengaran semestinya hendak dilebihkan dengan
benda yang lebih baik dan dapat membawa kita kearah kebaikan. Kadang -kala kita sering
menyakiti perasaan individu tanpa sedar kerana lisan kita sendiri kerana kebanyakkan orang
lebih suka berbicara berbanding mendengar. Seperti yang kita dapat lihat dalam situasi ketika
mana orang sedang berbicara , pasti akan ada juga pendengar yang turut sibuk berbicara
daripada mendengar. Jadi ini adalah adab yang sangat tidak diajarkan Islam kerana itu dapat
menyakiti perasaan orang yang sedang berbicara kerana rasa tidak diberi sepenuh perhatian.
Mendengar dapat memberi pengajaran daripada apa yang kita dengar dari orang lain. Oleh itu,
kita seharusnya mendengar dengan adab yang baik ketika mana-mana individu sedang
berbicara dengan kita . Dalam Islam keseluruhannya telah disusun dengan baik tentang
berbicara , berjalan , makan mahupun minum dengan beradab dan perlu dijalankan mengikut
apa yang telah disyariatkan oleh Islam.

ِ ‫وا ٱأۡل َ ۡل َب ٰـ‬


‫ب‬ ۟ ُ‫ك هُمۡ أ ُ ۟ول‬
َ ‫ِین َهد َٰى ُه ُم ٱهَّلل ۖ ُ َوأ ُ ۟ولَ ٰۤـ ِِٕـٕى‬ ‫ُون ۡٱل َق ۡو َل َف َی َّت ِبع َـ‬
َ ‫ُون أَ ۡح َس َن ُهۥۤۚ أ ُ ۟ولَ ٰۤـ ِِٕـٕى‬
َ ‫ك ٱلَّذ‬ َ ‫ٱلَّذ‬
َ ‫ِین َی ۡس َت ِمع‬

"Yang mendengarkan perkataan lalu mengikuti apa yang paling baik (ahsan) di antaranya.
Mereka itulah orang-orang yang telah diberi Allah petunjuk dan mereka itulah orang-orang
yang mempunyai akal." (QS. Az-Zumar : 18) Oleh itu Mendengar menunjukkan sikap
menyenangkan, menyemak dengan baik, tanda memberi perhatian kepada yang sedang
berbicara. Dalam kitab Al-Adabul Mufrod, Imam Bukhori mencatat riwayat dari Abu Hurairah
yang menyampaikan bahawa Rasulullah ketika menghadap, beliau menghadapkan seluruh
tubuh beliau. Tentunya sebagai bentuk perhatian kepada yang diajak atau yang sedang
berbicara. Definisi mendengar adalah memberikan perhatian kepada setiap perkataan yang kita
dengar daripada orang lain. Mendengar merupakan perkara yang sangat penting dalam
komunikasi serta mendengar adalah cara berkomunikasi yang kerap digunakan dan biasanya
diikuti oleh aktiviti membaca, bercakap dan menulis.

Antara adab dan kepentingan mendengar ialah kita seharusnya mendengar dan diam sehingga
orang yang berbicara jelas dalam menyampaikan apa yang hendak disampaikan . Kita seeloknya
tidak ikut campur ataupun memotong apa yang dikatakan oleh mana-mana individu sehingga
apa yang diucapkan dapat difahami.

Hal yang seringkali berlaku apabila individu yang sedang bercerita berbicara dan yang
mendengarkan juga akan turut ikut berbicara. Ini dapat membuat pendengar menjadi tidak
faham apa yang disampaikan oleh orang tersebut dandapat membuatkan individu yang sedang
berbicara itu hilang kepercayaan ataupun rasa tidak diberi perhatian . Oleh itu seeloknya kita
diam dan mendengar sebaik mungkin ketika orang sedang bercakap agar faham. Selain itu, kita
sewajarnya menghadap wajah orang yang sedang berbicara . Walaupun kita tidak tertarik
dengan apa yang orang nak sampaikan , tetapi sebagai pendengar yang baik , kita sepatutnya
mendengar dan fokus apa yang ingin disampaikan . Hal ini kerana apabila kita fokus apa yang
disampaikan , kita secara langsung dapat menambah ilmu serta pengajaran daripada orang
lain.Seterusnya , tidak menunjukkan sikap yang lain kepada orang yang berbicara walaupun kita
lebih mengetahui apa yang disampaikan itu. Ekspresi wajah selalunya kita tidak dapat kawal .
Contohnya sekiranya kita tidak sependapat dengan kawan kita , akan keluar ekpresi wajah yang
tidak senang tanpa kita sedar atau tak. Ekpresi muka yang tidak menyenangkan akan membuat
kawan atau orang lain sakit hati kerana kita seolah berlagak atau sombong kerana lebih
mengetahui apa yang disampaikan oleh rakan kita sendiri.Sebaliknya jika dia salah , kita
sepatutnya sampaikan pendapat kita kepada dia dengan baik dan menjaga hati orang yang
berbicara. Hasan Al-Bashri pernah berpesan, "Apabila engkau sedang duduk berbicara dengan
orang lain, hendaknya engkau bersemangat mendengar melebihi semangat engkau berbicara.
Belajarlah menjadi pendengar yang baik sebagaimana engkau belajar menjadi pembicara yang
baik. Janganlah engkau memotong pembicaraan orang lain.” (Al-Muntaqa hal.72)

Mendengar itu perlu fokus dan dengar dengan baik agar tidak kehilangan pesan-pesan yang
ada, walau kadang-kala kita sudah mengetahui apa yang sedang disampaikan, berpura-puralah
tidak mengetahuinya.

Seterusnya, persoalan kepemimpinan adalah sesuatu yang dianggap penting dalam Islam.

Begitu juga komunikasi, apabila diperbincangkan komunikasi kepemimpinan dalam konteks

negara Malaysia, ianya relevan dengan perspektif Islam. Hal ini kerana Islam, menyatakan
bahawa manusia akan mendapat keredhaan Allah s.w.t., di samping mendapat manfaat
daripada

khazanah pengetahuan Islam yang terkumpul dalam Al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w. Islam
mengaku tentang perlunya pemimpin dalam setiap sistem sosial. Berkaitan dengan

ini, Abu Dawud meriwayatkan daripada Abu Said dan Abu Hurairah (r.a) bahawa Rasulullah

s.a.w. bersabda : Apabila tiga orang keluar bermusafir, maka hendaklah mereka melantik salah

seorang daripada mereka untuk menjadi ketua

Menurut Islam, pemimpin harus menjadi contoh dan teladan kepada yang dipimpin.

Contoh dan teladan yang perlu ditunjukkan bukan sahaja stail, kaedah, dan strategi

berkomunikasi tetapi juga tentang akhlak dan amal ibadat. Islam menambah, seseorang yang

baik dalam komunikasi tetapi kekurangan dalam bidang akhlak dan beramal soleh, belum lagi

boleh dianggap sebagai pemimpin yang baik. Malah, Islam meragui kebolehan seseorang boleh

Kepentingan komunikasi dari perspektif Islam pula dilihat dari sudut menyebarkan

dakwah, menjaga hubungan sesama manusia dan hubungan dengan Allah SWT, melaksanakan

tuntutan-tuntutan Syari’ah dan menegakkan konsep “amar ma’ruf nahi mungkar” serta

melaksanakan segala apa yang disuruh oleh Allah SWT dan menjauhi segala larangannya. Allah

SWT telah menjelaskan kepentingan komunikasi dalam Al-Qur’an dengan jelas. Umpamanya

dalam firman Allah SWT yang bermaksud: Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah
menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu dari pelbagai
bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu

dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih
taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah
Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya (akan keadaan dalam dan kamu).
(Surah Al- Hujurat, 49:13)

Anda mungkin juga menyukai