Anda di halaman 1dari 2

LATIHAN A (GSB1012)

1. Budi Bahasa Budaya Kita

Ibu bapa dan kaum keluarga


Saudara terdekat jiran tetangga
Sayang menyayangi bertegur sapa
Ketulusan ikatan sepanjang usia

Para guru rakan sekolah


Turut warnai kehidupan kita
Ilmu ditimba pengalaman bertambah
Pergaulan sihat peribadi ceria

Bangsa Malaysia berhemah tinggi


Ramah dan mesra elok pekerti
Yang tiada dibantu, yang lemah dilindungi
Bertimbang rasa hormat menghormati

Kita berkhidmat jujur dan ikhlas


Mencurah bakti tak minta dibalas
Harapan rakyat satu amanah
Budi bahasa budaya kita

a Berdasarkan Lirik Lagu Budi Bahasa Budaya Kita, senaraikan budi bahasa
yang diamalkan oleh masyarakat Malaysia. (5 markah)

b Nyatakan satu pengertian budi dan satu pengertian bahasa berdasarkan


pendapat mana-mana tokoh. (5 markah)

2.

Rajah 1

a Berdasarkan Rajah 1, hasilkan dialog ringkas yang menggambarkan


kesantunan lisan di kaunter tersebut. (5 markah)

b Berikan maksud kesantunan non-verbal berserta contoh yang sesuai.


(5 markah)
3. Boxer, D. (1993) mentakrifkan jarak sosial sebagai satu unsur tidak tetap yang
penting dalam sosiolinguistik semasa bercakap dari sudut darjah keakraban dan
keintiman antara individu.

a Perihalkan jenis-jenis jarak sosial yang perlu diamalkan oleh penutur dan
pendengar dalam sesuatu komunikasi. (5 markah)

b Jelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi jarak sosial seseorang semasa


bercakap dengan individu lain. (5 markah)

__________________________________________________________________________
LATIHAN B (GSB1012)

1. Amalan mengadakan rumah terbuka dalam kalangan masyarakat Malaysia dapat


menyuburkan kesantunan merentas budaya. Bincangkan.
(20 markah)

2. Sebagai kaunselor di sekolah, anda dikehendaki menyampaikan ceramah berkaitan


isu gejala sosial dalam kalangan remaja di Malaysia. Sediakan teks ceramah
tersebut.
(20 markah)

Anda mungkin juga menyukai