Anda di halaman 1dari 6

NAMA : KELAS :

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TONGOD


PETI SURAT 08, 89320 TELUPID, SABAH

MAR
UJIAN BULAN APRIL 2021 KAH:
TINGKATAN 1
PEND. JASMANI & PEND. KESIHATAN(PJPK)
1 Jam
1
0
0
Arahan:
1.Soalan ini mengandungi dua bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B.
2.Jawab semua soalan.
3.Jawapan hendaklah ditulis pada ruang jawapan yang disediakan.

BAHAGIAN A [25 MARKAH]

1. Antara yang berikut, manakah bukan komponen kecergasan berasaskan kesihatan?


A. Imbangan C. Kapasiti aerobik
B. Fleksibiliti D. Kekuatan Otot

2. ______________ ialah keupayaan individu untuk kekal melakukan aktiviti yang


menggunakan tenaga aerobik dalam suatu tempoh masa.
A. Kelenturan C. Kekuatan Otot
B. Komposisi Badan D. Kapasiti aerobik

3. Berikut merupakan prinsip FITT kecuali


A. Kekerapan melakukan latihan
B. Tinggi dan berat badan seseorang
C. Tahap kesukaran melakukan aktiviti fizikal
D. Masa yang diperuntukkan untuk aktiviti fizikal

4. Langkah di bawah perlu dilakukan sebelum memulakan senaman untuk meningkatkan


kapasiti aerobik.
Ambil denyutan nadi pada waktu pagi, sewaktu bangun daripada tidur. Dapatkan
bacaan untuk beberapa hari secara berturut-turut selama 60 saat pada tiap-tiap bacaan.
Pernyataan tersebut merujuk kepada
A. Kadar Nadi Tidur C. Kadar Nadi Latihan
B. Kadar Nadi Rehat D. Kadar Nadi Maksimum

5. Seseorang atlet itu perlu ___________ selepas melakukan aktiviti sukan.


A. memanaskan badan C. menyejukkan badan
B. mandi dengan segera D. makan dengan segera

1
6. Jadual di bawah menunjukan contoh program latihan bagi meningkatkan kapasiti aerobik
untuk seminggu.
Hari Aktiviti
Isnin  Berjoging selama 30 minit.
Selasa  Rehat aktif
Rabu  Melakukan latihan fartlek selama 45 minit
Khamis  Rehat aktif
Jumaat  Melakukan latiihan LSD selama 60 minit
Sabtu  Rehat aktif
Ahad  Rehat pasif
Apakah contoh aktiviti rehat pasif?
A. Bersiar-siar di taman permainan
B. Bermain frisbee bersama rakan-rakan
C. Membantu keluarga mengemas rumah
D. Menonton wayang bersama bersama keluarga

7. Antara berikut, manakah yang perlu dilakukan semasa melakukan aktiviti bagi
mengelakkan kecederaan?
A. Membuat aktiviti latihan tanpa memanaskan badan
B. Melakukan aktiviti mengikut kemampuan dan kecergasan
C. Menggunakan kawasan berpokok untuk melakukan aktiviti
D. Melakukan aktiviti mengikut apa sahaja teknik yang diketahui

8. Kelenturan dapat ditingkatkan melalui aktiviti regangan yang dilakukan dengan


meregangkan otot semaksimum yang boleh tanpa rasa sakit dan bertahan selama
_________
A. 10 hingga 30 saat C. 30 hingga 60 saat
B. 10 hingga 30 minit D. 30 hingga 60 minit

9. Penyataan berikut merujuk kepada faedah memiliki kelenturan yang baik kecuali
A. Meningkatkan prestasi dalam sukan
B. Mengurangkan risiko mendapat kecederaan
C. Mewujudkan rasa yakin dan gembira semasa melakukan aktiviti
D. Mengurangkan rasa sakit dan tidak selesa semasa melakukan kerja

10. Pernyataan di bawah berkaitan senaman kelenturan.


 Duduk melunjur dan kaki dibuka seluas bahu serta luruskan kaki.
 Jangkau tangan kanan sejauh yang mungkin ke belakang.
 Kekalkan posisi ini selama 30 saat.
 Ulang perlakuan untuk tangan kiri.
Apakah nama senaman tersebut?
A. Kilas badan C. Jangkauan melunjur
B. Regangan pinggang D. Regangan belakang badan

11. Antara yang berikut, manakah contoh otot teras?


I. Internal oblique III. Arteri karotid
II. External oblique IV. Rectus abdominis
A. I, II dan III sahaja C. I, III dan IV sahaja
B. I, II dan IV sahaja D. II, III dan IV sahaja

2
12. Pernyataan di bawah merujuk kepada salah satu komponen kecergasan fizikal berasaskan
kesihatan.
 Melakukan aktiviti secara berulang – ulang
 Melakukan aktiviti berterusan tanpa berasa cepat letih dan lesu
 Contoh aktiviti ialah berenang
Komponen kecergasan tersebut ialah
A. kelenturan C. Kekuatan otot
B. daya tahan otot D. komposisi badan

13. Antara yang berikut, manakah bukan merupakan tips penjagaan muka berjerawat?
A. Memicit jerawat kecil
B. Mendapatkan rawatan doktor
C. Makan makanan yang seimbang
D. Menggunakan pencuci muka yang sesuai

14. _________________ ialah perubahan pada tubuh yang terjadi pada permulaan akil
baligh yang melibatkan perkembangan dan perubahan aspek fizikal dan emosi.
A. Stres C. Seksual primer
B. Imunisasi D. Seksual sekunder

15. Pernyataan manakah yang bukan menunjukkan perubahan fizikal bagi remaja
perempuan semasa perkembangan seksual sekunder?
A. Saiz otot membesar C. Jerawat mula tumbuh
B. Suara semakin lunak D. Pinggul mula membesar

16. Berikut merupakan perubahan fizikal bagi remaja lelaki semasa perkembangan seksual
sekunder kecuali
A. Misai mula tumbuh C. Suara bertambah garau
B. Ketinggian meningkat D. Tekstur kulit semakin licin

17. Apakah perubahan yang berlaku dari segi emosi jika seseorang murid perempuan
mencapai perkembangan seksual sekunder?
I. Mudah marah III. Sentiasa gembira
II. Berasa sensitif IV. Mudah tersinggung
A. I, II dan III C. I, II dan IV
B. I, III dan IV D. II, III dan IV

18. Pernyataan berikut merupakan cara menangani perubahan emosi semasa perkembangan
seksual sekunder kecuali
A. Menguatkan jati diri
B. Mengurus stress dengan baik
C. Mengasingkan diri daripada keluarga dan kawan-kawan
D. Mengamalkan gaya hidup sihat dengan mengambil makanan seimbang

19. Antara contoh media elektronik ialah


I. VCD III. Majalah
II. DVD IV. Telefon pintar
A. I, II dan III C. I, III dan IV
B. I, II dan IV D. II, III dan IV

3
20. ______________ ialah penyakit kelamin disebabkan oleh jangkitan bakteria.
A. AIDS C. Migrain
B. Sifilis D. Malnutrisi

21. Pernyataan yang manakah menunjukkan langkah untuk menangani tingkah laku seksual
berisiko?
A. Melayari laman web pornografi
B. Berdua-duaan di tempat yang sunyi
C. Memiliki bahan seperti majalah lucah
D. Mengisi masa lapang dengan aktiviti sukan

22. Apakah kesan negatif multimedia kepada tingkah laku seksual berisiko?
I. Seks sebelum nikah III. Merosakkan minda
II. Menonton pronografi IV. Cepat matang dari usia
A. I, II dan III C. I, III dan IV
B. I, II dan IV D. II, III dan IV

23. Syazwan memujuk Wati berjumpa di tempat yang sunyi berdua-duaan.


Apakah tindakan yang perlu Wati lakukan?
A. Memberitahu rakan-rakan sekelas
B. Menolak ajakkan Syazwan dengan baik
C. Mengikut Syazwan kerana menganggap dia kawan baik
D. Setuju untuk berjumpa supaya dapat sama-sama mengulangkaji pelajaran

24. Berikut adalah maklumat berkaitan risiko seks sebelum nikah kecuali
A. Seks rambang
B. Bercanggah dengan agama
C. Dipandang tinggi oleh masyarakat
D. Menggugurkan kandungan kerana malu

25. Tingkah laku seksual berisiko disebabkan oleh faktor seperti …


I. Masalah keluarga III. Masalah kesihatan mental
II. Pengaruh rakan sebaya IV. Masalah kecelaruan personaliti
A. I, II dan III C. I, III dan IV
B. I, II dan IV D. II, III dan IV

JAWAPAN BAHAGIAN A

1. 6. 11. 16. 21.

2. 7. 12. 17. 22.

3. 8. 13. 18. 23.

4. 9. 14. 19. 24.

5. 10. 15. 20. 25.

4
BAHAGIAN B [22 MARKAH]

1. Nyatakan perubahan fizikal yang berlaku kepada lelaki dan perempuan semasa
perkembangan seksual sekunder. [12
markah]

Lelaki Perempuan

2. Susun langkah membersihkan bulu ketiak mengikut urutan yang betul dengan menulis 1,
2, 3 dan 4 pada petak yang disediakan. [4 markah]
Langkah-langkah Jawapan
Bersihkan ketiak dengan air.

Bersihkan bulu ketiak dengan sabun dan air untuk menghilangkan


sisa deodorant, minyak dan benda asing.

Mulakan mencabut atau menggunting pendek bulu ketiak.

Lap bahagian ketiak dengan tuala bersih supaya bakteria tidak mudah
membiak.

3. Nyatakan dua kesan negatif multimedia kepada tingkah laku seksual berisiko.
[4 markah]

a) ____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

b) ____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

JAWAPAN
UJIAN BULAN APRIL 2021
TINGKATAN 1
PEND. JASMANI & PEND. KESIHATAN(PJPK)

5
JAWAPAN BAHAGIAN A [25 MARKAH]
1. A 6. D 11. B 16. D 21. D
2. D 7. B 12. B 17. C 22. A
3. B 8. C 13. A 18. C 23. B
4. B 9. C 14. D 19. B 24. C
5. C 10. A 15. A 20. B 25. D

BAHAGIAN B [22 MARKAH]

1. Nyatakan perubahan fizikal yang berlaku kepada lelaki dan perempuan semasa
perkembangan seksual sekunder. [12
markah]

Lelaki Perempuan
 Suara bertambah garau  Pinggul dan payu dara mula
 Ketinggian meningkat membesar
 Misai dan janggut mulai tumbuh  Jerawat mula tumbuh di muka
 Saiz otot membesar  Suara semakin lunak
 Tekstur kulit menjadi kasar

2. Susun langkah membersihkan bulu ketiak mengikut urutan yang betul dengan menulis 1,
2, 3 dan 4 pada petak yang disediakan. [4 markah]
Langkah-langkah Jawapan
Bersihkan ketiak dengan air. 3
Bersihkan bulu ketiak dengan sabun dan air untuk menghilangkan sisa
1
deodorant, minyak dan benda asing.
Mulakan mencabut atau menggunting pendek bulu ketiak. 2
Lap bahagian ketiak dengan tuala bersih supaya bakteria tidak mudah
4
membiak.

3. Nyatakan dua kesan negatif multimedia kepada tingkah laku seksual berisiko. [4 markah]
a) Merosakkan minda dan akhlak
b) Ketagihan menonton pornografi
c) Seks sebelum berkahwin
d) Kehamilan sebelum nikah
e) Terjerumus kepada seks bebas
**terima mana-mana jawapan pelajar yang sesuai

Anda mungkin juga menyukai