Anda di halaman 1dari 4

Anda mungkin belajar dua variable sahaja iaitu IV dan

DV. Jangan panik jika masa defend proposal atau tesis


anda ada yang tanya tentang variable yang lain. 

Tahukah anda ada 5 jenis variable bukan sahaja IV dan


DV ? Jadi jgn keliru bila jumpa 3 lagi variable. Penelitian
tentang variable2 ini penting jika anda jalankan kajian
eksperimental supaya kesan pada DV benar2
disebabkan oleh IV bukannya variable lain yang anda
tidak kaji. 

Independent variable (IV) – variable tak bersandar


yang dikaji kesannya terhadap variable versandar atau
dependent variable (DV). Dalam kajian eksperimental,
IV dimanipulasi untuk melihat kesannya terdapat DV,
maka ia juga dinamakan treatment, manipulated,
antececedent atau predictor variable.
Contoh: Kaedah mengajar (IV) dimanipulasi dengan
menjadikan dua kaedah berbeza (X dan Y) bagi melihat
kesannya kepada skor (DV). Kaedah mengajar adalah
treatment dalam kajian yang dimanipulasi bagi melihat
kesannya pada DV.
Dependent variable (DV) – variable yang kesannya
dicerap akibat  IV. Boleh dipanggil outcome atau effect
variable.
Mediated variable (mediator) – variable
yang menjelaskan mengapa hubungan antara IV dan
DV berlaku. (Bagi maksud biasa, mediate ini seperti
orang tengah yang intervene atau masuk campur antara
dua pihak yang bergaduh untuk menjelaskan hubungan
kedua2nya supaya ada penyelesaian)  
Contoh:
Anda mengkaji hubungan antara kekerapan membaca
novel BI (IV) dengan skor BI (DV), kerana anda ingin
mengetahui samada pelajar yang kerap membaca novel
mendapat skor BI yang lebih baik. 

Namun anda perlu tahu bahawa penguasaan BI juga


adalah variable yang menyebabkan pelajar itu kerap
membaca novel dan akhirnya berlaku peningkatan skor
BI. Oleh itu, penguasaan BI mediated variable yang
dapat menjelaskan  hubungan antara IV dan DV. 

Dengan membuang penguasaan BI, hubungan antara


IV dan DV telah tidak bermakna. Maksudnya tidak guna
mengukur hubungan antara IV dan DV ini jika subjek
anda tidak menguasai BI, sebab mereka takkan
membaca novel BI ! Jadi penguasaan dalam BI
menjelaskan mengapa hubungan IV dan DV ini berlaku.
Contoh:
Umur yang bertambah (IV) mempengaruhi skor lulus
memandu (DV), namun pengalaman membawa kereta
adalah mediated variable yang menjelaskan hubungan
ini. Jika subjek tiada pengalaman membawa kereta,
umur meningkatpun tidak akan mempengaruhi skor
memandu!

Key - variable yang menjelaskan mengapa wujudnya


hubungan antara IV dan DV.
Moderator variable - variable yang berinteraksi bagi
meningkat atau mengurangkan kekuatan hubungan
antara IV dan DV. (Dalam bahasa biasa moderate
bermakna "sederhana' atau tidak extreme. Variable ini
bukanlah variable utama yang extreme tetapi variable ini
boleh berinteraksi dengan IV bagi mempengaruhi DV)
Contoh:
Kekerapan menonton berita (DV) dipengaruhi oleh umur
(IV) tetapi jantina boleh menguatkan hubungan ini yang
mana lelaki yang berumur lebih kerap menonton berita
berbanding dengan perempuan berumur. Ini bermakna
jantina adalah variable ketiga (selain IV dan DV) yang
moderate dan berinteraksi dengan umur bagi
menguatkan kekerapan menonton berita.

Key - variable yang berinteraksi dengan IV bagi


mempengaruhi DV. 
Extraneous variable - variable luaran selain IV yang
mempengaruhi DV.
Contoh:
Kekerapan menonton berita (DV) dipengaruhi oleh umur
(IV). Selain daripada itu, isu semasa yang berlaku juga
mempengaruhi kekerapan menonton berita. Oleh itu, isu
semasa adalah extraneous variable yang perlu dikawal. 

Variable ini tidak dikehendaki dalam kajian, kerana


mengganggu DV. Maksudnya, jangan lah masa ada isu
hangat sehingga semua orang yang kecik dan besar
menonton berita.... macam peristiwa tsunami, maka
masa tu jika  anda ambil data, sure semua orang kata
dia kerap menonton berita. 

Ada baiknya anda tangguhkan dulu sehingga tiada


berita yang sensasi berlaku. Ada juga penyelidik
menamakan variable ini sebagai confounding variable.
Kesimpulan:
Yang cuba saya ketengahkan disini adalah - PENTING
dan CRUCIAL bagi anda yang membuat kajian
kuantitatif khususnya korelasi dan eksperimental supaya
membaca kajian lepas dan cuba mencari ulasan tentang
variable mediator, moderator dan extraneous bagi
meyakinkan pembaca bahawa anda memahami kesan
variable2 tersebut, bukan sahaja IV dan DV. 

Anda mungkin juga menyukai