Anda di halaman 1dari 13

PENERAJUAN KELESTARIAN PEMIMPIN

Yeo Bee Yuet


SJK(C)Kuo Kuang

PENGENALAN

Dengan rendah diri dan bersyukur kerana saya berkesempatan menghasilkan karya ini
tentang pengalaman diri sebagai pendidik dan hasil karya ini bukannya nukilan dari mana-
mana sumber. Karya ini menceritakan pengalaman saya sebagai seorang pendidik sehingga
kini menyandang jawatan sebagai Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Karya ini
memberi tumpuan kepada tajuk kelestarian pemimpin dalam pendidikan dan sekiranya saya
diberi amanah untuk menjadi ketua dalam sesebuah organisasi saya akan menerapkan
unsur-unsur kelestarian pemimpin dalam organisasi saya.

Keupayaan kepimpinan yang berkaliber akan menentukan kecemerlangan


pendidikan dalam meniti cabaran negara dan era globalisasi pada masa hadapan.
Kepimpinan lestari diasaskan oleh Andy Hargreaves dan Dean Fink khasnya digunakan
dalam arena dunia pendidikan supaya meningkatakan keupayaan para pemimpin dalam
sistem pentadbiran agar mengoptimumkan keberhasilan dalam semua aspek pendidikan
dalam sesebuah organisasi. Kepimpinan lestari yang dinyatakan oleh (Andy Hargreaves &
Dean Fink, 2006) adalah:

“Sustainable leadership matters, spreads and lasts. It is a shared


responsibility; that does not unduty deplete human or financial resources, and
that cares for and avoids exerting negative damage on the surrounding
educational and community environment. Sustainable leadership has an
activitist engagement with the forces that affects it, and builds an educational
environment of organizational diversity that promotes cross-fertilization of
good ideas and successful practices in communities of shared learning and
development “.

Lokman (2009) mentakrifkan bahawa kelestarian tidak merujuk kepada pengekalan


kepada konsep kekal dalam tempoh waktu yang singkat malahan konsep kelestarian
sebagai elemen kekal dan dapat diperbaharui untuk kebaikan semua pada masa hadapan
termasuk komuniti dan persekitaran. Secara tuntasnya, kepimpinan lestari merupakan salah
satu kepimpinan yang paling berkesan dan mampu mempengaruhi seluruh organisasi dan
seluruh komuniti dalam usaha berganding bahu agar mencapai matlamat sesebuah
organisasi menuju ke sebuah organisasi yang berwawasan.

PENGALAMAN LEPAS

Dalam konteks kepimpinan, saya diberi peluang untuk memegang jawatan sebagai Ketua
Kelab Olahraga dan Ketua Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di sekolah. Bermula
dengan jawatan yang dipegang, pada mulanya saya berkobar-kobar kerana saya masih
seorang guru baharu. Saya sering berjumpa dengan Guru Penolong Kanan Kokurikulum
sekolah saya ketika itu iaitu Puan Liew. Beliau merupakan seorang pentadbir yang sangat
prihatin dan selalu memberi tunjuk ajar kepada saya terutamanya dari segi merancang;
menyelaras dan melaksanakan sesuatu program. Selain daripada itu, komitmen dan
dedikasi beliau dalam melaksanakan tugas memberi inspirasi kepada saya pada masa itu
kerana beliau tidak mengira siang malam selagi perlukan bantuan beliau sentiasa bersedia
dan sudi menghulurkan bantuan pada setiap masa.
Memandangkan kepercayaan beliau terhadap saya, saya dengan hati terbuka dan
rela hati mengorbankan masa cuti sekolah semata-mata untuk melatih atlet sekolah.
Sebagai ketua panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan serta Ketua Kelab Olahraga saya
perlu merancang dan menyelaras segala program dari semasa ke semasa. Saya perlu
memastikan dan memantau program-program dilaksanakan dalam masa yang ditetapkan
dan segala program perlu didokumentasikan.

Saya bersyukur kerana akhirnya saya dipilih untuk menjadi jurulatih olahraga
peringkat Zon, MSSD, MSSJ dan MSSM. Saya juga merupakan urusetia bagi Kejohanan
Olahraga MSSD JB. Kepercayaan yang diberi menjadi motivasi untuk saya meneruskan
perjuangan dan minat saya dalam bidang tersebut. Pengalaman yang paling manis sebagai
jurulatih ketika murid sekolah saya dipilih untuk mewakili ke peringkat Zon, MSSD, MSSJ
dan murid tersebut dianugerahkan sebagai Peserta Terbaik Perempuan Bawah 12 Tahun
peringkat Zon, MSSD dan MSSJ. Akhirnya murid tersebut telah dipilih ke peringkat MSSM
dan dia berjaya merangkul pingat emas bagi acara lari berpagar serta memperbaharui rekod
acara lompat jauh. Dia juga menjadi Peserta Terbaik Perempuan Bawah 12 Tahun bagi
MSSM ketika itu. Usaha saya berhasil dan amat menggembirakan semua warga sekolah.

Seterusnya, saya diberi tawaran oleh Unit Sukan Jabatan Pendidikan Negeri Johor
sebagai wakil negeri Johor untuk mengikuti Kursus Kejurulatihan Tahap 1, iaitu International
Association of Athletics Federation (IAAF) Level 1 yang kini telah bertukar nama kepada
World Athletics selama 14 hari yang dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan dengan kerjasama Kesatuan Olahraga Malaysia. Bagi mendapatkan sijil
kejurulatihan seseorang perlu lulus dalam ujian praktikal dan ujian amali. Saya bersyukur
kerana lulus dalam kedua-dua ujian tersebut. Setelah tamat kursus tersebut semakin banyak
tanggungjawab yang perlu saya pikul. Akan tetapi, saya bersedia menyahut segala cabaran
dalam bidang olahraga. Saya juga melibatkan diri dalam kepegawaian olahraga. Bagi saya,
seorang jurulatih seharusnya mempunyai segala ilmu dalam bidang yang diceburi agar
membantu atlet terutamanya dari segi peraturan bagi sesuatu acara. Saya amat bertuah
kerana juga merupakan seorang pegawai olahraga yang bertauliah. Dengan pengalaman
dalam bidang sukan terutamanya bidang olahraga dan pemegang sijil ijazah Sains Sukan
akhirnya Guru Besar saya mencadangkan agar saya memohon jawatan Guru Penolong
Kanan Kokurikulum.

Semasa sesi temu ramah, segala soalan yang diajukan oleh penemu ramah itu
semuanya tentang sukan. Saya menjawab setiap soalan dengan yakin. Pada 12 Mei 2019,
saya menerima surat kenaikan pangkat dan dilantik untuk menyandang jawatan Guru
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Alangkah terkejutnya saya. Saya terkilan. Bayangkanlah
dunia gelap bagi saya ketika itu. Pada mulanya saya menolak tawaran tersebut akan tetapi
pegawai memaklumkan kepada saya bahawa sekiranya saya menolak tawaran tersebut
saya akan dikenakan tindakan tatatertib. Akhirnya, saya terpaksa terima jawatan tersebut
walaupun amat berat untuk menerimanya. Manusia merancang Tuhan yang menentukan.
Saya pasrah dan reda dengan ketentuan Ilahi. Saya percaya setiap yang berlaku mesti ada
hikmahnya. Maka, mulalah lembaran yang baharu dalam kehidupan saya. Episod baharu
saya digelar sebagai Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di sekolah yang seramai dua
ribu lebih orang muridnya tanpa pengetahuan dalam bidang tersebut. Pendek kata, saya
memang mula dari “zero”.

Dari segi perancangan pegawai pihak PPDJB iaitu Rakan Elit memberi banyak
bimbingan dari segi bimbingan dan pementoran(coaching dan mentoring). Memandangkan
sekolah saya merupakan sekolah TS25, maka pegawai PPDJB sering berkunjung ke
sekolah secara berkala untuk memastikan perkembangan sekolah dari semasa ke semasa.
Mereka sering bersedia kongsi maklumat terutamanya dari segi persediaan/penyediaan
Pelan Strategik; Pelan Taktikal; Pelan Operasi dan sebagainya agar memberi idea-idea
yang membina kepada saya bagi memastikan segala yang dirancang dapat dilaksanakan
walaupun dalam keadaan Pandemik COVID-19. Manakala, dari segi pelaksanaan, saya
amat bersyukur kerana warga sekolah tidak kira para guru, staf, pengawal keselamatan
ataupun pekerja-pekerja kebersihan, mereka selalu memberi kerjasama yang amat
memberangsangkan. Keadaan ini menjadikan segala urusan saya menjadi lebih mudah.
Hubungan saya dengan mereka terutamanya pengawal keselamatan dan pekerja
kebersihan amat akrab.

PEMIMPIN PENDIDIKAN YANG DIIDAMKAN

Bagi saya, seseorang pemimpin seharusnya memiliki ciri berpandangan jauh ke hadapan
memberi keutamaan kepada matlamat jangka panjang yang sejajar dengan kelestarian
pemimpin. Ini bermakna sebagai seorang pemimpin sepatutnya berkebolehan merancang
apakah yang diingini dan apakah yang diharapkan dalam masa yang dijangkakan dalam
masa lima tahun terhadap sekolahnya. Pemimpin itu sepatutnya berkeupaya memilik
wawasan jauh ke hadapan dan merancang apakah visi misi matlamat sekolahnya pada satu
jangka masa yang panjang. Sebagai contoh apakah visi dan misi dalam organisasinya dan
berapa lamakah visi dan misi akan tercapai? Kepimpinan yang sebegitu penting kerana
dapat melihat dengan jelas matlamat utama sekolah dan secara tidak langsung dapat
meningkatkan prestasi dalam kalangan guru dan keadaan sebegini berupaya menjana dan
meningkatkan minat guru untuk sama-sama menjiwai matlamat dan bekerja dalam
sepasukan dengan berkesan dalam sesebuah organisasi. Pemimpin yang berwawasan
sebegini seharusnya sentiasa bergerak mengikut perkembangan semasa; dinamik dan
inovatif bagi mengisi harapan masyarakat dan cabaran negara dalam era globalisasi.

Selain itu, seseorang pemimpin seharusnya memiliki ciri kepakaran fasilitator dan
mewujudkan pemimpin pelapis/pertengahan. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat,
fasilitator didefinisikan sebagai orang yang membimbing sesuatu program pembelajaran dan
pengajaran. Selari dengan pendapat Supian (2016), kepimpinan lestari dilihat sebagai model
kepimpinan yang boleh diimplementasikan serta memberi kesan kepada guru-guru yang
berada di bawah kepimpinannya. Contohnya, seseorang pemimpin sepatutnya memiliki
keupayaan sebagai mentor untuk memberi bimbingan kepada guru-guru pada setiap masa.
Beliau perlu memiliki segala ilmu bukan sahaja dari segi kepakaran atau kemahiran ilmu
sahaja akan tetapi dari segi kemahiran sosial-interpersonal bahkan intrapersonal. Memiliki
ciri-ciri integriti, adil dan saksama pada setiap masa. Seterusnya, mewujudkan pemimpin
pelapis dalam organisasinya. Kebiasaannya, guru penolong kanan dan ketua panitia. Ketua
setiap bidang diberi bimbingan seperti program bimbingan dan pementoran agar
meningkatkan tahap kompetensi guru-guru. Seseorang pemimpin sewajarnya memiliki ciri
kepakaran fasilitator dan mewujudkan pemimpin pelapis/pertengahan kerana dengan cara
ini ia dapat memberi impak yang besar kepada sekolah terutamanya mewujudkan pemimpin
pelapis yang berkebolehan dalam sesebuah organisasi agar meningkatkan prestasi sekolah
pada setiap masa.

Di samping itu, memiliki ciri pengoptimum sumber manusia dengan cekap iaitu
menguruskan tenaga manusia dengan berkesan. Dengan kata lain, penggunaan sumber
tenaga dengan bijak dan berkesan serta memaksimumkan keberhasilan pada setiap masa.
Pemimpin yang berkesan sepatutnya berkebolehan dan mampu menggunakan sumber
manusianya dengan bijak supaya setiap anggota organisasinya dapat sama-sama diberi
peluang untuk memberi sumbangan kepada organisasinya walaupun hanya sedikit
sumbangan yang diberi. Baharom & Johdi,(2009) menyatakan bahawa setiap anggota
organisasi memainkan peranan yang penting dan mempunyai tanggungjawab masing-
masing. Ini amat penting kerana perancangan sumber tenaga yang baik dapat
meningkatkan segala urusan pengurusan dan pengoperasian sekolah dengan berkesan dan
secara tidak langsung ini akan membantu dalam pembangunan modal insan dalam
pendidikan di Malaysia.

Tambahan pula, seseorang pemimpin yang lestari perlu memiliki ciri pembangunan/
penglibatan berterusan dalam pembelajaran profesional. Ini bermakna sebagai seorang
pendidik kita seharusnya mengamalkan budaya pembelajaran sepanjang hayat. Sebagai
seorang pemimpin beliau perlu sentiasa membudayakan pembelajaran kendiri sepanjang
hayat dari semasa ke semasa. Menurut Ibrahim & Amin ( 2017) penglibatan berterusan
dalam pembelajaran profesional amat penting bagi seseorang pentadbir dan guru kerana
guru yang mempunyai tahap kompetensi yang tinggi akan dapat menerajui sesebuah
organisasi dengan baik Dengan pembelajaran sepanjang hayat maka ia dapat
meningkatkan kecemerlangan sesebuah sekolah bukan sahaja dari segi akademik tetapi
dari segi ko-akademik. Menurut Khair,(2014) usaha meningkatkan kualiti para pendidik
terutamanya program pembangunan profesionalisme amat penting kerana ini memberi
impak yang amat besar dalam sesebuah organisasi agar memastikan guru sentiasa
dilengkapi dengan pengetahuan, kemahiran, nilai serta amalan profesional terkini sesuai
dengan kedudukan sebagai pendidik profesional abad ke-21 dan memastikan para pendidik
kekal relevan dan efektif dalam ekosistem pendidikan dinamik, mencabar dan sentiasa
menuntut keberhasilan murid yang holistik serta menepati kualiti global.

Akhir sekali, membina jaringan dan jalinan. Ini bermaksud seseorang pemimpin
seharusnya berupaya dan berkebolehan membina hubungan yang baik dengan semua
pihak. Bukan hanya dengan kakitangannya sahaja malahan pihak PIBG, pihak jemaah;
komuniti dan NGO. Pihak tersebut merupakan pelanggan-pelanggan sesebuah organisasi.
Hubungan yang baik dengan pelanggan-pelanggan ini sebenarnya boleh membantu dan
mempengaruhi kecemerlangan sesebuah organisasi. Bantuan tersebut bukan sahaja
menerusi bantuan kewangan malahan dari segi kepakaran dan dari segi sokongan.
Keadaan sedemikian terbukti menunjukkan para pemimpin dan menuntut para pemimpin
mengamalkan gaya kepimpinan yang berkesan bukan sahaja mampu mempengaruhi
kakitangannya untuk bekerja sepasukan demi organisasi bahkan dapat mempengaruhi
komuniti luar agar berganding bahu dalam mencapai matlamat organisasi. Kesimpulannya,
ciri-ciri kelestarian pemimpin terbukti akan menghasilkan barisan pemimpin yang berkualiti
bukan setakat mampu memotivasikan para pekerja dalam organisasinya bahkan
mengaspirasikan para pekerja dalam organisasinya menuju ke arah yang lebih cemerlang
agar bertungkus lumus dan berganding bahu mencapai matlamat organisasi dan membawa
nama organisasinya ke arena dunia.

JALAN KE ARAH PEMIMPIN MASA DEPAN

Menerajui ke arah menjadi seorang pemimpin masa depan akan menghadapi isu dan
cabaran. Berikut merupakan penjelasan dan huraian secara ringkas tentang lima isu dan
cabaran serta cadangan penambahbaikannya.

Pertama, tidak berwawasan dan tidak berpandangan jauh. Keadaan ini berlaku
kerana sebagai seorang pemimpin yang masih baharu tiada pengalaman langsung untuk
menguruskan sesebuah organisasi dengan berkesan terutamanya bukan bidang saya. Jujur
saya kata pada mulanya saya memberontak terutamanya dalam urusan Hal Ehwal Murid.
Pada mulanya, saya melaksanakan segala kerja hakiki saya semata-mata hanya untuk
menyiapkan dan demi melaksanakan sahaja. Tiada misi visi matlamat dalam hidup saya.
Masa berlalu dengan pantas. Tiga bulan masa berlalu begitu sahaja tanpa matlamat
langsung sebagai GPKHEM. Pada suatu hari, seorang ibu berkunjung ke sekolah dan
berjumpa dengan saya untuk meminta bantuan kerana masalah keluarga. Suaminya
menghidap penyakit kanser pada tahap ke-4 dan anaknya memerlukan bantuan dari segi
kewangan dan barangan. Saya perlu memastikan kebajikan anak murid tersebut dijaga agar
anak murid saya boleh meneruskan persekolahan. Sejak kejadian itu, saya sedar bahawa
tanggungjawab saya semakin berat kerana melibatkan masa depan seorang murid. Saya
berjanji pada diri akan membantu anak murid saya itu sedaya upaya. Saya mencuba sedaya
upaya untuk menyesuaikan diri walaupun berat hati menyandang jawatan tersebut. Saya
mengawal emosi saya dan sentiasa berfikiran positif serta mengingatkan diri saya bahawa
segala usaha saya adalah untuk kepentingan murid-murid yang tidak berdosa dan untuk
masa depan mereka. Dari sinilah titik permulaan saya untuk menggerakkan hati saya untuk
berubah. Banyak buku motivasi saya baca agar saya menjadi semakin kuat untuk
menghadapi segala cabaran dan dugaan semasa melaksanakan tugas-tugas saya sebagai
GPK HEM. Saya cuba mengamalkan hubungan yang baik dengan guru-guru, terutamanya
guru bimbingan dan kaunseling sekolah saya serta guru disiplin. Kami sentiasa bertukar
pandangan dan berbincang dengan mereka bagaimanakah membantu golongan yang
kurang bernasib baik; bagaimanakah meningkatkan sahsiah murid sekolah dan sebagainya.
Akhirnya, kesabaran saya berbuah hasil dari sedikit demi sedikit. Cabaran utama
sebenarnya perlu mencari badan-badan kebajikan atau individu yang bermurah hati untuk
menolong murid-murid yang kurang bernasib baik dan kurang berkemampuan agar mereka
dapat meneruskan persekolahan. Dengan keadaan ekonomi sekarang, saya bersyukur
masih terdapat badan-badan kebajikan dan segelintir individu yang masih sudi
menghulurkan bantuan. Komitmen mereka sehingga menyediakan dan menghantar
makanan ke rumah murid-murid sempena PKP amat mengharukan kita semua. Dari segi
sahsiah murid pula, Program TS25 Program Intervensi Transformasi Sekolah saya adalah
memperkasakan kemahiran insaniah dalam kalangan murid. Banyak program diusahakan
supaya meningkatkan kemahiran insaniah dalam kalangan murid. Antaranya, Program
Super Star; Program Penyayang; Program 5 minit Penerapan Sivik Menerusi Perhimpunan;
Program Lawatan Ke Rumah Orang-Orang Tua dan sebagainya. Akhirnya, kelihatan
perubahan yang ketara terutamanya dari segi perlakuan dalam kalangan murid. Murid-murid
menjadi lebih peka terhadap persekitaran dan lebih prihatin antara satu sama lain. Mereka
bukan sahaja lebih berdikari malah juga menunjukkan perubahan dari segi tingkah laku
mereka. Kes disiplin menjadi semakin kurang jika berbanding dengan sebelumnya.

Selain itu, isu kepakaran fasilitator dan mewujudkan pemimpin pelapis/pertengahan.


Isunya, tiada pakar untuk dirujuk dalam sesebuah organisasi. Cabaran utama, tiada rujukan
yang tepat semasa membuat keputusan yang muktamad. Orang yang betul di tempat yang
betul-the right person at the right place. Ini membawa maksud penentuan kemampuan orang
yang betul ditempatkan di posisi yang betul merupakan langkah strategik yang paling tepat
agar hala tuju dan pengoperasian sesebuah organisasi lebih berstruktur dan berfokus.
Sekiranya, meletakkan seseorang di posisi yang salah maka ini boleh mengakibatkan
organisasinya tidak beroperasi dengan lebih berkesan dan dengan ini hala tuju susah
ataupun tidak akan tercapai. Fenomena ini penting kerana orang yang betul di posisi yang
betul mampu meningkatkan produktiviti pada setiap masa. Seorang pemimpin sepatutnya
berupaya menggerakkan guru-guru penolong kanan dan pemimpin pertengahan untuk
mengetuai projek yang hendak atau akan dilaksanakan pada setiap masa. Bagi mengatasi
masalah ini berlaku, sebagai pemimpin tugasnya bukan setakat memantau dan memberi
bimbingan sahaja malahan sebagai seorang pemimpin dalam sesebuah organisasi, beliau
seharusnya memberi sepenuh kepercayaan kepada pemimpin pelapis atau pemimpin
pertengahan dalam menerajui projek. Dengan cara ini barulah dapat mewujudkan pemimpin
pelapis atau pemimpin pertengahan pada masa hadapan.

Seterusnya, isu pengoptimum sumber manusia dan bahan secara berkesan. Selaku
pemimpin dalam sesebuah organisasi isu yang biasanya dihadapi adalah bagaimana
mengoptimumkan sumber manusia dan bahan secara berkesan untuk meningkatkan
prestasi sekolah. Cabaran utama adalah keperluan perancangan dan pengurusan sumber
manusia yang progresif dan dinamik. Seorang pemimpin perlu bijak mengoptimumkan
penggunaan sumber tenaga pada setiap masa agar meningkatkan keberhasilan. Di sekolah
saya, isu utama dalam bidang kurikulum adalah bagaimanakah meningkatkan kualiti dan
amalan pengajaran dan pembelajaran. Maka, bagi menyelesaikan masalah ini perlaksanaan
Komuniti Pembelajaran Profesional (Professional Learning Community) diadakan. Dengan
menggunakan kaedah (PLC), guru-guru dapat meningkatkan kualiti dan amalan PdP secara
keseluruhannya. Kaedah ini lebih berpusatkan kepada murid dan amat sesuai dengan
pembelajaran abad ke-21. Konsep PdPc Pembelajaran Abad ke-21 yang menerapkan
pembelajaran yang lebih kondusif, terbuka, interaktif dan berpusatkan kepada murid
menuntut kemestian guru berkebolehan dalam penggunaan ICT dalam mereka bentuk PdPc
yang lebih bermakna. Murid berperanan secara lebih aktif dalam aktiviti PdPc secara
individu ataupun secara berkumpulan dan murid-murid dapat berkomunikasi antara satu
sama lain; secara dua hala dan pelbagai hala tetapi dengan berobjektif. Dengan
perlaksanaan Komuniti Pembelajaran Profesional, ia dapat meningkatkan sumber manusia
secara berperingkat dan berkesan dari semasa ke semasa. Keadaan ini perlu mengambil
masa yang agak lama dan segala perancangn harus diatur dengan rapi agar memberi kesan
yang memberangsangkan.

Selanjutnya, isu pembangunan/penglibatan berterusan dalam pembelajaran


profesional. Keperluan pembangunan perlu dilaksanakan dari semasa ke semasa
memandangkan kebanyakan guru di sekolah saya telah berusia dan separuh daripada
mereka telah berkhidmat di sekolah ini lebih dari 15 tahun maka pencapaian guru masih
dalam tahap pertengahan. Usaha ke arah pembangunan yang produktif dan kompeten
adalah penting melalui program-program pembangunan dan latihan yang dirancang dan
dilaksanakan berasaskan keperluan yang sistematik dan komprehensif. Walaupun mereka
berpengalaman tetapi dari segi penggunaan ICT agar menyampaikan ilmu kepada murid
masih kurang memuaskan terutamanya sejak pandemik COVID-19 kerana semua
pembelajaran dan pemudahcaraan dilaksanakan secara PdPr. Pandemik COVID-19 yang
melanda seluruh dunia menjadikan cabaran transformasi sekolah dalam pembudayaan
penggunaan teknologi dalam PdPr agar dilaksanakan dengan kadar segera. Ini bermakna
guru-guru perlu menggunakan platform atas talian untuk melaksanakan pembelajaran dan
pemudahcaraan secara dalam talian pada setiap hari. Menurut Mohktar(2011) situasi ini
memerlukan kepimpinan yang cekap berlandaskan kepada paradigma baharu ini.
Kepimpinan fleksibel, penyertaan dan transformasi digital dalam erti sebenar. Esplin et al.,
(2018) menegaskan lanskap seorang pemimpin perlu lebih peka dan prihatin dengan
perkembangan dan isu teknologi semasa. Sebagai seorang pemimpin, beliau perlu lebih
peka dan prihatin menerima perubahan yang mendadak melalaui pemupukan ilmu ICT
dalam organisasi sekolah. Cabaran ini bukan sahaja dihadapi oleh guru malahan sebagai
pemimpin harus memastikan semua guru telah menguasai kemahiran penggunaan platform
dalam talian untuk melaksanakan pembelajaran dan pemudahcaraan agar objektif
pembelajaran dan pemudahcaraan tercapai setiap hari. Maka, bagi menyelesaikan masalah
ini pihak pentadbir telah mengadakan Kursus Latihan Dalaman secara berperingkat supaya
guru-guru yang berumur ini dapat menguasai kemahiran penggunaan ICT untuk
menyampaikan pembelajaran secara atas talian dengan lebih berkeyakinan dan
memberangsangkan.

Akhirnya, isu membina kapasiti sekolah/kepelbagaian sekolah yang dapat


menyumbang kepada kecemerlangan sekolah. Bagi mencapai hasrat kecemerlangan
sesebuah sekolah kerjasama daripada pihak PIBG memainkan peranan yang penting.
Selain itu, pihak komuniti setempat NGO dan pihak jemaah juga merupakan sumber penting
agar sesuatu program dilaksanakan dengan berjayanya. Isu yang dihadapi adalah dari segi
penglibatan pihak PIBG, PIBK, pihak JPS dan NGO. Sebagai contoh, di bawah Program
TS25 salah satu pelan intervensi transformasi sekolah saya adalah mengusahakan sekolah
agar menjadi suasana persekitaran sekolah yang kondusif. Cabaran yang dihadapi adalah
perlu mencari dana untuk membeli pokok bunga; mengecat bangunan sekolah yang uzur;
membaiki bangunan yang rosak dan sebagainya agar suasana sekolah menjadi lebih ceria
dan kondusif. Akhirnya dengan kerjasama pihak PIBG; PIBK; pihak JPS; dan NGO hasrat
tersebut tercapai walaupun bukan seratus peratus tetapai hampir lapan puluh lima peratus
memandangkan kekangan dari segi masa kerana pandemik COVID-19 sehingga sekarang .
Pihak PIBG menyumbangkan pelbagai jenis pokok bunga untuk ditanam di sekolah.
Pelbagai pokok bunga ditanam di Taman Sains. Manakala, pihak PIBK menghulurkan
bantuan dari segi tenaga. Mereka menceriakan kawasan sekolah dengan melukis mural
sekolah agar menceriakan keadaan sekolah. Hari Jumaat dan Sabtu mereka akan
berkunjung ke sekolah untuk melukis mural pada dinding setiap blok agar persekitaran
sekolah menjadi lebih ceria. Pihak jemaah pula memberi sokongan dari segi kewangan
untuk melaksanakan kerja-kerja pembaikian kerosakan agar memberi semua warga sekolah
bekerja dalam persekitaran yang selesa, kondusif dan selamat. Pihak NGO memberi
bantuan dari segi kebajikan murid terutamanya dari segi kewangan dan peralatan agar
murid-murid yang kurang berkemampuan dapat meneruskan persekolahan. Usaha-usaha
semua pihak adalah demi menyumbangkan kecemerlangan sekolah dari semasa ke
semasa. Sebagai pemimpin, sumbangan dan sokongan daripada masyarakat harus kita
hargai pada setiap masa.

SAYA SEORANG PEMIMPIN PENDIDIKAN

Seorang pemimpin yang berwawasan, perlu memiliki kompetensi untuk memandang ke


hadapan agar dapat membawa situasi semasa ke suatu tahap yang cemerlang serta
berupaya melihat isu tanpa bias. Sekiranya saya diberi peluang untuk menjadi seorang
pemimpin pendidikan saya akan mengaplikasi segala teori kelestarian pemimpin dalam
organisasi saya.

Pada mulanya, saya akan berpandangan jauh ke hadapan dengan memberi


keutamaan kepada matlamat jangka panjang ini bermakna pandangan yang jauh yang
berkaitan dengan perkembangan masa depan bagi mencapai matlamat penting sesebuah
organisasi. Saya akan menetapkan hala tuju sekolah, apakah misi dan visi sekolah. Misi
sesebuah organisasi sepatutnya jelas; menyatakan tujuan; sebab; siapa dan bagaimana
mengimplementasikan. Sebagai contoh misi sekolah “Melestarikan Sistem Pendidikan Yang
Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara”. Contoh
visi Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera. Saya akan merancang matlamat
saya dalam jangka masa lima tahun bagi organisasi saya. Matlamat saya menjadikan
sekolah saya sebagai contoh sebuah sekolah yang terkenal dalam arena dunia bukan
sahaja dari segi akademik atau ko-akademik malahan kedua-duanya. Perancangan yang
teliti seharusnya dilaksanakan. Seorang pemimpin dalam usaha untuk mencipta masa
depan akan memberi inspirasi kepada staf di organisasinya untuk berkongsi wawasan dan
bertindak untuk membawa perubahan. Perkongsian misi, visi dan matlamat dalam kalangan
perlu wujud agar budaya kerja sepasukan membangunkan misi dan visi dengan cara
membina bidang utama keberhasilan matlamat sekolah tercapai. Prosesnya bermula dari
pemikiran masa depan; perancangan senario; pemikiran strategik; analisis strategik;
formulasi strategik; implementasi strategik dan akhir sekali penialain strategik. Keadaan ini
mengambil masa yang panjang. Bermulanya dengan pemikiran strategi, saya akan
mengenal pasti apakah isu dan masalah yang dihadapi. Seterusnya menganalisis strategik
dan formulasi strategik. Selanjutnya, mengimplementasi strategik dan akhirnya penilaian
strategik. Semua warga perlu jelas mendapat maklumat terkini dan matlamat tersebut
mencerminkan nilai-nilai pendidikan yang menyokong hala tuju dan dasar pendidikan
negara. Secara ringkasnya, sebagai seorang pemimpin sepatutnya mempunyai wawasan
lalu berkongsi wawasan lalu membuat penetapan tentang sasaran dan KPI dan akhirnya
barulah melaksanakan hala tuju dan program. Sebuah organisasi yang berjaya sewajarnya
mempunyai visi yang positif. Visi yang positif merupakan tunjang utama dalam menerajui
perubahan untuk kejayaan sesebuah entiti, sekolah, komuniti, negara, dan individu pada
masa depan.
Selepas itu, saya akan memulakan perancangan mewujudkan pemimpin pelapis dan
pertengahan yang bermula dengan bimbingan dan pementoran. Coaching adalah satu
keadaan yang mana coach berpasangan dengan coachee dalam satu proses yang
mencabar minda dan kreativiti yang memberi inspirasi kepada coachee untuk
memaksimumkan potensi peribadi dan profesional mereka. Antaranya sebab-sebab
coaching adalah membina kesedaran coachee tentang kemahiran; pengetahuan dan
kepakaran; meningkatkan pembelajaran; memotivasi dan membimbing coachee untuk
kemahiran, pengetahuan dan kepakaran; mengeluarkan kepakaran dan sumber yang sedia
ada dalam diri coachee lalu mencabar pemikiran coachee untuk menemui jalan
penyelesaian. Dengan cara bimbingan dan pementoran ini dapat meningkatkan
kecemerlangan sesebuah organisasi dalam melahirkan warga yang lebih berkemahiran
dengan prestasi kerja yang lebih cemerlang. Selain itu, ia juga dapat memperkukuhkan
budaya dan nilai murni dalam kalangan staf. Di samping itu, meningkatkan komunikasi
berkesan antara satu sama lain; meningkatkan tahap ilmu dan tahap kemahiran warga
organisasi; meningkatkan peluang dan potensi mencapai matlamat organisasi dan
menggunakan secara optimum sumber manusia. Bagi melahirkan pemimpin
pelapis/pertengahan yang berkualiti terdapat pelbagai cabaran sama ada di sesebuah
organisasi ataupun di peringkat global. Menurut The Partnering Group (2019), cabaran dan
peluang dalam program pengurusan bakat (Talent Management Program) mengambil masa
yang lama. Saya akan menggunakan pendekatan lima kriteria kompetensi pemimpin iaitu
kriteria kepimpinan, cara pemikiran, cara bertindak, jaringan dan rangkaian dan akhir sekali
nilai untuk membangun dan mewujudkan pemimpin pelapis/pertengahan saya. Kriteria
kepimpinan merupakan keupayaan untuk memimpin orang lain dengan berkeyakinan dan
kematangan, merangkul pelbagai perubahan dan mewujudkan peluang untuk berubah
sambil mengekalkan piawaian dan mengasah bakat orang yang bertanggungjawab dalam
membangunkan tahap penggantian seterusnya. Kriteria seterusnya, kriteria pemikiran yang
merujuk kepada keupayaan cara bertindak agar keupayaan seseorang pemimpin
memperoleh atau mendapat maklumat di dalam dan di luar negara dan mengaplikasikan
idea yang berpandangan jauh ke arah strategik untuk merancang dan membangunkan
kemudian mengimpelmentasikannya dalam realiti. Selepas itu, kriteria cara bertindak
dilaksanakan. Kriteria bertindak merupakan keupayaan untuk membuat keputusan dengan
pantas; tepat dan jitu serta mengambil tindakan untuk kepentingan organisasi dan
masyarakat dan berdaya tahan untuk pelaksanaan melalui tindakan dan menolak
kepentingan individu demi meningkatkan prestasi dan kecemerlangan sesebuah organisasi
secara berterusan. Kriteria jaringan dan rangkaian pula merujuk kepada keupayaan untuk
memahami persekitaran luaran dan sensitiviti politik sementara membina rangkaian strategik
dan membina hubungan yang baik dengan semua pihak untuk mempengaruhi dan
mengurus secara berkesan dengan pihak berkepentingan utama. Akhir sekali, kriteria nilai.
Kriteria ini sangat mustahak dan merupakan elemen yang tidak jelas kelihatan secara nyata
namun sangat penting kerana berkaitan dengan kejujuran dan ketelusan, kesempurnaan
dan keutuhan. Dengan menggunakan pendekatan lima kriteria kompetensi pemimpin
semoga saya dapat membangunkan pemimpin pelapis pertengahan organisasi saya pada
masa hadapan.

Dari segi pengoptimum sumber manusia saya akan membuat perancangan dengan
teliti. Sebagai contohnya, pencapaian UPSR Matematik kurang daripada 80%. Saya akan
mencari sebab mengapa guru matematik kurang mahir mengendalikan PdPc. Adakah
kerana guru tidak mahir mendorong minda murid menjurus ke arah kritis dan kreatif ataupun
kerana guru tidak berpengalaman; guru tidak yakin atau sebagainya. Saya akan
menggunakan SWOC iaitu mencari seberapa banyak kekuatan; kelemahan; cabaran dan
peluang dalam kalangan guru saya. Menerusi analisis SWOC, maka dapat mengenal pasti
dan membuat perbandingan antara faktor-faktor kekuatan dan kelemahan serta peluang dan
cabaran yang boleh mempengaruhi pengoptimuman kecekapan dan keberkesanan
pengurusan sumber dalam kalangan guru. Analisis SWOC ini mencakupi faktor dalaman
iaitu kekuatan dan kelemahan dan seterusnya membandingkannya dengan faktor luaran
iaitu peluang dan cabaran yang dihadapi oleh pihak sekolah dalam memastikan
pengoptimum pengurusan sumber manusia dalam sekolah lebih efisien, responsif dan
inovatif. Seterusnya, saya akan menyediakan soal selidik dan analisis keperluan yang perlu
untuk meningkatkan kualiti guru. Kemudian, mereka bentuk program yang sesuai untuk
guru. Antaranya, bengkel; perkongsian ilmu; Study Group; kritik video; Peer Coaching;
Lesson Study atau Problem Solving Group boleh dilaksanakan untuk guru. Perlaksanaan
PLC sesi perkongsian ilmu diaplikasikan dari semasa ke semasa sepanjang tahun. Akhir
sekali, pemantauan dan penilaian dilaksanakan secara berterusan. Dengan cara ini, ia
dapat meningkatkan potensi guru dan secara tidak langsung ia dapat mengoptimumkan
sumber manusia dalam sesebuah organisasi. Selain daripada itu, ia dapat menggalakkan
guru MLT pada tahun ini membantu SISC PPD memberi rangsangan kepada guru sekolah
lain pada tahun seterusnya.

Manakala bagi pembangunan dan penglibatan berterusan dalam pembelajaran


profesional, saya akan membangunkan warga sekolah melalui pembangunan pembelajaran
secara kekal sepanjang hayat. KPM (2014) melalui ‘Pelan Pembangunan Profesionalisme
Berterusan’ telah menerapkan tiga faktor kompetensi yang perlu guru miliki iaitu nilai
profesionalisme, pengetahuan dan kemahiran Aspek kompetensi profesionalisme dalam diri
guru perlu diberi perhatian agar dapat membuat penambahbaikan secara komprehensif
untuk menyediakan lagi banyak peluang dan akses kepada pendidikan berkualiti, latihan
dan pembelajaran sepanjang hayat agar guru lebih berupaya, komited dan seterusnya
mampu meningkatkan pencapaian murid dan berkesesuaian dengan kedudukan sebagai
pendidik profesional abad ke-21. Prosesnya adalah dengan cara pembangunan
profesionalisme berterusan melalui latihan dalam perkhidmatan atau in-house training bagi
meningkatkan kemahiran merupakan faktor penting yang diberi perhatian. Sebagai seorang
pemimpin perlu memastikan warga sekolahnya sentiasa berkemahiran tinggi; mengikut
perkembangan global dan menguasai segala TMK dari semasa ke semasa agar orang
bawahannya lebih produktif dan seterusnya memberi sumbangan ke arah pencapaian misi
dan visi di samping dapat meningkatkan kemahiran dan kebolehan mereka. Usaha
menyediakan pekerja yang serba boleh agar melahirkan lebih ramai yang berdaya saing dan
berinovasi. Kepentingan latihan kerana selepas melaksanakan pembangunan
profesionalisme berterusan, terdapat perubahan dalam tingkah laku, keyakinan, prestasi
kerja dan harga diri guru.
Akhir sekali, perancangan membina kapasiti sekolah dan kepelbagaian sekolah yang
dapat menyumbang kepada kecemerlangan sekolah. Saya akan mengenal pasti keupayaan
warga sekolah, guru, alumni, PIBG, PIBK, pentadbir dan JPS memberi komitmen yang tinggi
dalam usaha meningkatkan semua aspek sekolah agar menuju ke arah kecemerlangan.
Sebagai contoh, Program Jalinan Pintar Korporat yang berobjektif untuk keadaan fizikal
sekolah iaitu mewujudkan iklim yang kondusif dan mewujudkan tahap keselesaan kepada
murid-murid semasa menggunakan pusat sumber. Isunya, tiada dana untuk menaik taraf
prasarana sekolah. Saya akan membuat analisis SWOC & COWS MATRIK. Apakah
kekuatan, kelemahan, cabaran dan peluang dalam organisasi saya. Kemudian,
menggunakan COWS MATRIK untuk mereka bentuk program dan memilih strategik yang
terbaik untuk menyelesaikan masalah. Cabaran utama secara umumnya kemahiran
berunding dalam permohonan bantuan bukan sahaja dari segi kewangan sahaja bahkan
dari segi peralatan atau perkhidmatan daripada pihak alumni, PIBG; PIBK; JPS; tokoh atau
agensi korporat, Ini disebabkan pemimpin kekurangan keyakinan diri. Sebagai seorang
pemimpin seharusnya wajib membina hubungah jalinan dan jaringan dengan komuniti
setempat supaya mendapat sokongan dari segi bantuan kewangan dan perkhidmatan untuk
pembangunan sekolah. Hubungan baik antara semua warga sekolah dengan jalinan dan
jaringan dengan komuniti perlu diambil kira dalam menyediakan satu persekitaran kerja
yang kondusif agar menjayakan program sekolah. Antaranya pihak sekolah boleh
menganjurkan program-program yang berkesesuaian bagi meningkatkan motivasi dan moral
di samping memupuk semangat kerja sepasukan dan share values, menganjurkan aktiviti
sosial dan beriadah seperti Hari Keluarga dan Sambutan Hari Lahir, mewujudkan kelab yang
bersesuaian seperti Kelab Kebudayaan; Kelab Kembara dan seumpamanya. Kepentingan
membina hubungan antara manusia dalam masyarakat amat penting. Tanpa kerjasama
daripada semua pihak, amat susah untuk menjayakan sesuatu program.

RUMUSAN

Kepimpinan lestari memperlihatkan kesinambungan dan kelangsungan membugarkan


usaha melahirkan modal insan yang memiliki mentaliti kelas pertama. Melestarikan
kepimpinan merupakan salah satu pendekatan yang terbaik untuk mencapai matlamat
sesebuah organisasi dalam dunia pendidikan. Seseorang pemimpin yang membudayakan
dan mengamalkan kepimpinan lestari mampu mendorong para pendidik untuk meningkatkan
kompetensi pembangunan profesionalisme dari semasa ke semasa dan secara berterusan
sepanjang hayat.

Kelestarian pemimpin mampu merealisasikan anjakan ke-5 PPPM 2013-2025 iaitu


memastikan kepimpinan yang berprestasi tinggi di setiap sekolah yang selari dengan
ledakan 4.0 di peringkat antarabangsa.
RUJUKAN

Andy Hargreaves and Dean Fink, Sustainable Leadership. J Educ Change 7, 105–107 (2006).

Bajunid, I. (2006). Book Review . In A. H. Fink, Sustainable Leadership. (pp. 105-107). J


Educ
Change 7.

Dewan,K.(2005).http.dbp.gov.my/cari1?eyword=lestari. Retrieved from


http.dbp.gov.my/cari1?eyword=lestari: http.dbp.gov.my/cari1?eyword=lestari

Esplin, N. I. (2018). Technology Leadership Perception Of Utah Elementary School


Principals. Journal of Research on Technology in Education, 50(4).Ibrahim. (n.d.).
Esplin, N. I., Stewart, C, & Thurston, T. N. (2018). Technology leadership perception of Utah
elementary school principals. Journal of Research on Technology in Education, 0(0),
1-14. https://doi.org/10.1080/15391523.2018.1487351

Ibrahim Mohd. Yusri dan Aziz Amin. ( 2017). Model Kepimpinan pengajaran pengetua dan
kompetensi pengajaran guru. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik 2, no.
1:11-25.

Kamus Dewan , (2005). Edisi ke-4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=lestari https://prpm.dbp.gov.my/cari1?
keyword=kepimpinan

Lokman Mohd Tahir. (2009). Analisis Kepimpinan Pengetua Sekolah Menengah di Johor,
Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.

Mohktar Johar. (2011). Kepimpinan teknologi dan kompetensi ICT guru di SM Agama di
Daerah Kuching Sarawak. Tesis Sarjana Kepengetuaan. Institut Kepengetuaan,
Universiti Malaya.

Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan KPM. (2014).


https://www.moe.gov.my/menumedia/media-cetak/penerbitan/1249-dokumen-awal-
pelan-induk-pembangunan-profesionalisme-keguruan/file

Supian Hashim.(2016). Amalan Kepimpinan Lestari dan Hubungannya Dengan


Prestasi Kerja Guru Sekolah Rendah Yang Menerima Tawaran Baru Di Daerah
Segamat.

The Partnering Group.(2019). Talent Development Inspiring and Developing Talent In A


Diverse and Rapidly Changing World. Retrieved 7 October, 2019 from
http://www.thepartneringgroup.com/manufacturer -consulting/talent-
development-2/

Anda mungkin juga menyukai