Anda di halaman 1dari 34

Sistem longkang

Pemasangan longkang perlu untuk salirkan air buangan dan dari alatan kebersihan, dapur, sesalur
air hujan (R.W.D.P) serta air permukaan berturap ke pebentung awam dan seterusnya ke tempat
pembuangan dan perawatan khas.

Longkang-longkang yang dibina harus mempunyai ciri-ciri berikut :


1.Longkang hendaklah tidak mudah bocor
2. Air buangan dan najis tidak dapat memberi kesan kepada longkang.
3.Dapat menahan tekanan tanah serta ‘building settlement’
4.Berupaya menahan pengaliran haba dan cecair.

Jenis-jenis longkang:
1. Bentuk U
2. Separuh bulat
3. Bentuk V

Jenis longkang yang biasa terdapat di Malaysia:


1. Longkang jenis konkrit.
2. Longkang jenis tembikar
3. Longkang PVC
Longkang jenis konkrit Longkang jenis tembikar

Longkang PVC
Bahan-bahan bagi membuat longkang konkrit:
1. Simen
2. Batu baur.
3. Pasir

Langkah-langkah kerja bagi pemasangan longkang:


1. Menyediakan bahan dan alatan.
2. Mengorek tanah
3. Meletakkan pasir.
4. Memasang dan memaras.
5. Menyambung ikatan antar longkang

Alatan memasang longkang :


1 1. Cangkul
2 2. Penggali
3 3. Aras spirit - mendapatkan kerataan.
4 4. Benang - bertujuan untuk mendapatkan jajaran lurus bagi jarak yang panjang.
Peraturan serta kehendak yang perlu diberi perhatian dalam pemasangan longkang:
1.Kecerunan - longkang perlu diberi kecerunan supaya pergerakan air tidak jadi lambat dan
tersumbat.
2.Kedalaman - longkang bawah tanah mesti di tanam dengan kedalaman yang cukup bagi
mengelakkan dari berlakunya paip bocor atau pecah yang disebabkan oleh beban yang terdapat di
atasnya. Contoh : kenderaan.
3.Pengudaraan - pengudaraan perlu diadakan untuk mengelakkan dari bau busuk yang kurang
menyenangkan
4. Penutup - perlu diadakan untuk menyekat bau busuk ke dalam bangunan serta tidak
menghalang laluan
5. Laluan - laluan/bilik khas mesti disediakan bagi tujuan pemeriksaan atau pembersihan jika
longkang tersekat
5. Bahan - bahan harus tahan lasak dan tidak mudah pecah. Ini untuk memastikan paip dan
longkang tahan serta mampu untuk menahan beban dan tegangan
6. Sambungan - sambungan perlu diadakan bagi mengelakkan dari berlakunya kebocoran atau
keretakkan pada longkang
7. Penahan -untuk pastikan perletakan longkang mendapat sokongan dan tidak mudah pecah.
8. Saiz dan isipadu muatan - hendaklah mengikut jenis atau bentuk longkang.
Sistem kumbahan
Pengenalan

-Dikenali sebagai sistem septik adalah sistem rawatan pembentungan skala kecil, merupakan
tangki rawatan bahan kumbahan yang biasa digunakan di kawasan kediaman rumah
perseorangan.
-terma bagi septik merujuk kepada persekitaran bakteria anaerobik yang terbentuk didalam tangki
yang mana menguraikan bahan buangan yang masuk kedalam tangki tersebut.
-Bahan binaan tangki septik biasanya batu bata, konkrit, bahan gentian (fiberglass) atau plastik.
-Bentuk bagi tangki septik biasanya segi empat (dibina dari konkrit)@ silinder (plastik atau fiber).
-Bahan buangan akan memasuki kebuk pertama tangki dan menyebabkan bahan pejal larut ke
mendak dan sekam terapung.
-Bahan mendak pejal akan diuraikan secara anaerobik yang menyebabkan isipadu bahan pejal
berkurangan.
-Bahan cecair pula akan mengalir melalui pembahagi dinding ke kebuk yang kedua dan bahan
pejal mendak.
-Cecair berlebihan dari ruangan kedua akan keluar dari outlet ke parit melalui effluent pipe.
-Bahan buangan yang tidak diuraikan oleh sistem anaerobik akan menyebabkan tangki septik
penuh. Apabila ini terjadi, bahan buangan akan dikeluarkan secara manual menggunakan pam
vakum.
Lurang
Dikenali sebagai lubang periksa, ialah binaan yang terdapat pada aras tanah. Ia di bina untuk
memudahkan kerja-kerja penyelengaraan sekiranya berlakunya kerosakkan atau bahan tersumbat
pasa sistem saliran. Bahan binaan lurang biasanya batu-bata atau konkrit. Bentuk lurang juga
pelbagai, antaranya berbentuk segiempat sama, bentuk bulat, bentuk "T" atau bentuk "L".
Kebiasaanya, bentuk segiempat sama yang biasa digunakan. Setiap lurang dilengkapi dengan
penutup yang diperbuat daripada keluli bersaiz 18"x24"
Jenis-jenis lurang
1. Lurang Cetek
Ciri-ciri:
-Kedalaman lurang cetek adalah diantara 750mm hingga 900mm.
-Saiz 450mm x 600mm
-Biasanya dibina pada kedudukan pertama.

2. Lurang Biasa
Ciri-ciri:
-Kedalaman adalah 1500mm
-Ukuran 610mm x 762mm atau 762mm x 762mm

3. Lurang Dalam
Ciri-ciri:
-kedalaman melebihi 1500mm

4. Lurang Tirai Belakang


Ciri-ciri:
-Paip menegak disediakan untuk tujuan menyambung paip ke pembentungan atau saliran.
-Drop conection , sambungan yang dibina terdapat pada paip penurun di sebelah dalam lurang
-Sistem pembinan ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan

Pembinaan Lurang
Lurang dibina mengikut kedudukan tertentu bedasarkan spesifikasi atau undang-undang
pembinaan pihak berkuasa tempatan. Antaranya ialah:
-pada setiap kecerunan
-pada setiap perubahan saiz paip saliran
-pada jarak maksima 1200mm
-pada pertemuan paip saluran.

Sump
Sump dibina untuk memerangkap benda asing yang dapat menyekat pengaliran seperti ranting
kayu, daun, sampah, pasir dan lain-lain. Ia juga dapat memudahkan kerja-kerja pembersihan
dengan hanya membuang benda asing yang terperangkap di dasar Sump. Selain itu, ia juga dapat
melambatkan pegerakan cecair.
Bahan binaan bagi Sump adalah konkrit dan dibina secara in-situ. Biasanya terletak pada
sambungan sistem saliran.

Saliran yang menghubung kepada Sump mempunyai ketinggian berbeza. Biasanya akan terdapat
saliran masuk dan saliran keluar.

Culvert

Pengenalan
Culvert adalah konduit yang digunakan atau dibina untuk mengalirkan air pada parit atau longkang
untuk mengelakan tersumbat. Ia boleh digunakan untuk membenarkan air mengalir melaluinya
dibawah jalan, landasan keretapi atau jambatan dan lain-lain.

Ia mampu menanggung beban yang dikenakan ke atasnya menyebabkan ianya sesuai digunakan
untuk membina jalanraya diatasnya .

Bahan binaan culvert biasanya diperbuat daripada konkrit yang diperkukuhkan dengan tetulang,
besi atau PVC.

Jenis-jenis Culvert.

1.Box Culvert
Ciri-ciri:
-Berbentuk segiempat
-diperbuat daripada konkrit

Fungsi-fungsi:
-Dibina untuk mengalirkan air dari parit atau longkang untuk mengelakan tersumbat.
-Menghubungkan jalanraya yang terpisah disebabkan anak sungai yang kecil atau parit
-Sesuai digunakan untuk jalanraya yang dapat menanggung beban kenderaan berat.
2.Round Culvert
Ciri-ciri:
-Berbentuk bulat
-bahan buatan konkrete, besi

Fungsi-fungsi:
-Dibina sebagai terowong saliran air.
-bisanya terletak di tepi jalan
-menghubungkan jalanraya yang dipisahkan oleh longkang atau parit
Paip Salir

Rajah menunjukkan bagai sisa air buangan di salur ke paip salir

Paip salir ialah paip yang dipasang di bawah tanah dan berfungsi sebagai menyalirkan najis dan air
sisa serta air permukaan dari sesebuah banguna. Sistem paip salir mempunyai ciri-ciri dan kaedah
pemasangan yang berbeza daripada system paip lekapan.

Oleh sebab di tanam dalam tanah, maka paip salir memerlukan bahan yang tahan asak dan tahan
kepada tekanan kerana sentiasa terdedah kepada beban, terutama jika terdapat kenderaan yang
lalu di atasnya. Kebanyakkan paip salir yang dipadang di dalam tanah utnuk menyalirkan najis dan
sisa terdiri daripada paip tanah liat dan paip besi tuang.

Jenis-jenis paip salir

1. Paip tanah liat


2. Paip besi tuang

3. Paip PVC

4. Paip uPVC

5. Paip gentian

6. Paip konkrit

Paip tanah liat

Paip besi tuang


Paip pvc

Paip konkrit
Paip uPVC

Paip yang diperbuat daripada gentian kaca, konkrit dan uPVC juga digunakan. Paip jenis ini sesuai
digunakan sebagai paip salir terutama di kawasan tanah berasid atau kumbahan berasid.

Ciri-cirinya:

1.Harganya murah,

2.tahan lasak,

3. tahan hakisan,

4.mudah dipasang,

5. mudah dipotong

6. mudah disambung.
Paip besi tuang diperbuat daripada besi melalui proses penuangan di kilang. Paip jenis ini lebih
kukuh daripada paip tanah liat serta mempunyai sambungan yang lebih kukuh. Paip besi tuang
sesuai digunakan di dalam tanah liat yang tidak stabil tetapi kurang seseuai digunakan dalam tanah
yang berpaya dan mengandungi sulfat yang tinggi.

Prinsip pemasangan paip salir

1. Mutu
Paip salir yang digunakan mestilah mempunyai ciri-ciri kekuatan dan ketahanlasakan yang tinggi.
Ketahanlasakannya bergantung kepada mutu bahan paip yang digunakan. Paip yang bermutu akan
menghasilkan sistem paip salir yang tahan lama. Selain daripada kedalaman adalah mencukupi
bagi menggelakkan paip mengalami kerosakan jika ada objek berat di atas permukaan tanah.
Selain sambungan yang dilakukan hendaklah sempurna.

2. Kedap air

Paip salir dianggap mencapai tahap kualiti pemasangan yang baik jika paip salir berkeadaan kedap
air. Kedap air bererti air dari luar tidak dapat masuk ke dalam paip salir. Najis dan air sisa pula
tidak boleh keluar dair paip salir serta mencemarkan persekitaran. Paip salir hendaklah dipasang
oleh pekerja mahir bagi memastikan sambungan paip berada dalam kedap air.

3. Kecerunan

Kecerunan merupakan factor penting bagi pemasang paip di bawah permukaan tanah kerana
proses rawatan berlaku dalam paip salir. Kecerunan paip salir hendaklah mengikut cerun yang
disaran dalam piawai pemasangan. Tujuan ialah supaya pepejal dalam kumbahan tidak mengenap
ke dasar paip lalu menyebabkan kumbahan tersekat atau paip tersumbat .

Jika kecerunancerun paip terlalu landau, kumbahan akan disalirkan dengan perlahan. Pepejal
yang terkandung dalam kumbahan akan tertinggal di dasar paip.

Paip juga tidak boleh dipasang terlalu curam untuk mengelakkan daripada mengorek tanah terlalu
dalam ketika memasang paip. Paip salir juga akan terhakis jika dibina terlalu curam

disebabkan kelajuan kumbahan.


4. Kelurusan

Penyaliran kumbahan akan lebih berkesan jika paip disambung dalam keadaan lurus dari titik
kepada satu titik yang lain. Liku pada paip salir perlu dikurangkan dan hanya dibuat dalam keadaan
tertentu sahaja. Liku diperlukan apabila paip perlu dibengkokkan untuk disambung kepada paip
salir yang lain. Pemasangan lurus juga mengurangkan kerja senggaraan.

5. Pengalihudaraan

Pengalihudaraan dalam paip salir diperlukan supaya sebarang gais yang terhasil tidak terkumpul.
Gas yang terkumpul dalam paip salir akan menyebabkan tekanan udara turun dan naik. Untuk
menghindarkannya, proses pengalihudaraan yang berkesan sangat diperlukan. Pengalihudaraan
ke atas paip salir dipastikan berlaku dengan memasang paip tumpu bolong hendaklah berada
setinggi kurang dari 900 mm di atas sebarang tingkap atau lubang udara bangunan, serta jarak 3 m
dari mana-mana cucur atap bangunan, tingkap atau lubang udara bangunan.

Bahagian atas paip bolong hendaklah ditutup dengan bebola dawai bagi mengelakkan sampah
masuk ke dalam paip.

Memasang Paip Pembentung - Kaedah Papan Tolok

Langkah kerja.
1. Menyiapkan papan yang dipotong mengikut kecerunan yang dikehendaki.
2. Kerja mengali dilakukan mengikut kecerunan.
3. Papan tolok digunakan pada tiap-tiap sambungan.
4. Paip pemebentung dilaraskan sehingga aras spirit ditempatkan di atas papan
tolok itu menjadi rata.
5. Setiap sambungan paip tersebut akan disambung dengan gasket dan ditutup
dengan mortar.
5. Cara ini digunakan untuk memasang saluran yang pendek. Bagaimanapun
kaedah ini tidak sesuai untuk pemasangan paip pembentung jarak yang panjang.
Bahan dan alatan
1. paip salir tanah liat
2. Penggali
3. Cangkul
4. Pita ukur
5. Aras spirit

Terdapat 2 kaedah memasang paip pembentung.


1. Kaedah menggunakan papan tolok.
2. Kaedah menggunakan rod aras
Posted by Mohd Azlan bin Ibrahim at 12:37 AM No comments:

Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook

Labels: Paip salir

Thursday, October 18, 2012

Melepa

Melepa ialah satu cara untuk menyaluti suatu permukaan dengan menggunakan mortar. Ianya dilakukan
untuk menutup kecacatan pada muka tembok bata.
Teknik kerja melepa memerlukan kecekapan dan kekuatan tangan serta pemikiran yang tenang untuk
menghasilkan kerja yang bermutu.

Kerja lepaan Sesuatu permukaan perlu dijalankan berdasarkan alas an berikut :-

1) Mendapatkan permukaan yang sekata dari segi kelurusan dan kerataan

2) Melindungi, menutup serta memperbaiki kerja bata yang rosak atau tidak rata.

3) Meilindungi permukaan dari tindakan cuaca atau sebarang anasir supaya lebih tahan kerana dapat bertindak
sebagai bahan kalis air.

4) Menyediakan alas yang sesuai untu kerja mengecat.

5) Memudahkan kerja mengecat dan membersih apabila kotor


6) Menbgurangkan bunyi bising serta kalis haba

7) Menambah kekuatan dinding kerana lapisan lepa menambahkan ketebalan dinding

8) Boleh memberikan kemasan corak yang menarik pada lapisan akhir.

Jenis peralatan melepa


1. Pemaras keluli

2. Pemaras kayu

3. Pemegang mortar - hawk


4. Comb spreader

5. Pemaras kayu panjang ( darby float )


6. Aras spirit

Bahan untuk melepa

Antara bahan yang diperlukan untuk kerja melepa dalah sebagaimana berikut :-

Simen:

Terdapat berbagai jenis simen yang boleh digunakan untuk bancuhan mortar samada untuk penerapan bata,
membuat lepaan atau sebagai perekat jubin. Terdapat simen khas yang dibuat untuk mortar lepaan
iaitu “Wallcrete” dimana ianya telah siap campuran simen portlan biasa dengan kapur.

Kapur :

Bahan mentahnya dibuat dari batu kapur yang dibakar sehingga 1000o c untuk menghasilkan kapor tohor.
Bahan tersebut kemudiannya direndam kedalam air untuk mengeluarkan haba (slaking) dan menghasilkan
‘hydrated lime’ yang sesuai untuk membuat mortar ikatan dan lepaan.

Tujuan penggunaan kapor adalah untuk menambah keupayaan air memegang mortar serta mengurangkan
kehilangan air dari bancuhan dan seterusnya menambah pegangan antara butir-butir pasir dalam bancuhan
mortar.
Air :

Air yang digunakan mestilah bersih dan jernih, bebas dari bendasing yang boleh merosakkan bancuhan
mortar. Air laut tidak sesuai untuk bancuhan mortar walaupun ianya jernih kerana kandungan garamnya
akan menyebabkan lapisan lepaan mudah peroi dan mengaratkan besi tetulang.

Peranan air dalam bancuhan ialah untuk :-

a) Menyebarkan simen supaya lebih menyeluruh dan setiap butir pasir dapat disaluti dengan simen.

b) Memudahkan kerja bancuhan

c) Sebagai agen pemangkin tindakbalas kimia dalam bancuhan.

Bahan Tambahan

Merupakan bahan cecair kimia yang ditambah kedalam air semasa bancuhan bertujuan untuk menambah
sifat kemudahkerjaan (workabality) mortar. Biasanya bahan tambahan sekitar 30% digunakan.

Bahan jenis ‘Waterproofing compounds’ ialah bahan kimia yang disediakan dalam bentuk serbuk dan juga
cecair untuk menghasilkan lepaan yang tidak telap air. Bahan jenis serbuk halus dibancuh bersama simen
dan digaul dalam keadaan kering.

Bahan ‘Plasticisers’ dapat menambah kemasukan udara kedalam mortar. Bila terdapat udara, ia
memberikan kesan kejelekitan dan kemudahkerjaan ditingkatkan dimana 50% kandungan air dalam mortar
dapat dikurangkan. Ini akan melambatkan proses pengeringan dan peningkatan kekuatan ikatan.

Contoh bahan tambah ini seperti sodium silikat, sodium aluminat, kalsium format, triethanolamine, sodium
glukonat dan kalsium lignosulphonat.

Nisbah bancuhan mortar untuk lepaan bergantung kepada jenis lepaan yang hendak dibuat. Bagi lepaan
asas atau lepaan kasar maka nisbah yang sering digunakan adalah 1:6 (simen:pasir) ataupun ditambah
dengan satu bahagian kapor untuk tujuan kemudahkerjaan (workability) dimana 1 : 1 : 6 (simen : kapor :
pasir)

Jenis lepaan

Jenis kemasan lepaan bergantung kepada bentuk pandang dan keperluan kegunaan sesuatu dinding atau
tembok. Antara jenis kemasan yang biasa dilakukan adalah seperti :-

1. Kemasan Biasa ( sand face)

Lepaan biasa dibuat dengan nisbah bancuhan 1 : 6 (simen : Pasir). Lepaan jenis ini boleh dibuat dengan dua
lapisan. Untuk dinding bata, tebal lepaan sekitar 16mm dan bagi tampang bawah, rasuk, tiang, dinding blok
atau konkrit yang mana permukaannya sedia licin, lepaan dibuat setebal 12mm.

Lapisan pertama : bagi lepaan berketebalan 16mm maka lepa kasar lapisan pertama dibuat setebal
10mm, manakala bagi lepaan 12mm maka lapisan pertama adalah setebal 6mm. Nisbah bancuhan adalah
1:3-4 atau 1:6 jika ditambahan dengan bahan pemudah adun. Permukaan ini hendaklah dikasarkan bagi
menerima lepaan lapisan kedua.

Lapisan Kedua : Lepaan setebal 6mm hendaklah dikemaskan dengan pemaras keluli untuk permukaan
diding dalam dan gengan pemaras kayu bagi dinding luar. Lepaan ini hendaklah menggunakan pasir yang
ditapis dan disudahi dengan gosokan pemaras kayu. Span basah boleh digunakan untuk mendapatkan
permukaan yang seragam.

Tiga kombinasi nisbah bancuhan yang paling sesuai untuk lepaan luar bangunan menggunakan simen
Portland, kapor dan pasir ialah :-

- 1: ½ : 4 ½ atau

- 1 : 1 : 5-6 atau
- 1 : 2 : 8-9

2. KEMASAN LICIN

Merupakan lapisan kemasan akhir yang dibuat keatas permukaan lepaan biasa menggunakan likatan air
simen dengan cara melicinkannya dengan pemaras keluli. Untuk menambah kemudahkerjaan, campuran
simen boleh ditambah dengan kapor. Permukaan dinding lepaan sedia ada hendaklah dalam keadaan
lembab atau separuh kering untuk menerima likatan cairan simen lepaan licin ini agar ikatan lepaan licin
dengan lepaan dinding menjadi sebati.

3. KEMASAN GRANOLITIK

Menggunakan nisbah bancuhan 2 : 1 : 5 bahan terdiri dari simen : Pasir : serpihan batu granit bersaiz 3-
6mm lubang ayakan. Lepaan dibuat dalam dua lapisan dengan jumlah ketebalan 10mm dan permukaannya
diratakan menggunakan kayu pemaras. Setelah lapisan mula mengeras, maka permukaannya hendaklah
diberus perlahan-lahan untuk menghasilkan kemasan gerutu.

4. KEMASAN SHANGHAI

Menggunakan nisbah bancuhan 2 : 1 : 5 bahan terdiri dari simen berwarna : Pasir : serpihan batu bersaiz
3mm ayakan. Prosesnya sama dengan kemasan granolitik , Cuma hasil yang diperolehi adalah kemasan
gerutu berwarna.

5. KEMASAN ‘Textured atau Scraped’

Kemasan dibuat pada permukaan lapisan akhir semasa lepaan mula mengeras. Biasanya penggunaan
pemaras besi bergerigi seringkali digunakan. Penggunaan peralatan lain yang sesuai bergantung kepada
kebolehan dan kemahiran seni seseorang pekerja.
6. KEMASAN ‘Rough cast atau wetdash’

Campurannya terdiri dari simen, pasir dan batu baur yang dipilih mengikut pembahagian nisbah bancuhan 1
: 3 atau 1 : ½ : 4 ½ pada lapisan pertama, sementara lapisan kedua nisbahnya adalah

1 : ½ : 1 ½ - 3 ( batu kerikil 6-13mm). Bahan kalis air serta pewarna boleh digunakan untuk menambah
kecantikan lepaan. Kemasan kasar ini dibuat dengan melemparkan bancuhan basah yang mengandungi
nisbah campuran batu kasar pada permukaan tembok yang telah dilepa.

Alat yang digunakan ialah rough casting machine atau mesin gerutu.

Rough casting machine


7. KEMASAN ‘Pebble-dash atau drydash’

Merupakan jenis lepaan kasar yang menampakkan batu-batu kerikil atau serpihan batu berukuran 10 –
20mm, dilempar atau ditampal pada permukaan yang dilepa sementara lapisan lepaan tersebut belum
mengeras. Lapisan pertama menggunakan bancuhan 1 : 4 ½ dengan campuran ‘water proofer’ dan nisbah
bancuhan lapisan kedua adalah 1 : 1 : 5 dibuat setebal 12mm.

8. KEMASAN “tyrolean atau smooth cast”

Menggunakan bancuhan 1:2 terdiri dari simen (Biasa atau warna) dan pasir. Disembur pada lapisan asas
dengan menggunakan mesin tyrolean (drough-casting) pada jarak 18-20 inci dari dinding. Kemasan jenis ini
hendaklah dibuat dalam 3 lapisan dan jumlah tebalnya tidak melebihi 6mm. Setiap lapisan perlu dibiarkan
kering dahulu sebelum lapisan berikutnya di sembur.

How to plaster an already plastered wall

HOW TO MIX PLASTER


Posted by Mohd Azlan bin Ibrahim at 8:45 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook

Labels: melepa

Sanitari dan alat lekapan


Alat lekapan
- Dalam kerja-kerja perkhidmatan bekalan air, kerja-kerja pemasangan alat lekapan amat perlu
diketahui bagaimana cara pemasangannya dan di mana kedudukan yang paling tepat dalam
sesebuah bangunan.
- Alat kelengkapan sanitari bermaksud sumber air yang digunakan untuk membersih dan
menyalurkan kotoran yang kotor.

Jenis-jenis alat lekapan

1. Tempat mandi panjang ( Long bath / Tab mandi) Biasa berbentuk empat segi bujur. Pengeluaran
air biasa melalui pillar tap yang mengeluarkan air panas atau sejuk. Bahannya diperbuat dari
porcelain enamelled cast iron ( tanah liat) dan fibre glass da.
2. Sink Kebanyakan digunakan di dapur bagi tujuan memasak dan membasuh kain. Tinggi
pemasangan 863 mm – 915 mm. 915 mm digunakan bagi tujuan memasak dan 863 mm untuk
tujuan membasuh. Bahan membuat sinki adalah keluli, plastik dan fire clay ( tanah liat ).
3. Basin Biasanya diperbuat dari tembikar atau tanah liat. Tinggi pemasangan basin ialah di antara
762 mm hingga 812 mm. Iaitu dari aras lantai sehingga aras atas basin. Bagi kegunaan dewasa
ukuran pemasangan adalah 812 mm. Manakala 787 mm pemasangan di rumah. Bahan
pemasangan basin. 1. Paip buangan basin – saiz 32 mm setiap pemamasangan menggunakan
perangkap jenis botol atau S. 2. Palam lubang luar – digunakan menakung air dalam basin. 3.
Lubang limpah – semasa memasang lubang keluar basin tentukan lubang limpah dihalakan pada
lubang limpah basin.

Jenis basin
1. Angle corner basin

2. Pedestal basin

4. Dulang pacuran Tempat tadahan air mandi yang diperbuat dari tembikar bergelis bagi tujuan
mengalirkan air ke lubang lurang.
5. Mangkuk tandas - Kegunaan mangkuk tandas adalah untuk menerima dan membuang najis dan
membersih kekotoran dalam takung kandung air sistem simbah perlu mencukupi untuk
menggerakkan najis didalamnya. - Kebanyakan direka dengan menggunakan perangkap dengan
tujuan untuk menakung air.

Jenis tandas:
a. Tandas duduk

Bahagian tandas duduk


b. Tandas cangkung

Cara pemasangan tandas.

6.Bidet - Bidet adalah jenis alat lekapan yang digunakan untuk membuang air kecil bagi wanita. Ia
berbentuk bujur bulat dengan flushing Rim di bawah tempat duduknya. Ukuran bidet 0.40m tinggi
0.38 m lebar dan 0.70 m panjang. Diperbuat dari tembikar, seramik dan plastik.

7. Urinal - Fungsinya adalah untuk membuang air kecil bagi orang lelaki. Diperbuat dari tembikar
dan seramik.
Jenis urinal

Urinal jenis kandang


Alatan yang digunakan pemasangan alat lekapan.
1. Gergaji besi - pemotong pelbagai jenis paip upvc, galvani dan pvc.

2. Pemotong pvc - fungsi memotong paip pvc.


3. Pemotong paip beroda - memotong paip bergalvani.

4. Aras spirit - memastikan permukaan rata dan tegak.

5. Pita ukur - digunakan untuk mengukur jarak dan kedudukan.


6. Pemutar skru - mengetat dan melonggarkan skru.

7. Mesin gerudi - membuat lubang mengikut saiz yang dikehendaki.

8. Sepana - digunakan untuk membuka dan mengunci benda yang bersegi seperti bolt dan nat.
Jenis sepana terdiri
a. Sepana boleh laras.
b. Sepana hujung terbuka.

9. Playar - digunakan untuk memotong, mencengkam, memintal, menarik dan menekan benda
kerja.

Playar cengkam seribu

Anda mungkin juga menyukai