Anda di halaman 1dari 2

Kamu telah bercuti di kampung datuk kamu selama lima hari.

Tulis
catatan harian tentang aktiviti kamu ketika berada di sana.

Isnin, 20 Jun 2011

Pada pagi ini kami sekeluarga telah bertolak ke kampung untuk


menziarahi datuk dan nenek.Tepat pada pukul 9:00 pagi, kami
sudah berada di dalam perut kereta Ferrari, milik ayah.Ayah
memandu kereta dengan cermat.Pada pukul 6:00 petang, kami
sampai di rumah datuk dan nenek.Aku berlari memeluk datuk dan
nenek kerana aku sangat rindu akan mereka.Kami makan makanan
yang disediakan oleh nenek untuk kami.

Selasa, 21 Jun 2011

Aku pergi ke dusun buah-buahan datuk.Aku bernasib baik


kerana musim buah-buahan sudah bermula.Aku membantu datuk
mengutip buah durian dan mengait buah rambutan manakala bapa
mengopek buah durian.Kami makan buah-buahan itu di atas
dangau.Aku makan sepuas-puas hati.

Rabu, 22 Jun 2011

Kami pergi ke sebatang sungaai yang tidak jauh dari rumah


nenek. Air sungai sangat sejuk dan jernih.Datuk mengajar aku
berenang.Adik menggunakan pelampung kerana dia tidak tahu
berenang.Ayah pula memancing.Beliau dapat menangkap beberapa
ekor ikan.Selepas puas berenang,kami menikmati bekalan yang
dibawa dibawa di bawah sepohon pokok yang rendang.
Khamis 23 Jun 2011

Kami menghadiri majlis perkhawinan sepupu aku.Majlis


perkhawinan sungguh meriah.Rumah sepupuku dihias dengan renda-
renda yang berwarna biru dan putih.Pelbagai juadah telah
dihidangkan untuk tetamu.Ketibaan rombongan pengantin diiringi
oleh paluan kompang dan bunga manggar.Pasangan pengantin
bersanding di pelamin.Mereka bagai piang dibelah dua.

Jumaat 24 Jun 2011

Aku ke kebun sayur-sayuran datuk.Aku menolong datuk


memetik sayur-sayuran dan meletakkan ke dalam bakul.Datuk
membawa bakul itu ke rumah nenek.Di rumah nenek sudah
menyediakan juadah untuk makan tengahhari.Kami menikmati ikan
patin gulai tempoya, sambal belacan dan ulam-ulaman dan kami
minum air kelapa yang segar.

Sabtu 25 Jun 2011

Kami pun berkemas untuk pulang ke rumah. Kami membawa


pulang sedikit buah-buahan untuk jiran.Aku berat hati hendak
meninggalkan datuk dan nenek.Ayah berjanji akan pulang ke
kampung lagi.

Anda mungkin juga menyukai