Anda di halaman 1dari 8

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM, JOHOR BAHRU

EDUP2112 (TEKNOLOGI DAN MEDIA PENGAJARAN)

TUTORIAL 1

NAMA:
(1) KHAIRUNNISA MOHAMMAD ABDUL KARIM (2021122390045)
(2) NORASHIMAH BT ABDUL RAUF (2021122390054)
(3) SHARIFAH SHAHIRA BINTI SYED ALI REDZA (2021122390063)
(4) MUHAMAD NAZRULHISHAM BIN NASIR (2021122390049)
(5) NUR SYUHADA BT HASHIM (2021122390058)
(6) FATIN ANISA’ BT RANI (2021122390043)

OPSYEN / AMBILAN : PDPP AMBILAN JUN 2021

TAJUK TUTORIAL : BAGAIMANA TEKNOLOGI DAPAT MEMAINKAN


PERANAN PENTING DALAM PROSES PENGAJARAN
& PEMBELAJARAN SEJARAH

NAMA PENSYARAH : DR. NGAU CHAI HONG

1
Berdasarkan artikel ini,
penggunaan bahan-bahan ICT
sangat membantu dalam
penyampaian pengajaran
terutamanya pada zaman
sekarang ini. Murid-murid akan
lebih mudah untuk mencari
maklumat contohnya jika murid
diberikan tugasan untuk
menyediakan portfolio atau
buku skrap tentang tokoh-tokoh
terbilang zaman kesultanan
Melayu Melaka, murid-murid
akan mendapat informasi lebih
banyak dan pelbagai. Misalnya
melalui perisian google, blog,
artikel atau keratin akhbar atas
talian. Cara ini akan
mengelakkan murid daripada
membuang masa dan rasa
terbeban kerana maklumat
berada dihujung jari melalui
ICT.

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)


ICT dan Pengajaran-Pembelajaran Sejarah Di Sekolah Lee Bih Ni Sekolah Pendidikan Dan
Pembangunan Sosial Universiti Malaysia Sabah.
2
Berdasarkan artikel di atas, saya bersetuju bahawa teknologi maklumat
merupakan salah satu medium yang terbaik dalam pengajaran dan
pembelajaran. Hal ini dapat kerana penggunaan teknologi dalam pdp
merangsang dan menarik minat murid terhadap sesuatu topik pembelajaran
seperti penggunaan perisian Mikrosoft Powerpoint. Perisian mikrosoft power point
yang merangkumi gambar rajah, audio, visual dan animasi yang dimuat turun ke
dalam perisian Mikrosoft Powerpoint dapat merangsang minat murid terhadap
sesuatu topik yang belum dipelajari oleh mereka.

3
Pautan Mikrosoft powerpoint melalui internet dapat memudahkan proses pengajaran dan
pembelajaran berlangsung. Pautan internet dapat membawa murid terus kepada pengisian
pembelajaran menerusi laman web kementerian mahupun blog-blog persendirian
pendidikan.Hal ini secara tidak langsung dapat menyerlahkan lagi sesi pengajaran dan
pembelajaran bersama murid-murid.Bukan itu sahaja, malah penggunaan akses internet secara
meluas di dalam bilik darjah dalam bentuk ilustrasi, animasi membolehkan pengetahuan
pengajaran dapat dicapai secara meluas.

Kamarul Azmi Jasmi, Yusnan Lamar, Azhar Muhammad, 2012. Aplikasi Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Diakses
daripada : (PDF) Aplikasi teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam (researchgate.net)

4
Berdasarkan artikel di atas, saya bersetuju bahawa pengajaran dan pembelajaran pada abad ke-
21 ini lebih cenderung kepada penggunaan alat bantu mengajar yang dibina dengan
menggunakan komputer dan pembelajaran berasaskan permainan dalam bilik darjah. Dengan
ini, dapat menggalakkan murid supaya berfikir secara kreatif dan kritis. Melalui pembelajaran
berasaskan permainan dengan menggunakan ICT, ia dapat merangsang dan menggalakkan
murid untuk melibatkan diri dengan aktif dalam proses pembelajaran di mana proses
pembelajaran itu akan menjadi lebih menyeronokkan. Gabungan pembelajaran dengan
permainan ini dapat mengubah persepsi murid bahawa mata pelajaran Sejarah membosankan.
Oleh yang demikian, permainan digital dalam bilik darjah dalam mata pelajaran Sejarah dapat
meningkatkan kemahiran murid dan membolehkan murid memahami dan mengingati apa yang
mereka pelajari.

Nurul Syadiah binti Khairuddin & Ramlah binti Mailok. (2020). Pembelajaran Berasaskan Permainan
Dalam Mata Pelajaran Sejarah Menggunakan Teknik Mnemonik. Universiti Pendidikan Sultan Idris. 5
Melalui : file:///C:/Users/User/Downloads/3583-Article%20Text-9932-2-10-20210929.pdf
Berdasarkan artikel di atas saya bersetuju
bahawa penggunaan Teknologi dalam
pendidikan seperti penggunaan Internet
dapat memudahkan proses pembelajaran
murid-murid. Tamabhan lagi,matapelajaran
Sejarah merupakan pembelajaran tentang
zaman lampau yang tidak dilalui oleh murid-
murid,oleh yang demikian penggunaan
internet membantu murid mendapatkan
maklumat dan gambaran situasi yang berlaku
pada zaman dahulu. Sebagai contohnya,
detik keramat Kemerdekaan negara,murid-
murid boleh melihat suasana tersebut di
youtube dan merasai sendiri semangat
patriotisme yang wujud ketika itu melalui
video yang ditonton oleh murid. Selain itu,
tugas guru juga menjadi lebih mudah dan
efisyen apabila guru boleh menggunakan
youtube untuk memberikan gambaran pada
murid tentang sesuatu tajuk yang dipelajari di
dalam kelas.

Nooramalina Adenan & Yusmarwati Yusof. (2019). Penggunaan Internet Dalam Kalangan Pelajar Kolej Vokasional Di
Johor Ke Arah Pengintegrasian Teknologi Maklumat Dan Komunikasi. Universiti Tun Hussein Onn (UTHM).

Melalui: IJHAM-2019-06-09-07.pdf

6
Berdasarkan artikel diatas, saya bersetuju bahawa penggunaan teknologi memainkan peranan penting
dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sejarah pada masa kini. Hal ini demikian kerana generasi hari
ini lebih terdedah dengan penggunaan teknologi dan cenderung untuk menggunakan peralatan yang
menjimatkan masa serta tenaga dalam kehidupan. Masyarakat kita sering dengan dimomokkan bahawa
subjek Sejarah amat membosankan dan melibatkan fakta-fakta yang perlu diingati. Perkara-perkara ini
menjadi daya penolak untuk murid-murid tidak mengemari Sejarah. Oleh itu, penggunaan teknologi dalam
pengajaran dan pembelajaran Sejarah dapat menarik minat murid-murid untuk meneroka subjek ini
menggunakan platform-platform moden yang dibina serta dapat mengelakkan pembelajaran Sejarah
menjadi bosan dan tidak hanya berpandukan buku teks sahaja. Penggunaan platform teknologi seperti
teknologi kreatif dan Artificial Intelignce (AI) serta penggunaan Argumented Reality (AR) membantu
memvisualisasikan pengajaran dan pembelajaran Sejarah secara digital iaitu mengabungkan persekitaran
yang nyata dan maya. Penggunaan teknologi ini dapat meransang minda murid-murid dan membantu
murid untuk melihat kewujudan bahan-bahan Sejarah dengan lebih dekat tanpa pergi ke muzium atau
tempat-tempat sejarah tetapi dengan hanya menggunakan platform maya.

7
Berdasarkan artikel diatas, saya bersetuju bahawa penggunaan teknologi memainkan peranan
penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sejarah pada masa kini. Penggunaan
komputer dalam pendidikan semakin luas, Ia melibatkan prosespengajaran dan pembelajaran
yang amat berkesan untuk faedah guru dan pelajar. Gurumemerlukan ketahanan diri dan mental
yang tinggi untuk membentuk pelajar yang celik komputer dan pintar ICT serta cerdik multimedia.
Pelajar perlu yakin dan berusaha untuk mempertingkatkan kemahiran mereka dalam penggunaan
komputer. Terbukti dengan jelas bahawa kejayaannya adalah bergantung pada penyediaan
infrastruktur dan logistik daripada pihak Kementerian Pelajaran. Guru Sejarah seharusnya
mengambil inisiatif pro-aktif dan transformational untuk menggunakan ICT dan multimedia dalam
pengajaran dan pembelajaran Sejarah kerana amat banyak sumber, maklumat, fakta, dan bukti
sejarah yang boleh diperoleh di seluruh dunia. Ini sesuai dengan sifat subjek Sejarah yang
merangkumi aspek politik, ekonomi, sosial, pendidikan dan sebagainya daripada masa lalu,
sekarang dan akan datang. Sejarah mempunyai liputan paling luas dalam disiplinnya dan hanya
subjek Sejarah yang membincangkan aspek kenegaraan, patriotisme, perpaduan, kedaulatan dan
kemerdekaan. Jika pelajar tidak minat atau buta sejarah amat dikhuatiri semua itu akan
hilang dan kita akan dijajah semula

Abdul Razaq and Isjoni (2009). Transformasi Pengajaran dan Pembalajaran Sejarah. Penerbitan
Bersama: Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi; dan, FKIP, Universitas Riau,
Pekan Baru Indonesia. Hlm. 113 – 126. ISBN 978-602-8025-27-0.

Anda mungkin juga menyukai