Anda di halaman 1dari 20

PENGHARGAAN

Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh…

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi atas nikmat dan kurnia-
Nya, dapat kami menyiapkan assignment Psikologi dan Sains Tingkah Laku ini dalam masa
yang telah ditetapkan. Di sebalik kejayaan dan keberhasilan kami dalam mencari maklumat
bagi tugasan ini, terdapat insan-insan lain yang turut berdiri bersama kami.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada pensyarah kami, Puan Che Hasnah binti Che Musa
yang telah memberi kami maklumat-maklumat yang berkaitan dengan tokoh Psikologi ini
iaitu Jean Piaget. Tanpa bantuan daripada beliau, agak sukar bagi kami untuk menyiapkan
tugasan ini dalam masa yang ditetapkan.

Terima kasih juga diucapkan kepada kedua ibu bapa kami yang tidak pernah mengenal erti
penat dalam menegur sikap kami berdua yang sering bertangguh kerja. Berkat kesabaran
mereka itu, tergerak jua hati kami ini untuk menyiapkannya lebih awal supaya tidak kelam-
kabut untuk menyiapkannya.

Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang sanggup bersengkang mata bagi
membantu kami menyiapkan tugasan ini. Terima kasih diucapkan terutamanya kepada pelajar
kos Psikologi yang telah mempelajari bab ini dengan lebih mendalam kerana sudi berkongsi
dan bertukar-tukar ilmu yang ada sebagai maklumat tambahan kepada kami.

1
PENGENALAN

Teori Jean Piaget dianggap sebagai teori perkembangan kognitif yang lebih
menyeluruh walaupun ada yang masih menyoal dan tidak menyetujuinya. Teori ini pada
dasarnya telah menjadi asas dan pengaruh kepada teori dan penyelidikan yang selanjutnya.
Piaget mengemukakan idea tentang pembentukan konsep kanak-kanak dan kecerdasan
dengan mencadangkan bahawa penyelidik-penyelidik dapat belajar mengikut kemampuan
perkembangan intelek yang didalami oleh kanak-kanak dengan berterusan. Pemerhatian
beliau terhadap kanak-kanak secara berterusan termasuk pemeriksaan terhadap kesilapan
anak-anak sendiri. Maka beliau merumuskan bahawa wujud sistem logikal yang mudah dan
teratur yang mendasari pemikiran kanak-kanak. Menurut Piaget, sistem-sistem ini adalah
berbeza-beza daripada sistem logikal yang digunakan oleh orang dewasa. Untuk memahami
perkembangan, sistem-sistem ini seharusnya didefinisikan dan dibahagi mengikut ciri-ciri
yang tersendiri. Piaget percaya fungsi kecerdasan adalah untuk membantu menyesuaikan diri
kanak-kanak terhadap persekitaran.

Fokus penyesuaian (adaptasi) adalah berdasarkan perkembangan kognitif yang dilihat


bersama-sama dengan respons kompleks yang dialami terhadap persekitaran. Dengan
meningkatnya pembelajaran dan kematangan kanak-kanak, kedua-dua kecerdasan dan
manifestasinya menjadi berbeza-beza. Piaget percaya perkembangan berlaku dalam tahap-
tahap yang mengalami perubahan melalui penyeimbangan (equilibration), keadaan yang
menyebabkan kanak-kanak mencari suatu keseimbangan di antara apa yang dialami dalam
persekitaran dengan proses dan struktur kognitif yang dihadapinya.

2
BIODATA JEAN PIAGET

Jean piaget merupakan seorang ahli biologi yang cukup terlatih. Beliau lahir di
Nauchate, Switzerland pada 9 Ogos 1896. Belaiu merupakan anak sejarawan bernama Arhur
Piaget yang merupakan seorang profesor sastera dalam bidang sejarah. Ibunya pula bernama
Rabecca Jackson. Semasa remaja, belaiu amat berminat dalam bidang biologi dan
epistemologi yang berkaitan dengan perkembangan dan perolehan pengetahuan manusia.
Beliau banyak memberi sumbangan kepada bidang psikologi setelah bekerja dengan Binet
untuk membentuk kecergasan mental. Semasa bekerja dengan Binet, Piaget tidak berminat
untuk melihat hasil jawapan yang betul yang diberikan oleh kanak-kanak, tetapi beliau lebih
berminat untuk melihat pola-pola perlakuan yang ditunjukkan oleh kanak-kanak apabila
mereka memberikan jawapan yang salah.

3
Semasa usianya 10 tahun, beliau telah memulakan pekerjaan pertamanya sebagai
penulis. Karya pertama beliau ialah mengenai burung gereja ‘albino’ (mempunyai kulit yang
benar-benar terang). Seringkali ketika memberikan karyanya untuk diterbitkan dalam
majalah, Piaget dipaksa merahsiakan usianya yang masih muda. Banyak editor beranggapan
bahawa penulis muda tidak memiliki kredibiliti. Salah satu artikelnya yang ditulis ketika
berumur lima belas tahun. Beliau ditawarkan bekerja di sebuah muzium Zoologi di Jeneva,
Swiss. Jean menolak tawaran tersebut kerana ingin melanjutkan pelajarannya.

Selepas tamat zaman persekolahan, Jean melanjutkan pelajaran ke Universiti


Nauchatel pada tahun 1916 dan mendapat PHD pada tahun 1918 semasa berumur 22 tahun.
Beliau mula meminati bidang psikologi apabila menjadi profesor sejarah dalam bidang ilmiah
(1929-1939). Selepas itu, beliau dilantik sebagai ketua Swiss Society for Psychologist. Beliau
mengajar di universiti-universiti Paris, Lausanne dan Neuchatel. Beliau juga menjadi ketua
Biro Pendidikan Antarabangsa dan duta United Nations Economic and Scientific Comittee
(UNESCO), Swiss.

Piaget sentiasa berdisiplin dalam melakukan pekerjaan sesuai dengan sifat


peribadinya. Beliau banyak membaca sebelum tidur. Setiap pagi, Jean bengun dan menulis
sekurang-kurangnya empat tulisan yang dapat dipaparkan sebelum mengajar. Selepas sarapan
pagi, Jean akan berjalan-jalan dan merenungkan apa yang menjadi minatnya. Beliau suka
memikirkan suatu masalah sebelum membaca tentang masalah tersebut. Setiap musim panas,
beliau akan pergi ke pergunungan Alpine, Eropah dan banyak menulis karya di sana.

Jean Piaget menerima gelaran kehormat dari Universiti Oxford dan Harvard kerana
banyak menyumbangkan idea-idea tentang perkembangan dan cara belajar kanak-kanak.
Beliau telah membuat penyelidikan di Institut Jacques Rosseau di Switerzeland dan membina
kaedah klinikal dalam temubual.

Jean Piaget meninggal dunia pada 17 September 1980 di Jeneva, Swiss ketika berusia
84 tahun. Beliau merupakan salah seorang tokoh ilmiah yang amat dikagumi ramai sebagai
seorang pemikir ilmiah yang kreatif di Swiss.

4
2.0 Asas-Asas Konsep Teori Jean Piaget ( 1896-1980 )

Di dalam teori kognitif kanak-kanak yang telah dibincangkan, Piaget menekankan


pengubahsuaian diri dalam alam sekitar yang mana merupakan faktor yang penting dalam
perkembangan kognitif individu. Beliau berpendapat bahawa di dalam proses
pengubahsuaian diri dalam alam sekitar, pembelajaran sebenarnya telah berlaku apabila
individu memperolehi pengalaman daripada proses interaksinya dengan orang lain, perkara
atau benda yang terdapat dalam alam sekitar.

Di dalam Teori Pembelajaran Kognitif Piaget (1970), terkandung huraian lima konsep
asas teori iaitu skema, adaptasi, keseimbangan, asimilasi dan akomodasi yang berkait rapat
dengan pembelajaran kognitif individu.

2.1 Skema

Skema merupakan model tingkah laku yang ditonjolkan semasa proses


pengubahsuaian diri dalam alam sekitar. Ia adalah dirujuk sebagai kebolehan individu yang
diperolehi berdasarkan syarat-syarat yang diwarisi. Oleh itu, skema yang ditonjolkan seperti
bahasa, pemikiran atau pandangan yang boleh mewakili tingkah laku adalah disebut skema
individu. Maka skema individu merupakan tingkah laku yang sering berubah mengikut
pembelajarannya. Di dalam peringkat perkembangan kanak-kanak, skema tingkah laku
mereka berubah dari semasa ke semasa. Contohnya, kanak-kanak memegang sesuatu benda
adalah skema pegangannya. Ini menyebabkan teknik memegangnya semakin beransur-ansur
maju apabila perubahan skema kanak-kanak ini sebenarnya mewakili hasil yang diperolehi
daripada pembelajarannya.

5
2.2 Adaptasi dan Keseimbangan

Di dalam teori pembelajaran kognitif Piaget, adaptasi dan keseimbangan adalah saling
berkait dan mempengaruhi antara satu sama lain. Tambahan pula, kedua-duanya
menggunakan skema sebagai asas tindakan di antara mereka. Sekiranya skema (bentuk
tingkah laku) yang sedia ada telah memadai digunakan untuk memuaskan keperluan semasa
proses pengubahsuaian diri, maka individu tidak perlu memperolehi pengalaman baru dan
pembelajaran baru tidak akan berlaku lagi. Oleh itu, perhubungan dalaman dan luaran
individu dikatakan sedang di bawah keadaan keseimbangan. Sebaliknya, jika seseorang
individu tidak dapat menggunakan skemanya yang sedia ada untuk mengadaptasi keperluan
alam sekitar, keadaan keseimbangan di antara individu dengan alam sekitarnya akan hilang.
Di dalam proses ini, keseimbangan adalah sama dengan sesuatu kuasa penggerak dalaman.
Adalah ditegaskan di sini, Piaget menghuraikan pembelajaran sebagai motivasi individu yang
mengambil inisiatif sendiri untuk mengubahsuai diri dalam alam sekitar dan bukan seperti
teori ransangan.

2.3 Asimilasi dan Akomodasi

Untuk mengekalkan keseimbangan, iaitu memperolehi kepuasan kerana motivasi,


individu terpaksa mengubahsuai diri melalui proses adaptasi. Di dalam proses ini, skema
individu beransur-ansur berubah hingga perubahan tingkah lakunya menjadi semakin
kompleks. Mengikut Piaget, adaptasi merangkumi dua bentuk, satu adalah asimilasi dan satu
yang lain adalah akomodasi yang mana kedua-duanya saling berkait dalam pembentukan
proses pembelajaran kognitif secara keseluruhan. Fenomena mengubah struktur kognitif
kerana proses adaptasi dikenali sebagai proses akomodasi. Oleh itu, dapat dihuraikan bahawa
akomodasi merupakan sesuatu proses pikologikal yang berlaku semasa seseorang individu
berusaha atas inisiatif sendiri melalui mengubah struktur kognitif dengan tujuan mendapati
keperluan situasi pembelajaran yang dihadapinya. Secara keseluruhannya, Piaget mengatakan
bahawa murid belajar melalui proses adaptasi, mengorganisasi maklumat baru dan dengan
proses asimilasi serta menukarnya kepada struktur kognitif (skema) dengan maklumat yang
sedia ada dapat diperkukuhkan. Bagi maklumat yang tidak seimbang dengan skemanya,
mereka menggunakan proses akomodasi dan menyesuaikannya dalam struktur kognitif. Oleh
itu, ilmu pengetahuan murid dapat diperkembangkan kepada tahap yang lebih tinggi.

6
3.0 TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET (1896-1980)

3.1 Peringkat Perkembangan Teori Kognitif Jean Piaget

TAHAP TEMPOH
Sensori Motor Sejak lahir sehingga 2 tahun
Pra - Operasi 2 – 7 tahun
Operasi Konkrit 7 – 12 tahun
Operasi Normal 12 tahun ke atas
Jadual Empat Tahap Perkembangan Kognitif Piaget

3.1.1 Peringkat Sensori Motor ( 0 – 2 tahun )

Dalam peringkat ini, kanak-kanak mula menggunakan deria motornya untuk


memahami dan berinteraksi dengan persekitarannya. Selepas lahir selama dua bulan, seorang
bayi sudah boleh membezakan objek-objek di dalam persekitarannya. Antara 4 hingga 8
bulan, bayi itu telah mempunyai daya koordinasi di antara penglihatan dan sentuhan. Apabila
berusia satu tahun, dia mula menyedari objek-objek lain di persekitarannya. Di antara 1
hingga 2 tahun, kanak-kanak cuba menggunakan pelbagai skema ( struktur menyelesaikan
masalah yang dihadapi ). Pada akhir dua tahun, kanak-kanak kelihatan mula boleh belajar
bahasa dan lambang yang mudah. Dari kelahiran hingga umur 2 tahun, kanak-kanak cuba
belajar koordinasi di antara deria motor dengan gerakannya serta cuba mengaitkan perkataan-
perkataan dengan objek-objek yang dapat dilihat dalam persekitarannya. Contohnya, bayi
berumur sebelum sembilan bulan tidak akan mencari objek yang tidak kelihatan setelah
diperhatikan objek tersebut sebelumnya. Pada tahap ini, bayi melihat kepada hubungan antara
badannya dengan persekitaran. Kebolehan deria motornya berkembang dari semasa ke
semasa. Bayi tersebut mempelajari tentang dirinya dengan melihat, menyentuh dan
mendengar di sekelilingnya kemudian menirunya. Kebolehan untuk meniru tingkah laku
dikenali sebagai pembelajaran melalui pemerhatian. Dalam perkembangan deria motor ini,
terdapat enam sub tahap yang dikategorikan dengan melihat perkembangan kebolehan
tertentu pada umur yang tertentu.

7
a) Dari lahir sehingga satu bulan ( refleks )

Bayi hanya mampu melakukan gerakan pantulan. Gerakan pantulan yang diwujudkan
lahir melalui tingkah laku pendengaran, penyusunan, gerakan tangan (genggaman dan
sebagainya), penyesuaian, pandangan, pergerakan mata dan sebagainya. Gerakan ini belum
dapat ditentukan perbezaannya. Sebahagian besar daripada gerakan ini dilakukan adalah
untuk keperluan tertentu atau hanya sebagai gerakan pantulan sahaja.

b) Sebulan hingga empat bulan ( reaksi asas sekular )

Peringkat pertama pencapaian untuk penyesuaian dan berlakunya reaksi sekular, bayi
mula mempunyai pengertian tentang bahagian badannya yang tertentu. Di tahap ini,
pengalaman memainkan peranan yang penting untuk pembentukan tingkah laku kanak-kanak.
Pengalaman boleh didapati daripada perkembangan di tahap pertama, dengan itu tingkah laku
kanak-kanak pada tahap kedua ini sudah bergantung kepada andaian sebab musabab yang
tertentu untuk mewujudkan sesuatu situasi baru. Pergerakan sistem deria mula diselaraskan
dengan sistem pandangan dan gerakan tangan. Apabila mendengar sesuatu bunyi, bayi akan
menggerakkan kepala dan matanya ke arah punca sumber bunyi. Contohnya, sekiranya bayi
tersebut melakukan sesuatu tingkah laku yang ganjarannya akan menyeronokkan, dia akan
mengulangi tingkah laku itu lagi.

c) Empat hingga lapan bulan ( reaksi sekular kedua )

Di tahap ini, bayi mempunyai persediaan untuk membuat pandangan dan pemerhatian
yang lebih. Kebanyakan tingkah laku bayi dihasilkan daripada sesuatu proses pembelajaran.
Bayi dapat melakukan tingkah laku baru seperti mengambil sesuatu barang lalu
mengerakkannya. Pada waktu ini, bayi boleh membuat tanggapan tentang objek dalam
tangannya. Contohnya, bayi itu sengaja memasukkan barang mainan ke dalam mulut dengan
tujuan untuk mengetahui atau mengenali barang tersebut.

8
d) Lapan hingga dua belas bulan ( reaksi kordinasi )

Ia dikatakan sebagai masa pengukuhan di mana keadaan yang wujud sebelumnya


disesuaikan di antara satu sama lain. Pada tahap ini, perkembangan mental bayi sudah dapat
dikatakan sebagai berada di tahap perkembangan daya kognitif dan kebolehan mental asas
pada bayi. Bayi sudah mengetahui sebab akibat sesuatu keadaan berlaku. Contohnya, apabila
menggoncangkan sesuatu alat mainan, ia akan berbunyi.

e) Dua belas hingga lapan belas bulan ( reaksi sekular ketiga )

Pada ketika ini, penemuan makna baru melalui pengalaman yang dilalui oleh bayi
berlaku secara aktif. Bayi memerlukan kecepatan untuk melahirkan keseluruhan rangkaian
tingkah laku apabila berada di dalam sesuatu situasi baru. Pada tahap ini, bayi
memperlihatkan kemajuan yang pesat berhubung dengan pemahaman sesuatu konsep dan
telah mempunyai konsep yang kukuh tentang sesuatu objek. Bayi juga mengalami proses
cuba jaya tetapi dalam keadaan yang mudah. Contohnya, kanak-kanak ini akan mencuba
pelbagai bunyi dan tingkah laku untuk mendapatkan perhatian.

f) Lapan belas bulan hingga dua tahun ( penggambaran pemikiran awal )

Berlakunya kombinasi mental di mana kanak-kanak mula mempunyai keupayaan


untuk memahami aktiviti permainan dan fungsi simbolik. Pada ketika ini, kanak-kanak dapat
mengatasi masalah kaedah cuba jaya dan dapat membezakan jenis-jenis tingkah laku
peniruan yang diperhatikan. Kanak-kanak juga telah mengetahui tentang peranan jantina dan
fungsi individu dalam rumahtangga.

9
3.1.2 Peringkat Pra Operasi ( 2 hingga 7 tahun )

Dalam peringkat ini, kanak-kanak boleh menggunakan bahasa serta simbol untuk
menggambarkan sesuatu konsep. Apabila mencapai umur 4 tahun, kanak-kanak telah boleh
bertutur dengan pesat. Pemikiran kanak-kanak dalam peringkat ini adalah egosentrik.
Mereka menganggap pengalaman dan pandangan orang lain adalah serupa dengannya.
Mereka percaya semua objek mempunyai jiwa oleh itu mereka tidak boleh membezakan
angan-angan dengan kenyataan. Mereka hanya boleh memikir secara transdaktif, iaitu
daripada contoh khusus kepada contoh-contoh khusus sahaja. Namun demikian, mereka tidak
boleh memikir secara deduktif (daripada umum kepada contoh khusus ) dan secara induktif
(daripada contoh khusus kepada umum). Pada akhir peringkat ini, mereka mula berupaya
memberi sebab untuk menyokong kepercayaan mereka, boleh mengelaskan objek mengikut
ciri-ciri tertentu dan memahami konsep pengabadian bilangan.

3.1.3 Peringkat Operasi Konkrit ( 7 hingga 12 tahun )

Tahap ini bermula pada umur 7 tahun hingga 12 tahun. Kanak-kanak dapat
memanipulasikan dan membentuk reprentasi mental secara dalaman. Mereka mempunyai
pelbagai pemikiran dan memori tentang objek konkrit seperti komputer, perabot dan benda-
benda yang wujud. Dalam eksperimen konservasi kuantiti yang dilakukan oleh Piaget, kanak-
kanak dapat mengabadikan (conserve) dalam minda kuantiti dan memerhatikan perubahan
dalam bentuk luaran objek atau benda-benda. Pada mulanya, kanak-kanak bergantung pada
persepsi segera seperti rupa bentuk objek secara luaran. Dengan perlahan-perlahan mereka
membentuk peraturan dan skema dalaman tentang apa dan bagaimana sesuatu perkara
berlaku. Seterusnya, menggunakan skema dalaman untuk memberi panduan tentang penaakul
daripada bentuk luaran sahaja. Kanak-kanak di tahap operasi konkrit ini dapat memanipulasi
representasi dalaman objek-objek yang konkrit untuk mengenalpasti kuantiti-kuantiti yang
terkandung di dalamnya. Seterusnya, implikasi logikal dapat menyedarkan kanak-kanak
tentang objek yang disentuh. Menurut Piaget, tahap terakhir daam perkembangan kognitif
adalah meneliti dan mengaplikasi prinsip-prinsip yang sama kepada konsep-konsep abstrak.

10
3.1.4 Peringkat Operasi Formal ( selepas 12 tahun )

Tahap operasi formal bermula umur 12 tahun dan seterusnya melibatkan operasi
mental pada yang abstrak dan simbol yang mungkin tidak mempunyai bentuk fizikal dan
konkrit. Dalam pada itu, kanak-kanak mula memahami perkara-perkara yang mungkin
mereka tidak terlibat dan alami secara langsung. Lebih daripada itu, mereka dapat
membentuk dan mencari untuk mewujudkan reprentasi mental pada situasi yang dihadapinya
dengan logik. Justeru, teori perkembangan kognitif adalah berasaskan tahap demi tahap. Bagi
Piaget, kanak-kanak sudah mulai berfikir abstak dan pada masa yang sama, kanak-kanak
sudah mampu memikirkan sesuatu yang akan atau mungkin terjadi. Di samping itu, pada
tahap ini juga, remaja sudah mampu berfikir secara sistematik untuk menyelesaikan masalah.

11
4.0 Perhubungan Teori Jean Piaget (1896-1980)

4.1 Aplikasi Teori Piaget dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Mengikut teori pembelajaran kognitif Piaget, kandungan pelajaran hendaklah disusun


mengikut peringkat perkembangan kognitif kanak-kanak, iaitu daripada konkrit kepada
abstrak, daripada dekat kepada jauh dan daripada pengalaman sedia ada kepada pengalaman
baru mengikut perkembangan fizikal individu. Piaget berpendapat bahawa pembelajaran
merupakan perubahan bentuk tingkah laku. Pembelajaran yang baru dan kompleks hendaklah
menggunakan proses akomodasi untuk mengubah struktur kognitifnya agar dapat
menyesuaikan dengan situasi pembelajaran yang dihadapinya.

4.2 Teori Pembelajaran Kognitif Piaget dalam Pengajaran

Seorang guru yang mengajar pelbagai subjek di tadika harus menumpukan perhatian
terhadap perkembangan kanak-kanak dalam peringkat operasi konkrit dan memahami
kebolehan mereka dalam aktiviti pembelajaran matematik di peringkat sekolah rendah.
Murid-murid sekolah rendah hanya memahami konsep matematik melalui pengalaman
konkrit. Oleh itu, alat bantu mengajar memainkan peranan penting untuk menyampaikan
konsep matematik dengan berkesan. Mereka gemar menjalankan aktiviti pembelajaran
dengan menggunakan alat bantu mengajar. Oleh itu, kaedah kerja praktik merupakan kaedah
yang sesuai digunakan supaya menggalakkan murid melibatkan diri secara aktif dalam
pembelajaran matematik. Semua konsep matematik baru harus diperkenalkan dengan
gambar rajah atau model. Kaedah membuktikan teorem harus dielakkan. Murid-murid dalam
peringkat operasi konkrit tidak berupaya membuktikan teorem geometri yang abstrak.

12
Adalah didapati bahawa murid-murid sekolah rendah mahupun tadika tidak dapat
membuat generalisasi daripada contoh-contoh matematik. Oleh itu, mereka tidak boleh
memahami hukum-hukum matematik seperti hukum tukartertib, hukum sekutuan dan hukum
taburan yang dirumuskan daripada contoh-contoh matematik itu. Ramai murid sekolah
rendah suka menghafal apa yang diajar oleh guru tanpa memahami konsep matematik yang
sebenar. Oleh itu, didapati ramai daripada mereka tidak mampu menyelesaikan masalah
dengan menggunakan simbol matematik yang mereka dipelajari. Untuk membimbing murid
mengatasi masalah ini, pengajaran mengenai masalah matematik harus sentiasa dikaitkan
dengan situasi yang sebenar dan perkenalan simbol matematik harus dikaitkan dengan contoh
yang konkrit.

4.3 Aplikasi Teori Kognitif Lev Vygotsky

Perkembangan kognitif dan bahasa anak-anak tidak berkembang dalam situasi sosial
yang hampa. Lev Vygotsky (1896-1934), seorang psikologi telah menghasilkan tulisan di Uni
Soviet pada tahun 1920 sehingga 1930. Namun karyanya terkenal di dunia barat pada tahun
1960-an. Sejak itulah tulisan-tulisannya menjadi sangat berpengaruh. Vygotsky sangat
mengagumi Piaget. Walaupun beliau bersetuju dengan pandangan Piaget bahawa
perkembangan kognitif terjadi secara bertahap, namun ada pandangan-pandangan tertentu
yang mereka saling bercanggah pendapat. Teori Vygotsky mengatakan bahawa
perkembangan manusia adalah sesuatu yang tidak terpisah dari kegiatan-kegiatan sosial dan
budaya.

13
5.0 Kekuatan Teori Jean Piaget (1896-1980)

Menurut Piaget, perkembangan yang paling penting di tahap ini adalah penggunaan
bahasa. Kanak-kanak yang berada di tahap ini mula menggunakan simbol di dalam
permainan, contohnya menganggap buku sebagai kereta apabila ditolak di atas lantai. Namun
begitu, pemikiran kanak-kanak masih lagi di tahap rendah berbanding orang dewasa.
Pemikiran kanak-kanak adalah egosentrik di mana keseluruhannya dilihat dari perspektif
mereka sahaja. Piaget juga mengatakan bahawa proses perkembangan kognitif kanak-kanak
menjadi lebih sempurna menerusi tiga kebolehan asas yang berlaku iaitu :

1. Perkembangan kebolehan mental kanak-kanak untuk melakukan sesuatu perbuatan


yang ketara seperti kebolehan mengira.
2. Melalui latihan yang diulang-ulang, rangkaian tingkah laku yang dikukuhkan dan
digeneralisasikan sehingga menjadi skema tingkahlaku yang stabil.
3. Hal-hal umum yang betul-betul difahami oleh individu bagi mewujudkan sesuatu
pengukuhan tingkahlaku.

Selain itu, Piaget juga mengatakan bahawa operasi yang berlaku mesti berasaskan pada
tiga fenomena mental yang penting iaitu pengamatan, ingatan dan bayangan. Pengamatan
merupakan suatu proses di mana kanak-kanak memberikan sepenuh perhatian terhadap
sesuatu yang dilihat. Ingatan pula adalah satu proses pembinaan, pengumpulan dan
pengambilan kembali memori mengenai peristiwa lalu. Bayangan pula merupakan suatu
proses yang menyebabkan sensasi yang statik, selalunya pandangan dan pendengaran yang
dikumpulkan di bahagian mental.

Bagi tahap ini, Piaget telah membahagikan kepada dua sub tahap iaitu :

1. Tahap Pra-Konseptual (2-4 tahun)


2. Tahap Pra-Operasi (4-7 tahun)

Pada tahap pra-konseptual, kanak-kanak belum lagi dapat membezakan dan memahami
dua atau lebih dimensi pada masa yang sama. Hal ini kerana mereka belum dapat menyusun
penerangan yang ada dalam pemikiran. Kecerdasan di tahap ini selalunya dihuraikan sebagai
kaku, tegang dan tidak menumpukan perhatian terhadap hubungan di antara peristiwa yang
berbeza.

14
Terdapat empat kandungan utama proses kogitif dalam tahap ini iaitu ‘egosentrism’,
‘konsep sebab-akibat’, ‘peningkatan perolehan bahasa’ dan ‘pembentukan identiti diri’.
Satu lagi kekurangan di tahap ini adalah dari segi prinsip ketekalan iaitu pengetahuan bahawa
kuantiti adalah tidak berhubungkait dengan susunan atau keadaan fizikal sesuatu objek.
Kanak-kanak yang tidak memahami prinsip ini tidak akan tahu bahawa jumlah, isipadu atau
panjang sesuatu objek tidak akan berubah apabila bentuk dan susunannya berubah.

15
6.0 Kritikan pada Teori Jean Piaget dan Lev Vygotsky

6.1 Isu-isu berkaitan Teori Piaget

Teori perkembangan kognitif Piaget telah mendapat perhatian meluas dalam bidang
psikologi sejak kajiannya dikemukakan. Kajian Piaget menerangkan peringkat-peringkat
perkembangan kognitif kanak-kanak dan proses pemikiran berasaskan perkembangan skema.
Namun, teori dan kajiannya tetap menerima kritikan terutama berkaitan kelemahan teori dan
metodologi yang digunakan. Dari segi kelemahan teori, pengkritik menyatakan bahawa teori
Piaget tidak mampu menerangkan struktur, proses dan fungsi kognitif dengan jelas. Ada
pengkritik yang mempertikaikan kebenaran wujudnya empat perkembangan kognitif yang
disarankan oleh Piaget. Mereka mengatakan sekiranya kanak-kanak melalui setiap peringkat
perkembangan kognitif berasaskan set operasi tertentu, mereka sepatutnya juga dapat
menyelesaikan semua masalah yang memerlukan set operasi yang sama.

Sebagai contoh, apabila kanak-kanak menunjukkan kemampuan pemuliharaan iaitu


yang terdapat pada tahap operasi konkrit, maka berdasarkan teori Piaget, mereka sepatutnya
dapat menunjukkan kemampuan pemuliharaannya dalam angka dan berat pada masa yang
sama. Namun, dalam kajian yang dilakukan oleh Klausmeier dan Sipple (1982) menunjukkan
keadaan yang berbeza di mana kanak-kanak sentiasa menunjukkan kemampuan pemuliharaan
berat lebih lewat daripada pemuliharaan angka. Keadaan ini adalah bercanggah dengan teori
Piaget. Dari segi metodologi juga, pengkritik mempertikaikan kaedah klinikal yang
digunakan dalam kajian Piaget di mana kajian dengan kaedah klinikal sukar untuk diulang.
Oleh itu, kesahihannya adalah diragui. Pengkritik juga menuduh Piaget membuat generalisasi
daripada sampel-sampel yang saiznya terlalu kecil dan tidak menepati piawaian.

16
6.2 Kritikan pada Teori Jean Piaget (1896-1980)

Piaget telah memberi sumbangan yang amat besar dalam psikologi utama dari segi
penerangannya tentang perkembangan kognitif yang luas. Walaupun bagaimanapun ahli-ahli
psikologi yang lain sependapat bahawa teori terebut mempunyai beberapa kelemahan seperti
berikut :

6.2.1 Ketidaksempurnaan

Piaget telah memberi kita satu rangka penerangan tentang perkembangan kognitif
kanak-kanak yang amat berfaedah. Walaubagaimanapun, beliau tidak menjelaskan tentang
kaitan antara teorinya dengan peristiwa-peristiwa empirikal, istilah-istilah penting seperti
asimilasi, akomodasi, keseimbangan dan tahap-tahap perkembangan kognitifnya agak kurang
jelas dan tidak tepat. Tambahan pula, beliau tidak dapat menyatakan dengan jelas bagaimana
kita tahu yang kanak-kanak itu berada dalam keadaan ketidakseimbangan. Namun demikian,
Fisher (1980) telah menyarankan bahawa perkembangan kanak-kanak dalam sesuatu bidang
seperti bahasa, penyelesaian masalah, main peranan dan lain-lain bergantung pada
pengalaman mereka.

Sebenarnya kita bukan sahaja perlu penjelasan tentang kriteria pada setiap tahap tetapi
juga bagaimana perpindahan daripada satu tahap kepada tahap yang lain. Piaget telah berjaya
dalam menghurai tahap-tahap ini daripada menjelaskan pengaliran perkembangan. Dalam
beberapa aspek, Piaget telah memperkecilkan perkembangan kognitif kanak-kanak.
Contohnya, ada kajian yang membuktikan bahawa kanak-kanak faham tentang konsep
kekekalan objek lebih awal daripada apa yang dijangka oleh Piaget. Bukti-bukti kajian
menunjukkan bahawa kanak-kanak praoperasi kurang menunjukkan sifat egosentrik seperti
yang disangka oleh Piaget. Begitu juga seseorang kanak-kanak praoperasi berupaya
menyelesaikan konsep yang lebih kompleks daripada apa yang disarankan oleh Piaget jika
kanak-kanak tersebut diberi kaedah kajian yang sesuai dengan mereka. Contohnya, jika
keadaan kajian keupayaan kekekalan diatur dengan cermat agar jawapan kanak-kanak tidak
terlalu bergantung pada keupayaan bahasa mereka, kanak-kanak praoperasi ternyata berjaya
memberi jawapan yang betul.

17
6.2.2 Metologi

Satu kelemahan teori Piaget ialah ketidaksesuaian kaedah yang beliau gunakan untuk
kemungkinan wujud keputusan yang biasa kerana bilangan responden yang sedikit, tiada
pemerhatian yang lain dan kurang kawalan semasa Piaget menjalankan kajian. Apabila kajian
yang sama dijalankan dengan lebih ramai responden dan kawalan yang lebih baik dalam
makmal, aliran tahap perkembangan Piaget dapat membuktikan kebenarannya tetapi tidak
pada umur sebenar perubahan itu berlaku. Kajian Piaget berpendapat bahawa perkembangan
kognitif awal bergantung pada aktiviti motor dan deria. Beliau tidak berfikir bahawa
keupayaan otak bayi mungkin berkembang lebih cepat daripada keupayaan motor dan deria.
Piaget percaya bahawa bayi tidak faham tentang akibat tindakan mereka terhadap
persekitaran sehingga berumur 4 atau 5 bulan iaitu apabila mereka mempunyai kawalan ke
atas pergerakan tangan mereka.

18
7.0 Rumusan

Sumbangan penting Piaget dan Vygotsky harus dianalisis dari segi perkembangan
pemikiran pelajar iaitu bagaimana kanak-kanak berfikir dan bertingkahlaku. Keperluan guru
memerhati pelajar dengan teliti untuk membantu pembelajaran yang berdasarkan
perkembangan kognitif adalah menjadi asas yang kukuh dalam menterjemahkan idea Piaget
dan Vygotsky dalam situasi pengajaran dan pembelajaran. Pemprosesan informasi
membincangkan bagaimana pelajar menerima dan mengorganisasikan informasi dalam
memori. Pendekatan pemprosesan informasi mengemukakan pelbagai model tentang
bagaimana minda memproses sesuatu, menerima dan mencungkil ilmu pengetahuan yang
telah dimanipulasikan melalui proses interaksi pada persekitaran yang menjelaskan
bagaimana pelajar belajar dengan bantuan proses kognitif. Fokus pada teori ini menerangkan
bagaimana pelajar mengalami, memahami dan mengingati semua informasi dan ilmu
pengetahuan yang dipelajari melalui proses kognitif sejak kecil lagi melalui pembelajaran
formal di sekolah dan tidak formal iaitu di persekitaran mereka. Dalam pada itu, teori
perkembangan kognitif Piaget, pengaruh sosiobudaya Vygotsky, pemprosesan informasi,
peranan metakognitif dan teori-teori kognitif kontemporari yang diketengahkan akhir-akhir
ini.

Pendekatan-pendekatan yang dibincangkan telah memaparkan bagaimana aspek


kognitif manusia berkembang mengikut urutan masa sejak zaman Piaget lagi. Kajian tentang
perkembangan kognitif Piaget, Neo-Piaget iaitu Vygotsky dan teori pemprosesan informasi
peranan metakognitif dan teori kognitif kontemporari diteliti untuk seterusnya. Pada
dasarnya, manusia dapat mengembangkan idea, pemikiran dan pembelajaran mengikut
peredaran masa dan zaman. Apabila manusia membesar dari peringkat bayi ke peringkat
kanak-kanak dan seterusnya remaja, didapati mereka mempunyai keupayaan untuk
berinteraksi dengan pemikiran dan bertingkahlaku untuk mengembangkan pengalaman hidup.

19
RUJUKAN

http://teoripiaget.blogspot.com/

http://en.wikipedia.org/wiki/JeanPiaget

http://kumpulan4groupd.blogspot.com/2010/03/10-pengenalan.html

http://rujuknota.blogspot.com/2009/09/teori-perkembangan-jean-piaget.html

http://rujuknota.blogspot.com/2009/07/teori-perkembangan-kognitif-jean-piaget.html

http://muzikrbtpsikologi.blogspot.com/2012/08/teori-perkembangan-jean-piaget.html

http://mynameisienaiz.blogspot.com/2012/06/teori-perkembangan-kognitif-jean-piaget.html

20

Anda mungkin juga menyukai