Anda di halaman 1dari 17

<POSTGRADUATE DIPLOMA IN TEACHING >

< SEPTEMBER 2021 >

<HPGD1103>

<CURRICULUM DEVELOPMENT>

NO. MATRIKULASI : <CGS02416426>


NO. KAD PENGENALAN : <871119025218>
NO. TELEFON : <0134233046>
E-MEL : < eiy_kin87@oum.edu.my>

PUSAT PEMBELAJARAN : <OUM SUNGAI PETANI>

1
TASK A : REVIEW 2-3 JOURNAL ARTICLES

Kurikulum berperanan sebagai garis panduan dan penentu sempadan ilmu yang hendak
disampaikan. Namun ia harus sentiasa relevan dengan keperluan dan kehendak semasa.
Perubahan-perubahan kurikulum dilakukan dari semasa ke semasa dengan tujuan menjamin
masa depan negara. Perubahan amalan dari reaktif kepada proaktif dari tidak produktif kepada
produktif, dari pasif kepada aktif adalah merupakan beberapa strategi pembangunan kurikulum
pendidikan yang diamalkan. Perangcangan dan pembangunan sesuatu kurikulum perlu diurus
dengan teliti untuk memastikan kurikulum bukan sahaja relevan dengan keperluan, tetapi juga
berkualiti supaya dapat menjulang martabat pendidikan negara di peringkat dunia.

Perubahan kurikulum juga boleh ditafsirkan sebagai inovasi kurikulum yang bermaksud
perubahan dan pengubahsuaian kepada kurikulum sedia ada ke arah penambahbaikan,
peningkatan, kemajuan, bermutu tinggi, kesuaian dengan keperluan semasa, memenuhi
permintaan dan keperluan seiring dengan trend semasa. Oleh itu kurikulum perlu diubahsuai
mengikut keperluan supaya murid-murid sentiasa bergerak seiring dengan trend pengetahuan
semasa.

Di Malaysia sebarang perubahan kurikulum adalah berlandaskan dasar pendidikan kebangsaan.


Ini adalah kerana pendidikan merupakan saluran utama dalam pembangunan dan kemajuan
negara dari segi ekonomi, sosial dan politik. Pendidikan adalah saluran ke arah mewujudkan
perpaduan rakyat berbilang kaum dan integrasi nasional. Kurikulum pendidikan menggabungkan
unsur nilai moral dan agama. Ia dibina atas beberapa tujuan iaitu untuk melahirkan insan yang
seimbang dari segi intelek, jasmani, rohani dan emosi serta berketerampilan dan mampu berfikir
secara kritis dan kreatif. Bagi memenuhi matlamat ini, kurikulum telah menitikberatkan aspek
kepimpinan murid-murid melalui ko kurikulum. Sebagai contoh penglibatan pelajar dalam
aktiviti kokurikulum sangat digalakkan supaya mereka dapat menimba pengalaman sebagai
pemimpin yang disegani pada masa hadapan serta belajar bekerjasama dengan berpersatuan,
mengurus akaun kelab dan sebagainya.

2
Kurikulum yang sama digunakan di semua sekolah di Malaysia bermatlamat untuk menguatkan
hubungan sosial antara masyarakat majmuk di Malaysia. Kurikulum yang seragam dan adil dapat
membentuk masyarakat bersatu padu dan menyingkirkan sikap prejudis antara kaum. Sebagai
contoh guru menggunakan kreativiti dan kemahiran mendapatkan pelajar semua kaum
mengambil bahagian dalam aktiviti bagi meningkatkan integrasi kaum. Dalam perlawanan bola
sepak boleh libatkan pelajar pelbagai kaum yang terdiri daripada Cina, India dan Melayu.

Kurikulum juga diharap dapat membantu pembentukan insan dan warganegara yang mempunyai
semangat patriotisme dan cinta kepada tanah air. Sebagai contoh guru membantu meningkatkan
kesedaran generasi muda terhadap pengorbanan pejuang terdahulu mempertahankan tanah air
melalui sambutan hari kebangsaan di sekolah. Ia penting sebagai tanda menghargai perjuangan
tokoh-tokoh kemerdekaan terdahulu.

Kurikulum banyak digerakkan melalui pendekatan sistem dan bercorak birokratik. Inovasi
kurikulum dicorak oleh peringkat atasan atau pusat bertujuan untuk memenuhi keperluan
pembangunan negara dan kehendak semasa. Pihak pelaksana khususnya guru hanya menerima
arahan dan melaksanakan inovasi seperti yang ditetapkan. Sebagai contoh, hal ini boleh dilihat
melalui perubahan dari segi bahan kurikulum dan bahan sokongan. Dalam perubahan ini
dokumen standard bagi semua mata pelajaran disediakan mengikut wajaran masa yang telah
ditetapkan oleh kementerian. Hal ini bermakna guru-guru perlu menyediakan rangcangan
pengajaran harian mengikut ketetapan peruntukan masa yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Kesimpulannya, kejayaan transformasi kurikulum ini memerlukan komiten menyeluruh daripada


semua pihak termasuklah pembuat dasar pelaksana, pengurus kurikulum, ibu bapa serta pihak
berkepentingan.

Kurikulum domain merangkumi banyak bidang seperti suasana pembelajaran di dalam kelas.
Bagaimana perlu perbaiki suasana di dalam kelas agar menarik minat murid-murid untuk belajar
dalam suasana yang seronok. Selain itu, kurikulum domain juga merangkumi tingkah laku para
guru terhadap murid dalam memberi pengajaran dan pembelajaran. Perwatakan seorang guru
mempengaruhi tingkah laku murid di sekolah. Bagaimana peranan guru berusaha mengatasi
masalah kekurangan yang ada pada seseorang murid. Di samping peranan guru besar yang
mempengaruhi tingkah laku seseorang guru dalam mendidik murid di sekolah. Selain itu juga,
bidang teknologi maklumat juga tergolong di dalam kurikulum domain. Kesemua bidang ini

3
yang tergolong dalam kurikulum domain perlu dititikberatkan dalam kurikulum pada masa
hadapan.

Kelas merupakan tempat yang paling penting proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini
kerana murid banyak menghabiskan masa di dalam kelas untuk menimba ilmu. Oleh itu
pengurusan bilik darjah sangat penting dalam pengajaran dan pembelajaran kerana ianya dapat
meningkatkan motivasi pelajar untuk terus berjaya dalam pelajaran. Masalah utama yang
dihadapi di dalam bilik darjah ialah masalah disiplin. Hal ini terjadi kerana pelajar-pelajar terdiri
daripada pelbagai latar belakang, mempunyai tingkah laku, pemikiran, jasmani, rohani dan
sosioekonomi yang berbeza. Apabila tingkah laku bermasalah atau disiplin berlaku dalam bilik
darjah proses pengajaran dan pembelajaran akan terjejas. Oleh itu, peranan guru sangat penting
dengan mengambilberat terhadap masalah yang dihadapi oleh murid dan berusaha untuk
mengatasi masalah kekurangan yang ada pada murid yang bermasalah. Sebagai contoh,
mengarah semula perhatian pelajar kepada tugas kemudian semak kemajuan pelajar, perhati
tingkah laku pelajar atau bergerak ke arah pelajar dan ingatkan pelajar tentang peraturan
berkenaan. Akhir sekali memberitahu pelajar tersebut agar berhenti melakukan kesalahan
tersebut. Selain itu, guru juga perlu menitikberatkan suasana di dalam kelas agar pelajar selesa
semasa proses pembelajaran. Sebagai contoh kerusi meja disusun dengan teratur, cahaya yang
mencukupi, tidak panas, bekalan elektrik berfungsi dengan baik. Keadaan ini sangat penting
supaya mereka dapat menumpukan perhatian kepada pelajaran sepenuhnya. Di samping guru
juga perlulah bijak kreatif dan inovatif supaya kaedah pengajaran dan pembelajaran yang
digunakan berkesan menjadikan pelajar aktif, seronok dan mudah diterima apa yang diajar oleh
guru.

Guru berperanan dan mempunyai pengaruh yang besar kepada pembentukan kehidupan sosial
pelajar. Fox (1964) menjelaskan guru yang komited merupakan guru yang mempunyai
keperibadian yang konsisten dengan falsafah pendidikan iaitu sentiasa ingin menjadi guru yang
baik, ingin mempertingkatkan ilmu agar dapat mengembangkan keinginan intelek pelajar serta
dapat mewujudkan sikap kesungguhan pelajar untuk belajar, menerima pelajar seadanya dan
tidak membandingkan pelajar dengan pelajar yang lain serta berusaha memberikan pendidikan
dengan sebaiknya dan memenuhi tanggungjawab professional kepada semua pihak
berkepentingan. Guru perlu menunjukkan tingkah laku yang baik kepada murid. Kesimpulan,

4
guru perlu bertindak sebagai penjaga, model dan mentor, mengamalkan disiplin moral dan
membina budaya moral dalam kalangan pelajar di sekolah di samping menjadikan ibu bapa
pelajar sebagai rakan kongsi agar akhlak pelajar dapat dipupuk, dibentuk dan sekali gus dapat
membina masyarakat yang mempunyai moral, sosial dan kerohanian yang tinggi (Mohamad
Khairi dan Asmawati, 2010).

Selain itu. guru besar juga perlu memainkan peranan dalam mengurus dan mentadbir sekolah
dengan baik suapaya dapat meningkatkan prestasi sekolah ke peringkat yang lebih cemerlang,
Hussein Mahmood (1993) berpendapat bahawa pengetua harus mempunyai pelbagai kebolehan
untuk mentadbir sesebuah sekolah. Sebagai contoh mampu memotivasikan guru staf dan pelajar
supaya lebih berminat dan komited dengan segala urusan dan aktiviti sekolah. Selain itu, beliau
juga perlu menjadi teladan dan rujukan kepada guru. Beliau juga harus berkebolehan untuk
menginterprestasikan perubahan dalam sekolah dan berkemahiran menggunakan gaya
kepimpinan yang sesuai dan tepat pada situasi yang berlainan. Menurut kajian kepimpinan di
sekolah berkesan semenanjung Malaysia, Jemaah Nazir Sekolah 2003 mendapati bahawa
pemimpin sekolah yang berkesan menitikberatkan aspek-aspek kepimpinan seperti gaya
kepimpinan, budaya ilmu dan berfikir, permuafakatan, motivasi dan dorongan, kepimpinan
kurikulum dan pengupayaan kepimpinan di sekolah.

Penggunaan media teknoloi di kalangan pendidik dan pelajar dalam pengajaran dan
pembelajaran amat penting untuk pendidikan semasa negara. Pendidikan pada abad ke 21 ini
lebih memfokuskan kepada aplikasi teknologi maklumat untuk pengajaran dan pembelajaran
yang lebih efisien. Berikutan dengan fenomena yang melanda negara Malaysia pada masa kini
dengan penularan wabak Covid 19 menjadi faktor utama kepada penggunaan aplikasi teknologi
maklumat. Penggunaan media teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran akan menjadikan
proses pembelajaran lebih menarik dan produktif dengan menggabungkan teknik suara, bunyi,
gambar, video serta teks telah mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang
menyeronokkan dan kondusif. Sebagai contoh, penggunaan komunikasi terkini (Google meet,
Skype) secara tidak langsung di kalangan guru dengan murid-murid semasa proses pembelajaran.
Ini bermakna perubahan dari segi fokus pembelajaran daripada kaedah pembelajaran secara
bersemuka di dalam kelas kepada pendidikan secara dalam talian. Antara contoh aplikasi dalam
talian yang boleh diaplikasikan ialah kuiz dalam talian Quizizz. Kuiz dalam talian dan e-

5
permainan menggunakan pelantar Quizizz dapat digunakan guru kerana aplikasi ini mudah
digunakan dan guru dapat mengaplikasikan untuk pentaksiran. Pada masa yang sama, permainan
komputer dirancang dengan betul dapat memainkan peranan berguna dalam membantu pelajar
belajar dari rumah. Di samping itu, penyelesaian masalah dan pengutaraan masalah adalah
kognitif penting dalam pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Guru boleh menjalankan
aktiviti soal jawab dalam talian dengan melaksanakan aktiviti pengutaraan masalah dalam
kalangan pelajar. Pendekatan mengutarakan masalah dan penyelesaiannya dalam pembelajaran
dapat menghasilkan pemahaman lebih baik terhadap topik dan proses pembelajaran. Oleh itu,
pendekatan ini dapat memberikan sikap positif terhadap sesuatu konsep pelajaran.

Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum (1999) usaha membentuk kurikulum juga memerlukan
pertimbangan trend atau aliran semasa yang memberi penekanan kepada perkara-perkara berikut
seperti menyediakan individu yang berkeupayaan akademik dan berkemahiran, menyediakan
sumber tenaga manusia ke alam pekerjaan, membina imej kendiri, memiliki kemahiran
memperoleh maklumat, menguasai kemahiran pemikiran peringkat tinggi, mempunyai sikap
prihatin terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar,kurangkan memberi penekanan
terhadap pengetahuan berbentuk fakta membentuk kurikulum berpusatkan pelajar.

Sebagai usaha untuk menjadikan pembelajaran menyeronokksn, kurikulum yang dibentuk


perlulah memasukkan teori-teori pengajaran dan pembelajaran serta strategi pengajaran dan
pembelajaran terkini. Dalam usaha memastikan guru-guru memahami dan menggunakan teori
serta strategi pengajaran yang dicadangkan ini, Pusat Perkembangan Kurikulum telah
menghasilkan modul-modul bagi membantu guru dalam pengajaran mereka. Modul-modul ini
merupakan bahan sokongan yang dapat membantu guru dalam pengajaran serta menyokong
bahan kurikulum seperti sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran. Sebagai contoh, bagi
matapelajaran matematik, telah disediakan buku teks. Kandungan di dalam buku teks pula
mengandungi beberapa bab seperti bab pecahan, tambah, tolak dan sebangainya. Ia bertujuan
untuk memudahkan guru untuk mengajar matapelajaran mengikut sukatan dalam buku teks
tersebut.

Bagi membuat persediaan bagi melahirkan pelajar berfikiran kritis, kreatif dan inovatif,
transformasi kurikulum pendidikan Malaysia iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

6
dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) telah dilaksanakan. Menerusi suntikan
baharu yang sejajar dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 itu,
pelajar akan diterapkan dengan kemahiran berfikir aras tinggi dan ia akan difokuskan dalam
semua mata pelajaran yang dipelajari. Dengan transformasi ini juga adalah menjadi harapan dan
hasrat Kementerian Pendidikan untuk melahirkan pelajar dari sistem pendidikan negara ini yang
mempunyai daya fikir kritis, kreatif dan inovatif.

Pembabitan pelajar dalam aktiviti sukan dan kurikulum turut diberi penekanan untuk melahirkan
pelajar yang berdaya saing. Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah menggariskan keseimbangan
perkembangan murid dari segi intelek rohani, emosi dan jasmani semasa berada di peringkat
alam persekolahan. Melalui Falsafah Pendidikan Kebangsaan, kurikulum sekolah digubal bagi
memenuhi keperluan mental, fizikal dan sosial murid dengan penekanan kepada aspek
pengajaran dan pembelajaran formal yang melibatkan sukatan dan kandungan mata pelajaran
aktiviti kokurikulum. Sebagai contoh penglibatan murid dalam persatuan-persatuan dan kelab,
sukan dan permainan dan badan-badan beruniform. Segala aktiviti yang disediakan dalam sistem
pendidikan bertujuan menggalakkan perkembangan jasmani, emosi, rohani dan intelek murid
selain dari menggalakkan pembentukan daya kepimpinan dan sahsiah kepimpinan yang boleh
membina keperibadian murid.

Dalam membina satu perkaitan antara kurikulum dan kokurikulum yang seimbang, guru
merupakan agen yang memainkan peranan penting dalam merealisasikannya. Langkah-langkah
yang boleh di ambil oleh guru dalam bidang kurikulum dan kokurikulum bagi memantapkan
sistem pendidikan negara ialah untuk melaksanakan sesuatu kurikulum dengan berjaya, guru
hendaklah terlebih dahulu memahami dan menghayati falsafah dan matlamat kurikulum, struktur
dan organisasi kurikulum serta sukatan pelajarannya. Di samping itu, guru harus mempunyai
pengetahuan tentang mata pelajaran pengkhususannya serta mempunyai kemahiran mengajar
termasuk menghubungkan pengetahuan, kemahiran dan nilai di antara satu sama lain,
mengendalikan pengajaran bagi pelajar-pelajar pelbagai kebolehan dan mempunyai ciri-ciri
keguruan yang positif dan kreatif untuk melaksanakan dan menjayakan kurikulum yang
terbentuk. Apabila perkara ini sudah berjaya dilaksanakan, barulah nilai-nilai murni dalam
kegiatan kokurikulum dapat diserap oleh pelajar.

7
Faktor lain supaya masyarakat boleh menerima kurikulum pada masa hadapan ialah mengambil
kira elemen perpaduan dan keharmonian kaum kerana itu asas dan landasan kepada sistem
pendidikan kebangsaan. Kegiatan kokurikulum juga dapat memupuk semangat perpaduan dan
perasaan kekitaan di kalangan pelajar-pelajar daripada pelbagai keturunan dan kaum. Melalui
kegiatan kokurikulum di sekolah, semangat perpaduan dapat dipupuk dan diperkembangkan ke
dalam masyarakat. Aktiviti-aktiviti di dalam kegiatan kokurikulum boleh melatih pelajar supaya
bertanggungjawab, berdikari dan berdisiplin. Sifat-sifat tersebut perlu diterapakan kepada pelajar
supaya generasi ini dapat diteruskan dalam masyarakat akan datang. Guru juga boleh
menghubungkan perpaduan kaum melalui kegiatan kurikulum dan kokurikulum. Sebagai contoh,
ketika mengadakan aktiviti kokurikulum guru boleh memastikan pelajar pelbagai kaum supaya
dapat menyertainya. Dalam permainan bola keranjang yang biasa disertai oleh pelajar-pelajar
kaum Cina, guru perlu menggalakkan pelajar-pelajar Melayu dan India untuk mengambil
bahagian.

Akhir sekali sebagai langkah penyediaan bagi menghasilkan kurikulum yang mencerminkan
kehendak dan keperluan sesebuah masyarakat serta akan sentiasa berubah mengikut arus
perubahan zaman, beberapa proses boleh diguna pakai oleh Kementerian Pelajaran Malaysia
melalui proses pengembangan kurikulum. Proses ini bercorak kitaran (cyclic model) yang terdiri
daripada enam proses. Proses ini boleh dirujuk di muka surat 10.

Proses pertama ialah Analisis Keperluan iaitu mengenalpasti keperluan mengadakan reformasi
dan perubahan ke atas kurikulum hasil daripada kajian-kajian penilaian, trend semasa dan
pelaksanaan. Dalam peringkat ini, pihak Kementerian Pelajaran akan megkaji dna membuat
analisis berdasarkan input yang diterima daripada bahagian-bahagian lain di Kementerian
Pelajaran serta institusi pendidikan. Input juga diperoleh daripada pendapat orang ramai serta
trend dunia serta dapatan kajian yang dilaksanakan di seluruh dunia. Daripada input inilah
analisis keperluan dijalankan bagi menentukan kesesuaian dan sama ada kurikulum baru
diadakan samaada dalam bentuk penyesuaian, semakan semula atau pun kurikulum secara
menyeluruh. Hasil analisis keperluan akan menjadi panduan dalam rancangan pengembangan
dan pembangunan kurikulum yang baru. Mesyuarat dan perjumpaan serta bengkel diadakan
untuk merancang serta mengubal kurikulum bagi memastikan iannya sesuai digunakan di
sekolah. Draf kurikulumakan diuji dibeberapa buah sekolah bagi melihat kesesuaiannya.

8
Penyebaran terhadap kurikulum yang digubal akan dilaksanakan di sekolah-sekolah terpilih bagi
melihat keberkesanan dan kesesuaian kurikulum tersebut. Proses kedua adalah perangcangan.
Iaitu menentukan rangka kurikulum termasuk kandungan strategi pengajaran dan pembelajaran,
latihan guru, corak dan jadual pelaksanaan. Proses ketiga adalah pembangunan dan
pengembangan. Iaitu mengubal dan membina kurikulum iaitu sukatan pelajaran, huraian
kandungan penyediaan bahan pengajaran dan pembelajaran seperti buku teks, buku panduan
guru, modul, buku sumber dan bentuk pentaksiran atau penilaian. Proses keempat pula adalah
kajian rintis atau pelaksanaan terhad. Iaitu mengadakan kajian rintis atau pun melaksanakan
kurikulum di sekolah terpilih bagi memastikan keberkesanan kurikulum serta bahan-bahan
pengajaran dan pembelajaran yang dibangunkan. Guru-guru dari sekolah terpilih diberi latihan
intensif dan dikawalselia secara rapi. Hasil kajian rintis atau pelaksanaan terhad ini digunakan
untuk memperbaiki kurikulum dan bahan-bahan kurikulum. Proses kelima adalah penyebaran
dan pelaksanaan. Di peringkat ini pelbagai sesi kursus dijalankan sebagai usaha untuk
menyebarkan kurikulum tersebut. Kursus dijalankan di peringkat pusat dan seterusnya ke
peringkat daerah, negeri dan secara dalaman di sekolah. Guru-guru yang berpengalaman yang
dikenali sebagai jurulatih utama dipilih oleh Jabatan Pelajaran Negeri untuk mengikuti kursus
yang dijalankan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum secara berpusat. Jurulatih ini pula akan
menjalankan kursus pula di negeri mereka kepada guru-guru lain yang dianjurkan oleh Jabatan
Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah. Akhir sekali adalah proses penyeliaan dan
penilaian. Di mana proses ini akan memastikan kurikulum dilaksanakan secara berkesan dan
mengikut tata cara sebenarnya. Bimbingan dan khidmat nasihat serta panduan diberi semasa
menjalankan pemantauan dan penyeliaan di bilik darjah

Kesimpulan daripada keseluruhan perbincangan berdasarkan ulasan beberapa journal di atas


yang boleh dibuat ialah di era globalisasi ini, pemantapan sistem pendidikan negara menjadi
tonggak utama memajukan negara. Dalam usaha memantapkan sistem pendidikan, kurikulum
hendaklah sentiasa diperbaiki agar pengetahuan serta kemahiran para pelajar di semua peringkat
seiring dengan keperluan zaman. Berpaksikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang
disesuaikan perkembangan pendidikan di peringkat rendah hingga pengajian tinggi, generasi
masa kini dan akan datang perlu dipandu sebagai persiapan diri menempuh era dunia teknologi
yang semakin berkembang pesat. Generasi milenia merupakan aset negara yang amat berharga
dalam menentukan corak masyarakat dan negara. Mereka sewajarnya dibekalkan kurikulum

9
yang relevan dan terkehadapan agar pengetahuan serta kemahiran diperoleh mampu mengatasi
pelbagai cabaran.

Proses Perkembangan Kurikulum

Analisis Keperluan

Penilaian Perancangan

Pelaksanaan & Pembangunan &


Penyebaran Pengembangan

Kajian
Rintis/Pelaksanaan
Terhad

Model Kitaran Perancangan Kurikulum


(Cyclic Model)

10
TASK B : THE INFORMATION OF THE COURSE THAT YOU ARE GOING TO DEVELOP

Reka bentuk dan teknologi

Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) merupakan matapelajaran elektif yang memberi penekanan
kepada mereka bentuk dalam penghasilan produk berasaskan teknologi. RBT sebenarnya mata
pelajaran baharu yang diperkenalkan bagi menggantikan Kemahiran Hidup Bersepadu. Ia juga
memberi tumpuan untuk menyediakan murid dengan pengetahuan dan kemahiran asas yang
membolehkan mereka menyambung pelajaran dalam bidang teknikal dan vokasional di peringkat
menengah. Pendedahan awal tentang kemahiran asas dalam bidang Teknikal, Teknologi
Pertanian, Sains Rumah Tangga dan elemen merentas kurikulum seperti Teknologi Maklumat
dan Komunikasi (TMK), Kreativiti dan Inovasi serta Asas Keusahawanan ditekankan dalam
matapelajaran ini.

Bidang reka bentuk dan teknologi merupakan perkara yang perlu diberi penekanan dalam sistem
pendidikan negara yang membolehkan murid mengaplikasikan pengetahuan kemahiran dan nilai
melalui aktiviti reka bentuk dan menghasilkan produk yang berfungsi. Dalam abad ke-21, murid
bukan hanya bertindak sebagai pengguna teknologi yang berpengetahuan malah menyediakan
mereka ke arah pencipta teknologi dan pencetus idea baharu. RBT memberi ruang kepada murid
bukan hanya mendapatkan pengetahuan tetapi menguasai asas kemahiran praktis, kemahiran
mereka bentuk, amalan asas keusahawanan selain kemampuan untuk mengaplikasikan asas
teknologi.

Reka Bentuk dan Teknologi amat penting dalam kehidupan seharian kita. Tujuan utama reka
bentuk adalah untuk dijadikan asas dalam penghasilan produk sebenar yang bermanfaat untuk
kehidupan manusia. Reka bentuk yang baik akan menjadikan kehidupan kita lebih mudah dan
selesa. Antara kepentingannya ialah memupuk semangat nilai invensi, inovasi dan kreatif,

11
menyumbang kepada perkembangan teknologi moden dan juga menyumbang kepada
pembangunan sosial, sains dan perniagaan.

Di Malaysia, tenaga kerja dalam bidang teknologi digital agak kritikal. Selain Malaysia, negara-
negara jiran seperti Singapura, Filipina dan Vietnam mencatatkan permintaan yang tinggi dalam
bidang ini. Reka Bentuk dan Teknologi telah diperkasakan untuk memenuhi pelbagai keperluan
pekerjaan pada masa hadapan dalam pelbagai bidang kemahiran dan keusahawanan. Oleh itu,
RBT ini sangat penting bagi memenuhi kehendak individual dan masyarakat kerana ia dapat
membuka laluan kerjaya dan pekerjaan kepada mereka.

Kurikulum Standard RBT ini mementingkan pemupukan nilai murni, kerja buat-sendiri (DIY),
peka terhadap masalah sekeliling serta sikap yang positif semasa menjalankan aktiviti bagi
melahirkan murid yang celik teknologi, kreatif dan mempunyai ciri-ciri keusahawanan. Reka
Bentuk dan Teknologi sangat diperlukan oleh pelajar kerana ia memberi peluang kepada pelajar
menggabungjalinkan kemahiran mereka bentuk dan teknologi dengan berfikir secara kreatif
untuk menghasilkan produk bagi memenuhi keperluan manusia. Pelajar membangunkan
rangkaian kemahiran yang seiring dengan industri moden.

Masa bagi pengajaran dan pembelajaran RBT bagi sekolah rendah ialah dua waktu seminggu (2
x 30 minit) yang dijalankan secara giliran dengan mata pelajaran Teknologi Maklumat dan
Komunikasi. Peruntukan masa yang dinyatakan merupakan cadangan untuk membantu guru
dalam penyediaan perancangan pengajaran dan pembelajaran. Manakala masa bagi pengajaran
dan pembelajaran RBT bagi sekolah menengah ialah 2 jam seminggu (4 waktu x 30 minit) dan
dilaksanakan secara waktu berkembar. Mata pelajaran ini diajar minimum 64 jam setahun.
Peruntukan jam ini termasuk juga masa untuk menjalankan kerja-kerja tugasan.

Murid yang mengikuti pengajaran dan pembelajaran Kurikulum Standard RBT ini berkebolehan
yang pertama, mengamalkan peraturan keselamatan bengkel dan amalan kerja yang selamat.
Kedua, dapat menguasai proses mereka bentuk untuk menghasilkan produk. Ketiga, mengetahui
teknologi dalam bidang teknikal, teknologi pertanian dan sains rumahtangga. Keempat,
berkemahiran memilih bahan, alatan, mesin dan perisian serta menggunakannya dengan teknik

12
yang betuldan beretika. Kelima, melakukan kerja buat sendiri dan penyelenggaraan mudah bagi
peralatan dan perkakasan. Keenam, dapat menjana pemikiran kritis, kreatif, inovatif dan berdaya
usaha dalam mereka bentuk dan meghasilkan produk berkualiti. Ketujuh, murid dapat
menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dan megaplikasikan asas keusahawanan.
Dan kelapan, murid berkemahiran menjanakan idea untuk menyelesaikan masalah.

Pelajar akan ditawarkan dengan pilihan bagi dua subjek baharu iaitu sama ada Reka Bentuk dan
Teknologi (RBT) atau Asas Sains Komputer (ASK). Kedua-dua mata pelajaran ini ditawarkan
secara pilihan. Ini bermakna pelajar perlu memilih salah satu mata pelajaran sahaja mengikut
keupayaan serta minat masing-masing. Pihak sekolah akan menentukan jumlah dan saiz kelas
berdasarkan beberapa faktor seperti polisi dalaman sekolah, tenaga pengajar serta fasiliti yang
dimiliki untuk menjalankan mata pelajaran ini.

Kurikulum Standard RBT, diorganisasikan kepada enam tajuk iaitu Organisasi dan Keselamatan
Bengkel, Asas Teknologi, Reka Bentuk, Penghasilan Projek, Teknologi Pertanian dan Sains
Rumah Tangga. Keenam-enam tajuk ini merangkumi tiga domain pembelajaran iaitu kognitif,
psikomotor dan afektif. Tajuk tersebut disusun mengikut aras kognitif murid iaitu daripada yang
mudah kepada yang sukar. Bagi domain psikomotor, murid melaksanakan aktiviti amali seperti
kerja-buat-sendiri, penyelenggaraan, penghasilan projek dengan mengikut prosedur kerja yang
betul dan beretika. Manakala bagi domain afektif, murid didedahkan kepada aspek nilai-nilai
murni semasa melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Proses penerangan setiap
tajuk adalah seperti berikut:

a. Organisasi dan Keselamatan Bengkel

Tajuk ini memberi pendedahan kepada murid terhadap suasana bengkel RBT di sekolah rendah.
Murid dapat mengenal pasti struktur organisasi bengkel, peraturan dan keselamatan bengkel
semasa mereka berada di dalam bengkel.

b. Asas Teknologi

Dalam tajuk ini murid diberi kemahiran memasang dan membuka kit model berfungsi secara
elektromekanikal serta mereka dan membina model berfungsi. Standard kandungan ini

13
membolehkan murid membaca dan memahami manual, mengenal pasti fungsi komponen,
kemahiran memasang menggunakan alatan tangan dengan cara yang betul, mereka dan membina
model berfungsi. Aspek penyimpanan komponen dan keselamatan juga ditekankan dalam tajuk
ini.

c. Reka Bentuk

Reka bentuk eksperimental merangkumi aspek pengetahuan dan kemahiran yang akan menguji
murid dari pelbagai aspek seperti menyatakan masalah berdasarkan situasi, pengumpulan
maklumat, menjana idea kreatif, membuat lakaran projek, mengenal pasti jenis alatan proses
pembinaan, pengujian dan penambahbaikan dan membuat persembahan dan pendokumentasian.

d. Penghasilan Projek

Bagi standard kandungan ini, murid dapat menghasilkan projek menggunakan bahan bukan
logam dengan litar elektrik, bahan logam dan bukan logam dengan litar elektronik dan bahan
logam dan bukan logam dengan sistem elektromekanikal. Murid dapat mempelajari kemahiran
seperti mengukur, menanda dan memotong menggunakan alatan dan membuat kemasan projek.
Di samping itu juga, murid diberi pendedahan untuk membuat anggaran dan pengiraan kos bahan
setiap projek.

e. Teknologi Pertanian

Standard Kandungan Teknologi Pertanian menyentuh kaedah menanam biji benih halus atau
kasar yang meliputi aktiviti penyediaan biji benih, bahan, alatan dan penjagaannya. Murid juga
didedahkan kepada teknik mengubah anak benih ke dalam bekas serta penanaman dengan
menggunakan kaedah Hidroponik Takung yang meliputi persediaan alatan, kerja mencampurkan
nutrien, penanaman dan penjagaan tanaman yang sistematik.

f. Sains Rumah Tangga

Dua tajuk utama yang ditekankan dalam Standard Kandungan Sains Rumah Tangga ialah
penghasilan artikel dan penyediaan sajian. Topik penghasilan artikel merangkumi proses
mengenalpasti alatan dan bahan jahitan, menyusun atur pola, menggunting, menjahit dan

14
menghias artikel. Manakala melalui penyediaan sajian, murid didedahkan kepada pengetahuan
serta kemahiran dalam mengenal pasti alatan dan bahan sajian, langkah-langkah menyedia,
memasak, menghidang dan membungkus sajian.

Kaedah pengajaran terdiri daripada beberapa langkah atau kegiatan yang mempunyai urutan
yang tertentu. Keberkesanan mata pelajaran RBT banyak bergantung kepada sikap guru yang
positif, komited dan kreatif dalam memilih kaedah pengajaran yang menarik serta sesuai bagi
memupuk minat murid. Berikut adalah beberapa kaedah pengajaran yang sesuai untuk mata
pelajaran RBT:

a. Kaedah Penerangan dan Demonstrasi

Kaedah ini merupakan kaedah yang perlu dilakukan oleh guru mata pelajaran RBT untuk
menjelaskan konsep dan proses sesuatu amalan.

b. Perbincangan

Aktiviti di mana murid menyoal dan mengemukakan pendapat berlandaskan alasan yang sahih.
Perbincangan perlu dijalankan sebelum dan selepas aktiviti. Guru bertindak sebagai fasilitator
dan mengetuai perbincangan dengan bertanyakan soalan yang merangsang murid untuk
mempamerkan kebolehan diri.

c. Kaedah Inkuiri Penemuan

Kaedah ini merangkumi proses soal selidik untuk mendapatkan jawapan atau kesimpulan.
Aktiviti ini memerlukan murid mengenal pasti soalan beraras tinggi, membuat hipotesis,
merancang aktiviti kajian dan membuat rumusan. Pembelajaran sedemikian dapat meningkatkan
daya pemikiran, daya kreativiti dan pemahaman murid.

d. Kaedah Projek Individu atau Kumpulan

Kaedah ini sesuai untuk mencapai sesuatu tujuan. Kerja projek menggalakkan perkembangan
kemahiran penyelesaian masalah, kemahiran pengurusan masa dan pembelajaran kendiri.

15
e. Simulasi

Aktiviti yang dijalankan menyerupai situasi yang sebenar. Contoh simulasi yang utama ialah
main peranan, permainan dan penggunaan model. Murid dapat membayangkan situasi tersebut
dan seterusnya memahami konsep dan prinsip yang dipelajari.

f. Lawatan dan Penggunaan Sumber Luar

Pembelajaran RBT tidak hanya terhad di sekolah. Pembelajaran RBT boleh melalui lawatan ke
tempat lain yang berkaitan. Lawatan boleh menjadikan pembelajaran lebih berkesan,
menyeronokkan dan bermakna. Setiap lawatan perlu perancangan yang rapi bagi memastikan
murid mengetahui peranan dan aktiviti yang hendak dibuat semasa dan selepas lawatan.

Penilaian merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran dan
pembelajaran akan lebih berkesan sekiranya penilaian dijalankan secara berterusan. Maklumat
daripada penilaian yang berterusan ini dapat membantu guru mengenal pasti kekuatan dan
kelemahan murid. Justeru, guru boleh merancang dan mengambil tindakan susulan ke arah
mempertingkatkan perkembangan individu dan pembentukan sahsiah murid. Penilaian bagi mata
pelajaran ini boleh dijalankan melalui pemerhatian, amali, lisan dan penulisan. Keempat-empat
cara penilaian ini boleh digunakan untuk menilai projek atau aktiviti yang dijalankan oleh murid
sama ada melalui proses kerja atau hasil kerja murid. Penilaian yang dijalankan hendaklah
mencakupi semua standard pembelajaran yang telah ditetapkan. Penilaian yang dijalankan tidak
seharusnya menekankan konsep lulus atau gagal. Sebaliknya, penilaian hendaklah menekankan
sama ada seseorang murid telah menguasai aspek yang dinilai atau belum. Guru boleh menilai
tahap penguasaan dan pencapaian murid dari segi kemahiran, perlakuan, amalan, pengetahuan,
serta nilai dan sikap murid melalui pemerhatian aktiviti dan projek yang dijalankan oleh mereka.
Penilaian yang dijalankan oleh guru perlu dicatatkan. Guru boleh mencatat dengan cara
mencatatkan kenyataan, menanda pada kenyataan dan memberi gred.

16
APENDIKS

RUJUKAN

Harian, B. (2021, Januari 24). rencana komentar guru perlu kreatif taksir murid dalam norma
baharu. Retrieved from https://www.bharian.com.my

Malaysia, K. P. (2013). Laporan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

Malaysia, K. P. (2020). kokurikulum.

Metro, H. (2016, Februari 6). pelajar abad ke 21. Retrieved from https://www.hmetro.com.my

Piaw, Y. J. (2017). Kompetensi Guru Dalam Membentuk Sahsiah Pelajar Sekolah. Journal
pendidikan kepimpinan.

Tahir, M. N. (2017). Kepentingan Penggunaan media Sosial Teknologi Maklumat Dalam


Pendidikan IPTA. Journal of Social Sciences and Humanities, 023.

https://dokumen.tips/documents/kitaran-pembangunan-kurikulum.html

Malaysia, J. N. (2019). Buku Panduan RBT. Putrajaya: Jemaah Nazir KPM.


Malaysia, K. P. (2015). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran. Reka Bentuk dan
Teknologi Tahun 6.

Harian, B. (2021, Julai 27). Bagaimana mata pelajaran RBT Diajar Menerusi pdpr. Retrieved
from berita pendidikan: https://www.bharian.com.my

17

Anda mungkin juga menyukai