Anda di halaman 1dari 3

KEMAHIRAN PEMIKIRAN SEJARAH

1) MEMAHAMI KRONOLOGI

bermakna melihat masa lalu, kini dan akan datang secara urutan sesuatu peristiwa sejarah itu
berlaku. Di samping itu murid murid dididik dengan kemahiran memahami konsep masa
mengikut kemajuan sesuatu tamadun disamping memahami konversi masa iaitu melabelkan
sesuatu peristiwa mengikut zaman seperti seperti Zaman Darurat, Zaman Meleset dan
Zaman Penjajahan tanpa menyatakan tahunnya.
Kronologi dalam sejarah ialah susunan peristiwa atau kejadian masa berlakunya peristiwa
berkenaan. Mengandungi dua elemen iaitu Garis Masa dan Konversi Masa.

Tujuan:
Mengaplikasi istilah-istilah kronologi masa dalam kehidupan seharian.
Memahami dan menyusun peristiwa mengikut masa/tarikh mengikut tertib.
Menghubungkaitkan peristiwa masa lalu dan masa kini berdasarkan informasi sumber.

Elemen-elemen:
Garis masa ialah rentetan peristiwa yang berlaku mengikut tertib masa.
Konversi masa melabelkan sesuatu peristiwa mengikut zaman.
Penguasaan kronologi membolehkan pelajar meletakkan peristiwa,manusia, dan perubahan
yang tertentu yang berlaku dalam kerangka masa yang tepat dan teratur.
Memolehkan pelajar melihat zaman silam san menganalisis bagaimana manusia
menggunakan masa, perubahan dan perkembangan yang berlaku secara empati.

2) MENEROKA BUKTI
Melibatkan kemahiran mengenalpasti sumber pertama dan kedua dan membuat
perbandingan antara kedua-dua sumber tersebut. Perkara ini dpt merangsang pemikiran
sejarah seseorang murid, di samping memahami masalah sejarah & sifatnya yg interpretatif.

Tujuan:
Mengenal pasti sumber-sumber sejarah.
Merangsang pemikiran sejarah
Memahami masalah sejarah
Membuat perbandingan antara sumber-sumber sejarah.
Membuat pernyataan yang menjelaskan atau mengukuhkan sebab atau selepas menganalisis
maklumat dan membuat kajian.

3) MEMBUAT INTERPRETASI

Bermaksud membuat tafsiran terhadap sesuatu peristiwa sejarah dengan memberi ulasan dan
kupasan. Murid-murid disedarkan tentang perbezaan tafsiran dan perspektif yang wujud di kalangan
sejarawan. Mereka dapat membezakan fakta sejarah dengan tafsiran sejarah dengan menyedari
bahawa kedua-dua ini adalah berkaitan antara satu sama lain.

Tujuan:
Pelajar dapat membezakan fakta sejarah dengan tafsiran sejarah.
Pelajar sedar bahawa fakta sejarah dan tafsiran sejarah berkait antara satu dengan lain.
Elemen-Elemen:
Membanding dan membezakan – berdasarkan kriteria seperti ciri, sifat, kualiti dan unsur
sesuatu peristiwa.
Mengumpul dan mengkelaskan.
Membuat urutan – seperti masa, bentuk dan bilangan.
Menilai – pertimbangan bukti dari segi baik dan buruk bukti atau dalil yang sah.
Membuat kesimpulan – pernyataan tentang sesuatu kajian berdasarkan hipotesis

4) MEMBUAT IMAGINASI

Merupakan suatu usaha melibatkan murid-murid sesuatu situasi dalam peristiwa sejarah
yang dikaji. Kemahiran imaginasi ini ialah imaginasi secara visual dan empati.

Tujuan:
Memahami dan menggambarkan motif, matlamat, harapan dan kegelisahan yang wujud
dalam masyarakat lalu.
Bersifat terbuka, toleransi dan matang.
Menyumbang kepada perkembangan moral dan berusaha meletakkan diri di tempat orang
lain.
Menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
Elemen: imiginasi visual dan empati.

5) MEMBUAT RASIONALISASI

Melibatkan penggunaan akal fikiran dan membuat pertimbangan yang wajar dalam
menyelesaikan sesuatu persoalan yang timbul daripada peristiwa sejarah. Usaha ini,
memerlukan kemahiran murid-murid untuk mengumpul data, membuat hipotesis,
menentukan signifikan bukti dan membuat inferens daripada data yang dikumpul.

Tujuan:
Dapat merangsang serta menjana pemikiran pelajar agar mereka mampu mentafsir sesuatu
peristiwa sejarah.
Dpt membuat rasionalisasi melalui pengkajian sumber sejarah dgn lebih kritis & kreatif.

Elemen-Elemen:
MENGUMPUL DATA

MEMBUAT HIPOTESIS

MENENTUKAN SIGNIFIKAN BUKTI

MEMBUAT INFEREN
PENJELASAN SEJARAH

Melalui pendekatan bersepadu, penekanan juga perlu diberi ke atas penggunaan Bahasa Melayu
sebgi alat utk membicarakan ilmu pengetahuan secara ilmiah dan mengutarakan pendapat
dengan menggunakan bahasa yg gramatis, tepat dan berkesan dlm btk tulisan atau lisan.
Sehubungan dengan itu, murid akan belajar mengorganisasikan analisis sumber sejarah dgn
menggunakan kemahiran pemikiran sejarah dgn sempurna. Mereka merekod hasil analisis
mereka dan seterusnya menulis atau menjelaskan dengan tepat dan bertanggungjawab.

PEMAHAMAN SEJARAH

Pemahaman sejarah bermaksud pemahaman secara kritis dan imaginatif tentang segala
aspek kehidupan manusia zaman silam. Perkara ini membolehkanpelajar melihat zaman
silam secara empati.
Pemahaman sejarah boleh mendidik murid menganalisis bagaimana manusia mengalami
perubahan dan kesinambungan dalam kehidupan.

EMPATI

Empati dalam sejarah ditakrifkan sebagai suatu pencapaian pemikiran yang memahami
sesuatu peristiwa masa lalu daripada pelbagai perspektif.
Murid yang dapat melihat sejarah secara empati sebenarnya membina corak pemikiran yang
lebih terbuka, toleransi dan matang.
Pendidikan Sejarah adalah ‘alat’ yang dapat menghasilkan warganegara yang lebih
bertanggungjawab.

Anda mungkin juga menyukai