Anda di halaman 1dari 11

LMCR2382

FALSAFAH SAINS

SEM 2 SESI 2016/2017

PERANAN LOGIK DAN MANTIK DALAM PERKEMBANGAN SAINS

PENSYARAH

PROF MADYA DR. MOHD. ARIP BIN KASMO

DISEDIAKAN OLEH

NURUL HANIM BINTI MOHD MAZLAN

A154767
PENDAHULUAN

Falsafah merupakan induk atau asas kepada segala ilmu. Para ahli falsafah membahagikan
falsafah kepada beberapa cabang ilmu utama iaitu dari segi epistemologi yang bermaksud
sains atau kajian tentang ilmu. Ia merangkumi perbincangan mengenai sifat ilmu dan
bagaimana menjustifikasikan ilmu yang diperoleh. Juga dalam bidang fizik yang merangkumi
ilmu ontologi yang menumpukan perbincangan kepada sifat sesuatu benda yang membentuk
alam, kosmologi yang berkaitan dengan bidang astronomi, teologi menfokuskan kajiannya
mengenai ketuhanan atau perkara ghaib, metafizik pula melangkaui alam fizik dan
antropologi. Selain itu, logik, etika, dan estetika tentang pelbagai disiplin ilmu juga adalah
cabang falsafah yang ditonjolkan oleh para ahli falsafah.

Dalam mencari hubungan antara falsafah dengan ilmu sains, terlebih dahulu dapat
disimpulkan bahawa ilmu sains merupakan salah satu cabang atau bidang yang muncul
berlandaskan kepada falsafah. Hal ini kerana, falsafah adalah bersifat menyeluruh dalam
sesuatu kajian yang memaksa ahli falsafah melihat setiap dunia secara umum dengan melihat
setiap benda dalam suatu perspektif. Manakala, sains menumpukan kepada persoalan khusus
seperti fizik, kimia, botani dan sebagainya.

Teori-teori dalam cabang ilmu falsafah iaitu epistemologi seperti fenomena, fiksyen,
skeptisme dan realisme membantu menyelesaikan persoalan sains. Juga menelusuri sejarah
kemunculan dan perkembangan ilmu mantik atau logik sehingga ia membentuk satu disiplin
ilmu yang dapat digunakan sehingga hari ini dalam bidang sains. Selanjutnya, kajian ini akan
menerangkan dan menjelaskan peranan logik dan mantik dalam perkembangan ilmu sains
yang dapat memberi kesan dalam kemajuan teknologi kini.
1.0 DEFINISI

1.1 Falsafah

Pengertian falsafah dapat dilihat dalam dua bentuk iaitu dalam bentuk pengertiannya dari
sudut Bahasa dan istilah. Perkataan ‘falsafah’ berasal daripada gabungan dua perkataan
Greek, iaitu philein yang bermaksud ‘menyintai’ dan Sophos yang bermaksud ‘hikmah’.
Oleh itu, falsafah bermaksud ‘kecintaan terhadap hikmah’ dan ahli falsafah bermaksud
‘orang yang menyintai hikmah.’

Dari sudut istilahnya pula, mengikut pendapat Russell, seorang ahli falsafah moden
British, falsafah adalah sebagai sesuatu fahaman atau pengertian di antara teologi (agama)
dan sains. Hal ini kerana, seperti teologi, falsafah mengandungi spekulasi terhadap
perkara yang belum tepat dibuktikan. Manakala, melalui pendekatan sains, falsafah pula
berusaha menggunakan taakulan dan logik untuk membuktikan fahamannya.

E.D Miller dalam bukunya, Question That Matter, mendefinisikan falsafah sebagai usaha
untuk berfikir secara rasional dan kritik terhadap perkara-perkara yang penting. Ahli
falsafah terkenal Yunani iaitu Plato telah mendefinisikan falsafah sebagai suatu ilmu
pengetahuan yang berusaha meraih kebenaran asli dan murni malahan, beliau juga
mengatakan bahawa falsafah adalah penyelidikan tentang sebab-sebab dan asas-asas
yang paling akhir daripada segala sesuatu yang ada.

1.2 Ilmu Mantik

Perkataan mantik berasal daripada Bahasa Yunani, iaitu Logos yang bermaksud kata atau
fikiran yang benar. Golongan yang memainkan peranan penting dalam penyebaran ilmu
ini ialah ahli falsafah Yunani. Mengikut Bahasa Arab ia berasal daripada perkataan
naqata ( ‫) نقط‬, yang bermaksud berkata atau bercakap. Ulama Arab juga mengaitkan
ucapan dan pemikiran itu sebagai tidak dapat dipisahkan dalam ilmu ini. Ucapan adalah
rangkaian yang lahir daripada pemikiran. Manusia sering digambarkan sebagai makhluk
yang berbicara atau haiwan yang berkata-kata. Manakala, mengikut pengertian kamus
Bahasa melayu dikenali sebagai nama logik: iaitu berfikir benar.

Menurut kamus dewan, edisi keempat, logik bermaksud sains yang berkaitan dengan
prinsip yang membolehkan pemikiran dan penaakulan dibuat secara teratur dan bersistem
ilmu tentang cara berfikir atau kaedah berfikir. Ibn Sina, mentakrifkan ilmu mantik
sebagai suatu ilmu yang mengawal pemikiran manusia daripada tersalah dan terpesong
sewaktu berfikir. Dengan erti kata lain, ilmu mantik sebagai suatu ilmu untuk mencari
dalil dan bukti serta menjadi peraturan-peraturan kepada manusia ketika berfikir. Bagi
sarjana islam, lmam al-Ghazali, beliau mentakrifkan ilmu mantik sebagai suatu ilmu yang
dapat membezakan di antara ilmu yang membawa ke arah kebenaran dan keyakinan
dengan ilmu yang membawa pemikiran ke arah kesamaran dan salah. Dalam erti kata
lain, imam al-Ghazali menyatakan ilmu mantik adalah sebagai neraca segala ilmu atau
mizan al-ilm.

Mantik dalam istilah yang digunakan di sini ialah, ilmu yang mempelajari cara untuk
berfikir. Ia adalah ilmu kerana ia perumpamaan atau peraturan kepada semua penjelasan
atau satu particular tunduk. Terdapat pelbagai ilmu pengetahuan, berbeza-beza bidang
yang dikaji. Bukan itu sahaja, terdapat juga ilmu falak yang mempelajari benda-benda di
langit.

1.2 Ilmu Sains

Frasa kata ‘sains’ juga dapat dilihat dari sudut pengertiannya dalam dua bentuk keadaan,
iaitu melalui sudut Bahasa dan istilah. Ilmu sains merupakan sebuah proses pengumpulan
ilmu atau maklumat dan penyusunannya. Perkataan ‘sains’ berasal daripada Bahasa Latin
iaitu ‘scientia’ yang bermaksud mendapatkan sesuatu ilmu atau maklumat. Dalam Bahasa
melayu, pada mulanya perkataan sains tidak begitu digunakan dan digantikan dengan
perkataan ‘ilmu’ sahaja. Kini, dalam Bahasa arab dan Indonesia telah menggunakan
perkataan ilmu dengan makna sains.

Takrif sains yang popular, pertamanya sains merupakan ilmu pengetahuan yang
bersistem yang berdasarkan kepada cerapan, kajian, eksperimen atau uji kaji dan
sebagainya. Keduanya, sains juga merupakan longgokan teknik, kemahiran, kebolehan
berasaskan kepada latihan, disiplin dan pengalaman malahan sains juga berupaya analisis
fenimena secara bersistem, matik dan objektif dengan kaedah yang khusus dipraktikkan
untuk mewujudkan tumpuan pengetahuan yang boleh dipercayai.

Ilmu sains terbahagi kepada dua bidang ilmu iaitu, ilmu sains tulen dan sains sosial.
Sains tulen (natural science) merupakan penggunaan kaedah saintifik untuk mengkaji
benda-benda nyata di bumi ini. Bidang ini merangkumi bidang astronomi, biologi,
perubatan, kimia, fizik, sains bumi (geologi) dan sains komputer.

Sains sosial pula adalah penggunaan kaedah saintifik untuk mengkaji bidang
kemanusiaan di dunia ini. Ia juga dikenali sebagai kajian sosial. Bidang ini merangkumi
bidang antropologi, ekonomi, ekologi, etimologi, komunikasi, linguistik, psikologi,
sosiologi dan pendidikan.

2.0 SEJARAH KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN ILMU MANTIK

Pada awalnya, mantik telah muncul secara tidak langsung sejak kurun ke-6 S.M. Sebagai
contoh, pada zaman Herakleitos yang dilahirkan di kota Ephesos pada 489 S.M dan
meninggal dunia pada 540 S.M, telah menggunakan akal pemikiran yang benar dan logik
akal atau logos untuk mengkaji kuasa yang menguasai hukum dunia dan segala yang
menyebabkan berlakunya perubahan terhadap sesuatu unsur.

Selain itu, pada kurun ke-6 S.M, muncul Pythagores yang dilahirkan pada tahun 580
SM, dan meninggal dunia pada 500 S.M telah mencipta Teorem Pythagores. Teori
tersebut digunakan untuk mencari keluasan atau panjang sesebuah segi tiga bersudut
tegak sekiranya panjang dua sisi lain diketahui. Antara lain, beliau juga mencipta Akas
Pythagores yang digunakan untuk menentukan sama ada suatu segi tiga itu bersudut tegak
atau tidak. Kedua-dua teori tersebut yang menggunakan kaedah Matematik berserta logik
akal dan mencari keputusan.

Teorem Pythagores kemudiannya diserapkan ke dalam kaedah qiyas. Iaitu kata-kata


yang tersusun daripada dua ayat yang menyebabkan lahir ayat ketiga yang dinamakan
natijah. Contohnya: Alam ini berubah-ubah, Semua yang berubah adalah baru,
Natijahnya: Alam ini baru.

Akas Pythagores pula telah diserapkan ke dalam kaedah al-‘Aks. Iaitu menukar cerita
bagi sesuatu susunan ayat dengan mengekalkan kebenarannya ataupun mengeluarkan
hukum atau keputusan melalui cara menukarkan keputusan yang sedia ada dengan
mengekalkan kebenaran hukumnya. Contohnya: Manusia pandai membaca, Akas: Yang
pandai membaca adalah manusia
Pada zaman Socrates pula, ilmu Mantik telah digunakan dalam ilmu perdebatan dan
berhujah. Selain itu, Socrates telah menggunakan akal pemikiran dan logik akal untuk
memikirkan alam dan cakerawala. Seterusnya, beliau membuat kesimpulan adanya
pencipta mutlak serta menyeru masyarakat mempercayai satu tuhan.

Selepas itu, kaedah berfikir dengan benar dan berdebat diteruskan oleh murid beliau,
Plato. Iaitu, penggunaan kaedah al-Jadal untuk mematikan hujah dan pendapat golongan
Sufustaiyyun yang menilai kebaikan dan keburukan berdasarkan penilaian pancaindera
dan akal sepenuhnya.

Antara lain, Plato juga bangkit untuk berdebat dengan golongan Sufustaiyyun yang
menggunakan bahasa yang mengelirukan untuk memesongkan fikiran masyarakat. Hal itu
kerana, perbahasan, perdebatan, dan mencari bukti merupakan salah satu daripada konsep
ilmu mantik. Biarpun secara tidak langsung ilmu mantik telah wujud sejak kurun ke-6
SM. Namun, mengikut pendapat-pendapat yang masyhur, kaedah dan ilmu mantik yang
masih bercampur aduk dalam berbagai ilmu itu akhirnya disusun dan diasingkan oleh
Aristotle menjadi satu ilmu yang tersendiri pada kurun ke-4 SM.

Semua metode yang wujud sebelum disusun oleh Aristotle menjadi bahagian-
bahagiannya yang tersendiri dalam mencari keputusan serta kesimpulan secara langsung
atau al-Istidlal al-Mubasyir . Contohnya: al-‘Aks dan untuk mencari kesimpulan tidak
langsung atau al-Istidlal Ghair al-Mubasyir. Contohnya: al-Qiyas.

Antara lain, Aristotle bertindak mengemaskini kaedah yang sedia ada dan
dikumpulkan dalam kitabnya Organon yang terdiri daripada beberapa bahagian tertentu,
antaranya ialah: al-Maqulat, al-‘Ibarat, al-Tahlilat al-‘Ula serta al-Tahlilat al-Thaniyah .

Ekoran daripada itu, ia membuktikan Aristotle bukan orang pertama yang mencipta
ilmu Mantik. Namun, beliau hanya bertindak sebagai penyusun dan menyatukannya di
samping menambah teori-teori baru, contohnya: kaedah al-Qiyas yang dibahagikan
kepada 3 bahagian utama:

1) Al-Qiyas al-Burhan atau bukti. Iaitu sesuatu ayat dan kenyataan yang disertakan
dengan bkti yang menyakinkan.

2) Al-Qiyas al-Khitab atau syarahan dan ucapan. Iaitu ungkapan dan pengucapan untuk
orang ramai dan manusia yang berbentuk meyakinkan atau tidak.
3) Al-Qiyas al-Jadal atau perdebatan. Iaitu, qiyas yang mengemukakan hujah dan
keterangan untuk mencari bukti dan logik akal dalam berhujah dan perdebatan.
Khasnya, untuk mematikan hujah puak Sufustaiyyun yang juga banyak menggunakan
gaya Bahasa yang mengelirukan masyarakat pada waktu itu.

Ekoran asas dan penyusunan yang dibuat oleh Aristotle itu, akhirnya ilmu Mantik
terus berkembang sebagai kaedah untuk mencari bukti, berhujah serta membuat
kesimpulan berdasarkan logik akal dan pemikiran yang benar. Penyusunan dan kitab
Organon Aristotle telah menjadi ikutan dan mempengaruhi masyarakat Barat dan Islam.
Kitab tersebut kemudiannya diterjemahkan ke dalam Bahasa Arab oleh Ishak bin Hunain
pada masa pemerintahan Abbasiyah, seperti kitab al-Maqulat dan kitab al-Jadal.

3.0 PERANAN LOGIK DAN MANTIK DALAM PERKEMBANGAN SAINS

Pada awalnya, sains merupakan sebahagian daripada cabang falsafah merupakan induk
bagi segala ilmu pengetahuan yang sedia ada. Falsafah dan sains telah mengalami
perubahan di mana subjek sains dan falsafah itu berkembang dan mempunyai cabang-
cabangnya tersendiri.

Oleh sebab itu, sebahagian dari subjek sains telah dipisahkan daripada falsafah dan
berdiri sebagai satu disiplin ilmu yang tersendiri sepertimana ilmu fizik, ilmu matematik,
ilmu kimia, dan ilmu mengenai biologi. Sains dan falsafah masing-masing berperanan
mencari ilmu pengetahuan, akan tetapi ilmu pengetahuan yang dapat diberi oleh sains
terhad kepada fenomena ilmu fizik sahaja, manakala ilmu falsafah menghuraikan tentang
hakikat di sebalik alam fizik yang dipanggil sebagai ilmu metafizik.

Sains bermula dari sifat keinginan manusia untuk mengetahui sesuatu benda terhadap
hakikat segala sesuatu. Pada mulanya, sifat manusia yang selalu ingin tahu itu
dideskripsikan melalui mitos, namun seiring bergeraknya waktu, kemampuan analisa,
abstraksi dan logik manusia mengalami perkembangan secara perlahan-lahan. Seorang
intelektual tidak dapat puas hati dengan mitos, yang menganggap air hujan adalah air
mata dewa atau gempa bumi adalah langkah kaki para dewa.

Menurut al-Farabi, ilmu Mantik sebagai ilmu yang membentuk landasan-landasan


yang bertujuan dan boleh membentuk pemikiran manusia, sekaligus ia memandu manusia
ke arah kebenaran dalam semua lapangan yang difikirkan oleh akal. Ilmu mantik dan
penggunaan logik akal sering digunakan dalam majlis perdebatan dan perbahasan,
khasnya untuk berdebat dengan ahli kitab dan Atheis. Malah, ia juga digunakan sebagai
alat untuk menguji lapangan pemikiran daripada kemungkinan berlaku kesilapan serta
mendidik kekuatan akal dan mengembangkannya dengan perbahasan dan menghasilkan
keputusan.

Ilmu ini membincangkan tentang cara-cara pendalilan (bukti) dan kias atau disebut
syllogism serta syarat-syarat mukadimah atau dipanggil premises. Bagi satu-satu bukti
(burhan), cara-cara atau teknik-teknik penyusunannya dan syarat-syarat takrif yang betul
serta teknik penyusunannya. Ia amat berkaitan dengan perkembangan sains yang di mana
sains memerlukan kaedah-kaedah yang tertentu untuk menghasilkan sesuatu keputusan.

Perkembangan sains banyak terpengaruh dari pemikiran-pemikiran para filsuf, seperti


Leibniz yang menemukan “kalkulus differention”, Whitehead dan Bertrand Russel
dengan teori matematiknya yang terkenal, Ibnu Sina seorang filsuf muslim yang telah
banyak memberikan sumbangan terhadap perkembangan ilmu kedoktoran, Ibnu Khaldun
pula telah berjasa dalam mempelopori pengembangan ilmu sejarah dan sosiologi,
mendahului Agus Comte yang dianggap sebagai ‘Bapa Sosiologi’ di Barat.

Bukan hanya perkembangan sains yang dipengaruhi oleh falsafah, namun,


perkembangan falsafah juga dipengaruhi oleh sains. Sains membantu falsafah dalam
mengembangkan sejumlah bahan-bahan deskriptif dan faktual serta essensial bagi
pemikiran falsafah. Sains menjelaskan falsafah dengan jalan menghilangkan sejumlah
idea-idea yang bertentangan dengan pengetahuan ilmiah.

Jika diperhatikan definisi logik di sini, iaitu ilmu yang memberikan prinsip-prinsip
yang harus diikuti agar dapat berfikir secara tepat menurut aturan yang berlaku, kita
dapati ia amat berkaitan dengan ilmu sains. Dalam hal ini, logik menyatakan,
menjelaskan dan mempergunakan prinsip-prinsip abstrak yang dapat digunakan dalam
semua lapangan ilmu pengetahuan terutama dari sudut sains.

Di samping itu, logik berperanan untuk menambah daya berfikir abstrak yang dapat
menimbulkan sikap intelektual dan mencegah manusia agar tidak tersesat dari segala
sesuatu yang kita perolehi berdasarkan keutamaan. Logik menghantar manusia untuk
berdaya abstraksi. Hal ini berkaitan dengan alam manusia fikiran manusia. Alam fikiran
manusia berkembang menurut dua keadaan, iaitu, perkembangan alam fikiran manusia
sejak zaman purbakala hingga saat ini dan perkembangan alam fikiran manusia sejak
dilahirkan sampai akhir hayatnya.

Bahkan, logik ini mengarahkan manusia berfikir secara konstruktif dan benar. Hal ini
dapat dilihat daripada proses pengambilan keputusan dari premis-premis yang ada atau
penarikan kesimpulan secara deduktif dengan menggunakan pola piker yang disebut
silogisme atau pola-pola lain.

Logik ini juga menghantarkan manusia untuk menyelesaikan masalah secara


konstruktif dan benar mengenai ilmu pengetahuan bermula dari rasa ingin tahu.
Kemudian, rasa ingin tahu itu dilaksanakan dengan melakukan pengamatan dan
percubaan serta penalaran. Percubaan bertujuan untuk menimbulkan gejala dalam
lingkungan yang terkendali. Data yang dikumpulkan selanjutnya akan dianalisa dengan
metode ilmiah tertentu bagi memperoleh kesimpulan yang logik serta dapat diterima oleh
akal yang sihat.
KESIMPULAN

Tidak dinafikan bahawa logik dan sains mempunyai hubungan yang begitu rapat. Hal ini
kerana, perkembangan sains dapat dilihat dari segi kaedah penggunaan logik dalam sesuatu
eksperimen yang dijalankan. Sains yang dikaitkan dengan sesuatu perkara memerlukan uji
kaji yang berterusan sehingga menghasilkan suatu rumus yang dapat digunakan untuk sesuatu
perkara.

Dalam buku ilmiah karangan Prof. Dr. H. Baihaqi A.K, yang bertajuk, “ Ilmu Mantik”
: Teknik Berfikir Logik” , beliau mengungkapkan bahawa ilmu mantik adalah suatu ilmu yang
membahaskan tentang kaedah-kaedah yang dapat membimbing manusia dalam berfikir
supaya dapat menghasilkan kesimpulan yang benar hingga dia terhindar dari kesalahan
berfikir yang akhirnya menghasilkan kesimpulan yang salah dan keliru. Daripada tafsiran
tersebut, dapat disimpulkan bahawa, logik itu berkait rapat dengan cara kita berfikir dalam
menyelesaikan sesuatu masalah.

Begitu juga ilmu sains, ia berperanan mengaktifkan otak kita supaya dapat berfikir
secara kreatif dan kritis dalam mencari solusi bagi sesuatu masalah.
RUJUKAN

Anon. 2013. Ilmu Mantik STPM Penggal 3. Kelantan: Pustaka Aman Press Sdn. Bhd.

Abdulfatah Haron Ibrahim. 1983. Terjemahan dari Munqiz Min al-Dhalat oleh Hujjatul Islam
Imam al-Ghazali. Pembendung Kesesatan. Kuala Lumpur: Percetakan Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Ahmad Sunawari Long, 2015. Sejarah Falsafah Edisi Kedua. Bangi: Penerbit Kebangsaan
Malaysia.

http://mambaulhikaminduk.blogspot.com/2011/09/penghantar-ilmu-mantiqilmu-logika.html
(23 APRIL 2017)

https://ikamakoto.wordpress.com/kuliah-ku/filsafat-ilmu-sains-dan-hubungannya-
denganfilsafat/ (29 MEI 2017)

https://phentemzen-ihdizen.blogspot.my/2012/04/peranan-logika-dalam-pengembangan-
ilmu.html?m=1 (29 MEI 2017)

Anda mungkin juga menyukai