Anda di halaman 1dari 27

1

Bab 9: Pengaruh Keluarga

B
Baabb 99::
P
PEEN
NGGA
ARRU
UHHK
KEELLU
UAAR
RGGA
A

Setelah menyelesaikan bab ini, anda seharusnya boleh:

 Menjelaskan bagaimana keluarga mempengaruhi perkembangan kanak-kanak


 Membandingkan gaya keibubapaan yang berlainan
 Menerangkan kesan status sosioekonomi kepada perkembangan kanak-kanak
 Menilai kesan perceraian kepada perkembangan kanak-kanak
 Menerangkan ciri-ciri keluarga ibubapa tunggal yang berjaya
 Membincangkan akibat dan sebab pengabaian kanak-kanak

GAMBARAN UMUM BAB


Bab 1: Pengenalan
9.1 Keluarga dan memupuk anak-anak Bab 2: Perkembangan Fizikal &
9.2 Gaya keibubapaan Pertumbuhan
9.3 Kelakuan tertentu yang Bab 3: Perkembangan Kognitif –
mempengaruhi kanak-kanak Piaget & Vygotsky
9.4 Status sosioekonomi keluarga Bab 4: Perkembangan Kognitif –
9.5 Pengaruh adik beradik Pemprosesan Maklumat
9.6 Perceraian Bab 5: Perkembangan Moral
9.7 Ibu/bapa tunggal Bab 6: Perkembangan Emosi
9.8 Keluarga campuran Bab 7: Perkembangan Bahasa
9.9 Pengabaian kanak-kanak Bab 8: Perkembangan Sosial
Bab 9: Pengaruh Keluarga
Ringkasan Bab 10: Pengaruh Di Luar Keluarga
Istilah Penting
Rujukan

Di dalam bab ini kita akan meneliti dengan lebih terperinci tentang peranan keluarga
dalam perkembangan kanak-kanak dan belajar bagaimana keluarga memainkan peranan
tersebut. Kita akan melihat hubungan di antara ibubapa dan kanak-kanak, bagaimana
institusi kekeluargaan berubah dalam abad ke-21, pengaruh hubungan di antara adik
beradik dan akhirnya kita akan melihat dorongan atau penyebab ibubapa menganiayai
anak-anak mereka.
2
Bab 9: Pengaruh Keluarga

9.1 Keluarga dan Memupuk Kanak-kanak

Keluarga terdiri daripada individu yang mungkin mempunyai pertalian melalui


darah, perkahwinan, ataupun pilihan. Ia merupakan suatu unit sosial asas yang terdiri
daripada satu atau lebih individu dewasa bersama dengan anak-anak yang mereka
pelihara. Mereka dianggap sebagai sebuah kumpulan, sama ada tinggal bersama
ataupun tidak. Keluarga menjadi komponen yang sangat penting pada masa kini
dengan berbagai pernyataan dibuat tentang peranan keluarga. Pertambahan kes buli di
di sekolah adalah disebabkan oleh keluarga; peningkatan kes kehamilan di kalangan
remaja adalah disebabkan oleh keluarga; sebilangan besar kanak-kanak gemuk juga
disebabkan oleh faktor keluarga; dan banyak lagi.
Pada umumnya, keluarga terdiri daripada ibu bapa dan anak-anak mereka.
Dalam realitinya, terdapat pelbagai jenis keluarga seperti mana individu yang berada
di dalam keluarga tersebut. Ada keluarga yang terdiri daripada ibu bapa tunggal dan
anak tunggal; yang lainnya terdiri daripada ibubapa, anak,datuk nenek dan saudara
mara yang lain. Semua ini, walau bagaimanapun, mempunyai matlamat yang sama
iaitu memupuk anak-anak dan membantu mereka menjadi ahli dewasa yang
berguna dalam budaya mereka. Bagaimanakah kita memastikan bahawa kita
memupuk prinsip ini dalam hubungan kita sekiranya keluarga merupakan tempat
untuk memupuk dan merasa dihargai dan disayangi,? Berikut adalah EMPAT perkara
utama bagaimana keluarga memupuk sikap positif kanak-kanak:

 Pendedahan Sosial/Budaya: Ibubapa yang memberikan pengalaman budaya


dan sosial yang kaya dan pelbagai semasa pra-sekolah dan sekolah rendah
mempunyai anak-anak yang mempunyai pencapaian yang lebih baik dalam
ujian dan dikatakan sebagai kanak-kanak yang boleh menyelesaikan lebih
banyak tugasan tugasan oleh guru mereka (Bradley et al., 1988). Aktiviti
sosial dan budaya yang disyorkan termasuklah kunjungan yang ke
perpustakaan, muzium, tapak bersejarah dan tempat menarik yang lain
(Bloom, 1931).

 Memberikan Ransangan Untuk Belajar: Penyediaan bahan permainan yang


sesuai di dalam rumah, daripada peringkat bayi sehinggalah mereka mula
belajar untuk berjalan mempunyai kesan yang positif terhadap pencapaian
mereka dalam sekolah rendah, khususnya
dalam kemahiran membaca (Bradley et
al., 1988). Adalah sangat penting agar
disediakan manipulatif yang
menggalakkan kanak-kanak kecil untuk
mempunyai pengalaman sensori yang
pelbagai, dan supaya mereka dapat
mengembangkan kemahiran motor halus
dan kasar di rumah.

 Strategi Penyelesaian Masalah:


Ibubapa yang mendedahkan anak-anak
mereka yang berada di peringkat pra-
sekolah mereka kepada strategi Rajah 9.1. Keluarga bermain
bersama.
3
Bab 9: Pengaruh Keluarga

penyelesaian masalah adalah lebih berkemungkinan mempunyai anak-anak


yang menggunakannya kemahiran penyelesaian masalah itu seperti mana yang
diajar kepada mereka (Freund, 1990). Ibu yang berinteraksi dengan anak-anak
mereka dalam tugasan penyelesaian masalah, dan mendedahkan mereka
kepada soalan terbuka tentang tugasan tersebut, mempunyai anak-anak yang
kemudiannya menunjukkan sikap yang lebih berdikari dalam menyelesaikan
masalah mereka. (lihat Gambarajah 9.1).

 Kemahiran Literasi dan Peluang Perkembangan Bahasa: Kanak-kanak


yang berpencapaian tinggi mempunyai ibubapa yang selalu membaca untuk
mereka dan membantu mereka mengenali huruf (Juel, 1988). Terdapat
hubungan yang kuat di antara pengetahuan awal kanak-kanak tentang puisi
berirama dan perkembangan kemahiran fonemik kemudiannya (Maclean,
Bryant, & Bradley, 1987). Kanak-kanak yang terlibat dalam perbincangan
keluarga adalah lebih bersedia untuk apa yang mereka akan dengar dalam bilik
darjah. Interaksi ibubapa-anak dengan bahan membaca adalah penting semasa
jangka waktu kanak-kanak tersebut berada di pra-sekolah kerana pada masa
inilah kanak-kanak menjadi terbiasa dengan struktur cerita, sintaks yang
kompleks, dan perbendaharaan kata. Mereka akan menjadi lebih bersedia
untuk membentuk konsep yang menjadi prasyarat kepada kefahaman
membaca dan mendengar (Juel, 1988). Untuk keupayaan membaca terbentuk
dan terus konstan sepanjang sekolah rendah, kanak-kanak mesti mendengar
dan berlatih bahasa daripada peringkat umur yang awal.

9.1 AKTIVITI PEMBELAJARAN


a) Apakah peranan keluarga di samping memberi makan,
pakaian dan perlindungan?
b) Bagaimanakah keluarga dapat meransang pembelajaran
kanak-kanak?
c) Jelaskan bagaimana keluarga dapat membentuk bahasa
kanak-kanak.

9.2 Gaya Keibubapaan

Ahli psikologi dalam bidang perkembangan kanak-kanak sudah lama berminat


tentang bagaimana ibubapa memberi impak kepada perkembangan kanak-kanak.
Walau bagaimanapun, mencari hubungan sebab dan akibat sebenar antara tindakan
ibubapa yang khusus dan kelakuan kanak-kanak kemudiannya adalah amat sukar. Ada
kanak-kanak yang dibesarkan dalam persekitaran yang sangat berbeza mungkin
kemudiannya membesar dengan mempunyai keperibadian yang sangat serupa. Sama
juga, kanak-kanak yang berkongsi keluarga yang sama dan dibesarkan dalam
persekitaran yang sama mungkin membesar dengan keperibadian yang sangat berbeza
antara satu sama lain. Walaupun terdapat cabaran tersebut, pengkaji telah menemui
hubungan yang meyakinkan antara gaya keibubapaan dan kesan gaya tersebut ke atas
kanak-kanak. Semasa awal 1960an, ahli psikologi Diana Baumrind telah menjalankan
4
Bab 9: Pengaruh Keluarga

sebuah kajian ke atas lebih daripada 100 kanak-kanak pra-sekolah (Baumrind, 1967).
Dengan menggunakan pemerhatian semulajadi, temubual dengan ibubapa dan kaedah
penyelidikan yang lain, beliau telah mengenal pasti empat dimensi penting
keibubapaan:

 Strategi disiplin
 Kemesraan dan pemukulan
 Gaya komunikasi
 Jangkaan tentang kematangan dan kawalan

A) GAYA KEIBUBAPAAN

Berdasarkan dimensi ini, Baumrind (1967) telah mencadangkan bahawa kebanyakan


ibubapa menunjukkan satu daripada tiga gaya keibubapaan yang berbeza. Kajian
seterusnya juga telah menunjukkan penambahan gaya keibubapaan yang keempat
(Maccoby & Martin, 1983).

Autokratik Autoritatif
Saya bos Tegar Pematuhan Menyokong Demokratik Fleksibel
Kerana saya katakan begitu Membenarkan
Mengarah Hukuman Tegas Pengaturan diri
Gaya
Keibubapaan
Lepas tangan Pasif
Renggang Tidak berminat Anda bos Lembut
Cuai Pasif Memanjakan
Tidak hadir Tiada Peraturan

Gambarajah 9.2 Gaya Keibubapaan

1. Keibubapaan Autokratik
Dalam gaya keibubapaan ini, kanak-
kanak dijangka menurut peraturan ketat
yang diletakkan oleh ibubapa. Kegagalan
untuk mematuhi peraturan selalunya
membawa kepada hukuman. Ibubapa
aautokratik gagal untuk menerangkan
sebab di sebalik peraturan ini. Sekiranya
diminta untuk menerangkannya, ibubapa
itu mungkin hanya menjawab, "Kerana

Rajah 9.3 Ibubapa autokratik


5
Bab 9: Pengaruh Keluarga

saya katakan begitu". Ibubapa ini mempunyai permintaan yang tinggi, tetapi
tidak responsif kepada anak-anak mereka. Menurut Baumrind (1991) ibubapa ini
"adalah berorientasikan pematuhan dan status, dan menjangkakan perintah
mereka dipatuhi tanpa apa-apa penerangan" (diterjemah).

IMPAK: Gaya keibubapaan autokratik umumnya melahirkan kanak-kanak


yang patuh dan lancar, tetapi mereka kurang merasa kebahagiaan, kurang
sosial dan mempunyai harga diri yang rendah.

2. Keibubapaan Autoritatif
Seperti ibubapa autokratik, mereka meletakkan peraturan dan garis panduan yang
untuk dipatuhi oleh anak-anak mereka. Walau bagaimanapun, gaya keibubapaan
ini jauh lebih demokratik. Ibubapa autoritatif adalah responsif kepada anak-anak
mereka dan bersedia untuk mendengar soalan. Apabila anak-anak gagal untuk
memenuhi jangkaan, ibubapa, ibu bapa akan member sokongan dan memaafkan
anak malahan tidak menghukum mereka. Baumrind mencadangkan bahawa
ibubapa jenis ini "memantau dan menyampaikan standard yang jelas tentang
kelakuan anak-anak mereka. Mereka adalah tegas, tetapi tidak mengganggu dan
membataskan pemikiran anak-anak mereka. Kaedah disiplin mereka adalah
menyokong, dan bukannya menghalang. Mereka mahu anak-anak mereka
menjadi tegas dan sambil itu bertanggungjawab secara sosial, berdisplin dan
bekerjasama" (1991, diterjemah).

IMPAK: Gaya keibubapaan autoritatif selalunya menyebabkan anak-anak


mereka bahagia, berkebolehan dan berjaya (Maccoby, 1992).

3. Gaya Keibubapaan Pasif


Ibubapa pasif, kadang kala dirujuk sebagai ibubapa yang memanjakan anak-anak
mereka. Ibubapa ini jarang mendisiplinkan anak-anak mereka kerana mereka
mempunyai jangkaan yang rendah terhadap kematangan dan kawalan diri anak
anak mereka. Menurut Baumrind, ibubapa pasif "adalah lebih bertindak balas
daripada mendesak .Mereka adalah berfikiran terbuka dan lembut, tidak
mengharapkan kelakuan yang matang, membenarkan kanak-kanak membuat
peraturan sendiri mengelak konfrontasi" (1991, diterjemah). Ibubapa yang pasiff
umumnya lebih bersikap sebagai rakan kepada anak-anak mereka dan bukannya
sebagai ibu bapa.

IMPAK: Gaya keibubapaan pasif selalunya menyebabkan anak-anak mereka


kurang merasa bahagia dan tidak mempunyai peraturan diri. Anak-anak ini
adalah lebih berkemungkinan untuk mengalami masalah dengan pihak
berkuasa dan selalunya mempunyai pencapaian rendah di sekolah.

4. Gaya ibu bapa yang lepas tangan.


Gaya keibubapaan yang lepas tangan mempunyai jangkaan yang sedikit, terhadap
anak-anak mereka, kurang responsif dan mempunyai komunikasi yang sedikit.
Sementara ibubapa ini memenuhi keperluan asas anak-anak mereka, mereka
umumnya tidak terikat dengan kehidupan anak-anak mereka. Dalam kes yang
teruk, ibubapa ini mungkin menolak atau mengabaikan keperluan anak-anak
mereka.
6
Bab 9: Pengaruh Keluarga

IMPAK: Gaya keibubapaan lepas tangan adalah berada paling bawah dalam
kesemua domain kehidupan. Anak-anak ini selalunya kurang kawalan diri,
mempunyai harga diri yang rendah dan kurang berkemampuan untuk
membawa diri berbanding rakannya yang lain.

Selepas mempelajari impak gaya keibubapaan ke atas perkembangan kanak-kanak,


Anda mungkin terfikir kenapa semua ibubapa tidak menggunakan GAYA
KEIBUBAPAAN AUTORITATIF.

Apapun, gaya keibubapaan ini merupakan yang paling mungkin menghasilkan kanak-
kanak yang bahagia, yakin dan berkebolehan. Apakah sebab-sebab kenapa gaya
keibubapaan mungkin berbeza? Antara sebab-sebab yang berpotensi perbezaan ini
termasuk budaya, keperibadian, saiz keluarga, latar belakang keluarga, status
sosioekonomi, tahap pendidikan dan agama. Sudah tentunya, gaya keibubapaan
individu ibubapa juga bergabung untuk membentuk suatu adunan yang unik dalam
setiap keluarga. Sebagai contoh, si ibu mungkin menunjukkan suatu gaya autoritatif
manakala si ayah lebih suka dengan pendekatan yang lebih pasif. Untuk membentuk
suatu pendekatan kepada keibubapaan yang kohesif, adalah penting agar ibubapa
belajar untuk bekerjasama sambil mereka menggabungkan berbagai elemen gaya
keibubapaan mereka yang unik.

9.2 AKTIVITI PEMBELAJARAN


a) Apakah gaya keibubapaan?
b) Jelaskan perbezaan di antara gaya keibubapaan
pasif dan gaya keibubapaan autoritarian.
c) Sekiranya gaya keibubapaan autoritatif adalah yang paling
dikehendaki, kenapakah ia tidak diamalkan dalam
sesetengah keluarga?
d) Jelaskan kenapa keibubapaan autoritatif dikaitkan dengan
hasil akademik dan sosial yang baik dalam kalangan
kanak-kanak dan remaja.

9.3 Kelakuan Khusus Ibubapa Yang Mempengaruhi Anak-


anak

Kelakuan ibubapa dalam situasi yang


tertentu mempunyai pengaruh yang
signifikan terhadap perkembangan anak-
anak. Apakah kelakuan khusus ibubapa
yang dapat mempengaruhi anak-anak
mereka? Tiga kelakuan khusus berikut
mempengaruhi anak-anak: pengajaran
langsung, belajar melalui pemerhatian dan
maklumbalas.
Rajah 9.4 Ibu menengking
anak mereka
7
Bab 9: Pengaruh Keluarga

 PENGAJARAN LANGSUNG – Ibubapa selalu memberitahu anak-anak


mereka apa harus dibuat seperti “Tutup TV”, “Kemaskan barang-barang” dan
sebagainya yang merupakan arahan langsung (lihat Gambarajah 9.4). Suatu
pendekatan yang lebih baik adalah pengajaran langsung yang melibatkan
memberitahu anak-anak apa yang harus, bila dan yang paling penting kenapa.
Misalnya, bukan sekadar menjerit, “Kamu tidak patut mematahkan pensil
Zak”, seorangu ibu boleh berkata, “Zak sedih sebab kamu telah mematahkan
pensilnya”. Di sini si ibu sedang menerangkan akibat tindakan anak itu.
Ibubapa itu sedang mengajar anak tersebut tentang rasa empati dan memahami
akibat daripada kelakuan negatifnya.

 BELAJAR MELALUI PEMERHATIAN – Kanak-kanak banyak belajar


daripada ibubapa hanya dengan memerhati atau melihat mereka. Seorang
kanak-kanak adalah seperti sebuah “cermin” yang memantulkan bukan sahaja
kelakuan yang baik tetapi juga yang buruk daripada ibubapa mereka atau
individu dewasa lain yang penting kepada mereka. Tidak ada ibubapa yang
mahu mengajar anak-anak mereka tabiat yang buruk tetapi harus diingat
bahawa mata kecil mereka sentiasa memerhati. Terdapat kajian yang
menunjukkan bahawa salah satu sebab kanak-kanak menipu pada umur yang
awal adalah kerana mereka hanya meniru ibubapa mereka.

 MAKLUMBALAS – Dengan memberikan maklumbalas kepada anak-anak


mereka, ibubapa memberikan indikasi samada suatu kelakuan adalah sesuai
dan harus diteruskan atau tidak sesuai dan harus dihentikan. Ibubapa boleh
menggunakan pengukuhan (seperti pujian) untuk meningkatkan
kemungkinan suatu kelakuan berterusan. Sebagai contoh, memberikan
ganjaran untuk menyelesaikan suatu kerja di rumah seperti membasuh pinggan
mangkuk selepas makan malam. Ibubapa mungkin menghukum anak-anak
dengan tidak membenarkan mereka menonton televisyen apabila mereka
mendapat gred yang rendah di sekolah. Hukuman merupakan apa-apa
tindakan yang tidak menggalakkan berlakunya suatu kelakuan tertentu.

9.4 Status Sosioekonomi Keluarga dan Pengaruhnya Ke Atas


Kelakuan

Status sosioekonomi (SES) keluarga adalah


berdasarkan pendapatan keluarga, tahap pendidikan
ibubapa, pekerjaan ibubapa, dan status sosial dalam
komuniti seperti kontak dalam komuniti, perkaitan
dengan kumpulan, dan persepsi komuniti tentang
keluarga tersebut (Demarest, Reisner, Anderson,
Humphrey, Farquhar, & Stein, (1993). Umumnya,
keluarga dengan status sosioekonomi yang rendah
selalunya kekurangan sokongan kewangan, sosial, dan
pendidikan yang menjadi ciri keluarga dengan status
sosioekonomi yang tinggi. Keluarga yang miskin juga
mungkin mempunyai akses yang tidak cukup
Gambar 9.5 Keluarga
dengan SES yang rendah
dengan ramai anak
8
Bab 9: Pengaruh Keluarga

ataupun terhad kepada sumber komuniti yang mempromosi dan menyokong


perkembangan kanak-kanak dan kesediaan kanak-kanak ke sekolah.
Walau bagaimanapun, SES juga dikaitkan dengan masa ibu bapa dan saiz
keluarga. Apakah maksudnya? Individu yang bekerja sebagai pekerja manual mahir
dan separa mahir seperti pekerja binaan, pemandu lori, pekerja kilang, dan lain-lain
cenderung berkahwin dan mendapat anak lebih awal berbanding individu dalam
pekerjaan profesional, pengurusan dan teknikal. Pasangan dengan SES yang rendah
juga cenderung mempunyai lebih anak, berbanding pasangan dengan SES yang tinggi
(lihat Gambarajah 9.5). Kedua-dua kumpulan juga berbeza dalam nilai dan jangkaan
penjagaan anak-anak. Dalam suatu kajian oleh Duncan & Magnusson (2003), ibubapa
telah ditanya apakah yang mereka paling inginkan daripada anak-anak mereka.
 Ibubapa dengan SES yang rendah selalunya menekankan ciri-ciri luaran
seperti pematuhan, kesopanan, kekemasan dan kebersihan.
 Ibubapa dengan SES yang tinggi menekankan sifat psikologikal seperti sifat
ingin tahu, kebahagiaan, pengarahan diri dan kematangan kognitif dan sosial.

Perbezaan ini dilihat daripada segi cara ibubapa berinteraksi dengan anak-anak
mereka. Ibubapa dengan SES yang tinggi selalunya bercakap, membaca kepada anak-
anak dan memberikan stimulasi verbal kepada anak-anak mereka, yang membawa
kepada anak-anak berfikir tentang idea yang abstrak dan subjektif (Uribe, LeVine &
LeVine, 1994). Sebaliknya, ibubapa dengan SES yang rendah cenderung menjadi
suka mengarah seperti “Buat perkara itu kerana aku suruh”, menghukum anak-anak
secara fizikal dan meluangkan masa yang sedikit bercakap dengan anak-anak.
Ramey dan Ramey (1994) menumpukan kepada kesediaan anak-anak ke
sekolah dan mendapati bahawa merentas kesemua kumpulan sosioekonomi, ibubapa
berhadapan cabaran utama tentang memberikan penjagaan yang optimal dan
pedidikan kepada anak-anak mereka. Bagi ibubapa dengan SES yang rendah cabaran
ini boleh menjadi menakutkan. Kadang kala,apabila keperluan asas kurang, ibubapa
terpaksa meletakkan keutamaan kepada rumah, makanan, pakaian, dan penjagaan
kesihatan. Permainan pendidikan dan buku mungkin nampaknya menjadi kemewahan,
dan ibubapa mungkin tidak mempunyai masa, tenaga, atau pengetahuan untuk
mencari cara yang inovatif dan murah untuk memupuk perkembangan anak-anaknya.
Ibubapa ini selalunya mempunyai masa dan tenaga yang kurang untuk melaburk
sepenuhnya kepada persediaan anak-anak mereka ke sekolah, dan mereka kadang kala
mempunyai sedikit pilihan untuk mendapatkan penjagaan anak yang berkualiti;
sebelum anak-anak mereka mula bersekolah dan semasa awal persekolahan. Guru
tadika selalunya melaporkan bahawa kanak-kanak dengan SES yang rendah selalunya
mula bersekolah dengan persediaan yang terhad.
Walau bagaimanapun, terdapat kekurangan pada kekayaan. Walaupun latar
belakang pendidikan yang maju dan mempunyai kekayaan material, ibubapa selalu
gagal untuk terlibat dalam interaksi keluarga. Kajian oleh Luthar & Latendresse
(2005) dan Luthar & Becker (2002) telah melaporkan perkara berikut bahawa di
kalangan keluarga yang kaya:
 Anak-anak tidak akrab secara emosi dengan ibubapa mereka
 Ibubapa tiada secara fizikal dan emosi untuk anak-anak mereka kerana
mereka sibuk bekerja
 Ibubapa mempunyai jangkaan yang terlalu tinggi terhadap kejayaan
yang membawa kepada tekanan dan kebimbangan di kalangan anak-
anak mereka
9
Bab 9: Pengaruh Keluarga

 Remaja selalunya terlibat dengan salah guna alkohol dan dadah di


peringkat sekolah menengah

9.3 AKTIVITI PEMBELAJARAN


a) Sejauhmanakah kanak-kanak belajar daripada meniru
ibubapa mereka? Berikan contoh yang khusus.
b) Adakah keluarga dengan SES yang rendah mempunyai
cita-cita yang berlainan untuk anak mereka dan melayan
mereka dengan berbeza daripada keluarga dengan SES
yang tinggi? Jelaskan.

9.5 Pengaruh Adik beradik

A) HUBUNGAN ADIK BERADIK


Kanak-kanak pra-sekolah mungkin mendapati
mempunyai adik adalah sesuatu yang sukar untuk
diterima. Kanak-kanak itu menyedari bahawa
perhatian dan kemesraan ibubapa mesti dikongsikan
dengan bayi yang baru lahir itu dan dengan itu
menjadi sangat kuat mendesak, bergayut dan sengaja
nakal untuk suatu jangka waktu. Walau
bagaimanapun, kebencian ini akan berkurangan dan
kanak-kanak itu menunjukkan kemesraan dengan
mencium dan menepuk bayi itu (lihat Gambarajah
9.6). Ibubapa adalah lebih pandai mengajar tentang Gambar 9.6 Adik beradik yang
rapat dan saling menyayangi
adat tertib sosial suasana yang formal – bagaimana
untuk bertindak di tempat awam, bagaimana untuk tidak memalukan diri sendiri di
meja makan, misalnya. Tetapi adik-beradik merupakan model peranan yang lebih baik
untuk kelakuan yang lebih tidak formal – bagaimana
untuk bertindak di sekolah atau di atas jalan raya, atau,
yang paling penting, bagaimana untuk bertindak
tenang di sekeliling rakan – itu merupakan
kebanyakan pengalaman harian seorang kanak-kanak.
Ibubapa lebih hampir kepada persekitaran sosial yang
dialami seorang kanak-kanak, yang menyebabkan
penting untuk tidak terlepas pandang peranan adik
beradik (Kramer, 2010).
Sama juga, kanak-kanak belajar bersikap
kurang menyenangkan daripada adik beradiknya
seperti menghisap rokok, minum minuman keras dan
tindakan , yang lain, daripada pendedahan kepada
kelakuan antisosial seindividu abang atau kakak dan
juga kelakuan adik beradik rakan-rakannya. Misalnya, Gambar 9.7 Konflik adik
seorang remaja perempuan adalah lebih berisiko beradik dapat menyebabkan
menjadi hamil sekiranya kakaknya adalah aktif secara keganasan
seksualnya semasa remaja.
10
Bab 9: Pengaruh Keluarga

B) KONFLIK ADIK BERADIK


Salah satu bidang penyelidikan yang penting dalam perkembangan kanak-
kanak adalah yang berkaitan dengan konflik adik beradik dan cara yang terbaik
untuk ibubapa campur tangan apabila anak-anak berbalah (Dunn & Munn, 1986).
Konflik adik beradik selalunya tidak diselesaikan dengan baik, dan kadang kala
menjadi sangat agresif, ganas atau malahan kasar (lihat Gambarajah 9.7). Konflik adik
beradik dalam zaman kanak-kanak adalah juga dikaitkan dengan penyesuaian yang
kurang baik di kemudian hari dalam kehidupan. Misalnya, konflik adik beradik di
zaman kanak-kanak dikaitkan dengan kecenderungan kepada sifat ganas sebagai
individu dewasa (Gully, Dengerink, Pepping & Bergstrom, 1981). Dengan memerhati
dapatan tersebut, tidak hairanlah konflik adik beradik merupakan sumber
kebimbangan ibubapa dan mereka bimbang tentang cara terbaik untuk campur tangan.
Sebaliknya, ibubapa yang masuk campur dan menyelesaikan konflik mungkin
menidakkan peluang anak-anaknya belajar peluang untuk membina strategi
penyelesaian konflik mereka sendiri dan mungkin sebenarnya membuatkan konflik
semakin teruk. Sebaliknya pula, intervensi kadang kala dapat membantu untuk
membuat konflik kurang tegang dan membawa kepada penyelesaian yang lebih
konstruktif. Intervensi dalam konflik adik beradik cuba untuk menjadi perantara dan
menggalakkan proses tolak ansur tetapi membiarkan penyelesaian akhir dalam tangan
anak-anak sendiri. Intervensi cuba memperbaiki hasil konflik sambil pada masa yang
sama membantu anak-anak memahami antara satu sama lain dan membina strategi
penyelesaian yang lebih konstruktif.
Apabila ibubapa melayan anak-anaknya dengan berlainan dengan
mempelbagaikan jumlah belaian, keresponsifan, kawalan dan disiplin yang positif
terhadap anak-anak; hubungan adik beradik berkemungkinan menjadi lebih
konfrontasional dan kurang mesra sekiranya anak-anak melihat perbezaan itu sebagai
tidak adil (Volling, B. & Belsky. J. 1992).
Anak sulung berperanan sebagai pemimpin dan mengajar, manakala anak
kedua lebih berkemungkinan mengajuk, mengikut dan menjadi pelajar. Semasa awal
zaman kanak-kanak, adik beradik dapat bertindak sebagai sumber sokongan dalam
situasi penjagaan semasa ketiadaan ibunya untuk beberapa ketika dan di pertengahan
zaman kanak-kanak (i.e. semasa sekolah rendah) adik beradik mungkin memberikan
sokongan pada waktu mengalami tekanan. Daya perbezaan semula jadi yang terhasil
daripada perbezaan umur antara adik beradik bermakna bahawa dua individu kanak-
kanak mungkin mempunyai pengalaman yang berbeza dalam keluarga. Misalnya,
anak kedua mempunyai manafaat dapat belajar daripada abang atau kanaknya, tetapi
yang sulung tidak begitu, kadang kala ini membawa kepada perkembangan yang
lebih cepat bagi anak kedua dalam beberapa hal (Howie & Reechia, 2006).

9.6 Perceraian

A) KADAR PERCERAIAN
Kadar perceraian adalah semakin meningkat di
kebanyakan negara di dunia. Di Malaysia, bilangan
perceraian telah meningkat daripada 16,013 dalam
tahun 2002 kepada 32,776 dalam tahun 2009, suatu
11
Bab 9: Pengaruh Keluarga

peningkatan sebanyak 105%. Kadar perceraian di Malaysia adalah lebih kurang 13%
yang nampak kecil apabila dibandingkan dengan Amerika Syarikat (51%), Australia
(46%) dan Jerman (44%). Ini bermakna bahawa untuk setiap 100 perkahwinan di
Malaysia, 13 berakhir dengan perceraian. Daripada ini, sebanyak 40% peratus
daripada pasangan Malaysia telah bercerai dalam masa lima tahun selepas bernikah,
manakala 26.5% telah bercerai selepas 6-10 tahun perkahwinan.
Hasilnya, lebih ramai kanak-kanak membesar dalam keluarga ibubapa tunggal
ataupun keluarga dengan bapa tiri, ibu tiri, dan adik beradik tiri. Dengan itu, guru
harus sedar bahawa terdapat pelajar daripada keluarga yang telah bercerai dalam kelas
mereka. Guru terpaksa peka dengan perasaan mereka, khususnya apabila kanak-kanak
lain di dalam kelas mungkin mempunyai ayah dan ibu, manakala ada kanak-kanak
yang mungkin hanya mempunyai ayah atau ibu. Misalnya, di dalam kelas bahasa, ia
mungkin sukar untuk seorang kanak-kanak untuk menulis sebuah esei tentang
ayahnya, sekiranya keluarganya telah bercerai semasa dia masih kecil lagi dan ibunya
merupakan ibu tunggal.
Umumnya, tidak ramai yang akan menafikan bahawa perceraian adalah sangat
menyedihkan untuk kanak-kanak kerana ia melibatkan konflik antara ibubapa dan
biasanya adalah perpisahan antara satu sama lain. Banyak kajian telah dijalankan
tentang kesan perceraian kepada kanak-kanak dan bukti menunjukkan bahawa kanak-
kanak mengalami beberapa masalah seperti prestasi akademik yang lemah, tekanan
dan rasa tidak selamat secara emosi. Walau bagaimanapun, dapatan ini tidak
bermakna bahawa semua kanak-kanak daripada keluarga yang telah bercerai
mengalami masalah seperti itu, tetapi kanak-kanak daripada keluarga yang telah
bercerai lebih berisiko untuk mendapat hasil seperti itu.
Tahun pertama selepas perceraian adalah yang paling trauma untuk ibubapa
dan guru. Tetapi bermula dengan tahun kedua, kebanyakan kanak-kanak mula
menyesuaikan diri dengan keadaan baru itu. Kanak-kanak lebih bersedia
menyesuaikan diri dengan perceraian sekiranya ibubapa yang telah bercerai
bekerjasama antara satu sama lain, khususnya dalam hal disiplin. Apabila si ibu
diberikan hak penjagaan anak-anak, anak-anak mendapat manfaat apabila si bapa
terus terlibat dalam urusan keibubapaan. Terdapat bukti yang menunjukkan bahawa
budak lelaki lebih baik bersama ayah mereka dan budak perempuan lebih baik
bersama ibu mereka (McLanahan, 1999).

B) APAKAH YANG MENYEBABKAN TEKANAN UNTUK ANAK-ANAK


DALAM KELUARGA YANG TELAH BERCERAI?
 Perubahan: Salah satu kebimbangan anak-anak adalah perubahan yang akan
berlaku. Dengan perceraian, perubahan akan berlaku dalam kebanyakan
tanggungjawab keluarga. Anak-anak mungkin terpaksa menyesuaikan diri
dengan jadual dan rutin yang baru. Mereka tidak lagi mempunyai hubungan
dengan beberapa individu seperti kawan dan ahli keluarga lain (seperti datuk
nenek dan sepupu).
 Kehilangan Ikatan: Kanak-kanak menjadi terikat kepada ibubapa, abang,
kakak dan haiwan peliharaan. Tidak mengetahui banyak mana ikatan dengan
mana-mana daripadanya boleh menyebabkan tekanan terhadap kanak-kanak.
Sebagai contoh, berpindah ke rumah yang baru dan jauh daripada tempat yang
mereka sudah biasa juga dapat menimbulkan tekanan.
12
Bab 9: Pengaruh Keluarga

 Takut ditinggalkan: Kanak-kanak


takut sekiranya mereka telah
kehilangan salah satu ibubapanya,
mereka mungkin kehilangan yang
kedua itu. Mereka mungkin
menyalahkan diri mereka, berasa tidak
disayangi dan berasa tidak selamat.
Mereka bimbang tentang siapa yang
akan menjaga mereka.
 Permusuhan antara Ibu dan Bapa:
Pertelingkahan dan ketegangan antara
ibubapa mungkin membuatkan anak-
anak berasa bersalah, marah dan kesunyian. Untuk cuba membuatkan anak-
anak menyebelahi mana-mana pihak atau membelakangi salah satu daripada
ibubapanya akan menimbulkan kekeliruan bagi anak-anak yang terperangkap
di tengah-tengah pergelutan antara orang dewasa. Mereka harus membuat
keputusan sendiri!

C) KENAPA SESETENGAH KANAK-KANAK TERKESAN OLEH


PERCERAIAN SEMENTARA YANG LAIN TIDAK?
Terdapat maklumat yang semakin banyak yang menunjukkan bahawa terdapat faktor
tertentu yang mungkin membuatkan sesetengah kanak-kanak lebih berisiko daripada
segi kurang dapat menyesuaikan diri berbanding yang lain. Ada faktor yang tidak
dapat diubah dan ada yang sudah sedia ada sebelum perceraian. Faktor yang lainnya
pula memberikan tekanan kepada anak-anak pada saat perpisahan atau perceraian, dan
ada pula yang mempengaruhi anak-anak selepas perceraian itu.

Jantina—Budak lelaki lebih berisiko berbanding budak perempuan, terutamanya


disebabkan si ibu selalunya diberikan hak penjagaan dan bukan bapa. Adalah sukar
kerana ibubapa yang sama jantina, si bapa, tidak lagi tinggal bersama di rumah.
Ketiadaan model peranan lelaki menjadikannya lebih sukar untuk budak lelaki untuk
menyesuaikan diri dengan perceraian.

Umur—Kanak-kanak yang lebih muda lebih berisiko dalam jangka pendek


disebabkan oleh kekeliruan yang menyelubungi perceraian itu dan kehilangan ibu
atau bapa yang tidak lagi tinggal bersama mereka. Kanak-kanak yang lebih muda
kurang berupaya memahami semua perubahan yang berlaku. Kanak-kanak pra-
remaja dan remaja lebih berisiko dalam jangka masa panjang, kerana dalam jangka
pendek keakraban mereka dengan rakan sebaya menahan perasaan mereka tentang
perceraian ibubapa mereka (Amato & Keith, 1991).

Status soiioekonomi—Standard kehidupan selalu berubah dengan ketara selepas


perceraian. Kurangnya wang mungkin bermakna bahawa terdapat keperluan anak-
anak tidak dipenuhi.

Sejauhmana anak itu diheret ke dalam konflik rumahtangga tersebut. Lebih


banyak anak itu dibabitkan dalam konflik ibubapanya, lebih terkeliru, kecewa,
marah, dan berkonflik kesetiaan dia akan alami.
13
Bab 9: Pengaruh Keluarga

Hubungan dengan ibu dan bapa sebelum perceraian. Sekiranya hubungan pra-
perceraian dengan ibubapa adalah positif dan memupuk, risiko masalah pasca-
perceraian dapat dikurangkan. Sekiranya masalah dengan hubungan ibubapa-anak
wujud sebelum perceraian, masalah tersebut sangat berkemungkinan akan menjadi
lebih teruk selepas perceraian.

Keupayaan ibubapa untuk memisahkan peranan mereka sebagai ibubapa dan


pasangan. Pasangan yang akan berpisah tetapi tidak dapat membuat keputusan
tentang kebajikan anak-anak mereka dengan aman dan berunding tentang isu-isu
berkaitan dengan anak-anak mereka, meletakkan anak-anak mereka dalam risiko yang
lebih besar untuk menghadapi masalah.

Konflik terbuka yang berpanjangan antara pasangan. Lebih banyak konflik antara
ibubapa, lebih tinggi risiko bagi anak-anak mengalami kekacauan emosi.

Tanggapan kehilangan ibu/bapa yang tidak mendapat hak penjagaan. Melainkan


perhatian yang lebih diberikan oleh kedua-dua ibubapa untuk memupuk hubungan
antara ibu/bapa yang tidak mendapat hak penjagaan dengan anak tersebut, seindividu
anak mungkin berasa kehilangan dan malahan terbuang.

[Sumber: Sebutan untuk dokumen ini: Hughes, R., Jr. (2005). The effects of divorce on
children. Urbana, IL: University of Illinois Extension. Izin diberikan untuk mencetak
dokumen ini untuk tujuan pendidikan]

9.4 AKTIVITI PEMBELAJARAN


a) Jelaskan bagaimana adik beradik mempengaruhi kanak-
kanak.
b) Bagaimanakah ibubapa harus menangani konflik adik
beradik?
b) Kenapakah sesetengah kanak-kanak terkesan oleh
perceraian manakala yang lain kurang terkesan?
.

9.7 Ibu/Bapa Tunggal

Selepas perceraian, kebanyakan anak-anak mula dengan tinggal dalam sebuah


keluarga ibu/bapa tunggal yang berbeza daripada sebuah keluarga asas atau keluarga
dengan ibubapa yang dianggap sebagai sebuah struktur keluarga yang ideal. Adakah
ibubapa tunggal mempengaruhi pencapaian akademik dengan negatif? Pada masa ini,
kajian tidak memberikan suatu jawaban yang lengkap kepada persoalan ini. Daripada
beberapa segi, anak-anak dalam keluarga dengan ibubapa tunggal lebih berisiko
berbanding anak-anak dalam jenis keluarga yang lain. Walaupun apabila mereka
mempunyai keupayaan akademik yang sama, anak-anak dalam keluarga ibubapa
tunggal adalah tiga kali lebih berkemungkinan untuk keciciran di sekolah menengah
berbanding anak-anak daripada keluarga dengan dua individu ibubapa (Thiessen,
1997).
Oleh kerana mereka merupakan sumber kewangan utama dan selalunya
sumber kewangan yang tunggal bagi keluarga tersebut, ibubapa tunggal mempunyai
14
Bab 9: Pengaruh Keluarga

kurang masa untuk membantu anak-anak dengan kerja rumah mereka, kurang
berkemungkinan untuk menggunakan disiplin yang konsisten, dan mempunyai
kawalan keibubapaan yang kurang, dan semua keadaan ini mungkin membawa
kepada pencapaian akademik yang lebih rendah. Kajian telah menunjukkan bahawa
apabila tahap pendapatan ibubapa tunggal dan keluarga dengan dua individu ibubapa
adalah sama, terdapat hanya sedikit perbezaan dalam pencapaian akademik anak-anak
mereka.

Ada pengkaji yang telah bertanya ibubapa tunggal yang berjaya bagaimana mereka
telah berjaya dan berikut adalah apa yang mereka telah katakan:

 Penerimaan Tanggungjawab. Ibubapa tunggal yang berjaya menerima


tanggungjawab dan cabaran sebagai ibubapa tunggal. Mereka tidak
mengurangkan atau menambah kepada masalah tetapi mencari penyelesaian.
Mereka menyedari kesukaran (seperti kurang masa untuk diri sendiri,
kehidupan sosial yang terhad, tunggungjawab tunggal bagi memenuhi
pelbagai keperluan, dan tekanan kewangan) tanpa rasa kasihan kepada diri
sendiri atau kepahitan.
 Komitmen Kepada Keluarga. Ibubapa
tunggal berjaya menjadikan keluarga
keutamaan mereka. Mereka
menumpukan kepada menjadi sebaik
ibubapa tunggal yang boleh, yang
selalunya bermakna meletakkan
keperluan anak-anak dahulu. Mereka
benar-benar suka dan gembira dengan
anak-anak, mengorbankan masa, wang,
dan tenaga demi anak-anak mereka.
Mereka cuba memberikan sokongan dan
kesabaran serta membantu anak-anak.
Seperti juga ibubapa lain yang berkesan,
mereka konsisten dan tidak terlalu Gamba 9.8 Ibubapa Tunggal
punitif. Gaya mendisiplin ini yang stabil mengatasi kesan
memberikan anak-anak piilihan, negatif perceraian
menggunakan kesan yang semula jadi
dan logik, dan memberikan suatu
struktur.
 Komunikasi Terbuka. Ibubapa tunggal yang berjaya memupuk komunikasi
terbuka. Ibubapa ini menggalakkan ekspresi pemikiran dan perasaan yang
jelas dan terbuka dalam keluarga tersebut sebagai kunci kepada perkembangan
hubungan yang jujur dan saling mempercayai. Mereka memupuk identiti
tersendiri dalam sebuah unit keluarga yang menyokong. Ibubapa ini berusaha
untuk mencapai identiti tersendiri dan keberdikarian dengan setiap ahlinya
mempunyai minat individu dan membina kemahiran individu.
 Pengurusan Rumah Berjaya. Ibubapa tunggal yang berjaya mengurus
keperluan keluarga dengan baik. Mereka berusaha untuk menjadi terurus dan
boleh diharapkan, dan mereka bekerja keras untuk mengkoordinasi jadual.
Mereka berasa bangga dengan keupayaan mereka untuk menyediakan
15
Bab 9: Pengaruh Keluarga

kewangan untuk keluarga mereka, walaupun kewangan masih menjadi suatu


pergelutan.
 Penjagaan Diri. Ibubapa tunggal berjaya menjaga diri mereka sendiri.
Walaupun mempunyai kekurangan masa, ibubapa ini menyedari bahawa
menjaga diri mereka sendiri adalah penting. Mereka cuba berbuat demikian
dengan cara fizikal, kerohanian, emosi, dan sosial. Mereka terhubung dengan
individu lain yang mereka akan hubungi untuk mendapatkan sokongan
praktikal dan emosional.
 Meneruskan Tradisi dan Hubungan. Keluarga ibubapa tunggal yang
berjaya meneruskan tradisi, samada upacara waktu tidur, waktu istimewa
bersama keluarga, atau keraian percutian. Suatu tradisi merupakan apa-apa
acara yang mempunyai makna yang istimewa kepada sebuah keluarga.
Apabila sebuah keluarga telah diganggu, meneruskan tradisi menjadi suatu
daya yang menstabilkan, sesuatu yang dapat diharapkan.
 Mempunyai Pandangan Yang Positif Tentang Cabaran. Ibubapa tunggal
berjaya mempunyai sikap yang positif terhadap keibubapaan dan hidup secara
umumnya. Mereka melihat aspek positif dalam situasi yang menekan dan
berasa bahawa mereka telah berjaya walaupun terdapat banyak keraguan.

[sumber: Being a successful single parent. Real Families Real Answers]

9.5 AKTIVITI PEMBELAJARAN


a) Bagaimanakah ibubapa tunggal telah berjaya dalam
membesarkan anak-anak mereka?
b) Komen tentang pencapaian akademik dan kelakuan
kanak-kanak kepada ibubapa tunggal dalam kelas anda.
.

9.8 Keluarga Campuran

The Brady Bunch


Dalam pertengahan 70an terdapat sebuah siri televisyen di
Amerika bertajuk "The Brady Bunch" yang disiarkan di TV
Malaysia. Sitcom tersebut telah disiarkan semasa perceraian
dan perkahwinan semula sedang meningkat di Amerika. Sitcom
berkisar tentang sebuah keluarga besar, Mike Brady dan tiga
individu anak lelakinya dan isteri yang baru dikahwininya Carol
Martin yang mempunyai tiga individu anak perempuan. Siri
tersebut menunjukkan bagaimana keluarga tersebut belajar
untuk mengharungi persekitaran yang baru, penuh dengan
perselisihan dan persaingan tetapi akhirnya mereka menjadi
satu keluarga.

Selepas perceraian, kebanyakan anak-anak mula dengan hidup di dalam


sebuah keluarga beribubapa tunggal buat seketika dan sesetengah ibubapa ini
16
Bab 9: Pengaruh Keluarga

berkahwin semula membentuk sebuah keluarga teradun. Apakah sebuah keluarga


teradun? Sebuah keluarga campuran merupakan suatu terma yang menerangkan
sebuah keluarga di mana ibubapa berkahwin dengan pasangan yang lain sebelumnya,
membawa anak-anak mereka daripada perkahwinan sebelumnya itu untuk tinggal
bersama atau ‘becampur’ di dalam susunan sekarang. Sementara 'keluarga campuran'
adalah perkara biasa di Amerika dan negara barat, ianya merupakan suatu fenomena
yang semakin bertambah di Malaysia dan di negara Asia yang lain (Jamilah Ariffin,
Bernama News, 25 Oktober, 2010).
Sebuah keluarga campuran boleh menjadi "mudah", di mana hanya satu ahli
daripada pasangan tersebut mempunyai seorang atau lebih anak, ataupun ia boleh jadi
"kompleks" atau "bercampur". Di dalam sebuah keluarga bercampur, kedua-dua
pasangan mungkin telahpun ada anak, atau pasangan tersebut mungkin mempunyai
anak tambahan bersama. Sekiranya kedua-dua ahli dalam pasangan tersebut
mempunyai anak sebelumnya, anak-anak itu adalah adik beradik tiri masing-masing.
Mana-mana anak seterusnya yang dilahirkan hasil daripada perkahwinan pasangan itu
menjadi adik beradik seibu atau seayah kepada anak-anak yang sedia ada.
Oleh kerana selalunya si ibu diberikan hak penjagaan anak-anak, bentuk
keluarga bercampur yang paling biasa dijumpai adalah seorang ibu, anak-anaknya
dan seorang ayah tiri. Kebanyakan ayah tiri aktif dalam penjagaan anak, selalunya
mereka nampak keberatan untuk terlibat. Walau bagaimanapun, budak lelaki
selalunya mendapat manafaat daripada kehadiran seorang ayah tiri, khususnya apabila
dia mesra dan melibatkan diri dalam hidup anak tersebut. Budak perempuan pada
peringkat pra-remaja, walau bagaimanapun, tidak mudah menyesuaikan diri dengan
ibunya yang telah berkahwin lagi kerana dia tidak mahu hubungan akrab yang
mereka jalinkan terganggu. (Bray, 1999).
Penyesuaian ini adalah lebih sukar apabila si ibu remaja itu berkahwin lagi.
Remaja sukar menyesuaikan diri dengan keadaan keluarga barunya sepertimana
kanak-kanak; mereka mungkin akan mencabar kuasa seorang ayah tiri. Dan
penyesuaian adalah lebih sukar apabila ayah tiri membawa anak kandungnya. Di
dalam keluarga seperti itu, ibubapa kadang kala melebihkan anak kandung mereka
berbanding anak tiri mereka; mereka lebih mesra dengan anak kandung mereka.
Layanan yang lebih istimewa ini selalunya akan membawa kepada konflik dan
kesedihan. Dan apabila si ibu dan ayah tiri itu bergaduh, anak-anak selalunya
menyebelahi ibu atau ayah kandungnya (Dunn, O’Connor & Cheng, 2005).
Strategi terbaik untuk ayah tiri adalah menunjukkan minat terhadap kehidupan
anak tiri mereka yang baru tetapi elakkan menceroboh ke dalam hubungan yang sudah
terbina. Ibu yang baru berkahwin mesti berhati-hati agar keghairahan mereka terhadap
pasangan baru mereka tidak mengurangkan masa dan belaian kepada anak-anak
mereka. Dan kedua-dua ibubapa dan anak perlu mempunyai jangkaan yang realistik.
Keluarga bercampur boleh berjaya dan juga member manfaat kepada anak-anak dan
remaja, tetapi ia memerlukan usaha disebabkan hubungan yang rumit, kesetiaan yang
berkonflik, dan cemburu yang selalunya hadir. Lama kelamaan anak-anak akan
menyesuaikan diri dengan keluarga itu. Sekiranya perkahwinan itu bahagia,
kebanyakan anak-anak akan mendapat manfaat daripada kehadiran dua individu
dewasa yang prihatin.
17
Bab 9: Pengaruh Keluarga

9.9 Pengabaian Kanak-kanak

KENAPA?...... KENAPA?........ KENAPA?.........


Balasundram, Norshafiqah dan Afiq seharusnya sudah berumur awal dua
puluhan tahun ini; individu muda dengan impian untuk dicapai.
Malangnya, tidak ada di antara mereka masih hidup, mereka telah menjadi
mangsa pengabaian dan meninggal akibat kecederaan dua dekad lalu.
 Dalam tahun 1990, Balasundram yang berumur 26 bulan, telah
dijumpai terdampar di Hospital Kuala Lumpur. Badannya penuh
dengan calar dicucur puntung rokok, diserang dan diliwat oleh
kekasih ibunya. Dia menderita akibat kerosakan otak dan buah
pinggang, walaupun doctor telah berusaha tetapi tetap gagal
menyelamatkannya daripada maut.
 Norshafiqah, pada masa itu 17 bulan, telah meninggal akibat
kecederaan yang disebabkan oleh penjaganya.
 Afiq yang berumur 2 tahun telah meninggal selepas dianiaya
dengan kejam oleh ayahnya sendiri.
Kes-kes yang mengejutkan itu mendapat liputan media yang luas pada
masa itu, malahan telah membangkitkan kemarahan rakyat Malaysia yang
bersatu dan menggesa pihak berkuasa untuk mengambil tindakan
terhadap penganiaya kanak-kanak dan membawa kepada terbentuknya
Akta Perlindungan Kanak-kanak dalam tahun 1991. Teledera telah
ditubuhkan oleh Jabatan Kebajikan dalam tahun 1992 untuk individu
awam melaporkan kes-kes penderaan kanak-kanak.

Jenis pengabaian yang paling banyak adalah penderaan fizikal yang


melibatkan serangan yang membawa kepada kecederaan; penderaan seksual yang
melibatkan pencabulan, persetubuhan, liwat atau kelakuan seksual yang lain; dan
kecuaian yang melibatkan tidak memberikan kanak-kanak makanan, pakaian atau
perubatan yang mencukupi.

A) KESAN PENGANIAYAAN
Bukan semua kanak-kanak yang dianiaya dan terabai akan mengalami kesan jangka
panjang. Hasil daripada kes-kes individu berbeza dengan ketara dan terkesan oleh
suatu kombinasi faktor-faktor, termasuk:
 Umur anak itu dan status perkembangannya semasa penderaan atau
pengabaian berlaku
 Jenis penderaan (penderaan fizikal, pengabaian, penderaan seksual,
dan sebagainya)
 Kekerapan, jangka waktu, dan keterukan penderaan
 Hubungan antara mangsa dan penderanya.
18
Bab 9: Pengaruh Keluarga

Kajian juga telah mula mengkaji mengapa, dalam keadaan yang sama, ada kanak-
kanak yang mengalami kesan jangka panjang penderaan dan pengabaian sementara
yang lainnya nampaknya langsung tidak terkesan. Keupayaan untuk menangani, dan
malahan berjaya, selepas suatu pengalaman yang negatif kadang kala dirujuk sebagai
"kebangkitan". Beberapa faktor pelindung (faktor yang mungkin melindungi anak itu
daripada menderita disebabkan penganiayaan) mungkin menyumbang kepada
kebangkitan seorang kanak-kanak yang didera atau diabaikan. Ini termasuk sifat
individu, seperti optimis, harga diri, kecerdikan, kreativiti, humor, dan kemandirian.
Faktor melindungi juga termasuk persekitaran keluarga atau sosial, seperti akses anak
itu kepada sokongan sosial; khususnya, seorang dewasa yang prihatin terhadap
kehidupan anak itu dapat menjadi suatu faktor pelindung yang penting. Kebajikan
komuniti, termasuk kestabilan kejiranan dan akses kepada perubatan, adalah juga
salah satu faktor pelindung.

a) Kesan Psikologi
Kesan emosi akibat daripada penderaan dan pengabaian - pengasingan, ketakutan, dan
ketidakupayaan untuk memberikan kepercayaan – boleh menjadi kesan sepanjang
hayat, termasuk harga diri yang rendah, kemurungan, dan mempunyai masalah
dengan hubungan. Pengkaji telah mengenal pasti kaitan antara penderaan dan
pengabaian kanak-kanak dengan yang berikut:

 Kesihatan mental dan emosi yang lemah. Di dalam sebuah kajian jangka
panjang, seramai 80 peratus individu muda yang telah didera telah memenuhi
kriteria diagnostik bagi sekurang-kurangnya satu gangguan psikiatrik pada
umur 21 tahun. Individu -individu muda ini telah menunjukkan banyak
masalah, termasuk kemurungan, kebimbangan, gangguan pemakanan, dan
percubaan membunuh diri. Masalah psikologikal dan emosional yang
dikaitkan dengan penderaan dan pengabaian termasuk gangguan panik,
gangguan dissosiatif, gangguan kekurangan perhatian /hiperaktiviti, gangguan
tekanan pasca trauma, dan gangguan ikatan reaktif.

 Masalah Kognitif. Kajian telah menunjukkan bahawa kanak-kanak yang


diletakkan di dalam rumah anak yatim disebabkan penderaan atau pengabaian
lebih berkemungkinan mendapat ukuran keupayaan kognitif, perkembangan
bahasa, dan pencapaian akademik yang lebih rendah daripada populasi umum.

 Masalah Sosial. Kanak-kanak yang didera dan diabaikan oleh penjaga mereka
tidak dapat membentuk ikatan yang selamat dengan mereka. Masalah ikatan
awal ini boleh membawa kepada masalah di kemudian hari daripada segi
hubungan dengan individu dewasa yang lain serta dengan rakan sebaya.

b) Kesan Kepada Kelakuan


Bukan semua mangsa penderaan dan pengabaian kanak-kanak akan mengalami kesan
daripada segi kelakuan; walau bagaimanapun, penderaan dan pengabaian kanak-
kanak nampaknya membuatkan yang berikut berkemungkinan:

 Masalah semasa remaja. Kajian telah mendapati bahawa kanak-kanak


yang didera dan diabaikan adalah sekurang-kurangnya 25% lebih
19
Bab 9: Pengaruh Keluarga

berkemungkinan untuk mengalami masalah seperti delinkuen, kehamilan


dalam usia remaja, pencapaian akademik yang rendah, penggunaan dadah,
dan masalah kesihatan mental.
 Delinkuens juvenil dan Jenayah Dewasa. Kanak-kanak yang telah
didera dan diabaikan lebih berisiko ditahan sebagai juvenil. Penderaan dan
pengabaian menambah kemungkinan kelakuan jenayah individu dewasa
dan jenayah ganas dengan 30%.
 Salah guna alkohol dan dadah lain. Kajian telah dengan konsisten
mencerminkan kemungkinan yang lebih tinggi bahawa anak-anak yang
telah didera dan diabaikan akan merokok, menyalahguna alkohol, atau
mengambil dadah. Di Amerika, menurut sebuah kajian oleh National
Institute on Drug Abuse, seramai dua pertiga individu di dalam program
rawatan dadah telah melaporkan telah didera semasa kanak-kanak. Pada
pendapat anda apakah situasinya di Malaysia?
 Kelakuan Mendera. Ibubapa yang mendera selalunya telah mengalami
penderaan semasa mereka kanak-kanak. Telah dianggarkan bahawa lebih
kurang satu pertiga daripada kanak-kanak yang telah didera dan diabaikan
akan kemudiannya mendera anak-anak mereka sendiri di Amerika.

c) Kesan Kesihatan Fizikal


Kesan fizikal yang segera daripada penderaan atau pengabaian boleh jadi kecil secara
relatifnya (lebam atau luka) ataupun teruk (tulang patah, pendarahan, malahan
kematian). Dalam sesetengah kes kesan fizikal itu sementara; walau bagaimanapun,
kesakitan dan penderitaan yang mereka kenakan kepada seindividu kanak-kanak
tidak harus diperkecilkan. Sementara itu, impak jangka panjang penderaan dan
pengabaian kanak-kanak terhadap kesihatan fizikal baru mula dipelupori. Berikut
adalah beberapa kesan yang telah dikenal pasti melalui hasil kajian:

 Sindrom menggoncang bayi. Kesan segera menggoncang bayi, yang


merupakan suatu bentuk penderaan kanak-kanak yang biasa yang
melibatkan bayi, mungkin termasuk muntah, patah, kesukaran bernafas,
kejang, dan kematian. Kesan jangka panjang boleh termasuk buta, masalah
pembelajaran, terencat mental, serebral palsi, atau lumpuh.

 Perkembangan otak yang kurang. Penderaan dan pengabaian kanak-


kanak telah ditunjukkan, dalam sesetengah kes, dapat menyebabkan
kawasan penting otak gagal berfungsi dengan betul, menyebabkan
kurangnya perkembangan fizikal, mental, dan emosional. Dalam kes lain,
tekanan daripada penderaan yang kronik menyebabkan tindakbalas
"hyperarousal" oleh sesetengah kawasan otak, yang mungkin
menyebabkan hiperaktiviti, gangguan tidur, dan kebimbangan, dan juga
kerentanan yang lebih tinggi kepada gangguan tekanan pasca trauma,
kekurangan perhatian/hiperaktiviti, gangguan kelakuan, dan masalah
pembelajaran serta ingatan.
20
Bab 9: Pengaruh Keluarga

B) SEBAB-SEBAB PENGANIAYAAN
Tidak terdapat satu sebab pengabaian kanak-kanak yang diketahui. Tidak juga
terdapat satu penerangan yang menggambarkan semua keluarga yang di mana anak-
anak menjadi mangsa penderaan dan pengabaian. Pengabaian kanak-kanak berlaku
merentas kumpulan sosio-ekonomi, agama, budaya, kaum, dan etnik. Sementara tidak
terdapat sebab yang khusus telah dikenalpasti membawa ibubapa atau penjaga yang
lainnya kepada penderaan atau pengabaian seindividu anak, kajian telah mengenali
beberapa faktor risiko atau sifat yang biasa dikaitkan dengan penganiayaan.
Kanak-kanak dalam keluarga dan persekitaran di mana faktor-faktor ini wujud
mempunyai kemungkinan yang lebih tinggi untuk mengalami penganiayaan. Harus
ditekankan, walau bagaimanapun, bahawa sementara sesetengah faktor selalunya ada
dalam kalangan di mana pengabaian berlaku, ini tidak bermakna bahawa kewujudan
faktor tersebut akan sentiasa menyebabkan penderaan dan pengabaian kanak-kanak.
Faktor-faktor yang mungkin menyumbang kepada pengabaian dalam satu keluarga
mungkin tidak menyebabkan penderaan atau pengabaian kanak-kanak dalam keluarga
yang lain. Misalnya, beberapa pengkaji telah memerhatikan bahawa terdapat
hubungan di antara kemiskinan dan penganiayaan, namun begitu harus diperhatikan
bahawa kebanyakan individu yang tinggal dalam kemiskinan tidak menyakiti anak-
anak mereka. Faktor risiko yang dikaitkan dengan pengabaian kanak-kanak boleh
dikumpulkan kepada empat domain:
 Domain ibubapa atau penjaga
 Domain keluarga
 Domain anak
 Domain persekitaran

1) Domain Ibubapa
Ada sifat ibubapa atau penjaga (individu dewasa lain) seperti keperibadian, sejarah,
sikap dan pengetahuan, umur mereka dan penggunaan dadah telah ternyata
menyumbang kepada pengabaian kanak-kanak.

 Ciri-ciri Keperibadian: Tidak ada suatu set ciri-ciri atau keperibadian yang
konsisten telah dikaitkan dengan ibubapa atau penjaga yang menganiaya.
Beberapa ciri yang selalu dikenalpasti ada pada mereka yang menganiaya atau
mengabaikan secara fizikal termasuk harga diri yang rendah, lokus kawalan
luaran (i.e. percaya bahawa kejadian ditentukan oleh nasib atau daya luaran
yang di luar kawalan seseindividu ), kawalan gerak hati yang lemah,
kemurungan, kebimbangan, dan kelakuan antisosial.

 Sejarah Ibubapa: Sejarah zaman kanak-kanak ibubapa memainkan peranan


yang penting dalam bagaimana dia bertindak sebagai ibubapa. Individu yang
mempunyai model peranan keibubapaan yang lemah atau mereka yang
mempunyai keperluan yang tidak dipenuhi akan mendapati sukar untuk
memenuhi keperluan anak-anak mereka. Terdapat bukti yang menunjukkan
bahawa penulisan tentang pengabaian kanak-kanak selalunya menyokong
dapatan bahawa sesetengah ibubapa atau penjaga yang menganiaya adalah
mangsa penderaan atau pengabaian semasa mereka kanak-kanak.
21
Bab 9: Pengaruh Keluarga

 Salah guna dadah: Salah


guna dadah oleh ibubapa
telah dilaporkan sebagai
suatu faktor yang
menyumbang kepada antara
satu hingga dua pertiga
kanak-kanak yang dianiaya.
Di dalam sebuah kajian di
Chicago, Amerika Syarikat;
pengalaman pengabaian
dalam kalangan kanak-kanak yang ibubapanya menyalah guna alkohol dan
dadah jenis lain adalah hampir tiga kali lebih berkemungkinan dianiaya dan
lebih daripada empat kali lebih berkemungkinan terabai berbanding kanak-
kanak yang ibubapanya tidak mengalahgunakan dadah. Penyalahgunaan dadah
dapat mengganggu fungsi mental, pertimbangan, dan keupayaan melindung
sseseorang ibu atau bapa. Ibubapa yang sangat terkesan oleh penggunaan
dadah dan alkohol mungkin mengabaikan keperluan anak-anak mereka,
menggunakan wang untuk dadah dan bukan keperluan rumah, atau terlibat
dalam aktiviti jenayah yang menggugat kesihatan atau keselamatan anak-anak
mereka.

 Sikap dan Pengetahuan: Sikap dan atribusi yang negatif tentang kelakuan su
anak serta pengetahuan yang tidak tepat tentang perkembangan kanak-kanak
mungkin memainkan peranan yang menyumbang kepada pengabaian kanak-
kanak. Misalnya, ada kajian yang telah mendapati bahawa ibu yang mendera
anaknya secara fizikal mempunyai jangkaan yang lebih negatif dan lebih
tinggi daripada biasa terhadap anaknya, dan juga kurang pemahaman tentang
norma perkembangan yang sesuai. Kurang pengetahuan ibubapa tentang
perkembangan kanak-kanak yang normal mungkin membawa kepada
jangkaan yang tidak munasabah. Jangkaan yang tidak dipenuhi boleh
membawa kepada hukuman yang tidak sesuai (e.g., ibu atau bapa memukul
sanak berumur satu tahun kerana kencing di dalam seluarnya).

 Umur ibubapa atau penjaga: Umur penjaga mungkin menjadi suatu faktor
untuk sesetengah bentuk penganiayaan, walaupun dapatan kajian adalah tidak
konsisten. Ada kajian tentang penderaan fizikal, khususnya telah mendapati
bahawa ibu yang lebih muda menunjukkan bahawa mereka mempunyai kadar
penderaan anak yang lebih tinggi berbanding ibu yang lebih berumur. Faktor
penyumbang yang lain, seperti status ekonomi yang lebih rendah, kekurangan
sokongan sosial, dan tahap tekanan yang lebih tinggi.

2) Domain Keluarga
Situasi kehidupan yang khusus bagi sesetengah keluarga; seperti konflik
rumahtangga, keganasan domestik, ibu bapa tunggal, pengangguran, tekanan
kewangan, dan pengasingan sosial – mengkin meningkatkan kemungkinan
penganiayaan. Faktor-faktor ini dengan sendirinya mungkin tidak menyebabkan
penganiayaan, mereka selalunya menyumbang kepada corak fungsi keluarga yang
negatif.
22
Bab 9: Pengaruh Keluarga

Struktur Keluarga:
Kanak-kanak yang tinggal dengan ibubapa tunggal mungkin lebih berisiko tinggi
mengalami penderaan fizikal dan seksual serta pengabaian berbanding kanak-kanak
yang tinggal dengan kedua-dua ibubapa kandung. Keluarga ibubapa tunggal adalah
lebih berkemungkinan mempunyai pendapatan di bawah paras kemiskinan.
Pendapatan yang lebih rendah, tekanan yang lebih tinggi yang dikaitkan dengan
memikul bebanan tanggungjawab keluarga berseorangan mungkin adalah punca ibu
atau bapa menganiayai anak mereka.

Konflik Rumahtangga: Menurut


kajian yang telah dilakukan, di
dalam 30 hingga 60 peratus
daripada keluarga di mana
penderaan pasangan berlaku,
penderaan kanak-kanak juga
berlaku. Anak-anak di dalam
rumah yang ganas mungkin
menyaksikan ibubapa yang ganas,

yang mungkin mereka sendiri Gambarajah 9.11 Ibubapa bertengkar


menjadi mangsa penderaan fizikal, memberikan kesan emosi yang
dan mungkin diabaikan oleh ibu menyakitkan kepada anak-anak
atau bapa yang menumpu kepada
pasangannya atau tidak responsif kepada anak-anaknya disebabkan ketakutan mereka
sendiri. Seorang anak yang menyaksikan keganasan antara ibubapanya berisiko
dianiaya, tetapi, walaupun anak itu tidak dianiaya, dia mungkin mengalami kesan
emosi yang menyakitkan akibat daripada menyaksikan keganasan ibubapa (lihat
Gambarajah 9.11)

Tekanan: Tekanan juga dianggap memainkan peranan yang penting dalam fungsi
keluarga. Penderaan fizikal telah dikaitkan dengan tekanan ibubapa, dan kesedihan
emosi dalam berbagai kajian. Ada kajian yang mendapati bahawa keluarga yang
mengabaikan anak mereka dilaporkan mempunyai tekanan harian yang lebih tinggi
berbanding keluarga yang tidak mengabaikan anak mereka (e.g., kehilangan
pekerjaan, penyakit fizikal, masalah rumahtangga, atau kematian ahli keluarga)
mungkin menyebabkan sesetengah sifat ahli keluarga berubah, seperti permusuhan,
kebimbangan, atau kemurungan, dan ia mungkin juga memburukkan tahap konflik
keluarga dan penganiayaan.

3) Domain Anak
Anak-anak tidak bertanggungjawab kerana menjadi mangsa penganiayaan.
Sesetengah faktor, walau bagaimanapun, boleh menjadikan sesetengah anak-anak
lebih terdedah kepada kelakuan menganiaya. Umur anak dan perkembangannya—
daripada segi fizikal, mental, emosional, dan sosial—mungkin meninggikan
kemungkinan anak itu terdedah kepada penganiayaan, bergantung kepada interaksi
antara ciri-ciri tersebut dengan faktor ibubapa yang telah dibincangkan di atas.

Umur: Kajian telah menunjukkan bahawa pengabaian paling tinggi adalah bagi
kanak-kanak berumur antara baru lahir sehingga 3 tiga tahun dan menurun apabila
23
Bab 9: Pengaruh Keluarga

umur meningkat. Bayi dan kanak-kanak kecil, oleh kerana saiz fizikalnya yang kecil
dan memerlukan penjagaan yang konstan, terdedah kepada pengabaian kanak-kanak
seperti “sindrom bayi digoncang” dan juga lebih berisiko menerima penderaan
seksual.

Kecacatan: Kanak-kanak yang mempunyai kecacatan fizikal, kognitif, dan emosional


nampaknya mengalami kadar pengabaian yang lebih tinggi berbanding kanak-kanak
lain. Kajian telah menunjukkan bahawa pengabaian adalah 1.7 kali lebih
berkemungkinan dalam kalangan kanak-kanak dengan kecacatan kerana kanak-kanak
ini dianggap sebagai “berbeza”. Permintaan terhadap penjagaan bagi kanak-kanak ini
mungkin melemaskan ibubapa. Kanak-kanak yang mempunyai kecacatan juga
mungkin terdedah kepada pengabaian berulang kerana mereka mungkin tidak
memahami bahawa kelakuan mendera itu tidak kena, dan mereka mungkin tidak
berupaya untuk melepaskan diri atau mempertahankan diri dalam situasi penderaan,

4) Domain Persekitaran
Faktor persekitaran selalunya didapati berkombinasi dengan faktor ibubapa, keluarga
dan anak, seperti yang telah ditekankan di atas. Faktor persekitaran termasuklah
kemiskinan dan pengangguran, pengasingan sosial, dan ciri-ciri komuniti. Adalah
penting untuk ditekankan bahawa kebanyakan ibubapa atau penjaga yang tinggal
dalam jenis persekitaran ini tidak mendera.

Kemiskinan dan Pengangguran: Kemiskinan dan pengangguran menunjukkan


perkaitan yang kuat dengan penderaan kanak-kanak, khususnya pengabaian. Adalah
penting untuk ditekankan bahawa kebanyakan individu miskin tidak mendera anak-
anak mereka. Walau bagaimanapun, kemiskinan—khususnya apabila berinteraksi
dengan faktor risiko yang lain seperti kemurungan, salah guna dadah, dan
pengasingan sosial—dapat meningkatkan kemungkinan penganiayaan. Misalnya,
pendapatan yang rendah menimbulkan tekanan keluarga yang lebih tinggi, yang
seterusnya membawa kepada kemungkinan penderaan yang lebih tinggi. Sama juga,
ibubapa dengan pendapatan yang rendah, walaupun mempunyai hasrat yang baik,
mungkin tidak dapat menyediakan penjagaan yang cukup semasa membesarkan anak-
anak dalam kejiranan berisiko tinggi, dengan rumah dan penjagaan harian yang tidak
selamat atau sesak.

FAKTOR PELINDUNG
Sepertimana terdapat faktor yang meletakkan keluarga dalam risiko mendera anak-
anak mereka, terdapat juga faktor lain yang mungkin melindungi mereka daripada
terdedah kepada penganiayaan—faktor yang mendorong kebangkitan. Umumnya,
kajian telah mendapati bahawa hubungan yang menyokong dan memuaskan secara
emosi, dengan suatu jaringan saudara mara atau kawan-kawan dapat membantu
meminimakan risiko ibubapa mendera anak-anak, khususnya semasa menghadapi
tekanan hidup. Misalnya, ibubapa yang telah didera semasa mereka kanak-kanak lebih
berkemungkinan tidak mendera anak-anak mereka sendiri sekiranya mereka telah
menyelesaikan konflik dalaman dan kesakitan yang berkaitan dengan sejarah mereka
yang didera dan sekiranya mereka mempunyai hubungan dengan pasangannya yang
kukuh, stabil, menyokong, dan tidak mendera. Tambahan lagi, program pendidikan
dan pengukuhan perkahwinan dan mungkin dapat memberikan suatu “roadmap”
cabaran yang dijangkakan seperti kelahiran anak pertama, menjadi ibubapa kepada
24
Bab 9: Pengaruh Keluarga

remaja, dan perbezaan jantina yang biasa yang mungkin bertindak sebagai faktor
pelindung yang mengukuhkan keluarga.

[sumber: dengan izin daripada Goldman, J., Salus, M. K., Wolcott, D., Kennedy, K.
Y. (2003), A Coordinated Response to Child Abuse and Neglect: The Foundation for
Practice. Office on Child Abuse and Neglect (HHS), Washington, DC. Child Welfare
Gateway]

9.6 AKTIVITI PEMBELAJARAN


a) Apakah keluarga teradun?
b) Bincangkan akibat penganiayaan.
c) Jelaskan sebab pengabaian kanak-kanak.
d) Pernahkah anda berhadapan dengan kanak-kanak
teraniaya dalam kelas anda? Bincangkan bagaimana anda
telah menangani kanak-kanak tersebut.
.

RINGKASAN

 Keluarga terdiri daripada individu yang mungkin berkait melalui darah,


perkahwinan, atau pilihan.

 Keibubapaan autoritarian adalah apabila kanak-kanak dijangka mematuhi


peraturan yang ketat yang diletakkan oleh ibubapa.

 Ibubapa yang autoritatif lebih responsif kepada anak-anak mereka dan bersedia
mendengar soalan.

 Ibubapa permisif jarang mendisiplin anak-anak mereka kerana mereka


mempunyai jangkaan tentang kematangan dan kawalan diri yang secara relatifnya
lebih rendah.

 Gaya keibubapaan yang tidak terlibat adalah dicirikan oleh permintaan yang
sedikit, keresponsifan yang rendah dan komunikasi yang sedikit.

 Kanak-kanak banyak belajar daripada ibubapa mereka hanya dengan melihat dan
memerhatikan mereka.

 Dengan memberikan maklumbalas kepada anak-anak mereka, ibubapa


memberikan indikasi samada suatu kelakuan adalah sesuai dan harus diteruskan
ataupun tidak sesuai dan harus dihentikan.

 Ibubapa dengan SES yang rendah selalunya mengekspresi ciri-ciri luaran seperti
pematuhan, kesopanan, kekemasan dan kebersihan.
25
Bab 9: Pengaruh Keluarga

 Ibubapa dengan SES yang tinggi menekankan sifat psikologikal, seperti sifat ingin
tahu, kebahagiaan, pengarahan kendiri dan kematangan kognitif dan sosial.

 Selepas perceraian, kebanyakan kanak-kanak mula tinggal dalam rumahtangga


dengan satu ibu atau bapa, yang berbeza daripada sebuah keluarga asas ataupun
keluarga dengan dua individu ibubapa yang dianggap sebagai sebuah struktur
keluarga yang ideal.

 Umumnya, tidak ramai yang akan menafikan bahawa perceraian adalah


menyedihkan untuk anak-anak kerana ia melibatkan konflik antara ibubapa dan
selalunya perpisahan daripada salah satu daripada mereka.

 Sebuah keluarga teradun merupakan suatu terma yang menerangkan sebuah


keluarga di mana ibubapa yang telah berkahwin dengan pasangan yang lain
sebelumnya, membawa anak-anak mereka daripada perkahwinan yang
sebelumnya itu untuk tinggal bersama atau 'teradun' bersama dalam struktur yang
ada sekarang.

 Jenis pengabaian yang paling biasa adalah penderaan fizikal, penderaan seksual
dan pengabaian.

KEY TERMS
Status sosioekonomi Gaya keibubapaan Penganiayaan
Konflik adik beradik Keibubapaan autoritarian Kadar perceraian
Keluarga teradun Keibubapaan autoritatif Tekanan
Keluarga asas Keibubapaa permisif Intervensi
Ibubapa tunggal Keibubapaan tidak terlibat

RUJUKAN:

Amato, Paul R. & Keith, B. (1991). Parental divorce and adult well-being: A meta-
analysis. Journal of Marriage and the Family, 53, 43-58.

Bloom, B. S. (1981). All our children learning: A primer for parents, teachers, and
other educators. New York: McGraw-Hill, pp.92-101.

Baumrind, D. (1967). Child-care practices anteceding three patterns of preschool


behaviour. Genetic Psychology Monographs. 75. 43-88.

Baumrind, D. (1991). The influence of parenting style on adolescent competence and


substance use. Journal of Early Adolescence. 11(1). 56-95.
26
Bab 9: Pengaruh Keluarga

Bradley, R H., Caldwell, B. M., & Rock, S. L. (1988). Home environment and school
performance: A ten year follow-up and examination of three models of environmental
action. Child Development, 59, 852-867.

Bus, A. G. & van Ijzendoorn, J. H. (1988). Mother-child interactions, attachment, and


emergent literacy:A cross-sectional study. Child Development, 59, 1262-1272.

Demarest, E.J., Reisner, E.R., Anderson, L.M., Humphrey, D.C., Farquhar, E., &
Stein, S.E. (1993). Review of research on achieving the nation's readiness goal.
Washington, DC: U.S. Department of Education.

Dunn J, Munn P. Sibling quarrels and maternal intervention: Individual differences in


understanding and aggression. Journal of Child Psychology and Psychiatry and Allied
Disciplines 1986;27(5):583-595.
.
Elings, L. R. (1988, May). The effects of parenting styles on children's self-esteem: A
developmental perspective. Doctoral research paper, Biola University.

Estrada, P., Arsenio, W. F., Hess, R. D., & Holloway, S.C. (1987). Affective quality
of the mother-child relationship: Longitudinal consequences for children's school
relevant cognitive functioning. Developmental Psychology, 23 (2), 210-215.

Freund, L. S. (1990). Maternal regulation of children's problem solving behavior and


its impact on children's performance. Child Development, 61, 113-126.

Goldman, J., Salus, M. K., Wolcott, D., Kennedy, K. Y. (2003), A Coordinated


Response to Child Abuse and Neglect: The Foundation for Practice. Office on Child
Abuse and Neglect (HHS), Washington, DC.

Greenberg, P. (1989). Parents as partners in young children's development and


education: A new American fad? Why does it matter? Young Children, (May) 61-75.

Gully K, Dengerink H, Pepping M, Bergstrom D. Research note: Sibling contribution


to violent behaviour. Journal of Marriage and the Family 1981;43(2):333-337.

Henderson, A. (1987). The evidence continues to grow: Parent involvement improves


student achievement. Columbia, MD: National Committee for Citizens in Education,
pp.1-10.

Howe N, Recchia H. (2006). Sibling relations and their impact on children’s


development. In: Tremblay RE, Barr RG, Peters RDeV, eds. Encyclopedia on Early
Childhood Development [online]. Montreal, Quebec: Centre of Excellence for Early
Childhood Development: 1-8.

Juel, C. (1988). Learning to read and write: A longitudinal study of 54 children from
first through fourth grades. Educational Psychology, 4, 437447.

Kramer, L. (2010). Siblings play formative, influential role as 'agents of socialization.


New Bureau. University of Illinois.
27
Bab 9: Pengaruh Keluarga

Maccoby, E. & Martin, J. (1983). Socialisation in the context of the family: Parent-
child interaction. In P.H. Mussen & E. Hetherington. Handbooks of child psychiatry:
vol. 4. Socialisation, Personality and Social Development, New York: Wiley.

Maccoby, E. (1992). The role of parents in the socialisation of children. An historical


overview. Developmental Psychology. 28. 1006-1017.

Maclean, M., Bryant, P., & Bradley, L. (1987). Rhymes, nursery rhymes, and reading
in early childhood. Merrill-Palmer Quarterly, 33, 255-281.

Maroon, R. A., Boldrick, E., & Harkins, C. (1988). The impact of parental
involvement on preschoolers' school success. Paper presented at the 34th annual
meeting of the Southeastern Psychological Association, New Orleans, March.

Nogy, C. A. (1989). The relationship between selected paternal childrearing practices,


locus of control, and motivation to achieve in preschool children. Doctoral
dissertation, Florida State University.

Pratt, M. W., Merig, P., Cowan, P. A., & Cowan, C. P. (1988). Mother and fathers
teaching 3-year olds: Authoritative parenting and adult scaffolding of young children's
learning. Developmental Psychology, 24 (6),832-839.

Ramey, S.L., & Ramey, C. T. (1994, November). The transition to school: Why the
first few years matter for a lifetime. Phi Delta Kappan, 76(30), 194-198.

Siddiqui, A, Ross, H. (1999). How do sibling conflicts end? Early Education and
Development. 10(3):315-332.

Song, M. J., & Ginsburg, H.P. (1987). The development of informal and formal
mathematical thinking in Korean and U.S. children. Child Development, 58,1286-
1296.

Stevenson, D. L., & Baker, D. P. (1987). The family-school relation and the child's
school performance. Child Development, 58, 1348-1357.

Thiessen, Sarah. (1997). Effects of single parenting on adolescent academic


achievement: Establishing a risk and protective framework. Unpublished manuscript.
(ERIC Document No. ED412479)

Vuchinich S. Starting and stopping spontaneous family conflicts. Journal of Marriage


and the Family 1987;49(3):591-601.

Volling, B. & Belsky, J (1992). The contribution of mother-child and father-child


relationships to the quality of sibling interaction: A longitudinal study. Child
Development. 63(5):1209-1222.

Ziegler, S. (1987, October). The effects of parent involvement on children's


achievement: The significance of home/school links. Toronto Board of Education,
Ontario.

Anda mungkin juga menyukai