Anda di halaman 1dari 5

5 Sebab Fotografi Boleh Membantu Dalam

Terapi Minda dan Jiwa


by Ruqayya Khalid
Ada orang mengambil gambar sebagai koleksi peribadi. Boleh ditatap oleh anak
cucu di masa hadapan.

Ada orang ambil gambar sebagai kenangan. Untuk mengimbau kembali kenangan
manis yang pernah dilalui.

Ada orang mengambil gambar sebagai hobi kerana minat yang mendalam dalam
dunia fotografi.

Ada orang mengambil gambar sebagai pendapatan. Samada mengambil upah


mengambil gambar, menjual gambar atau sebagai aset dalam meningkatkan
perniagaan.

Ada orang mengambil gambar sebagai terapi. Mengisi masa terluang agar tidak
rasa terlalu sedih atau gusar dengan masalah ujian yang dilalui.

Apa pun sebabnya, melihat gambar yang cantik adalah terapi mata yang
memandang.

Gambar yang cantik menjadi terapi mata. Setiap gambar ada ceritanya
tersendiri. Ada soul di dalamnya tanpa perlukan penceritaan yang panjang.
Setiap gambar yang diketik umpama satu fasa dalam kehidupan. Setiap gambar
yang dilihat kembali akan mengingatkan kita kepada memori tertentu. Ada gambar
mengingatkan kita kembali zaman kita jatuh. Ada sesetengah gambar
mengingatkan kita zaman kita sedang bangkit dari kejatuhan. Ada juga gambar
merakam detik kejayaan kita.

Nakkan gambar yang cantik bukan main ketik sahaja. Ada skill yang perlu
dipelajari. Boleh sahaja edit sendiri cumanya akan makan diri bila gambar yang
diingini tidak menjadi.

 
Bila mengambil gambar, kita menjadi alpa. Seakan-akan terlupa sebentar dengan
masalah yang membuku di jiwa. Kita akan jadi lebih fokus kepada perkara lain.
Bonus bila gambar yang diketik tu ‘menjadi’. Masa itu kita tidak lagi berfikir tentang
masalah yang bergelora di jiwa. Tidak lagi skrol memerhatikan kehidupan orang
lain yang kelihatan ‘lebih baik’ di media sosial. Ketika itu, kita berada di dalam
dunia kita dan objek atau sekeliling yang kita ingin rakamkan.

Itu baru mengambil gambar. Belum lagi bab edit gambar. Ada kalanya boleh
menjadi asyik ketika  sedang membuat editing. Jika diberi pilihan antara editing
penulisan atau editing gambar, edit gambar mungkin menjadi seronok. Kita rasa
bebas edit mengikut apa yang kita rasakan. Cuma jika tiada ilmu editing, silap hari
bulan boleh jadi stress. Apa yang digambarkan tak capai. Nak cuba sendiri tapi
makin kusut jadinya.

Yang surirumah boleh release stress.

Yang kesedihan boleh lupakan masalah seketika.

Yang sedang bosan dapat lakukan sesuatu berfaedah.

Kesimpulannya, ini 5 sebab utama bagaimana fotografi membantu dalam proses


terapi:

1. Fotografi dapat memberi peluang kepada kita untuk melihat dunia secara


objektif. Bila fikiran membuntu, kita akan akan melihat alam dan benda di
sekeliling kita. Kita menjadi peka dengan benda di sekeliling daripada
memikirkan perkara yang tersimpan di dalam minda.
2. Fotografi adalah bentuk ekspresi diri. Ia adalah terapi di mana proses editing
gambar menggambarkan apa yang bayangkan atau rasa.
3. Fotografi membolehkan kita melihat dengan lihat mendalam tentang apa
yang kita rasa, fikir dan lihat. Bila kita ralik melihat alam atau objek di
sekeliling kita, ia menimbulkan beberapa soalan dan mengubah perspektif kita
tentang kehidupan.
4. Fotografi membantu kita mengimbau pengalaman setiap hari. Setiap hari
cerita hidup kita berbeza. Bila melihat foto-foto yang tersimpan, ia
menggambarkan seribu satu cerita.
5.

5. Fotografi membantu kita menjadi kreatif. Ada di antara kita kurang mahir


meluahkan perasaan melalui lisan dan penulisan. Melalui fotografi, ia membantu
kita berkomunikasi dengan meluahkan fikiran dan perasaan melalui foto.

Anda stress, sedih atau bosan? Mari lihat alam atau objek yang menarik. Ambil
gambar tersebut. Kami boleh bantu anda bagaimana untuk mengambil gambar
dengan baik. Jadikan editing gambar sebagai satu salah satu terapi yang
mengasyikkan.
 

Jadikan fotografi sebagai terapi minda anda. Terus daftar dan mulakan terapi anda
hari ini. 

Penulis adalah dari supplementmama.com

Sekarang dengan hanya menggunakan henfon kita boleh dapat atau capture
momen bersama yang tersayang dan pemandangan yang indah. Dengan henfon
mampu milik pun boleh. Klik gambar terus untuk mendaftar!

Anda mungkin juga menyukai