Anda di halaman 1dari 6

TEORI KONFLIK

Teori konflik sosial muncul pada abad 18 dan 19, dalam karya hebat yang telah di
hasilkan oleh Jessi Bernard dalam bukunya The Sociological Conflict yang
diterbitkan pada tahun 1957, Lewis Cose dengan bukunya The Function of Social
Conflict (1956) dan Ralf Dahrendorf menghasilkan Class and Class Conflict and
Industrial Sociaty. Dapat dilihat sebagai respon dan hasil daripada sesebuah
revolusi, demokrasi dan industrial. Teori sosiologi konflik adalah alternatif dan
tidakbalas dan ketidakpuasan hati atas teori fungsional structural Talcot Parsons
dan Robert K. Metron. Konflik Sosial ini dapat dilihat dan dipelopori oleh tokoh-tokoh
seperti Karl Marx, Max Weber dan George Simmel yang menilai masyarakt dengan
pemahaman yang berintegriti.Teori ini menganggap konflik adalah satu aspek
utama (fundamental) dalam kehidupan masyarkaat dan tidak dapat diatasi
sepenuhnya,dan mengikut teori ini konfliik tidak dapat dibendung apabila agensi
kawalan bersifat formal memaksa masyarakat.

Richard Rudner (1966), falsafah sains yang telah menyatakan bahawa teori sebagai
satu set pernyataan yang berkaitan secara sistematik termasuklah berberapa
generalisasi yang mempunyai persamaan dengan undang-undang, yang boleh diuji
secara empirical, had berkenaan memerlukan Batasan kemudian akan melahirkan
pernyataan atau perkadaran yang saling berkaitan antara satu sama lain untuk
membentuk teori saintifik. Vilfredo Pareto (1901-1902) telah menggambarkan
pergolakan politik akibat pertembungan mekanikal antara dua jenis individu di
panggil The Lions dan The Foxes, yang bergiliran menunggu peluang untuk
berkuasa. C.H. Simmel dan Max Weber telah melihat bahawa gejala konflik yang
nampaknya tidak dapat dielakkan telah memainkan peranan peranan, perhatian
positif kepada masyarkat dan memupuk rasa komuniti. Tetapi setelah mereka kata
konflik tidak lagi didengar kecuali dalam makna negative. Manakala menurut Coser,
konflik boleh menjadi proses instrumental yang mendalam, pembentukan dan
penyatuan dan pemeliharaan struktur sosial. Bercanggah dengan kumpulan lain,
ianya dapat mengukuhkan identiti kumpulan dan melindunginya daripada merebak
ke dunia sosial sekeliling.

Teori ini bertujuan untuk menganalisis kejadian asal berlakunya pelanggaran


peraturan atau latarbelakang seseorang yang berkelakuan menyimpang dari norma

This study source was downloaded by 100000844047438 from CourseHero.com on 03-24-2022 09:46:34 GMT -05:00

https://www.coursehero.com/file/98584529/TEORI-KONFLIKdocx/
asal. Konflik yang dimaksudkan bersifat pluralistic masyarakat dan
ketidakseimbangan mereka mengagihkan kuasa yang berlaku antara mereka
kerana di dominasi oleh puak elit yang menjadi pemegang taruh untuk membuat
peraturan,dan mencipta kekuatan untuk kepentingan mereka. Konflik berasal
daripada perkataan ‘configere’ yang bermaksud ‘satu sama lain memukul’. Dari
sudut sosiologi konflik ditakrif sebagai proses sosial antara dua orang atau lebih
yang mana satu pihak lain cuba menyingkirkan pihak lain dengan
memusnahkannya atau membuatnya tidak berdaya (Dany Haryanto,2011) konflik
didorong oleh pelbagai ciri yang dibawa individu dalam interaksi. Perbezaan ini
merangkumi mengenai ciri-ciri fizikal,kecerdasan,pengetahuan dan adat istiadat
kepercayaan dan sebagainya.

Kemunculan konflik terjadi akibat daripada perbezaan dan kepelbagaian, ianya


menunjukkan keberadaannya dari masa ke semasa konflik dari setiap tindakan yang
berlaku dan konflik terbahagi kepada konflik Vertikal dan Horizontal.Konflik vertical
atau mendatar adalah konflik yang berlaku antara dua kelompok atau individu yang
memiliki kedudukan sosioekonomi dan sosial yang sama,akibat daripada persamaan
tersebut munculnya konflik seperti perebutan kekuasaan ataupun pengaruh
sehingga wujudnya permasalahan. Manakala konflik vertical pula adalah konflik
yang berlaku antara masyarakat dan juga negeri atau pemerintah hal ini berlaku
akibat daripada perbezaan latar belakang sosioekonomi, kekuasaan dan pengaruh.
Secara amnya perkara ini timbul akibat daripada ketiakpuasan hati kepada
pemerintah contohnya,demonstrasi Omnibus Law yang berlaku di Republik
Indonesia yang berlaku akibat undang-undang yang tidak menyebelahi perkerja
menyebabkan rakyatnya marah dan membuat protes besar-besaran di seluruh
wilayah.

Terdapat banyak konflik yang berlaku dalam kehidupan dalam diri sendiri mahupun
masyarakat. Hal ini kerana perkara kecil boleh menyebabkan konflik berlaku dan
berakhir dengan rusuhan sekiranya tidak ditangani dan di uruskan dengan baik
selain menyebabkan berlakunya dingin dalam sesebuah kumpulan dan boleh
menyebabkan perpecahan berlaku yang menyebabkan kerosakan dan
ketidakfungsian masyarakat dengan baik. Peranan undang-undang diperlukan bagi
mengawal atau menyekat pengunaan kuasa badan-badan yang lebih tinggi dan

This study source was downloaded by 100000844047438 from CourseHero.com on 03-24-2022 09:46:34 GMT -05:00

https://www.coursehero.com/file/98584529/TEORI-KONFLIKdocx/
mempunyai pengaruh untuk mengerakkan kuasa. Hal ini penting bagi mengelakan
berlakunya salah guna kuasa berlaku.

Aplikasi teori dalam filem ‘A Walk to Remember’

Menurut Hall (1904), remaja adalah masa yang penuh dengan kekeliruan, kesedihan
dan konflik. Oleh itu, adalah penting bagi orang dewasa khususnya ibu bapa,
pendidik dan ahli masyarakat untuk mengikuti perkembangan remaja. Pelajar-
pelajar remaja akan mudah terpengaruh dan suka mengabaikan pelajaran jika tidak
dikawal atau kurang perhatian. Akhirnya ini akan menghasilkan remaja yang tidak
produktif seperti melepak, mencuri, ponteng sekolah dan terlibat dengan pelbagai
gejala sosial seperti devian dan delinkuen. Lazimnya konflik memuncak pada awal
remaja dan stabil semasa peringkat pertengahan remaja dan menurun apabila
mencapai umur lapan belas tahun. Jika remaja tidak dapat menyesuaikan diri,
remaja akan berkelakuan mendorong kepada masalah sosial di atas.

Latar belakang tingkah laku i sosial adalah kesan daripada kekurangan,


ketidaksesuaian atau kawalan disiplin yang tidak konsisten semasa kanak-kanak
(Jacobvitz et al., 1996). Menurutnya lagi ia berpunca daripada kegagalan cara gaya
keibubapaan dan pengurusan keluarga sehingga membangkitkan konflik dan
tekanan psikologikal dalam keluarga mereka sendiri. Remaja gagal melihat keluarga
sebagai persekitaran yang sihat dan boleh memberikan kebahagiaan serta rasa
seronok kepada mereka. Kekurangan komunikasi yang berkesan dan kasih sayang
dalam keluarga turut memainkan peranan dalam pembentukan personaliti remaja
bermasalah. Kenyataan ini di sokong oleh Hoffman (1994), bahawa keluarga telah
membentuk personaliti seseorang sejak kecil dan terus memberikan pengaruh yang
amat besar kepada tingkah laku, sikap dan pemikiran seseorang di alam dewasa.

This study source was downloaded by 100000844047438 from CourseHero.com on 03-24-2022 09:46:34 GMT -05:00

https://www.coursehero.com/file/98584529/TEORI-KONFLIKdocx/
Masalah-masalah yang dihadapi oleh remaja pada kebiasaannya adalah kesan
kesinambungan daripada masalah yang timbul semasa kanak-kanak Ibu bapa juga
didapati gagal menunjukkan tingkah laku yang baik di hadapan anak-anak, mereka,
di samping mengabaikan ajaran agama. Persekitaran keluarga memainkan peranan
yang penting dalam proses pengsosialisasian remaja iaitu sikap, nilai dan sistem
kepercayaan yang diterapkan ke dalam minda remaja dan menjadi medan kepada
proses perkembangan emosi, kognitif dan sosial setiap ahli di dalamnya.

Terdapa berberapa konflik yang terdapat di dalam filem A Walk to Remember ialah
Konflik remaja dengan diri sendiri. Konflik dalam diri adalah satu daripada jenis
konflik yang sering diperkatakan oleh para sarjana. Antara konsep konflik dalam diri
yang penting ialah pertentangan peribadi dan dalaman iaitu yang bersifat kejiwaan
dalam diri manusia apabila terpaksa memilih satu antara dua (Mana Sikana,
2004:10). Konflik dalam diri juga dapat didefinisikan suatu keadaan kekacauan jiwa
kerana masalah-masalah tertentu (Rahman 1985:52). Secara ringkasnya, konflik
dalam diri dapat dirumuskan sebagai persoalan-persoalan yang berlaku dalam
pemikiran-pemikiran watak utama yang bertentangan dengan kemahuan diri dan
selalunya menimbulkan masalah. Berdasarkan kepada filem yang dikaji konflik
remaja atau konflik diri sendiri pada minit 1: 03: 57 karya Adam Shankman (2002).
Contoh ini dapat dilihat pada watak Jamie Sullivian yang mulai memprotes ketika
ayahnya menyatakan Jamie dan Landon tida boleh berkelakuan begitu kerana masih
bawah umur dan menyalahi norma masyakat yang dipengang mereka. “Dad, I’m
not child anymore” disebabkan kejadian itu, Jamie mulai berhati-hati untuk
melakukan sesuatu dihadapan ayahnya kerana ayahnya masih beranggapan ianya
belum dewasa untuk melakukan hal-hal demikian. Berdasarkan kepada petikan
diatas, jelas menunjukkan Jamie mengalami konflik dengan dirinya sendiri apabila
ayahnya masih menganggap dia kanak-kanak ketika berkawan dengan London
Carter.

Konflik begini selalu terjadi kepada remaja yang meningat umur dimana kemahuan
dan perkembangan peringkat remaja mereka telah dihalang oleh ibubapa yang
masih menganggap mereka masih kecil. Jamie ingin melihat ayahnya memandang
dirinya seorang wanita dewasa dan menerimanya perbuatanya seadanya.
Seterusnya, pada minit (1: 10:12) fiem A Walk to Remember karya Adam Shankman
(2002) ialah ketika Jamie menyatakan dia menghidapi penyakit Kanser. “I’m sick, I

This study source was downloaded by 100000844047438 from CourseHero.com on 03-24-2022 09:46:34 GMT -05:00

https://www.coursehero.com/file/98584529/TEORI-KONFLIKdocx/
have cancer” konflik berlaku apabila Jamie muali mengatakan kepada London
bahawa dia menghidapi penyakit dan tidak menjalankan rawatan. Menurut Maslow
(1970:45) jika keperluan penghargaan kendiri dapat dipenuhi dengan sebaiknya ia
boleh membuatkan individu memiliki keyakinan diri dan lebih berdikari. Keadaan ini
akan menyebabkan individu tersebut menjadi lebih produktif.

Seterunya ialah konflik remaja dengan rakan sebaya. Pada peringkat ini, remaja
amat mudah terdorong dan terpengaruh dengan rakan sebaya mereka untuk
melakukan sesuatu. Hal ini kerana, rakan sebaya ialah kumpulan yang paling rapat
dengan mereka selain ahli keluarga. Penglibatan rakan sebaya boleh mencetuskan
konflik dalaman dan luaran melalui beberapa permasalahan yang timbul khususnya
melalui pergaulan. Masalah komunikasi dalam kalangan rakan sebaya dilihat
sebagai faktor utama dalam mewujudkan konflik terhadap remaja. Kurangnya
komunikasi yang lengkap dan dapat difahami menyebabkan remaja mempunyai
persepsi yang buruk dalam diri terhadap rakan dan menganggap rakannya sengaja
melakukan sesuatu yang menyusahkan dirinya. Permasalahan seperti wujudnya
perbezaan budaya, bahasa dan agama juga turut mendorong remaja tersepit
dengan gelombang konflik dalam kalangan rakan sebaya. Kurangnya kefahaman
terhadap budaya dan agama kaum lain mewujudkan perbezaan dan kepentingan
sendiri sehingga menyentuh perkara-perkara yang sensitif bagi sesetengah pihak.
Perbezaan latar belakang dan budaya ini menyebabkan sesuatu gurauan itu disalah
anggap dan dianggap serius sehingga boleh mewujudkan syak wasangka,
perbalahan serta perkelahian. Berdasarkan filem yang dikai iaitu ‘A Walk to
Remember’ (2002) memaparkan konflik rakan sebaya, pada minit (0:03:03) yang
memaparkan London bergaul dengan rakan-rakanya yang nakal kerana melakukan
perkara dilarang seperti meminum air beralkohol dalam usia bawah umur.

Menurut Arieff Salleh dan Wardah (2005: 209) pemilihan rakan sebaya yang baik
akan membentuk peribadi yang baik manakala rakan sebaya yang tidak berakhlak
akan mempengaruhi akhlak yang tidak baik. Hal ini juga dapat dilihat pada babak
minit (0:05:25) dimana pergaduahan berlaku antara London dan kawanya akibat
darpada kertas layangan yang menjatuhkan maruah Jamie. Berdasarkan kepada
petikan di atas jelas menunjukkan konflik remaja dengan rakan sebaya yang
dipamerkan. Pergaduhan sering berlaku akibat daripada konflik yang terjadi
ataupun perselisihan faham yang berlaku. Jika disoroti dari sudut psikologi, remaja

This study source was downloaded by 100000844047438 from CourseHero.com on 03-24-2022 09:46:34 GMT -05:00

https://www.coursehero.com/file/98584529/TEORI-KONFLIKdocx/
berkelakuan beegini kerana kurangnya peratian yang diberikan kepada mereka, dan
hanya dengan mengisi masa dengan rakan-rakan dapat membantu mereka untuk
menghilangkan kesedihan dan diberikan perhatian.

Akhir sekali ialah konflik diantara keluarga. Keluarga pada umumnya bermaksud
seisi rumah tangga yang terdiri daripada suami isteri dan anakanak. Menurut kajian
psikologi anak-anak menjadikan ibu bapa mereka sebagai model atau objek ikutan,
mereka akan meniru apa yang dilihatnya. Asmak (2006: 92) menyatakan ibu bapa
merupakan orang yang terpenting dalam sesebuah keluarga. Mereka memainkan
peranan utama dalam mencorakkan masa depan keluarga. Anak-anak diibaratkan
sebagai kain putih, manakala ibu bapa yang akan mencorakkan kehidupan mereka.
Konflik antara ibu bapa dan anak-anak boleh timbul apabila anak-anak mencapai
umur remaja dan boleh berdikari sendiri. Konflik yang berlaku pada file mini pada
minit (0:43:20). Ayah Landon telah datang melihat pementasan teater tersebut dan
mengucapkan tahniah kepada London kerana lakonannya yang baik. Namun,
London mulai mempersoalkan keberadaan ayahnya. “what you doing here?” lalu
meniggalkan ayahnya. Ibuayah London telah bercerai dan dia tinggal bersama
ibunya manakala ayahnya memulakan hidup baru dengan wanita lain. Hal ini telah
menjadikan konflik ke dalam diri London kerana tidak mendapat kasih saying yang
secukupnya. Lantaran itu, Maslow (1970: 43) berpendapat keperluan keselamatan
dan kasih saying sangat penting pada peringkat kanak-kanak,remaja dan orang
dewasa yang mengalami kejiwaan. Beliau menyatakan lagi keperluan ini
merangkumi kestabilan dan perlindungan daripada rasa takut dan bimbang. Konflik
tercetus apabila, remaja sememangnya inginkan kebebasan, pada peringkat ini
remaja mengalami perpindahan iaitu dari zaman kanakkanak menuju zaman
dewasa. Remaja mula inginkan kebebasan seperti masyarakat dewasa (Nor Raudah
2006)

This study source was downloaded by 100000844047438 from CourseHero.com on 03-24-2022 09:46:34 GMT -05:00

https://www.coursehero.com/file/98584529/TEORI-KONFLIKdocx/
Powered by TCPDF (www.tcpdf.org)

Anda mungkin juga menyukai