Anda di halaman 1dari 30

TING.

4 : PUISI : SYAIR BIDASARI


HALAMAN : 5

Soalan 2(d) - Puisi Tradisional

Baca syair di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang


berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Syair Bidasari

Dengarlah tuan suatu riwayat,


Raja di desa Negeri Kembayat,
Dikarang fakir dijadikan hikayat,
Supaya menjadi tamsil ibarat.

Ada raja suatu negeri,


Sultan halifah akas bestari,
Asalnya baginda raja yang bahari,
Melimpah ngadil dagang senteri.

Hairan orang empunya temasya,


Baginda itulah raja perkasa,
Sangat tiada merasai susah,
Entah pada esok dan lusa.

Seri sultan raja bestari,


Setelah ia sudah beristeri,
Beberapa bulan beberapa hari,
Hamillah puteri permaisuri.

Beberapa lamanya dalam kerajaan,


Baginda duduk bersuka-sukaan,
Datanglah beroleh kedukaan,
Baginda meninggalkan takhta kerajaan.

Datanglah kepada suatu masa,


Melayanglah unggas dari angkasa,
Unggas gurda sangat perkasa,
Menjadi negeri rosak binasa.

Datanglah menyambar suaranya bahana,


Gemparlah sekalian mulia dan hina,
Seisi negeri gundah-gulana,
Membawa diri ke mana-mana.

1
Baginda pun sedang dihadap orang,
Mendengar gempar seperti perang,
Bertitah baginda raja yang garang,
“Gempar ini apakah kurang.”

Jamaliah Hj.Awang (Penyelenggara)


Syair Bidasari, 1998
Dewan Bahasa dan Pustaka

(i) Apakah maksud rangkap kedua Syair Bidasari? [2 markah]

(ii) Kebijaksanaan memimpin sesebuah kerajaan akan menjamin


kestabilan sesebuah negara.

Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri seorang pemimpin yang bijak?


[3 markah]

(iii) Jelaskan dua nilai yang terdapat dalam syair tersebut. [4 markah]

2
CONTOH JAWAPAN :

(i) Maksud rangkap kedua ialah di negeri Kembayat terdapat seorang


raja
yang masyhur dan bijaksana. Baginda raja yang elok pekerti dan
melayani para pedagang yang datang mendalamipengajian agama
dengan adil.

(ii) Pada pendapat saya, ciri-ciri seorang pemimpin yang bijak ialah
bijaksana, adil dan berhemah tinggi.

(iii) Dua nilai yang terdapat dalam syair tersebut ialah nilai
bertanggungjawab. Contohnya, Raja negeri Kembayat yang
bertanggungjawab mentadbir negerinya dengan sempurna. Selain itu,
nilai kebijaksanaan. Contohnya, Raja negeri Kembayat yang bijak
dalam pentadbiran dan cekap memimpin rakyat.

3
TING.4 : PUISI : GURINDAM DUA BELAS (FASAL YANG KETIGA)
HALAMAN : 8

Soalan 2(d) - Puisi Tradisional

Baca syair di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang


berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

GURINDAM DUA BELAS


( Fasal yang Ketiga )

Apabila terpelihara mata,


Sedikitlah cita-cita.

Apabila terpelihara kuping,


Khabar yang jahat tiadalah damping.

Apabila terpelihara lidah,


Nescaya dapat daripadanya faedah.

Bersungguh-sungguh engkau memelihara tangan,


Daripada segala berat dan ringan.

Apabila perut terlalu penuh,


Keluarlah fiil yang tiada senonoh.

Anggota tengah hendaklah diingat,


Di situlah banyak orang yang hilang semangat.

Hendaklah peliharakan kaki,


Daripada berjalan yang membawa rugi.

Mohd Yusof Md Nor dan Abd Rahman Kaeh


(Penyelenggara)
Puisi Melayu Tradisi, 1996
Fajar Bakti Sdn. Bhd.

4
i) Berdasarkan gurindam tersebut, nyatakan maksud rangkap 2 dan
rangkap 5?
[ 2 markah ]
ii) Nafsu boleh membawa keburukan dalam kehidupan manusia.
Pada pandangan anda, apakah perbuatan yang boleh mendorong
manusia melakukan perkara yang melibatkan nafsu ?
[ 3 markah ]
iii) Jelaskan dua pengajaran yang terdapat dalam gurindam tersebut.
[ 4 markah ]

5
SKEMA JAWAPAN :

i) Maksud rangkap kedua Gurindam Dua Belas ialah telinga


hendaklah
dijaga supaya terhindar daripada mendengar hasutan atau perbuatan
yang keji.
Maksud rangkap kelima pula ialah nafsu yang tidak dikawal akan
menimbulkan perkara yang tidak elok.

ii) Pada pandangan saya, perbuatan yang mendorong manusia


melakukan perkara yang melibatkan nafsu ialah ;

….. kurang penghayatan agama,


….. kurang melakukan ibadat,
….. tidak mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan,
….. pengaruh persekitaran
…..pengaruh media massa
( terima mana-mana jawapan yang relevan)

iii) Dua pengajaran yang terdapat dalam Gurindam Dua Belas ialah;

…. Kita hendaklah menjaga penglihatan agar tidak terpengaruh


oleh perkara-perkara yang dilarang
…. Kita hendaklah berhati-hati apabila mendengar sesuatu
perbualan supaya …
…. Kita sewajarnya bercakap tentang perkara-perkara yang
membawa manfaat agar …
[Isi + Huraian (alasan)]

6
TING.4 : PUISI : SANG GEMBALA KUDA
HALAMAN : 13
Soalan 2 ( c ) - Sajak
Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Sang Gembala Kuda

Dia lelaki bergelar perkasa


dengan cemeti keberanian di tangan
rembat angkuhnya memacu takut
menghalau kuda-kuda di padang
berebutan memburu kandang

Rumput dan jerami yang terhidang


adalah kanun janji kesetiaan
dimamah rakus kala lapar
tak peduli nasib diri setelah kenyang
jadi tunggangan memburu rakan.

Dia lelaki punya kuasa


sesekali suaranya lebih gempita
daripada ringkik kuda sekandang
pacuannya diiring seribu keberanian
meredah onak di rimba perburuan
meranduk lumpur di paya penindasan
sambal melibas cemeti durjana
dia melampar muslihat
aku penyelamat maruah
berjuang atas dasar kebenaran
menentang semua kebobrokan.

Dia lelaki sang gembala kuda


hanya mengenal pantas tunggangan
tanpa membaca keletihannnya
ia lelaki sang gembala kuda
hanya tahu mengejar kehebatan
tanpa menghitung kesakitannya
dan kuda-kuda itu ditunggangi
ditunggangi dan ditunggangi!

Mohd Hashim Othman


Istimewa, 2012
Utusan Publications & Distibutors Sdn. Bhd.

7
(i) Berdasarkan sajak di atas, nyatakan cara-cara Sang Gembala
Kuda menghalau kuda-kudanya masuk ke kandang?
(2 markah)

(ii) Pada pandangan anda, apakah usaha-usaha yang boleh dijalankan


oleh pihak sekolah untuk memupuk sifat menyayangi haiwan?
(3 markah)
(iii) Huraikan dua nilai yang terdapat dalam sajak di atas.
(4 markah)

8
SKEMA JAWAPAN :

i) Sang Gembala Kuda menghalau kuda-kudanya ke kandang


dengan cara
- Menggunakan cemeti merembat kuda-kuda tersebut 1
markah
- Menghalau kuda-kuda tersebut ke padang 1
markah

ii) Usaha-usaha yang boleh dijalankan oleh pihak sekolah untuk


memupuk sifat menyayangi haiwan
- Menubuhkan kelab pencinta haiwan
- Kempen kesedaran penjagaan dan pemeliharaan haiwan
- Menyediakan sudut / info tentang haiwan
(mana-mana 2 isi)

iii) Dua nilai yang terdapat dalam sajak Sang Gembala Kuda ialah

- Nilai Bertanggungjawab
Penjaga kuda bertanggngjawab menjaga kuda tunggangannya
dengan mengurus makan dan minum kuda itu dengan baik
(1+1 markah)

- Nilai Keberanian
Penjaga kuda berani menempuh pelbagai kepayahan dan
rintangan sewaktu menjaga kuda-kuda itu
(1+1 markah)

- Nilai Kebijaksanaan
Penjaga kuda bijak mengawal kuda tunggangannya ketika dia
menghalau kuda-kuda itu masuk ke kandang.
(1+1 markah)
- Nilai Kegigihan
Penjaga kuda gigih melakasnakan tugasnya menjaga kuda-
kuda tunggangan walaupun terpaksa menggunakan kekerasan
terhadap kuda-kuda itu.
(1+1 markah)

9
TING.4 : PUISI : AKU MEMBACA LAGI
HALAMAN : 16

Soalan 2(d) - Sajak

Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang


berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Aku Membaca Lagi

Alu mendongak langit


membaca garis dan titik
menaakuli kebesaran-Mu
di bawahnya gumpalan mega
hembusan bayu dan banjaran gunung.

Kuselusuri alam
kicauan burung
desiran ombak dan wajah pelangi
mewarnai kehidupan umat-Mu.

Aku mendongak lagi


membaca langit
di dalamnya pohon-pohon kayan rapuh
dahan dan ranting terkulai
daun-daun berguguran
helai demi helai
di lantai tanah airku yang makmur.

Aku membaca langit


Kutemui
Bulan dan bintang menangis
Meratapi luka nasib bangsa.

Aku mendongak lagi


Menitis air mata langit
Membasahi bahasa Melayuku
Yang berdarah.

Razali Mohd. Yussof


Dewan Bahasa, Januari, 2007
Dewan Bahasa dan Pustaka

10
(i) Berdasarkan sajak Aku Membaca Lagi, mengapakah alam menangis dan
menitis air mata?
[2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, apakah faktor bahasa Melayu semakin dipinggirkan
oleh sebilangan besar masyarakat Malaysia?
[3 markah]

(iii) Jelaskan dua persoalan yang terdapat dalam sajak Aku Membaca Lagi.
[4 markah]

11
SKEMA JAWAPAN:

(i) Alam menangis dan menitis air mata kerana:


- meratapi nasib bangsa yang semakin tercalar
- bahasa Melayu semakin dipinggirkan
Isi cukup: 2 isi
[2markah]
(ii) Faktor bahasa Melayu semakin dipinggirkan oleh sebilangan besar
masyarakat Malaysia ialah:
- Masyarakat Malaysia lebih gemar menggunakan bahasa ibunda masing-
masing.
- Menganggap bahasa Melayu sebagai bahasa yang kurang standard.
- Penggunaan dialek dalam perbualan seharian.
- Penggunaan bahasa rojak dalam sistem pesanan ringkas.
- Urusan pentadbiran kerajaan dan swasta di peringkat kebangsaan dan
antarabangsa yang banyak menggunakan bahasa Inggeris.
- Penggunaan bahasa slanga dalam kalangan remaja.
Isi cukup: 2 isi
[3 markah]
(iii) Dua persoalan:
- Persoalan mensyukuri keindahan ciptaan Tuhan. (R1)
Contoh: Penyajak mensyukuri kebesaran ciptaan Tuhan seperti gumpalan
awan, hembusan angin dan banjaran gunung.
- Persoalan keindahan alam ciptaan Tuhan. (R2)
Contoh: Penyajak menceritakan keindahan alam ciptaan Tuhan seperti kicauan
burung, desiran ombak dan warna pelangi.
- Persoalan nasib bangsa yang tercalar. (R4)
Contoh: Penyajak menggambarkan alam menangis kerana nasib bangsa yang
semakin hilang jati diri.
- Persoalan bahasa Melayu yang dipinggirkan. (R5)
Contoh: Penyajak menyatakan bahawa alam menangis kerana bahasa Melayu
semakin dipinggirkan oleh masyarakat.
Isi cukup: 2 isi
(1+1) [4 markah]

12
TING. 4 : PUISI : WWW.SIBERMERDEKA.COM.MY
HALAMAN : 18 DAN 19

Soalan 2 (d): Puisi Moden

www.sibermerdeka.com.my

Dalam kebun diriku


aku tanam saujana rancangan
untuk memerdekakan warga susahku
hidup menentang senja dan malam.

Dalam parlimen diriku


aku bahas isu onak dan enak
untukku memerdekakan warga fikirku
mengelak hidup dikotak-katikkan.

Dalam laut diriku


ombak gelora menampar pantai aman
untuk menguji amal dan iman.

Dalam gergasi diriku


terpedaya jua oleh permainan si kancil
namun sempat sedar dan beringat lagi.

Dalam pentas diriku


aku berlatih menangkis angin
aku berlatih memunggah awan
menghayati skrip demi skrip
yang tak diduga klimaksnya.

Dalam dewan diriku


aku tak cemas lagi
oleh kata yang mengekang
aku tak lemas lagi
oleh kata yang menyerang

Apabila sibermerdeka sampai


ke rumah cabaranku
aku panggil diriku bermesyuarah
Menyokong,berkecuali atau menentang
aku ambil keputusan
waktu itu aku kenal batas diri
untuk tidak mengulangi kekalahan.

13
Kini, kapal diriku telah berlabuh di pangkalan usia
aku turun darinya menghadapi hidup nyata
peristiwa datang peristiwa pergi
bagai siang memanggil malam
dan sibermerdeka terus berkaca
terus mengalir arus ingatan
elakkan dirimu menjadi sia-sia
hamparkan dirimu di persada Tuhan.

Dipetik daripada Sajak Abdul Ghaffar Ibrahim


Takkan Hilang,2008,Dewan Bahasa dan Pustaka

(i) Berikan maksud aku berlatih menangkis angin ( 2 markah)

(ii) Pada pendapat anda, apakah kelebihan-kelebihan apabila kita dapat


mengatasi rintangan hidup? (3 markah)

(iii) Huraikan dua nilai yang terdapat dalam sajak di atas. (4 markah)

14
SKEMA JAWAPAN :
(i) maksud aku berlatih menangkis angin ialah penyajak telah mempersiapkan
dirinya jika berhadapan dengan sesuatu masalah
(2 markah)

(ii) Kelebihan-kelebihan apabila kita dapat mengatasi rintangan hidup

(3 markah)

- Mematangkan diri kita


- Membina kekuatan diri
- Mendidik diri supaya berjiwa kental

(iii) Dua nilai yang terdapat dalam dalam sajak www.sibermerdeka.com.my


: (4 markah)

- Nilai Berdikari- penyajak berupaya bertindak sendiri untuk menghadapi


dugaan hidupnya
- Nilai Keberanian-penyajak berani menghadapi apa sahaja cabaran dalam
hidupnya
- Nilai Rasional- penyajak sentiasa bersedia dengan usaha dan rancangan
untuk memajukan dirinya.
- Nilai Ketabahan-penyajak tabah dan cekal menghadapi dugaan hidup
( pilih 2 isi dan huraian )

15
TING. 4 : PUIS GELANGGANG
HALAMAN : 21

Soalan 2(d) - Sajak

Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

GELANGGANG

Ini gelanggang kita


yang diwariskan oleh pendekar-pendekar datuk moyang lebih
lima dekad yang lalu
satu persepakatan kaum untuk diturunkan kepada anak cucu
di kemudian hari.

Hari ini kitalah pewaris gelanggang yang terbina dari keringat


dan air mata
dengan gelanggang inilah negara aman makmur rakyat
berpadu
kita pelihara gelanggang ini dengan kejap sepenuh hati
kita mempertahankan kedaulatan watan dari anasir jahat
kerana telah terbukti dapat menyatupadukan pelbagai
keturunan.

Para pendekar kita harus berani berjuang menangkis tohmahan


demi mempertahankan maruah gelanggang keramat suci ini
suara-suara momokan sumbang memperlekehkan menyentuh
hati nurani
kita sanggah nyah tanpa kompromi dari menggugah
gelanggang
jangan sekali bermain api kelak membinasakan diri sendiri.

Marilah pahlawan setia kita kukuhkan ukhuwah


elakkan pertelingkahan sesama sendiri.

Kitalah pewaris abadi yang menjunjung amanah ini


agar kecemerlangan tercerna di persada arena
terus memacu kejayaan demi maruah harga jati diri
membina sebuah negara bangsa yang harmoni dan dihormati
kita junjung dan taat hingga ke akhir hayat.

Sajak ‘Gelanggang’, oleh Onn Malini


Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Kementerian Pendidikan Malaysia.

16
(i) Berdasarkan rangkap keempat, apakah saranan penulis kepada pembaca?
[2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, wajarkah seseorang itu bekerja terus di luar negara
selepas menamatkan pengajiannya di sana? Berikan dua alasan anda.
[3 markah]

(iii) Huraikan dua pengajaran yang terdapat dalam sajak tersebut.


[4 markah]

SKEMA JAWAPAN :
17
(i) Berdasarkan rangkap keempat, apakah saranan penulis kepada pembaca?
[2 markah]
Saranan penulis:
- kukuhkan ukhwah
- elakkan pertelingkahan

(ii) Pada pendapat anda, wajarkah seseorang itu bekerja terus di luar negara
selepas menamatkan pengajiannya di sana? Berikan dua alasan anda.
[3 markah]

Wajar:
- untuk menimba pengalaman
- untuk mempelajari teknologi daripada negara tersebut
- untuk pelaburan masa hadapan

Tidak wajar
- perlu balas jasa negara
- tidak menunjukkan semangat patriotik
- masih berjauhan dengan keluarga

(iii) Huraikan dua pengajaran yang terdapat dalam sajak tersebut.


[4 markah]
Pengajaran:
- Kita mestilah bersatu padu.
Contoh : Penyajak menyatakan bahawa rakyat yang bersatu padu
telah terbukti dapat memelihara negara daripada ancaman luar.
-Kita mestilah berani bertindak.
Contoh : Penyajak menyatakan bahawa pemimpin negara kita harus
berani  berjuang untuk menangkis tohmahan pihak luar.
- Kita mestilah bertanggungjawab atas kedaulatan negara
Contoh : Penyajak menyeru semua rakyat supaya memelihara kedaulatan
negara dengan penuh tanggungjawab  daripada pihak luar yang
cuba memusnahkan negara.

18
TING.4 : PROSA TRADISIONAL : KEPIMPINAN MELALUI TELADAN

HALAMAN : 30

Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-
soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Maka sembah Kertala Sari, “Daulat tuanku andika betara , endah apatah
pekerjaan membunuh Ratu Melaka dan Laksamana itu, sedang negeri Daha patih
alahkan?

Setelah Seri Betara mendengar cakap Kertala Sari itu maka titah Seri
Betara,”Segeralah engkau pergi ke Melaka itu. Kerajaan seperti cakapmu itu
supaya engkau kujadikan penggawa agung.”

Maka sembah Kertala Sari, “Jikalau tuanku hendak menitahkan patik aji,
baiklah segera patik suruh hantarkan ke Melaka dengan sebuah perahu supaya
patik segera kerjakan seperti titah paduka Betara itu.”

Maka titah Seri Betara,”Hai Patih Gajah Mada segeralah suruh hantar ke
Melaka.” Maka Patih Gajah Mada pun berlengkap sebuah perahu dengan sepuluh
orang sertanya yang pergi. Setelah sudah lengkap maka Kertala Sari pun
belayarlah.

Berapa lamanya maka Kerta Sari pun sampailah ke Melaka. Maka ia pun
singgah di luar kota pada kampung segala Jawa. Maka Kertala Sari pun
menyamarkan diri kepada segala Jawa yang banyak itu. Maka Kertala Sari pun
sedia kala berjalan keluar masuk bermain-main segenap kampung orang kaya-kaya
dan saudagar.

(Dipetik daripada ‘Kepimpinan Melalui Teladan’


dalam Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, DBP.)
(i) Berdasarkan petikan, mengapakah Kertala Sari diarahkan pergi ke Melaka?
[ 2 markah ]

(ii) Nyatakan reaksi Kertala Sari setelah diititahkan oleh Seri Betara ke Melaka?
[ 3 markah ]

(iii) Seri Betara dan Patih Gajah Mada menyuruh Kertala Sari pergi ke Melaka untuk
membunuh Sultan dan Laksamana Melaka.
Pada pendapat anda, sebagai ketua negara , apakah tindakan yang wajar dilakukan
oleh seorang ketua negara untuk menjaga hubungan baik dengan negara lain?
[ 3 markah ]
19
SKEMA JAWAPAN

( i ) Kertala Sari diarahkan pergi ke Melaka

- untuk membunuh Ratu Melaka dan Laksamana.

(ii ) Reaksi Kertala Sari setelah diititahkan oleh Seri Betara ke Melaka

- setuju dengan perintah raja

- suruh hantarkan ke Melaka dengan sebuah perahu supaya segera kerjakan


seperti titah paduka Betara itu

( iii ) Tindakan yang wajar dilakukan oleh seorang ketua negara untuk menjaga
hubungan baik dengan negara lain

- jangan menimbulkan sebarang isu yang boleh menyebabkan persengketaan

- menghantar ufti / hadiah

- mengadakan perbincangan untuk menyelesaikan masalah

- mengadakan perjanjian damai

- mengadakan hubungan diplomatik

20
TING.4 : CERPEN : KADUK , AYAM DAN RAJA
HALAMAN : 52 dan 53

Soalan 2(b) – Petikan Cerpen


Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Azam memandang wajah sahabatnya penuh simpati.”Jadi, apakah cadangan


kau sekarang?”

Hakim terus mengeluh,”Apalagi yang boleh aku lakukan selain meneruskan


kerja-kerja membela ayam dan mengharapkan hasil yang baik. Aku sudah
berhutang dengan bank. Hutang mesti di bayar, kalau tidak tanah aku akan
dirampas. Kau ingat kan, tanah inilah yang kita tuntut di mahkamah dengan susah
payah. Bank akan merampas tanahku tidak ubah seperti raja merampas tanah
datukku dahulu.

Hakim meluahkan segala yang telah bersarang di dadanya. “Banyak


persamaan antara aku dengan datukku. Kami sama-sama membela ayam dan kami
sama-sama menggadai tanah. Kami sama-sama berada di bawah cengkaman orang
berkuasa. Walaupun namaku tidak lagi berunsur kolot dan kuno seperti nama
datukku, tetapi itu tidak bererti apa-apa. Sepatutnya namaku ialah Kaduk bin Kaduk
bin Kaduk.”

Dipetik daripada cerpan ‘Kaduk, Ayam dan Raja)


Oleh Zurinah Hassan
Dalam antologi Jaket Kulit Kijang Dari Istanbul,
Kementerian Pandidikan Malaysia

(i) Berikan maksud rangkai kata mengikut telunjuk?


[2 markah]

(ii) Pihak kerajaan telah banyak menyediakan kemudahahan seperti bantuan


kewangan kepada semua usahawan di Malaysia.
Pada pandangan anda, apakah bantuan lain, selain bantuan kewangan yang
boleh diberikan oleh kerajaan dalam usaha membantu usahawan di
Malaysia? [3 markah]

(iii) Huraikan satu perwatakan Hakim yang terdapat dalam petikan dan satu
perwatakan lain daripada keseluruhan cerpen yang tidak terdapat dalam
petikan.
[4 markah]

21
SKEMA JAWAPAN :

Soalan 2(b) – Petikan Cerpen

(i) Maksud rangkai kata mengikut telunjuk


…menurut/mematuhi perintah/kemahuan/suruhan

(ii) …bantuan lain yang boleh diberikan oleh pihak kerajaan kepada
usahawan
- Khidmat nasihat/ bimbingan
- Pemasaran/promosi
- Peralatan
- Latihan/kemahiran
- (lain-lain jawapan yang sesuai boleh diterima)
[isi cukup :3]

(iii) Perwatakan daripada petikan


- Amanah/ menunaikan janji (contoh- membayar semula hutang dengan
bank.
- Cekal (contoh-berusaha meneruskan perusahaan ternakan ayam
walaupun pelbagai masalah melanda)
[isi cukup : 1+1]

Perwatakan daripada keseluruhan cerpen

- Berani (contohnya: berani menuntut semula tanah datuknya)


- Bijaksana (contoh: bijaksana ketika membuat rancangan untuk
mendapatkan tanah datuknya semula)
- Gigih (contoh: gigih berusaha untuk menjayakan ternakan ayamnya)
(lain-lain jawapan yang sesuai boleh diterima)
[isi cukup: 1+1]

22
TING.4 : CERPEN : MUNSYI

Halaman : 55 hingga 56

Soalan 2(b) - Petikan Cerpen


Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Setiap kali saya meluahkan hasrat untuk bermastautin di ibu kota, bonda
memberikan pelbagai alasan agar saya terus menetap di kampung halaman tercinta
ini. Kata bonda, ilmu agama saya masih terlalu cetek dan nipis. Bimbang, saya akan
hanyut dibawa arus hedonisme dan modenisme yang sedang melanda anak-anak
muda kota. Malahan, kata bonda lagi, bahasa ibunda saya juga masih lemah.
Bahasa yang membesarkan saya dengan segala adat resam dan nilai budaya
warisan turun-temurun. Bahasa yang diwarisi nenek moyang sejak zaman-
berzaman.
Bonda tahu, secubit ilmu yang mengisi dada saya yang kerdil ini tidak akan
mempu mengekang ledakan perubahan sosial yang boleh meragut jati diri saya
sebagai generasi bermaruah. Saya akui kebenaran kata-kata bonda tentang
malapetaka yang sedang menghinggapi sekian ramai anak-anak sebangsa saya.
Kebanyakannya tergadai maruah dan harga diri dek mengejar dunia yang bergelar
globalisasi dalam menuju arus perdana.
“Mel, agama dan bahasa itu cermin maruah kita yang ditinggalkan nenek
moyang! Jasad yang dibaluti agama serta lidah yang dilebati bahasa ibunda
merupakan warisan kita yang masih ada. Andai kedua-dua sudah hilang di atas
muka bumi ini, kita bukan lagi generasi bermaruah, tetapi bangsa yang dilaknati
Allah.”
Dipetik daripada cerpen ‘Munsyi’ Oleh Husna Nazri
dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul
Dewan Bahasa dan Pustaka

(i) Berdasarkan petikan cerpen, nyatakan alasan bonda agar Mel terus
menetap di kampung. [2 markah]
(ii)Adat resam melambangkan jati diri setiap individu.
Pada pandangan anda, bagaimana seseorang pelajar yang belajar di luar
negara dapat mengekalkan budaya hidup orang timur?
[3 markah]
(iii) Huraikan satu perwatakan bonda yang terdapat dalam petikan dan satu
perwatakan bonda daripada keseluruhan cerpen yang tidak terdapat dalam
petikan.
[4 markah]
23
SKEMA JAWAPAN :
(i)Alasan bonda:
- Ilmu agama Mel masih cetek dan nipis
- Bahasa ibunda Mel masih lemah
2 isi cukup
[Maksimum: 2 markah]
(ii) cara mengekalkan budaya hidup orang timur:
- mengamalkan adat resam
- menghidupkan rasa bangga pada tanah air
- menerapkan nilai murni dalam kehidupan
- didikan agama yang kukuh
2 isi cukup
[Maksimum: 3 markah]
(iii) perwatakan bonda yang terdapat dalam petikan:
- seorang yang kuat mempertahankan agama, bahasa dan budaya.
Contoh: “Mel, agama dan bahasa itu cermin maruah kita yang ditinggalkan
nenek moyang! Jasad yang dibaluti agama serta lidah yang dilebati bahasa
ibunda merupakan warisan kita yang masih ada.
- seorang yang suka memberi nasihat
Contoh: Bonda bimbang Mel akan hanyut dibawa arus hedonisme dan
modenisme
Perwatakan bonda daripada keseluruhan cerpen:
- seorang yang berpengetahuan luas
Contoh: Bonda mengetahui selok belok sejarah tanah air
- seorang yang cinta akan negara.
Contoh: bonda ingin menghidupkan roh patriotisme dalam diri Mel.
- seorang yang banyak menyimpan khazanah lama
Contoh: bonda menyimpan kitab-kitab lama yang bertulisan jawi.
[Maksimum: 4 markah]

24
TING.4 :CERPEN : JAKET KULIT KIJANG DARI ISTANBUL

HALAMAN : 71

Soalan 2 (b) Petikan Cerpen

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Biarlah aku menjadi diri sendiri dengan jaket kainku.

Jaket kain itu kubeli dengan harga RM50.00 di sebuah kedai menjual
baju terpakai di tanah airku. Banyak sudah jasa jaket kain itu kepadaku. Poketnya
ada dua di sebelah kiri dan kanan. Terdapat tali bermanik hitam yang membolehkan
poket itu dijerut, sekali gus menjamin keselamatan isi poket. Lazimnya, aku
meletakkan pasport di poket kanan dan sedikit duit di poket kiri. Terdapat empat
butang bulat berwarna perak dari atas hingga ke bawah jaket. Rumah butangnya
besar dan dijahit kemas. Terdapat zip yang panjang yang membolehkan jaket itu
dizip sampai ke pangkal leher. Kolarnya tinggi dan lengannya boleh dilipat.

Jaket itu sudah mengikut aku mengembara hampir ke seluruh dunia.


Dari negara miskin Bangladesh, hingga negara mewah United Kingdom. Dari
Indonesia di Asia Tenggara, hingga Turki di Asia Tengah. Aku belum berniat untuk
mencari pengganti jaket kain itu.

Dipetik daripada cerpen ‘Jaket Kulit Kijang dari Istanbul’


oleh Maskiah Haji Masrom
dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Kementerian Pendidikan Malaysia

(i) Berdasarkan petikan cerpen, nyatakan keadaan jaket kain kesayangan milik
penulis.
[2 markah]

(ii) Amalan berjimat cermat merupakan satu amalan yang memberikan banyak
manfaat kepada kita semua.

Sebagai seorang pelajar, apakah cara-cara yang boleh anda lakukan untuk
berjimat cermat dalam kehidupan?
[3 markah]

(iii) Huraikan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan dan satu pengajaran
lain daripada keseluruhan cerpen yang tidak terdapat dalam petikan.
[4 markah]

25
SKEMA JAWAPAN:

(i) - Poketnya ada dua di sebelah kiri dan kanan.


- Terdapat tali bermanik hitam yang membolehkan poket itu dijerut.
- Terdapat empat butang bulat berwarna perak dari atas hingga ke bawah
jaket.
- Rumah butangnya besar dan dijahit kemas.
- Terdapat zip yang panjang yang membolehkan jaket itu dizip sampai ke
pangkal leher.
- Kolarnya tinggi dan lengannya boleh dilipat.

(cukup 2 isi)
[2 markah]
(ii) Cara:
- Membeli barang-barang yang diperlukan sahaja.
- Menyenaraikan barang-barang yang hendak dibeli.
- Membawa bekal ke sekolah.
- Menabung wang belanja yang diberi oleh ibu bapa
***mana-mana isi calon yang sesuai diterima

(cukup 3 isi)
[3 markah]
(iii) Satu pengajaran daripada petikan:
- Kita hendaklah berjimat cermat dalam kehidupan / Kita janganlah
membazir dalam kehidupan. Contohnya, penulis belum berniat untuk
mencari pengganti jaket kain yang dibelinya dengan harga RM50.00 di
sebuah kedai menjual baju terpakai di tanah airnya.
[1+1]

Satu pengajaran daripada cerpen:


1- Kita haruslah bersikap berjimat cermat dalam urusan perbelanjaan seharian
maupun semasa melancong ke luar negara.
Contoh :- Cenderamata untuk keluarga : 29 helai baju T, 2 helai untuk
keluarga Anim,masing-masing sehelai untuk Tahrir, Nadia dan Salleh.
[1+1]

2- Kita hendaklah bersikap ikhlas dalam melakukan sesuatu perkara tanpa


mengira taraf kehidupan seseorang.

Contoh :- Aku begitu bermurah hati dengan memberikan wang sebanyak


lima lira kepada wanita tua yang menjual makanan burung walaupun harga
sepiring hanya satu lira sertaikhlas memberi derma kepada pengemis seperti
pengait benang, kanak-kanak bersama-sama datuknya yang buta serta lelaki
tua yang cacat anggotanya. [1+1]

26
3- Kita wajar mempunyai sikap gigih dalam melakukan pekerjaan supaya hasil
yang diinginkan tercapai.
Contoh :- Pekedai Turki gigih memberikan layanan yang mesra kepada
pelanggannya dengan memberikan layanan yang baik serta memberikan
minuman percuma kepada pelanggannya dengan harapan pelanggannya
itu membeli barangannya. [1+1]

4- Kita patut bersikap prihatin terhadap haiwan yang dilindungi agar


habitatnya tidak pupus.
Contoh : Aku begitu prihatin terhadap haiwan seperti kijang kerana dia
berhasrat untuk memberikan wang hasil jualan jaket kulit kijang kepada mana-mana
zoo yang mempunyai kandang kijang agar dapat memelihara haiwan tersebut
daripada menjadi korban arus pemodenan. [1+1]
[4 markah]

27
TING.4 : DRAMA : BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

HALAMAN : 91

Soalan 2 (b) – Petikan Prosa Moden

Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

POSMEN Ada sesiapa yang bernama Aiman Faizullah bin Khir Ghazali di rumah ini?

AIMAN Ada, sayalah orangnya. Surat apa ini?

POSMAN Surat daripada Jabatan Latihan Khidmat Negara. Ini bermakna, adik
terpilih untuk menyertai Program Latihan Khidmat Negara. Bagus program
itu. Kalau umur abang macam adik, pasti abang tak akan lepaskan
peluang ini.

AIMAN Abang buang saja surat ini. Saya tak berminat langsung Buat apa nak
bersusah payah sertai program macam ini. Ayah saya banyak duit. Apa
yang saya nak, semua boleh dapat. Untuk orang susah bolehlah.
Maklumlah dapat makan percuma enam kali sehari, tempat tidur dan
pakaian semua diberikan. Siap dapat RM50.00 lagi…ha.. ha…ha…

POSMEN Tak baik cakap macam itu, banyak faedahnya program seperti ini. Cuba
jangan fikir tentang duit dan makan minum tu. Cuba fikirkan tentang
kemahiran dan pengalaman yang akan diperoleh nanti.

AIMAN Abang ini cakap banyak pula, macamlah abang pernah sertai program itu.

Dipetik daripada drama ‘Berkhidmat untuk Negara’


Dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul

28
(i) Berdasarkan petikan drama di atas, mengapakah Aiman tidak berminat
menyertai PLKN. [ 2 markah ]

(ii) Pada pendapat anda, apakah manfaat kepada remaja sekiranya mereka
menyertai program kerajaan seperti Program Latihan Khidmat Negara
(PLKN)? [ 3 markah ]

(iii) Jelaskan satu nilai yang terdapat dalam petikan drama dan satu nilai lain
yang terdapat dalam keseluruhan drama. [ 4 markah ]

29
SKEMA JAWAPAN

i. Berdasarkan petikan drama di atas, sebab Aiman tidak berminat menyertai


PLKN.
- Ayah saya banyak duit.
- PLKN hanya untuk orang susah.
[ 2 markah ]
ii. Pada pendapat anda, apakah manfaat kepada remaja sekiranya mereka
menyertai program kerajaan seperti Program Latihan Khidmat Negara
(PLKN)? [ 3 markah ]
- Menyemai semangat cinta akan Negara.
- Menanam semangat perpaduan dan integrasi nasional
- Menanam nilai tanggungjawab
- Membentuk disiplin diri
- Menanam sikap berdikari dalam diri
(Terima mana-mana jawapan yang relevan)

iii. Jelaskan satu nilai yang terdapat dalam petikan drama dan satu nilai lain
yang terdapat dalam keseluruhan drama. [ 4 markah ]
Satu nilai yang terdapat dalam petikan drama

1. Nilai amanah
Contoh: Posmen amanah dalam menjalankan tanggungjawabnya
menghantar surat
Satu nilai lain yang terdapat dalam keseluruhan drama.
1. Nilai kasih sayang
Contoh: Nek Sinah melayan Aiman seperti cucunya sendiri dan masak
makanan kegemarannya.
2. Nilai bertanggungjawab
Contoh: walaupun sibuk bekerja, Khir Ghazali meluangkan masa
mendengar masalah Aiman
3. Nilai cinta akan tanah air
Contoh: apabila Aiman menyatakan bahawa dia tidak tahu di mana
terletaknya Jempol kerana selalu bercuti di luar negara, kawannya
Sundarani menegurnya bahawa kita perlu menghargai tanah air kita.

30

Anda mungkin juga menyukai