Anda di halaman 1dari 4

EKSPERIMEN 1.1.

3: FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERTUMBUHAN


MIKROORGANISMA (CAHAYA)

Tompokan Kelabu

Di simpan di luar almari Di simpan di dalam almari

Adam menyimpan kasutnya di dalam almari. Tetapi, dia terlupa untuk menyimpan sebelah lagi
di dalam almari. Selepas beberapa hari, dia mendapati kasut yang di simpan di dalam almari
mempunyai tompokan kelabu, manakala kasut yang berada di luar almari tiada tompokan
kelabu.

Berdasarkan penyataan di atas, rancang dan jalankan eksperimen untuk mengkaji situasi di
atas. Di akhir eksperimen, anda perlu menulis satu laporan lengkap. Laporan amali anda
hendaklah mengandungi:
(a) Pernyataan masalah
(b) Tujuan
(c) Hipotesis
(d) Pemboleh ubah
(e) Radas dan bahan
(f) Prosedur
(g) Pemerhatian
(h) Mentafsir data
(i) Membuat kesimpulan

Anda juga dikehendaki menjawab soalan-soalan berikut:


1. Nyatakan inferens bagi pemerhatian dalam eksperimen ini
2. Nyatakan hubungan antara Pembolehubah Dimanipulasi dan Pembolehubah Bergerak
Balas
3. Berdasarkan eksperimen ini, nyatakan definisi secara operasi bagi pertumbuhan bakteria
4. Mengapa kasut yang disimpan di luar almari tidak mempunyai tompokan kelabu?
5. Berdasarkan dapatan eksperimen ini, cadangkan penambahbaikan untuk mendapatkan
data yang lebih tepat
6.Adakah data yang anda perolehi sah? Berikan alasan anda
7.Nyatakan kesimpulan bagi eksperimen ini

________________________________________________________________________________________________________
TUGASAN PEKA SAINS SPM 2021 T5 Topik 1.1.3 (Faktor Cahaya) by SUTAMA
Semasa anda menjalankan eksperimen, kemahiran manipulatif dan amalan sikap saintifik dan
nilai murni akan dinilai.

SKEMA PENANDAAN

TAJUK 1.1.3 KESAN CAHAYA KE ATAS PERTUMBUHAN


MIKROORGANISMA
1. PERNYATAAN MASALAH Mengapa kasut yang disimpan di dalam almari
mempunyai tompokan kelabu?

2. TUJUAN Untuk mengkaji kesan cahaya terhadap


pertumbuhan mikroorganisma
3. HIPOTESIS Pertumbuhan mikroorganisma sangat aktif dalam
kawasan gelap/ Kawasan gelap paling sesuai untuk
pertumbuhan mikroorganisma

4.PEMBOLEH UBAH
A. DIMANIPULASIKAN Keamatan cahaya
B. BERGERAK BALAS Pertumbuhan mikroorganisma
C. DIMALARKAN Jenis bakteria/ Suhu persekitaran

5.RADAS DAN BAHAN Bubur nutrient, Larutan kultur bakteria, 2 tabung uji
steril, kapas steril dan picagari.

6. PROSEDUR

1. Alat radas seperti di atas disediakan dan tabung


uji di label P dan Q
2. Tabung uji P di simpan di dalam kotak hitam
manakala tabung uji Q diletakkan di atas meja di
dalam makmal selama 3 hari
3. Pemerhatian dijalankan dan dicatat di dalam
jadual

________________________________________________________________________________________________________
TUGASAN PEKA SAINS SPM 2021 T5 Topik 1.1.3 (Faktor Cahaya) by SUTAMA
7.PEMERHATIAN

TABUNG UJI√ KEKERUHAN BUBUR NUTRIEN


P Keruh
Q Sedikit keruh

8. MENTAFSIR DATA / 1. Bubur nutrient dalam kotak hitam lebih keruh


PERBINCANGAN kerana gelap.
2. Pertumbuhan bakteria paling aktif dalam
keadaan gelap.
3. Pertumbuhan bakteria ialah proses yang
ditunjukkan oleh kekeruhan bubur nutrient
apabila disimpan selama beberapa hari.
4. kasut lembab yang disimpan di tempat gelap
akan kelihatan tompok hitam kerana keadaan
gelap sangat sesuai untuk pertumbuhan
mikroorganisma. Oleh itu, kasut hendaklah
sentiasa di simpan di tempat yang mempunyai
banyak cahaya untuk mengelakkan
pertumbuhan mikroorganisma.
5. Eksperimen ini dijalankan dengan dengan
keadaan faktor-faktor lain seperti suhu,
kelembapan dan pH adalah sama bagi kedua-
dua radas.
6. Data yang diperolehi adalah sah kerana keadaan
kekeruhan bubur dapat dilihat dengan jelas.

9.KESIMPULAN Hipotesis diterima.


Pertumbuhan mikroorganisma sangat aktif dalam
kawasan gelap paling sesuai untuk pertumbuhan
mikroorganisma

________________________________________________________________________________________________________
TUGASAN PEKA SAINS SPM 2021 T5 Topik 1.1.3 (Faktor Cahaya) by SUTAMA
1. Nyatakan inferens bagi pemerhatian dalam eksperimen ini
Tabung Uji P kelihatan keruh kerana pertumbuhan mikroorganisma sangat aktif

2. Nyatakan hubungan antara pembolehubah dimanipulasi dan pembolehubah bergerak balas


Kawasan gelap paling sesuai untuk pertumbuhan mikroorganisma

3. Berdasarkan eksperimen ini, nyatakan definisi secara operasi bagi pertumbuhan bakteria
Pertumbuhan bakteria ialah proses yang menghasilkan bubur nutrien yang keruh apabila
dibiarkan selama 3 hari

4. Mengapa kasut yang disimpan di luar almari tidak mempunyai tompokan kelabu?
Cahaya dan haba daripada sinaran matahari akan membunuh mikroorganisma

5. Berdasarkan dapatan eksperimen ini, cadangkan penambahbaikan untuk mendapatkan


data yang lebih tepat
Eksperimen ini dijalankan dengan dengan keadaan faktor-faktor lain seperti suhu, kelembapan
dan pH adalah sama bagi kedua-dua radas.

6.Adakah data yang anda perolehi sah? Berikan alasan anda


Data yang diperolehi adalah sah kerana keadaan kekeruhan bubur dapat dilihat dengan jelas.

7.Nyatakan kesimpulan bagi eksperimen ini


Hipotesis diterima. Pertumbuhan mikroorganisma sangat aktif dalam kawasan gelap paling
sesuai untuk pertumbuhan mikroorganisma

________________________________________________________________________________________________________
TUGASAN PEKA SAINS SPM 2021 T5 Topik 1.1.3 (Faktor Cahaya) by SUTAMA

Anda mungkin juga menyukai