Anda di halaman 1dari 25

FIQH JINAYAT

HUKUM HUDUD
HUKUM QISAS
HUKUM TA’ZIR
HUKUM DIYAT
FIQH JINAYAH
DEFINISI JINAYAH :
 Jinayah menurut fuqaha' ialah perbuatan atau
perilaku yang jahat yang dilakukan oleh
seseorang untuk mencerobohi atau mencabul
kehormatan jiwa atau tubuh badan seseorang
yang lain dengan sengaja.
KONSEP JINAYAH
Konsep jinayah terbahagi kepada
dua :

 -Melakukan apa yang dilarang


oleh Allah s.w.t

 -Meninggalkan apa yang


diperintahkan oleh Allah s.w.t
konsep jinayah dalam Islam adalah melakukan
perkara terlarang dan meninggalkan perkara wajib
yang hampir sama dengan konsep undang-undang
jenayah moden.
HUKUM PELAKSANAAN JENAYAH

DIYAT HUDUD

TA’ZIR QISAS
QISAS
Dari segi bahasa:
 Balas balik

Dari segi syarak:


 Hukuman yang ditetapkan oleh syarak melalui nas-nas Al-
Quran dan Hadis-hadis Nabi SAW diatas kesalahan-
kesalahan yang melibatkan hak individu.
 "Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan kamu
menjalankan hukuman qisas (balasan yang seimbang)
dalam perkara orang-orang yang mati dibunuh." (Surah
Al-Baqarah 2:178)
JENIS JENAYAH QISAS
1. Membunuh orang lain dengan sengaja.

2. Menghilangkan atau mencederakan salah satu


anggota badan orang lain dengan sengaja.
HUKUM QISAS
MEMBUNUH DENGAN SENGAJA
 Hukuman membunuh orang lain dengan sengaja wajib
dikenakan hukuman qisas ke atas si pembunuh dengan
dibalas bunuh, melainkan mendapat keampunan
daripada keluarga mangsa tetapi wajib membayar
diyat. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan kamu


menjalankan hukuman qisas (balasan yang seimbang)
dalam perkara orang-orang yang mati dibunuh." (Surah Al-
Baqarah, 2:178)
HUKUMAN MENCEDERAKAN ANGGOTA
BADAN ORANG LAIN DENGAN SENGAJA
 Hukuman menghilangkan atau mencederakan salah satu
anggota badan orang lain atau melukakannya wajib
dibalas dengan hukuman qisas mengikut kadar
kecederaan atau luka seseorang itu juga mengikut jenis
anggota yang dicederakan dan dilukakan tadi.

 Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:


"Dan Kami telah tetapkan atas mereka di dalam kitab Taurat
itu, bahawasanya jiwa dibalas dengan jiwa, dan mata dibalas
dengan mata, dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga
dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi, dan
luka-luka juga hendaklah dibalas (seimbang). Tetapi sesiapa
yang melepaskan hak membalasnya, maka menjadilah ia
penebus dosa baginya. Dan sesiapa yang tidak menghukum
dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka
itulah orang-orang yang zalim." (Surah Al-Ma'idah: 45)
HUDUD
Dari segi bahasa:
 Menahan atau mencegah

Dari segi istilah:


- seksaan yang telah ditetapkan oleh nas-nas Al-Quran dan
AsSunnah yang wajib dilaksanakan sebagai hak Allah
S.W.T. Kadar hukumannya tidak boleh dipinda sama ada
dikurang atau ditambah.
JENIS-JENIS JENAYAH HUDUD
 Zina;
Persetubuhan haram tanpa nikah yang sah antara lelaki
dengan perempuan.
Hukuman :
Bagi penzina yang belum berkahwin hukumannya ialah
sebat 100 kali.
Bagi penzina yang telah berkahwin hendaklah direjam
sehingga mati.

 Qazaf(menuduh zina);
Melemparkan tuduhan zina tanpa bukti terhadap orang
yang perempuan yang baik.
Hukuman :sebat 80 kali
 Mencuri;
Mengambil harta orang lain secara senyap atau sembunyi.
Hukuman : potong tangan secara bersilang.

 Merompak
Mengambil harta orang lain dengan menggunakan
kekerasan, paksaan, ugutan dan ancaman.
Hukuman :
Sekiranya membunuh hendaklah
dibunuh sekiranya hanya merompak sahaja hendaklah
dipotong  tangan dan kakinya secara bersilang iaitu
tangan kanan dan kaki kiri dan seterusnya kaki kanan dan
tangan kiri bagi kesalahan seterusnya.
 Minum arak;
Meminum minuman yang memabukkan boleh
menghilangkan kewarasan akal.
Hukuman :sebat 40 kali

 Riddah(murtad)
Keluar seseorang Islam itu dan agama Islam sama ada
dengan perbuatan dan perkataan.
Hukuman : Bunuh ( setelah diberi tempoh bertaubat selama
3 hari @ 3kali)
TA’ZIR
Dari segi bahasa:
 Menolak atau menghalang

Dari segi istilah:


- Hukuman yang dikenakan ke atas orang yang membuat
kesalahan dan maksiat atau orang yang mencuaikan
kewajipan yang tidak ditetapkan hukuman keseksaannya
di dalam Al-Quran dan Hadis.
 Hukuman ta`zir adalah pengajaran ke atas penjenayah
yang telah sabit kesalahannya dalam mahkamah dan
hukumannya tidak dikenakan hukuman hudud atau qisas
kerana kesalahan yang dilakukan itu tidak termasuk di
bawah kes yang membolehkannya dijatuhkan hukuman
hudud atau qisas.
 Jenis, kadar dan bentuk hukuman ta`zir itu adalah
terserah kepada pandangan hakim dan juri untuk
menentukan dan memilih hukuman yang patut
dikenakan ke atas penjenayah itu kerana hukuman
ta`zir itu adalah bertujuan untuk menghalang
penjenayah-penjenayah mengulangi kembali
kejahatan yang mereka lakukan tadi dan bukan untuk
menyeksa mereka
DIYAT
 Harta yg wajib dibayar dan diberikan oleh penjenayah
kpd wali atau waris mangsanya sebagai gantirugi
disebabkan jenayah yg dilakukan penjenayah ke atas
mangasanya.

 Hukuman diyat ialah hukuman yg telah ditentukan


dan ditetapkan ALLAH dan Rasulnya dilam quran dan
hadis sbg ganti rugi di atas kesalahan2 yg melibatkan
kecederaan anggota badan,ataumelukakannya.
Maka sesiapa (pembunuh) yg mendapat sebahagian
keampunan drpd saudaranya (pihak yg terbunuh) maka
hendaklah (org yg mengampunkanya itu,mengikut cara yg
baik dalam menuntut ganti rugi nyawa), dan si pembunuh
pula hendaklah menunaikan (bayaran ganti nyawa)itu dgn
sebaik2nya. Yg demikian itu adalah suatu keringanan dr
tuhan kamu serta satu rahmat kemudahan. Sesudah itu
sesiapa yg melampaui batas ( untuk membalas dendam
pula)maka baginya azab seksa yg tidak terperi sakitnya.

– surah al-baqarah 178-


KADAR DIYAT
Kadar diat adalah dikira mengikut bilangan  unta iaitu
harta yang paling bernilai ketika itu. Kadar penuh diat
ialah 100 ekor unta. Walau bagaimanapun, para ulama'
berpendapat boleh mengantikan 100 ekor unta dengan harta
yang senilai dengannya pada masa tersebut. Di antaranya
ialah;

wang emas  =  1000 dinar


wang perak  =   10,000 -12,000 dirham
lembu            =   200 ekor
kambing        =   2000ekor
Persalinan    =   200 persalinan lengkap
HIKMAH PERLAKSANAAN
HUKUMAN
1. Untuk menjaga agama
2. Untuk menjaga nyawa
3. Untuk menjaga akal fikiran
4. Untuk menjaga nasab keturunan
5. Untuk menjaga harta benda.
1. Menjaga agama, iaitu menjaga aqidah orang-orang
Islam supaya tidak terpesong dari aqidah yang sebenar
dan tidak menjadi murtad. 

2. Menjaga nyawa, iaitu menjaga jiwa seseorang dari


dibunuh termasuklah menjaga anggota tubuh badan
seseorang dari dicederakan atu dirosakkan. 
3. Menjaga akal fikiran, iaitu memelihara akal fikiran
manusia dari kerosakan disebabkan minum arak atau
minuman-minuman yang memabukkan. 

4. Menjaga keturunan, iaitu memelihara manusia dari


melakukan perzinaan supaya nasab keturunan, perwalian
dan pewarisan anak-anak yang lahir hasil dari
persetubuhan haram itu tidak rosak. numan yang
memabukkan.
5. Menjaga harta benda, iaitu memelihara harta benda
manusia dari dicuri dan dirompak dengan menjatuhkan
hukuman potong tangan ke atas pencuri, dan
menjatuhkan hukuman mati atau potong tangan dan kaki
kedua-duanya sekali atau dibuang negeri ke atas
perompak.
KESIMPULAN
Undang-undang islam yang dilaksanakan adalah
untuk tujuan mencegah dan bagi tujuan
pengajaran kepada orang ramai. Ini dibuktikan
dengan cara pelaksanaannya yang dilakukan di
hadapan orang ramai bagi menyaksikan hukuman
itu dilakukan bagi menimbulkan kesedaran dan
ketakutan bagi melakukan jenayah.

Anda mungkin juga menyukai