Anda di halaman 1dari 3

FALSAFAH SOLAT

Pengertian Solat
Solat dari segi bahasa bermaksud doa atau doa dengan sesuatu kebaikan. Dari segi syarak,
solat bermaksud perkataan-perkataan dan perbuatan-perbuatan yang dimulai dengan takbir
beserta niat dan diakhiri dengan salam dengan syarat-syarat tertentu. Perkataan-perkataan di
dalam sembahyang dikenali sebagai rukun qauli. Manakala perbuatan-perbuatan di dalam
sembahyang dikenali sebagai rukun fi‘li dan perlakuan selain daripada perkataan dan
perbuatan dikenali sebagai rukun qalbi. Maksud ini selaras dengan firman Allah s.w.t:

Maksudnya: Ambilah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya
dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak
Yang buruk); dan doakanlah untuk mereka, kerana Sesungguhnya doamu itu menjadi
ketenteraman bagi mereka. dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
Surah al-Taubah (9): 103

Tujuan Solat
Solat merupakan perkara penting dan menjadi paksi utama keimanan seseorang mukmin.
Ibadat solat merupakan rukun Islam yang kedua selepas mengucap dua kalimah syahadah. Ia
adalah tiang agama yang telah difardukan ke atas orang Islam yang mukallaf. Pendidikan
solat bermula dari zaman kanak-kanak yang berusia tujuh tahun dan dipukul pada umur
sepuluh tahun jika tidak melakukan solat. Sesiapa yang meninggalkan solat seolah-olah dia
merobohkan agama. Kewajipan solat tersebut boleh didapati melalui banyak dalil daripada
Al-Quran dan Al-Hadith.

Rukun Solat
Rukun solat terbahagi kepada tiga kategori:

1. Qalbi (diingat dalam hati)


2. Qauli (diucap dengan lidah)
3. Fi'li (perbuatan)
Rukun solat ada 13 perkara iaitu:

1. Berdiri bagi yang mampu. [Fi'li]


2. Niat.[Qalbi]
3. Takbiratul Ihram (Allahu Akhbar yang pertama). [Qauli]
4. Membaca surah Al-Fatihah. [Qauli]
5. Rukuk dengan tama'ninah .[Fi'li]
6. Iktidal dengan tama'ninah. [Fi'li]
7. Sujud dengan tama'ninah. [Fi'li]
8. Duduk di antara dua sujud, dengan tama'ninah. [Fi'li]
9. Duduk Tasyahhud akhir. [Fi'li]
10. Membaca bacaan Tasyahhud Akhir. [Qauli]
11. Selawat kepada Nabi Muhammad SAW dalam Tasyahhud Akhir. [Qauli]
12. Mengucapkan salam yang pertama. [Qauli]
13. Tertib [Qalbi]

Kelebihan Solat Kepada Manusia


1)Solat Untuk Menyembah dan Mengingati Allah S.W.T.
Firman Allah S.W.T: Yang bermaksud:
”Sungguh aku ini Allah,tidak ada tuhan selain aku Dan dirikanlah solat itu semata-mata untuk
mengingati Daku”.
(S. Thaha: 14).
Solat adalah pengabdian seorang hamba kepada Allah S.W.T. Berdasarkan maksud ayat ini
solat adalah jalan bagaimana untuk kita sentiasa mengingati Allah Ta’ala.Tidak ada jalan lain
untuk kita hamba yang beriman ini untuk berhubung dengan Allah melainkan dengan hanya
menunaikan solat.Justeru,orang Islam yang tidak menunaikan solat sebenarnya adalah orang
yang tidak mengakui Allah itu tuhan yang patut disembah.Malah mereka ini adalah golongan
yang telah menipu terhadap pengakuan di dalam syahadah dan ikrar mereka.Orang Islam
yang mengingati Allah,maka Allah akan sentiasa mengingati mereka seperti firman Allah
Taala yang bermaksud:

"Maka ingatlah kepadaKu ,Aku pun akan ingat kepadamu."(Ayat 152:Surah al-Baqarah)

2)Tanda pengabdian dan syukur kepada Allah Azzawajalla.


Solat juga merupakan tanda pengabdian dan syukur seorang hamba kepada Allah S.W.T. atas
segala nikmat dan rahmat yang Allah kurniakan kepada kita. Firman-Nya:
Yang bermaksud:
”Sesungguhnya Kami (Allah) telah memberimu(Muhammad saw) nikmat yang banyak. Maka
laksanakan solat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah.(sebagai ibadah untuk mendekatkan diri
kepada Allah)”. (S. Al-Kautsar: 1-2).

Sekiranya seorang muslim tidak melaksanakan solat,bagaimana cara dia mengucapkan


syukur kepada Allah Taala.Adakah cukup sekadar mengungkap ucapan Alhamdulillah atau
terima kasih Allah tanpa solat.Sesungguhnya orang yang meninggalkan solat adalah
golongan yang kufur dengan nikmat Allah dan sombong seperti lagak Firaun dan Qarun.

3)Hikmah Solat Dalam Menghapus Dosa.


Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud:
”Solat lima waktu dan solat Jumaat hingga Jumaat berikutnya adalah penebus dosa antara
jarak waktu solat-solat itu, selama dijauhinya dosa-dosa besar”. (HR Muslim).

Dosa yang dimaksudkan di sini adalah dosa-dosa kecil.Sebagai manusia biasa kita tidak akan
terlepas dan bebas dari melakukan dosa.Mata kita mungkin telah terlihat perkara
mungkar,lidah kita mungkin berkata sesuatu yang tidak berhak diperkatakan,begitu juga
kepada anggota-angota yang lain yang melakukan kemungkaran.Maka melalui solat ini tadi
dengan izin dan rahmat Allah ,kita dapat meminta keampunan dan memadamkan dosa-dosa
lalu.Sesuungguhnya orang yang tidak mengerjakan solat adalah golongan yang tidak
bimbang dan takut dengan azab dan api neraka Allah.

4) SOLAT MENCEGAH PERKARA KEJI, MUNGKAR DAN GEJALA SOSIAL


ِ ‫ع ِن ْالفَ ْحشَاءِ َو ْال ُم ْنك َِر َولَ ِذ ْك ُر ه‬
‫َّللا أ َ ْك َب ُر َو ه‬
ْ َ‫َّللاُ َي ْعلَ ُم َما ت‬ ِ ‫ي ِإ َليْكَ مِ نَ ْال ِكت َا‬
‫ب َوأَق ِِم ال ه‬ ُ
َ‫صنَعُون‬ َ ‫ص ََلة َ ت َ ْن َهى‬
‫ص ََلةَ ِإ هن ال ه‬ َ ِ‫اتْ ُل َما أوح‬

Firman Allah: Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan
kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya
sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya
mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah
mengetahui akan apa yang kamu kerjakan (al-‘Ankabut [29:45]).

ULASAN: Solat yang didirikan dengan penuh penghayatan akan membendung seseorang
Muslim dari melakukan perkara keji kerana intisari solat (kepatuhan kepada segala arahan
Allah) dihayati dan dilaksanakan. Perlakuan dosa dan maksiat seseorang manusia menjadi
kayu ukur penerimaan solatnya. Orang yang bersolat tetapi masih melanggar arahan Allah
sebenarnya tidak benar-benar memahami dan menmghayati falsafah solat. Oleh kerana itu,
perbuatan solat disebut dalam al-Quran dengan arahan DIRIKANLAH kerana ia perlu
didirikan dengan asas ilmu yang teguh dan penghayatan.

5) ORANG YANG MENINGGALKAN SOLAT SENANG TERJEBAK DENGAN


MAKSIAT SERTA MENGIKUT HAWA NAFSU

َ َ‫ف يَ ْلقَ ْون‬


‫غيًّا‬ َ َ‫ت ف‬
َ ‫س ْو‬ ‫ص ََلة َ َواتهبَعُوا ال ه‬
ِ ‫ش َه َوا‬ ‫ضاعُوا ال ه‬ ٌ ‫ف مِ ْن بَ ْع ِد ِه ْم خ َْل‬
َ َ‫ف أ‬ َ َ‫فَ َخل‬

Firman Allah: Kemudian mereka (para rasul) digantikan oleh keturunan-keturunan yang
mencuaikan sembahyang serta menurut hawa nafsu (dengan melakukan maksiat); maka
mereka akan menghadapi azab (dalam neraka) (Maryam [19:59]).

Sesungguhnya amat banyak hikmah solat dalam kehidupan kita seharian.Selain hikmah yang
disebutkan di atas solat juga mampu untuk mendidik umat Islam menjadi pengurus yang
baik,mampu membentuk disiplin dan mencintai ilmu.Hikmah di atas belum lagi menyentuh
berkenaan hikmah solat dari sudut sains dan kesihatan.

Anda mungkin juga menyukai