Anda di halaman 1dari 42

Definisi hak

Kalimah “hak” dalam bahasa Arab mempunyai beberapa makna yang berbeza, tetapi
kesemuanya berada di sekitar erti “ sabit dan wajib” dan ini dapat dilihat dalam ayat-ayat
berikut :

Firman Allah s.w.t :

َّ‫لََق ْد َحقََّّالْ َق ْولََّّ َعلَىَّأَ ْكثَ ِرِه َّْمَّفَه َّْمَّالي ْؤِمنو َن‬

Maksudnya :

Demi sesungguhnya, telah tetap hukuman seksa atas kebanyakan mereka, kerana mereka
tidak mahu beriman.

(Surah Yasin 36 : 7)

Kalimah َّ‫حق‬dalam
َ ayat ini bermakna sabit dan wajib.

Firman Allah s.w.t :

ِ ‫اْلقََّّوي ب ِطلََّالْب‬
َّ‫اط َل‬ ِِ
َ َ ْ َ َْ ََّّ‫ليحق‬

Maksudnya :

Supaya Allah menegakkan Yang benar itu dan menghapuskan Yang salah (kufur dan syirik).

(Surah al-Anfal 8 : 8)

Kalimah َّ‫ ْال َحق‬dalam ayat ini bermakna sabit dan zahir.

ِ ‫اْلقَََّّوزه َّقَّالْب‬
..…..َّ‫اطل‬َ َ َ َ َ َْ َ‫َجاء‬

Maksudnya :

Dan Katakanlah:" telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara Yang salah
(kufur dan syirik)..

(Surah al-Isra 17 : 81)


Kalimah َّ‫ ْال َحق‬dalam ayat ini bererti satu perkara yang ada lagi sabit.

َّ‫ي‬ ِ َِّ ‫َولِْلمطَل َق‬


َِّ ‫اتَّ َمتَاعََّّبِالْ َم ْعر‬
َ ‫وفَّ َحقًّاَّ َعَّلَىَّالْمتق‬

Maksudnya :

Dan isteri-isteri Yang diceraikan berhak mendapat Mut'ah pemberian saguhati) Dengan cara
Yang patut, sebagai satu tanggungan Yang wajib atas orang-orang Yang taqwa.

(Surah al-Baqarah 2 : 241)

Kalimah ‫ َحقًّا‬di sini bererti wajib

Perkataan hak juga digunakan untuk menunjukkan bahagian atau peruntukan tertentu.
Ini boleh di lihat dalam firman Allah s.w.t dalam surah al-Ma’arij

‫َّلِّلسائِ َِّلَّ َوالْ َم ْحروم‬.َّ‫فَّأ َْم َواِلِِ َّْمَّ َحقَََّّم ْعلوم‬


َّ ََِ َّ‫َوال ِذين‬

Maksudnya :

Dan mereka (yang menentukan bahagian) pada harta-hartanya, menjadi hak Yang termaklum.
Bagi orang miskin Yang meminta dan orang miskin Yang menahan diri (daripada meminta).

(Surah al-Ma’arij 70 : 24-25)

Kalimah hak juga kadang-kadang digunakan dengan erti keadilan iaitu lawan kepada
kezaliman. Dan ini dapat di lihat dalam Firman Allah :

ِ ‫واللهََّّي ْق‬
ْ ِ‫ضيَّب‬
َّ‫اْلَ ِّق‬ َ َ

Maksudnya :

Dan Allah memutuskan hukum Dengan adil…

(Surah al-Mu’min 40 : 20)


Di kalangan ahli fiqh, hak diberi takrif sebagai “‫” الحكمَّالثابتَّشرعا‬1 (hukum yang sabit secara
syari). Definisi atau takrif ini adalah dibuat oleh ahli-ahli fiqh zaman ke belakang.
Sebenarnya takrif ini tidak jami’, ia tidak merangkumi semua perkara yang terkandung oleh
lafaz “hak” seperti yang difahami oleh ahli-ali fiqh. Kerana kadang kala perkataan hakini
bermakna “harta yang dimiliki” sedangkan ia bukanlah “hukuman”. Ada kalanya hak itu
membawa maksud “pemilikan”, ada kalanya hak digunakan untuk menyatakan deskripsi
syari (‫ )الوصف َّالشرعى‬seperti hak perwalian (‫)الحق َّالوالية‬hak jagaan anak (‫)الحضانة‬dan hak
memilih (‫)الخيار‬. Ada kalanya juga disebut hak untuk menyatakan kemudahan-kemudahan
yang melekat kepada sesuatu harta tidak alih (tanah) seperti hak jalan, hak mengalirkan air
dan longkang. Lafaz kalimah hakjuga ada kalanya diucapkan untuk menunjukkan makna “
kesan yang menyusul aqad atau kontrak, seperti tanggungjawab menyerah barang jualan atau
tanggungjawab menyerah harga”.

Sesetengah sarjana zaman kini, seperti Profesor Syeikh Ali Khafifmendefinisikan hak
sebagai kepentingan yang patut diperoleh2 yang ditetapkan oleh syara’. Tetapi definisi ini
lebih merupakan definisi yang dilihat dari sudut matlamat hak itu sendiri, bukan definisi yang
dilihat dari sudut zat dan hakikatnya. Kerana hak ialah “hubungan khusus antara pemilik hak
dengan maslahat yang boleh diambil manfaat daripadanya.

Profesor Mustafa al-Zarqa memberi takrif hak seperti berikut, iaitu hak ialah bidang
kuasa atau juridiksi yang dengannya diakui oleh syara’ sebagai mempunyai suatu kekuasaan
atau tanggungjawab(taklif)3.

Definisi ini merupakan suatu takrif yang amat baik, kerana ia merangkumi seluruh
hak agama seperti hak Allah ke atas hamba-Nya yang terdiri daripada solat, puasa dan
sebagainya. Ia juga merangkumi hak-hak sivil seperti hak memiliki, hak moral seperti hak
ketaatan yang mesti diberikan oleh anak kepada ayahnya dan isteri kepada suaminya ia juga
merangkumi hak-hak umum seperti hak kerajaan memperoleh kesetiaan rakyat, merangkumi
juga hak-hak harta seperti haknafkah dan merangkumi juga hak-hak bukan harta seperti hak
perwalian ke atas diri.

Keistimewaan definisi ini ialah ia menjelaskan identiti hak iaitu, sebagai hubungan ikhtisas
(bidang kuasa) dengan seseorang yang tertentu. Umpamanya seperti hak penjual terhadap

1
Abdul Halim al-Lukhnawi, Hasyiah Qanar al-Aqmar ‘ala Syrh al-Manar
2
Muzakkirat al-Haq wa al-Dhimmah, hlm 36
3
Al-Madkhal ila Nazariyyah al-Iltizam Fi al-Fiqh, hlm 10
harga di manaharga itu khusus untuknya. Sekiranya tiada ikhtisas dengan seseorang tetap
yang ada hanya keharusan umum seperti memburu, memotong kayu, dan menggunakan
kemudahan awam, maka (perkara-perkara itu) tidaklah disebut hak tetapi disebut rukhsah
(kemudahan) bagi semua orang.

Kalimah “kekuasaan” (al-Sultah), seperti yang terdapat dalam takrif di atas, boleh berbentuk
sama ada:

(a) kekuasaan ke atas seseorang seperti hak penjagaan anak dan hak perwalian ke atas diri.

(b) kekuasaan ke atas sesuatu yang khusus seperti hak pemilikan.

Kalimah “ pertanggungjawaban” bermakna tanggunganyang dikenakan ke atas


seseorang sama ada berbentuk harta seperti tanggungan untuk menunaikan hutang, ataupun
tanggungan untuk melaksanakan sesuatu tujuan yang tertentu seperti orang yang mengambil
upah menjalankan tugas.

Definisi di atas menunjukkan atau mengisyaratkan kepada mansya’ al-haq ( sumber


hak) menurut pandangan syara’/ di mana sumbernya ialah “kehendak syara’”. Jadi hak-hak
(al-haq) dalam Islam merupakan kurniaan Allah, yang bersandarkan sumber-sumber hukum
syara’. Ini bermakna bahawa tidak ada sesuatu hak syara’ ( haq sharei) yang tidak
berdasarkan dalil yang menunjukkannya. Sumber hak ialah Allah s.w.t tidak ada pemerintah
sebenar selain-Nyadan tidak ada perundangan sebenar selain perundangan-Nya. Hak dalam
Islambukanlah sesuatu yang bersumberkan semula jadi atau akal manusia. Bagi menghalang
berlakunya, apa yang ditakuti oleh ahli undang-undang iaitu menjadikan Tuhan sebagai
sumber-sumber kepada hak. Berikutnya kebebasan mutlak dalam mendapatkan hak. Demi
untuk mengelakkan bahaya ini, maka Islam sejak awal lagi menghadkan batasan-batasan
tertentu kepada individu dalam menggunakan hak-hak mereka iaitu dalam menggunakan hak-
hak mereka itu, mereka hendaklah menjaga kepentingan orang lain dan jangan sesekali
menimbulkan kemudaratan kepada kepentingan jemaah ( orang ramai). Jadi hak bukanlah
mutlak tetapi dibataskan kepada tindakan atau perlakuan yang memberi faedah kepada
masyarakat dan menghalang kemudaratan daripada orang lain. Sesuatu hak di dalam syariat
Islam mewajibkan dua kewajipan iaitu :

1. kewajipan umum ke atas semua orang supaya menghormati hak seseorang dan jangan
mencerobohinya.
2. kewajipan khas ke atas pemilik hak supaya menggunakan haknya dengan cara yang tidak
memberi mudarat ke atas orang lain.

Rukun Hak

Hak mempunyai dua rukun

1. “pemilik hak” iaitu orang yang berhak.


2. “tempat hak” iaitu sesuatu yang hak bergantung dengannya. “tempat hak” ini boleh
berbentuk “sesuatu yang khusus” yang hak bergantung dengannya seperti dalam kes
al-haq al-‘aini (hak benda) ataupun berbentuk hutang.

Untuk hak peribadi (al-haq al-syakhsi), seperti hubungan di antara orang yang berhutang
dengan orang yang member hutang, maka di tambah rukun ketiga al—madin (orang yang
berhutang) yang dipertanggungjawabkan (mukallaf) dengan hak. Jenis tanggungjawab
berbentuk sama ada “melakukan sesuatu” seperti membayar hutang atau membayar harga
ataupun berbentuk “ menahan diri daripada melakukan sesuatu” seperti menahan diri
daripada member mudarat kepada jiran ataupun orang lain. Juga seperti menahan diri
daripada menggunakan barang simpanan (al-wadiah) atau barang amanah. Orang yang
dipertanggungjawabkan (mukallaf) boleh jadi khusus, seorang atau kumpulan, contohnya
seperti orang yang berhutang atau boleh jadi tidak khusus, contohnya seperti dalam perkara-
perkara kewajipan umum, di mana dalam perkara atau kes seperti ini yang
dipertanggungjawab (mukallaf) adalah semua orang. Semua mereka hendaklah menghormati
hak-hak orang lain dan jangan menggangu atau mencerobohnya.

Pemilik Hak

Pemilik hak ialah Allah S.W.T dalam hak-hak keagamaan. Manakala dalam hak-hak yang
lain pemiliknya ialah syakhsiyyah tabi’iyyah(manusia) ataupun syakhiyyah ‘iktibariyyah
seperti syarikat dan institusi. Merekalah yang memiliki kuasa yang dapat digunakan ke atas
tempat hak.

Syakhsiyyah tibi’iyyah(‫ )الشخصية َّالطبيعية‬bagi seseorang bermula sejak pembentukan


janin dengan syarat kelahirannya dalam keadaan hidup, biarpun “hidup anggapan” (hayat
taqdiriyyah). Golongan hanafi menganggap seseorang anak atau janin sebagai hidup apabila
sebahagian besar badan kanak-kanak itu telah keluar daripada perut ibunya dalam keadaan
hidup. Manakala “hidup anggapan” pula dikira ketika keguguran janin kerana jenayah.
Umpamanya seperti jika seseorang memukul seorang perempuan yang sedang mengandung
lalu janin itu gugur dalam keadaan mati, maka janin itu boleh mempusakai dan boleh
dipusakai.

Mankala golongan lain pula menganggap seorang janin atau kanak-kanak itu hidup
setelah kelahirannya sempurna dan terpisah daripada ibunya. Pendapat ini telah digunakan
oleh undang-undang keluarga Syria. Dalam kes pengguguran janin secara jenayah, golongan
ini berpendapat bahawa janin ini hanya boleh dipusakai ghurrah sahaja (iaitu diat janin atau
pampas an harta atau wang yang wajib dibayar kerana pencerobohan ke atas janin. Di sisi
syara’ ia dinilaikan sebanyak 50 dinar atau 500 dirham).

Syakhisiyyah tabi’iyyah, berakhir atau tamat dengan “kematian sebenar” (al-wafat


hakiqiyyah) atau “kematian anggapan” (al-wafat al-taqdiriyyah), seperti dihukum sebagai
mati seseorang yang hilang atau ghaib yang tidak diketahui kedudukannya dan tidak
diketahui apakah dia masih hidup ataupun telah mati. Hukuman seperti ini boleh dibuat
berdasarkan kawan-kawan yang sebaya dengannya, dalam umur itu, pada biasanya telah pun
mati, ataupun umurnya telah mencapai 90 tahun.

Sesungguhpun berlaku kehilangan seseorang(peribadi) secara mati namun


dhimmah(tanggungan) dan ahliyyah wujubnya masih dianggap kekal dalam kadar yang perlu
untuk menyelesaikan hak-hak yang bersangkutan dengan harta peninggalannya. Kerana ini
perlu dilakukan(darurat) dan menurut kadar darurat itu sendiri mestilah dinilaikan mengikut
had keperluannya sahaja. Kita akan jelaskan hal ini dalam perbincangan mengenai harta dan
tanggungan harta. Dengan prinsip anggapan ini urusan yang menyebabkan milik yang
dilakukannya semasa hidupnya, seperti perbuatan memasang jaring yang mengena binatang
binatang buruan. (Dalam kes ini binatang buruan itu adalah menjadi milik mayat itu).
Demikian juga jika orang yang mati itu semasa hidupnya telah melakukan perbuatan atau
urusan yang menyebabkan dia mesti menggantirugi, maka dia mestilah dianggap terus
menanggung tanggungjawab itu biarpun dia telah mati. Umpamanya seperti tanggungjawab
membayar ganti rugi ke atas binatang yang terjatuh di dalam lubang yang digalinya yang
dilakukan di tempat lalu-lalang awam.

Fiqh Islam mengakui apa yang dinamakan di sisi undang-undang syakhiyyah


I’itibariyyah ma’nawiyyah atau syakhisiyyah mujarradah, melalui pengiktirafan terhadap
sebahagian daripada pihak umum seperti yayasan-yayasan, pertubuhan-pertubuhan, syarikat-
syarikat dan masjid-masjid, sebagai mempunyai keperibadian yang menyerupai individu
manusia biasa di sudut keahlian untuk memiliki, di sudut sabitan hak, melaksanakan
kewajipan, di sudut menganggap adanya tanggungjawab yang berasingan terhadap pihak
umum tanpa melihat kepada tanggungan individu-individu yang menganggotainya.

Banyak terdapat bukti ke atas pengakuan dan pengiktirafan ini, sama ada daripada
nas-nas ataupun daripada ijtihad para fuqaha. Bukti daripada nas ialah sabda Rasulullah
S.A.W

َّ ‫ذمةَّاملسليَّادةَّيسعىَّهباَّأدناهم‬

Maksudnya : Dhimmah orang Islam adalah satu. Orang yang paling rendah
dikalangan merekapun boleh memberi dhimmah4.

Maksudnya, keamanan yang diberi oekh salah seorang daripada orang Islam terhadap
musuh, melibatkan keseluruhan orang Islam. Bukti Islam adalah daripada nas-nas yang
menyuruh kita melakukan kebaikan dan melarang kemungkaran dan yang menunjukkan
harus mengemukakan “dakwaan hisbah” dari mana-mana individu untuk menghapuskan
penyelewengan, kemungkaran dan gangguan di jalan raya dan memisahkan di antara
pasangan suami isteri yang mempunyai hubungan haram. Dakwaan ini boleh dilakukan oleh
siapa sahaja biarpun dia tidak mempunyai kepentingan diri ke atas perkara yang didakwanya
itu.

Bukti daripada ijtihad yang menyokong pengakuan atau pengiktirafan di atas ialah
ijtihad yang mengatakan bahawa harta baitulmal mestilah dipisahkan daripada harta peribadi
seseorang pemerintah(ketua nrgara). Begitu juga ijtihad yang mengatakan bahawa baitulmal
mewarisi orang yang tidak ada waris. Juga ijtihad yang menganggap pemerintah(ketua
Negara) sebagai wakil ummah dalam urusan mentadbir harta awam menurut maslahat sama
seperti wasi mentadbir harta anak yatim. Ketua Negara juga(mengikut ijtihad) dianggap
sebagai wakil ummah dalam mengikat perjanjian-perjanjian. Perjanjian itu akan terus
berkuatkuasa biarpun ketua Negara itu mati atau dilucutkan jawatannya. Ketua Negara juga
menjadi wakil ummah dalam melantik para pegawai atau para pekerja tetap yang tidak
terpecat apabila ketua Negara itu mati. Ketua Negara juga mewakili ummah dalam
mengeluarkan hokum-hukum ataupun keputusan-keputusan kehakiman. Oleh itu qadi tidak
bertanggungjawab membayar diat jika dia melakukan kesalahan dalam keputusannya

4
Diriwayatkan oleh Ahmad daripada Ali.R.A, Nayl al-Autar, Jil VII, hlm 27
mengenai kes-kes yang berkaitan denagn hak-hak Allah S.W.T seperti kesalahan memotong
tangan pencuri kerana mempercayai saksi palsu. Dalam kes seperti ini tanggungan itu
hendaklah dikenakan ke atas baitulmal. Antara ijtihad mereka juga ialah :

1. Harus memberi milik harta wakaf dan bertanggungjawab dengan hak-hak orang lain
yang wajib ke atasnya.
2. Harus melakukan wasiat dan wakaf kepada masjid.
3. Menganggap nazir wakaf sebagai wakil semata-mata, yang tidak bertanggungjawab
menanggung hutang wakaf. Nazir wakaf boleh membeli apa yang diperlukan oleh
harta wakafdan membayar harganya dengan hasil ataupun pendapatan wakaf. Jadi
dalam kes ini “wakaf” merupakan pemilik, sebagai orang yang memberi hutang atau
orang yang berhutang. Nazir wakaf dianggap sebagai pemegang amanah harta wakaf.
Oleh itu jika dia mengkhianati kepentingan wakaf atau mentadbir secara cuai dan
mentadbir harta wakaf secara yang menyalahi syarat-syarat pewaskaf maka dia
mestilah menanggung ganti rugi (daman) akibat perbuatan itu.

JENIS-JENIS HAK

Hak terbahagi kepada beberapa bahagian menurut perbezaan dari sudut maknanya. Antara
pembahagian , hukum dan natijah hukum yang penting yang kita sebutkan di sini ialah seperti
berikut :

Jenis-jenis hak dari sudut pemilikan

Hak dari sudut ini terbahagi kepada tiga iaitu hak Allah, hak manusia, dan hak berkongsi di
antara hak Allah dan hak manusia yang kadang-kadang salah satu daripadanya mengatasi
yang lain5.

1. Hak Allah S.W.T (hak umum)

Hak Allah S.W.T bermaksud menghampirkan diri kepada Allah, mengagungkan dan
menegakkan syiar-syiar agama atau mempastikan kemanfaatan yang umum bagi alam tanpa
dikhususkan kepada seseorang manusia. Ia disandarkan kepada Allah S.W.T kerana

5
Lihat kitab-kitab Usul Fiqh Hanafi seperti al-Taqrir wa al-Tahbir, Jil II, hlm 104-111 : Kasyf al-Asrar, Jil II, hlm
136: al-Talwih ‘ala al-Tawdih, Jil IV, hlm 151: Hasyiah Nasamat al-Ashar, hlm 259.
urusannya yang agung dan manfaatnya yang lengkap. Yakni ia merupakan hak bagi
masyarakat. Contohnya seperti berikut:

(a) Ibadah-ibadah yang pelbagai seperti sembahyang, puasa , haji, zakat, jihat, amar
makruf, nahi munkar, nazar, yamin (sumpah), menyebut nama Allah ketika
penyembelihan dan setisp perkara yang berkepentingan.
(b) Mencegah jenayah dan menjalankan ‘uqubah(hukum penderaan) seperti hukum-
hukum hudud(had zina, menuduh berzina, curi, rompak, dan minum minuman
memabukkan) dan hukum-hukum ta’zir terhadap pelbagai jenayah. Contoh ini juga
merangkumi pemeliharaan tempat-tempat awam seperti sungai, jalan, masjid, dan
sebagainya yang merupakan keperluan bagi masyarakat.

Di sini golongan ulama Hanafi, hak-hak Allah dibahagikan kepada lapan bahagian yang
dapat dikenali melalui usul fiqh.

Hukum-hukum hak Allah S.W.T ialah ia tidak harus digugurkan dengan pengampunan
atau pendamaian atau penarikan diri. Ia juga tidak boleh diubah-ubah. Oleh itu had mencuri
tidak akan gugur dengan pengampunan mangsa curia tau penyelesaiannya dengan pencuri
setelah kes ini sampai kepada hakim. Had zina tidak akan gugur dengan pengampunan suami
atau orang lain ataupun perzinaan itu dengan kerelan perempuan sendiri.

Hak tidak boleh diwarisi. Maka ibadah yang tidak dilakukan oleh si mati semasa
hidupnya, tidak wajib dilakukan oleh para warisnya kecuali apabila diwasiatkan oleh si mati
supaya dikeluarkannya (seperti zakat). Waris tidak akan disoal (dipertanggungjawab) tentang
jenayah yang dilakukan oleh pewarisnya.

Dalam uqubah yang berkaitan dengan hak-hak Allah S.W.T boleh berlaku tadakhul
(bermasuk-masukan). Sesiapa yang berzina atau mencuri berulang kali dan tidak dihukum
pada setiap kali perlakuannya, maka mencukupilah dengan satu uqubah sahaja. Ini kerana
maksud uqubah ialah menghalang dan membendung. Maka penghalangan ini boleh dipasti
dengan satu uqubah6. Pengendalian hukuman bagi jenayah-jenayah ini diserahkan kepada
hakim. Hakimlah orang yang mengadabkan golongan yang meninggalkan ibadah dan
bersikap remeh dengannya. Dia jugalah yang menjalankan hudud dan ta’zir ke atas pesalah
demi mencegah keharubiruan dan menghalang berlakunya jenayah.

6
Al-Bada’i, Jil VII, hlm 55 dan seterusnya 86 : al-Mabsut, Jil IX, hlm 185
2. hak manusia (Hamba)

Hak ini dimaksudkan untuk memelihara kepentingan seseorang, sama ada hak itu bersifat
umum seperti memelihara kesihatan, anak-anak dan harta benda, mewujudkan keamanan,
membendung jenayah, menolak permusuhan dan menikmati tempat-tempat umum milik
negara ataupun bersifat khusus seperti ,emgawal hak tuan punya pada barang miliknya, hak
penjual pada harga dan hak pembeli pada barang jualan, hak seseorang menukarkan hartanya
yang rosak, mengembalikan harta yang dirampas, hak isteri dalam soal nafkah terhadap
suaminya, hak ibu mengasuh anaknya, hak bapa sebagai wali anak-anaknya dan hak manusia
untuk bekerja dan sebagainya.

Hukum hak ini ialah harus bagi pemilik punya hak menarik diri daripadanya. Hak ini
boleh digugurkan dengan pengampunan atau perdamaian atau pelupusan atau pengharusan.
Pada hak ini berlaku pewarisan. Tidak berlaku padanya tadakhul. Maka uqubah dijalankan
berulang kali ke atas setiap jenayah yang dilakukan dan penunaian hak ini berhubung dengan
tuan punya hak atau walinya.

3. hak Musytarak (Bersekutu)

Hak bersekutu merupakan dua hak yang berkumpul iaitu hak Allah dan hak manusia. Walau
bagaimanapun dalam sesuatu hal yang tertentu didapati, hak Allah melebihi hak manusia.
Contohnya seperti berikut :

(a) ‘Iddah perempuan yang dicerai. Pada isteri yang dicerai tersebut terdapat hak Allah
iaitu memelihara keturunan-keturunannya daripada bercampurbaur. Pada isteri
tersebut juga terdapat hak manusia iaitu hak keturunan anak-anaknya. Akan tetapi hak
Allah adalah melebihi kerana dalam memelihara keturunan-keturunannya terdapat
manfaaat umum bagi masyarakat iaitu memelihara masyarakat itu daripada
berkecamuk dan runtuh. Contoh lain ialah pemeliharaan manusia terhadap hidup,
akal, kesihatan dan hartanya. Padanya terdapat dua hak. Akan tetapi hak Allah adalah
melebihi daripada hak manusia kerana umumnya manfaat yang kembali kepada
masyarakat. Contoh hak ini di sisi golongan Hanafi7 ialah had qadhaf (tuduhan
zina)(iaitu 80 rotan bagi orang yang menuduh orang lain berzina). Padanya terdapat
dua hak iaitu pertama hak bagi orang yang dituduh debgan menolak keaiban

7
Fath al-Qadir, Jil IV, hlm 194 : al-Bada’i, Jil VII, hlm 6 : al-Mabsut, Jil IV, hlm 113 : Radd al-Muhtar wa Durr al-
Mukhtar, Jil IV, hlm 189
daripadanya dan mensabitkan kemulian dan kesuciannya. Hak yang kedua ialah hak
Allah iaitu memelihara maruah manusia dan mengosongkan dunia daripada
kerosakan. Hak kedua ini adalah melebihi pada kebiasaannya8.
Hukum hak ini. Hukumannya termasuk dalam bahagian pertama iaitu hak Allah
dengan menganggap hak Allah adalah hak yang lebih.
(b) Hak qisas yang sabit bagi wali orang yang dibunuh. Dalam hal ini terdapat dua hak.
Pertama, hak bagi Allah iaitu membersihkan masyarakat daripada jenayah
pembunuhan yang keji. Hak yang kedua ialah bagi manusia, iaitu meredakan
kemarahannya dan menenangkan jiwanya melalui terbunuhnya si pembunuh. Hak ini
melebihi daripada hak Allah kerana qisas berdasarkan persamaan, berdasarkan firman
Allah S.W.T :

َّ‫س‬ ََّ ‫اعلَْي ِهمَّ َْفِ َيهاَّأَنََّّالن ْف‬


ِ ‫سَّبِالن ْف‬ َ َ‫َكتَْب ن‬

Maksudnya :

Dan Kami telah tetapkan atas mereka di Dalam Kitab Taurat itu, Bahawa jiwa dibalas
Dengan jiwa...

(Surah al-Maidah 5 :45)

Dengan berasaskan persamaan ia lebih menyerlah kepada hak manusia. Hukuman hak
ini termasuk dalam bahagian kedua iaitu hak manusia. Maka harus bagi wali orang yang
dibunuh memaafkan pembunuh dan melakukan penyelesaian dengan harta. Malahan Allah
sendiri menggalakkan pemaafan dan pendamaian. Firman Allah S.W.T

‫كَّ ََتْ ِفيفََّّ ِّمنَّربِّك َّْمَّ َوَر ْْحََّة‬


ََّ ِ‫وفَّ َوأ ََداء إِلَْي َِّهَّبِإِ ْح َسانََّّ َذل‬ ِ ‫فَم َّنَّع ِفيََّلَهََّّ ِم َّنَّأ‬
َِّ ‫َخيهَّ َِ َش ْيءفَاتِّبَاعََّّبِالْ َم ْعر‬ ْ َ َْ

Maksudnya :

….maka sesiapa (pembunuh) Yang dapat sebahagian keampunan dari saudaranya (pihak
Yang terbunuh), maka hendaklah orang Yang mengampunkan itu) mengikut cara Yang baik
(dalam menuntut ganti nyawa), dan (si pembunuh pula) hendaklah menunaikan bayaran ganti

8
Golongan Syafi’i, Hanbali serta pendapat oleh Imam Malik iaitu pendapat yang paing terang menurut Ibn
Rusyd, mengatakan bahawa had qadhaf merupakan hak mutlak bagi yang dituduh, kerana qadhaf merupakan
jenayah ke atas maruahnya. Maruahnya merupakan haknya maka menjalankan hukuman juga adalah haknya.
nyawa itu) Dengan sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah suatu keringanan dari Tuhan
kamu serta suatu rahmat kemudahan….

(surah al-Baqarah 2 : 178)

Firman-Nya lagi :

َِّّ َّ‫وما فَ َق ْد َج َع ْلنَا لَِولِيَِِّّه س ْلطَانًا فَالَي ْس ِرف‬


‫فَّالْ َقْت َِّلَّإِنهََّّ َكا ََّنَّ َمْنص ًورا‬ ِ
ً ‫َوَمن قت ََّل َمظْل‬

Maksudnya :

Dan janganlah kamu membunuh diri seseorang manusia Yang diharamkan oleh Allah
membunuhnya kecuali Dengan alasan Yang benar. dan sesiapa Yang dibunuh secara zalim,
maka Sesungguhnya Kami telah menjadikan warisannya berkuasa menuntut balas. Dalam
pada itu, janganlah ia melampau Dalam menuntut balas bunuh itu, kerana Sesungguhnya ia
adalah mendapat sepenuh-penuh pertolongan (menurut hukum Syarak).

(surah Israa 17 :33)

Pembahagian hak manusia (Hamba)

Hak seseorang yang khusus dengan mengangap ia sebagai hak tuan terbahagi kepada dua
pembahagian :

1. Hak yang boleh digugurkan dan hak yang tidak boleh digugurkan.

a) Hak yang boleh digugurkan


Pada asalnya semua hak peribadi boleh digugurkan berlainan dengan ‘ain(benda)
seperti qisas, hak syuf’ah dan hak khiyar. Pengguguran hak boleh dibuat sama ada
dengan cara pembayaran ataupun percuma.
b) Hak yang tidak boleh digugurkan
Terdapat hak-hak yang tidak boleh digugurkan. Ia merupakan pengecualian daripada
konsep umum yang telah kitanyatakan. Hak-hak itu ialah :
i. Hak-hak yang belum sabit, seperti isteri menggugurkan haknya mengenai
tempat tinggal dan nafkah pada masa akan dating ataupun pembeli
menggugurkan haknya mengenai melakukan khiyar pandang sebelum
melihatnya.
Waris menggugurkan haknya untuk membantah wasiat semasa
pewasiat masih hidup. Syafi’(rakan kongsi) sebelum dijual. Kesemua hak ini
tidak gugur kerana hak dirinya belum lagi diperolehi.
ii. Hak-hak yang diiktyibar dari segi syarak daripada sifat-sifat zat yang
semestinya bagi seseorang seperti bapa atau datuk menggugurkan hak
pewaliannya terhadap anak kecil. Pewalian merupakan sifat zat yang tidak
akan gugur dengan sebab pengguguran oleh kedua-duanya. Contoh hak ini di
sisi Abu Yusuf ialah pewalian pewakaf ke atas barang wakafnya adalah sabit
baginya sama ada disyaratkannya atau dinafikannya kerana ia merupakan
kesan pemilikannya.
iii. Hak-hak yang penggugurannya membawa kepada mengubah hokum-hukum
syarak seperti suami yang melakukan talaq menggugurkan haknya untuk
merujuk isterinya. Pemberi menggugurkan haknya untuk merujuk semula
pemberiannya dan pewasiat menggugurkan haknya untuk merujuk kembali
wasiatnya.
Contoh lain, pemilik mempunyai barang menggugurkan hak pemilikannya.
Pengguguran ini tidak diterima kerana erti pengguguran haknya pada
pemilikannya ialah mengeluarkan daripada miliknya kepada bukan pemilik.
Maka barang itu menjadi sa’ibah yabg tidak ada pemiliknya. Syarak telah
melarang daripada berlakunya sa’ibah yang terdapat semasa jahiliyyah dengan
firman Allah S.W.T

َّ‫اج َع ََّل اللهََّّ ِمنَّ ََِب َريةََّ َوالَ َسائِبَةََّّ َو َّالََّ َو ِصيلَةََّ َوالَ َحام‬
َ ‫َم‬

Maksudnya :

Allah tidak sekali-kali mensyariatkan Bahirah, tidak juga Saa'ibah9, tidak juga Wasilah dan
tidak juga Haam…

(Surah al-maidah 5 :103)

9
Bahirah : kambing yang melahirkan lima anak dan anak kelimanya betina. Sa’ibah : unta betina yang
disembahkan kepada tuhan-tuhan mereka. Ia dibiar bebas tanpa diganggu. Susunya tidak boleh diambil kecuali
oleh tetamu dan tidak di kerah bekerja.
Wasilah : unta betina yang melahirkan anak jantan, kemudian anak betina, lalu mereka pun mengatakan ia
mengiringi (wasala) saudaranya. Mereka tidak menyembelih anak yang jantan untuk tuhan-tuhan mereka
sedangkan yang ditetapan dalam tradisi mereka ialah menyembelih yang jantan yang dilahirkan daripada
zuriatnya 10 anak- Tafsir Ibn Kathir, Jil II, hlm 108 dan seterusnya
Lantaran itu jadilah satu prinsip yang menetapkan : “Tiada sa’ibah dalam
Islam”. Berdasarkan ini, maka sesuatu benda pada hukum syarak mestilah
sabit pemilikannya bagi seseorang. Pengguguran seseorang terhadap miliknya
mengakibatkan perubahan hokum syarak yang telah sabit. Ini suatu kebatilan
kerana seseorang pun tidak mempunyai kekuasaan mengubah hokum syarak
yang telah ditetapkan.

iv. Hak-hak yang berhubung-kait dengan hak orang lain. Contohnya ibu
menggugurkan haknya mengasuh anak. Suami yang mentalaq, menggugurkan
haknya pada ‘iddah isteri-isterinya yang ditalaq dan orang yang kecurian
menggugurkan haknya pada hukuman had terhadap pencuri. Ini kerana hak-
hak ini bersekutu. Apabila seseorang memiliki kuasa menggugurkan haknya
tidaklah beerti memiliki kuasa menggugurkan hak orang lain.

2. Hak-hak yang boleh diwarisi dan yang tidak boleh diwarisi

Fuh bersepakat di atas keharusan mewariskan hak-hak yang matlamatnya untuk mendapatkan
kepercayaan seperti penahanan barang gadaian untuk tujuan penjelasan hutang, penahanan
barang jualan untuk tujuan pembayaran harga dan hak jaminan hutang, kerana hak-hak ini
termasuk daripada hak-hak yang mesti dan perlu dituntut.

Para fuqaha juga bersependapat terhadap keharusan, mewariskan khiyar ta’yin dan
khiyar ‘aib(cacat), kerana jualan pada khiyar ta’yin berlangsung dan hak adalah terbatas
setakat memilih salah satu daripada barang-barang jualan. Jualan sempurna pada khiyar
‘aib(cacat) berdasarkan kesejahteraan barang jualan daripada cacat cela. Maka hak khiyar itu
sabit bagi para waris demi menolak kemudharatan dan penipuan.

Para fuqaha berselisih pendapat tentang keharusan mewariskan khiyar syarat dan
khiyar ru’yah(pandang), tempoh hutang dan hak-hak pejuang terhadap ghanimah setelah
dikumpul dan sebelum dibahagikan.

Golongan ulama Hanafi berpendapat bahawa hak-hak dan manfat-manfaat tidak boleh
diwarisi kerana pewarisan hanya berlaku pada harta yang wujud iaitu harta benda. Menurut
mereka hak-hak ini bukanlah harta. Hutang-hutang yang masih dalam tanggungan bukanlah
harta kerana ia merupakan sifat-sifat yang bekerja untuk mendapatkan harta. Pada hakikatnya
penerimaan hutang tidak dapat digambarkan tetapi penerimaannya berlaku pada nilai yang
sama dengannya. Akan tetapi ia boleh diwarisi kerana ia merupakan harta secara
hukmi(hokum) iaitu sesuatu yang berbentuk tanggapan yang dimiliki oleh si penghutang dan
ia wujud dalam harta penghutang. Maka hutang dikira harta dari segi masa pengembalian.

Golongan selain Hanafi mengatakan bahawa hak-hak, manfaaat-manfaat dan hutang-


hutang boleh diwarisi, kerana ia merupakan harta dan juga berdasarkan hadis Rasulullah
S.A.W :

َّ ‫َّومنَّتركَّكالَّأوَّعياالَّفإيل‬،‫منَّتركَّماالَّأوَّحقاَّفلورثته‬

Maksudnya:

“sesiapa yang meninggalkan harta atau hak maka bagi waris-warisnyalah dan sesiapa yang
meninggalkan hutang dan tanggungan maka kepadakulah (urusannya)10.

Jenis-jenis hak dari sudut tempatnya.

Hak dilihat dari sudut tempatnya yang ia bergantung dengannya terbahagi kepada hak harta
dan bukan harta, hak syakhsi, hak ‘aini, hak mujarrad dan hak yang tidak murajjarad.

Hak harta dan hak bukan harta

Hak-hak harta ialah setiap yang bersangkut-paut dengan harta-harta dan manfaat-manfaat
yakni hak yang tempatnya ialah harta atau manfaat, seperti hak penjual pada harga, hak
pembeli pada barang, hak syuf’ah, hak-hak pemanfaatan, hak khiyar dan hak penyewa pada
kediaman serta lainnya.

Hak-hak bukan harta ialah hak yang bersangkut paut dengan bukan harta umpamanya
hak qisas, hak kebebasan dalam aneka bentuknya, hak perempuan dalam hal talaq dan
penceraian kerana ketiadaan nafkah atau dengan sebab kecacatan-kecacatan peranakan
ataupun kerana pergaulan yang buruk atau suami hilang atau ditahan, hak pengasuhan anak,
hak pewalian ke atas diri seseorang dan seumpamanya yang mengandungi hak-hak politik
dan tabi’i.

Hak syakhsi dan hak ‘aini


10
Muttafaq ‘alaih di antara al-Bukahri, Mualim dan Ahmad daripada Abu Hurairah dengan lafaz “ setiap orang
mu’min, Aku lebih berhak dengannya di dunia dan akhirat, bacalah jika kamu mahu ayat ‘Nabi itu (hendaknya)
lebih utama bagi orang Mu’min daripada diri mereka sendiri,’ (Surah al-Ahzab 33 : 6). Siapa jua orang Mu’min
yang mati dan meninggalkan harta, maka ahli asabahnya berhak mewarisi hartanya itu. Orang Mu’min yang
mati meninggalkan hutang atau keluarga yang tidak mempunyai apa-apa, maka bawakanlah kepada-Ku, Aku
adalah pelindungnya.” Nayl al-Autar, Jil VI, hlm 57.
Hak syakhsi ialah sesuatu yang diakui oleh syarak bagi seseorang ke atas orang lain-tempat
hak ini berlaku sama ada dengan melakukan sesuatu pekerjaan seperti hak penjual menerima
harga dan hak pembeli menerima barang, hak manusia dalam berhutang dan menggantikan
barang-barang yang rosak dan dirampas dan hak isteri atau kerabat dalam hal nafkah. Ia juga
berlaku dengan keengganan melakukan sesuatu pekerjaan seperti hak penjagaan harta ke atas
penyimpan dari segi tidak menggunakan harta simpanan itu.

Hak syakhsi mempunyai tiga unsure iaitu pemilik hak, tempat hak dan mukallaf atau
penghutang tetapi hubungan di antara dua pihak yang berkaitan dengan hak ini merupakan
hubungan yang jelas tanpa merupakan tempat iaitu harta.

Hak ‘aini pula ialah sesuatu yang diakui oleh syarak bagi seseorang ke atas sesuatu
yang tertentu. Contohnya hak pemilikan yang dengannya pemilik mampumenggunakan kuasa
yang semaksima mungkin ke atas apa yang dimilikinya iaitu menguruskan sesuatu, melabur
dan menggunakannya. Contoh lain ialah hak pemanfaatan tang ditetapkan ke atas harta tidak
alih seperti hak lalu lintas, pengaliran hak menyandarkan batang-batang pokok ke atas
dinding jiran dan hak menahan barang gadaian untuk menjelaskan hutang. Hak ‘aini
mempunyai dua anasir sahaja iaitu pemilik hak dan tempat hak.

Cirri-ciri hak ‘aini dan hak syakhsi

Kedua-dua hak ini berbeza dengan beberapa keistimewaan dan cirri-ciri yang terpentingnya
ialah seperti berikut :

1. hak mengikut bagi pemilik hak aini. Pemilik hak ‘aini mempunyai hak untuk mengikuti
sesuatu yang berkaitan dengan haknya pada sesiapa sahaja walau bagaimana sekalipun
bentuknya orang yang memegang benda itu. Kalau seseorang merampas sesuatu, kemudian
menjualnya ataupun barang itu dirampas daripadanya dan berpindah daripada seseorang
kepada seseorang, maka harus bagi pemiliknya mendakwa orang terakhir yang memegang
benda itu.

Adapun hak syakhsi tidak dituntut kecuali terhadap orang yang dituntut pada asalnya
iaitu penghutang atau gantinya iaitu penjamin atau orang yang dipindah hutang kepadanya.

Sebab perbezaan ini ialah hak ‘aini berhubung kait dengan benda tertentu bukan
dengan tanggungjawab seseorang. Benda boleh dipindahkan daripada seseorang kepada
seseorang. Adapun hak syakhsi, ia berhubung kait dengan tanggungjawab pihak diri mukallaf
atau penghutang. Orang lain tidak boleh dituntut hak ini kecuali dengan kehendaknya seperti
dalam bab kafalah dan hiwalah.

2. Hak keutamaan bagi pemilik hak ‘aini : pemilik hak ‘aini memiliki keutamaan ke atas
sekalian pemberi hutang yang biasa apabila hutangnya disertakan dengan gadaian.

Adapun pemilik hak syakhsi tidak memiliki keutamaan melainkan pengecualian dan
beberapa hak tertentu seperti dalam hal keraguan maka diahulukan pemberi hutang orang
sihat ke atas orang sakit, dalam hal daarurat maka didahulukan belanja-belanja pengkafanan
dan pengkebumian ke atas hak lain yang berkaitan dengan harta peninggalan dan didahulukan
hutang untuk nafkah isteri dan anak-anak ke atas hutang-hutang biasa, sehubungan dengan
hal memelihara kemaslahatan umum, maka didahulukan hutang-hutang kerajaan berbanding
dengan hutang-hutang manusia biasa.

3. Ggugurnya hak ‘aini dengan sebab musnah tempatnya. Apabila tempat hak ‘aini musnah,
gugurlah hak dan batallah kontrak. Apabila barang jualan musnah di tangan penjual sebelum
diterima oleh pembeli, terbatallah kontrak dan gugurlah hak pembeli untuk menerima barang
itu. Apabila rumah yang disewakan terbakar, terbatallah kontrak sewaan dan gugurlah hak
penyewa untuk mengambil manfaatnya.

Hak syakhsi apabila musnah tempatnya maka ia tidak menggugurkan hak dan tidak
membatalkan kontrak. Apabila harta-harta penghutang musnah maka hak pemberi hutang
untuk menagih hutang tidak gugur kerana hutang berkait dengan pihak diri bukannya dengan
harta tertentu. Apabila barang yang diserahkan dalam aqad salam musnah penjual wajib
menyerahkan yang lain.

Hak mujarrad dan bukan mujarrad

Hak mujarrad ialah hak yang tidak meninggalkan sebarang kesan dengan sebab penarikan diri
sama ada secara pendamaian atau pelupusan, malah tempat hak ini kekal di sisi orang yang
dituntut (atau penghutang) selepas penarikan diri sama seperti sebelum penarikan diri.

Contohnya hak penghutang. Pemberi hutang apabila menarik diri daripada hutangnya
maka tanggungjawab penghutang selepas penarikan sama seperti sebelum penarikan atau
tidak timbul sebarang kesan daripada penarikan hak. Begitu juga hak syuf’ah, apabila
syafi’(rakan kongsi) menggugurkan haknya pada syuf’ah maka pemilikan pembeli terhadap
barang-barang tidak alih selepas penarikan daripada syuf’ah sama seperti sebelum penarikan.
Contohnya hak pendakwa meminta sumpah tertuduh, hak khiyar dan hak dalam urusan
wakaf.

Hak bukan mujarrad ialah hak yang meninggalkan kesan dengan sebab penarikan diri.
Contohnya hak qisas, ia berhubung kait dengan leher pembunuh dan darahnya. Dengan
penarikannya daripada hak ini ia akan meninggalkan kesan, maka berubahlah hukum
padanya. Pembunuh menjadi terpelihara darahnya dengan adanya pengampunan setelah
darahnya tidak terpelihara yakni dia harus dibunuh oleh wali mangsa bunuh, tetapi dengan
kelulusan atau perintah hakim. Contoh lain ialah hak berseronok suami dengan isterinya
berhubung kait dengan isteri. Aqad nikah yang dilangsungkan menghalangnya daripada
menyerahkan diri kepada orang lain selain suaminya. Apabila suami menarik diri daripada
hak ini dengan menjatuhkan talaq maka kembalilah semula kebebasannya dan dia boleh
berkahwin dengan sesiapa yang dia mahu11.

Faedah pembahagian ini nyata seperti berikut : hak bukan mujarrad boleh digantikan
dengan harta seperti hak qisas dan hak isteri. Wali mangsa bunuh dan suami harus
mengambil imbalan harta sebagai pertukaran penarikan diri daripada haknya.

Adapun hak mujarrad, tidak boleh ditukar ganti seperti hak penguasaan diri, harta dan
hak syuf’ah. Ini merupakan pandangan golongan Hanafi. Manakala golongan lain selain
Hanafi, berpendapat bahawa hak mujarrad harus ditukar ganti.

Jenis-jenis hak dari sudut sokongan dan ketiadaannya dalam bidang kehakiman

Hak yang dilihat dari sudut ini terbahagi kepada dua jenis : hak agama dan hak kehakiman.
Hak agama ialah hak yang tidak termasuk di bawah penguasaan kehakiman. Maka qadi tidak
dapat mewajibkan hak ini kerana beberapa sebab seperti kelemahan mensabitkannya di
hadapan kehakiman. Akan tetapi manusia akan disoal tentang hak ini di hadapan Tuhan dan
perasaan hatinya. Oleh itu hutang yang tidak mampu disabitkan oleh tuannya melalui
kehakiman tidaklah bererti beliau tidak berhak mendapatkannya. Malah dari segi agama
penghutang wajib segera menjelaskan hutang itu, perkahwinan yang tidak direkodkan di
makhamah-makhamah syariah adalah sabit dari segi agama dan menyusul hukum-hukum
yang berkaitan dengannya seperti nafkah, sabitnya keturunan anak-anak dan sebagainya.

11
Ustaz al-Syeikh Ali Khafif, Ahkam al-Mu’amalah al-Syari’ah, hlm 38
Hak kehakiman ialah hak yang termasuk di bawah penguasaan qadi. Pemilik hak ini
boleh mensabitkannya di hadapan kehakiman.

Hasil pembahagian ini menampakkan bahawa hukum-hukum agama dibina


berdasarkan niat, kejadian dan hakikat. Manakala hukum-hukum kehakiman dibina mengikut
zahir sesuatu perkara dan hakikatnya. Sesiapa yang mentalaqkan isterinya secara silap dan
tidak bermaksud menjatuhkan talaq, qadi akan menghukumnya jatuh talaqnya dengan melihat
kepada zahir dan mustahil mengenai hakikat. Jadi hukum jatuhnya talaq itu menjadi hukum
kehakiman. Adapun dari segi agama : hukum talaq tidak jatuh. Seseorang boleh beramal
dengan hukum ini antaranya dengan Allah dan mufti boleh menfatwakan bahawa talaq ini
tidak jatuh kerana pada hakikatnya suami tidak bermaksud menjatuhkan talaq.

SUMBER-SUMBER HAK DAN SEBAB-SEBABNYA

Kita telah ketahui bahawa sumber hak atau sebab utamanya atau sebab tidak langsungnya
ialah syarak. Syarak merupakan sumber utama bagi hak-hak dan sebab yang tunggal baginya.
Akan tetapi syarak kadang-kadang menimbulkan hak secara langsung tanpa terhenti kepada
sebab yang lain, seperti perintah melakukan pelbagai iabdah, menyarai kerabat, melarang
daripada melakukan jenayah dan perkara yang diharamkan serta mengharuskan rezeki yang
baik (halal). Sesungguhnya dalil-dalil syariah di sini dianggap sebagai sebab secara langsung
bagi sesuatu hak.

Kadang-kadang syarak menimbulkan hak atau hukum berlandaskan sebab-sebab lain


yang dilakukan oleh manusia seperti aqad perkahwinan(aqad perkahwinan menimbulkan hak
nafkah bagi isteri dan hak mewarisi), harta pusaka di antara suami dan isteri serta perkara
lainnya. Aqad jual beli mewujudkan pemilikan penjual terhadap harga sesuatu barang dan
pembeli terhadap barang. Rampasan merupakan sebab ganti rugi ketika musnahnya barang
yang dirampas. Aqad-aqad dan rampasan dianggap sebab-sebab secara langsung sementara
salil-dalil syarak merupakan sebab-sebab tidak langsung.

Di dalam analisa ini yang dimaksudkan dengan sebab-sebab atau sumber-sumber


ialah sebab-sebab secara langsung sam ada sebab-sebab itu ialah dalil syarak ataupun sebab-
sebab yang diperakui dan ditentukan oleh dalil-dalil ini : bukanlah dimaksudkan dengan
sumber di sini, sumber yang mengarahkan kepada mewajibkan iltizam kerana ketika itu akan
terjadi semua sumber-sumber, tempat rujukannya ialah syarak atau undang-undang.
Sumber hak bagi perkara iltizam terbahagi kepada lima12 iaitu syarak, aqad,
iradah(kemahuan) yang tunggal, perbuatan yang berfaedah dan perbuatan yang
memudaratkan.

Aqad adalah seperti jualan, pemberian dan sewa menyewa. Manakala kemahuan yang
tunggal adalah seperti menjanjikan sesuatu dan nazar. Syarak pula seperti beriltizam dengan
nafaqah kepada kerabat dan isteri, iltizam wali an penerimaan wasiat dan perwajiban cukai-
cukai. Perbuatan yang memudaratkan dengan sebab lain pula adalah seperti mewajibkan
pelampau mengganti sesuatu yang rosak atau dirampasnya. Perbuatan bermanfaat atau
mendapat kekayaan tanpa sebab seperti menjelaskan hutang yang disangka oleh seseorang ke
atas dirinya, kemudian nyata bahawa dia telah bebas daripada hutang atau menjelaskan
hutang orang lain dengan suruhannya atau membeli sesuatu, kemudian nyata bahawa ia
merupakan milik orang lain, maka haruslah bagi pemilik hak merujuk kepada orang yang satu
lagi(pemjual miliknya) dengan hutang kerana orang ini tidak berhak dengan harta itu.

Semua sumber ini bolehlah dimasukkan ke dalam hakikat syariah. Hakikat syariah
adalah sama ada secara semula jadi seperti kejiranan, hubungan kaum kerabat, sakit dan
seumpamanya, ataupun secara ikhtiyar(pilihan). Hakikat perlakuan pilihan berlaku sama ada
dengan perbuatan-perbuatan zahir yang ditegah atau perbuatan yang memudaratkan ataupun
perbuatan-perbuatan yang disyarakkan daripada satu aspek iaitu perbuatan yang bermanfaat
ataupun berlaku tasarruf syari’(pengurusan syara’).

Tasarruf-tasarruf syari berlaku sama ada daripada satu pihak iaitu kemahuan yang
tunggal atau daripada berbagai pihak iaitu aqad13.

Dapat dirumuskan bahawa sumber-sumber ini merupakan sebab secara langsung bagi
iltizam. Adapun sumber tidak langsung bagi segala bentuk tasarruf syari’ dan perbuatan zahir
ialah syarak.

Sumber-sumber hak ‘aini merupakan sebab pemilikan sempurna atau tidak sempurna
yang akan diterangkan dalam perbahasan teori-teori pemilikan.

Dr. Sanhuri mengatakan bahawa sumber-sumber hak dalam fiqh Islam(sama ada
perkara iltizam dan kejadian undang-undang14.

12
Iltizam : kejadian yang menimbulkan tekad
13
Ustaz al-Zarqa’, al-Madkhal li Nazariyyah al-Iltizam fil Fiqh, hlm 49-52
Tasarruf syari’ atau undang-undang merangkumi aqad dan kemahuan tunggal.
Sementara kejadian syari’ atau undang-undang merangkumi perbuatan memudarat dan
memanfaatkan.

Akhirnya, dirumuskan bahawa pengakuan tidak dikira sebagai tempat wujudnya hak.
Ia hanyalah sebagai penceritaan mengenai hak berdasarkan pandangan yang rajah di sisi
fuqaha. Sebagaimana juga hukuman oleh qadi tidak dikira tempat wujud bagi hak akan tetapi
ia hanyalah penonjol dan penyinkap hak kecualilah apabila qadi menjatuhkan hukuman
melalui persaksian dusta dan kedustaan itu tidak tersingkap, maka hukummannya dikira
sebagai tempat wujudnya hak secara zahir yakni semata-mata hukuman bukannya agama.

Inilah persoalan-persoalan yang makruf dalam istilah Islami, bahawa hukuman oleh
qadi dilaksanakan berdasarkan zahir dan batin atau zahir sahaja. Ia merupakan tempat
perselisihan fuqaha.

HUKUM-HUKUM HAK

Hukum –hukum hak ialah kesan-kesannya yang menyusul setelah sabitnya hak bagi
pemiliknya. Hukum-hukum seperti berikut :

Penunaian Hak

Pemilik hak ini bolehlah menunaikan haknya dengan semua cara yang diharuskan iaitu :

1. Menunaikan hak Allah S.W.T dalam ibadat berlaku dengan menunaikan seperti yang
digariskan oleh Allah S.W.T sama ada dalam keadaan-keadaan biasa(‘azimah) ataupun dalam
keadaan pengecualian(rukhsah) seperti mengqasarkan sembahyang, harus berbuka puasa bagi
orang sakit dan musafir, bertayammum dengan tanah sebagai ganti bagi air ketika sakit
ataupun ketiadaan air, menggantikan orang lain dalam melakukan haji kerana lemah dan
harus menuturkan perkataan kufur bersama keimanan yang teguh dalam hati apabila dipaksa.

Jika seseorang enggan menunaikan ibadat, sekirananya hak itu berbentuk harta seperti
zakat, maka hakim boleh mengambil harta tersebut daripadanya secara paksa dan
membahagikannya pada tempat-tempat yang disyariatkan. Sekiranya ibadat itu bukan
berbentuk harta maka hakim boleh memaksanya dengan pelbagai cara yang dimilikinya

14
Al-Sanhuri, Masadir al-Haq fi al-Fiqh al-Islami Jil I, hlm 69
supaya dia melakukannya, sekiranya hak itu ditinggalkan secara terang-terang. Jika tidak,
Allah akan menyiksanya di dunia dengan ujian-ujian dan keperitan. Di samping itu kelak
mereka akan disiksa di akhirat dengan azab yang pedih.

Menunaikan hak Allah S.W.T dalam mencegah jenayah dan kemungkaran berlaku dengan
keengganan manusia melakukannya. Sekiranya manusia tidak menahan daripadanya, maka
hak Allahlah menegakkan hukuman. Hukuman ini dikendalikan oleh pemerintah atau
naibnya setelah wujudnya hukum mahkamah demi mencegah timbulnya aduan, pergolakan
fitnah dan permusuhan dan merebaknya perpecahan dan keruntuhan masyarakat.

2. Menunaikan hak manusia berlaku dengan mengambil hak itu daripada orang yang dituntut
dengan pilihan dan kerelaannya, sekiranya dia enggan menyerahkannya, jika yang berada di
tangannya hak yang sebenarnya seperti barang rampasan, barang curi dan barang simpanan
atau jenis hak seperti barang yang serupa dengan barang rampasan ketika binasa akan tetapi
jika pemilik hak mengambil sendiri hak itu akan menyebabkan fitnah atau mudarat ataupun
barang yang ada di tangannya berlainan sama sekali daripada jenis hak, maka pemilik hak
tidak boleh menunaikannya dengan dirinya sendiri akan tetapi dengan perantaraan
kehakiman.

Sekiranya yang berada di tangan pengambil itu merupakan harta yang bukan daripada
jenis hak dan dengan mengambilnya dengan cara yang khusus tidak menimbulkan fitnah atau
mudarat, maka pendapat yang masyhur di sisi golongan ulama’ Maliki dan Hanbali bahawa
pemilik hak boleh menunaikannya dengan perantaraan kehakiman 15 berdasarkan sabda
Rasulullah S.A.W

َّ ‫َّوالََّتنَّمنَّخانك‬،‫أدَّاألمانةَّإىلَّمنَّائتمنك‬

Maksudnya :

Tunaikan amanah orang yang mengamanahkan kamu dan janganlah kamu mengkhianati
orang yang mengkhianati kamu16.

15
Al-Dardir, al-syarh al-Kabir, Jil IV hlm 35, al-Qawanin al-Fiqhiyyah, hlm 359, al-Mughni, Jil VII, hlm 254
seterusnya
16
Hadith diriwayatkan oleh al-Tirmizi, Abu Daud dan dipandang hasan dan sahih oleh al-Hakim daripada
Hadith Abu Hurairah
Dan kerana Nabi Muhammad S.A.W memutuskan bagi hindun, isteri Abu Sufyan
dengan boleh mengambil haknya sekirapun tidak diketahui suaminya melalui sabda Baginda :

‫خذيَّماَّيكفيكَّوولدكَّباملعروف‬

Maksudnya :

Ambillah kadar yang mencukupi bagi kamu dan anak kamu dengan cara yang makruf 17.

Ini menunjukkan perlunya undang-undang(hukuman) untuk mengambil hak yang


sebenar atau jenisnya.

Golongan syafi’I mengatakan18 bahawa pemilik hak boleh menunaikan haknya


dengan cara yang tersendiri dengan apa cara sekalipun, sama ada ia daripada jenis haknya
atau bukan daripada jenisnya berdasarkan firman Allah S.W.T :

‫َو َجَزاء َسيِّئَةَّ َسيِّئَةَّ ِّمثْ ل َها‬

Maksudnya :

Dan(jika kamu hendak membalas maka) balasan sesuatu kejahatan ialah kejahatan yang
bersamaan dengannya..

(Surah al-syura 42 : 40)

َّ‫َوإِ َّْنَّ َعاقَ ْبت َّْمَّفَ َعاقِبوَّاَِّْبِِثْ َِّلَّ َماَّعوقِْبتمَّبِِه‬

Maksudnya :

Dan jika kamu membalas kejatahan(pihak lawan), maka hendaklah kamu membalas dengan
kejahatan yang sama seperti yang telah ditimpakan kepada kamu…

(surah al-Nahl 16 : 126)

Penyerupaan bukanlah daripada segenap segi, ia hanya pada harta sahaja, dan
berdasarkan sabda Rasulullah S.A.W :
17
Diriwayatkan oleh Ahmad dan perawi-perawi daripada sunan sittah kecuali al-Tirmizi, Nayl al-Autar, Jil VI,
hlm 323 :Subul al-Salam, Jil III, hlm 219
18
Mughni al-Muhtaj, Jil IV, hlm 162 : al-Muhadhdab, Jil II, hlm 282
َّ ‫منَّوجدَّعيَّمالَّعندَّرجلَّفهوَّأحقَّبه‬

Maksudnya :

Sesiapa yang mendapati hartanya yang sebenar di sisi seseorang maka dia lebih berhak
dengannya19.

Golongan Hanafi20 sependapat dengan pandangan dolongan Syafi’I mengatakan


bahawa barang yang diambil itu adalah daripada jenis hak-hak. Yang difatwakan pada hari ini
seperti yang dikatakan oleh Ibn Abidin ialah harus mengambilnya daripada jenis hak atau
lainnya kerana rosaknya pertanggungjawaban dan melengah-lengah dalam menunaikan
hutang-hutang.

Dirumuskan bahawa perbahasan ini yang dikenali dari segi fiqh dengan nama
‘pengambil hak” termasuk daripada hukum-hukum mu’amalah terpenting yang dibezakan
hukum-hukum kehakiman dan keagamaan.

Kesimpulannya bahawa sesiapa yang mendapati haknya yang sebenar ada di sisi
orang lain sama ada harta atau barang sedangkan orang itu cuba menangguhkan
pengembaliannya atau tidak mengakuinya sebagai hutang maka diharuskan baginya dengan
ittifaq fuqaha untuk mengambilnya dari segi agama bukan kehakiman kerana darurat,
berdasarkan Hadith yang telah lalu.

َّ ‫منَّوجدَّعيَّمالَّعندَّرجلَّفهوَّأحقَّبه‬

Maksudnya :

Sesiapa yang mendapati hartanya yang sebenar di sisi seseorang maka dia lebih berhak
dengannya21.

Jenis Hak yang Diambil

Pada asasnya dalam menunaikan sesuatu hak hendaklah dilakukan secara adil. Tidak boleh
ditambah ke atasnya. Sekiranya hak itu diketahui jenis dan ditetapkan kadarnya seperti harga

19
Diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Daud dan Nasa’i daripada Samarah bin Jundab
20
Fath al-Qadir, Jil IV, hlm 236, Radd al-Muhtar wa Durr al-Mukhtar, Jil III, hlm 219 : dan seterusnya 265
21
Nazariyyah al-Darurah al-Syari;yah, oleh pengarang, hlm 188 dan seterusnya, cetakan pertama
rumah dan sewanya dang anti pinjaman(hutang) maka tidak harus ditambah ke atasnya dalam
penunaian dan dalam hukuman qadi.

Sekiranya hak itu mutlak, tidak ditetapkan jenis dan kadarnya maka ia hendaklah
ditunaikan dengan cara yang sederhana daripada yang pertengahan menurut pandangan
manusia. Maka diambillah kadar yang sederhana daripada harta-harta zakat : jangan diamnil
harta-harta yang terlalu baik atau terlalu rendah nilainya.

Dalil yang menunjukkan bahawa penunaian tersebut hendaklah dibuat dengan cara
yang sederhana ialah nas-nas yang banyak yang diiringi dengan penyebutan ma’ruf atau ‘uruf
seperti firman Allah S.W.T :

ِ ‫وعلَىَّالْمولودَّ َِلَهََّّ ِرْزق هنََّّوكِسوت هنََّّبِالْمعر‬


َّ‫وف‬ َْ َْ َ َْ َ َ

Maksudnya :

..dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara
yang sepatutnya..

(Surah al-Baqarah 2 : 233)

ِ ‫احَّعلَيك َّمَّإِذَاسلمتمَّماَّآتَيتمَّبِالْمعر‬
َّ‫وف‬ ِ َُّْ ‫َوإِ َّْنَّأ ََر‬
َْ ْ ْ َ ْ ْ َ ََّ َ‫دّتَّأَنَّتَ ْستَ ْرضعواَّ َْأ َْوال َدك َّْمَّفَالَجن‬

Maksudnya :

.. dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada
salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan(upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang
patut..

(Surah al-Baqarah 2 : 233)

Dalam masalah kafarah sumpah ia menjelaskan secara terang maksud sederhana


dalam firman-Nya :

َّ‫طَّ َماتطْعِمو ََّنَّأ َْهلِيك ْم‬


َِّ ‫يَّ َِّم َّْنَّأ َْو َس‬
ََّ ِ‫فَ َكف َارتهََّّإِطْ َعامََّّ َع َشَرَّةَِّ َم َساك‬

Maksudnya :
..maka bayaran dendanya ialah memberi makan sepuluh orang miskin daripada jenis
makanan yang sederhana yang kamu(biasa) berikan kepada keluarga kamu..

(Surah al-Maidah 5 : 89)

Awsat bermaksud pertengahan pada jenis makanan dan bilangan hidangan.


Berdasarkan ini, maka nafkah isteri dan kamu kerabat dikadarkan dengan sederhana
mengikut ‘uruf melalui nas al-Quran. Zakat fitrah adalah wajib daripada kebiasaan makanan
penduduk negeri. Ia hendaklah makanan adalah yang saling dikenali oleh penduduk negeri
untuk dijadikan makanan asasi.

Harus dita’zirkan orang yang enggan membayar zakat dengan lebih daripada hak
wajib ataupun mendendanya dengan berlipat ganda berdasarkan sabda Rasulullah S.A.W :

َّ‫َّعزمةَّمنَّعزماتَّربناَّتبارك‬،‫َّومنَّمنعهاَّفإناَّآخذَّوهاَّوشطرَّماله‬،َّ‫منَّدفعاَّمؤجتراَّهبا َّفلهَّأجرها‬

َّ .‫وتعاىل‬

Maksudnya :

Sesiapa yang membayarnya kerana menuntut pahala maka baginya pahalanya sesiapa yang
mengengganianya, maka kami yang mengambilnya serta sebahagian lagi hartanya, sebagai
hak daripada hak-hak Allah S.W.T22.

Tolak Ansur dalam Penunaian Hak

Pada asasnya penunaian hak hendaklah dilakukan dengan sempurna akan tetapi Allah S.W.T
menggalakkan pemilik hak supaya tidak menunaikan kesemua hak atau sebahagiannya
kerana sebagai tolak ansur dan ihsan serta memberi keutamaan terhadapnya. Khususnya
apabila mukallaf(yang dituntut hak) atau penghutang berada dalam kesempitan. Ini
merupakan kebajikan yang diberi ganjaran kepada pelakunya. Firman Allah S.W.T :

َّ‫صدقوَّاَّْ َخْي رََّّلك َّْمَّإِنَّكنت َّْمَّتَ ْعلَمو َن‬ ََّ ِ‫َوإِنَّ َكا ََّنَّذوع ْسَرةََّّفَنَ ِظَرةََّّإ‬
َ َ‫ىلَّ َمْي َسَرةََّّ َوأَنت‬

22
Diriwayatkan oleh Ahmad , al-Nasa’i dan Abu Daud daripada Bahz bin Hakim daripada bapanya daripada
datuknya dengan lafaz yang bermaksud “ sesiapa yang member kerana menuntut pahala maka baginya
pahalanya. Sesiapa yang menghalangnya maka kami yang mengambilnya serta separuh lagi untanya, sebagai
hak daripada hak-hak Allah S.W.T.”. Nayl al-Autar, Jil IV, hlm 121 dan seterusnya
Maksudnya :

Dan jika orang Yang berhutang itu sedang mengalami kesempitan hidup, maka berilah
tempoh sehingga ia lapang hidupnya dan (sebaliknya) Bahawa kamu sedekahkan hutang itu
(kepadanya) adalah lebih baik untuk kamu, kalau kamu mengetahui (pahalanya Yang besar
Yang kamu akan dapati kelak).

(Surah al-Baqarah 2 : 280)

Maksud sedekah di sini ialah pelupusan hutang oleh pemberi hutang.

Dalam kes penarikan diri oleh perempuan daripada haknya atau seluruh mas
kahwinnya. Allah S.W.T berfirman :

‫ا‬َّ‫يئ‬ ِ ََّ ْ ‫صدقَاِتِِنََِّّ ِْنلََّةًَّفَِإنَّ ِط‬


ً ‫بَّلَك َّْمَّ َعنَّ َش ْيءََّّ ِّمْنهََّّنَ ْف ًساَّفَكلوهََّّ َهنيئًاَّم ِر‬ َ َّ‫ِّساء‬
َ ‫َوآتوَّاَّْالن‬

Maksudnya :

Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu maskahwin-maskahwin mereka sebagai


pemberian Yang wajib. kemudian jika mereka Dengan suka hatinya memberikan kepada
kamu sebahagian dari maskahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal)
itu sebagai nikmat Yang lazat, lagi baik kesudahannya.

(Surah al-Nisaa’ 4 : 4)

َّ‫ضت َّْم َّإِالَّ َّأَن َّيَ ْعفو ََّن‬ ِ ْ ‫َوإِن َّطَل ْقتموهنَّ َّ ِمن َّقَ ْب َِّل َّأَن َََّتَ ُسوهنَّ َّ َوقَ َّْد َّفَ َر‬
ْ ‫صفَّ َّ َمافَ َر‬ َ ‫ضت َّْم َّ َِلنَّ َّفَ ِر‬
ْ ‫يضَّةً َّفَن‬
ِ ‫أ َْويَ ْعف َوال ِذيَّبِيَ ِدَّهَِّع ْق َدةََّّالنِّ َك‬
َّ‫اح‬

Maksudnya :

Dan jika kamu ceraikan mereka sebelum kamu sentuh (bercampur) Dengan mereka, padahal
kamu sudah menetapkan kadar maskahwin untuk mereka, maka mereka berhak mendapat
separuh dari maskahwin Yang telah kamu tetapkan itu, kecuali jika mereka memaafkannya
tidak menuntutnya); atau (pihak) Yang memegang ikatan nikah itu memaafkannya
(memberikan maskahwin itu Dengan sepenuhnya)…. .

(Surah al-Baqarah 2 : 237)


Dalam kes penarikan diri daripada hak qisas. Allah S.W.T berfirman :

َِّّ َّ‫وماَّفَ َق َّْدَّ َج َع ْلنَاَّلَِولِيَِِّّهَّس ْلطَانًاَّفَالَي ْس ِرف‬


‫فَّالْ َقْت َِّلَّإِنهََّّ َكا ََّنَّ َمْنص ًورا‬ ِ
ً ‫َوَمنَّقت ََّلَّ َمظْل‬

Maksudnya :

…..dan sesiapa Yang dibunuh secara zalim, maka Sesungguhnya Kami telah menjadikan
warisannya berkuasa menuntut balas. Dalam pada itu, janganlah ia melampau Dalam
menuntut balas bunuh itu, kerana Sesungguhnya ia adalah mendapat sepenuh-penuh
pertolongan (menurut hukum Syarak).

(Surah al-Israa 17 : 33)

Terdapat ayat yang menetapkan prinsip umum dalam soal penarikan diri daripada hak
iaitu firmasn Allah S.W.T :

َّ‫َجرهََّّ َعلَىَّالل ِه‬


ْ ‫َصلَ ََّحَّفَأ‬
ْ ‫َو َجَزاءَّ َسيِّئَةََّّ َسيِّئَةََّّ ِّمثْ ل َهاَّفَ َم َّْنَّ َع َفاَّ َوأ‬

Maksudnya :

Dan (jika kamu hendak membalas maka) balasan sesuatu kejahatan ialah kejahatan Yang
bersamaan dengannya; Dalam pada itu sesiapa Yang memaafkan (kejahatan orang) dan
berbuat baik (kepadanya), maka pahalanya tetap dijamin oleh Allah (dengan diberi balasan
Yang sebaik-baiknya).

(Surah al-syura 42 : 40)

Penjagaan Hak

Syariat telah menetapkan penjagaan hak bagi pemiliknya daripada sebarang bentuk
pelampauan dengan pelbagai bentuk sokongan. Di antaranya ialah tanggungjawab di hadapan
Allah, tanggungjawab sivil dan penetapan hak menyeret ke mahkamah.

Ibadah-ibadah yang merupakan salah satu daripada hak-hak Allah yang dijaga oleh
syarak dengan sekatan agama dan dorongan iman orang yang bimbangkan azab Allah dan
gemar mendapat pahala dan nikmat-nikmat dunia. Oleh sebab itu sebahagian besar, ayat-ayat
al-Quran dalam hal-taklif-taklif syarak dimulai dengan sifat iaman : ....‫( ياَّأيهاَّالذينَّآمنوا‬wahai
orang yang beriman…).
Di sana terdapat jenis penjagaan yang lain bagi ibadah iaitu hisbah23. Hisbah ialah
menyuruh melakukan kebajikan apabila nyata peninggalannya dan mencegah kemungkaran
apabila nyata perlakuannya.Ia merupakan hak yang sabit bagi setiap individu umat ini.Bagi
muhtasib,iaitu pengedali hisbah,ia boleh memerintah orang yang meninggal sembahyang dan
zakat atau berbuka puasa pada bulan Ramadan supaya menunaikan apa yang
ditinggalkannya.Setiap orang Islam berhak mengangkat pendakwaan hisbah terhadap
maksiat-maksiat kepada muhtasib atau qadi untuk menghadapkan pelaku maksiat dengan
hukuman yang boleh mengcegahkan daripada meninggalkan ibadah-ibadah dan lainnya.

Begitulah hak-hak Allah yang lain seperti mencegah jenayah.Penjagaannya berlaku


dengan adanya sekatan agama dan hisbah.Adapun hak-hak manusia yang khusus maka
penjagaannya adalah dengan sekatan agama yang mewajibkan setiap individu menghormati
hak orang lain dalam soal harta,maruah dan darah.Penjagannyajuga berlaku dengan
mengheratkan kes ke pengadilan untuk membuat tuntutan daripada orang yang wajib
menunaikan hak itu.

Beginilah syari’at menjaga segala jenis hak keagamaan dan sivil,khusus dan umum
dengan menghormati hak bagi pemiliknya dan tidakmencerobohnya serta menghukum orah
yang mencoroboh.

Menggunakan Hak dengan Cara yang Diharuskan

Manusia mestilah menggunakan haknya sejajar dengan apa yang diperintahkan dan
dibenarkan oleh syara’.Manusia tidak boleh diggunakan haknya yang boleh memudaratkan
oaring lain.individu atau kumpulan,sama ada dia memang bermaksud memudaratkan ataupun
tidak.Manusia tidak boleh membazir atau merosakkan sesuatupun daripada hartanya kerana
perbuatan ini dilarang oleh syara’.

Hak pemilikan mengharuskan manusia untuk membina dalam miliknya apa dan
bagaimana yang dikehendakinya,tetapi dia tidak boleh membina binaan yang menghalang

23
Hisbah : tugas perjabatan oleh kerajaan. Fungsinya mengintip gerak geri manusia dan pasar-pasar serta
mengawal manusia agar tidak menyeleweng daripada adab-adab agama dan mengawal ketamakan pedagang-
pedang, para pengusaha serta penipuan dan jualan yang melebihi harga setara dan barangan yang tidak
berkualiti. Kesimpulannya, fungsinya ialah amar makruf dan nahi munkar. Ia mirip dengan apa yang dilakukan
oleh majlis-majlis tempatan sekarang seperti pengawalan kedai-kedai dan apa yang dilakukan oleh pejabat
eamanan awam sekarang dalam mengawal tinkah laku serta apa yang dilakukan oleh pihak pendakwaraya
yang menyerahkan penjenayah ke muka pengadilan.
cahaya dan udara daripada sampai kepada jirannya dan tidak boleh menampakkan pandangan
beliau kea rah wanita-wanita jirannya kerana ini memudaratkan jirannya. Penggunaan
manusia akan haknya secara memudaratkan dengannnya atau yang lain daripadanya dikenali
sebagai ta’asuf(penyalahgunaan hak) di sisi para sarjana undang-undang. Sekiranya manusia
mempergunakan sesuatu yang bukan haknya, ia tidak dinamakan ta’asuf(penyalahgunaan
hak) akn tetapi ia adalah I’tida’ (pencerobohan) ke atas hak orang lain. Maka penyewa yang
mengambil manfaat dengan rumah melalui cara yang memudaratkan dikira sebagai
penyalahgunaan. Adapun perampas dikira sebagai penceroboh.

Para hakim dan pegawai yang melampaui batasan syariat dan kelayakan mereka
seperti merampas sebahagian harta-harta dan mengutip cukai-cukai secara zalim tidak dikira
menyalahgunakan hak akan tetapi ia dikira mempergunakan sesuatu yang bukan hak atau
melebihi batas-batas hak. Perbuatan mereka mewajibkan dikenakan ta’dib (pengadabn) dan
ta’zir. Syaidina Umar pernah menyingkir Ammar nim Yasir daripada kepimpinan Kufah dan
Mudhirah bin Syu’bah daripada kepimpinan Basrah hasil aduan yang dibuat oleh penduduk
kedua-dua tempat ini. Abdul Malik bin Marwan telah menubuhkan “Institusi tentang hal-hal
penzaliman” untuk membicarakan para gabenor, pemungut-pemungut hasil dan pegawai
kerajaan apabila mereka menganiayai seseorang atau melampaui batasan kekuasaan dan
kelayakan mereka.

Dalil-dalil Pengharaman Ta’asuf

Terdapat banyak dalil mengenai pengharaman ta’assuf (penyalahgunaan) di antaranya ialah :

1. Firman Allah S.W.T :

ْ‫َجلَهنَّ فَأ َْم ِسكوهنَّ ِِبَْعروفَّ أ َْو َسِّرحوهنَّ ِِبَْعروفَّ َوالََتْ ِسكوهنَّ ِضَر ًَّار الِّتَ ْعتَدوَّا‬
َ ‫ِّساء فَبَ لَ ْغ ََّن أ‬
ِ
َ ‫َوإ َذاطَل ْقتمَّ الن‬
Maksudnya :

Dan apabila kamu menceraikan isteri-isteri (kamu) kemudian mereka (hampir) habis tempoh
idahnya maka bolehlah kamu pegang mereka (rujuk) Dengan cara Yang baik atau lepaskan
mereka Dengan cara Yang baik. dan janganlah kamu pegang mereka (rujuk semula Dengan
maksud memberi mudarat, kerana kamu hendak melakukan kezaliman (terhadap mereka)….
(Surah al-Baqarah 2 : 231)

Dalam ayat ini syarak melarang daripada menggunakan hak rujuk dengan tujuan
memudaratkan, seperti yang berlaku semasa Jahiliyyah di mana seorang lelaki menceraikan
isterinya, kemudian apabila ‘iddahnya hamper tamat ia pun merujuk semula kemudian
menceraikannya lagi. Lantaran itu syarak melarang perbuatan ini dan larangan membawa erti
pengharaman maka jadilah ta’assuf itu haram.

2. Allah S.W.T. berfirman setelah menerangkan habuan-habuan waris :

َّ‫ضا ٍّرَو ِصيَّةً ِّم ََّن الل ِه‬ ِ


َ ‫وصى هبَا أ ََّْو َديْنَّ َغْي َرم‬ ِ ِ ِ
َ ‫من بَ ْع َّد َوصيةَّ ي‬

Maksudnya :

.. (pembahagian itu) sesudah ditunaikan wasiat Yang diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah
dibayarkan hutangnya; wasiat-wasiat Yang tersebut hendaknya tidak mendatangkan mudarat
(kepada waris-waris). (Tiap-tiap satu hukum itu) ialah ketetapan dari Allah….

(Surah al-Nisaa’ 4 : 12)

Allah melarang wasiat yang memudaratkan para waris seperti berwasiat kepada salah seorang
waris atau berwasiat melebihi 1/3 harta. Larangan ini bererti pengharaman maka jadilah
ta’assuf juga haram.

3. Allah S.W.T. berfirman :

َّ‫يج َع ََّل اللهَّ لَك َّْم قِيَ ًَّام َاو ْارزقوه َّْم فِ َيها َوا ْكسوه ْم‬ِ
َ ‫َو َّالَ ت ْؤتوَّاْ ال ُس َف َهاء أ َْم َوالَكمَّ الَّت‬

Maksudnya :

Dan janganlah kamu berikan (serahkan) kepada orang-orang Yang belum sempurna akalnya
akan harta (Mereka Yang ada Dalam jagaan) kamu, (harta) Yang Allah telah menjadikannya
untuk kamu semua sebagai asas pembangunan kehidupan kamu; dan berilah mereka belanja
dan pakaian dari pendapatan hartanya (yang kamu niagakan)…

(Surah al-Nisaa’ 4 : 5)
Allah telah memerintahkan supaya menahan orang sufih (bodoh) yang membazirkan hartanya
kerana dia telah menyalahgunakan hak berbelajakan. Maka jadilah ta’assuf dilarang dan perlu
dilakukan pengadaban dan penahanan.

4. Terdapat Hadith mengenai kapal yang menerangkan tentang kerjasama membasmi


kemungkaran24. Rasulullah S.A.W mengarahkan supaya dilarang penumpang yang duduk di
tingkat bawah kapal daripada mengorek kapal itu untuk mendapatkan air kerana ia
memudaratkan dan membinaksakan semua orang. Oleh itu perbuatan mengorek tersebut
adalah ta’assuf yang diharamkan.

Sebab Pengharaman Ta’assuf

Terdapat dua sebab pengharaman ta’assuf iaitu :

1. Pemilik hak, tidak mempunyai kebebasan mutlak untuk mempergunakan haknya.


Mempergunakan haknya terikat dengan ketiadaan mudarat terhadap orang lain berdasarkan
nas-nas syarak yang melarang pemudaratan ke atas orang lain dan mengharamkan
penyorokan serta menjual barang sorok secara paksa ketika diperlukan. Begitu juga
pengharaman persengketaan kerana darah, harta dan maruah, sama ada kemudaratan itu lahir
dengan sebab penggunaan hak yang diizinkan ataupun pencabulan semata-mata.

2. Mencabul hak-hak jama’ah ; kemaslahatan yang diambil daripada hak yang khusus
dengan harta benda tidaklah dibataskan kepada pemiliknya sahaja, akan tetapi ia juga turut
kembali kepada masyarakat. Ini kerana kekayaan seseorang merupakan satu juzuk daripada
kekayaan umat yang perlu kekal sebagai persediaan bagi keadaan-keadaan yang mendadak.
Malah, masyarakat dalam suasana biasa mempunyai habuan yang telah difardukan dalam
harta yang khusus melalui zakat, kafarah, zakat fitrah dan lainnya dan habuan yang
disunatkan melalui sedekah, wasiat, wakaf dan segala bentuk kebajikan yang lain. Inilah apa
yang dinamakan pada hari ini dengan penyengutuan hak-hak (‫ )اشتراكيةَّالحقوق‬.

24
Riwayat al-Bukhari daripada Nu’man bin Basyir yang bermaksud “ Bandingan orang yang bangun
menjalankan hukum-hukum Allah dan orang yang terjerumus padanya sepertilah satu kaum yang mencabut
undi di atas kapal. Sebahagian mereka dapat menduduki tempat tertinggi di atas kapal dan sebahagian mereka
di bawah. Orang yang ada di bawahnya apabila meminta minuman mereka meminta dari orang di atas, lalu
mereka berkata “Mengapa tidak kita bocorkan lubang untuk mendapatkan habuan kita(air) tanpa
menyusahkan orang yang di atas kita?. Sekiranya dihalang mereka maka mereka selamat dan semua
selamat?”.
Oleh itu, apabila masyarakat mempunyai hak pada harta orang perseorangan maka
seseorang itu wajiblah tidak membelanjakan hartanya dengan cara yang memudaratkan
kerana yang demikian itu dikira sebagai pencabulan ke atas hak masyarakat dan dirinya.

Kaedah-kaedah Menghalang Ta’assuf (Penyalahgunaan Hak)

1. Kaedah menghalang penyalahgunaan hak yang bermaksud untuk memudaratkan

Apabila seseorang mempergunakan haknya dengan tujuan untuk memudaratkan orang lain
bukan kerana kemaslahatan yang diharapkan daripada hak maka penggunaannya merupakan
ta’assuf yang diharamkan dan wajib dihalang. Dalilnya ialah pengharaman merujuk isteri
dengan tujuan memudaratkan, berwasiat dengan tujuan memudaratkan para waris dan
pemberi hutang, membawa isteri jauh dari Negara dan sanak-saudaranya dengan tujuan
memudaratkan, melakukan pendakwaan ke atas orang ternama dengan tuduhan palsu untuk
mendapatkan kemasyhuran, pengakuan hutang oleh orang yang menghadapi sakit yang boleh
membawa kepada kematian dengan tujuan menghalang para waris dan para pemberi hutang,
orang yang yang menghadapi sakit yang boleh membawa kepada kematian menceraikan
isterinya, supaya isterinya tidak dapat mewarisi harta pusakanya. Kesemua perkara ini
merupakan ta’assuf yang haram. Asas kaedah ini bermaksud memudaratkan. Penyalahgunaan
dalam konteks ini menyusul daripadanya tiga perkara

a. Menghadap dan menta’zirkan pemilik hak yang menyeleweng dengan sesuatu yang
dipandang oleh qadi dapat menghalang perbuatan-perbuatan yang seumpamanya.
b. Batalnya sesuatu tindakan apabila tindakan itu boleh dibatalkan.
c. Ganti rugi kemudaratan hasil penyelewengan ini.

Tujuan memudaratkan dapat dikenal pasti melalui dalil-dalil dan tanda-tanda semasa.

2. Kaedah menghalang penyalahgunaan hak yang tidak sah daripada segi syarak.

Apabila seseorang menggunakan haknya dengan tujuan mempastikan tujuan yang tidak
diizinkan dan tidak selaras dengan maslahat yang dikehendaki daripada hak dan ia
terselindung di sebalik penggunaan hak yang diizinkan (oleh syarak) seperti menjadikan
aqad perkahwinan sebagai menghalalkan semua isteri yang telah ditalaq tiga bagi suaminya
yang pertama bukannya bermaksud untuk perkahwinan yang berkekalan, menjadikan aqad
jual beli sebagai jalan untuk melakukan riba dan faedah seperti jualan ‘inah iaitu membeli
sesuatu dengan harga bertangguh kemudian menjualnya bagi penjual yang sama dengan
harga tunai yang lebih murah daripada harga pertama dengan tujuan riba. Semua ini adalah
ta’assuf yang haram berdasarkan sabda Rasulullah S.A.W :

.‫لعنَّاهللَّاحملللَّواحملللَّله‬

Maksudnya ;

Allah melaknat muhalill (orang yang beraqad nikah dengan tujuan akan menceraikan
perempuan yang dinikahi) dan muhallal lahu( suami pertama yang melakukan cina buta)25.

Dan sabda Baginda lagi :

‫يأيتَّعلىَّالناسَّزمانَّيستحلونَّالرباَّبالبيع‬

Maksudnya:

Akan datang suatu zaman di mana manusia menghalalkan riba melalui jual beli26.

Begitu juga larangan Rasulullah S.A.W. secara terang daripada melakukan jualan
‘inah27. Di antara contoh lain adalah seperti seorang perempuan menganut Islam dengan
tujuan mempusakai harta suaminya yang beragama Islam dan mendermakan harta di saat
hamper haul dengan tujuan menggugurkan zakat yang wajib.

Kaedah ini diambil daripada prinsip mencegah jalan-jalan kemudaratan serta pecahan
daripadanya seperti pembatalan helah-helah yang diharamkan yang dimaksudkan untuk
mengharuskan yang halal atau mengharamkan yang halal ataupun menggugurkan yang
wajib.

Asas kaedah ini ialah “bermaksud kemudaratan”. Kaedah ini sama seperti kaedah
pertama. Bermaksud memudaratkan ini dapat dikenali dengan dalil-dalil dan tanda yang
membantu maksud.

25
Riwayat Ahmad, Nasa’i dan al-Tirmizi, ia dianggap sahih oleh Abu Daud dan Ibn Majah daripada Ibn Mas’ud,
sabda Rasulullah, “Allah melaknat muhallil dan muhalall lahu”. Nayl al-Autar, Jil V, hlm 138.
26
Hadith Mursal- sesuai untuk dibuat sokongan dengannya dengan sepakat ulama dan ia mempunyai masnad,
“yang menjadi saksi kepada Hadith kepada pengharaman jualan”, ‘inah-al-Auzaie, mengambil Hadith sebagai
dalil yang diriwayatkan dalam kitab Nayl al-Autar, Jil V, hlm 207
27
Riwayat Ahmad dan Abu Daud daripada Ibn Umar. “Apabila(dhonna) manusia berfiir dinar dengan dirham-
mereka berjual beli dengan ‘inah, mereka mengikat ekor-ekor lembu- mereka meninggalkan jihad pada jalan
Allah-lalu Allah menurunkan bala kepada mereka. Allah tidak mengangkat bala sehingga mereka kembali
kepada agama mereka, kitab Nayl al-Autar, Jil mV, hlm 206
3. Kaedah manghalang penyalahgunaan hak apabila menyusulnya kemuadaratan yang lebih
besar daripada maslahat

Apabila seseorang menggunakan haknya dengan tujuan mempastikan maslahat yang


dibenarkan syarak tetapi perbuatannya membawa kemudaratan yang menimpa orang lain
melebihi kemaslahatan yang dimaksudkan atau sama dengannya, maka perbuatan ini ditegah
kerana menutup jalan-jalan kemudaratan, sama ada kemudaratan yang berlaku umum
menimpa sekumpulan manusia ataupun khusus terhadap seseorang atau beberapa orang.
Dalil larangan ini berdasarkan sabda Rasulullah S.A.W :

َّ ‫الضررَّوالَّضرا‬

Maksudnya :

Tiada mudarat dan tidak boleh balas sesuatu mudarat dengan sesuatu mudarat28 .

Berdasarkan ini menggunakan hak menjadi penyalahgunaan apabila menyusul ke


atasnya mudarat yang umum dan ia sentiasa lebih dasyat daripada mudarat yang khusus atau
menyusul ke atasnya mudarat yang khusus melebihi kepentingan pemilik hak atau lebih
buruk daripada kemudaratan pemilik hak ataupun sama. Adapun apabila mudarat itu kurang
daripada maslahat ataupun belum dapat dipastikan maka penggunaan hak ketika itu tidak
menjadi ta’assuf.

Antara contoh kemudaratan yang umum terhadap umat atau jama’ah ialah
penyorokan(ikhtikar), iaitu membeli barang yang diperlukan manusia dan menyimpannya
untuk dijual pada masa harga tinggi dan manusia memerlukannya. Perbuatan ini dilarang
berdasarkan Hadith Rasulullah S.A.W :

‫اجلالبَّمرزوقَّواحملتكرَّملعونَّالَّحيتكرَّإالَّخاطئ‬

Maksudnya :

Penyumbang dikurniakan rezeki dan penyorok dilaknati. Tidak menyorok sesuatu melainkan
orang yang silap29.

28
Hadith hasan diriwayatkan oleh Ibn Majah dan al-Daruqutni dan selain mereka daripada Abu Said al-Khudri.
Contoh lain, peniaga yang bertemu sekumpulan manusia datang dari dusun ke Bandar
untuk menjual hasil mahsul mereka lantas mereka membeli barang-barang itu dengan harga
yang lebih murah daripada harga pasaran dan menjualnya kepada enduduk Bandar dengan
harga yang tinggi. Ini adalah haram kerana Rasulullah S.A.W menegah perbuatan menemui
para pedagang dusun untuk tujuan tersebut30.

Satu lagi contoh, menjual senjata dalam saat-saat fitnah, menjual senjata kepada
penyamun, menjual anggur kepada tukang arak, menjual barang melebihi sekali ganda harga
semasa kerana yang demikian itu memudaratkan orang ramai. Oleh demikian, peniaga
tersebut dilarang daripada perbuatan ini. Di sisi golongan Hanafi dan Maliki, pemerintah
boleh menetapkan harga barang-barang dengan keuntungan yang munasabah. Sekiranya para
peniaga enggan menyetujuinya maka barang-barang itu dijual secara paksa.

Begitu juga pemerintah boleh menghalang manusia daripada menanam tanaman yang
memabukkan dan yang tidak diperlukan oleh umat.

Contoh kemudaratan khusus yang lebih dasyat (daripada maslahat) ialah membuka
tingkap dalam binaan yang boleh memanjangkan pandangan seseorang ke tempat wanita-
wanita jiran melainkan apabila tingkap itu lebih tinggi daripada tempat pandangan.
Rasulullah S.A.W telah menegah Samurah bin Jundab daripada memasuki dusun seorang
Ansar untuk mencari buah kurmanya disebabkan dengan memadukinya akan menyakiti
orang Ansar itu31. Ini kerana kemudaratan masuk ke kebun lebih dasyat daripada
kemudaratan yang dihadapi oleh pemilik kurma yang tidak dapat mencari kurmanya.

Contoh kemudaratan khusus sama dengan maslahat iaitu pemilik rumah melakukan
sesuatu dalam rumahnya yang boleh menyakiti jirannya. Abu Hanifah berpendapat perbuatan
tuan rumah ini perlu ditegah untuk menolak kemudaratan yang menimpa orang lain, dan
wajib dihindarkan berdasarkan sabda Rasulullah S.A.W :

َّ ‫الضررَّوالَّضرا‬

Maksudnya :
29
Hadith pertama da’if, diriwayatkan oleh Ibn Majah daripada Umar. Hadith kedua sahih diriwayatkan oleh
Ahmad Muslim dan Abu Daud daripada Ma’mar bin Abdullah al-Adawi, Nayl al-Autar, Jil V, 220
30
Hadith yang disepakati oleh Ahmad, al-Bukhari dan Muslim daripada Ibn Mas’ud dengan lafaznya, “Nabi
melarang daripada menemui pedagang dusun” dan lafaz Imam al-Bukhari daripada Ibn Abbas maknanya
serupa, Nayl al-Autar, Jil V, hlm 166 dan Subul al-Salam, Jil III, hlm 220.
31
Riwayat oleh Muslim, Malik, Ahmad, dan Ibn Majah, Syrh Muslim, Jil II, hlm 47
Tiada mudarat dan tidak boleh balas sesuatu mudarat dengan sesuatu mudarat.

Abu Yusuf dan Muhammad mengatakan bahawa dalam kes ini pemilik hak tidak
boleh ditegah dengan menggunakan haknya kerana memelihara hak pemilik disebabkan
persamaan maslahat dengan mudarat. Maka diutamakan hak pemilik berdasarkan kepada
penggunaan dan pemanfaatan yang harus ia miliki.

Contoh kemudaratanm yang sedikit ialah membina dinding atau menanam pokok
dalam kawasan tanahnya yang boleh menyebabkan angin terhalang daripada sampai kepada
jirannya. Dalam hal ini, manusia tidak boleh dihalang kerana kemudaratan di sini adalah
diwahamkan. Allah S.W.T telah membekalkan bumi dengan pelbagai khazanah dan sumber
yang mencukupi untuk keperluan manusia apabila diusahakan oleh tangan yang bekerja dan
akal yang berfikir dengan sempurna dan taqwa kepada Allah S.W.T berhubung dengan
sumber-sumber ini, sebagaimana firman Allah S.W.T :

َّ‫َخ ْذنَاهم َِِّبَا‬ ِ َِّ ‫ولَ َّو َّأَنَّأَه َّل َّالْقرى َّآمنوَّاَّْوات َقوا َّلََفتَحنَا َّعلَي ِهم َّب رَكاتَّ َّ ِّم َّن َّالسماء َّواألَر‬
َ ‫ض َّ َولَكنك َّ ََذبوَّاَّْفَأ‬ ْ َ َ َ ََ ْ َ ْ ْ َ َ َ َ ْ ْ َ
ِ ‫َكانوَّاَّْيك‬
َّ‫ْسبو َن‬ َ

Maksudnya :

Dan (Tuhan berfirman lagi): sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah
Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) Yang melimpah-limpah berkatnya,
dari langit dan bumi. tetapi mereka mendustakan (Rasul kami), lalu Kami timpakan mereka
Dengan azab seksa disebabkan apa Yang mereka telah usahakan.

)Surah al-A’raf 7 : 96(

Allah S.W.T berfirman tentang hal ahli kitab :

َّ‫تَّأ َْرجلِ ِهمَّ ِّمْن ه َّْم‬


َِّ ‫يل َوَما أن ِزََّلَّإِلَْي ِهمَّ ِّمنَّرِّهبِ َّْمَّألَ َكلوَّاَّْ ِمنَّفَ ْوقِ ِه َّْمَّ َوِمنَّ ََْت‬
ََّ ‫َولَ َّْو أَن ه َّْم أَقَاموَّاْ الت ْوَراة ََ َوا ِإل ِجن‬

َّ‫ص َدةََّّ َوَكثِريِّمْن ه َّْمَّ َساءَّ َماَّيَ ْع َملو َن‬


ِ َ‫أمةََّّ ُم ْقت‬

Maksudnya :
Dan kalau mereka bersungguh-sungguh menegakkan (menjalankan perintah-perintah Allah
dalam) Taurat dan Injil dan apa Yang diturunkan kepada mereka dari Tuhan mereka (Al-
Quran), nescaya mereka akan makan (yang mewah) dari atas mereka (langit) dan dari bawah
kaki mereka (bumi). di antara mereka ada sepuak Yang adil, dan kebanyakan dari mereka,
buruk keji amal perbuatannya.

(Surah al-Maidah 5 :66)

Asas kaedah ini ialah kadar kemudaratan yang lahir daripada penggunaan hak.

4. Kaedah menghalang penyalahgunaan hak penggunaan bukan secara biasa dan


memudaratkan orang lain

Apabila seseorang menggunkn hkny bukn secra biasa menurut pekiraan normal manusia,
kemudian penggunaan tersebut akan membawa kepada kemudaratan orang lain maka ia
dikira sebagai penyalahgunaan. Contohnya meninggikan bunyi radio yang boleh
memeranjatkan dan menyakitkan jiran atau menyewa rumah kemudian mnembiarkan air
mengalir ke dinding-dindingnya dalam masa yang lama atau menyewa kenderaan dan
memuatkan penumpang melebihi had atau menyewa binatang dan memukulnya dengan
pukulan membahayakan atau memaksa binatang itu membawa barang-barang yang tidak
mampu dipikul.

Dalam semua kes ini pelaku dianggap sebagai penyalahguna, maka dia dihalang
daripada ta’assufnya. Orang yang ditimpa kemudaratan pula boleh menuntut ganti rugi.

Begitu juga seseorang ditegah menggunakan haknya kerana apabila dia menggunakan
haknya bukan secara biasa dan ia tidak membawa kemudaratan secara zahirnya kerana
penggunaan sebegini tidak sunyi daripada mudarat, ketiadaan zahirnya mudarat tidaklah
menghalang wujudnya pada reality, meskipun urusan ganti rugi tidak boleh dituntut
daripadanya kerana mudaratnya tidak jelas. Sekiranya berlaku penggunaan secara normal
dan berlaku mudarat maka ia tidak dikira ta’assuf dan tidak juga menyebabkan berlakunya
ganti rugi, seperti doktor bedah yang menjalankan pembedahan secara normal dan
menyebabkan kematian pasakit. Doktor tadi tidak perlu membayar ganti rugi. Begitu juga
orang yang menyalakan api dapurnya kemudian menyakiti jiran dengan sebab asapnya atau
menghidupkan sesuatu alat yang menyakitkan jiran dengan bunyinya yang biasa. Dalam kes
ini tidak ada ganti rugi kerana ianya berlaku mengikut cara biasa.
Berdasarkan ini, sesiapa yang menyalakan api di kawasan tanahnya, lantas bunya api
itu bertebangan membakar sesuatu milik jirannya. Sekiranya ini berlaku dalam keadaan-
keadaan biasa maka tidak ada ganti rugi. Sekiranya perbuatan itu dilakukan ketika angin
kencang maka ganti rugi akan dikenakan terhadapnya.

Begitu juga apabila menyiram tanah. Sekiranya penyiraman yang biasa dilakukan lalu
air mengalir ke tanah jiran, maka tiada ganti rugi. Sekiranya penyiraman yang di luar
kebiasan dengan air yang banyak yang biasanya tidak dapat meresap oleh tanah maka
dikenakan terhadapnya ganti rugi yang menimpa orang lain32.

Cara biasa atau cara bukan biasa diukur melalui uruf. Berdasarkan uruf inilah
dilaksanakan hukum-hukum berurusan dengan pembuat roti dan pembuat seterika apabila
menyebabkan terbakarnya barang yang diserahkan kepadanya. Maka dia mesti membayar
ganti rugi apabila melakukan tindakan menurut cara luar kebiasaan seperti menambah bahan
bakaran atau meninggikan tahap kepanasan elektrik.

5. Kaedah menghalang penyalahgunaan hak menggunakan hak dengan cuai atau silap

Apabila manusia menggunakan haknya dalam bentuk yang tidak ada sifat berhati-hati lantas
memudaratkan orang lain, maka dia dikira penyalahguna dan dipertanggungjawabkan atas
kecuaiannya.

Sama saja perbuatan itu jika tersilap pada maksud seperti seseorang pemburu melihat
kelibat sesuatu dari jauh lalu menyangka itu binatang buruan lantas menembaknya, tapi
ternyata ia manusia. Begitu juga tersilap pada perbuatan seperti seseorang yang menhalakan
sasarannya ke arah binatang tetapi terkena manusia dan membunuhnya.

Kesemua ini merupakan kesan mempergunakan hak yang menyebabkan perlu dibayar
ganti rugi di atas kemudaratan yang menimpa orang lain itu. Ini kerana pemburu tadi wajib
memastikan kedudukan dan berhati-hati dalam setiap tujuan dan perbuatannya. Apabila dia
cuai maka mesti menanggung risiko perbuatannya demi menjaga dara-darah dan harta-harta
manusia.

Dalilnya, Allah mewajibkan penggantian kemudaratan dalam pembunuhan silap


dengan diyat dan larangan nabi daripada kemudaratan dalam Hadith yang lalu :

32
Al-Hidayat, Jil III, hlm 197, al-Muhadhdhab, Jil I, hlm 401
َّ ‫الضررَّوالَّضرا‬

Maksudnya :

Tiada mudarat dan tidak boleh balas sesuatu mudarat dengan sesuatu mudarat.

Tidak ada jalan lain untuk menolak kemudaratan setelah berlakunya kecuali dengan
mewajibkan jaminan atau ganti rugi.

Bidang kaedah ini ialah kemudaratan yang timbul akibat kesilapan dalam penggunaan
hak sama ada hak ini sabit dengan keizinan syarak ataupun dengan akal atau dengan sumber-
sumber hak yang lain. Ini kerana penggunaan hak-hak berkaitan dengan syarat ‘sejahtera”
seperti yang ditetapkan oleh fuqaha33. Ia juga kerana harta-harta dan darah-darah manusia
tidak boleh dipersiakan dalam apa jua keadaan, maka wajiblah diberi jaminan dang anti rugi
atas kemudaratan yang berlaku. Asas kaedah ini ialah terhasilnya mudarat sama ada sedikit
atau banyak. Kaedah ini tidak boleh dilaksanakan dalam dua keadaan iaitu ;

a. Apabila penggunaan hak ini tidak dapat dikawal atau dipastikan kebiasaannya seperti
doctor yang menjalankan pembedahan menurut cara biasa lalu menyebabkan kerosakan
anggota atau jiwa dia tidak perlu membayar ganti rugi.
b. Apabila seseorang mengambil sikap berhati-hati, namun berlaku juga kemudaratan maka
dia tidak perlu membayar ganti rugi, seperti seorang yang melakukan latihan menembak
dalam kawasannya dan meletakkan papan tanda larangan memasukinya maka tiada ganti
rugi ke atasnya apabila tembakannya mengenai seseorang dalam kawasannya. Begitu
juga tidak dikenakan bayaran ganti rugi terhadap orang yang melalui jalan yang bahaya
atau terdapat padanya binatang buas, lalu dia didapati mati maka diyatnya tidak wajib
dibayar34.

Di antara perlaksanaan bagi kaedah ini ialah kemalangan-kemalangan jalan raya yang
bukan bermaksud membunuh dan merosakkan harta benda. Kesan-kesan pengadaban
yang dilakukan oleh suami, guru, bapa atau hakim daripada kerosakan-kerosakan yang
tidak dimaksudkan keadaan-keadaaan melampaui batas mempertahankan diri yang
dibenarkan syarak daripada cara yang lebh ringan kepada cara yang lebih berat dan

33
Al-Hidayat, Jil IV, hlm 154
34
Ibid, hlm 181
menghabiskan harta-harta kerana menyangka ia merupakan harta individu. Kesemua ini
mewajibkan ganti rugi ke atas kemudaratannya.

Kesan-kesan atau hukum-hukum ta’assuf

Ta’assuf dalam penggunaan hak termasuk dalam “perbuatan memudahkan” yang


merupakan salah satu daripada sumber-sumber hak. Adapun apa yang lahir daripada
ta’assuf seperti hak-hak atau kesan-kesan atau hukum-hukum adalah seperti berikut :

1. Menghilangkan mudarat pada objek seperti meruntuhkan binaan yang dibina oleh
pemilik yang bersandar dengan jirannya lalu menyekat cahaya dan angin daripada
masuk dan menutup tingkap yang dibuka oleh pemilik yang memanjangkan
pandangan kea rah wanita-wanita jirannya.
2. Pembayaran ganti rugi kemudaratann apabila melibatkan kerosakan jiwa atau
anggota atau harta.
3. Pembatalan tidak tanduk seperti membatalkan perkahwinan tahlil (cina buta), jualan
‘inah dan wasiat yang memudaratkan waris-waris.
4. Tegahan menggunakan hak seperti menegah suami daripada bermusafir dengan
isterinya jika dimaksudkan musafir itu menyakiti isterinya.
5. Hukuman ta’zir dikenakan seperti dalam kes pendakwaan orang ternama dengan
tujuan mendapatkan kemasyhuran melalui nama mereka.
6. Memaksa melakukan perbuatan seperti memaksa para penaga menjual mengikut
harga yang ditetapkan dan memaksa pekerja bekerja dengan upah yang sama
(berpatutan).

Pemindahan hak

Pemindahan hak harus berlaku dengan sebab sesuatu yang memindahkannya, sama ada
hak itu berupa harta seperti hak pemilikan barang jualan. Hak ini berpindah daripada
penjual kepada pembeli dengan sebab aqad jual beli. Hak hutang berpindah daripada
tanggungjawab pemberi hutang kepada harta peninggalannya dengan sebab
kematiaannya ataupun hak itu bukan berbentuk harta seperti hak pewalian ke atas anak-
anak yang berpindah dari bapa kepada datuk dengan sebab kematian bapa dan hak
penjagaan anak yang berpindah dari ibu kepada nenek sebelah ibu apabila ibu tadi
berkahwin dengan seorang kanak-kanak yang bukan muhrimnya.
Terdapat banyak sebab perpindahan hak, di antaranya ialah aqad, iltizam yang berlaku
daripada satu pihak, kematian, pemindahan hutang daripada penghutang pertama kepada
penghutang kedua. Ini merupakan satu jenis aqad yang tiada perselisihan tentang
pensyariatannya di kalangan fuqaha. Contoh lain ialah pemindahan hak daripada pemberi
hutang pertama kepada pemberi hutang kedua seperti seorang penjual memindahkan
hutang yang diambilnya (daripada seseorang kepada pembelinya dengan harga, penerima
gadai memindahkan hutangnya) kepada penggadai dan isteri memindahkan haknya ke
atas suami dengan mahar. Ini merupakan perkara-perkara yang harus mengikut fuqaha
mazhab sehinggakan di sisi golongan Hanafi sendiri dalam ruang lingkup yang dikenali
di sisi mereka dengan nama hawalah muqayyadah (pemindahan hutang yang dikaitkan)
iaitu dengan seseorang memindahkan kepada orang lain hutang yang diberinya kepada
penghutangnya.

Penamatan hak

Hak tamat dengan salah satu sebab yang ditetapkan syarak. Tamatnya hak ebrbeza
mengikut jenis hak. Hak perkahwinan tamat dengan talaq. Hak anak mendapat nafkah
daripada bapanya tamat apabila dia mampu mencari rezeki sendiri. Hak pemilikan tamat
dengan jualan. Hak memanfaatkan tamat denagn pembatalan aqad sewa atau tamat
tempoh ataupun dengan terfasakhnya aqad disebabkan keuzuran atau suasana-suasana
mengejut seperti runtuhnya rumah dan hak hutang tamat dengan penunaiannya atau
muqasah atau pelupusan. Pelupusan ialah pemilik hak menggugurkan kekayan daripada
orang yang wajib menunaikan hak itu. Huraian-huraian perkara ini dapat diketahui dalam
perbahasan mengenai teori aqad.

Anda mungkin juga menyukai