Anda di halaman 1dari 9

FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF

Etnik Orang Asli Temuan

Group Q

Group Members Matric No. Program


1. Abdullah Sofiuddin Bin Mahamud 68874 Cinematography

2. Lynn Adlyna binti Bakran 75524 Music

3. Nurdah binti Ismail 71089 Fine Art

4. Franklin anak Lee 74872 Music

5. Nabila Farhan Bt Abdul Hadi 75953 Music

6. Mohamad Afiq Hafizam bin Mohamad Nizam 73075 Cinematography

FASILITATOR: ENCIK SHAIK AZAHAR BIN SHAIK HUSSAIN

MPU3192 PENGHAYATAN ETIKA DAN TAMADUN

20 NOVEMBER 2020
PENGENALAN
Negara kita kaya dengan budaya dan adat resam berbeza. Seperti masyarakat lain,
Orang Asli juga mempunyai budaya, adat resam, bahasa dan perayaan tersendiri termasuklah
Orang Asli Temuan.  Suatu nama yang jarang-jarang kita dengar, apatah lagi untuk kita
kenali dan selami kehidupan mereka. Sebenarnya, mereka ini adalah suatu masyarakat Orang
Asli  dari kumpulan Melayu Proto atau lebih mudah dikenali sebagai Melayu Asli. Selangor,
Melaka, Pahang, Negeri Sembilan, dan Daerah Muar, Johor merupakan penempatan utama
bagi keseluruhan masyarakat Orang Asli Temuan ini. Petempatan-petempatan masyarakat ini
terletak berdekatan dengan kampung tradisi Melayu dan di pinggiran bandar. 

KAEDAH BAGI MEMUPUK KETAMADUNAN DAN PERADABAN SESEBUAH


MASYARAKAT

Setiap masyarakat mempunyai adat resam yang istimewa dan unik seperti adat
menyambut perayaan dan adat perkahwinan. Adat yang unik dan berbeza antara masyarakat
ini boleh menjadi produk pelancongan negara dan memberi peluang masyarakat mengenali
dengan lebih dekat kelainan sosiobudaya ini. Terdapat banyak adat resam bagi tiap-tiap kaum
dan suku kaum di Malaysia dalam aspek kepercayaan dan amalan hidup, misalnya hidup
memuja alam atau memuja roh. Menghargai keistimewaan adat resam sangat penting untuk
pengetahuan generasi muda agar dapat memupuk ketamadunan dan peradaban sesebuah
masyarakat. Contohnya, adat resam etnik Orang Asli Temuan sangat penting untuk diketahui
oleh generasi muda kerana keistimewaan adat resam bagi Orang Asli Temuan juga sangat
unik seperti kaum-kaum yang lain. Salah satu adat Orang Asli Temuan adalah mengadakan
upacara sewang iaitu satu tarian tradisional yang merupakan ritual perubatan. Ritual
perubatan ini bertujuan untuk mengubat penyakit yang disebabkan oleh semangat jahat.
Perkara ini haruslah diketahui oleh setiap individu agar mendapat kesedaran bahawa adat
resam sangat penting dalam ketamadunan dan peradaban sesebuah masyarakat kerana adat
resam membentuk kaum-kaum yang beretika di dalam negara.

Perlembagaan mengiktirafkan bahawa agama islam sebagai agama rasmi persekutuan.


Agama islam dianuti oleh orang Melayu dan semua etnik yang mengamalkan ajaran islam
termasuk kaum Cina Muslim, dan India Muslim. Meskipun demikian, terdapat juga yang
mengamalkan agama lain. Orang Asli Temuan merupakan salah satu etnik yang tidak percaya
Tuhan atau mengamalkan animisme. Mereka lebih mempercayai kepada benda-benda alam
seperti pokok, kubur, hantu hutan dan sebagainya. Walau bagaimanapun, terdapat juga
beberapa orang dari kalangan masyarakat Orang Asli Temuan yang menganuti agama Islam.
Kepelbagaian agama dalam masyarakat ini adalah kerana wujudnya keharmonian beragama
yang telah memupuk ketamadunan dan peradaban masyarakat tersebut. Kaedah
mempertahankan keharmonian beragama ini mewujudkan masyarakat yang beradab diantara
satu sama lain sehingga dapat membangunkan lagi ketamadunan mereka. Oleh itu, setiap
masyarakat haruslah mempertahankan keharmonian beragama agar tidak menyebabkan
keruntuhan akhlak sehingga menjadikan masyarakat kurang beradab dan tidak bertamadun.

Sesebuah tamadun haruslah mewujudkan toleransi yang tinggi terhadap sumbangan


tamadun-tamadun yang lain. Apabila tamadun Orang Asli Temuan mempunyai semangat
untuk mewujudkan interaksi yang tinggi antara tamadun lain ianya merupakan salah satu
rangsangan dan dorongan kepada pemupukan kehidupan bertamadun. Toleransi yang baik
menggambarkan sikap keterbukaan tamadun Orang Asli Temuan menerima sumber-sumber
yang baik daripada tamadun-tamadun lain, yang akhirnya dapat membantu kemunculan
tamadun baru dan menjadi contoh untuk tamadun-tamdun lain. Sikap sebegini diamalkan
oleh tokoh-tokoh penting tamadun-tamdun sebelum ini jelas menampakan toleransi dan
saling hubungan antara tamadun. Contohnya, tamadun Islam merupakan tamadun yang telah
bersikap terbuka untuk menerima sumber-sumber ilmu daripada tamadun Yunani, tamadun
Parsi, tamadun India dan tamadun Cina. Jadi, sikap ketamadunan dan peradaban perlu
disemai dalam diri setiap masyarakat tamadun Orang Asli Temuan untuk masa depan
tamadun itu sendiri.

Kesengsaraan hidup yang dialami oleh sesebuah masyarakat dalam sesebuah tamadun
tersebut akan menjejaskan situasi yang dialami. Apabila kehidupan tamadun Orang Asli
Temuan yang segera dan menderita boleh mendorong masyarakat tersebut bekerjasama
menggembleng tenaga untuk membebaskan diri mereka daripada belenggu tersebut. Situsasi
demikian boleh menjadikan masyarakat tamadun Orang Asli Temuan tersebut lebih
berdisiplin dan kreatif untuk membangunkan kehidupan mereka menjadi lebih baik seperti
sedia kala. Hakikat ini bersesuaian dengan pepatah Inggeris yang menyatakan ‘keperluan
kehidupan merupakan ibu segala reka cipta (necessity is the mother of invention). dalam
konteks zaman moden, kemunculan negara Jepun sering kali dikaitkan dengan penderitaan
masyarakatnya selepas kekalahan mereka dalam Perang Dunua Kedua serta ianya sebagai
pengajaran dan teladan oleh masyarakat sekarang supaya menjaga keharmonian dan
kedamaian antara kaum dan negara.
Orang Asli Temuan mempunyai ciri-ciri fizikal yang menyerupai kaum Melayu dan
mempunyai rambut lurus dan bertubuh sederhana besar. Kebanyakan aspek fizikal orang
Temuan yang dengan orang Melayu. Sebagai tambahan, menurut Carey dalam Suki Mee
(2009), Orang Asli Temuan mempunyai mata berwarna coklat pekat dan berukuran
sederhana. Mulut mereka pula bersaiz luas dan besar. Perawakan mereka berbeza dengan
Orang Asli yang lain. Menariknya, ada yang beranggapan para jejaka kaum Temuan daripada
Melayu Asli ini merupakan kaum asli yang paling kacak di antara kaum yang lain
memandangan mereka mempunyai ketinggian yang lebih berbanding dengan kaum yang lain.

SUMBANGAN ETNIK ORANG ASLI TEMUAN DI DALAM TAMADUN


MALAYSIA

SOSIAL

Orang Asli Temuan mengamalkan kepercayaan animisme ataupun tidak percaya


kepada Tuhan. Mereka lebih mempercayai kepada benda-benda alam seperti pokok, kubur,
hantu hutan dan sebagainya. Mereka mengamalkan agama nenek moyang yang mana mereka
ikut dan percaya apa sahaja yang nenek moyang lakukan dan percaya. Namun tidak dinafikan
bahawa ada beberapa orang menganuti agama Islam dalam kalangan masyarakat orang Asli
Temuan. Contohnya di Kampung Air Tawas, Ledang Johor terdapat dua keluarga sahaja yang
menganuti agama Islam. Sesungguhnya, dalam era modenisasi kini usaha penyebaran dakwah
Islam dalam kalangan masyarakat Orang Asli wajar dipertingkatkan agar mereka dapat
menemui sinar Allah yang sebenar, membina cinta yang sempurna.

Orang Asli Temuan mempunyai identiti pakaian yang tersendiri.Umumnya, pakaian


orang Asli diperbuat daripada sumber hutan. Mereka begitu memanfaatkan sumber hutan
kerana dari hutan mereka membina koloni tersendiri di Malaysia. Pakaian sehari-harian
menunjukkan secara jelas penggunaan kulit kayu Terap dan pokok akar baru dijadikan oleh
kaum lelaki orang Asli Temuan dan disesuaikan rekaan tersebut agar menjadi skirt pendek
untuk kaum wanita. Mereka juga mengenakan hiasan seperti butiran manik yang dijadikan
rantai, gelang dan gelang kaki.
EKONOMI

Etnik Orang Asli Temuan turut tidak ketinggalan dalam sumbangan bidang ekonomi
didalam tamadun Malaysia.Orang Asli Temuan merupakan suku keempat terbesar dalam
kaum Orang Asli daripada kumpulan Melayo Proto atau lebih dikenali sebagai Melayu Asli
Selangor. Melaka, Pahang, Negeri Sembilan, dan daerah Muar, Johor, yang merupakan
petempatan utama bagi masyarakat Orang Asli Temuan, Etnik ini biasanya menetap di
pinggiran hutan yang berdekatan dengan perkampungan Melayu. Orang Asli Temuan ramai
yang telah menyertai ekonomi moden. Khususnya dalam sektor pembinaan,pertukangan dan
perniagaan.

Etnik ini ada juga bekerja dalam sektor pertanian dan tidaak dinafikan ada dari
mereka mempunyai ladang dan pekerja sendiri. Etnik ini tidak jauh ketinggalan dalam bidang
ekonomi di negara kita,ramai yang berjaya dalam bidang yang diceburi.Antaranya ialah
seoarang remaja berumur 22 tahun, Azmani Nurdin merupakan Orang Asli Temuan di RPS
Sungai Bilut, Raub, Pahang. Remaja ini merupkan contoh yang boleh dibanggakan oleh suku
kaum ini. Dia menjadi seorang yang amat berjaya dalam bidang pertanian ketika usia semuda
ini.

Seterusnya, Orang Asli Temuan juga pandai dalam bidang perubatan tradisional.
Ramai orang dari bandar dan pelbagai kaum menggunakan khidmat perubatan mereka untuk
mengubati penyakit. Antara penyakit yang mereka mahir dalam mengubatinya secara
tradisional ialah cirit birit, demam panas, darah beku penyakit pinggang dan lain-lain lagi.
Kemahiran ini dijadikan salah satu pekerjaan yang popular dilakangan mereka.

Orang Asli Temuan juga amat rapat dengan hutan yang bermaksud kehidupan
mereka amatlah mementingkan sumber dari hutan seperti akar-akar untuk perubatan, alat
alatan yang digunakan turut didapati dari sumber hutan.Etnik ini turut menyumbangkan
dalam bidang pelancongan negara. Ramai pelancong gemar mendekati dan ingin mengetahui
mengenai etnik kaum ini. Cenderahati yang sering kali boleh dibeli dan selalu didapati
daripada etnik ini adalah ‘Lukah Baring”. Pekara ini merupakan salah satu cara etnik ini
mencari rezeki.

Orang Asli Temuan juga terekenal dengan alatan muzik tradisional. Peralatan muzik
mereka yang dikenali sebagai thuk, cheng , dan kreng. Nama alatan diberikan sempena bunyi
yang dihasilkan dari alat muzik tersebut. Alatan yang diperbuat daripada kayu lembut ini
biasanya akan dihasilkan sehari sebelum digunakan dek kerana peralatan ini agak lembut dan
sensetif kepada cuaca panas. Komuniti Orang Asli Temuan ini mula melihat peluang untuk
mengkomersialkan seni tradisinal mereka kepada masyarakat akhirnya mengatifkan kembali
amalan muzik mereka.

Aktiviti seni ini bukan sahaja dapat menyubang kepada ekonomi tapi juga turut
mengangkat nama Etnik Orang Asli Temuan di mata maysrakat bahkan di persada
antarabamgsa.

POLITIK

Etnik Orang Asli Temuan mempunyai hubungan yang baik dengan pihak kerajaan.
Pihak kerajaan banyak membantu kaum Orang Asli Temuan ini, sebagai contoh di negeri
Johor, pihak kerajaan negeri Johor telah memberikan bantuan rumah batu khas kepada
masyarakat orang asli disitu. Ini menunjukkan bahawa sikap keperihatinan pihak kerajaan
dalam menjaga keharmonian rakyat telah membentuk sebuah ikatan persaudaraan bersama
dengan masyarakat Orang Asli. Tambahan pula, bekalan elektrik juga disediakan bagi
kawasan pedalaman yang di diami oleh masyarakat Orang Asli Temuan.

Bermula dengan 5 jawatan tertinggi di dalam etnik Orang Asli Temuan iaitu Batin,
Menteri, Pemangku, Tok Jenang, Juru Kerah dan Panglima. Jawatan yang paling tinggi bagi
etnik Orang Asli suku Temuan ini dikenali sebagai Batin. Seseorang yang dilantik sebagai
Batin kebiasaannya mengikut keturunan keluarga mereka. Batin diumpamakan seperti ketua
kampung yang mengurus dan menajaga keharmonian dan kebajikan masyarakat dikampung.
Kebolehan dalam memimpin masyarakat dan berpengetahuan luas tentang adat resam
menjadi kayu ukur bagi pelantikan beliau menjadi Batin. Bagi Batin yang telah meninggal
dunia, proses pengantian pemimpin akan diadakan melalui mesyuarat bersama-sama mereka.
Jika terdapat seseorang Batin yang melanggar pantang larang adat resam, mereka serta merta
akan dipecat dan pemilihan Batin yang baru akan di jalankan. Oleh itu, Pemangku dalam
kalangan keluarga Batin akan diangkat menjadi Batin yang baru. Pemangku ditugaskan oleh
Batin sebagai penjaga kepada anak-anak buah dan masyarakat di kawasan tersebut.

Adat resam dan pantang larang amatlah dititik beratkan didalam sesebuah komuniti
Orang Asli. Oleh demikian, sudah menjadi tugas kepada jawatan seterusnya iaitu Menteri.
Menteri ditugaskan sebagai penasihat Batin dalam adat seperti istiadat dan pantang larang
serta hal-hal berkaitan dari segi ekonomi, politik serta sosial. Namun begitu, Menteri tidak
mempunyai hak untuk menjatuhkan sebarang hukuman ke atas masyarakat etnik Orang Asli
suku Temuan tetapi hanya ditugaskan untuk menasihati Batin sahaja.

Seterusnya, Tok Jenang dan Juru Kerah masing-masing berkait rapat dalam
menguruskan hal berkaitan dengan adat resam dalam kalangan masyarakat Orang Asli
Temuan.Tok Jenang ditugaskan untuk menguruskan lembaga adat dan beliau tidak
mempunyai kuasa penuh untuk menjatuhkan hukuman. Manakala, Juru Kerah pula
ditugaskan oleh lembaga adat bagi menjatuhkan hukuman yang ringan serta beliau juga
menjadi wali atau Jurunikah di dalam adat istiadat perkahwinan di dalam kaum Orang Asli
Temuan. Selain itu, Panglima pula telah dilantik oleh Batin atas persetujuan lembaga adat
bagi menjaga kesejahteraan dan kebajikan masyarakat kaum tersebut.

Oleh demikian, jawatan didalam etnik Orang Asli Temuan ini sedikit sebanyak
memberi rujukan kepada sesebuah organisasi atau komuniti. Tanpa pemimpin, masyarakat
akan berpecah belah dan akan menajadi huru-hara. Disebabkan itulah, Sesebuah komuniti
atau organisasi perlulah mempunyai pemimpin agar menjadi sebuah komuniti yang sihat dan
harmoni.

KESIMPULAN

Apa yang dapat disimpulkan tentang masyarakat Orang Asli Temuan ini antaranya
ialah masyarakat orang asli bukanlah satu kaum yang perlu ditakuti untuk didekati, malah
mereka begitu ramah dan sangat terbuka berkongsi budaya dan tradisi mereka.

Kita tidak boleh memandang sesuatu kaum itu berdasarkan kelainan agama, budaya
dan tradisi dengan pandangan negatif sahaja. Tetapi perlu diingat bahawa kepelbagaian inilah
yang menjadikan Malaysia terkenal dengan jolokan negara majmuk di serata dunia kerana
mampu mengekalkan kemakmuran dan kesejahteraan meski begitu banyak kaum menghuni
bumi Malaysia. Mereka kini lebih bijak mengekalkan tradisi dalam arus perdana. Mereka
tidak meninggalkan tradisi, tetapi menggabung jalinkannya dengan pembangunan dan
kemodenan.

Tuntasnya, kewujudan masyarakat Orang Asli ini perlu diketahui umum, kerana
masih ramai lagi yang kurang senang mendekati mereka. Budaya dan tradisi mereka mungkin
agak berbeza namun ianya begitu unik. Malah melalui kajian kami inilah kami dapat
meluaskan kajian kami terhadap masyarakat Orang Asli temuan khasnya. Penting untuk kita
menerokai dan memahami mereka, kerana mereka juga sebahagian dari populasi rakyat di
negara ini.
RUJUKAN:

Sumber: Muzium Orang Asli Ayer Keroh, Melaka.

Sumber: Kampung Orang Asli Air Tawas, Ledang, Tangkak, Johor.

Mustapha Kamal Saud & Mohd Noor Yusof (2017),ACE Ahead Teks STPM Pengajian Am
Penggal 2, Edisi Ke-3, Terbitan Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Orang Asli Temuan. Dicapai pada 13 November 2020 dari

http://hubunganetnik-ipgkpi.blogspot.com/2012/06/orang-asli-temuan.html

Anda mungkin juga menyukai